AKU AININ SOFIYA, hanya seorang pembantu rumah separuh masa. Tugasku bukan setakat mengemas rumah, malah urusan dapur diserahkan kepadaku. Buat pertama kalinya, asam pedasku mendapat pujian. Dalam diam, aku diintai oleh salah seorang anak majikanku, Ahmad Ziyad. Rupa-rupanya, asam pedasku menjadi kegemarannya. Namun tidak kusangka, dia ingin melamarku, hanya kerana ingin membantuku dari segi kewangan. Aku bukan mata duitan! Aku hanya bekerja di rumahnya dengan hasil usahaku sendiri.
Setelah berfikir panjang, aku menerima lamarannya, tetapi dia meletakkan syarat. Perkahwinan ini harus dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga dan teman wanitanya. Aku juga tidak dibenarkan hamil. Malah, aku tidak dimaafkan jika perkara itu berlaku. Sampai bila aku harus berlakon dan menyorok statusku? Jiwaku terseksa menjadi isteri rahsianya walaupun halal di sisi agama. Ziyad seolah-olah tidak memahami perasaanku. Hidupku terseksa dengan permainannya sehingga takdir menentukan aku hamil anaknya!
3.5* Sebenarnya aku suka dengan cover. Comel! Dan tetiba rasa macam lapar pula hahaha
Full review: 22/10/2013
Mengisahkan tentang perkahwinan sembunyi-sembunyi oleh si Ainin Sofiya [Ainin] dan anak majikannya; Ahmad Ziyad [Ziyad]. Itu semua berlaku kerana Ziyad mahu menawarkan bantuan kewangan pada Ainin tetapi si Ainin ni pula tak mahu. Dia tak nak berhutang wang ringgit dengan Ziyad. Tak elok. Takut pula nanti tak mampu dibayar, tergadai body *wink*
Namun atas desakan hidup, mengenangkan dirinya yang bersusah-payah menyara keluarga setelah kematian suaminya, Ainin terpaksa juga menerima lamaran Ziyad. Itu pun ada syaratnya. Ainin harus merahsiakan perkahwinan mereka daripada pengetahuan keluarga dan teman wanita Ziyad. Malah, Ainin juga tidak dibenarkan hamil.
Memang time baca plot lepas kahwin tu, ringan je tangan nak sepak laju-laju si Ziyad tu. Selfish teramat sangat. Cemburu pun bukan main. Dah tahu si isteri tu comel macam anak patung disuruh berlakon bagai. Haihh..kasihan Ainin. Sabar sungguh menjadi isteri lelaki tak sedar diri seperti Ziyad.
Namun sampai bila boleh disorok? Lagi-lagi bila Ainin disahkan mengandungkan anak Ziyad. Mana mahu diletak kandungan Ainin itu? Salah faham makin menghimpit. Ziyad pula makin membisu. Ke mana arah tuju hubungan mereka berdua? Ha.. baca-baca. Sila-sila.
Tajuknya tu ada kaitan dengan makanan kegemaran Ziyad. Asam pedas masakan Ainin. Tu yang buat Ziyad gila bayang hahaha Satu keluarga Ziyad sukakan air tangan Ainin tu. Malah aku sendiri tak sangka mudahnya keluarga Ziyad terima Ainin tu... ha tu lah Ziyad rahsia-rahsia sangat!
Secara peribadi, ini cerita comel yang ada ending yang manis. Ada part yang pedas-pedas, ya lah dah lauknya asam pedas tak kan la semuanya manis saja! hihihi.. Lagipun, penulisnya adalah antara penulis senior yang sudah arif dalam menata lenggok bahasanya. Jadi, mudah saja aku hanyut. Dan ya, sebagai penulis senior, beliau tahu apa yang perlu dan tak perlu dalam novelnya.
Teringat kat set asam pedas di Perhentian Kuih Kampung (Ujong Pasir, Bandar Hilir-Melaka). Dgn ulam timun dan telur masinnya. Dan percayalah di situ ada the world's best buah melaka! ;)
Tergedik-gedik mencari naskah ini apabila membaca review2 'tergantung' sahabat2 GR. Geram sebenarnya. Sinopsis diberi tapi penyudahannya disuruh cari sendiri. Kerana dendam, aku terpaksa menyeksa diri mencari naskah ini hingga ke SP. Nasib baik ada!
Dan untuk kedua kali (selepas Awek Pisang Goreng), aku me-review tanpa menghiraukan segala terma teknikal seperti selalu :)
Naskah ini di-4 bintangkan hanya semata-mata 'the rolling thunder that I felt in my finger tips' sepanjang melalui perjalanan kisah Ziyad dan Ainin. Suatu 'impact' yang jarang2 sekali dirasai ketika menghadam naskah2 tanpa ayat2 dan scene2 'over-the-pagar' sepasang suami isteri. Ini naskah penulis berusia + seorang pendidik. Tentu terjaga lenggok bahasanya. Sopan plot pementasannya. Santun dialognya.
Ya... memang ada 'kesengetan' di sana sini... pedulikan saja. Penulis yg aku percaya matang seperti dia, tentu dapat memperbaiki naskahnya dari semasa ke semasa.
CUMA...
i) Kelemahan paling ketara penulis wanita; kesukaran 'menlelakikan' watak si hero. Ada kalanya si Ziyad agak 'girlish' di sesetengah dialog. Biarpun kurang ketara dan sikit bilangannya, tapi tetap ada.
ii) Perincian persekitaran yang tidak sekata. Sekejap ada sekejap tiada. Lemas bila 'pergerakan' watak selalu hilang ntah ke mana.
DAN...
Aduh... pasangan sehidup semati (barah otak + cerita melayu) dah macam jadi satu lagenda. :(
Pertamanya saya baru tahu yang buku ini adalah hasil tulisan salah seorang penulis senior yang dah pun mempunyai beberapa buah buku bercetak. Haish. Jadi saya memang tak pelik bila adegan kemesraan antara suami isteri diceritakan dengan sangat terbatas. :)
Ainin Sofiya (Ainin), seorang balu yang terpaksa mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga selepas kematian suaminya. Kepayahan hidup membuatkan Ainin bercadang untuk mencari peluang pekerjaan sebagai pembantu rumah kerana dia rasa waktu kerja yang fleksibel sebagai pembantu rumah itu membolehkannya berulang-alik untuk menyusukan anak kecilnya.
Kebetulan keluarga Ahmad Ziyad (Ziyad) sedang mencari pembantu rumah dan Ainin ditawarkan bekerja di rumah mereka. Pertemuan pertama antara Ainin dan Ziyad membuatkan Ziyad tertarik untuk menyiasat latar belakang Ainin. Memang nampak pelik bila Ziyad beria-ia nak menolong Ainin sedangkan Ainin bukanlah sesiapa dengan Ziyad. Tambahan pula Ziyad sudah ada Shafinaz yang kononnya sangat disayangi.
Keengganan Ainin untuk menerima bantuan kewangan membawa kepada lamaran Ziyad untuk memperisterikan Ainin semata-mata untuk membantu meringankan beban kewangan Ainin. Memang pada mulanya Ainin menolak, tapi bila didesak oleh hutang sewa rumah tertunggak (ditambah dengan gangguan daripada Hisyam, tuan rumahnya), Aini menerima lamaran Ziyad berserta syarat tambahan Ziyad yang mahu merahsiakan perkahwinan mereka daripada pengetahuan keluarganya. Huh, memang makan hati Ainin dengan sikap Ziyad ni. Berat sebelah. Ainin tak boleh ambil tahu perihal hidup dia tapi dia sesuka hati menggunakan hak dia sebagai suami untuk mengongkong Ainin. Bila Ainin tak tunjuk apa-apa emosi berkaitan pertunangan Ziyad dengan Shafinaz, tahu pulak Ziyad gelabah. Yelah, kan awal-awal lagi Ziyad dah letak syarat yang Ainin tak boleh ambil tahu perihal Ziyad, jadi takkanlah Ainin nak tunjuk protes kan?
Bila berita kehamilan Ainin terbongkar ke mana agaknya arah hubungan mereka berdua ni? Adakah Ziyad meneruskan niat untuk mengahwini Shafinaz atau adakah kasihnya sudah beralih kepada Ainin yang sedang mengandungkan zuriat mereka?
Komen saya: Mesti ada yang tertanya kenapa asam pedas? Sebab asam pedas tu makanan kegemaran Ziyad. Jadi air tangan Ainin ni juga salah satu penyebab kepada ikatan mereka berdua ni. :) Saya rasa ramai yang bakal sukakan kisah ni disebabkan plot 'kahwin dengan syarat' ni. Overall kisah ni agak mudah dihadam cuma agak geram dengan Ziyad yang selfish dan pengecut tu. :P Tahniah buat penulis untuk buah tangan terbarunya ini. :)
Rasanya I like the book more compare to the drama. Not really good follower pun kat drama tapi "ter"tengok 2 3 kali ja.
Ikram character dlm buku more minimum and simple. So tak sure why dalam drama macam role dia macam menyerabutkan lagi konflict yang sedia ada.
Good writing, bahasa simple and nice. Major thing, rasanya mcm tak jumpa satu pun typo error (but if anybody ada jumpa typo pls correct me if I'm wrong) coz time baca tu mcm smooth ja. So tahniah writer, editor and publisher.
As usual, hero and heroin pun sure sweet muwit. Corak penulisan yang masih berpaksi pada cara timur. The best part of it, sweet sweet husband and wife still terpelihara. Tahniah!
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM10. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Did GR just deleted my review???!!! Penat-penat jer menaip, kena taip balik...
The story goes exactly as what is written in the synopsis. Agak spoiler sinopsis tu, especially bila Ainin mengandung jugak akhirnya. Ganggu klimaks cerita sinopsis ni!
Best sangat sangat cerita ni. Asyik tersengih sorang-sorang time baca. Suka sangat Ainin dengan Ziyad. They have great chemistry!
Tapi bila Ziyad menjadi seorang yang asshole tak sedar diri, N jatuh simpati pada Ainin. Apabila keadaan dia yang berbadan dua diketahui majikannya sekeluraga, keluarlah suara-suara sumbang yang mengtakan Ainin mengandung anak luar nikah. Si Ziyad pulak boleh buat pekak jer bila adik and bakal tunang sendiri mencemuh Ainin. Bukannya nak defense ke aper. Semuanya kerana kononnya nak menjaga perasaan uminya. Sengal!
ainin sofiya balu yg mempunyai seorang anak. mulanya ainin jual nasi lemak,kuih-muih je tp sbb nk menyusukan anak dia yg baru 6 bulan, dia pun cari kerja lain. tu yg dapat kerja orang gaji dekat rumah ahmad ziyad.
ziyad bg idea kahwin senyap-senyap sebab dia nak tolong ainin settle sewa rumah yang tertunggak. padahal ziyad dah ada gf (shafinaz). kalau tak bayar, nnti si hisyam (tuan punya rumah) nak halau family ainin keluar.
mula-mula elok je sampai la ainin pengsan. rupanya ainin mengandung. mula la shafinaz, zarul & farhana tuduh ainin macam-macam sebab mengandung takde suami. ziyad dah bengang sebab dia ingatkan ainin tak makan pil perancang. ziyad pun tuduh ainin macam-macam sampai ainin pergi kuala kangsar tak bagitau ziyad.
akhirnya ziyad bagitau jugak family dia sebenar & family ziyad boleh je terima ainin. happy ending ;)
Kalau dilihat kepada tajuk novel ini, mesti dah boleh agak, cerita ini adalah mengenai orang selatan. Kalau orang utara, tajuknya dah jadi Gulai Kepala Ikan Untuk Dia :)
Memang menguji kesabaran sungguh baca novel ni. Mahu ku lesing je watak heronya Ziyad. Boleh je dia buat derk tgk adik n tunang dok hina bini yang sedang mengandungkan anak dia. Tahulah si isteri tu orang gaji sahaja, tapi takkan tengok je.
Bila isteri dah merajuk , macam nanar jugak la mencari isteri yang balik kampung bekas mertua. Konon takut rahsia kahwin sembunyi terbongkar akan menyebabkan uminya sakit rupa2nya umi & abah berlapang dada menerima Ainin sebagai menantu, apatah lagi menantu pandai masak terutama masak asam pedas. Rugi jek nyorok2 sblm ni.
Sinopsis mengisahkan Ziyad yang membuat perjanjian untuk mengahwini Ainin ,seorang balu anak satu dengan niat mahu menbantu Ainin yang kesempitan wang.Syaratnya Ainin,orang gaji di rumah Ziyad kena rahsiakan perkahwinan diorang sebab nanti Ziyad takut girlfriend dan family die tahu. Lama-lama diorang pun saling suka sama suka tapi diam2 sebab masing2 tak nak ngaku.Yelah, kan perkahwinan tu diam-diam,pastu nanti Ziyad akan kahwin dengan tunangnya Shafinaz jugak.Bila Zarul,adik si Ziyad balik dari London,dia pulak syok kat orang gaji diorang,iaitu si Ainin.Apa lagi,panas la Ziyad dibakar api cemburu dia tu!hahaha..Geram pulak,die dah cinta kat Ainin,tapi boleh pulak tunang dengan Shafinaz,sehinggalah terjadinya sesuatu yang menyebabkan rahsia diorang terbongkar!!ni, actually kat sinopsis belakang pun dah boleh tau,apolaa..kantoiii..lepas Ainin mengandung, mengamuk sakan lah Ziyad sampai siap merajuk bagai,tak nak ambil tahu lagi dah pasal Ainin.Lepas tu Ainin bawa diri,baru die sedar yang die terlalu ikut perasaan dan emosi. Malas nak cite panjang,jadi sila baca sendiri.Keseluruhannya,jalan cerita ok jer, best jugak bila baca part Ziyad buat ala-ala romantika dengan Ainin,siap honeymoon satu family.At least Ziyad boleh terima keluarga Ainin dan anaknya.Sooo sweet!hehehe..Family Ziyad pun ok,dapat terima Ainin dengan baik.Habis baca buku nie,terus teringin nak makan asam pedas.Buat terliur jer!
Tak ada baiknya bila sebuah perkahwinan itu dirahsiakan.. Mengundang salah faham dan pergaduhan saja.. Niat Ziyad yang ingin membantu Ainin membawa mereka kepada sebuah perkahwinan rahsia.. Masalah mula timbul bila kekasih Ziyad mengajak mereka bertunang, adik Ziyad cuba mengorat Ainin dan Ainin disahkan mengandung.. Yang terseksa jiwa dah tentulah Ainin..
Setelah kematian suami, Ainin Sofiya menggalas tugas menyara keluarga (anaknya, ibu dan adik lelakinya..pengidap dileksia) dengan menjual kuih koci dan nasi lemak. Kepayahan hidup membuatkan Ainin bercadang mencari kerja sebagai pembantu rumah separuh masa kerana perlu pulang kerumah untuk menyusukan bayinya.
Kebetulan keluarga Ziyad memerlukan pembantu rumah melayu kerana serik dengan pembantu rumah indonesia yang melarikan barang berharga keluarganya.
Suatu hari, motosikal Ainin rosak dan ibu Ziyad meminta Ziyad menghantar Ainin pulang...Melihat kesusahan hidup Ainin, Ziyad merasa simpati lalu memasukkan wang gaji sebanyak RM5000 ke dalam akaun Ainin. Tetapi Ainin memulangkan lebihan wang gajinya kerana tidak mahu terhutang budi.
Penolakkan Ainin menerima bantuan kewangan Ziyad nekad membuat keputusan melamar Ainin bagi meringankan beban dengan syarat keluarga Ziyad tidak boleh tahu tentang perkahwinan mereka. Ainin marah dengan cadangan Ziyad menolak lamaran Ziyad. Tetapi terpaksa menerima semula kerana bimbang keluarganya merempat kerana bebanan hutang sewa rumah (juga kerana gangguan tuan rumah, Hisham).
Tambahan syarat, Ainin tidak boleh ambil tahu perihal hidup Ziyad...Tetapi Ziyad selalu menggunakan haknya sebagai suami mengongkong hidup Ainin..pantang nampak Ainin bercakap..keluar dengan lelaki...Ainin akan menjadi mangsa amukannya...
Ziyad terpaksa meneruskan janjinya meminang buah hatinya Syafinaz..walaupun sudah tiada rasa cinta untuk kekasihnya itu...Cuak juga Ziyad apabila Ainin tidak menunjukkan sebarang emosi dengan berita pertunangan itu...
Berita kehamilan Ainin membuat dia dicemuh..Ziyad pula diam membatu..berusaha menutup hubungannya dengan Ainin..Ainin makan hati apabila Ziyad tergamak meneruskan perkahwinanya dengan Syafinaz dan akan menyembunyikan Ainin di Tanjung Karang... Ainin pergi membawa diri...
Kenapa asam pedas? sebab..asam pedas adalah makanan kegemaran Ziyad... air tangan Ainin yang mengikat hubungannya..bukan sahaja dengan Ziyad, malah keluarga Ziyad juga... ~Happy Ending~
# Huh..tapi kan...geram betul nisa dgn sikap pentingkan diri sendiri dan pengecut Ziyad...
Done. Niat asal baca buku ni tak lain tak bukan pasal dah masuk TV. Hehehhh. Umi pun sibuk text dekat FB dekat whatsapp suruh beli buku ni. Kena tunggu agak lama jugak la nak cari buku ni sebab kedai buku Popular seluruh Sabah takde jual. Out of stock. Sudahnya ~ aku inform my colleague supaya inform aku kalau buku dah sampai. Uhaha. Haritu tengah diorang process buku utk naik display ~ tanpa menunggu lama aku bawa sebuah terus pergi kaunter.
Okay ~ asalnya nak bagi 5 bintang. Tapi kerana perasaan sakit hati dekat Ahmad Ziyad yg menidakkan identiti Ainin Sofiya di mata keluarganya buat aku marah so 1 bintang kena tolak. Hei youuuu ~ sampai hati buat Ainin macam tu. Kesian kot. Kenapa laaaa asyik lukakan hati Ainin tu. Aku tak menahan hati langsung bila Ainin kena buli macam tu.
Character Ainin yg diceritakan sangat jelas. Geram sebab Ainin ni baik sangat. Ikuttttttt sahaja telunjuk Ziyad tu. Tak patut betul Ziyad suruh Ainin makan pil perancang supaya tak get pregnant. Amboihhh lelaki, nak sedap aje kau ehh. Tapi this is sangat extra ordinary ~ dah makan pil pun boleh get pregnant eh? Ahaha. Tak tahu pulak boleh macam tu. Kena menikah cepat ni kalau macam ni.
Apapunnn just a bit selingan dekat sini ~ SELAMAT PENGANTIN BARU to adindaku Mohd Idzam dengan pasangan Kasriah. Semoga berbahagia selamanya la along doakan. Along doakan juga kamu bakal dikurniakan anak2 yg sihat walafiat ~ comel2 macam along *HAHAHA* ~ soleh ~ pintar2. Amin aminnnnn.
asam pedas bukan pedas ke? boleh pulak si ziyad ni makan. takat sambal nasi lemak yang biasanya tak pedas mana tu sibuk pulak tanya pedas ke tak??? anyway ziyad ni selfish
cerita menarik.cuma geram dgn sikap Ziyad yang bagi sy berani buat tapi tak berani nk tanggung.. kesian kat ainuha terpaksa sembunyi kan segalanya sampailah mengandung..
Ainin, seorang balu terpaksa berkahwin dengan Ziyad merangkap anak majikannya. Dia bekerja sebagai pembantu rumah keluarga Ziyad demi mennyara keluarga setelah kematian suami.
Mereka berkahwin dengan syarat , Ainin tak boleh pregnant serta status perkahwinan mereka dirahsiakan.
Perkahwinan mereka terbongkar apabila Ainin pregnant, benda tak dapat nak elak kan 🤣. Makin menyakitkan hati , Ziyad selfish & tak berani berterus terang
Bila Zarul, adik Ziyad ngorat Ainin pandai pulak dia jealous dan sakit hati🤣 tapi dia butakan mata hati walaupun tahu Ainin tersakiti hubungannya dengan Shafinaz.
Ainin merajuk membawa diri meninggalkan Ziyad yang resah sendiri
Tengok drama dulu, terus tergerak nak pi cari buku nie. Same goes to Suamiku Encik Sotong. Tengok kat tv dulu, baru pi cari original cetakan. Aku suka watak En Ziyad yg Shukri Yahaya bawak. Compare to Ziyad yg dalam buku nie, aku suka Ziyad yg dalam screen (pasal Ziyad dalam screen muka macam Jericho Rosales). Ahaks. Tapi cerita dia macam a bit exaggerated la bagi aku. Ada lagi ke perempuan yg sanggup kahwin senyap2 zaman sekarang (kalau yg bermadu tu kes lain) semata sebab lelaki tu sanggup nak tolong bayar hutang dia. Buat jadi fitnah je kalau kahwin tak war2kan. Si lelaki takut parents dia tak suka perempuan tu, that's y kahwin senyap2, tapi dia plak hari2 duk pi rumah perempuan tu tak kira pagi, petang, malam, tengah malam sampai jadi fitnah ke jiran2. Baik tak yah kahwin senyap2 gittew (tak berapa nak senyap pun sebenarnya).Tapi nama pun fiksyen. What do u expect kan. Spoiler: Happy ending.
Ainin walaupun hidup sebagaiseorang balu,kena tanggung anak dia yang masih baby lg,mak and adik dia.. Walaupun mcm tu,dia tak pernah putus asa..smpai sanggup kerja sbgai org gaji dekt rumh org..And rumah tu ialah rumah Ziyad.
Ziyad,dia kahwin dgn Ainin pd mulanya hanya utk menolong Ainin.Tp dia jd syg dkt Ainin.Tp dia sygkn Shafinaz..tp syg dia berbeza..Dia lebih sygkan Ainin..
Tp sbb dia dh banyak kali berjanji dgn Shafinaz,dia ttp nk berkahwin dgn Shafinaz.Walaupun Ziyad dan Ainin sudah mencintai antara satu sama lain...
Sebab suka nangga Jericho Rosales makan asam pedas, aku terjebak nak maca novel tok. Pinjam dari Tikah. hehe. Storyline nya tersusun, ada konflik tapi sik stressfull macam dalam drama. Maybe drama ya elaborates gik cerita dalam buku tok. Mun dalam drama, gik dapat tetak2 nangga Ziyad ya buli Ainin. Tapi dalam buku, geram nangga olah Ziyad. Kesian Ainin. Tapi iboh bingong lah, tipikal cerita Melayu... ujung2 nya happy ending.
Dah habis baca Asam Pedas Untuk Dia haha....OK lah juga. Bukunya tak panjang sangat. I started rasa worth reading lepas baca free sample kat Google Play Book. Rasa penulisan buku ni, lakonan watak utamanya Ainin, quite.... the word ....ahhhh, just came to mind but now forgotten. something like 'swift' but not. It's one of the words my ex Boss SKG used a lot, something related to the way we write / use words. Ahhhh Gosh, Ms Prabha Sundram..maybe you'd remember, what was that word ☺
best sgt baca novel ni, 1 mlm je aku hbs kan bc... tgk 5 bintang aku bg mula2 cite sweet2 je romantik, lucu pastu sedih... sakit hati kita dgn si ahmad ziyad tu sesuka hati buat ainin tu mcm xde perasan je... padan muka ainin lari seminggu bru nk mengelabah haha... apa pun suka sgt jln cite nya menarik... hepi ending gituu... emosi sikit bc novel ni hehe...
Banyak air mata nak dikeluarkan wooo... nak sepak2 je hero jahat sngt takmo mngaku bini sendiri tpi dh namanya hero kan, mcm2 mana pun dia jugak yg terbaik untuk heroin :')
Baca novel ni sebab teringat drama Asam Pedas Untuk Dia. ceritanya OK. geram dengan ziyad. sebab menggunakan kuasa veto sebagai suami dan lelaki utk buat Ainin derita. kalau aku la, memang aku lari tak tunjuk muka dah dengan ziyad tu, kecik hati dibuatnya.