Jump to ratings and reviews
Rate this book

Prince of Mount Tahan

Rate this book
Belulang harimau putih
lapik membuka pekung
cenuai pengasih
membodohkan modennya manusia serakah

sakai, Robert, Tahan, William + mem
beringin bercakap, teropong terus
burung laju berlauk emas bersayur perak
orang bunyian, Ratu Bongsu, perempuan tua

Wacana pascakolonial era kolonial
Wacana Melayu
Wacana realisme magis
jiwa merdeka, jiwa bebas tak terjajah

68 pages, Paperback

First published January 1, 1938

17 people are currently reading
292 people want to read

About the author

Ishak Haji Muhammad

29 books60 followers
Ishak Haji Muhammad (14 November 1909 - 7 November 1991) atau lebih dikenali sebagai Pak Sako merupakan seorang penulis yang giat menulis sekitar tahun 1930-an sehingga 1950-an. Ishak Haji Muhammad adalah seorang nasionalis negara. Kelibatnya bermula pada era sebelum kemerderkaan dan pascamerdeka. Gagasan yang ingin diperjuangkan oleh Pak Sako ialah penyatuan Melayu Raya yang mana Indonesia, Malaysia dan Brunei disatukan dalam satu serumpun.

Nama Pak Sako bukanlah satu nama asing bagi negara kita terutama dalam bidang kesusasteraan. Pak Sako sebenarnya adalah jolokan kepada nama Isako-san yang dipanggil orang-orang Jepun. Nama sebenar Pak Sako adalah Ishak Hj. Muhammad. Pak Sako juga dikenali juga dengan nama samaran seperti Anwar, Hantu Raya, Isako San dan Pandir Moden.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
67 (23%)
4 stars
129 (45%)
3 stars
76 (26%)
2 stars
7 (2%)
1 star
3 (1%)
Displaying 1 - 30 of 49 reviews
Profile Image for Anis Suhaila.
138 reviews11 followers
July 20, 2017
Penulisan kemas. Tapi bosan, preachy dan sudden unbelievable ending. Saya sedar yang conservatives akan lebih sukakan novel ini dan Anak Mat Lela Gila but I am personally more of a fan of Budak Beca.
Profile Image for nazhsahaja.
127 reviews16 followers
March 29, 2017
saya bukanlah orang yang selayaknya untuk beri komentar buku-buku klasik masterpiece begini. jadi bukakanlah hati, fikiran dan lapangkan dada untuk baca ulasan saya yang mungkin tak kena dengan pendapat kalian.

selayaknya dikata oleh pak sako, putera gunung tahan (PGT) bukan bacaan untuk anak-anak kecil. bukunya dikarang supaya pembacanya berfikir, malah diberi klu bahawa karyanya adalah seputar permasalahan penjajahan yang menghimpit tanah air sekitar tahun-tahun sebelum merdeka. waktu orang-orang inggeris keluar masuk tanah malaya tanpa ada sebarang kegusaran, waktu penjajah-penjajah eropah menakluki hampir 80 peratus muka bumi (Loomba, 1998). jadi bila saya hanya baca buku ini sepintas lalu (dan selaju mungkin; atas sebab-sebab perlu habiskannya untuk dibuat tugasan sekolah), saya hanya dapat habisi buku ini dengan bertemankan beribu-ribu persoalan yang turut lahir bersama tamatnya buku ini.

tak apa itu silap saya. jadi untuk menjadi orang yang lebih berfikir, saya baca sedikit kertas-kertas kerja, makalah yang berkaitan dengan PGT.

lewat makalah yang ada, banyak yang mengaitkan buku ini dengan betapa sinisnya pak sako menggambarkan watak William dan Ratu Bongsu, dimana watak-watak ini memberi gambaran tentang perilaku orang inggeris yang tamak, licik dan manis mulut.

ya benar. inti yang itu memang jelas sekali kelihatan, cuma bagi saya, selain sindiran terhadap penjajah, PGT juga memberi satu kritikan kepada kepimpinan melayu elit pada zaman tersebut.

sindiran yang benar sampai ke hati adalah apabila William sendiri menyampaikan kepada Ratu Bongsu bahawa bukan sahaja orang barat yang gemar berhibur dan bergaul campur sesama lelaki dan perempuan, namun orang melayu juga begitu. ini kerana William sendiri pernah pergi berhibur di kelab malam yang telah dibuka oleh orang melayu yang dipanggil kelab 'Penglipur Lara'. malah kelab itu sendiri dibuka oleh Tuan Haji Adam, seorang hartawan elitis yang merasakan menggunakan hartanahnya untuk membuka sebuah sekolah agama adalah sesuatu yang tidak menguntungkan, lalu sebuah kelab hiburan dibuka kerana lebih mendapat banyak manfaat kepadanya. golongan elitis tamak harta sehingga melupakan kebajikan kaum sendiri yang lebih memerlukan adalah perkara yang norma bukan sahaja pada zaman itu malah boleh dilihat sekarang.

watak elitis yang selalu tunduk dibawah telunjuk barat juga ditonjolkan. sistem pada masa tersebut adalah seperti sistem hieraki di mana piramid teratas adalah golongan penjajah, dibawahnya golongan pembesar elitis yang seperti lembu dicucuk hidung dibawah telunjuk british tapi pada masa yang sama taksub mengejar pangkat, kuasa dan wang ringgit, dan golongan yang terbawah adalah rakyat biasa yang paling tersepit kerana bukan sahaja tanah airnya dikais orang luar namun juga hidup dalam kemiskinan dan kekurangan, lemah dihimpit pemerintah atasan seperti semut dihimpit kawanan gajah. sindiran pak sako terhadap golongan bangsawan elitis ini dengan menggambarkan mereka sanggup bergadai tanah asalkan diberikan gelaran yang panjang-panjang dan dianugerahkan kerajaan dengan bintang kebesaran berpuluh-puluh butir.

cuma watak Ratu Bongsu sahaja yang 'diputihkan' bagi memberi gambaran bahawa walaupun pemimpin elit melayu ramai yang memakan anak bangsa sendiri, namun masih ada segelintir golongan ini yang masih punya kesedaran dan kualiti yang baik sebagai pemerintah. tapi perlu juga diingat, di akhir cerita, adegan Ratu Bongsu melamar Mem William seakan dibiar tergantung. ada sesetengah pendapat menyatakan tindakan Ratu Bongsu melamar Mem Willian adalah sebagai tanda kemulian hati raja tersebut terhadap balu musuh yang pernah menghianatinya. tapi, tidakkah itu juga membawa maksud yang lain yang menggambarkan sikip para elitis yang mudah sekali terlupa akan sejarah lama kerana mudah tergoda dengan kecantikan wanita, kerana digambarkan dalam buku bahawa Mem William mempunyai rupa paras yang elok, dan Ratu Bongsu menyimpan rasa cinta berahi padanya meskipun hanya bertemu beberapa kali. walhal, bijak pandai selalu berkata, manusia selalu melupakan sejarah, namun sejarah tidak pernah melupakan manusia. tindakan Ratu Bongsu memperisterikan Mem William boleh menjadi satu kesilapan pemimpin yang lebih mementingkan cinta pada wanita tanpa sedar cinta tersebut akhirnya boleh membuat sebuah negara huru-hara kerana penangan kuasa wanita. ini disebut sendiri pak sako dalam PGT;

'..iaitu perkhabaran menyatakan bahawa Ratu Bongsu telah jatuh asyik kepadanya. Sungguhpun boleh dikatakan dia belum kenal betul dengan Ratu Bongsu tetapi mengetahui dia bahawa Ratu Bongsu itulah yang menjadi ketua penduduk-penduduk di mercu Gunung Tahan dan penjaga hutan rimba yang luas serta khazanah-khazanah yang banyak di dalamnya. pada fikirannya sekiranya betul perkhabaran yang disampaikan oleh perempuan-perempuan pada petang itu, maka adalah peluang baginya hendak menjayakan tujuan asal suaminya dan dia sedar bahawa perempuan adalah suatu kuasa yang amat berguna lagi kuat di dalam muslihat yang seumpama itu.....'

ya, pak sako benar sekali. disebalik kata-katanya bahawa PGT bukan bacaan anak-anak kecil, beliau sebenarnya lebih merujuk kepada pembaca yang mempunyai fikiran seperti anak-anak kecil. terbitnya buku ini pada zaman inggeris masih berkuasa dan rakyat tempatan tidak mampu bersuara menjadikan karya ini sangat berlapis-lapis dan penuh satira. mungkin disebaliknya lebih daripada sindiran kepada penjajah dan golongan elit. who knows?
Profile Image for ainunsailah.
88 reviews15 followers
July 5, 2015
Sudah lama teringin baca buku ni. Bagaimana karya yang mampu meniupkan semangat merdeka. Tinggi sungguh perlambangan Pak Sako. Menyampaikan mesej secara halus memupuk kebencian kepada penjajah. Saya masih berfikir. Dari kisah Tuan Robert dan Orang Sakai, Tuan William dan Orang Bunian, Mem William dan Ratu Bongsu. Mungkin pembacaan akan lebih bermanfaat bila lebih banyak membaca Sejarah dan memahami realiti zaman tersebut.

Biar buku terus jadi alat untuk melawan!
Profile Image for Khairul Hezry.
747 reviews141 followers
June 7, 2023
Karya yang menyindir penjajah kulit putih dan menegur anak pribumi Tanah Melayu. Dikarang pada tahun 1937 tetapi sengatnya masih berbisa hingga ke hari ini.
Profile Image for Norsamila Samsudin.
Author 9 books49 followers
December 28, 2021
Putera Gunung Tahan, merupakan karya pertama Ishak Haji Muhammad atau nama pena terulungnya, Pak Sako. Karya ini pertama kali terbit pada tahun 1937, karya sebelum merdeka. Telah diterbitkan semula oleh pihak ITBN (Institut Terjemahan Buku Negara), pada 2012. Diikuti cetakan kedua oleh ITBN juga pada 2014.

Saya hanya mengambil masa setengah hari untuk menamatkan bacaan buku yang hanya memiliki 110 halaman.

Karya yang penuh sinis pengkisahan terhadap bangsa Melayu itu sendiri. Terhadap anak raja, pegawai kerajaan dan tidak terlepas, tajam sindiran terhadap niat asal bangsa penjajah. Buku ini dikarang dalam bentuk fiksyen. Watak-watak ciptaan Pak Sako bercampur di antara watak manusia biasa dan watak bunian yang mendiami puncak Gunung Tahan.

Bermula dengan pengenalan kepada negeri Pahang dan keistimewaannya, cerita ini dilanjutkan dengan pengenalan dua watak utama iaitu Tuan Robert dan Tuan William. Watak yang datang ke Gunung Tahan untuk meninjau kawasan. Dari sini, kita sudah boleh melihat hala tuju cerita. Malah, saya sendiri sudah tak sabar nak baca. Nak tahu bagaimana seorang nasionalis, pejuang kemerdekaan melalui pena ini membentuk perjalanan kisah penjajah. Apa yang akan dilakukan oleh Pak Sako terhadap mereka?

Cerita dipecahkan kepada dua kisah apabila kedua-dua mereka tersesat dan terpisah di tengah hutan, dalam perjalanan menawan puncak Gunung Tahan.

Kedatangan kedua-dua watak ini ke Gunung Tahan ditonjolkan seakan-akan ingin memberi manfaat dan hendak memajukan Tanah Melayu bermula dengan Gunung Tahan. Tetapi, penulis membina situasi yang menjelaskan niat asal mereka yang terselindung, yang ingin memiliki faedah di atas makmurnya tanah Pahang.

Jika peribumi tidak sedar, ia bakal tergadai melalui kebaikan dan agenda peribadi. Membaca buku ini mencelikkan hati terhadap kelalaian diri sendiri. Terhadap kebaikan orang luar yang sentiasa punya agenda. Sejarah membuktikan. Kesenangan yang ditabur oleh penjajah, gadaiannya adalah warisan harta nenek moyang. Yang kesenangan itu bersifat sementara. Pangkat, harta dan wanita. Hidup senang dengan menyerah segala kerja kepada orang luar. Sedangkan kerja-kerja pembangunan yang mereka lakukan ada kepentingan dan tiadalah keikhlasan sebagaimana yang dicanang-canangkan.

Penjajahan terus berkelana lama berbanding kesenangan yang akan sirna. Jika kita sedar, buktinya sentiasa ada di hadapan mata. Betapa negara kita sekarang, pasca merdeka meninggalkan kesan penjajahan yang nyata. Yang terlihat pada sistem perundangan, pendidikan, malah banyak perkara.

Banyak nasihat dan kesan kepada satu-satu perkara itu, yang ditunjukkan oleh Pak Sako di dalam cerita ini.

Saya tertarik ketika watak Tuan Robert memperkecil-kecilkan kaum peribumi, Sakai. Yang mana akhirnya dia sendiri terseksa jiwa disebabkan kelancangan mulutnya. Jangan sesekali menghina adat budaya orang lain. Jangan sesekali merendahkan kemampuan sesuatu bangsa yang terlihat kurang maju dari segi kehidupan. Sedangkan, kemajuan itu bukan ukuran tingginya bangunan melainkan anjakan pemikiran dan perubahan dalam survival kehidupan. Bandingan kehidupan itu tidak akan seimbang. Tetapi, yang penting ia tetap sebuah kehidupan yang mengamankan. Yang dibanggakan oleh kaum mereka. Itu identiti mereka. Kebanggaan mereka. Jika semuanya nak ditukar menjadi seperti orang barat, akan hilanglah identiti peribumi. Akan terjajahlah kehidupan dan hilang segala tinggalan nenek moyang.

Watak di dalamnya, walaupun hanya watak rekaan tetapi dialognya terasa hidup dan membakar jiwa dan minda yang membaca.

Pengakhiran yang membuatkan lidah kelu, hati terdiam.
Profile Image for Fadillah.
830 reviews51 followers
March 9, 2022
“Patik fikir patut sangatlah pegawai putih itu memberi nasihat demikian kerana ia seorang yang berpelajaran tinggi dan wajiblah orang melayu itu mengikut sahaja kata orang putih itu kerana faedah baginya, iaitu dapat nama yang baik, pangkat besar dan gaji banyak. Lagipun, tuanku, patut sangat-sangat bagi orang melayu menaruh sepenuh-penuh kepercayaan atas naungan kerajaan negeri patik kerana kemudian daripada tuhan, kerajaan patik itulah yang kuat sekali dan sempurna pentadbirannya”.
- Putera Gunung Tahan by Ishak Haji Muhammad (Pak Sako)
.
.
Considering the year which is 1937 this book was published, i would say this is satirical work at its level best and it is packed with the anti-colonialism message throughout the story. I am not sure about now, but back then satire is an integral part of Malays because they communicate using sarcasm and metaphors. Hence, i understand why this novel is so popular among older generation. We were introduced to the 2 characters in this book, Mr. Robert and Mr. William. Both are working for the British and they are embarking the exploration journey of Gunung Tahan which is situated in Pahang. They were promised rewards by the British if they managed to do so as the government at that point of time wanted to build their settlement there considering the climate there is more agreeable to these colonisers - cold and windy. Along the way, their tour guide died one by one either by accident or disease leaving Mr. Robert and Mr. William relying on each other in order to continue with their expedition. They got separated eventually when Mr Robert were caught by Indigenous People, Sakai Tribe and were appointed as Batin Putih. Mr Robert has no way to escape and resign to his fate that he might have to stay there for the rest of his life. Mr William were destined to meet Kusina and Kusina agreed to bring him to Mount Tahan. Once arrived, Mr William are in awe and already scheming on how to send messages to the British that they can take over the Gunung Tahan. The story is short and straightforward but i love the historical facts that are intertwined with magical realism. There’s a magic to it especially for ‘Pohon ‘Beringin’ and Bamboo which Mr william likened it with Radio and Binoculars. We also has the myth of ‘Bunian’ which has been harmoniously lived with Ratu Bongsu at Gunung Tahang. The history of Malay figures like Dato Bahaman, Tok Gajah and Mat Kilau were mentioned in this book added a nice touch to remember their fight against British interference in Pahang. I would have given this 5 stars if its not for the ending. I was being let down by the ending. Overall, A great novel. Pak Sako put up his observations on the behaviors of these British colonialists - loyal and pro-British officials as well as the feudal class of Malays who has been pampered and bribed to kneel to the british. One is an invader and another one is a traitor. This combination is proven to be lethal for the Malays at that time.
Profile Image for Shuhada Ramli.
353 reviews17 followers
January 7, 2017
Padu. Sebuah tumbukan padu kepada anak bangsa yang semakin leka dan alpa
Profile Image for Syed Muhammad Danial.
153 reviews9 followers
July 15, 2019
Cerita yang agak pendek. Bahagian yang saya tidak boleh lupa apabila di mana dua orang pegawai British berehat di satu gua di Pahang, kemudian keesokan harinya seorang daripada pegawai tersebut diculik oleh orang Sakai. Ada nilai nilai nationalisme dan anti kolonial terdapat di dalam beberapa babak di dalam cerita ini
Profile Image for Hikaoru.
944 reviews24 followers
July 1, 2017
Main reason for reading this: it's a classic.

Got this book from a quaint shop at Jalan TAR. Stumbled upon it, really 'cause I was planning to get it from the library.

The book was short, satirical (obviously because it was published before our independence) and at times, amusing.

Oh the irony of reviewing a book on hating the English this way.

But really, this book was written for the Malays to rise up against their adversary, for them to realise that their leaders are blinded and it's up to them to either accept it or change. This was also one of the book students had to learn for KOMSAS.....which unfortunately have been replaced by that wretched forbidden love between doctors or something that I've totally forgotten the title.

I wonder how this book wasn't banned during his time because of the propaganda undertones.
Profile Image for Encik Psychopath.
Author 1 book11 followers
February 6, 2013
Mengisahkan tentang dua pengembara yang meneroka Gunung Tahan untuk dijadikan kayangan baru beserta ganjaran lumayan. Namun berakhir dengan tragedi. Ironinya, kelibat Putera Gunung Tahan tidak kelihatan.

Pak Sako sentiasa tampil dengan keindahan lenggok bahasanya, sastera yang bernilai puluhan tahun ini tidak pernah basi seperti yang lainnya. Teguran dan nasihatnya sentiasa terselit dalam setiap karyanya.
Profile Image for Nazmi Yaakub.
Author 10 books278 followers
December 29, 2017
Sebuah novel sastera Malaysia wajib baca. Gaya realisme magis sudah awal ada dalam sastera kita seperti watak, latar dan mitos yang digunakan oleh Pak Sako dalam Putera Gunung Tahan ini. Ia juga menjadi wadah kritikan Pak Sako bukan saja terhadap imperialisme Barat termasuk konsep The White Man Burden, bahkan kritikan kepada bangsanya sendiri.
Profile Image for Iza B. Aziz.
223 reviews29 followers
May 10, 2023
Penjajah itu penuh muslihat, mendatangkan musibah. Kalau kita tiada ilmu dan tiada sikap berhati-hati, alamatnya memang hanyut dibawa arus.

Mungkin kita tidak nampak, rasa, lihat dijajah sebagaimana Tanah Melayu dulu. Tapi sekarang? Sifat-sifat dijajah masih terbit dalam sanubari tangan-tangan pemerintah.

Suka betul Pak Sako selamba membodohkan Robert dan William dalam cerita ini. Puas hati!
Profile Image for Adi.
158 reviews19 followers
February 9, 2012
Mati-mati selama ni aku sangka cuma kisah dongeng raja-raja yang biasa-biasa saja.
Tak sangka langsung ini adalah magic realism.
Profile Image for Aliya prettyandreads.
73 reviews62 followers
July 11, 2023
.
📝 𝗴𝗲𝗻𝗿𝗲: 𝘀𝗮𝘁𝗶𝗿𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗷𝗮𝗷𝗮𝗵, 𝗹𝗶𝘁𝗲𝗿𝗮𝘁𝘂𝗿𝗲
🏷 𝘁𝗮𝗴𝘀: 𝗻𝗮𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹𝗶𝘀𝗺𝗲

✿ 𝓢𝓲𝓷𝓸𝓹𝓼𝓲𝓼 ✿
Kisah berlatarkan berkisarkan perjalanan 2 orang British meneroka hutan di Gunung Tahan, Pahang, Tuan Robert dan Tuan William.

Tujuan asal mereka adalah untuk mencari tempat menarik untuk dijadikan tempat peranginan, menangkap gambar tempat tersebut sebagai bukti untuk dihantar ke England.

✿ 𝓡𝓮𝓿𝓲𝓾 ✿
Kritikan sosial yang dibawa dalam buku ni bagi kita digarap dengan baik, buktinya kita boleh nampak sindiran sangat jelas from each character.

1️⃣ — 𝙥𝙚𝙣𝙟𝙖𝙟𝙖𝙝
Watak 𝙍𝙤𝙗𝙚𝙧𝙩 & 𝙒𝙞𝙡𝙡𝙞𝙖𝙢 ni dibentuk dengan bauk sampai kita rasa jijik ngan diorang. Sifat tamak, licik penuh muslihat & khianat buat kita rasa wajarlah mereka dihalau & ditentang orang Melayu.

2️⃣ — 𝙤𝙛𝙘, 𝙨𝙞𝙣𝙙𝙞𝙧𝙖𝙣 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙈𝙚𝙡𝙖𝙮𝙪 𝙨𝙚𝙣𝙙𝙞𝙧𝙞 𝙥𝙪𝙣 𝙖𝙙𝙖!

Mengenali 𝙋𝙚𝙧𝙚𝙢𝙥𝙪𝙖𝙣 𝙏𝙪𝙖, sifat *orang Melayu* itu sopan santun dan berbudi. Tapi sifat ini lah yang selalu diambil kesempatan oleh orang lain, dipijak sesuka hati. Jadi seharusnya juga orang Melayu perlu menjadi pandai & terang hati, duduk di hutan juga masih bijak membaca muslihat walaupun tak ada akses untuk pendidikan formal.

Benar, Barat sedikit sebanyak mempengaruhi Tanah Melayu, tapi jangan dilupa akhlaknya juga. Percampuran antara lelaki perempuan di Barat mula diterima oleh orang alim Melayu seperti elitis 𝙏𝙪𝙖𝙣 𝙃𝙖𝙟𝙞 𝘼𝙙𝙖𝙢. Sifat alim ‘dijual’ dengan pertukaran harta, yang tidak pernah cukup.

3️⃣ — 𝙥𝙚𝙢𝙞𝙢𝙥𝙞𝙣
𝙋𝙪𝙩𝙚𝙧𝙖 𝙂𝙪𝙣𝙪𝙣𝙜 𝙏𝙖𝙝𝙖𝙣 pula, diselitkan bahawa menjadi pemimpin yg baik itu penting. Nipis payungnya, tempiaslah rakyatnya. Jadi pemimpin baik itu senang tapi untuk kekal baik sampai ke akhirnya, tidak mudah. Cinta, harta dunia — dua benda yang boleh buat sesiapa gelap mata, mengkhianati orang bawahannya.

4 senario atas ni berlaku di zaman 1930, tapi kalau difikirkan, masih berlanjutan hingga harini. — ‘Belajarkah’ kita dari sejarah, atau sekadar tahu & lupa?

✿ 𝓡𝓮𝓬𝓼 ✿
Sesuai untuk pupuk semangat nasionalisme sementara dah nak dekat bulan Merdeka ni!

———
“𝘱𝘦𝘨𝘢𝘸𝘢𝘪 𝘣𝘢𝘯𝘨𝘴𝘢 𝘵𝘶𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘭𝘦𝘵𝘢𝘬𝘬𝘢𝘯 𝘳𝘢𝘬𝘺𝘢𝘵 𝘥𝘪 𝘣𝘢𝘸𝘢𝘩 𝘱𝘢𝘺𝘶𝘯𝘨 𝘬𝘶𝘯𝘪𝘯𝘨 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘯𝘪𝘱𝘪𝘴 𝘮𝘦𝘭𝘢𝘺𝘢𝘯𝘨, 𝘮𝘢𝘬𝘢 𝘢𝘱𝘢𝘣𝘪𝘭𝘢 𝘩𝘶𝘫𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘢𝘴𝘢𝘩 𝘬𝘶𝘺𝘶𝘱𝘭𝘢𝘩 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘪𝘵𝘶”

3.5🌟
Profile Image for Faiz • فائز.
358 reviews3 followers
April 29, 2024
Ishak Haji Muhammad, atau lebih masyhur dengan gelaran Pak Sako merupakan seorang nasionalis dan sasterawan. Beliau menggerakkan kesedaran orang Melayu untuk menuntut kemerdekaan lewat mata pena, juga melalui penglibatannya dalam lapangan politik di bawah penyertaan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).

Putera Gunung Tahan ini merupakan salah satu daripada tiga magnum opus Pak Sako yang perlu dibaca oleh semua. Berbaki dua lagi ialah Anak Mat Lela Gila dan Budak Beca. Biblio Press telah mengusahakan penerbitan semula ketiga-tiga buku ini dengan cetakan muka hadapan yang baharu.

Menurut Pak Sako, buku ini ialah “alat perjuangan menuntut kemerdekaan, keadilan dan menghalau penjajah”. Maka, seandainya buku ini dibaca oleh generasi sekarang yang sudah lena diulit kemakmuran dan keamanan, tidaklah ia benar-benar berbekas.

Namun, andai buku ini diperhatikan melalui kaca mata tarikh penerbitannya iaitu 1937; kritikan yang dilemparkan terlalu halus dan tajam kepada para penjajah, juga kepada orang Melayu sendiri.

Para penjajah-kolonial yang bercita-cita menguasai seluruh Tanah Melayu untuk menjarah hasil bumi telah menjadikan penduduk asal sebagai boneka pentadbiran dan menyuntik budaya hedonisme. Kelicikan orang putih ini telah menyebabkan orang-orang Melayu tidak tersedar bahawa maruah mereka telah tergadai. Akar agama dicabut dan digantikan dengan budaya Barat, kononnya lebih bertamadun dan mulia! Namun, pada babak yang diperlihatkan kecurangan isteri Tuan William, dilondehkan sifat budaya Barat yang sebenarnya.

Menariknya lagi, saya mengira bahawa Pak Sako adil dalam karyanya ini. Sejahat-jahat orang putih, masih ada baiknya dan sebodoh-bodoh orang Melayu, masih ada pandainya.

Walaupun sudah hampir puluhan tahun cerita ini ditulis, namun watak-watak yang wujud masih ada sehingga kini, cuma berlainan bentuk. Masa akan terus bergulir dan sifat watak akan terus diganti bergilir.
Profile Image for Shahrul AhLami.
188 reviews13 followers
September 24, 2017
Putera Gunung Tahan. Ishak Haji Muhammad a.k.a Pak Sako. ITBM. 2012.


1) Novel ini merupakan novel terbitan semula.

2) Mengandungi 110 mukasurat.

3) Melalui novel ini, Pak Sako cuba menyedarkan anak bangsa tentang betapa liciknya bangsa penjajah cuba menguasai tanah air kita.

4) Novel ini ditulis dengan bahasa melayu klasik. Agak susah sikit nak memahami jalan cerita.

5) Novel Putera Gunung Tahan ini, mengisahkan 2 bangsa asing ( Robert & William ) yang cuba meneroka kawasan gunung Tahan.

6) Sewaktu dalam perjalanan, ada pelbagai peristiwa yang berlaku & menyebabkan mereka terpisah antara satu sama lain.

7) Sungguhpun terpisah, mereka tetap dengan misi mereka untuk menjajah kawasan Gunung Tahan.

8) Kata-kata Pak Sako : " Saya menulis Putera Gunung Tahan khusus sebagai alat perjuangan menuntut kemerdekaan, keadilan dan menghalau penjajah."

9) Banyak lagi yang ada dalam buku novel. Korang bacalah sendiri.

10) Selamat membaca !

#duniaBOOKku📚
#alonalonjanjikelakon
#breatheNread
#2017readingchallenge
[ EMPATpuluhLIMA ]
Profile Image for Mali.
210 reviews
May 13, 2019
anda pernah dngr cerita Puteri Gunung Ledang, tapi sudahkah anda dengar kisah Putera Gunung Tahan?

Okay, I notice bnyk rating rendah for this book. Tapi nak banding dengan Anak Mat Lela Gila , I actually lagi suka this book.

First off, I like yg ianya written dri perspektif omputeh. Tho, kisah Tuan Robert buat I sedih jap.

dua, ianya adventurous. yah, bcus masuk hutan n maybe it's bc i mmg suka hiking, so the mention of gunung/bukit excites me kot.

tiga, i like how unsur mistik is involved (org bunian, etc.)

4, Ratu Bongsu tu lelaki ye, kawan2. (at first, I thought it was a woman).
Profile Image for Afiqah.
2 reviews
November 24, 2024
Putera Gunung Tahan merupakan karya daripada Ishak Haji Muhammad, atau lebih masyhur dikenali dengan Pak Sako, beliau merupakan seorang nasionalis dan sasterawan. Buku ini diterbitkan pertama kali pada tahun 1937. Menurut Pak Sako, buku ini merupakan alat menuntut kemerdekaan, keadilan dan menghalau penjajah.
Buku Putera Gunung Tahan ini berkisar watak utamanya, Ratu Bongsu yang berdepan dengan penjajah seperti Tuan Robert dan Tuan William. Ketamakan penjajah sehingga mahu merampas Puncak Gunung Tahan itu mencetuskan kemurkaan Ratu Bongsu hingga membawa kepada rentetan peristiwa yang menjadi simbol sindiran pengarang dan pada masa sama melambangkan kebijaksanaan bangsa Melayu.
Buku ini merupakan sebuah satira politik yang berjaya menyuntik semangat nasionalis kedalam diri pembaca. Penulisan buku ini juga berjaya melemparkan kritikan yang halus dan tajam kepada para penjajah dan orang Melayu itu sendiri. Para penjajah bercita-cita untuk menakluki Tanah Melayu dengan menjarah hasil bumi, menjadikan penduduk asal sebagai boneka pentadbiran dengan menyuntik budaya hedonisme. Bukan itu sahaja, orang putih juga berjaya telah menjajah minda orang Melayu dengan budaya barat yang dianggap lebih bertamadun. Namun, di sebalik kelicikan orang putih, masih ada pandainya orang Melayu.
"Putera Gunung Tahan" dianggap salah satu buku yang berjaya menyuntik semangat nasionalisme dalam kalangan pembaca pada ketika itu. Buku ini sebagai medium untuk menyampaikan mesej anti-penjajah dan kebanggaan terhadap identiti Melayu. Kini, "Putera Gunung Tahan" masih diakui sebagai salah satu karya penting sastera Melayu.
Profile Image for aliaareadstoo.
248 reviews6 followers
August 7, 2023
The plot is about two white men, a botanist and a scientist respectively, and their exploration of Mount Tahan to see whether it can be the new hill station for the British government who controlled Malaya at the time.

Sounds simple, right? But na'ah, don't be fooled by that as this is one of the satirical fictions of Pak Sako. From the writing itself, it shows that the writer clearly knows what he wants to convey and who he wants to get the message across. With such a very straightforward work, I believe it really hit the brief at the time it was released. In my opinion, the translation has also successfully maintains these elements.

"After you have read it you will have a greater awareness of your various obligations towards your nation and its people. From that day on, I hope you will always strive to defend your country, religion and customs, from hostile attack. If anything you read here offends you, you have no one to blame but yourself."

One thing for sure after reading this, I feel like reading it in its original language as it contains certain Malay classic phrases and terms which I don't think English can deliver its meaning well. I remember how my late father had the original novel and while I'm sure it's there somewhere in our library, I have to dig it up to find it. However, I would love to applaud @gerakbudaya for publishing this edition so that more people can appreciate this one of a kind of masterpiece.

Malaysians, if you're looking for a book to be put in your Merdeka Reads list this month, you can consider getting this one - recommended!
Profile Image for Faarihin Talip.
36 reviews2 followers
July 15, 2016
Karya kedua daripada Pak Sako yang sempat saya habiskan bacaannya hari ini. Berlatar belakangkan zaman sebelum kemerdekaan. Persoalan selepas membaca buku ini:

Adakah kita masih mempertahankan tanah air kita dari tangan-tangan orang asing seperti mana para pejuang tanah air terdahulu.?

Andailah Putera Gunung Tahan itu wujud di dunia realiti hingga hari ini, pasti Ratu Bongsu itu menangis melihat kesan terhadap tanah yang dipertahankannya dahulu.

Tanah itu makin hilang akibat kerakusan manusia yang mengejar kemewahan sementara itu.
Profile Image for Dayang Noor.
Author 17 books74 followers
December 19, 2012
Buku ini ditulis pada tahun 1937, 20 tahun sebelum merdeka. Saya baru baca pada tahun 2012, tapi sindiran tajam Pak Sako tentang bangsa yang asyik nak meniru-niru orang Eropah tu memang kena benar. Ia masih berlaku hari ini.
Profile Image for Maya.
61 reviews2 followers
July 20, 2023
Novel ini dipersembahkan dalam bentuk sindiran terhadap pegawai British yang ingin menakluki dan mengeksploitasi Tanah Melayu. Mengisahkan dua orang Orang Putih yang datang ke Gunung Tahan untuk menyelidik kesesuaian tempat itu untuk dijadikan tapak peranginan agar dapat mendatangkan untung buat negara mereka. Tidak tahu nasib buruk yang menanti mereka, pembantu-pembantu upahan yang dijadikan tukang tunjuk semuanya mati akibat kesejukan di dalam hutan itu. Maka, tinggallah Tuan Robert dan Tuan William berdua mencuba nasib untuk meneruskan ekspedisi pencarian itu. Malang tidak berbau, mereka juga terpisah kerana Tuan Robert telah ditangkap oleh kaum Sakai di dalam hutan. Maka, Tuan William sahaja yang meneruskan perjalanan ke puncak Gunung Tahan. Di situ, dia bertemu dengan Ratu Bongsu, anak raja yang mengetuai kawasan gunung itu. Maka dia sampaikan hajat utamanya namun tidak dipersetujui Ratu Bongsu. Tuan William tidak berputus asa lalu dia mencuba lagi nasib agar tempat yang indah itu jatuh ke tangan British dan agar dia juga mendapat ganjaran yang besar. Cerita itu diakhiri dengan kedatangan kapal terbang British yang ingin merampas gunung itu.

Pada awal penceritaan, aku mengambil masa yang lama nak memahami gaya penulisan penulis. Mungkin aku perlu asah lagi pemahamanku ketika membaca novel sastera Melayu agar aku dapat membacanya dengan mudah. Bagiku ceritanya menarik, diselitkan dengan unsur-unsur sindiran sinis terhadap dua pihak (Pegawai Bristish dan juga Orang Melayu). Setiap bab ada sahaja kritikan yang diketengahkan secara kiasan.

Profile Image for Syahiran Ramli.
221 reviews14 followers
August 12, 2017
Ini kali pertama aku membaca tulisan Ishak Haji Muhammad atau dikenali sebagai Pak Sako, yang sebelum ini hanya dikenali melalui kisah-kisah beliau dari buku sejarah, khususnya buku teks sekolah. Novel Putera Gunung Tahan merupakan novel pertama yang ditulis oleh Pak Sako dan telah diterbitkan kali pertama pada tahun 1937, sekitar 80 tahun yang lalu. Putera Gunung Tahan yang barus habis dibaca ini merupakan terbitan ITBM dan mempunyai sebanyak 110 muka surat sahaja.

Putera Gunung Tahan merupakan novel yang mengangkat nama Pak Sako, selain daripada novel-novelnya yang lain iaitu Anak Mat Lela Gila, Budak Beca dan sebagainya. Jadi, apa yang istimewanya dengan Putera Gunung Tahan ini? Karya pertama Pak Sako ini dikenali oleh sebab tulisannya ini dijadikan alat perjuangan Pak Sako menuntut kemerdekaan, sekaligus menghalau penjajah dari Tanah Melayu, sepertimana yang dijelaskannya dalam rancangan komentar tv Malaysia.

Daripada kata ingatan pengarangnya sudah membuatkan aku tertarik dengan Putera Gunung Tahan, bilamana Pak Sako mengingatkan bahawa karyanya yang ini tidak sesuai dibaca oleh budak-budak sekolah. Mudah kata, pemikiran seperti keanak-anakan tidak sesuai untuk membaca novel ini oleh sebab isinya penuh dengan sindiran dan kias ibarat yang dalam. Berbalik pada menarik atau tidak menarik jalan ceritanya, Pak Sako tidak kisah, asalkan pengajaran yang dibawa dapat menyedarkan penduduk Tanah Melayu akan kepentingan mempertahankan agama, adat istiadat dan tanah air.

Putera Gunung Tahan berkisar tentang dua orang pembesar Britain, iaitu Tuan Robert dan Tuan William yang ditugaskan untuk mencari dan membuka tempat peranginan di sekitar Gunung Tahan. Semasa misi itu berlangsung, Tuan Robert dan Tuan William telah terpisah. Tuan Robert telah ditangkap oleh orang asli Sakai, manakala Tuan William yang mahu mencari rakannya yang hilang itu pula terserempak dengan orang bunian iaitu Kusina, lalu diajak bertemu dengan Ratu Bongsu iaitu pembesar kepada kawasan Gunung Tahan.

Semasa dalam tempoh tahanan itu, Tuan Robert mencari peluang untuk melepaskan diri dan di sini, Pak Sako telah menyindir orang putih tersebut yang mengatakan kerajaannya Britain bertanggungjawab dalam memajukan penduduk Tanah Melayu. Tetapi di sebalik itu, kerajaan Britain tidak akan sewenang-wenangnya memberi kesenangan, melainkan mereka sendiri mempunyai muslihat di sebalik kebaikan yang diberi tersebut. Ini digambarkan dengan peristiwa Tuan Robert yang mempelawa perempuan tua melayu satu-satunya yang tinggal bersama orang asli Sakai, untuk menjual kulit harimau, padahal dia mahu melarikan diri.

Begitu juga dengan Tuan William yang mempunyai tipu muslihat, menawarkan Ratu Bongsu dengan harta, bagi membuka Gunung Tahan sebagai pusat peranginan mereka. Peristiwa tersebut tidaklah asing sepertimana keadaan sekarang yang mana ada individu berkepentingan sanggup mengadaikan tanah demi kelangsungan anak tekak mereka. Pak Sako juga menyindir orang Melayu yang berjawatan tinggi, tetapi duduk di bawah telunjuk kerajaan Britain. Seolah-olah tiada harga diri, membiarkan diri ditarik hidungnya seperti kerbau dan akhirnya daripada sikapnya itu membuatkan rakyat di bawah susah.

Tidak terkecuali, Pak Sako menggambarkan orang Melayu ini disifatkan sebagai baik, lemah lembut dan bersopan santun. Digambarkan pada halaman 24, Tuan Robert memuji keelokan orang Melayu;

"Tidaklah sesia rupanya beberapa orang yang telah memuji akan perangai dan budi bahasa orang Melayu kerana walaupun di tengah hutan rimba ini tertib dan adabnya tidak sedikit pun berubah. Sesungguhnya saya tidak berjumpa dengan manusia seumpama ini lagi."

Turut digambarkan kebaikan orang Melayu ini pada Ratu Bongsu. Walaupun tipu helah yang dilakukan oleh Tuan William sudah diketahui oleh Ratu Bongsu, masih dipelawanya untuk menetap bersamanya di Gunung Tahan, sekalipun sudah diingatkan oleh bondanya.

Mungkin masih ada lagi pengajaran yang boleh diambil dan dicatat oleh orang lain, maka aku sarankan pada yang belum baca untuk membacanya, kebetulan pula sempena ulang tahun kemerdekaan yang bakal tiba. Dari segi penggunaan bahasa, mudah difahami walaupun klasik.
Profile Image for h.
42 reviews
June 10, 2023
"...saya tidak sekali-kali akan membenarkan dan menjual tanah air saya yang secebis ini walaupun dibayar dengan harga setinggi gunung ini atau walaupun diberi gelaran yang panjang-panjang dan dianugerah oleh kerajaan tuan bintang kebesaran berpuluh-puluh butir."

Novel ini membawa kepada semangat nasionalisme segelintir masyarakat peribumi di negeri Pahang dan "menyiarkan" sikap sebenar orang putih kepada masyarakat Melayu. Terlihatlah muslihat orang putih itu tentang 'faedah' dan 'ringan tulang' mereka untuk membantu Tanah Melayu. Sementelah fikir Tuan Robert, "Tiap-tiap orang kulit putih yang datang ke Malaya ini ialah dengan tujuan hendak mencari wang dan keuntungan dan bukan semata-mata hendak memimpin atau menaungkan bumiputera negeri ini." (hlm.18), syahadan orang putih itu menggunakan orang Melayu 'jahil' untuk dijadikan boneka agar memudahkan 'urusan' mereka untuk mengaut keuntungan bumi Tanah Melayu. Kata temannya, Tuan William pula, "Jikalau engkau hendak naik pangkat lekas, hendak dapat naik gaji, hendaklah engkau turut dan ikut apa-apa cakap aku. Kalau aku kata hitam; hitam dan kalau aku kata putih;putihlah. Engkau jangan banyak ragam. Apa yang engkau mesti jaga ialah maruah engkau. Jangan engkau bercampur gauk dengan orang tidak tentu. Hendaklah engkau banyakkan dan lazimkan dirimu bercampur dengan orang-orang Eropah supaya dapat perasan dan cita-cita yang luas." (hlm. 74)

Sungguh karya Pak Sako ini akan membuka pandangan mata kita terhadap penjajah Inggeris yang menggunakan janji-janji manis kepada peribumi untuk 'menolong' mereka menuju kemajuan.

Nota tepi: Ini merupakan novel Pak Sako pertama yang saya baca. Tak sabar nak baca karya-karya beliau yang lain.
Profile Image for Iqkram Ismail.
7 reviews2 followers
November 15, 2020
Novel sulung yang dihasilkan oleh "The Rolling Stone Yang Mengagumkan", merangkap Gergasi Sastera Melayu Moden iaitu Pak Sako,kelahiran Kampung Buntut Pulau,Temerloh.

Seperti ulasan tuan pengarangnya sendiri pada Hari Valentine tahun 1937 terhadap novel ini, "buku ini bukanlah cerita asyik-masyuk yang biasa tuan-tuan lihat di kedai-kedai buku ataupun yang telah tuan-tuan baca,kerana isinya penuh dengan sindiran dan kias ibarat yang dalam". Cerita mengenai cenuai pengasih, membodohkan modennya manusia serakah, sakai, Robert,Tahan, William + mem,beringin bercakap, teropong terus, dan lain-lainnya semuanya membawa wacana pascakolonial era kolonial,wacana melayu realisme magis serta jiwa merdeka, jiwa bebas terjajah.

Juga komentar Pak Sako sendiri, “Saya menulis Putera Gunung Tahan khusus sebagai alat perjuangan menuntut kemerdekaan,keadilan dan menghalau penjajah.

Melalui novel ini juga lah baru aku tahu sebutan dan ejaan yang tepat kepada "Orang Bunian" adalah "Orang Bunyian".

Oh, last but not least, novel ni juga katanya adalah novel pertama di Tanah Melayu yang diharamkan penjajah zaman itu. Ya lah. Novel bidas penjajah kan? Mahu tak berbulu penjajah lantas banned kan terus lah novel ni.
Profile Image for Miyuke.
192 reviews2 followers
July 11, 2018
Putera Gunung Tahan mengupas tentang kemunculan bangsa asing yang berusaha mengambil alih tanah, adat, kepercayaan & politik tanah air kita.

Novel ini memberi kesedaran tentang walau betapa baik persekitaran sedia ada, akibat daripada ketamakan dan mengejar status serta kebendaan segelintir warga tanah air akhirnya membawa kepada tergadainya tanah & rumah sendiri kepada kerakusan penjajah.

Dapat diteliti juga terdapat beberapa ingatan dan sindiran yang disampaikan secara kiasan kepada pembaca (penjajah secara khususnya) bahawa ada akibat yang mendatang pada setiap perbuatan yang dilakukan.

Pengakhiran novel yang tidak terjangka dan memberi kesan kepada pembaca untuk terus berfikir ke mana hala tuju tanah air selepasnya.


**Agak sukar untuk mengkhatamkan novel senipis ini sehingga diulang baca beberapa kali selepas tempoh pengabaian (novel ini telah beberapa kali diabaikan untuk suatu tempoh yang lama).
Profile Image for Zarina Marsaleh.
51 reviews
June 26, 2019
Prince of Mount Tahan (Putera Gunung Tahan) is a translated Malaysian literary classic intended as a means to ignite claims for justice and independence from colonialism. The story unfolds as two Englishmen explored the Mount Tahan to determine if it is suitable for the British to turn it into a hill station/resort, leading one of them to meet the Prince of Mount Tahan.

The satirical jabs in this short novel were not only aimed towards the colonizers, but also towards the Malay people. I was pleasantly surprised by the inclusions of customs, magic and mysticism in the story. However I was taken aback by what I felt like generalizations in some parts the story but the ending was cleverly written to show that that was not the case, and on a side note this makes me ponder on the White Rajahs of Sarawak.
Profile Image for Izzati.
584 reviews7 followers
December 12, 2024
Cereka pendek berjudul watak lagenda dari Pahang ini merupakan sebuah peringatan kepada orang Melayu untuk tidak lupa dan berwaspada dengan orang British berkulit putih yang sedia menggunakan pelbagai muslihat untuk mencuri sesuatu yang diingini demi kekayaan dan keselesaan masyarakat mereka. Bagi saya, cerita ini masih lagi relevan hari ini. Namun, Melayu mudah lupa :,( Kisah ini juga bagai satu nasihat yang orang angkuh bakal mendapat akibatnya. Meskipun orang yang menganggap dirinya pandai sekalipun mungkin boleh terperdaya dengan orang lain.

Buku ini teramatlah pendek dan mudah dibaca. Namun ceritanya bukanlah begitu menarik atau lain dari yang lain. Walaupun saya suka ulasan sosial yang dibincangkan, saya kurang suka cara pemikiran penulis yang nyata memikirkan bahawa wanita hanya berperanan untuk mengurat para lelaki. Perempuan yang cerdik di dalam cerita ini hanyalah seorang yang dipanggil ‘perempuan tua’.

Lagipun, sungguhpun tajuk buku ini Putera Gunung Tahan, ceritanya lebih kepada nasib dua orang putih, bukan Putera itu.
Profile Image for Erlena.
17 reviews
October 11, 2018
Menceritakan perihal muslihat Penjajah Barat, iaitu British yang sama ada lelaki/ perempuan sangat mengidamkan Tanah Melayu kerana ingin merobek dan merampas kekayaan hasil peribumi orang Melayu.

Lebih buruk, British tidak langsung mengenang budi Melayu malah melentur dan merosakkan seluruh isi orang Melayu sementelah jajahan genggamannya; Raja-Raja Melayu di bawah tapak kakinya, kuasa dan kedudukan pembesar-pembesar Melayu di hujung telunjuk pegawai-pegawainya, hampir seluruh cara hidup, adat istiadat dan budaya termasuk sesetengah agamanya mengikut Barat.

Semua diilhamkan cantik atas nama kemajuan. Akhir cerita, bilamana nafsu dituruti dan ajaran agama Islam kurang dititikberatkan lagi, hancurlah asal jatidiri orang Melayu.
Displaying 1 - 30 of 49 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.