Jump to ratings and reviews

Soya Ais Peneram Madu

Seorang lagi penulis muda yang kini belajar di luar negara, iaitu Shahkang atau nama penuhnya Norshah Aizat Shuaib menonjolkan cerpen “Soya Ais Peneram Madu” (Berita Minggu, 10 Oktober 2010) yang bermain dengan unsur personafikasi yang unik. Latar pasar malam tiba-tiba menjadi medan pertarungan antara soya ais dan peneram madu menyerang antara satu sama lain. Shahkang menghidupkan ceritanya dengan mempersonafikasikan soya ais dan peneram madu menjadi “manusia” yang saling serang menyerang. Cerpen ini dari satu sisi memaparkan lapangan budaya masyarakat Melayu yang menarik melalui budaya makanan yang diperikan melalui soya ais dan peneram madu. Dalam pada itu ia menghadirkan latar social melalui suasana pasar malam yang hidup dalam gambaran pembaca. Shahkang mempunyai gaya penulisan yang menarik sebenarnya. Keupayaannya bermain dengan bahasa yang jelas dalam pemerian dan mempunyai unsur estetika sosial menjadikan cerpen yang bermain dengan personafikasi ini hidup dan mengalir spontan dalam hati pembaca.

142 pages, Paperback

First published January 1, 2012

Loading...
Loading...

About the author

Shahkang

13 books82 followers

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (6%)
4 stars
18 (56%)
3 stars
11 (34%)
2 stars
1 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 14 of 14 reviews
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book96 followers
January 1, 2017
Pembukaan 2017.

Saya memilih buku ini kerana dua sebab; satu harga runtuh diskaun di ITBM, dan kedua kerana nama Shahkang. Nama "Shahkang" mengingatkan saya pernah membaca buku beliau sebelum ini, UK Aku Mai.

Nyata kedua-dua buku beliau ini, berbeza. Buku Soya Ais Peneram Madu (SAPM) memperkenalkan saya semula dengan penulis. Bukan calang-calang pengalaman yang beliau genggam. Dan itu yang memusykilkan kenapa buku pertama dan kedua (saya baca) bagaikan dari dua orang penulis yang berbeza.

Koleksi cerpen dalam buku ini sangat menarik. Shahkang mahir dengan gaya personafikasi untuk menyampaikan mesej. Saya paling suka dengan Dialog Kota, "perbualan dan rintihan" dua kota besar. Begitu juga dengan cerpen Seekor Penunggu Bernama Tombul.

Isu-isu yang mahu disampaikan senang difahami. Memang berlaku dalam masyarakat sekeliling. Perkara biasa, tetapi cara penyampaian yang unik. Menjemput pembaca melihat satu persatu dan berfikir, bukan hanya membaca seperti rencana harian di media massa.

Bahasanya juga cantik. Shahkang memaksa saya mencari makna perkataan-perkataan yang jarang di dengar. Menambah tahu jumlah perkataan. Cuma perkataan "pawana" terlalu kerap diguna, hampir setiap cerpen. Ya, tidak salah. Tetapi apabila terlalu kerap, mengurangkan rasa teruja.

Koleksi cerpen ini saya fikir jarak terbitan antara satu sama lain mungkin jauh, tetapi apabila dijadikan buku semuanya berkumpul sebelah-menyebelah. Dan ini menjadikan pembacaan saya sedikit melonglai apabila menuju ke cerpen-cerpen akhir kerana saya rasakan kemuncak keseronokan hanya pada awal bab. Hampir semuanya berkonsepkan "personafikasi", dan "lebih kurang" sama sahaja antara satu sama lain. Ini yang saya rasa, mungkin tidak bagi orang lain.

Keseluruhannya buku ini baik. Mesejnya jelas dan sampai. Gaya yang baru, bagi saya.

Tahniah Shahkang!
Profile Image for Muhamad Fahmi.
130 reviews22 followers
February 11, 2016
Gaya personifikasi; diadun dengan wacana membuatkan cerpen-cerpen saudara Shahkang enak dibaca. Secara peribadi dan keseluruhannya, saya suka dengan cerpen "Sekali Dup Sekali Ting" di mana cerpen tersebut menjelaskan secara terperinci perjalanan sebuah pasukan bola sepak yang bertaraf kelab.
Profile Image for anahashim17.
90 reviews15 followers
May 7, 2013
assalamualaikum wbt,

alhamdulillah, buku kedua yang telah berjaya dihabiskan dalam awal bulan mei.142 helaian muka surat yang telah berjaya dihabiskan dalam tempoh hanya beberapa jam kerana kelapangan waktu selepas cuti PRU13.11 cerpen dimuatkan dalam sebuah novel kumpulan cerpen karya shahkang.setiap cerpen mempunyai penceritaan yang berbeza,ada yang mempersonafikasikan watak manusia sebagi watak bangunan putrajaya,london,tiang jalanan,soya ais peneram madu,seekor kucing dan ada juga watak realiti seorang manusia seperti fernando dalam petikan cerpen gibraltar,tun nila,basyirun,sabirin,anam dan sebagainya.kosa kata yang menarik dan pelbagai menjadikan kompilasi cerpen ini dikategorikan untuk golongan2 sastera mahupun intelektual yang mahir dengan bahasa,tidak seperti saya.namun perbendaharaan kata yang pelbagai menjadikan cerpen ini satu cerpen yang bukan cikai cincai asal sedap,tetapi berkualiti dari sudut penggunaan bahasanya.

antara ulasan/ibrah daripada setiap cerpen adalah :
1)dialog kota:kita manusia dilahirkan dengan fitrah,ketidaksamaan tidak wujud.yang membezakan kita adalah amalan kita yang akan dihitung kelak.

2)gibraltar : kau dan seorang panglima : kita semua pendosa,yang membezakan antara pendosa adalah taubat.pendosa yang bertaubat lebih mulia daripada pendosa yang tidak bertaubat.we are given 2 choices, whether we want to grab it or leave it.turning point is everywhere and everytime.

3)langit,pabila la langking : orang yang tidak memahami sejarah akan mengulangi sejarah

4)putrajaya dan seorang bugoslavsky : Allah maha pengampun.hidayah Allah hanya layak untuk orang yang berhak.tidak salah untuk mengejar hidayah, sedangkan Nabi Ibrahim turut mencari hidayah Allah dan kni diangkat mulia disisi Allah

5)seekor penunggu bernama tombol : antara cerpen yang memberi impak yang besar pada diri pembaca.kita mudah menuduh/judge seseorang atas tiket kawan yang rapat dengannya.jangan mudah pandang serongn terhadap orang lain.jangan terlalu taksubdan bangga dengan ilmu yang kita ada.walau sebanyak pengalaman mana yang kita ada,tidak semestinya kita lebih hebat daripada orang lain.

6)sekali dup sekali ting: terlalu taksub dengan kejayaan dan kehebatan orang lain sehingga tidak nampak pada kehebatan orang yang dekat dengan kita.itulah budaya barat yang cuba diterapkan dalam kehidupan seharian kita.terlalu merendah2kan orang tempatan dan mengangkat nama orang barat sehingga terlepas pandang bahawa sebenarnya kita lebih hebat daripada mereka.

7)setalam halwa maskat : generasi zaman kini dibentuk dan terbentuk oleh acuan zaman dahulu,zaman nenek moyang kita.andai generasi dahulu telah memodenkan generasi zaman kini, jangan disalahkan generasi zaman kini membawa arus perubahan baru untuk zaman seterusnya.

8)soya ais peneram madu : pembaca yang tidak tahu apa itu peneram madu sehingga cerpen ini habis dibaca.tajuk kumpulan cerpen ini yang sepatutnya menjadi hits atau trend untuk novel ini sebaliknya pembaca kurang memahami isi penceritaan cerpen ini.mohon maaf.

9)suara dari desa terpencil : adakah identiti anam yang sebenarnya ialah penulis kumpulan cerpen ini?random.perbezaan pendapat boleh menyebabkan perbalahan.kepuasan dalam memberi lebih agung daripada kepuasan pada dunia sementara.

10)suara-suara tiang : sindiran tajam yang ditujukan untuk anak muda zaman kini yang melakukan transformasi yang negatif akibat satu pengaruh kuasa besar yang mengubah mereka.

11)sungai taff dan seorang bugoslavsky : hidayah itu memang milik Allah.kita hanya berusaha untuk mencari dan Allah jualah yang berhak untuk memberi kepada sesiapa yang berhak.
Profile Image for Ophan Bunjos.
Author 8 books36 followers
March 8, 2013

encer kata orang jawa. memula aku fikir aku sudah boleh dirasuk oleh watak-watak dalam buku ni, tapi lencong, sasar, berdentingan macam bunyi sen yang dituang ke dalam mug. yang ketara cuma aku seolah dilarikan ke zaman remaja yang memakai kemeja sekolah. menghabiskan buku-buku bacaan untuk kelas remaja, level anak-anak sekolah. di usia ini aku cuma menemukan sebuah kata; ngantuk.

dua bintang hanya untuk shahkang yang berdiri megah di manchester dan percaya dia sudah menulis yang terbaik.
Profile Image for Kutubkhanah Ilahusna.
111 reviews17 followers
February 15, 2013
Soya Ais Peneram madu adalah kumpulan cerpen Shahkang. Saya suka kebanyakan cerpen dalam kumpulan cerpen ini. Pengarang membiarkan watak-wataknya bersuara, dan membuatkan pembaca berfikir kisah yang mahu disampaikan. Kisah kehidupan yang disampaikan dalam bentuk kreatif.
Profile Image for El.
1,187 reviews
June 12, 2017
Tak sia2 aku baca buku ni.
Profile Image for Wardah Puteh.
Author 4 books5 followers
October 23, 2013

Kulit kumpulan cerpen berjudul Soya Ais Paneram Madu ini amat menarik. Ada kuih paneram (atau dikenali juga sebagai ‘Telinga Keling’ maafkan saya jika anda berasa loya) dan sebungkus air soya ais. Kedua-duanya adalah makanan dan minuman kegemaran saya, nah, ditambah pula latar putih- rona kesukaan saya juga, buku ini bertambah-tambah menarik. Pujian haruslah diberikan kepada penerbit naskhah, yakni ITBM, kerana mencetus transformasi kulit buku. Harus diakui bahawa pembaca zaman kini tidak lagi merelevankan kata-kata keramat “don’t judge a book by its cover”.

Menyorot sepuluh cerpen di dalam ‘Kumpulan Cerpen Soya Ais Paneram Madu’, terkesanlah akan kematangan penulisan berbanding umur penulisnya sendiri. Penulis beraliran sains. Tidak ramai, pada hemat saya, pelajar aliran ini yang menulis bahan bacaan boleh hadam sepertinya. Temanya rencam dan serius, namun dijinakkan dengan pelbagai gaya penulisan.

Antara kelaianannya ada pada dua cerpen yang termuat berkisar tentang Putrajaya. Cerpen pertama Dialog Kota- tentang Putrajaya yang mengungguli kota-kota lain di dunia. Manakala cerpen kedua, Putrajaya dan Seorang Bugoslavsky, turut diceritakan keindahan Putrajaya, yang jarang menjadi subjek utama/ tunjang (positif) sesebuah cerpen. (Pemuda Bugoslavsky juga turut muncul di cerpen terakhir yang termuat di dalam buku ini; Sungai Taff dan Seorang Bugoslavsky. Barangkali penulis ada sisi-sisi manis dengan pemuda Bugoslavsky ini.)

Selain itu, penulis turut menggunakan sudut pandang yang menarik di dalam cerpen Seekor Penunggu Bernama Tombul. Sekilas pandang, terdengar seperti tajuk cerpen seram, padahal Tombul hanyalah seekor kucing! Selalunya cerpen-cerpen yang bertemakan kucing, yang pernah dibaca saya, berkait kucing hilang, kucing mati dilenyek maka bersedih hatilah si anak kecil tuannya, tapi lain pula dengan Tombul. Tombul kucing yang mencari pewaris al-Fatih. Pun begitu, soalan saya, memadaikah hanya guliran air mata seorang gadis, langsung terjawab persoalan adanya waris al-Fatih?

Sudut pandang yang menarik juga ada pada cerpen Soya Ais Paneram Madu dan Suara-suara Tiang. Cerpen Soya Ais Paneram Madu, imaginasi yang berkisar perkelahian kueh Telinga Keling dengan air soya, yang diketawakan Marshmallow. Ada kritikan sinis di dalam cerpen ini, ada maksud tersirat yang mahu ditekuni oleh pembacanya.

Dalam cerpen Suara-suara Tiang, penulis menjelmakan diri menjadi tiang pula (sebelum ini kucing, paneram, marshmallow dan air soya). Tiang Gerabak Kuning Keemasan menyindir isu kegemaran muda mudi yang gemar merakam video yang bukan-bukan ke media sosial. “Macam Cantik Jer” barangkali salah satu video yang hangat sekarang. Pun begitu, hemat saya, kenapa perlu memberi liputan meluas tentang video sedemikian? Supaya semakin galak manusia lain menonton video sia-sia sebegini, atau apa?

Cerpen ‘Gibraltar: Kau dan Seorang Panglima’ dan ‘Langit, Pabila Ia Langking’ punyai jalan cerita yang menarik. Manakala cerpen “Sekali Dup Sekali Ting’ dan ‘Setalam Halwa Maskat’, klimaksnya mengejutkan. Namun, cerpen ‘Suara dari Desa Terpencil’ terlalu klise.

‘Kekurangan’ dalam cerpen-cerpen yang termuat barangkali ada pada penggunaan kata-kata yang agak ‘bombastik’ atau jarang digunakan. Pun begitu, usaha penulis wajar dipuji.

Keseluruhannya, cerpen-cerpen yang termuat tidak kosong. Ada pemikiran yang mahu dijamah bersama-sama pembacanya.

Profile Image for Nor Azzah.
Author 11 books110 followers
March 4, 2013
Antologi cerpen dari seorang penulis yang sering saya lihat & baca namanya, namun ini karya pertamanya yang saya baca. Tidak mengecewakan. Berisi ilmu & pilihan kata-kata yang bukan bahasa kegunaan biasa.
Penggunaan watak-watak seperti kucing, tiang, air soya, kuih peneram membuatkan kelainan kepada karya penulis. Untuk saya, kelainan ini menarik.
Profile Image for Rasydan Fitri.
Author 16 books29 followers
December 23, 2012
Segar dan bijak. Latar bercitra tempatan dan luar negara cukup seimbang. Soya Ais Peneram Madu dan Setalam Halwa Maskat adalah cerpen kegemaran saya secara peribadi. Karya sulung yang tidak mengecewakan dan menjanjikan potensi.
Profile Image for syafiqah.
90 reviews4 followers
April 29, 2013
Cara penyampaian yang berlainan.Pengunaan kata kata yang jarang digunakan memberikan aku kosa kata yang baru.


Tahniah untuk penulis(bakal jurutera) di Manchester dan berani keluar dari dunia yang statik.
Profile Image for thoughtsattack.
55 reviews26 followers
September 15, 2013
Penggunaan kosa kata yang menarik. Isu yang disentuh mudah untuk difahami kerana ia adalah isu semasa. Lebih mudah difahami dan sekiranya pembaca kenal akan penulis secara peribadi. Cubaan yang baik, teruskan usaha!
Displaying 1 - 14 of 14 reviews