🎃 Rasa nak protes tak mahu keluar dalam dunia Mandatori.Aku harapkan watak Norman dapat akhir yang baik.Namun aku tanya diri, baik yang macam mana? Jika peluang kedua itu tak diwujudkan oleh penulis. Apa nasib Norman selepas itu? Akurlah! Tetap sama.Sakit! - Jalan cerita perlahan diawalnya namun hujung² suspen itu membuak mahukan identiti penegak keadilan terlerai.Plot twist gempak buat aku dirundung kesian. Akhir,nampak cantik tapi tinggal secebis pahit😕
🎃Bermula dengan Tassan, pemandu kepada seorang berpangkat Datuk, dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Tassan golongan yang mudah untuk dikorbankan oleh golongan kayangan.Meninggalkan balu dan 2 orang anak.Penderitaan si ayah bukan hanya ke liang lahad tapi anak² mereka turut jadi mangsa buli anak² orang kaya. Iaitu Juliana, Jane dan Kelvin.Wujud watak Carlos menggelarkan dirinya Penegak Keadilan. Munculnya di 'malam tiba'.Dialah hakim,peguam dan pendakwa raya.Kes ditangannya bakal tertutup dengan hanya satu hukuman yakni Mandatori(Hukuman Mati).Tanpa dibicarakan bahkan rayuan.
🎃Pembaca akan ligat fikirkan siapa CARLOS?Diakhirnya aku jumpa siapa 'kepala' mereka. Carlos tak keseorangan di dunia perundangannya.Dia 'dibantu' oleh Amran,Bogart dan Norman. Aku mengagumi Norman si misteri itu, tapi nasibnya adalah paksaan keadaan.Tak henti pada nama² tersebut, akan disajikan dengan watak yang juga tertanya iaitu siapa identiti Bilal Piut?
🎃 Jemputan Tan Sri Abdullah ke rumah lama itu jadi Mahkamah ciptaan dunia Mandatori ini. Kumpulkan semua Datuk Johari, Juliana, Jane,Kelvin,Sherry, Hambali,Nurimah,Bu Piah dan Rita Lee untuk dibicarakan. Berserta tali gantung disekitarnya untuk dihukum serta merta. Kisah Psycho-thriller yang terlajak teruja disaksikan. Peminat RAM pasti tahu walau cerita thriller tetap dihidangkan tentang cinta, keagamaan,kekeluargaan dan moral kemaafan dan bagaimana kebaikan merejam kejahatan dalam gelodak jiwa yang bercelaru.
P/s: CARLOS tetap satria 'hitam' yang muncul di malam tiba, bagaikan Keluang Man buat aku,walau caranya tak mulia😅 Aku teringat Mikhail karya RAM juga dalam diri Carlos!