Jump to ratings and reviews
Rate this book

Perang Arab Israel: Selagi Belum Kiamat

Rate this book
"Palestine bukan milikku, bukan milik bangsa Turki tetapi milik bangsa Arab. Baitul Maqdis pula bukan milik bangsa Arab tetapi milik umat Islam seluruhnya. Aku tidak akan sesekali menyerahkan bumi Palestine walaupun sejengkal setelah bangsaku berjihad bermati-matian mempertahankan dan menyuburkan tanahnya dengan darah-darah mereka. Simpanlah wang kamu yang berjuta ringgit itu kerana sekiranya suatu hari nanti Khilafah Islamiyah ini tumbang, kamu boleh mengambilnya tanpa sebarang wang tukaran. Adapun, sekiranya aku masih hidup, aku lebih rela diriku dicincang daripada melihat bumi Palestine dikeluarkan dari Daulah Islamiyah dan perkara itu selama-lamanya tidak akan berlaku. Adakah kami akan membenarkan diri (Wilayah-wilayah takluk Kerajaan Turki Uthmaniyah) kami ini semua dipisah-pisahkan sedangkan kami masih hidup?!"
(Sultan Abdul Hamid II pada tahun 1901 ketika ditawarkan oleh Tiodore Hertzel (Ketua Pertubuhan Zionis Antarabangsa dan antara pemimpin tertinggi freemasonry). Dipetik daripada kitab Kaifa Saqatot al-Khilafah al-Islamiyah, halaman 26)

Selepas Turki Uthmaniyah kalah dalam Perang Dunia Pertama (1914–1918), British yang menguasai tanah jajahan Turki Uthmaniyah (termasuk Palestine) mengisytiharkan Perisytiharan Balfour pada tahun 1917 dengan mengiktiraf negara Israel tanpa menafikan hak-hak sivil dan agama masyarakat bukan Yahudi di Palestin. Sejak dari itu, seramai 85,000 orang Yahudi sudah pun bermastautin di Palestin. Pada tahun 1947, UN Partition Resolution (GA 181) membahagikan tanah Palestine dengan 4,700 batu kepada 1.35 juta penduduk Arab Palestine manakala 5,300 batu kepada 630 ribu pendatang Yahudi. Pembahagian yang jelas berat sebelah mencetus Perang Arab-Israel 1947 dan PerangArab-Israel 1948.
Buku ini mendedahkan:
Faktor kekuatan tentera Israel yang memenangi Perang Arab-Israel 1947-1948,Perang Suez 1956, dan Perang Enam Hari 1967, Perang Yom Kippur 1973
Faktor kelemahan tentera gabungan Arab yang mendorong kekalahan kepadaIsrael.
Strategi yang digunakan oleh kedua-dua pihak.
Perjanjian Camp David: Sebab dan kesan ke atas Palestine dan Negara-NegaraArab di sekitarnya.
Konflik Israel-Lubnan (1978-2006): Harapan buat Negara-Negara Islam?
Palestine: Kesengsaraan, bantuan Luar dan harapan masa depan.
Sabaruddin Hussein adalah penulis, penterjemah dan pengkaji sejarah dan konspirasi berkaitan dengan agenda Yahudi. Beliau menulis buku Agenda Yahudi Menakluk Dunia dan Konspirasi Yahudi: Perang & Penaklukan.

232 pages, Paperback

First published November 23, 2012

7 people are currently reading
27 people want to read

About the author

Sabaruddin Hussein

6 books3 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
9 (32%)
4 stars
10 (35%)
3 stars
8 (28%)
2 stars
1 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for aliaareadstoo.
250 reviews7 followers
July 7, 2022
A very comprehensive compilation about Arab Israelis wars. I admit that all I know before is the tense between the the nations involved started from the migration that happened after holocaust and that's it. Now, I know more detail about the main and subsequent wars and why they broke out. What interesting about this book is the author also shared with us on how we can reflect and learn from these events in our daily lives.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,550 reviews41 followers
January 2, 2019
Perang Arab Israel: selagi belum kiamat adalah buku pertama saya baca untuk tahun baru 2019. Bacaan yang bermanfaat pastinya. Selalu saja kita dengar bajingan Zionist yang sarat tipu daya, mewah dengan muslihat dan tidak tahu erti segan dalam menangani detik kehidupan terlaknat mereka. Benci dan jijik namun, penulis ini spot-on. Buat lah apa saja, boikot sekali sekala, cakaplah berdegar-degar, debat sampai merenjis air liur... selagi kesepaduan umat Islam tidak setara atau lebih hebat dari kesepaduan manusia Yahudi, tak ke mana. Yang bercakap persis orang bijak kan ramai, yang berani melakukan atau membuat keputusan strategik hingga mampu menggegarkan jiwa Yahudi? Ditambah pula dengan pemimpin negara-negara Islam yang leka dan hidupnya hanya mahukan kesenangan, otaknya hanya pandai menggemukkan poket masing-masing, helahnya hanya demi mencapai agenda kepentingan diri. Tak akan berjaya kita. Akan terus bergelimpangan kah anak-anak Palestine di bumi sendiri? Sampai bila agaknya orang Islam diketawakan Zionist laknatullah dan sekutu-sekutunya? Kalau tengok sejarah peperangan terdahulu sehingga keadaan di Gaza jadi seperti hari ini, seperti yang dicoretkan penulis melalui buku ini, kita jadi malu kan? Betapa kita ini juga pentingkan diri. Ramai diantara kita yang kaya tapi tak mahu salirkan bantuan kepada Palestine. Ramai yang pandai bersosial media tapi lebih tegar membuang masa berhuhu haha dengan cerita kosong, berita bodoh diviralkan, aib sendiri dan aib orang diuar-uarkan, budaya sekutu-sekutu Israel dan rentak hidup yang mendekatkan kepada maksiat dan kemusnahan jati diri Islam diagung-agungkan... Betapa menyedihkan.
Profile Image for books.bintulu.
259 reviews7 followers
June 12, 2021
Jun 2021: Perang Arab Israel: Selagi Belum Kiamat

Ini adalah catatan perang Arab dengan Israel bermula dengan Perang Arab-Israel 1947, 1948, Perang Suez 1956, Perang 6 Hari 1967, Perang Yom Kippur 1973 dan Konflik Israel - Lubnan 1978. Buku ini menjawab soalan ‘punca kekalahan negara Arab’ dan mungkin juga ‘kenapa negara Arab tak tolong Palestin (dari segi peperangan)’.

Penulisan yang straight forward, disertakan profil watak-watak penting dalam peristiwa ini (Jamad Abdel Nasser, Ben Gurion, Anwar Sadat) dan refleksi untuk dijadikan pengajaran.

Penulis menekankan:
- Jangan meninggalkan Al Quran dan Sunnah sebagai panduan hidup
- kepentingan strategi perang adalah amat penting (bukan hanya pandai berpidato dan memiliki kekayaan)
- strategi mengenal kekuatan dan kelemahan musuh termasuk backup/kroni mereka
- jangan sombong dan niat berjuang untuk kepentingan sendiri
- berhati-hati memilih penasihat

Saya tertarik dengan keberkesanan propaganda yang digunakan oleh pemimpin pada masa itu. Boleh dikatakan jika pandai berpidato walaupun tanpa strategi yang baik, anda akan disokong. Hal ini telah dibuktikan oleh sejarah maka tidak mustahil propaganda pada hari ini akan lebih canggih, pantas dan dinamik lebih-lebih lagi pada zaman media sosial ini.

Saya sangat berharap dapat terus membaca lagi catatan rantau ini terutamanya selepas perjanjian Camp David 1978.
26 reviews
May 25, 2021
Mengaku diri ini buta... Baru faham apa terjadi....banyak benda berulang.pemimpin terlalu cintakan dunia...sikit saja yang benar..Kita semua wajib kembali kepada Al Quran Dan Sunnah.... Semoga Palestin kembali menang... Aamin aamin ya mujib....
Profile Image for Noral.
115 reviews6 followers
November 13, 2015
i feel sad and and angry after reading this book. marah pada zionistjews. kecewa dengan negara negara islam di sekeliling palestine...

pengajarannya .. jangan berkawan atau berbincang pon dengan zionistjews.
Profile Image for Haryati Abd. Halim.
239 reviews15 followers
February 11, 2017
1. Trilogy berkenaan konflik Arab dan Yahudi dan ini merupakan buku terakhir dari trilogy tersebut. tapi tak kisahlah, masih boleh dibaca berasingan. Dua buku sebelumnya belum beli lagi. (Peluang untuk shopping buku)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.