Jump to ratings and reviews
Rate this book

The Wedding Breaker

Rate this book
“Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar...” - Ariana Rose

Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!

Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.


“What’s so funny?”

“Talking to me?”

“Nah… just talking to the lizard. See… there… we were talking just now. I know you won’t be able to understand the lizard’s language.”

Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!

“I’m gonna miss you… I’d rather stay by your side. Always.”

“Sayang kat abang rupa-rupanya ya?”

“Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too.”

Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?

“Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil

642 pages, Mass Market Paperback

First published November 1, 2012

356 people are currently reading
4900 people want to read

About the author

Evelyn Rose

5 books311 followers
Librarian Note: There is more than one author in the GoodReads database with this name.

This is Evelyn^^Rose, where ^=space.

As written in her novel:-
"I'm Iman. A PhD researcher in UK. Graduated Master Engineering in Microelectronic in UK. Worked as PTD and involved in entrepreneurship."

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1,121 (52%)
4 stars
573 (26%)
3 stars
268 (12%)
2 stars
97 (4%)
1 star
81 (3%)
Displaying 1 - 30 of 173 reviews
Profile Image for Fatini Zulkifli.
433 reviews40 followers
July 20, 2022
Tak suka atas pelbagai sebab.

1. Amboi Arianna Rose. Mentang-mentang la yang rogol kau tu billionaire berdarah raja, terpukau ye kau dengan dia? Kononnya sedih dinodai. Tapi menggeletis juga. Cuba kalau yang rogol kau tu pekerja asing tanpa izin atau mat rempit. Pastinya trauma pergi jumpa ahli psikiatri. Mengaku je la kau suka kena rogol dengan billionaire. Tak suka saya watak perempuan yang acah-acah suci.

2. Tak suka watak lelaki utama yang terlebih-lebih kayanya. Ada limousin, belajar di kolej sama dengan Prince William, ada cottage persendirian di kawasan pergunungan Alps, ada projek berbillion-billion di luar negara, bawa Ferrari Spider dan pelbagai lagi super cars.

3. Sick fantasy, kahwin dengan perogol.

4. Perubahan Tengku Adam dari kasanova ke tok lebai dalam masa 5-6 bulan sahaja. Dah bertahun-tahun minum arak, tukar perempuan. Tiba-tiba dalam 5 atau 6 bulan, bertukar boleh jadi imam, istiqamah tahajjud, haji umrah, baca al-ma'thurat. Perubahan drastik yang tak logik.

Saya tidak menikmati novel ini. Bukan citarasa saya.
Profile Image for Rania Afeeq.
18 reviews5 followers
March 22, 2014
read this because influenced by the stars rated!
but so frustrated with the whole story. a normal fairytale malay story.
after reading writer's bio - i understand the writer tried to let her character 'masuk' to the story especially part her studies etc etc tat makes me so irritated! Too much 'naik lif tekan sendiri' - hope readers know what i mean.
a rapist? perogol that really put me off. sorry.
could not understand why women writers like to write a story perempuan mcm murahan saja. dendam di rogol insaf bawak kawen - perempuan lemah je angguk2 ok no problem kawen. Guy is rich handsome! murahnya perempuan!
towards the end, i can see that the writer is getting too tired to finish the story as quickly as possible. Tired probably concentrating too much tried to preach readers with the inclusion of too many hadis etc etc.
to me baik beli je buku tentang hadis yg nyata sahih & written by proper Ustaz n endorsed by JAKIM or authorities concern.
TWB is not suitable for underage readers! so mothers out there be careful!
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
December 5, 2013
Takdir. Sejauh mana kau berlari. Ianya tak akan mengubah apa-apa. Pilihannya ada satu - terima dengan hati yang reda. Penuh ikhlas dan meyakini yang Allah tak akan pernah menzalimi para hamba-Nya. Sebaliknya kita ini yang suka menzalimi diri sendiri tanpa kita sedari.

Itu yang aku simpulkan ketika menutup novel setebal 642 muka ini. Meletakkan diri sendiri di tempat Ariana Rose [Ariana]. Mampukah aku menerima takdir yang kejam itu? Menjadi mangsa rogol dan kemudiannya bakal dikahwinkan dengan lelaki yang merogolnya? Wow! Berat. Tak tertanggung rasanya kalau aku berada di situ.

Tetapi menjadi Ariana, dia tidak mudah kalah. Tidak mudah menyerah dan menyalahkan takdir semata. Hidup perlu diteruskan walaupun hakikatnya dia sendiri sudah tidak mampu. Semuanya berpunca daripada niatnya untuk membantu Juwita. Dia berlakon sebagai gadis yang mengandung dan memalukan Tengku Adam Kamil [Adam]; bakal suami Juwita di malam pernikahan mereka.

Balasannya? Memang sadis. Adam membuktikan dia bukannya lelaki sebarangan. Punya harta dan kuasa memungkinkan segala-galanya. Memang kebiasaannya menukar perempuan, tetapi bila bersama Ariana, hatinya makin serabut. Ariana menjadikannya tidak senang duduk. Daripada hal nak membalas dendam kerana dimalukan, dia akhirnya jatuh cinta pada Ariana yang dirogolnya.

Lewat episod seterusnya bagaimana Adam mula sedar akan kesalahannya dan cuba membetulkan kesemuanya. Walaupun ditolak oleh Ariana, takdir sekali lagi menyatukan mereka. Ha, part ni ramai orang suka dan mula jatuh hati pada Adam. Yalah, lelaki kaya yang kacak dan romantik, siapa pula nak tolak? kih5 Minus this lovey-dovey romance, aku lebih suka pesanan Umamah Al Harith yang disampaikan oleh umi Ariana saat dia mahu bergelar isteri. Mengingatkan aku pada betapa syahdunya Dr Aqmar Aziz menitip pesan buat Jaja. Amboi! Sempat lagi aku terkenangkan sang doktor itu *wink*

Aku agak tak puas hati kenapa konflik antara Adam & Ramzul-Liyana tak diceritakan. Tetapi bila membaca review Kaksha, ada pula teman yang baik hati meletakkan link ini. Ohh… patutlah!

Pada mulanya aku letak 3.5 bintang tetapi bila aku selak balik halaman novel untuk masukkan quotes di GR, hati dengan senang memenuhkannya jadi 4 *wink* Aku tak tahu orang lain, tetapi aku paling suka kata-kata penulis yang ini:-

Dosa itu seperti paku yang diketuk pada tiang. Apabila dia bertaubat, ibarat paku itu dicabut dari tiang. Satu per satu... Tapi kesan dan lubangnya tetap kelihatan pada tiang. Sama seperti dosanya [page 455]


Benar. Setuju sangat. Cermin-cermin diri sendiri. Sedar atau tidak dosa yang makin memberat dikandung?

Allahu Allah!
Profile Image for Mslvoe.
2,043 reviews197 followers
November 28, 2012
Cerita ini mengisahkan Ariana Rose yang membantu Juwita untuk mengagalkan pernikahan diantara Juwita dan Adam. Adam yang tidak puas hati bertindak menculik dan memperkosa Ariana Rose.
Photobucket

Ariana Rose merasakan dunia seperti ketawa melihat keaiban yang berlaku pada Ariana. Ariana kecewa, sedih, merasakan dunia ini tidak bererti setelah mahkota kesuciaannya dirobek oleh Adam. Ariana sentiasa berdoa agar Allah menutup keaiban dia.
Photobucket

Setelah tidak disahkan mengandung, Ariana bangun semula mencari kekuatan tapi akhirnya kecundang bila kehidupan dia sering diganggu oleh Adam. Adam mula mencintai Ariana, bagi Adam, Ariana adalah segala²nya bagi Adam. Adam berusaha untuk memikat Ariana tapi sikap cemburu Adam terlalu buta shingga cuba memperkosa Ariana sekali lagi.

Ariana melarikan diri dan setuju dengan pilihan keluarga. Manakala Adam membawa diri, belajar agama Islam dengan lebih mendalam.

Jodoh itu ditangan Allah. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya. Adam & Ariana akhirnya pasrah dan redha dengan apa yang berlaku. Kisah mereka diakhiri dengan perkahwinan ala² winter.
Photobucket

From the moment I read "The Wedding Breaker", I couldn't seem to get enough. Frankly, I don't want this story to end. I love the plot, I love the characters, and I love everything about "The Wedding Breaker". I finished this book with a happy sigh. A PERFECT ending!!!
Photobucket

I just hope the author will continue writing about Samuel and Linda, Thorij and Najjah, Juwita and Syed Arman. One little things, I'm confused about Liyana and Ramzul's revenge. Terlepas pandang kot

A keeper, a favourite. Highly recommended!

To Evelyn Rose,
Photobucket
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews104 followers
March 24, 2015
Naskah untuk dilepaskan; RM15.00. Pm je....

Awal-awal lagi Penulis dah pesan - 'jangan menghukum' tapi ambil as 'ilmu'. Dan pesan penulis lagi novel ini dikarang tanpa kajian, tanpa objektif cuma sekadar cerita berdasarkan pengetahuan dan pengalaman.

For me, separuh masa pertama mmg best. Watak Adam dan Ariana dikembangkan dengan cantik. Tapi bila masuk part lepas akad nikah, Ariana dah 'hilang'. Macam 2 watak yang berbeza, x ada kesinambungan. Watak tempelan seperti keluarganya dan keluarga Adam pula hanya setakat menempel tanpa objektif yang jelas. Penceritaan separuh masa kedua macam 'fairytales' yang membuai tanpa perlu memikirkan apa-apa.

Dan sesungguhnya TWB diselamatkan oleh nilai/unsur islamic yang ingin diterapkan dengan insafnya watak Adam.

Good try from the author. Mungkin untuk novel kedua, penulis akan lebih jelas tentang hala tuju sesuatu cerita.

Anyway, TWB is sooo adult so sapa-sapa yang perlukan tips alam rumah tangga, dapatkanlah TWB. At least ada 'ilmu' berguna yang dikongsi oleh penulis untuk pembaca.
Profile Image for Kiki.
59 reviews7 followers
December 3, 2013
Finally, I’m done with this novel. First of all, masih belum terlambat for me to say this... SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI to all warga goodreads yang beragama Islam (also for those yang membaca blog I yang probably takde pengunjung). It has been a month or two since the last time I read a Malay novel. Semasa bulan puasa, kepala I macam tak boleh nak focus membaca, and the fact that the book I tried to finish wouldn’t get past chapter one (sebab penulisan yang... not too good. Sesiapa yang focus on my current reading update probably know which book I’m talking about)... then I sibuk beraya setelah berpuasa sebulan and now, my reading mood is coming back to me...

Sebenarnya, ramai yang dah recommend this novel to me; from my fellow readers online to the Indonesian lady yang jual novel ne at the local bookstore. This book has been around from November last year, if I’m not mistaken, and as long as that, novel ne sentiasa dipegang dan dibaca sinopsisnya while I shop for novels, and for months I kept putting it back on the shelf sebab 2 perkara.

(1) The title. I prefer novel Melayu menggunakan bahasa Melayu when it comes to the title and the writings. Sometimes, penulis tends to write narrative in Bahasa Inggeris, tapi tu sometimes can be overlook. I cringe sometimes, tapi it’s not something huge to be complained about... and I can fully accept English usage in dialogues. However, title in English ne isn’t really attractive in my eyes for a Malay novel. Maybe the translation of “The Wedding Breaker” in Malay isn’t really eye-catching. Susah sangat ke nak cari title in Malay? I like how E-Man Sufi’s book title turned out: “Hikayat Cinta Si Pematah Hati”... that kind yang very unique and classic. Si pematah hati yang usually menggunakan term “heartbreaker”.

Yah, I know... I write mostly in English sebab I’m not really a writer... I’m a complainer. LOL

(2) The synopsis. I’m not complaining about the whole thing. Just the small excerpt from the novel about one of the character saying that she/he was talking to a lizard. Yang jelas, the excerpt tu adalah satu conversation yang I tak rasa patut dihighlight because it’d only bring blankness in the reader’s mind, like mine... and honestly, the conversation was pretty lame. I read that part and I was like, "Apakannnn?" The conversation made me think twice about buying the novel... Serious, I rasa macam penulis tu cakap nonsense.

It’s true that we shouldn’t judge book by its cover... sebab... selepas I read the novel... I found that I love this novel. I read reviews saying that this novel ada banyak pengajaran and very fairytale-like.

I definitely agree.

“The Wedding Breaker” (plegh!) is the first novel by Evelyn Rose. It tells a story of two high class people, Datuk Tengku Adam Kamil and Ariana Rose.

It started with a wedding scene in which Ariana Rose ruined sebab dia sayang sangat kat kawan dia (and didorong lagi dengan rasa terhutang budi). Start from there, ceritanya menjadi semakin menarik and I’m too malas nak summarize since banyak review at Goodreads dah buat summary. I do have something to say about the novel.

I think penulis pandai menyusun plot dengan sempurna. In terms of plot, I salute penulis. Ianya berjaya dikembangkan dengan satu kebodohan from a girl who tried to save her friend. Kejadian itu menjatuhkan maruah dua keluarga diraja, dan kemudian mencemar kesucian seorang perempuan. Di sebalik plot yang gelap tu, I love that penulis develop another plot yang akan menukar kegelapan tu kepada satu cahaya. Brilliant!

However, I’m not really fond of the last 2 chapters. For one thing, the timeline dah melompat jauh and it happened without being mentioned. When I read bab 61, I was like, “Aiiii??!” Too abrupt and kinda random. Actually, I suka pengisiannya. I cuma tak suka how abrupt the chapters seemed to be... Two chapters tu should be wrapped as an epilogue... Me thinks...

I love the characters’ development, especially of the watak utama lelaki. Tengku Adam Kamil, seorang lelaki yang sudah jauh terpesong dari agama Islam. I love how penulis terapkan reasonings behind his personality bit by bit... I suka perwatakan yang ada pada Tengku Adam. He's very wise beyond his age; the negative part of him pun kena trigger semasa dia masih muda... and without guide yang betul, there's nothing for him to comprehend. Only when his father start to bawa dia into the world of Islam, baru dia dapat memikirkan kebenaran agama Islam... and I suka the fact that the writer can make me fall in love with the same person that I loathe at the beginning. It’s true that, sometimes seseorang yang baru mengenal Islam dengan dalam akan menjadi seorang yang teliti dalam menjalankan syiar Islam.

Ariana, on the other hand, is a so-so muslimah yang mendapat hidayah untuk memperbaiki lagi dirinya yang masih ignorant dengan some Muslim etiquette. I think I like Ariana selepas dia found out that she married Tengku Adam. Instead of melayan ego dia yang typically ada pada sesuatu novel, and instead of giving in to the devil's whispers, dia redha dengan takdirnya; bersuamikan lelaki yang menjadi punca "kegelapan" hidupnya.

These two main characters ne tergolong di dalam kumpulan mereka yang berfikiran jauh and matang... They tend to talk too much about things that isn’t normally talked about, especially in bed, however, I know there are people like them in this world. I just never seen characters like Tengku Adam Kamil dan Ariana Rose.

I like the fairytale-like scenes... like the wedding. It’s not something yang impossible, tapi so over the top. I don’t mind really. For most, the wedding (especially) seems to be dreamlike and I thought so too. However, I like that in a novel... sebab, when I read novel, I’m out of this world. I suka terbang with the story. I think this is one of the reasons people read novels tentang cinta. To make us dream, sigh and fly.

Di samping that fairytale, there are more pengajaran yang diserapkan. Penulis menceritakan perjalanan hidup Ariana yang perit dan ianya mengajar dirinya dan seseorang yang jahil tentang agama untuk berubah kepada Muslim yang sejati. Kekuatan kedua watak utama menerima segala cubaan dan kepayahan membawa kepada kebahagiaan mereka. Penceritaan seperti ini somehow mengingati kita semua bahawa qada' dan qadar setiap manusia tu adalah sesuatu yang sudah tertulis sejak azali dan wajib bagi setiap umat Islam untuk mempercayainya and menyalahkan takdir bermakna, kita tidak percaya kepada salah satu rukun Iman... Ada hikmah bagi setiap kejadian buruk yang menimpa. I love that penulis convey all the useful messages to the readers. Segala excerpts from Kitab ALLAH dan Hadith diselitkan menambahkan lagi keinsafan pada diri ini.

Bila penulis said, “... tiada pembuktian, tiada objektif yang nyata, tiada kajian yang mendalam...”, I really think penulis is being very humble. Kalau takde semua tu, macam mana dia tau exactly how to insert semua pengajaran yang ada, especially those yang datang daripada hadith, unless semua tu kerja editor. I don’t really know anything about the editorial job... From the way she writes, I got the feeling that she gets all her info from her own experience and I reckon she reads a lot of English novels... and probably be an avid fan of television shows. Most info about the lifestyle orang Barat tu are not new to me. I know semua tu sebab I read novels and I watched TV shows, and probably pelajari dari my online friends. Being around the writer’s friends overseas might be the main cause of her knowledge.

Perhaps sebelum ne I didn't notice when a character works with the government sebab jarang sekali I read things about kementerian and its high class people being mentioned. I think this a breath of fresh air.

Novel ini membangkitkan so many issues yang berat disamping yang tak terlalu berat and writer seems to let readers know what she feels about certain things in her writings. It might have been taken from her close acquaintances... I dunno. Tapi I do love the social critics yang ada.

Style penulisan Evelyn Rose is superb. The start tu I think a bit betaburan. Some ayat not making sense in terms of its existence tapi towards the end, I guess the storytelling gets better. Got gooesebumps here and there, but it’s not something yang worth being mentioned or criticized.

This book is a definite 18SX. LOL. Being an open-minded person, I didn’t think this as a bad thing. I don’t know if penulis dah kahwin or not, tapi she definitely read a lot of romance novels. Banyak expressions and feel yang typically ada dalam English novel... things as little as the leg rubbing. I'm not complaining.

Satu percubaan yang, I think, sangat-sangat brilliant. Despite all the complains I had, I decided to give this book a full star sebab I love the book so much. A novel that I will definitely read again... and again... and again. I might actually start reading Evelyn Rose’s blog.

A highly recommended novel -- again for 18 and above. LOL


Sinopsis novel “The Wedding Breaker” (ugh!):

“Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar...” - Ariana Rose

Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!

Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.


“What’s so funny?”

“Talking to me?”

“Nah… just talking to the lizard. See… there… we were talking just now. I know you won’t be able to understand the lizard’s language.”

Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!

“I’m gonna miss you… I’d rather stay by your side. Always.”

“Sayang kat abang rupa-rupanya ya?”

“Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too.”

Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?

“Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil
Profile Image for cheryna27.
68 reviews28 followers
December 28, 2013
Ini novel Evelyn Rose yang pertama dibeli dan dibaca hasil dari perbualan dengan rakan2 buku. Lebih tepat lagi, masa aku berborak dgn Velma. Aku diberitahu karya ER tak kurang hebatnya. Maklum saja, aku jenis yg baca semua, tp aku agak memilih utk memuji.

Tapi itu awal tahun dulu. Waktu aku dikelilingi timbunan buku yg dibaca sikit demi sedikit.Sebagai pembaca, aku perlukan ruang, suasana dan waktu yg mengena utk baca novel. Buku ilmiah tak apalah, sebab aku mesti baca utk dapatkan sesuatu. Tapi kalau hendak baca novel, emosi mestilah selari dengan apa yg aku hendak baca. Cari emosi itulah yg payah.

Jadi, malam tadi, hati tergerak utk mengenepikan Love in Penang dari Fixi utk aku mencuba karya ER. Terus terang, aku agak sentap juga hendak bayar lebih utk buku Bahsa Melayu sejak kebelakangan ini. Mungkin dah biasa, buku Indie, JS dan Adiwarna yg aku baca kesemuanya bawah RM20, bila ternampak harga RM25 terasa mahal pula. Lagi2 Big Bad Wolf baru saja melabuhkan tirai. Dgn RM25, 2 minggu lepas aku dapat buku2 mahal sebanyak 2-3 bijik.

Jadi ya, sungguhpun ada diskaun sbg member Kinokuniya, terasa jugalah dgn harga buku kertas putih ni :)

Kulit buku ini boleh tahan saja. Tipikal kulit buku Melayu. Adiwarna sudah mula dgn kulit berdoodle, Kaki Novel pulak dgn latar putih dan warna warni yg seakan sama utk semua keluarannya. Aku letakkan buku ini sebaris dgn Alaf 21 tang kulit bukunya. Kalau harapkan kulit, mungkin aku tak beli. Ini komen serius aku tentang kulit buku Melayu. Aku doakan penerbit baca sebab ya, aku rasa perlu ada revolusi kulit buku.

Aku baca ringkasan tentang penulis. Memang dah jadi tabiat membaca sejak mengenali Fauziah Ashari dan Norhayati Berahim agaknya. Mungkin benar, penulis selalu menulis sesuatu yg dekat dengannya. ER tak terkecuali dalam hal ini. Lepas baca bio, aku terus baca ceritanya - memang ada kena mengena dgn bio yg aku baca tadi.

PTD dan PTD. UK dan UK. Pavlova. Latte. Hmmmm. Ya, bio penulis ada masanya membantu dalam pembacaan.

Tinggal lagi, pujian harus diberikan kepada ER kerana tak terlalu terbawa2 dgn kisah peribadi dalam bukunya. Aku akui setengah penulis kadang2 terlalu banyak mengaitkan diri dgn heroien cerita. Ada masanya imaginasi aku sebagai pembaca boleh terganggu.

Gaya bahasa?

Aku rasa perlu ada keseimbangan. Kadang-kadang dialog campur2 atau Inggeris ni seronok, sebab aku juga jenis bercakap dalam lenggok bahasa yg sama. Cuma dalam buku ini kadang2 cakap Melayu banyaknya pd sesetengah scene saja (lagi2 bab terjemahan Al-Quran atau hadith). Tp bila watak2 Datuk, Datin, Tengku bercakap...English campur2 itu agak mengganggu sbb macamlah watak tu tak boleh cakap Melayu. I mean, fair enough, aku faham kadang2 sbg penulis engkau rasa nak "bercakap" dalam buku, tp utk mendapatkan pembaca yg memahami semuanya macam aku, mungkin akan ada masalah - lagi2 penyokong tegar BM baku :P

Buku ini ada 3 peringkat.

Awal -mendebarkan, lain dari yang lain, watak-watak begitu menonjol dan ada karisma tersendiri. Aku suka part awal ni sebab ini yg membezakan buku ni dgn buku2 yg org sekarang gelar "stereotype" sampai nak muntah2 tu. Ini adalah penguat cerita. Jujurnya, aku suka permulaan buku kerana watak Juwita yg memulakan cerita ini. Tak ada Juwita, tak ada cerita. Sayangnya, lepas dr part awal, Juwita macam hilang dr buku.

Tengah - ini part yg seronok juga. Pada pendapat aku, kalau cerita ini dikuatkan dgn mainan perasaan dan monolog, mesti part ini akan bertambah kuat. Apa yg kurang di bahagian tengah adalah fokus. Macam buku2 cerita yg lain, nama hero dan heroien tu, harta dan rupa jd taruhan penjualan cerita. Tp aku rasa buku ni, kalau tak buat begitu lagi menarik sbb jalan cerita dah ada. Kalau divert sikit ke arah perasaan dari fokus nama panjang watak2 tu aku rasa mungkin aku akan tambah satu lagi bintang.

Ada part yg kadang2 aku rasa lopong dan jadikan cerita ni longgar. Lagi2 kalau jenis pembaca yg cuba relate. Aku faham semuanya kaya, indah, cantik...tp masih ada bahagian yg boleh dipersoalkan. Mungkin pembaca macam aku boleh telan. Tp kalau pembaca yg "into Indie and reality books" mungkin akan mengkritik bahagian2 longgar ini dgn lebih kritis. So, this book is not suitable to ALL readers, if you know what I mean.

Dan...kenapalah pasal si Ramzul (Botak) ni tak diterangkan dgn jelas?
Rasanya kalau watak dia tu diperkuat, entah2 aku boleh jatuh cinta dgn dia. Who knows?

Terganggunya aku ketika membaca buku ini adalah part di pertengahan. Aku sedaya upaya memisahkan watak Ariana Rose dgn watak Izzah (Ombak Rindu) dan Nora Elena (Kasih Yg Suci). Kadang2 teringat2 Gemersik Kalbu pun ada. Aku akui ada perbezaan, tp garisan itu terlalu halus dan ada masanya tidak kelihatan.

Akhir - meleret sedikit. Macam dah tak ada cerita tp dipaksa2 utk bercerita. Aku support bahagian ayat Quran dan hadith serta travelog yg menolong pembaca belajar sesuatu dr buku ini. Lagi2 lepas pasangan ini disatukan. Tp penerapan dalam bahagian akhir ini pada aku tak sekuat Aa + Bb tulisan Hlovate. Maaf aku katakan, banyak bahagian akhir yg aku hampir skip sbb aku nampak hala tuju yg sama - bilik tidur atau bilik air :)

Ya, panas sedikit. Kalau dalam romance section di kedai buku, aku letakkan buku ini sederet dgn buku Jude Deveraux. Hot but not quite, romantic but not subtle. Aku suka, tapi belum boleh letak bawah bantal utk jadikan gula2 sebelum tidur. Aaaahhh...tp ini permulaan kan? Aku yakin akan ada yg lebih menarik dari ER nanti.

Last but not least, it has been mentioned that "tiada perancangan rapi dlm penghasilan buku ini."

Sedikit kecewa sebenarnya. ER boleh aku katakan antara penulis yg bijak, dgn pendapat dan sisipan isi yg boleh buat aku berfikir. Tp aku rasa pernyataan ketiadaan perancangan atau kajian itu ada masanya membuktikan kebanyakan hasil tulisan adalah "asalkan ada".

Kalau semua tulisan buat pernyataan macam tu, sampai bila?
Jgn salahkan org katakan penulis2 kita tak ada idea.

Ada sisi lain dalam ER yg masih belum terkeluar dari buku ini. Pendapat jujur.

Tulislah lagi ER! :)

Profile Image for yyyasmin.
134 reviews19 followers
July 26, 2016
During the first 1/3 of the book, I was so ready to give it one star. I mean, initially, the book has all the elements of a one-star book:

The concept - the girl marrying/falling in love with her own - let's get this straight - RAPIST? Haven't we debated about this before? Check.

The rape scene itself - sempat lagi perempuan tu check out muka rapist dia yang handsome....wait, what! LOL! Check.

Chock full of grammatical errors? Check. Not trying to be a grammar nazi, but takkanlah tak ada English editor kat Karyaseni? Satu dua bolehlah maafkan, but when you have characters who are supposedly very highly educated (in UK, where else!), spent almost all of their lives over there.... it's actually out of character for them to have a poor command of English. Isn't it?

Adam is just a creepy, obsessive, possibly psychotic guy - not to mention, a RAPIST...but this characterization of the hero seems to be the in thing right now, eh? (I didn't hate his history, I hated his personality.) Check.

It got to the point where I wanted to chuck the book to the wall, and demanded a refund of RM25.00 from the very bookstore where I'd bought it on grounds of mental scarring.

But then I decided to give the book another chance. I mean, ratings tinggi kot, bestseller lagi, maybe I'm missing something? Okay fine teruskan pembacaan with disbelief.

The story improved substantially masa Adam & Ariana nak kahwin (although serious tak logik macam mana diorang tak tahu siapa partner masing-masing. Kata postgrad kat Cambridge...haha, sempat dengki lagi). Sebab masa ni, Adam dah rasa guilty sangat for raping her, so dia berusahalah jadi baik, jumpa ustaz, siap pergi umrah lagi..you know the drill. Writing penulis masa ni pun mula nampak lebih terperinci, kemas dan teratur. I like the banter between Adam & Ariana. I like how Ariana finds a way to forgive him. I like how Adam changes so much, not because dia malu dengan Ariana tapi sebab malu dengan Tuhan. And I also like how the author berdakwah dalam novel ini. Ada banyak hadis, ayat al-Quran, cara mandi junub yang mengikut sunnah pun ada. Banyak ilmu yang dapat..so thumbs up, Evelyn Rose, even tiada kajian yang mendalam pun sekurang-kurangnya terkesan jugaklah. Cuma tak dapat full five stars because I really, really hated the beginning. Oh dan a few chapters towards the end tiba-tiba dah 7 years later. So agak tak ada kesinambungan di situ.

Anyway, saya ibaratkan (wagg aku dah pandai guna perkataan ibaratkan, rasa macam Melayu sejati LOL) perjalanan novel ini seperti hidup Tengku Adam Kamil juga: it starts off a bit rough, full of sins and dark twists and turns, but ultimately it sees the light of the day and renews itself, and guess what? It's good enough to erase all the bad things beforehand.
Profile Image for Joy (Cheery♡Reads).
986 reviews117 followers
July 27, 2016
It was an interesting story butttttt....

Aside from the glaring grammatical mistakes and wrong usage of words, the time jump at the end was very out of the blue. The honeymoon chapters ended so sweetly but the next chapter's time jump was very abrupt, with no warning at all because suddenly, readers were taken to 7 years later.

Wait, I do have another issue with this novel. I was and am rather bothered by how the rape scene was portrayed. It was a rape scene but I felt it wasn't a rape as well. Does this make sense? The heroin didn't behave like how a rape victim does in real life situations like this.

First, she was abducted and then taken somewhere to be raped. Hello, in real life, that person would be in a trauma and she was almost raped a second time by that same person. So, excuseeeee me????

Nevertheless, I'm still curious as to how this novel would be translated on screen.
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,027 reviews377 followers
December 4, 2013
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM10. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Keeping the review short this time.

Like:

1. Gaya penulisan - Memang best!
2. Elemen keinsafan
3. Suka sangat time Tengku Adam first time nampak gambar Ariana dengan family dia. Memang sangat terharu.

Dislike:

1. Tengku Adam's blase attitude after raping Ariana.
2. Masih tak faham kenapa Ariana tak report the crime.
3. Ayat Bahasa Inggeris yang mengelirukan (polite way of saying it...)
1 review
July 18, 2014
this is a story about a rapist and how it's okay for a rapist to be a rapist. People, watch Law and order: SVU. rape is a big crime. Period.
Profile Image for Dyh Usen.
Author 7 books49 followers
December 4, 2013
The Wedding Breaker. Kisahnya bermula saat si gadis cantik Ariana Rose datang ke majlis perkahwinan Tengku Juwita dengan mengusung perut yang kian membesar. Katanya, dia kini mengandungkan zuriat Tengku Adam Kamil, iaitu bakal suami kepada Tengku Juwita. Lalu, majlis yang sepatutnya menjadi buah mulut orang ramai kerana majlis perkahwinan yang gemilang bertukar menjadi huru-hara. Tengku Adam Kamil terpanar.

Hakikatnya, Ariana the wedding breaker, dan Tengku Juwita dalangnya. Hanya kerana tidak mahu mengahwini Tengku Adam Kamil, mereka berpakat. Mensabotaj majlis perkahwinan Juwita.

Usai majlis yang tidak jadi itu, nama Tengku Adam Kamil mula menjadi bualan masyarakat. Seakan busuk. Lalu, kerana dendam, Tengku Adam Kamil menculik Ariana Rose. Dan kerana terpesona dengan kejelitaan Ariana Rose, dia menjadi kumbang si penghisap madu.

Ariana Rose. Tiba-tiba kesuciannya diragut di luar waktu kesedarannya. Benci ditaman, Tengku Adam Kamil menjadi musuhnya.


Kata saya:

Cerita ini saya ikuti di blog penulis sebelum novelnya dikeluarkan. Membaca bab-bab awalnya memang mendatangkan keterujaan. Cuma, saya berhenti mengikuti setelah memasuki bab 8. Mahu lebih suspen kononnya. Hehehe.

The wedding breaker suatu bingkisan yang menarik, walau agak fairytale (kata kebanyakan teman2 yang membacanya). Ya. Memang saya bersetuju dengan pendapat itu.

Cerita ini mengingatkan saya kepada drama-drama Lakorn. Memang resepinya hampir-hampir sama. Hero yang kacak dan berharta. Heroinnya cantik dan lemah lembut ;).
Bahagian menculik heroin. Drama Lakorn memang kebanyakannya begini. Tak percaya, cubalah menontonnya. Hahaha. Tapi, saya tak nafikan, sekali-sekala mengikuti cerita sebegini, seronok juga. Menyengih saja waktu menghayatinya. lol

Cuma... ada cuma pula. Hahaha. Saya sedikit gagal di dalam menghayati perubahan watak Tengku Adam Kamil. Dari seorang yang lelaki yang bad boy berubah menjadi baik. Saya seperti tersangkut dengan masa silam Tengku Adam Kamil. Masih terbuai dengan dendamnya, kesumatnya. Susah nak terangkan secara terperinci. Senang kata, memang saya tersangkut di situ. Tak dapat rasa sesuatu yang menghentak (apa yang hang merepek ni Dyh? lol).

Contoh rasa dihentak sesuatu tu, macam apabila saya membaca naskah Jalanan, Tuhan. Ya. Memang tak patut menyamakan The Wedding Breaker dengan naskah-naskah ini. Kerana ia berlainan genre.

Makanya, bukanlah salah penulis dan cerita ini kerana tidak berjaya menghentak saya. Hahahaha.
p/s:Harapnya, tak ada sesiapa yang akan hentak kepala saya (padan muka hang, Dyh. Nak sangat kena hentak kan? :p)

Apapun, ini naskah yang baik. Tahniah buat penulisnya. Dan drama ini bakal diangkat ke layar TV. Tak sabaqqq nak tengok!





Profile Image for Sooraya Evans.
939 reviews64 followers
August 8, 2016
I started reading this book with an open mind. Having not seen the TV adaptation (apparently a huge success in Malaysia), and no idea what the story is about. Upon reading, this book is wrong on so many levels.

Turns out to be another rape-fest. A girl falls for her rapist. Of course, he had to be good-looking, ridiculously rich, royal-blooded, Yada... Yada... Yada. I don't understand the obsession among female Malay novelists with rape-cum-romance. Are they silently harboring some kind of sick fantasy? Yuck!

Ariana bought a fake pregnant stomach (pg 5) from the UK in case it comes in handy someday. What?!! The rape scene was disturbing as the 'victim' acknowledges the handsomeness of her rapist. WTF?! He then sends her home in his luxury car (obviously!) while humming along to some tunes. Ariana gets mesmerized by his voice. WTF?! These are just to name a few...

All in all, it's hard to sympathize with any of the characters. After enduring about 400++ pages, I stopped caring altogether. Who cares what happens to them at the end?!

From time to time, you get hadiths and quranic verses interspersed throughout the narrative. A trend in writing these days to mask smut. "bla...bla...bla... tenung lurah... bla...bla...bla (insert hadith)" For a book trying hard to be preachy, the author can't even differentiate between muhrim and mahram (pg 213).

Not to mention, so many writing mistakes. Of course, the Malay elite in fiction converses mostly in English. But the way it was portrayed throughout the novel (spelling, poor grammar, conflicting tenses, ugh!), not only makes the various characters appear stupid. It reflects badly on the author also. Sorry to say... For a copy having reached it's eleventh printing, this is totally unacceptable.

Here's something to ponder... What if the author was a male?
5 reviews2 followers
December 22, 2014
Dah habis baca.Tak faham apa yang orang kata best sangat buku ni. mmg akal tak dapat menghadam perempuan yang dah kena rogol boleh pula keluar makan2 dan akhirnya jatuh cinta dengan perogol.sorry, buku ini mmg bukan taste aku.
4 reviews2 followers
December 4, 2013
I hardly read malay novel - but this one is an exception due to the strong vibe it holds. like what the author highlighted in her end chapters: what a person looking for from a book is what a reader would get from it.

This novel is not solely about Ariana Rose whose been raped but also about a man whose been raped by his own hedonist life (Tg Adam who had been living his life in ignorant as a muslim). What I like most is how Ariana ROse faced what had fated to be happened to her. Most women who was raped would ruined their life, but she isn't. She took it as an opportunity to be around those unfortunate- helping others inc a prostitute girl.Thats how she remind herself about how lucky she still is.

It also taught me about fate. Whats bitter happened to us,will surely become sweeter if and only if : you believe that is the best thing God had chosen for you.

Well ! Cant really said it all here - one need to read to understand it. and yes, not much conflicts like all those telenovela, as I guess its already started with a conflict by the way.haha. Its worth reading

Profile Image for Nur Fatin Aliyya  Azizan.
5 reviews
February 27, 2013
setelah berhempas pulas akhirnya aku berjaya membaca novel ini hingga ke ayat yang terakhir.

patotla box office novel ni, jalan cerita yang sangat best plus watak pun agak gila gila Adam dengan perangai bad boy kuasa tiga. ariana pula watak perempuan yang moden dan serba boleh tapi bersederhana. memang best baca. nak nak lagi penulis describe pasal banyak tempat kat dalam novel (aku memang suka kalau ada place setting macam ni, lebih2 lagi kalau pasal overseas, buat kita rasa nak pergi tempat tu sekali dia punya effect lepas baca).

dan cerita tentang golongan elit yang pernah mengabaikan agama dan bagaimana usaha dorang nak kembali ke pangkal jalan. aku suka cara penulis ni olah tentang gaya hidup golongan manusia seperti ni dan bagaimana dorang bertemu dengan mak cik hidayah. dengan bantuan ustaz dan kawan dorang yang dorang percaya macam Adam ni akhirnya one fine day dia macam baby yang baru lahir - penyesalan dia atas segala dosa dosa dia masa lalu - dia benar2 bertaubat. dia berguru dengan ustaz, pergi ke tanah suci, bak kata dia dalam novel ni " alang - alang nak berubah, biar bersungguh bersungguh" which is so true. tabik spring. dan pasal Ariana pula, lepas peristiwa hitam tu dia macam lebih berhati hati dan lebih menyibukkan diri dia buat hal lain supaya dia senang lupa tentang sejarah hitam dia sampailah dia berhijab tanpa disengajakan dan itulah titik permulaan dia bertudung sepenuhnya. Allah gerakkan hati dia untuk berubah dan alhamdulillah dia buat keputusan yang tepat.

pastu watak mak tiri dan adik tiri Ariana yang aku rasa macam nak hempuk je. aiii, rasa macam real je watak mengada dorang tu. pantang tengok status yang kaya raya sikit dan berpangkat mulalah menggedik. materialistik sungguh. untuk cerita yang lebih lanjut baca. haha.

pastu, bahasa dalam novel ni memang agak straightforward (no belok belok) dan sangat adult tapi tak, aku kira semua orang berfikiran terbuka (open minded) lagipun senang nak paham, direct to the point terus kan. tambah tambah lagi pas dorang kahwin, memang segala mak nenek tips ada dalam ni, so pada bakal pengantin, kot2 ada nawaitu nak buat novel ni sebagai hantaran ke, nak bagi hadiah kat member yang nak kahwin ke, boleh juga. ye dak? hahaha.:)mungkin suatu idea yang bijak.*wink wink*

lagi, em aku suka cara penulis tu describe satu point ke satu point, nampak lah link between previous scene to the next. ha gitu. tak rugi aku beli novel ni. selain bagi jalan cerita yang macam macam, ada selit unsur keagamaan. nak cakap nye disini, walau seteruk mana pun masa silam seseorang tu, dia perlu diberi peluang dan sokongan sekiranya dia berubah. semua orang pun tak lari daripada membuat kesilapan kan. dan tentang kepentingan menjaga aib.

jadi, secara keseluruhannya not bad novel ni. untuk orang yang memang kaki novel, sukakan cerita romantik dan suka tentang latar belakang tempat yang best best (macam aku), this one suits you well.

p/s: kena stop baca novel jap, nak beri laluan pada assignments yang semakin menggunung tinggi.hoho!
Profile Image for Diya Nordin.
Author 6 books34 followers
September 8, 2016
Sebelum ni berat nak beli buku ni.
Sebabnya?
Dengar terlalu banyak komen dari orang.

Tapi akhirnya beli juga sebab tak nak buat judgement atas judgement orang lain.
Dalam buku ni ada pelbagai kategori.
Ada pelbagai ilmu.

cuma maaf.
Part ilmu rumah tangga, saya rasakan sesuatu yang tak perlu untuk dipaparkan di dalam novel.
Sebabnya?
Novel itu bahan bacaan pelbagai peringkat.
Buatnya budak-budak umur 7 tahun baca novel ni?
Naya je. (err.. saya mula baca novel dari umur 6 tahun).

Tapi,
masih ada input yang berguna di sini.
Cuma informasi itu tertutup di bawah aura ilmu rumah tangga.

Interesting.
Cuma bukan barangkali genre yang saya minat.
Ya.
Profile Image for Amutha.
772 reviews6 followers
January 24, 2014
Typical Malay novel storyline.
Profile Image for Hajar.
284 reviews
February 18, 2013
Sebelum buku ni keluar, saya dah ada tanggapan negatif dalam kepala. Buku ni mesti akan end up sama dengan kisah-kisah 'tipikal' yang saya dah baca sebelum ni. Tapi rupanya tanggapan saya silap. Maafkan saya. :)

Ariana Rose (Ariana) diupah oleh Juwita untuk menjadi petualang yang bakal membuatkan perkahwinan Juwita dan Tengku Adam Kamil (Adam) terbatal. Juwita, yang juga sepupu Adam tak rela untuk bersuamikan Adam sebab Adam ni memang tipikal lelaki kaya dan berkuasa. Arak dan wanita memang sentiasa ada dalam senarai agenda hidupnya. Jadi, bila Juwita tak mahu memperjudikan hidupnya dengan lelaki sebegitu, Ariana diupah untuk memporak-perandakan majlis pernikahan mereka.

Bila diaibkan sebegitu, tak dapat tidak keegoan Adam tercalar juga. Habis status dan reputasinya jatuh merudum akibat perbuatan Ariana. Dia tekad untuk membalas dendam pada Ariana kerana disangkanya Ariana ni orang upahan Ramzul, musuhnya. Hasil siasatan kuncu-kuncu Adam, akhirnya Ariana berjaya dijejaki. Harga yang Ariana terpaksa bayar memang mahal bila terpaksa melibatkan maruahnya. Bila menyedari yang Ariana bukanlah 'stok' perempuan yang biasa didampinginya, Adam tekad untuk mengejar Ariana. Masa ni memang terserlah sungguh aura bad boy Adam ni.

Ariana pun tekad menjauhkan diri daripada terlibat dengan Adam mahu pun mana-mana lelaki lain. Yelah, bila maruah dah tercalar mesti rasa rendah diri menguasai. Pertemuan kembali dengan Adam selepas beberapa bulan memang menampakkan perubahan Adam, cuma Ariana tak mahu rasa tertipu. Satu sikap buruk Adam ni, dia terlampau cemburu. Jadi bila dia nampak Ariana bersama Ramzul, Ariana nyaris menjadi mangsa rogol Adam sekali lagi. Haish. Terus Ariana melarikan diri ke kampung. Adam pun tak dapat nak jejak.

Bila Ariana dapat Adam jejaki semula, semuanya dah terlambat. Ariana sudah pun bertunang dengan pilihan keluarganya. Siapa tunangan Ariana? Ha, yang ni kenalah baca sendiri. :)

Komen saya : Bukan senang nak berubah. Tapi Tengku Adam Kamil berjaya mengubah dirinya ke arah yang lebih baik. Memang mula-mula kita nampak dia berubah sebab Ariana, tapi akhirnya dia sedar yang dia patut berubah untuk dirinya sendiri. Saya suka dengan gaya penulisan Evelyn Rose ni. Minus bahagian lovey-dovey Adam dan Ariana, pengisian dalam kisah ni memang patut dipuji. Bukan setakat hidangan yang manis bergula aje, tapi banyak info dan ilmu berguna juga. Tahniah Eve. Keep it up. Moga ada lebih banyak lagi ilham untuk berkarya selepas ni. Ops, tak lupa terima kasih juga untuk si pemberi buku ini. Moga makin murah rezeki lepas ni. Amin! :)
3 reviews
May 28, 2013
cerita ini awesome.Bila baca kita terus hook dan tak mahu berhenti.kita sangat berminat dengan dua karekter utama yang educated but loath each other like hell.How hard they tried fate refused to let them go separate ways
If you like travelling the book gives a lot of inspirations. A lot of useful messages and tips given to the the readers . Penggunaan bahasa santai, menarik dan kelakar. cara penceritaan amat menarik.santai hingga kita takjemu membacanya. Gambaran tentang hidup masyarakat atasan yang lupa daratan dan akhirnya berubah mengakhiri cerita ini dengsn happy ending. ceriter
5 reviews1 follower
March 27, 2015
sthu aku klau pmpuan kne rogol trauma abes....x pnh lak aku baca brite psl pltih2 kt umah jgaan wnita yg jd mngsa2 rgol kwen dgn prgolnya sndri...tp dlm nvl ni, bkn main...wahwah,...
bab kna rgol pn ditulis mcm syok je..mcm ariana tu mmg nk bg free2..smptla puji si progol tu nsem...ke 'rogol' tu dijdkn alsn ntuk drg bzina?

mne da la yg nk bcinta dgn progol, gila btul... ke pnlis mmg sdg mnunggu/ tringin nk dipinang oleh si 'perooo'???
stdy luar ngra tp tlis cte mcm...
disbbkn ada ayt2 quran, hadis, org dh kate
dh baik dh cte TWB? pdhl tgk tema je ckup!! cte cmni laa yg jd pilihn tv skrg. siap ank jran aku habaq kt mak dia 'oo bestnya mama lki tu dpt kwen dgn ariana.untng ariana cntik tu dpt kwen dgn progol...'

apa nk jwb? maknya pn dh nek mnymph dgn nvl zmn skrg yg dh xreti batas.
konon bnyk pngjrn dia bgla anak dia tgk,..nk fitnah org sehina2 fitnah gn cabul diri sndiri jgk yg dipilih.....dh btol kne 'cabul',ending... kawen...

kesimpulan: laki murah kwen dgn pompuan murah...
aku sbg laki amat xphm knp pompuan suka bab2 kena rogol, ngndung2 luar nikah..xphmmmmm
1 review
March 6, 2015
i hate this stupid book! i think the writer secretly wished to marry a rapist.

melobi diri ada phD bagai. tapi tulis cerita mcm org tak de akal. mana ada orang yang sanggup kahwin dengan org yg dah rogol dia. nak bunuh lagi adalah!

sudahlah. aku rate 1 bintang. tu pun markah kesian. kalo boleh aku nk rate -100.
Profile Image for Chek-inn Shamsuddin.
8 reviews1 follower
May 10, 2013
permulaan cerita yang menarik, up until climax cerita nya xmenghampakan... tp xtau lah kenapa, mungkin usia aku semakin meningkat, so part loving2 nie dh xmenarik minat aku... huhu, sgt berusaha nk habiskan ending cerita nie, but till the end xhabis dibaca... maaf cik penulis... huhu
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for azian2575.
326 reviews12 followers
January 2, 2014
Ariana..
Menjadi 'The Wedding Breaker' hanya kerana ingin membantu kawan baiknya, Tengku Juwita daripada berkahwin dengan Tengku Adam Kamil a.k.a womaniser..
Mahal sungguh balasan pertolongan yang diterima: dia diperkosa oleh Tengku Adam!
Namun, Ariada redha atas ketentuan qadha' dan qadar yang telah dititipkan Allah untuknya di Loh Mahfuz..


Tengku Adam..
Dalam pada mahu membalas dendam kerana dimalukan, akhirnya jatuh cinta pada Ariana..
Ariana yang diperkosanya, memilih tidak berputus asa dalam kehidupannya, tapi memilih untuk mendekati golongan yang kurang upaya, untuk mengingatkannya tentang kesusahan orang lain, untuk mengingatkan dirinya tentang syukur..
Daripada seorang yang jauh dari agama, bertuhankan nafsu, namun, hikmah dari kejadian tersebut, Allah memberikan cahaya-Nya pada hati Tengku Adam yang gelap gelita suatu masa dahulu..
Benarlah, hati kita, Allah yang pegang.. Allah memberikan cahaya-Nya pada sesiapa yang dikehendaki.. Subhanallah..


Suka baca 10 nasihat Umamah binti Al-Haarith:

"Nasihat pertama dan kedua, kita selalu kena berpuas hati dengan layanan suami dan jadilah pendengar yang baik. Taat padanya kerana kepuasan hati suami akan membawa kepada kebahagiaan dan ketenangan manakala mendengar dan taat kepada suami akan membuatkan Allah sayang pada kita. Nasihat ketiga dan keempat, pastikan yang kita sentiasa dalam keadaan terbaik pada pandangan suami. Pakai pakaian yang cantik-cantik, yang cantik di matanya, dan jangan lupa sembur minyak wangi kerana lelaki mudah tertarik dengan bau-bauan. Nasihat kelima dan keenam, siapkan makanannya pada waktu yang tepat dan pastikan apabila dia tidur, kita tidak bising. Kalau ada anak, hormati suami dengan membawa anak ke kawasan lain supaya tidak menganggu suami. Perut yang lapar dan tidur yang tidak mencukupi boleh membuatkan seseorang itu marah dan hilang pertimbangan. Nasihat ketujuh dan kelapan, jaga hati pekerja dan anak-anaknya serta harta yang dia ada kerana tindakan ini menunjukkan kematangan kita. Nasihat yang kesembilan dan kesepuluh, jangan sesekali pecahkan rahsianya kepada orang lain dan jangan sesekali melawan cakapnya. Jika rahsianya kita uar-uarkan kepada yang lain, hati kita takkan tenang memikirkan kemungkinan yang dia juga mungkin melakukan perkara yang sama. Melawan cakapnya akan melahirkan kebencian dalam hatinya. Kebencian yang sedikit, apabila berkumpul akan membawa kehambaran dalam perkahwinan."


Bagi perempuan yang sudah berkahwin, mudah untuk mengumpul pahala dan mudah juga untuk mengumpul dosa. Masya Allah..
Profile Image for Afin Arif.
17 reviews6 followers
March 7, 2013
THE WEDDING BREAKER (TWB) pada asalnya merupakan e-novel yang dimuatkan dalam laman blog (www.fairytalesfromevelyn.blogspot.com) penulis yang lebih selesa dikenali dengan nama pena EVELYN ROSE (ER) sebelum dibukukan.

Jalan cerita TWB ni straight to the point... means tak patah ke belakang pastu ke depan balik pastu belakang balik... lurus je... But sometimes... bila baca rasa macam ke laut je... mungkin sbb baca berhenti2... so bila sambung baca balik... nak dptkn mood balik... tu yang rasa mcm lost sekejap tu... haha... apa-apa aje...

Sudut pandangan (point of view) penceritaan pula adalah dari sudut pandangan hampir setiap watak-wataknya. Maknanya novel ni menceritakan buah fikiran atau pandangan dari banyak orang/watak. Bercampur-campur mengikut situasi dan peristiwa yang berlaku.

Tiada objektif nyata atau tema dalam penghasilan TWB, namun apa yang dapat disimpulkan, TWB membawa kita melihat kembali kepada:

1. Penipuan – ianya dilihat sebagai perkara kecil/remeh pada mulanya... namun sebenarnya penipuan itu sendiri adalah permulaan kepada perkara2 tak elok yang lain. Bukan sahaja memberi kesan kepada yang ditipu malah kesannya lebih teruk lagi dirasai si penipu dan juga orang sekelilingnya.

2. Penghijrahan atau perubahan seseorang yang jahil dengan agama Islam... hidup bergelumang dengan zina, arak dan kehidupan bebas... insaf dan mula mengenal Allah... tuhan yang menciptanya. Walaupun perubahannya pada mulanya adalah demi menambat hati orang yang dicintainya semata... Dapat dilihat di sini... sekali kita mendekati Allah dengan seikhlas hati... berkali-kali Allah mendekati kita walau pada asalnya itu bukanlah niat kita yang sebenarnya....

Keseluruhannya... tak rugi baca novel ni... BEST... banyak info dan pengajaran diperolehi. Yang paling terkesan di hati adalah part bila Adam mula berubah... Adam jumpa ustaz Hakimi untuk bertanyakan soalan.
Profile Image for Linamarlyn.
37 reviews29 followers
November 6, 2013
Didn't took me too long to finish this book! Hehe..

Well cerita mengkisahkan tentang arrange marriage between Tengku Adam with Tengku Juwita yang both didn't agree due to adam ani king playboy.. Then Juwita ada bestfren; Ariana rose tuk konon perangkap on their nikah day so wedding cancelled. Walaupun si adam ani playboy and slept with endless amount of girls ia nda puas hati that konon nya ia buat Ariana pregnant (when clearly Ariana hanya belakon untuk menyelamat kan si Juwita) little that we know things got very complicated when adam ragut kehormatan si Ariana and Pandang rendah lah! But adam ani mcm te gila bayang udah kan Ariana.. Adam yang dulu nya liar berabis berhijrah kepada lelaki yang taat pada Ugama dan dalam masa berapa bulan berubah lah! Hard to believe Ariana eventually fell in love and terima tuk kawin sama kedia.. Well bab cana durang bleh kawin atu pun ada plot sendiri leh kedia ibu bapa durang..

Interesting read though.. The plot is very nicely done and written except some glitches i.e some chapters were quite dragging.. Especially the last few chapters after they got married. It's clearly they're happy together but i somehow expect some spice in it? Perhaps Ariana step sister tried to goda adam? But anyhow, towards the last chapter abrupt banar! I was a bit 'lost' mcm did i miss any pages?

I am aware that this WHB is the author first novel and for a starter its great! Very talented and rapi cara nya menulis.. I read 13 jam A380 dulu before this and i can see a HUGE gap in her improvement in writing! Bravo to Evelyn rose.. I guess she's someone who accepts critics and evaluate her own writing too.. I still love her 2nd novel more than this.. Nevertheless, keep it up Evelyn rose! Love the fact how to niche some knowledge in your writting!
Profile Image for Zuraimah Ismail.
31 reviews6 followers
March 22, 2013
Was started to read this book on my way back from Sarawak. It pulled my attention and interest on the earlier episodes till I had the feeling to finish the book on the same day.

Unfortunately, the interest it had on me reducing towards the end. Maybe sebab kita pun dah start tak sehat masa tu, so momentum reading pun dah tak berapa bagus..

Overall, buku ini tidak mengecewakan saya...

It's all about this lady named Ariana Rose yang sanggup berlakon menjadi seorang perempuan yang sedang mengandung demi membantu sahabatnya keluar dari perkahwinan yang diaturkan keluarga. Unfortunately, si pengantin lelaki adalah seorang pendendam. Lalu telah berusaha sedaya upaya untuk mencari siapakah sebenarnya perempuan yang telah merosakkan majlis perkahwinan beliau sekaligus memburukkan nama keluarga beliau.

Somehow, si lelali, Tengku Adam Kamil falls for her...and then start la episod2 walaupun Ariana Rose dah cuba mengelak...

Mungkin telah jodoh mereka, mereka di diijabkabulkan walaupun sebenarnya perkahwinan tersebut telah diaturkan oleh keluarga masing-masing...

It's good to see change in people especially from bad to a good guy...
Profile Image for Eerashera.
41 reviews20 followers
December 4, 2013
Kalau aku tak silap lah, dah lebih setahun aku tak baca novel cinta. Tapi aku tertarik nak baca novel ni lepas terbaca sinopsisnya. Dan biasalah, mesti terbuai-buai bila membacanya. Siapa tak jatuh cinta dengan lelaki sehebat Adam Kamil? Ouch!

Bagi aku novel ni tak klise jalan ceritanya. Tak ada kawin paksa-hero heroin saling membenci-atau-mertua tak restu-gangguan orang ketiga. Sebenarnya aku kagum dengan tarikan di antara Adam Kamil dan Ariana Rose. Walau apa pun yang berlaku, tak mampu memadamkan cinta di hati Adam dan menerbitkan benci di hati Ariana. Senang cerita, mereka berdua ni manis sangat >_<

Baca novel ni dapat banyak ilmu jugak. Secara halus aku rasa si penulis cuba berdakwah dan berkongsi ilmu. Banyak iktibar yang boleh diambil dari buku ni.

Aku rasa nak pergi Perancis lah lepas baca novel ni ;)



Displaying 1 - 30 of 173 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.