Di belakang motosikal rakan sekampung aku dan Jailan itu, kelihatan seorang wanita tua memakai baju kurung serba putih dengan rambut yang menggerbang! Jantung berdegup kencang lagi. Takut dan terkejut dengan apa yang sedang mataku saksikan. Aku menoleh ke arah Jailan. Aku hairan lagi. Kali ini wajahnya kelihatan serius. “Jai!” Panggilku dengan suara yang ditekan. Tidak terlalu kuat. Tidak mahu makhluk yang menumpang motosikal Supri itu dengar. Jailan menoleh ke arahku.
Bagi aku cerpen yang pada awalnya biasa biasa je dan agak klise sebenarnya. Tapi aku suka tragedi pulang kampung, bahana lima puluh sen dengan supri. Lawaknya menjadi. Jalan ke neraka satu satunya cerita yang seram tanpa komedi yang mana cerita yang aku paling suka dalam novel ni.
baca cerita yang depan-depan, semua best. lawak. nampak sangat yang manusia ni sebenar takut dengan bayang sendiri.
macam contoh cerita hantu tumpang. beria lepak bercerita pasal hantu mengganggu di jalan sunyi tapi kemudian takut sendiri. lupa kawan yang dok bonceng motor sama. siapa yang hantu?
tragedi pulang kampung pun lawak. cari kaki ya. haa... lain kali jangan cakap besar. memanglah kata tak patut takut dengan hantu tapi tak payah tipu kalau memang betul penakut.
bengkel usang ni pun gelak besar akak baca. kalau dah nama mat rempit, dia tak peduli apa. hantu, puaka... janji dia hebat merempit. dengan hantu pun sanggup suruh repair motosikal ya...
penumpang terakhir. kesian pemandu teksi ni. asyik kena sakat, hambik. tak diherannya hantu yang konon jadi penumpang. hilang takut dia sebab nak cari rezeki punya pasal. nasib ko la hantu, nyaris ko kena lempang. nasib baik dijerkah dan dihalau je keluar dari teksi.
eh.. ada lagi kisah lain. semua ada lima belas kisah dari penulis Resmanshah. kalau siapa biasa baca karya beliau, mesti tau gaya garapan yang sangat sempoi.
tapi, ada satu kisah ni memang seriau juga akak baca. jalan ke neraka. yang jahat pasti mati. penjahat yang paling jahat adalah yang tak mengaku dia jahat. tak sangka watak itu rupanya yang paling jahat...
overall, menarik, teruja baca dan sempoi.
beb.
langit malam, gelap tak? langit malam je ke yang gelap?
Mmg lawak siot wpun ada sedikit unsur keseraman..paling awesome cerpen tjuk "Jalan Ke Neraka"....dan muka surat terakhir tu berjaya menaikkan bulu roma kat leher aku...cis.. : 'Kamu suka baca novel seram ya? Mahu baca cerita luar biasa? Saya di belakang kamu sekarang ini..' @_@
entahlah, macam mana aku boleh terjebak dengan buku2 penulis ni.
da lama dengar nama penulis, tapi bila baca #karma baru tergerak nak beli buku2 lain beliau. ternyata, genre ni berbeza dengan karma dan baru aku tahu asalnya penulis memang menulis genre2 sebegini.
sesuatu yang santai aku kira, tapi diselitkan sindiran berbisa sebenarnya, sama ada secara langsung atau tidak. memang ada yang aku tersengih2 sendiri tatkala membacanya..haha
“Dia menoleh ke arah hidangan yang ada di atas meja. Bulat mata Pak Rahmat melihatnya! Yang ada hanyalah pinggan kosong dan gelas kosong. Orang tua itu kemudian menggelengkan kepala dan seterusnya tergelak sendiri. “Si Adi ni pun nak menyakat dia rupanya. Bagi pinggan kosong dengan gelas kosong. Patutlah budak ni pengsan. Boleh tahan juga si Adi ni menyakat orang." Pak Rahmat bercakap sendiri lagi. Tidak lama kemudian, satu irama dangdut memecah keheningan. Pak Rahmat kenal lagu itu. Lagu itu memberi tanda yang ada pesanan ringkas baru dihantar ke telefon bimbitnya. Pantas orang tua itu membuka dan membaca pesanan ringkas tersebut. “Salam Pak Rahmat. Saya minta maaf sangat-sangat. Saya lambat beritahu yang saya tak dapat datang kerja hari ni. Ada saudara meninggal”. Pak Rahmat menelan rengkungnya. Sedang di belakang kelihatan Adi keluar dari dapur. Perlahan-lahan Pak Rahmat menoleh ke arah pemuda itu. - Langit Nan Gelap by Resman Shah . . If i read this book 10 years ago, i may find it funny and witty. But now, i felt annoyed with the ending of the stories. Sure, the author wanted to spin the horror tales and gave it some humor element to it, but if you keep on doing it , it felt repetitive. Thats what i can summarize now that i am in the middle of the book - i am seriously contemplating whether i should DNF this book. The only story that impressed me is ‘Gerai Tengah Malam’. I was expecting that ‘Pak Rahmat’ is ‘The Penunggu’ but the ending took me by surprise in a nice way. I dont know whether i wanted to recommend this or not as i am struggling to finish it. However, goodreads showed that many enjoy this book. If you are familiar with a typical malaysian horror stories, chances are 90% of the ending here is not similar with the one you have heard. Either an uninvited passanger, the wandering dead spirit, the ‘pontianak or pocong’ , or even the midnight warung you see by the roadside, the book will not give you that typical ending. Overall, read this book at your own risk.
1. Aku lambat habis baca sebab aku pergi baca buku lain yang tiba. Maafkan aku.
2. Daripada 3 serangkai keluaran Lejen Press yang baru, aku beli Main Gila dan buku ini. Dua-dua memang mencapai tahap yang aku suka pada buku-buku yang aku beli dan baca (serta takkan dipinjamkan pada orang).
3. Selepas aku baca, aku tweet tentang buku ini dan tiba-tiba Resmanshah balas tweet aku. Terkesima sekejap.
4. Aku ingat buku ni seram kalau mengenangkan setiap tajuk cerpen yang diletakkan. Rupanya, seram komedi. Hmmm, macam mana nak kaitkan eh? Ah! Macam tajuk Hantu Kak Limah, tapi ceritanya ada satira nasional. Begitulah.
5. Saudara Resmanshah aku boleh katakan adalah penulis yang baik walaupun cerita terakhir termasuk Linglung sekali. Eh. Hahaha. Tulisan dia buatkan aku habiskan masa sepanjang tengah hari membaca buku ini dan hanya letakkan ke tepi untuk minum air akibat tekak kering ketawa terbahak-bahak.
6. Berbaloi untuk dibeli kalau anda adalah peminat cerpen. Sebab antologi cerpen begini adalah bagus dibaca untuk tatapan waktu lapang ataupun dihadiahkan kepada orang lain.
Buku keluaran Lejen Press ni yang first aku baca. Memang aku suka baca buku yang genre berhantu. Apepun, buku ni best gak la baca sebab jalan cerita dia ada yang gila seram gak la. Kadang-kadang bila baca part yang next, aku still tergelak sebab teringat cerita sebelumnye.
Syabas la buat Resmanshah sebab berjaya hasilkan cerpen bergenre seram komedi ni. Aku baca buku ni masa tengah-tengah malam. Masa tu semua roomate dah tidur. Hilang akal gak aku ni. Tapi, believe me, cerita dia okay je. Boleh tahan la although seram dia boleh sampai tulang. Eh, kenapa tulang? Kira menusuk tulang camtu laa. Heee.
Cerita Jalan Ke Neraka best. Kat ending cerpen tu, serius tak dapat jangka rupanya Shima paling jahat ! Aku paling-paling nervous bila baca cerpen yang paling last tu. Tajuk dia Jalan-jalan Cari Idea. Aku punya nervous sampai baca cepat-cepat sampai page last. Tiba di ayat last, aku tergamam. Korang baca la sendiri. Baru ada feel. Goodluck ! :O
Memandangkan saya ni tak berapa gemar citer seram@ hantu, jadi baca cepat-cepat di siang hari...hehe. Dah tau macam tu, tapi nak juga baca buku ni...hmmm.
Buku ni adalah himpunan beberapa cerpen seram komedi. Kiranya lepas ditakut-takutkan dengan situasi seram, ending dia biasanya boleh buat kita gelak. Bahasa dia bagus, memang macam ternampak-nampak jer citer tu macam tengok wayang. Dan kelakar. Ada la juga part yang gelak tak ingat tu.
Sebenarnya, tahap keseraman dia tu, mungkin biasa-biasa jer bagi golongan yang suka citer seram. Tapi bagi saya seram la jugak...hehe. ;p
Cukuplah sekiranya aku katakan bahawa buku ini penuh dengan cerita seram yang pada permulaan bacaan membuatkan kening kamu berkerut-kerut dan selepas itu membuatkan kamu senyum atau tergelak seorang diri.
Tidaklah cerita seram dan komedi semata-mata.
Ada juga pengajaran yang boleh diceluk di dalamnya, hanya jika sekiranya kau mahu mengambilnya.
Kulit buku punya ganas tapi bila dah baca, pecah perut gelak.
Saya suka sebab penulis gunakan gaya bahasa yang santai. Buku ini kompilasi cerpen-cerpen pendek jadi kita boleh "take break". Tak perlu nak habiskan dalam one seat.
Saya sendiri ambil masa yang lama untuk habiskan sebab awal-awal cerpen mempunyai corak plot yang lebih kurang sama. Jadi agak jemu dan boleh di agak penamatnya, tapi! Makin lama makin seram dan mencabar idea penceritaan.
Kalau disuruh pilih cerpen kegemaran, saya akan pilih "Jalan ke neraka". Jalan cerita padu dan mengujakan, ditamatkan dengan ayat yang menampar
"penjahat yang paling jahat adalah dia yang tak mengaku jahat"
Kecewa. Tidak dapat dinafikan setiap cerita di dalam buku ini saya memang suka, tapi untuk setiap opening cerita sahaja. Bila dah part tengah, part ending, aku dah rasa macam terpaksa nak habiskan bacaan. Maybe salah saya sbb tak kenal dgn penulis yg suka mengarang cerita bergenre seram komedi. Saya lebih sukakan yang pure seram seperti beberapa cerita di dalam buku ini di part opening nya. Memang dah nak feel, bila dah part tengah dan ending banyak yang merepek dan hambar sampai buat rasa menyampah. Sorry. Ini pandangan saya. Selera & citarasa pembaca adalah hak masing2 untuk menilai.
Bernuansa novella remaja dengan olahan penceritaan yang biasa-biasa, plot yang terjangka atau terkadang tamat terlalu cepat (kebanyakannya seperti cerpen ditulis sekadar mahu habis).
Mengenangkan ini penulisan 11 tahun lepas, setara kiranya dikatakan kumpulan cerpen ini sebagai suatu yang muda dan dalam proses permulaan penulisan oleh saudara Resmanshah sendiri.
Kumpulan cerpen tulisan Resmanshah ini bermula dengan sedikit mendatar. Cerpen-cerpen awalnya tidaklah terlalu mengujakan dari segi keseraman mahupun elemen kejutannya walaupun hamba akui nilai komedinya menghiburkan. Jesteru itu, hamba cuma ingin memberi 2.5 bintang kepada buku ini namun kerana cerpen ‘Jalan Ke Neraka’ dan ‘Jalan-Jalan Cari Idea’, hamba tambah 1.5 bintang lagi untuk LNG. :)
Menarik, unik, mengejutkan dan seriau. Begitulah yang hamba dapat rumuskan tentang ‘Jalan Ke Neraka’. Pada hamba cerpen ini paling mengesankan dan berbeza berbanding lain-lain kisah dalam LNG yang ada antaranya pernah kita dengar. JKN menceritakan tentang sembilan orang manusia yang bertemu di Lebuhraya KESAS pada tengah malam apabila perjalanan mereka diberhentikan oleh satu papan tanda jalan yang bertulis Jalan Ke Neraka.
Oleh kerana tidak berkesempatan untuk berpatah balik, semua mereka terpaksa mengharungi perjalanan yang membawa kecelakaan malah kematian kepada seorang demi seorang dari mereka. Pelbagai kisah dan rahsia terbongkar di sepanjang perjalanan sebelum akhirnya; “Yang jahat pasti mati!”.
Cerpen ‘Jalan-Jalan Cari Idea’ pula mengisahkan tentang Resmanshah (ya, ini tentang kisah penulis sendiri atau mungkin juga dia sekadar menjadikan dirinya watak sebuah fiksi) yang kehabisan idea untuk menyiapkan manuskrip novelnya yang mana harus diserahkan dalam waktu terdekat kepada bos Lejen Press, Aisa Linglung. Resmanshah kemudian meminta bantuan sahabatnya, Faizal untuk menyumbang idea dan ini membawa mereka ke sebuah kedai komik di bangunan Plaza Damai.
Dalam bangunan itu mereka bertemu dengan seorang pengawal keselamatan Jawa yang menawarkan diri untuk menceritakan kisah-kisah seram di bangunan tersebut. Kisah yang akhirnya memerangkap Resmanshah dan Faizal dalam dimensi nyata dan khayal yang karut lagi gila. Sebuah kisah yang sangat menarik walaupun hamba kurang gemar pada ceritera yang punya unsur mimpi dalam mimpi, angan dalam angan seperti ini.
Kesimpulannya, dua cerpen ini menjadikan LNG bacaan yang berbaloi. :))
p.s Kenapa sebelum ini hamba tidak pernah kenal/jumpa/terserempak dengan Resmanshah walaupun hamba boleh dikatakan sebagai sang penunggu di Pulau Labuan, Pearl of Borneo ini? Hehe.
Cerpen-cerpen seram yang kelakar. Gaya penceritaan yang sedap. Ringan-ringan dan klasik, gitu. Sesuai dibaca oleh kanak-kanak mahupun tua.
Dua tiga kali juga aku tertipu dengan ending cerita di cerpen-cerpen awal. Kemudian aku jadi lebih berhati-hati untuk menjangka penamat tiap cerpen. Namun....di satu malam jumaat kliwon, kelihatan dua kelibat hantu dalam hutan berhampiran. (ini namanya ending review yang tak dijangka lah. kot.)
First time aku baca koleksi cerpen seram macam ni. Aku rasa amat terhibur.
Untuk siapa-siapa yang suka cerita berplot twist, Buku ni sesuai sangat untuk korang.
Penulis amat pandai mempermainkan minda pembaca. Kalau korang rasa korang tau cerpen tu akan habis macam mana(akan ada sesetengah cerpen yang memang klise) Better fikir 2 3 kali.
Buku ni ada beberapa cerpen bergenre seram komedi. mula2 aku ingat buku seram tapi bila sampai ke ending...kahkahkah..tu la respon aku. macam kena tipu pun ada. tapi bila sampai ke cerpen yg ketiga last..haaa ada kejutan.
kalau suka baca cite seram dan nak yg lain sikit, acer try baca dulu hehehe
kelakar jugala novel ni. bagi yang penakut ,bacalah novel ni,korang takut awal2 aje,pastu korang akan senyum atau ketawa. darjah ketakutan dan kelakar bergantung kpd diri masing2.