Di sebalik senyuman manusia-manusia yang kelihatan normal itu, terselit kegilaan yang ingin bebas dari segalanya yang menjerut kehidupan yang tidak akan pernah berhenti mengulangi sejarah yang tidak dimakan waktu sehinggalah menemui maut. Boleh jadi kau mati dengan kepala yang terpisah dari tubuh, atau boleh jadi kau mati melihat jantung kau direntap keluar mahupun mulut pistol bercium dengan mulut kau. Main Gila, sebuah buku yang menceritakan kegilaan yang menari-nari di atas garisan normaliti.
Antologi cerpen hebat garapan tujuh belas penulis yang merencah karya berdarah ini dengan cukup bergaya.
Durasi pembacaan : 3 jam setengah (sebab tertidur petang di tengah-tengah)
1. Aku nak letak 4.7 bintang sebab ada 1-2 cerpen yang kurang menarik pada aku. Tapi itu aku lah. Yang hanya sebagai pembaca. Tapi bagusnya, kekurangan itu ditutup dengan kispen-kispen yang hebat.
Sekali lagi, tu yang buatkan aku teruja. Yang lain-lain, berada dalam kelas mereka tersendiri. Cuma mungkin yang aku senaraikan tadi adalah yang mengujakan aku. Amal Hamsanpunya tulisan juga menarik, tapi aku mungkin suka gaya Amal yang lain (aok tetap di hati koi). Zoul Yazix dan Aisa Linglung juga menarik garapan mereka.
3. Ulasan aku mungkin sedikit "bias" sebab kebanyakan daripada mereka adalah orang yang aku kenal atau pernah berjumpa ataupun pernah berdiskusi bersama, ataupun aku memang peminat tegar tulisan mereka.
4. Suicidium - Luc Abdullah : Tulisan ini memang gaya Luc. Aku secara peribadi menggelar Luc sebagai "mesin kispen" dan ternyata, kali ini hasilnya tidak mengecewakan. Bila membaca Suicidium, buatkan aku tertanya dan renung diri sendiri, sebab aku selalu buka laman sesawang yang berkaitan dengan isu yang diutarakan.
5. De'Lejen - Sahidzan : Seperti dalam Kolonial Mimpi - elemen tulisan Sahidzan yang aku suka adalah "details". Penceritaan yang kemas, dan kau boleh bayangkan apa suasana cerita tersebut.
6. 7.62 mm - Ophan : Di bahagian isi kandungan, dia tulis, 7.65 mm (nanti lain cetakan, boleh betulkan) - Salah seorang yang mempunyai tulisan yang tajam. Gaya Ophan macam dalam zine dia sebelum ini. Sedap dibaca, diamati dan diperhalusi.
7. Penebusan - Khrlhsym : Bila baca dah tahu dia punya. Aku rasa setiap kali penulis Kontrol Histeria menulis, kita dah boleh detect gaya mereka barangkali walaupun penceritaan sedikit berbeza temanya.
8. Suu-chi - Fiq Vertigo : Aku suka tulisan Fiq. Buatkan aku termenung sekejap dan bertanya pada diri, mana takdir akan bawa aku dalam hidup ini.
9. Catatan - Syahid : Selain dalam Bukan Perempuan Sundal - aku rasa aku tertarik dengan tulisan Syahid, kali pertama aku terjumpa dia dan dia berikan aku "Sampah". :)
10. Dhabit - Hasrul Rizwan : Betapa kadangkala manusia ini lebih hina daripada haiwan kan?
11. Kalau diamati, dalam buku "Main Gila" ini didominasi oleh kebanyakan mereka yang menulis untuk Lejen Press. Dalam kelompok yang aku minati, mereka adalah penulis daripada Kontrol Histeria atau Zine Satu Malam. Kan dah nampak aku sedikit "bias" - tapi tulisan mereka memang bagus.
12. Beli sendiri, baca sendiri la.
P/S : Yang paling untung adalah Deus, nama dia muncul dalam kispen Amal :p
Main Gila. Selepas baca 2 cerpen awal, kegilaan tu terasa. Oku Berkemeja Merah Jambu dan Sucidium dikira sebagai penarik untuk pembaca menyelak ke cerpen seterusnya. Namun, usai cerpen ketiga dan seterusnya, saya seperti sudah dapat rentaknya. Hampir sama. Ceritanya berpaksi kepada pembunuh upahan. Pistol. Tembak-menembak. Aksi lawan. Nyata hampir keseluruhan cerpen punya menu yang seakan sama. Hanya berbeza daripada cara gorengannya. Cuma cerpen yang di tengah iaitu Penebusan seperti berjaya menyentak kembali jiwa. Membangkitkan keseriauan. Ngeri. Dan buat kita terpegun usai membaca. Seperti diletupkan dengan bom jangka di saat waktu kita sedang leka. Ada juga beberapa cerpen yang kedengaran agak serius permulaan cerita, tetapi menjadi lucu di akhir cerita. Menolak segala carut-marut yang ada, Main Gila masih boleh dihadam dengan baik oleh saya. Antara cerpen kesukaan saya, yang memberikan impak ialah Catatan dan Dhabit. Seperti dapat merasakan apa yang penulis mahu sampaikan itu tepat menikam ke hati. Saya larut dengan penceritaan kedua-dua cerpen ini. Dan kerana Dhabit tulisan Hasrul Rizwan ini, buat saya dengan pantas mencapai Tuhan untuk dijadikan bacaan seterusnya :)
Fuh! Terasa diri ini nak gila apabila membaca buku antologi cerpen ini! Sesuai dengan tajuknya,Main Gila! Novel ini mencatat sejarah peribadi saya sebagai novel atau buku pertama terbitan Lejen Press yang saya baca. Novel antologi cerpen yang memiliki 206 muka surat ini mengandungi 16 buah cerpen pendek kesemuanya. Hasil pembacaan saya,kesemua cerpen ditulis berdasarkan satu tema khusus. Tema yang menjadi pilihan adalah; BUNUH! Saya akui,seperti yang saya nyatakan di atas,saya masih belum berkesempatan membaca kesemua novel terbitan Lejen Press ini. Namun,berdasarkan pemerhatian saya,saya mendapati beberapa penulis yang menyumbang hasil tulisannya juga menulis novel di bawah payung Lejen Press. Sebagai contohnya,Aisa Linglung yang menulis novel yang bertajuk Sperma Cinta. Walaupun berkongsi tema yang sama,setiap penulis menghidangkan kepada para pembaca dengan jalan cerita yang setiap satunya unik dan tersendiri,berdasarkan idea dan kreativiti setiap pengarangnya. Ada yang sadis,misteri,abstrak,sarkastik, dan jangan terkejut jika saya katakan ada cerpen yang humor sifatnya! Cerpen yang bertajuk El-Dorado tulisan Izwan Hafifi & Syahidah Huzaifah merupakan cerpen yang paling saya gemari di antara 16 cerpen atas faktor humor dan kejutan yang tidak tersangka oleh saya. Dari segi bahasa,terdapat kesamaan yang agak ketara penggunaan bahasanya antara FIXI dan Lejen Press. Perkara ini tidaklah menghairankan. Kedua-dua rumah penerbitan ini berstatus indie atau independence. Kedua-duanya tidak terikat dengan etika penggunaan bahasa yang selalunya dipatuhi oleh penerbit-penerbit mainstream. Namun,Lejen Press,pada pandangan saya lebih 'berani' dan liberal dari aspek bahasa di dalam naratif dan dialog. Perkataan berbaur lucah,kasar dan carutan digunakan secara meluas di kebanyakan cerpen yang terdapat di dalam novel Main Gila ini. Adegan lucah juga dipaparkan di dalam beberapa buah cerpen. Secara keseluruhannya,saya menganggap novel ini menghiburkan untuk dibaca,terutamanya kepada mereka yang sudah biasa membaca novel-novel FIXI yang bertemakan urban dan pulp-fiction. Novel antologi cerpen ini juga boleh dijadikan sebagai 'novel pengukur' atau dijadikan 'novel permulaan' untuk melihat kemampuan mengarang dan penceritaan para penulisnya sebelum membaca novel-novel keluaran Lejen Press yang lain. Namun,novel ini tidak sesuai dibaca oleh mereka yang berumur di bawah 18 tahun kerana mempunyai unsur-unsur ganas dan lucah yang agak keterlaluan di dalam novel Main Gila ini.
aku bagi 5 sebab aku suka semua cerita. memang ada certain cerita yang kurang dari yang lain, tapi most of the stories in this book is awesome. memang lejen.
tak pernah baca sebenarnya tulisan dari most of the authors. tapi aku pernah dengar la nama diorang, dari goodreads mostly. tak tahu kenapa tapi aku rasa pesen RS je bila aku baca cerita diorang. rasa puas yang sama bila aku baca tulisan RS.
ada cerita tu, dia lebih kepada romen meromen je, cerita pasal pembunuhan tu sikit je. pergh. dah la tengah baca time bulan pose. kahkah. so, part tu terpaksa skip.
boleh kata, bila baca tu, taknak stop la. tapi aku perlu tidur.
ada yang psycho, ada yang kelakar (yang pembunuh tikus tu, pergh, dia punya exaggerate kan time awal cerita tu, rupanya bunuh tikus je. kahkah), ada yang insane. nak rate mana yang aku paling suka pun tak boleh sebab most memang best.
aku rasa aku dah gila sebab suka baca pasal pembunuh upahan, pasal kerat, kelar badan orang ni. haha.
overall, aku suka, aku puas hati. so, memang deserve 5 bintang. :)
Cerpen-cerpen dalam Main Gila ni memang gila Kau jangan main-main dengan kemampuan orang Jangan main-main dengan tahap mana orang mampu pergi (okay, ayat tu memang huru hara! haha!) Dengan kata lainnya everyone has his own limit and you don't go beyond the limit If you go beyond their limit Something bad might happen So, be careful in what you say and what you do Don't trigger someone's temper Or you will be in a big mess
Main Gila. Antologi cerpen dengan setiap jalan cerita pembunuhan yang berbeza. Paling aku suka cerita Penebusan by KHRLHSYM dan sesudah suboh by Wan Shafiq. dan buat izwan hafifi dengan syahidatul huzaifah, geram geram je aku dengan pak kus dengan mak kus tu kan.
Didominasi watak-watak pembunuh profesional yang menjadikan aktiviti bunuh sebagai kerjaya. Namun berlandaskan motif yang berbagai, siapa saja berpotensi muncul sebagai pencerai nyawa dari jasad apabila perhitungan akhir hanya membawa kepada satu destinasi. Mati.
Cetakan 2012. Belian 2013. Bacaan 2014. Ada senda dalam El-Dorado. Ada jalan dalam Catatan. Ada sambungan dalam Pembunuh Si Kapitalis. Ada tangisan di mana2. Jangan main gila dengan nyawa orang. Kau bukan malaikat!
Buku kawan bagi pinjam. Mula-mula tengok cover buku, macam tak menarik sangat. Cover pun tak semenggah dengan tajuk. Tapi , aku silap. Dont judge a book by its cover. Nampak macam kurang, tapi isi dalam terlalu padu.
Cerpen thriller psiko. Ada beberapa cerita diterapkan dengan idea-idea baru. Suatu penyampaian yang baik. Banyak cerita berkisahkan dendam, tak kira apa bangs & pangkat pun. Yang mesti tahu, kerja selesai, mangsa mati.
Buku yang bagus untuk peminat thriller. Apa-apa pun buku ni kene dengan jiwa aku. Pistol dah macam permainan dibuatnya dalam buku ni. Sekali dia BAMMM....bersepai otak. Untuk semua penulis, idea yang bagus & fresh. Kipidap untuk semua. Untuk RM20 tak masalah untuk peminat thriller macam ni.
Orang-orang yang pernah terjumpa di jalanan, berselisih bahu, bertukar senyum dan mungkin dikenali lebih dari itu; buku ini membuat hamba memikirkan kemungkinan-kemungkinan ngeri bahawa Main Gila (MG) adalah edisi pendedahan tergempar (huhu) untuk cerita rahsia mereka yang ditopengkan dengan normaliti seorang manusia. Mungkin. Satu bintang kerana menerbitkan paranoia seketika di diri hamba. :-)
Sebutir bintang lagi khusus untuk empat cerpen kesukaan hamba iaitu:
i. Suicidium – Luc Abdullah Kisah sebuah permainan gila tentang orang-orang yang ingin menamatkan kontrak nyawa mereka dengan kadar segera. Caranya? Mereka perlu membunuh satu sama lain. “Dan kau, nak jadi mangsa aku yang seterusnya?” – Ayat terakhir dalam cerpen ini yang buat hamba terus menyukainya. Seriau!
ii. El-Dorado – Izwan Hafifi & Syahidah Huzaifah Satu sebab hamba menyukai cerpen ini ialah kerana komposisinya lari sedikit dari 15 cerpen yang lain. Dengan tajuk cerpen (yang juga nama gelaran sang hero) serta gambar di muka cerpen yang sangat berunsur gangsterisme, cerpen ini berakhir dengan mendapat ucapan “Ceh!” dari hamba. Suka!
iii. Catatan – Syahid Abdullah Hamba suka bagaimana cerpen ini berjalan dengan sangat lancar dan hampir membuat hamba merasa seperti tidak sedang membaca kisah seorang pembunuh upahan. Penamat yang memutar cerita dengan sangat mengejutkan. Syabas penulis!
iv. Dhabit – Hasrul Rizwan Pada pandangan hamba, kisah cerpen ini tidaklah terlalu luar biasa tetapi hamba menyukai cara penulisannya yang hamba rasa sangat bagus. Hamba sempat merasa sebak untuk Dhabit.
Selain dari itu, ada cerpen yang pada hamba tidak cukup bergaya dan ada juga yang agak ‘mengganggu’ (salah hamba yang seharusnya bersiap siaga dan terbuka - ini buku indie, cik kak oi). Namun, secara keseluruhan hamba menyukai buku ini tetapi tidak menggemarinya. Bukan kerana tema atau penggunaan bahasa/kata (pada beberapa cerpen) yang pada hamba jauh lebih ‘tembus’ dari buku-buku FIXI (setakat yang sudah hamba baca), tetapi kerana terlalu sedikit cerpen yang betul-betul hamba sukai. 4/16 = 25%.
Banyak juga rebiu dari pembaca-pembaca lain yang mengatakan cerpen dalam antologi ini mempunyai idea cerita yang sama.
*garu kepala.
Memang! sebelum membacanya lagi sepatutnya anda harus tahu awal-awal bahawa ini adalah buku tentang kisah-kisah assasination, so, janganlah pelik atau mengomel pula. dah memang ini tema ceritanya. sigh.
saya terlupa bila saya dijemput untuk menyertai projek 'main gila', but obviously, saya tidak menyertainya. sibuk, tidak berpengalaman dalam genre cerita sebegini menjadi penghalang buat saya. tapi usai membacanya, aduhai, rasa sayang pula kerana tidak mencuba.
apapun, tahniah. satu usaha yang menarik. sejujurnya, tidak semua cerita dalam kategori terbaik, mungkin ada dalam 2 atau 3 yang sangat-sangat menarik, dan ada juga 2 atau 3 yang, "bolehlah".
ada penulis yang cuba membawa unsur humor yang, minta maaf, tidak kelakar langsung buat saya. bahasanya juga biasa-biasa. tetapi saya kagum dengan kebanyakan penulis yang mampu menulis dengan bahasa yang tertib walaupun mempunyai dialog yang kasar. syabas!
Cuma saya erkilan kerana ada sebahagian penulis yang mempunyai mentaliti bahawa ini adalah satu karya alternatif, bermakna bahasanya juga harus liberal, lain dari yang lain, hipster. ada yang memasukkan unsur 'dewasa', tidak, lucah, dan ada juga yang memasukkan bahasa yang sangat pasar di luar dialog atau monolog. mungkin mereka ingin merakyatkan bahasa mereka, atau ingin menjadikan karya mereka 'rare'. tetapi bagi saya, penggunaan bahasa begitu telah merendahkan karya mereka. itu pendapat saya. orang lain, tidak tahulah.
Syabas kepada semua penulis, secara khususnya kepada Fiq Vertigo (member), dan penulis cerita Dhabit. Dhabit, wow, sangat real.kudos.
Dunia ni kadang kita rasakan tak adil. Kau jadi mangsa tapi kau yang jadi gila semata-mata kerana nak pertahankan hak kau. Kau yang jadi sakit dan tak waras bila kau mengharapkan pembalasan untuk setiap yang berlaku.
Sedang pemangsa, yang menyebabkan hidup kau musnah, terlihat bahagia hahaha terkadang meriah ketawa. Ia membingit telinga. Jadi tanpa iman, tanpa keluarga manusia hilang pedoman, kerana sakit, manusia sanggup berbunuhan. Tapi kadang aku rasa "Nah, layak lah kau kene semua ni".
Tapi terkadang tu terfikir jugak. Siapa kita nak ambil kerja Tuhan dalam menghukum manusia. Dan dua perkara yang berbisik dalam kepala ni boleh buat manusia hilang arah. Yang baik mahukan pendamaian yang jahat mahukan pembalasan. It's a battle between victim their selves. And it's hurt even more when they lose themselves sebab manusia2 tak berhati perut dan tak bertanggungjawab yang sedang ketawakan untuk setiap airmata kesedihan kau.
Part last: Adakah Munah yang bunuh Dhabit. Kalau ye. Semoga kau terima pembalasan dari Tuhan!
Mungkin terlalu bias untuk mengulas cerita demi cerita memandangkan rata-rata penulis dalam buku ini adalah kenalan rapat aku. Secara keseluruhannya, ada yang gila dan ada juga yang biasa-biasa. Penceritaan yang digarap dalam bentuk fiksyen berbaur aksi + humor juga agak menarik apabila diselit bersama kisah-kisah berdarah.
Dan ternyata, garapan dari penulis-penulis Kontrol Histeria yang turut terlibat menyumbang cerita dalam buku ini umpama menambahdalamkan lagi luka pada pembaca. Masih saiko dan kuatnya hamis bau darah seperti biasa.
Aku suka Suicidium, Innocent, Penebusan, Tugasan Terakhir, Suu-Chi dan Dhabit. cerpen yg lain pun best. ada tarikan memasing tapi yg itu la yg paling aku suka. ada penulis yg aku pernah baca, ada yg pertama kali. tapi ternyata semuanya hebat belaka. tapi Innocent la paling buat aku tergamam. memang berdarah!
Ada yang bagus tu baguslah, macam cerita [antara feveret aku] karya Luc Abdullah (Suicidium), Orphan Bunjos (7.62 mm), Nurarnida Sabrina (Innocent) dan Wan Shafiq (Sesudah Suboh). Selebihnya ada yang okay dan kalau diperbaiki sikit sure lagi best, dan ada gak yang takat 'mehhh' je.
Menarik. Paling suka cerpen yang awal-awal dan akhir-akhir. Yang tengah-tengah banyak biasa-biasa. Favourite, Dhabit. Suka cara penulis cerita, ayat-ayat dia, deskripsi semua benda yang tolong kita bayangkan keadaan semasa berlaku kejadian. Menarik. Cuma nak tau bunyi tembak tu bini dia bunuh diri ke bini dia tembak dia? Tembak dia lah kan pasal tu langkah terhenti and terus melutut?
macam mana nak menikmati buku ni? baca dengan teliti sambil bermain dengan imaginasi sendiri. karya karya penulis buat aku rasa macam aku baca ensiklopedia pembunuhan terutamanya karya Nurarnida Sabrina.
Kumpulan cerpen yang baik, masing-masing punya elemen kejutan yang namanya kejutan. Paling menarik perhatian adalah tulisan Luc Abdullah dan juga Hasrul Rizwan. Diterbitkan oleh Lejen Press? Patutlah lejen sangat!
Setiap penulis ada kelebihan masing-masing dan aku lebih suka cerpen daripada penulis Kontrol Histeria yang memang aku minat baca tulisan mereka sejak dulu lagi seperti Ophan, Luc, Khrlhsym dan Zoul. 3 bintang untuk sebuah sebuah antologi cerpen yang menarik.
Its a good book. Dalam dilema whether 3 or 4. Maybe between the intersection of 3 to 4. Overall buku ni best its just that cerita sangat slow and lenggok bahasa yg kurang terpahat pada hati but overall it was good book! ;)
Antologi cerpen yang menarik tentang pembunuhan. Kau yang tak tahu apa-apa pasal pembunuhan akan terasa mahu membunuh orang dengan kejam selepas membaca buku ini.