AMRIL NUQMAN menyimpan dendam terhadap lelaki yang di sangka telah menyebabkan kematian kembarnya. Namun, hasratnya untuk membalas den dam tidak kesam paian kerana lelaki itu telah meninggal dunia. Dia kemudian menggunakan Aimi Rozana, adik lelaki tersebut sebagai galang gantinya.
Namun, Amril silap perhitungan. Dia terjerat dengan pe rasaan sendiri apabila jatuh cinta dengan gadis itu. Aimi Rozana pula menerima cinta Amril dengan ikhlas. Baginya, Amril seorang lelaki yang bisa membahagiakan dirinya. Akhirnya, mereka dijodohkan oleh keluarga masing-masing.
Kebahagiaan yang diharapkan rupa-rupanya menjadi duri dalam hidup Aimi. Apa yang diangankan kosong sematamata. Dirinya dilayan seperti patung bernyawa.
Hanya dipandang, tapi tidak bisa disentuh. Sikap Amril semakin lama membuatkan Aimi menjadi sangsi dan kecewa.
Sanggupkah Aimi meneruskan hidupnya sebagai isteri Amril setelah lelaki itu meletakkan dirinya di tahap yang paling bawah?
Akhirnya, berjaya jugak habiskan baca satu kisah untuk permulaan tahun 2017 ini. Tahniah untuk diri sendiri. Haha.
Best jugak layan kisah ni. Dah lama tengok buku ni tapi takde keinginan nak baca. Entah apa sebabnya, tiba-tiba datang keinginan untuk membacanya. Makan masa jugak la nak habiskan sebab tak berdaya nak duduk lama-lama mengadap laptop.
I jarang baca buku-buku lama ni. Jenis tengok cover buku. Memang tak letak expectation pun bila baca.
Waktu baca prolog, I dah boleh predict jalan cerita dia macam mana. Cerita cinta yang berpaksikan dendam.
Kisah Amril Nuqman, atau dikenali sebagai Amril atau Aril, menyimpan dendam terhadap seseorang yang dah hancurkan hidup kakak kembarnya sehingga meninggal dunia. Bermula dari pesanan kakaknya yang meminta Amril untuk mencari Masran 10 tahun yang lalu, tetapi tidak kesampaian. Sejak dari itu, hidup Amril diselubungi dendam yang tak terperi akibat tidak berjaya penuhi amanat kakak kembarnya. Dia trauma dengan pesanan terakhir tersebut.
Selepas 10 tahun, dia baru dapat berita tentang kematian orang yang dikehendakinya itu. Disebabkan dendam yang tak terbalas, dia berdendam dengan seluruh keluarga lelaki tersebut. Sehingga berjanji untuk musnahkan seluruh keturunan keluarga itu.
Dari situ lah dia berjumpa dengan Aimi Rozana, iaitu adik bongsu Masran. Seperti jilat ludah sendiri, Amril tersungkur dalam permainan yang dicipta apabila hatinya terpaut pada si gadis jelita, Aimi. Di antara dendam dalam masa yang sama mencintai, membuatkan dia tersepit.
So basically, cerita dia walaupun memang common pasal dendam semua, tapi I suka. Cumanya... sepatutnya prolog tu patut ditukar sebagai epilog. Bagi suspens sikit untuk pembaca baca nanti, ni tak... awal-awal lagi dah diberitahu yang watak-watak utama bahagia. Then bila baca bab 1 tu macam dah takde feel la sebab kita dah boleh tahu jalan cerita Hshshshsh
Dari sinopsis pun dah tau kan cerita balas dendam. Cerita tema macam ni yang pertama sekali saya tahu dari drama Thai Jam Loey Rak.
Kasihku Satu membuka tirai dari pov Aimi yang sedang bahagia dikelilingi ahli keluarganya. Mula-mula ingat silap buku. Lepas tu barulah diceritakan pertemuan Aimi dan Amril/Aril. Sedikit cuak sebab bagi saya cerita bertema sebegini perlu ada unsur misteri. Kita dah dihidangkan dengan kebahagiaan Aimi, maka perjalanan seterusnya ialah mengetahui bagaimana semua itu dikecapi.
Aril berniat menghancurkan keluarga lelaki yang dia yakin merupakan sebab utama kenapa kakak kembarnya meninggal dunia, sebaik mengetahui yang lelaki itu juga telah meninggal selepas 10 tahun pencarian. Fuh, lama sungguh dendam Aril ni.
Tapi Aril tersilap percaturan kerana tak sangka akan jatuh hati dengan kebaikan dan keikhlasan keluarga tersebut lebih-lebih Aimi, adik kepada lelaki yang paling dibencinya. Beza umur 10 tahun antara mereka tidak menghalang untuk Aimi turut menyimpan rasa yang sama.
Mereka bernikah tetapi Aril nekad meneruskan misi balas dendamnya. Sikap Aril yang sekejap panas sekejap dingin cukup menguji kesabaran Aimi tapi demi cinta, Aimi sabar.
Hampir di penghujung barulah terbongkar rahsia sebenar dan hancur luluh hati Aimi. Bila terkenang yang semuanya telah diserahkan kepada Aril dengan rasa cinta, Aimi rasa jijik sekali. Aimi yakin yang Aril bersamanya hanya berlandaskan dendam dan nafsu.
Aimi lari membawa diri dan Aril jadi tak keruan. Cerita sebenar tentang kakak kembarnya menjadikan Aril rasa berdosa menghukum orang tak bersalah.
Aimi kembali ke pangkuan Aril dengan pelbagai syarat. Dan kini giliran Aril pula merasai apa yang dirasakan oleh Aimi sebelum ini. Layanan panas dingin.
Pembalasan dendam yang Aril lakukan tak kejam mana pun sebab dasarnya kita tahu yang Aril cintakan Aimi. Takde keganasan rumahtangga pun cuma mungkin penderaan emosi saja. Malahan pembalasan dendam Aimi pun guna cara yang sama juga. Berpisah tempat tidur, tiada sentuhan manja dan ibarat dua insan berlainan haluan yang duduk serumah.
Kiranya sedikit bosan di situ. Tak jauh beza dengan novel tema kahwin paksa. Bukanlah saya nak ada aksi tumbuk atau tolak jatuh tangga ke, tapi sedikit mengharap ada catuan air ke dan Aimi dipaksa mengangkut air ke apartment mereka di tingkat 20 contohnya. Tak pun macam filem Musang Berjanggut di mana Aril campurkan bahan masak dalam satu kampit dan Aimi terpaksa asingkan.
Huh, saya ni ada potensi jadi mak tiri Cinderella yang berjaya. Heh.