Jump to ratings and reviews
Rate this book

Avant Garde Ridhuan Tee

Rate this book
Avant-Garde Ridhuan Tee adalah coretan peribadi saya dalam menganalisis isu-isu semasa dan keadaan persekitaran yang berlaku. Coretan yang disiarkan oleh akhbar, majalah dan blog saya sendiri, mahu mengajak para pembaca supaya menjadi masyarakat yang berfikir, sesuai dengan kata-kata, berfikir seminit atau sejenak, lebih baik daripada sembahyang sunat berpuluh-puluh rakaat. Ini bukanlah bermakna se lepas ini kita perlu sembahyang sunat dan hanya termenung memikirkan sesuatu. Apa yang saya inginkan adalah kepentingan untuk melahirkan masyarakat yang berfikiran kritis atau critical thinking.

Kehidupan kita tidak akan bermakna, jika hanya menjadi pembodek atau yes man. Pemikiran kritis bukan sahaja dapat membantu orang lain, pada masa sama akan menstimulasikan otak kita dan dapat membuka minda kita agar dapat berfikir lebih jauh.

Coretan peribadi hanya mahu mengingatkan kita bahawa orang lain sudah lama meninggalkan kita. Patutkah kita sebagai umat Islam, terus berpeluk tubuh atau mendiamkan diri? Sudah tentu tidak.

Sebagai umat Islam, kita tidak boleh menunggu bulan jatuh ke riba. Kitalah yang seharusnya pergi ke bulan dan menggapai bintang.

Untuk itu, cara berfikir, sikap dan perangai mesti berubah. Jika tidak, umat Islam tidak akan ke mana-mana, malah akan terus berada di takuk lama.

Ingatlah wahai umatku, selagi mana kita berada dalam kepompong yang selesa, malas berusaha tetapi mahu kaya, mudah diperalatkan, berpecah sesama sendiri, tidak mensyukuri nikmat Allah, dan sebagainya, maka akan tiba satu masa nanti, orang lain akan mengambil alih tempat kita. Di kala itulah, kita akan menjadi manusia menyesal seumur hidup.

Justeru, bangunlah, marilah kita bersama-sama membela nasib agama, bangsa dan negara sendiri sebelum terlambat.

243 pages, Paperback

First published January 1, 2012

2 people are currently reading
8 people want to read

About the author

Mohd. Ridhuan Tee Abdullah

9 books27 followers
Dr. Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah
Chinese Name: Tee Chuan Seng
Race: Chinese
Religion: Islam

Education:

SMK Sri Muara, Bagan Datoh ('79 - '81)
SMK Tun Abdul Razak, Selekoh ('81 - '82)
SMK Sri Perak, Teluk Intan ('83 - '84)

Dip. Islamic Studies (UIA),
B.A. (Hons) Political Science (UKM),
M.A. Strategic Studies (UKM),
Ph.D. Politics and Government (UPM),

Marital status: Married
No. of Children: 5

Social Activity:

Committee Member of Islamic Consultative Council, Prime Minister Department (Jabatan Perdana Menteri),
Secretary General, Malaysian Islamic Chamber of Commerce,
Vice President, Malaysian Chinese Muslim Association,
National Council Member of The Muslim Welfare Organization Of Malaysia (PERKIM),
Executive Facilitator, Pengukuhan Integriti Perkhidmatan Awam, JAKIM,JPM,
President, Resident Assoc, Chairman, Perbadanan Pengurusan De Casa,
Chairman, Parent-Teacher Association,
Chairman of the At-Taqwa Surau,
Editor for 4 books,
Maal Hijrah Award Recipient (Convert)1424 H Selangor, 1427 H Wilayah Persekutuan, 1428 H Perak Tengah.
Student's leader in UKM,

Previous:

President, Royal Military College's Parent-Teacher Assoc,
Council Member, Malaysian Islamic Chamber of Commerce etc

Employer: Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Occupation: Associate Professor

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (22%)
4 stars
3 (33%)
3 stars
3 (33%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (11%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Zaghol .
1,115 reviews
September 16, 2018
ULTRA KIASU ULTRA KIASU ULTRA KIASU

Aku baca buku ni sebab dalam "Malaiur Manikam", Tuan Uthaya beberapa kali memerli Ustaz Ridhuan Tee sebagai pro-melayu atau seorang cina muslim yang nak jadi melayu. Setelah kuhabisi catatan2 esei ni, kudapati tuduhan Tuan Uthaya agak sedikit meleset sebab Ustaz bukanlah pro-melayu, tapi pro-islam sebenarnya. Cuma oleh kerna majoriti muslim di Malaysia ialah melayu, memanglah nampak bunyinya seperti ustaz selalu "back-up" melayu. Buktinya dalam bab pertama, ustaz tulis, dalam kepentingan agama & bangsa, sudah semestinya dia menyebelahi agama. Cuma aku faham pandangan Uthaya kerna Ustaz amat tegas dan keras pendiriannya.

Siapakah ULTRA KIASU? Ayat yang diulang berpuluh-puluh kali dalam buku ni sampai aku rasa "benci" membacanya (HAHA). Memang jelas sangat Ustaz amat memusuhi parti ni, walaupun ustaz sentiasa berlapik tapi nampak sangat la yang beliau maksudkan adalah DAP (spoiler).

Adakah buku esei kritikan politik terbitan 2012 ni masih relevan dibaca pada 2018? Masih relevan jika anda mahu mengkaji suasana politik 2011-2012 dan yang menariknya ustaz meramalkan UMNO & PKR akan musnah (satu je yang betul tapi tidaklah musnah) serta PAS akan menguasai Putrajaya (belum lagi hmmm.....) dan DAP akan semakin berkuasa (agak betul).

p/s: cuma aku rasa editor mustread ni pro-PAS, sebab setiap kali ada perkataan seperti pasti, kepastian, selepas, dia akan huruf besarkan jadi Pasti, kePAStian, selePAS, mula2 aku ingat typo tapi bila setiap bab ada memang nampak sangat disengajakan (brainwash tanpa sedar namanya ni haha)
75 reviews
June 24, 2021
Terbitan 2012
Banyak ulasan mengenai ultra kiasu yang saya fahami sebagai golongan yang takut kalah. Hanya dia je yang betul dan perlu ikut cakap dia. Tak ikut dikira salah bagai golongan ultra kiasu.

Juga ada ulasan mengenai bangsa melayu,bahasa melayu dan agama Islam.sinonimnya melayu=Islam.
Profile Image for anahashim17.
90 reviews15 followers
January 20, 2013
Assalamualaikum wbt..

Buat pertama kalinya saya membaca penulisan Prof madya Ridhuan Tee Abdullah,coretan peribadi pendakwah bebas.Karyanya mengetengahkan isu pendidikan,perbandingan Melayu,Cina,parti politik dalam negara,dasar ekonomi negara,ultra kiasu,sejarah,isu dalaman,rahsia bangsa cina dan sebagainya.Memandangkan ini merupakan coretan peribadi beliau,saya menghormati dan bersetuju dengan pandangan beliau mengenai negara kita Malaysia.

Saya yang bakal mengundi buat pertama kalinya untuk PRU13 terdetik untuk membeli,memahami,berfikir sejenak dan memilih siapakah yang layak untuk memikul amanah dan memegang tampuk pemerintahan Malaysia.Yang menjadi keutamaan saya sebagai seorang pengundi untuk bakala pemimpin hanyalah AGAMA DIANGKAT TINGGI,MELAYU TUNGGAK UTAMA,BAHASA PENCETUS SEGALA.Bukan rasis,tetapi kembali kepada hak dan fitrah.Penghuni asal negara yang terdiri daripada bangsa Melayu berhak dan mempunyai hak untuk memegang tampuk pemerintahan.Manakala agama Islam diangkat tinggi,disanjung tinggi,menjadi pegangan kuat pemimpin,bukan hanya pemimpin, malah seluruh keluarga pemimpin,menteri2 dan keluarga2 menteri dan mereka yang berada di atas.

Berbalik kepada coretan Avant Garde beliau,beberapa isu telah membuka minda saya,membuat saya berfikir.PERTAMA, isu air yang dikaitkan dengan Singapura dan Malaysia.Pulau Batu Putih yang dahulunya milik Malaysia yang kininya menjadi milik Singapura.Melayu di Singapura ditindas.Saya kurang membaca sejarah,namun setelah membaca buku ini baru saya fahami bahawa isu ini telah lama berlaku,namun dikaburi dengan isu-isu lain.Melayu disingapura semakin layu,apatah lagi Islam.Namun saya ada terdengar bahawa Melayu Islam di Singapura walaupun sedikit tetapi mereka berpegang kuat,hidup berusrah,bersatu dan bersama walau apa jua keadaan.Tak dinafikan Cina di Singapura yang memegang tampuk pemerintahan,menghalang Melayu memegang jawatan dalam kabinet Singapura,kerana apa?kerana mereka takut akan pengaruh melayu Islam di negara tersebut.Mereka Takut dengan Islam,itu sahaja.

KEDUA,pendidikan vernakular.Pendidikan vernakular dituntut oleh bangsa Cina untuk memiliki Sekolah Cina sendiri,atas dasar mereka ingin menuntut hak.Kenapa tidak mahu bersekolah disekolah kebangsaan??Mereka licik,sangat licik.Dimana sedikit sebanyak mereka mengasingkan diri daripada bangsa Melayu,membina puak sendiri,menjauhkan anak-anak mereka daripada belajar Bahasa Melayu,budaya Melayu dan sebagainya.Mereka semakin liar,semakin licik.Kita sahaja yang tak nampak.

Banyak isu yang diselongkar oleh Prof madya berkaitan kaumnya sendiri,Cina.Beliau sanggup berkongsi,bukan untuk menjatuhkan maruah bangsa beliau,tetapi berterus terang apa yang berlaku sebenarnya.Dari sudut MELAYU ISLAM juga turut diketengahkan,termasuklah parti politi UMNO,PAS yang kedua-duanya dibawah kekuasaan MELAYU.

Beberapa petikan yang menarik untuk rujukan saya ialah:

Ladang rempah ratus kepunyaan Haji Nasuha kasian di Pagoh (pg 2)

Menurut FAMA,masyarakat memandang rendah kepada buah-buahan tempatan .Ada yang mengaggap buah-buahan ini boleh mengundang penyakit.Buah-buahn temapatan sebenarnya mengandungi khasiat dan serat yang tinggi.Buah durian kaya dengan potassium(pg 3)

Allah menjadikan buah-buahan tempatan secara berusim.Durian misalnya mengandungi fiber yang tinggi ,aya dengan vitamin C dan vitamin A.Jika makan durian panasbadan,Allah jadikan anggis sebagai penyejuknya.Itulah manggis dan durian boleh didapati pada musim yang sama(pg 4)

Presiden Iran(Mahmoud Ahmadinejad) kemana beliau pergi sentiasa menjaja bahasanya walaupun fasih dalam berbahsa Inggeris.Bilamana berucap dalam PBB dalam bahasa Iran,kelam kabt untuk menterjemahkannnya.(pg 5)
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.