Jump to ratings and reviews
Rate this book

Ini Sebuah Cerita Cinta

Rate this book
Semua orang inginkan kisah cinta yang indah, macam dalam kisah-kisah dongeng yang pernah dibaca lewat zaman kanak-kanak dulu. Dan Nea Azalea juga tak terlepas daripada mempunyai angan-angan itu.

Cumanya Lea tak sangka, dia akan terperangkap dalam cinta tiga segi antara dua orang sahabat baik.

“Yang sebenarnya aku suka cupcake. Suka yang teramat sangat!” ~ Johan

“Saya suka awak.” ~ Adam

Antara Adam dan Johan, tak sukar sepatutnya untuk seorang Lea buat pilihan. Sejak lama dulu, memang Adam yang terlebih dahulu mencuit hatinya.

Namun, untuk menolak Johan, dia tak sampai hati, sementelah lelaki itu terlalu banyak membantunya.
Saat Lea bersedia untuk buat keputusan, satu tragedi berlaku, hingga mengubah landskap kehidupannya.

Kisah cintanya menjadi tak indah, dan yang pastinya banyak hati yang akan terluka dan terkorban…

“Sometimes I wish I didn’t fall in love but I fall off a bridge instead. At least it hurt less.” ~ Lea.

Lea, Johan dan Adam. Antara yang tiga ini, yang pastinya akan ada hati yang terluka.

380 pages, Paperback

First published June 1, 2023

2 people are currently reading
35 people want to read

About the author

Farah Husain

35 books209 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
30 (50%)
4 stars
22 (36%)
3 stars
6 (10%)
2 stars
2 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 30 reviews
Profile Image for Eda Eda.
177 reviews20 followers
June 5, 2023
Cliche yes ! But in a good way. Seratus mukasurat terawal plot cerita agak mendatar tetapi menghampiri mukasurat seterusnya plot makin menarik dan buat pembaca melekat. Suka duka, manis pahit dicoret dalam naskah dengan sempurna.

Untuk yang sukakan tema alam persekolahan-kisah cinta tiga segi-persahabatan, this book is for you to grab. Apabila melibatkan cinta tiga segi pasti akan ada insan yang tersakiti..Its hurt babehh !

**Ada terselit typo, kesalahan ejaan dan juga tertukar nama watak di dalam novel ni (contoh ms 214). Moga ditambah baik
Profile Image for zairaidah.
407 reviews40 followers
July 30, 2025
“Yang sebenarnya aku suka cupcake. Suka yang teramat sangat!” ~ Johan

Cupcake tu awak lah Lea oii. Comel lah kisah mereka berdua ni. Lea crush dekat Adam, tapi jatuh cinta dengan Johan.

Lama jugak ye 10 tahun tu. Nasib baik lah Lea dan Johan masih single dan available. Juga setia pada yang satu. Aduhhh... saya nak lagi kisah mereka berdua ni. Tapi tu lah ending dia macam tu je.
Profile Image for HoneyGee.
146 reviews7 followers
November 29, 2025
Aku suka Cupcake. Suka yang teramat sangat.
.
⚠️This review contain spoilers⚠️
Pffft. Buku ni sampai bersawang dekat atas rak, baru harini tergerak hati nak baca.

Awal cerita memang dah agak siapa ML. Dan beberapa muka surat pertama terasa agak perlahan. Tapi start first conversation Lea dengan Johan, cerita mula jadi menarik.

Chapter by chapter, cerita jadi makin fast paced. Conflict makin nampak. Dari kelakar jadi comel kemudian sedih pula. Ya, sedih.

Tapi, somehow saya nampak persamaan main plot ISCC dengan chinese movie Our time. Cuma tidaklah sama 100%. Nevertheless, cerita ni fun untuk dibaca.

Dan sebenarnya kena appreciate Adam as 2nd ML, sebab dia baik GILA? Eventho dia dan ML, which is bestfriend dia sendiri suka perempuan yang sama, dia tetap genuine, innocent dan sangat jujur ya🥺

Btw, Joe fell first, Joe fell harder.
Profile Image for matchastroberi.
178 reviews29 followers
October 16, 2024
its all about cute romcom until the author decided to drop the tragedy hmm kesian sungguh Lea🥲 cute, cringe and cliche in a good way. Aku enjoy baca! ada vibe high school kdrama cdrama gituu

Nea Azalea, Johan Akil, Adam Naufal🌟
Profile Image for Mslvoe.
2,042 reviews197 followers
September 29, 2025
Cliche.. yes. F suka 🩷

Awalnya Lea ada crush on Adam but somehow she ended up falling in love with Joe.

Joe suka panggil Lea cupcake. Joe suka mengusik Lea. Dan Joe jugaklah yang always there for her through thick and thin.

It’s a lighthearted romcom, start dari sekolah. Cuma plot twist yang ada tu kesiannya Lea. Sedih dengar ayat Lea pada Joe.
Profile Image for Pink.
238 reviews23 followers
June 15, 2023
Dia macam cringe, tapi boleh diterima hahah. Cute la.
Profile Image for meenie.
321 reviews3 followers
September 10, 2025
tak kisah bluwek lantaklah korg nak kata cliche ke tak tapi saya suka hahahaha 🤭🤭🤭🤭

read this it you want to feel youth love again. read this if you want to relive your crush moments in primary or highschool era.

WEH BAKPO SLOW SANGAT LEA NI? ok tbh i ada rasa macam lea ni pickme maaf cakap. tak suka adam tapi still bagi harapan dekat adam? tak suka johan tapi layan johan macam terpaling his fans padahal tahu nani suka johan? ergh tapi yelah lea budak sk menengah paham. engko kalau dah tua umur 30 buat gini lagi memang layak aku masuk dalam buku ni lempang ko.

JANGAN BACA BAB 32 😄😄😄 SAYA HANCUR SEHANCURNYA HAHAHAHA 💔💔💔💔💔

anyway i love this book. somehow rasa macam nak jadi 😭🤓🤓 budak sekolah balik. makkk rinduu gilaa crush sk menengah walaupun boleh bilang berapa detik je moments tu tapi tulah berapa detik pun tu lah yg aku ulang dalam otak sampai berjam jam ye.

highly recommended!!
Profile Image for Akmal Zahrudin.
218 reviews27 followers
April 29, 2024
My thoughts?


1. Buku ni best gils! Ada vibe Kdrama. Bila baca aku teringat kat True Beauty. Macam devaju. Cerita ni cukup rencah. Ada lawak, marah, gembira, sedih cukup lengkap. Memang tak bosan langsung baca.


2. I love all the characters! Except Adilia. Yang tu memang mintak kaki 😂 Awal2 aku ingat Adam yang male lead, but turns out he's the 2nd lead. Takpa. Aku memang lagi suka Johan dari Adam 😂


3. Start diorang jadi mentor mentee tu sumpah aku gelak tak hengat dunia. Lawak tapi comel betul Johan dan Lea. Lea ni pulak benak ubi betul. Dah banyak hint Johan bagi tapi sampai ke sudah tak faham2 😂


4. Dekat2 nak ending tu boleh pulak banyak tragedi oktober berlaku. Kau bayangkan daripada dok gelak2 aku boleh bertukar menangis sepenuh hati pulak. Aku salute betul penulis, memang sampai ke hati sungguh cerita dia ni.


5. Tak puas hati sikit ja. Ending dia tuu. Johan jumpa balik Lea pastu abis situ. Stress aku. Lepas tu apa? Diorang get back ke takkk 😂 I need confirmation please. And penulis, apesal tak bagi awek kat Adam? Kesian dia 🥲


6. Overall, aku suka buku ni. Apa yang aku nak tekankan, actually tak perlukan scene kahwin, scene spicy laki bini pun untuk buat satu2 buku tu best. Contohnya buku ni. No married, zero spice. But still, good to read.
Profile Image for Bella RINA.
188 reviews2 followers
August 15, 2023
Best amat bangat wei!!!!!!!! Omaigod…yes its klise but still i love the story…and now dah habis baca…i got this 2nd lead sindrom…kak farah…pls bg happy ending kat adam…hehehhee…

Cerita psl mmendam rasa… pastu gaduh2 manja semua… weii…suka la character johan yg kasar2 tp caring…alaaa….lamenye baru diorg jumpa balik…10 tahun tu…giler r… i love scene diorg gadoh tp perempuan gedik sibuk nak study same..and pujuk semua tu..alolooo…comel engko… love2…recommended!!! Bought this book directly from kak farah so lg feeling la sis baca…. 😍😘🥰❤️
Profile Image for Ezzan Haqis.
64 reviews4 followers
June 6, 2023
4.5 ☆☆☆☆ actually.

Sila baca sampai habis.

Ini memang cerita cinta klise. Sangat klise. Tapi.... penulis telah berjaya sampaikan kisah cinta klise ni dengan baik sekali. Buat kita tak nak lepas buku ni. Selak dari satu muka surat ke satu muka surat lain. Nak tau heroin pilih siapa. 1st hero or 2nd hero yang berjaya tawan hati si heroin.

Beware. Nak baca, jangan baca dekat open public. Kalau nak orang cop korang mental sebab sengih sorang-sorang, sila teruskan. Jangan cakap kita tak bagi amaran ,okay!

Tahniah Farah Husain dah buat saya dok sengih sengsorang. Sengih yang tak boleh cover-cover punya. Nea Azalea, Lea yang perlu memilih antara crushnya Adam atau Johan. Bibit-bibit pertemuan antara Lea and Joe buat kita rasa kita pulak yang Joe tengah flirt. Haduuuu... kita pulak yang malu-malu meow kat sini. Debaran tu dah tertransfer terus kat sini.

Cara penulis olah watak dengan dialog yang bersahaja lagi-lagi bila penulis menggunakan POV1, 'aku' itu seakan terus meresap dalam diri. Dan terus terasa watak Lea tu sangat dekat di hati.

Kalau dapat dipanjangkan sikit bab-bab akhir tu, lagi best rasanya. Lagi sampai feel cinta dalam diam tu. Mahu tapi malu.

Apapun, tahniah. Saya akan cari lagi karya penulis ni. Memang tak jemu baca buku ni.
Profile Image for Zulaika.
122 reviews10 followers
June 8, 2024
Zu tak sangka betapa cepatnya buku ni umpan zu untuk terus baca sampai habis. Ms2, zu baca ayat ni pun dah-🤯🥺

𝐖𝐚𝐥𝐚𝐮𝐩𝐮𝐧 𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐠𝐚𝐧𝐭𝐢 𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐧𝐚𝐦𝐮𝐧 𝐬𝐢 𝐝𝐢𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐢𝐭𝐮, 𝐬𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐬𝐮𝐝𝐮𝐭 𝐤𝐡𝐚𝐬 𝐝𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐡𝐚𝐭𝐢 𝐤𝐢𝐭𝐚. 𝐁𝐢𝐥𝐚 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐚, 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐜𝐚𝐦𝐩𝐮𝐫 𝐛𝐚𝐮𝐫.

𝐀𝐝𝐚 𝐬𝐮𝐤𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐝𝐚 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐝𝐮𝐤𝐚.
𝐀𝐝𝐚 𝐦𝐚𝐧𝐢𝐬 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐝𝐚 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐩𝐚𝐡𝐢𝐭.

𝐍𝐚𝐦𝐮𝐧 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐦𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐦𝐚𝐡𝐮 𝐝𝐢𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢 𝐬𝐮𝐝𝐮𝐭 𝐢𝐭𝐮. 𝐊𝐢𝐭𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐚𝐡𝐮 𝐤𝐞𝐡𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐚.

Dalam buku ni menceritakan Lea yang ada simpan perasaan dekat Adam waktu sekolah. Orang kata crush on someone lah. Johan ni pula kawan Adam. Kat sini memang tiga watak, tapi buku ni not-so-triangle-love pun 🤝🏻

˚₊‧꒰ა🧁໒꒱ ‧₊˚

Satu program di sekolah buatkan Lea & Johan ni kena bekerjasama. Tapi dengan perangai Johan yang suka kacau Lea ni memang huru-hara ya satu sekolah. Tak boleh buat kawan. Ada saja yang Johan nak sakat Lea. Lea pula sabar je sebab tak nak Johan buka mulut pada Adam 😂

“𝗨𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴-𝘂𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗵𝗮𝘁𝗶 𝘀𝗲𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗝𝗼𝗵𝗮𝗻 𝗔𝗸𝗶𝗹. 𝗗𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗞𝗹𝗮𝘂𝘀𝗮 𝟯, 𝗽𝗲𝗿𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻 𝟭 𝗮𝗱𝗮 𝘁𝗲𝗿𝘁𝘂𝗹𝗶𝘀 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗝𝗼𝗵𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝘂𝘀𝗶𝗸 𝘀𝗲𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗡𝗲𝗮 𝗔𝘇𝗮𝗹𝗲𝗮 𝘀𝗲𝗸𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴-𝗸𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴𝗻𝘆𝗮 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗹𝗶 𝘀𝗲𝗵𝗮𝗿𝗶. 𝗝𝗶𝗸𝗮 𝗴𝗮𝗴𝗮𝗹 𝗯𝗲𝗿𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗱𝗲𝗺𝗶𝗸𝗶𝗮𝗻, 𝗱𝗶𝗮 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗷𝗮𝘁𝘂𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗵𝘂𝗸𝘂𝗺𝗮𝗻 ...”

“𝗛𝘂𝗸𝘂𝗺𝗮𝗻 𝗮𝗽𝗮?”

“𝗥𝗶𝗻𝗱𝘂 𝘀𝗲𝗽𝗮𝗻𝗷𝗮𝗻𝗴 𝗵𝗮𝗿𝗶,”

˚₊‧꒰ა🧁໒꒱ ‧₊˚

Pain yang ringan sebab scene tu tak diterangkan secara mendalam & berlaku tiba-tiba tapi memikirkan berada di tempat Lea, perkara itu sangat memilukan hati 💔 nak peluk Lea! 😔

Dalam masa Johan bercakar dengan Lea, tak dinafikan zu makin tertarik dengan Johan. Dalam kasar ada lembutnya. Dah lah main ragbi, pandai pula tu 😳 Hot teruks lah en tapi suka makan cupcake haha 🤣

Overall, storyline yang menarik. Mengingatkan waktu sekolah dulu. TW - cliche & cringe.
Profile Image for Fatinnur Zahrina.
119 reviews53 followers
June 4, 2023
Klise! Sumpah klise.

Tapi ini klise yang tak mampu buat kau benci sebab kisahnya tersangatlah berkaramel manisnya.

Kisah percintaan budak-budak sekolah. Klise bukan? Tapi kalau pandai adun, pandai main kata dan bahasa, dia akan jadi klise yang sempurna. Hah gitu!

Pendek kata, aku suka cerita ni. Walaupun aku ni dah tak berapa nak muda tapi sesungguhnya kisah ini seperti Botox yang menyuntik feeling aku, terus rasa kembali muda.😆
Profile Image for Izz.
420 reviews8 followers
November 11, 2023
Kisah cinta zaman sekolah sampai dewasa. Bacaan santai. Best.
Profile Image for lunabksw.
83 reviews1 follower
May 31, 2023
hm for me,cerita ni not bad laa tapi more teenager love gtu ingat ke cinta monyet je tp..hebat juga Lea ni jaga hati dia walaupun lama dh masa tu berlalu.tapi macam pendek sangat je cerita bila diorang dewasa.
ughh,we need more.lepastu second lead dia pun sedih,kesian dia tp respect sanggup ada selalu walau thu tgh jaga jodoh orang.
Profile Image for Iris Ymra.
212 reviews36 followers
August 23, 2023
'Sometimes I wish I didn't fall in love but I fell off a bridge instead. At least it hurts less. - Lea'

'I wish for the same thing, Lea. - Adam'

'Just... please. Jagakan dia... jagakan dia, untuk aku. - Johan'

____

Menaruh hati pada seseorang di alam persekolahan adalah perkara yang sering menjadi sebahagian daripada hidup seorang remaja seperti Lea. Adam Naufal ialah jejaka yang padanya, Lea simpan perasaan suka itu. Namun, semakin dia mengenali Johan pula -- rakan baik kepada jejaka pujaan hatinya -- sebagai mentee kepada lelaki itu, hati Lea mula beralih arah. Debaran yang selama ini dia rasakan dengan setiap kehadiran Adam Naufal, keterujaan yang sering muncul pada setiap peluang dia dapat melihat lelaki itu, kini dia rasakan keseluruhannya buat Johan, mentornya yang sering selalu menjengkelkan perasaan.

Tetapi, kehidupan mereka tidak terbatas dengan cuma melalui hangatnya perasaan saling menyimpan suka untuk satu sama lain pada kala usia remaja -- kerana hidup tidak pernah memilih untuk menghantar badai dingin yang mampu membekukan diri dan jiwa kepada sesiapa pun tanpa mengambil kira usia mereka. Yang mungkin akan terus mengakhiri kisah mereka ini atau memulainya semula pada waktu yang lebih tepat.
____

Ini Sebuah Cerita Cinta; jalan ceritanya berkisar kepada kehidupan di alam persekolahan yang menyentuh hubungan persahabatan, percintaan, dan bahkan kekeluargaan. Bercerita tentang kisah yang mampu membuat saya sendiri mengimbau kenangan di alam persekolahan sendiri -- terkenangkan insan yang pernah kita simpan perasaan minat pada mereka, terkenangkan mereka yang pernah menyimpan minat juga pada kita; teringatkan sahabat-sahabat rakan belajar bersama, teringatkan subjek mata pelajaran yang kita tidak ingin belajar pun tentangnya.

Buku ini meskipun membawakan tema klise yang saya kira pernah dibaca oleh pembaca-pembaca buku bergenre romantik -- cinta bermula dari zaman sekolah/remaja, musuh jadi kekasih, cinta tiga segi -- namun buku ini tetap menarik dengan tersendirinya, watak-wataknya cukup menghiburkan saya (baca : buat tersengih-sengih sepanjang bacaan). Mungkin juga kerana disamping terhiburnya bacaan saya dan berbunganya hati dengan perwatakan watak-wataknya, ada emosi lain juga turut disentuh dalam hubungan di antara watak-watak ini, dalam persahabatan mereka dalam hubungan bersama keluarga mereka dan dalam cabaran-cabaran mereka.

Gambarannya pada saya ketika membaca buku ini adalah seperti saya di siram dengan sprinkle warna-warni di awal cerita, tetapi dihidang pahitnya air herba memasuki hujung cerita, tapi jangan risau penutupnya tetap dengan pelangi indah yang masih boleh buat pembaca tersenyum suka. Kecuali untuk Adam Naufal, jujur saya sedih untuk watak ini -- babak di hujung cerita dalam POV Adam sangat mematahkan hati saya, watak ini buat terjadi reverse second-lead syndrome (kalaupun ada benda ni).

Perjalanan ceritanya dengan menggunakan POV pertama sedikit menyebabkan awal pembacaan saya agak perlahan. Oleh sebab masih cuba untuk biasakan diri dengan POV ini (lama tak baca buku guna 1st POV). Olahan penulisannya juga penuh humor, tetapi pada saya agak tidak konsisten pada gaya/struktur ayatnya yang terkadang terasa baku dan kadang terasa santai dan tidak formal.

Watak-wataknya pula entah kenapa mengingatkan saya kepada cerita Fruits Basket (fav. anime) -- watak saja lah bukan jalan cerita. Dinamik mereka ini saya boleh kaitkan dengan setiap watak dalam Fruit Basket -- Lea dengan Tohru, Adam Naufal dengan Yuki, Johan dengan Kyo, bahkan dua orang kawan Lea pun sama dengan Tohru yang ada dua orang kawan juga. Jadi tidak sangsi lah kalau buku ini memang menarik kepada saya. Walaupun begitu pada saya untuk perkembangan watak-wataknya tidaklah begitu signifikan dan tidak ketara, mungkin sebab cabarannya pun tidak lah kompleks walaupun masih berat (yakni konflik yang lebih disentuh di permukaan sahaja pada pandangan saya), dan boleh diagak bagaimana persoalan akan terungkai.

Ringkasnya buku ini meski ceritanya biasa dan klise, tetapi bukanlah satu cerita yang bosan. Saya cukup pasti ramai pembaca boleh enjoy buku ini sebagai satu bacaan yang ringan, buku yang mudah untuk dibaca dek kerana rasa familiar yang disampaikan melalui ceritanya.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 11 books107 followers
April 30, 2024
kalau dah nama penulisnya farah husain, kisah klise percintaan zaman persekolahan akan ada sesuatu boleh buat pembaca berfikir. bukan sekadar saya suka awak, awak suka saya and happily ever after.

tak. bukan sekadar itu.

watak utama - nea azalea, atau lea. cemerkap, kuat berangan dan sangat suka pada adam. ada kawan baik - jaja dan nani. bukan kumpulan yang popular di sekolah. kira biasa-biasa aje mereka ni tambah² dari segi pelajaran agak lemah.

mungkin ramai dah baca dan faham dengan perjalanan cerita. akak suka dengan kisah keluarga, walaupun bukan dengan semua watak tapi yang diceritakan cukup untuk buatkan kisah ini menarik.

watak johan. haa ... mentor pada lea. dia ni taklah macam adam yang lea suka tapi ada sesuatu pada watak ini yang kalau boleh akak nak dia ada hingga akhir cerita.

adam. sebab dia, rakan² lea salah anggap. bagus lea, bila berjanji dia tepati.

haishh... tak tau macam mana nak ceritakan akak suka semua watak yang ada dalam novel ini. walaupun si adilia yang sangat annoying. cuma watak dia tak ada closure. hilang macam tu aje.

kadang, ada masanya kita perlu letak yang kita sangka itu keutamaan dalam hidup ke tepi sebab perlu utamakan perkara lain yang tiba-tiba datanf menerjah. tapi percayalah, Allah takkan jadikan satu² perkara itu datang dalam hidup kita sia-sia kecualilah kita sendiri mahu sia²kan hidup kita atas dunia ini.
Profile Image for Kella79.
50 reviews2 followers
June 2, 2023
cerita ini..cerita crush zaman remaja yang berpuluh tahun saya tinggalkan..mulanya mcm eh..macik mcm saya ni baca novel cinta zaman remaja..🤣🤣 tapi saya baca sehingga muka surat terakhir..best sebenarnya cerita ini..mengingatkan saya pd crush dulu2..tp tak kesampaian 🤣🤣 👍👍 thumbs up penulis..u do great job for writing this book..sweet..macik suka tau ❤️❤️
Profile Image for Zully Azizan.
330 reviews8 followers
January 20, 2024
Hadoiiiiiiiii....
Tak boleh tido aku dibuatnya, sebab nak abiskan jugak buku ni. Eeeeeeee. Comel gilerrr!

Ya ya. Aku baca buku cinta, pelik kan? Tapi pdulik la. Sebab best. Hahahahahaha.

Joe..Lea.. asal korang comel sangadddd!
Profile Image for Elurine.
77 reviews2 followers
December 8, 2024
Tw: contains spoiler!

Buku rom-com yg paling best dan sedap yg pernah saya baca selama ini! Serius susah gila nak carik genre rom-com yg kena dgn tekak saya sbb selalunya cringe lah itu lah ini lah hmm. At first tarik buku ni utk bacaan realistik je sbb cr sebelum ni haih pening pale kita wak nak hadam 😭 dan tak letak apa apa expectations pun sbb kitanya mmg kureng kisah-percintaan-zaman-sekolah. Tapi buku ni terkecuali sebab best sangat sangat walaupun klise tapi saya sukerrr dooh!

Awal cerita mmg buatkan saya salah teka sbb ingatkan Lea ni akan bercinta dgn Adam tapi tidak ya. Dan awal awal pun sus dgn Adam ni sbb tah lah kitanya tetiba ada trust issues dgn lelaki yg appearance nampak baik ni HAHAHAAHAH. Tapi tidak ya adam tu mmg dah sehijau belantara dah pun tapi tulah yg jauh akan kalah dgn yg dkt hahahahahahaha tiber betul.

Cerita dia sbb si johan tu tiba tiba terjadi mentor si lea yg secara tidak sengajanya membuatkan johan lea selalu berjumpa. Johan tu belum mula lagi sesi mentor mentee dia dah pass nota dkt lea utk jumpa. Duk ulang ulang ayat dia jgn malukan dia sebagai mentor. Tapi betul ke itu tujuan utama? 🤪 pastu first met diorang takdelah tenang pun, gaduh jugak berdua tu. Senang cerita setiap pertemuan diorang berdua ni takkan lengkap tanpa pergaduhan. Yg sorang suka cakap takde filter, yg sorang lagi pulak suka menjawab haaa mmg perang dunia lah.

Johan ni haih mmg saya levvvv ya sbb dua kali dia demam sbb lea atau lebih tepat dia patah hati dgn lea. Tapi mcm biasalah lea, org tak terus terang mana lah nak tahu isi hati org tu. Jadinya lea sentiasa menafikan apa yg dia boleh teka, lagi satu si johan ni punya perangai, dia sengaja biarkan si lea tu teka diorang tu apa haih aku lah kan, kalau si johan tu ada dpn mata mmg kena puk sekali. Johan kalau cemburu mmg terbias terus dkt muka dia walaupun dia duk cakap muka lea tu ada subtitle tapi dia pun sama je. Tapi part paling saya suka sebenarnya part Johan duk flirt dgn lea. Dia boleh panggil lea yang?! Kitanya dah lah lemah org panggil yang ni auto rasa nak kawin terus dgn johan HAHAHAHAAH

Tapi disebabkan watak si johan ni mmg suka mengusik so lea tak pernah ambik serius dgn apa yg johan cakap. Lea senang je, kalau dia blushing dia bagi excuse nak balik je 🤣 daannnnn satu lagi scene yg saya suka sgt adalah scene perkhemahan tu wehhh sumpah kelakar tapi sweet lah jugak tapi still kelakar tapi si johan tu mcm biasalah keje dia menyengih je sbb dia mmg suka 😂

Baca buku ni mmg tak berhenti gelak. Ayat yg patut sedih/geram pun saya boleh dekah 🤣 nasib baik tak berguling je 😭😭 made my day betullah kisah johan–lea ni! Tolonglah sesiapa yg baca review ni SILA BACA TERUS BUKU NI kalau ada!

Welcome home, Mr Cupcake
Ayat ni mcm proper closure for happiness both of them tapi tak cukup ya utk saya. I NEED MOREEE! 😭😭😭 nak kata kisah bahagia tu secoet tu taklah, sbb byk kelakar je diorang berdua tu cuma plith nak baca sampai kisah diorang ada anak mesti lagi best kebaboom!

Buku ni still ada konflik dan kalau menghayati mmg boleh nangis sbb tiga watak dlm ni mmg sedih. Dia mcm eh sekelip mata penulis letakkan bom 💀 mcm tak sangka kehidupan diorang berubah 360 darjah sekelip mata. Nasib baik ada kisah bahagia cuma tulah nak tgk adam bahagia. Tolonglah penulis buat cerita pasal adam. Harap harap penulis baca review ni heheheh. Kudos to the author for the best rom-com story evah!

One of my best read for 2024
Personal rating: ♾️/5 🌟
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,334 reviews67 followers
June 13, 2023
[BOOK 68]

Ini Sebuah Cerita Cinta by Farah Husain.
.

"Dia selalu buat saya marah!"
"Dia selalu buat saya keliru!"
"Dia selalu panggil saya cupcake. I hate that!"
"Dia janji dia akan selalu ada dengan saya, tapi dia tipu!"
"Dia buat hati saya sedih!"
"Dia buat saya rasa diri saya jahat sebab marahkan dia sedangkan dia cuma nak jadi anak yang baik!"
"Dia selalu buat saya menangis."
"Tapi dia juga selalu layan saya dengan baik."
"Dia selalu nasihatkan saya supaya percaya pada diri sendiri."
"Dia buat saya rasa saya boleh berjaya."
"Dia buat saya rasa yang dia sayangkan saya."
.
.
Ya. Ini purely kisah cinta. (Sebab tu guna nama Farah Husain. Kalau guna nama Pasha, ada la plot twistnya sikit)
.

Buku ni bukanlah tipikal buku Prolog Media yang kebiasaannya aku baca. But knowing me, tak kisah dah buku apa, asalkan PM yang terbitkan, aku wajib beli.
.

Buku ni sesuai untuk yang ada crush.
Sesuai untuk remaja (ataupun untuk yang ingin kembali mengimbau zaman remaja dulu).
.

Nea Azalea ialah seorang pelajar tingkatan 5 yang lemah dalam pelajaran, kulit muka pun berjerawat. Boleh dikatakan, bukanlah tipikal girl crush.
.

Dan Lea sukakan Adam, antara hot stuff di sekolahnya. Selain Adam, ada la watak Johan, Naqib. Dan mereka ni golongan yang pandai.
.

Nak dijadikan cerita, ada program mentor mentee. Dan Lea ditakdirkan menjadi mentee Johan.
.

Okay, permulaan cerita, boleh nampak betapa malu-malunya Lea bila memandang Adam. Adam pun nampak memberi respon. Tapi bila Lea jadi mentee kepada Johan, eh, watak Johan pulak yang lebih shining gitu.
.

Nampak la Johan yang lebih banyak menyakat Lea. Selalu marah Lea. Watak Adam pula maintain baik je. Haaa...hati Lea mulai goyah.
.

Siapakah yang Lea pilih? Adam atau Johan? Good boy or bad boy?
.

Aku suka sebab rasa muda 10 tahun bila baca buku ni. Aku biasanya tak suka baca buku budak sekolah gini, tapi kali ni, aku suka.
.

Cuma, tak puas baca sebab part dorang dewasa terlalu sikit. I need moreeee.
.

p/s: by the way, bila awal-awal baca buku ni, bila part nama Azalea dan Johan, aku rasa familiar. Gigih la aku bukak Goodreads dan check satu-satu buku FH yang aku pernah baca. Dan ternyata, aku pernah baca buku FH bertajuk Sweet yang watak utamanya ialah Johan dan Adelia. hahaha..gigihnya lahai aku ni. Tak memasal jadi overthinking.
Profile Image for Mak Long.
35 reviews8 followers
June 2, 2023
Mungkin saya 'bias' sebab saya suka buku-buku Farah Husain. Tapi nak buat macam mana, memang saya suka.

Bila baca buku ni, rasa remaja balik. Haha. Mungkin kalau orang lain baca, buku ni santai sahaja tapi disebabkan saya membaca dengan emosi, maka bermacam- macam rasa yang saya rasakan. Kadang di 'Cloud 9', kadang jadi 'Hulk' dan tak ketinggalan rasa sedih yang mencengkam sampai mengalir si airmata....aaa gitewww...

Ok Farah.... next.... eh....
Profile Image for Vida Ariff.
112 reviews
February 19, 2025
Menariknya buku ini, ia sejenis cerita yang biasa kita dengar atau lalui. Awal-awal dah dinyatakan, ini kisah klise. Memang boleh diramal, dan tiada plot terlalu pelik.

Ceritanya manis-manis belaka, sehinggalah satu tragedi menimpa Lea.
Keseluruhannya, cerita ini sedap dibaca. Kisahnya relatable dengan kebanyakan kita yang pernah bersekolah. Bonusnya, cover pun sangat comel.
Profile Image for Andiyanti.
10 reviews1 follower
November 4, 2024
Tak suka bahagian zaman persekolahan. Lebih suka bahagian dimana Johan kembali semula ke Malaysia selepas kematian ayahnya hinggalah ke akhir novel. Mungkin saya sudah terbiasa dengan cari penulisan sebegini.
Profile Image for Nita.
75 reviews
September 20, 2024
Baca novel ni ibarat macam mengimbau zaman persekolahan. Karya Farah Husain memang sentiasa best! 🥰
22 reviews
December 20, 2025
Bab awal novel agak mendatar bagi saya tapi making seronok bila sampai ke akhir cerita. Saya suka pengakhiran cerita ini.
Displaying 1 - 30 of 30 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.