Bola mata bergerak laju
Jantung terasa dipacu
Nafas ditahan daripada meluru
Cuba meneka mana satu seteru
Sudahnya tidak bertemu
Buat diri semakin keliru
Akhirnya,rasa jadi haru
Seperti ditegur hantu bernama Bahasa. Tersampuk jadinya. Maaf, ini bulan ulasan semata. Hanya sekadar meluah rasa. Ha-ha-ha-ha. ^^
2/12/2013.
Ini merupakan himpunan kisah pendek (kispen). Di dalamnya terdapat 16 kispen.
1.Rahsia. Sebuah hidangan suspen. Anda pasti termangu sebentar selepas menghadamnya.
2.Temubual. Sebuah hidangan penuh takjub. Usai membacanya, pasti anda terlongo sebentar.
3.Ceroboh. Hidangan yang ada unsur kelucuan. Senyum sinis pasti terbit.
4.Pilih. Hidangan klasik Melayu. Ada sedapnya ;)
5.Gebang. Untuk menikmati Mekdi selepas ini, anda pasti tidak senang apabila mata anda bertaut pandang dengan si rambut merah, berbaju kuning. Hahaha
6.Irama. Mungkin agak keterbukaan sedikit. Membuatkan selera sedikit terbantut.
7.Jenazah. Ada sesuatu yang mahu disampaikan melalui hidangan ini. Namun, entah kenapa, rasa merinding saja yang dapat.
8.Kelapa. Ada sejarah yang perlu kita ingati. Bangsa kita pernah dijajah.
9.Puncak. Fuh! Rasa berpeluh sewaktu menjamah. Andai ia benar-benar tejadi… entahlah. Politik itu bersih. Yang mengotorkannya adalah ahli politiknya.
10.Ingatan. Cinta itu diikat pada hati, bukan pada mata.
11.Nikah. Kedengaran lucu. Namun, ada yang tersirat di baliknya. Tingginya ilmu seseorang bukan jaminan dia takkan bersikap binatang.
12.Tawa. Hihihihihihi. Itu saja. *tekan perut*
13.Cari. Ilusi dan realiti, cuma dipisahkan oleh suatu garisan. Kita yang memilih untuk berada di mana.
14.Sumpah. Kalam Allah, bukan untuk jadi mainan. Deep.
15.Pujaan. Pastikan membaca di dalam jiwa tenang. Jika tidak, kau pasti terseret sama di dalam kancah perasaan ini.
16.Gerabak. Police Story versi Melayu?
17.Hanya sepuluh. Nukilan perasaan penulis.
Kata saya.
Jika buku ini boleh diibaratkan sebagai hidangan, pasti berbaloi kerana membelanjakan wang untuk satu nilai kepuasan. Cewah!
Bermula dengan hidangan RAHSIA, ia boleh dikatakan sebagai hidangan pembuka selera. Kemudian, disusuli beberapa cerpen yang lazat dan mengenyangkan.
Tetapi sudah adat, di antara banyak-banyak hidangan pasti ada yang agak kurang di tekak. Namun, tidak menjejaskan selera, kerana hidangan yang lain berjaya menutup kekurangan yang sebelum itu.
Ya. Ini adalah ulasan novel. Bukan makanan. Hahahaha. Tapi, bagi kita penggemar bahan bacaan, buku dan makanan sama saja, kan? Ikut tekak masing-masing. ^^