Equilibria “ Kapal generasi ialah pesawat pengembara angkasa lepas yang berupaya untuk mengembara merentasi jarak yang amat jauh ... ”
“Rasional pembinaan kapal generasi ialah untuk menyelamatkan keturunan manusia agar dapat membina tamadun di tempat lain dalam alam semesta ini apabila bumi mengalami malapetaka ataupun membina koloni manusia di planet lain atas nama eksplorasi dan sains. ” - Dr. Morgan Archer.
Ulasan karya : Equilibria mengisahkan cabaran yang dihadapi oleh sekumpulan remaja apabila mereka diminta meninggalkan tempat kelahiran mereka Equilibria untuk menziarahi dunia penuh teknologi moden iaitu Kapital 1. Equilibria adalah tempat di mana manusia hidup bermasyarakat tanpa menggunakan bahan api fosil. Konflik timbul apabila seluruh wilayah kecuali Kapital 1 dan 50 daerah Kapital lain adalah kawasan yang separa punah dan mengamalkan kehidupan hukum rimba. Berjayakah kumpulan ini kembali ke Equilibria? Adakah jemputan ke Kapital 1 suatu niat murni yang tidak mempunyai helah?
Semua rahsia itu diketahui oleh Kaylen Fujiwara yang diumpan oleh ibunya, Morgan untuk keluar dari Equilibria. Sedang dia tahu yang Equilibria diancam bahaya,adakah Kaylen sanggup membiarkan , gadis pemilik hatinya dan sahabat-sahabat yang lain terkorban dek haloba Kapital 1 untuk menjarah tanah tempat tumpah darah mereka?
______________________________ Novel ini telah memenangi tempat KEDUA Sayembara Fiksyen Sains Dan Teknologi (Musim Kedua) 2012 Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kumpulan Utusan. Pertama Tiada Pemenang Kedua EquilibriaSri Rahayu Mohd Yusop Ketiga DetikAmir Husaini Hadiah Penghargaan IDAmer Hmzah L. Kadir Di Sebalik DinaraDayang Noor BekamorfosisJali Kenoi Hadiah Galakan TimpaniFaridah Abdul Hamid
Nama penulis: SRI RAHAYU MOHD YUSOP Nama penuh: Sri Rahayu binti Mohd Yusop Tempat lahir: Tanjong Karang, Selangor Tarikh lahir: 18 Jun 1976 Pendidikan awal: Sekolah Rendah Kebangsaan Batu 9, Tanjong Karang dari (1983-1988). Pendidikan Menengah: Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor (1989 -1993). Pendidikan Lanjut: Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras; University of Otago, New Zealand dan Dunedin College of Education, New Zealand (1994-1999) Karier: Guru Bahasa Inggeris di SMK Dato' Harun, Tanjong Karang (2000 - 2003), SMK Pandan Jaya, Ampang (2004-2020).
Hasil kerja yang telah diterbitkan:
1. 'Bukan Legasi Lalang' (Utusan Publications & Distributors, 2001)) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2000, Hadiah Sastera Perdana 2000/2001 bagi kategori Novel Remaja. 2. 'Merdekakan Cinta Ratna' (Utusan Publications & Distributors, 2003) - memenangi tempat ketiga kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2002. 3. 'Odisi Tanah Kencana' (Utusan Publications & Distributors, 2007) - memenangi tempat kedua Kategori Novel Remaja dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2006. 4. 'Warisnya Kalbu' (Utusan Publications & Distributors, 2008) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2007. 5. 'Kasih Nan Agung' (Utusan Publications & DIstributors, 2009) - memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008. 6. 'Impuls/Roh' (Utusan Publications & Distributors, 2010) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2009. 7. 'Bimasakti Menari' (Utusan Publications & Distributors, 2011) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2010, Kategori Novel Remaja dalam Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2010/2011, teks Komponen Sastera (KOMSAS) subjek Bahasa Malaysia Tingkatan 5 bermula dari tahun 2016 di sekolah-sekolah menengah di Terengganu, Kelantan, Pahang dan Melaka. 8.'Rimba Jiwa' (Utusan Publications & Distributors, 2012) - memenangi tempat ketiga Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2011. 9. 'Equilibria' (Utusan Publications & Distributors, 2012) - memenangi Sayembara Penulisan Fiksyen Sains & Teknologi Universiti Teknologi Malaysia-Kumpulan Utusan Musim Kedua pada tahun 2012, Anugerah Buku Negara bagi kategori Fiksyen Sains & Teknologi pada tahun 2013. 10. 'Qalam Kalbu' (ITBM, 2013) - memenangi Sayembara Penulisan Novel-Cerpen-Puisi Institut Terjemahan dan Buku Malaysia - Berita Harian - PENA Musim Pertama pada tahun 2014, Kategori Karya Umum (Buku) dalam Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2013. 11. 'Transgenik Sifar' (Utusan Publications & Distributor, 2015) - memenangi Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi Universiti Teknologi Malaysia-Kumpulan Utusan Musim Ketiga pada tahun 2015. 12. 'Empunya Kalbu' (Utusan Publications & Distributors, 2016) - memenangi tempat kedua Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2015, Hadiah Sastera Perdana 2015/2016 bagi Kategori Novel Remaja. 13. 'Kronikel Empat Bahtera: Puteri Naga Tiberius' (Penerbit X, 2017) - novel pertama beliau yang terbit di luar sayembara. 14. 'Farewell, Elsinore' (Legasi Oakheart, 2018) - novel Bahasa Inggeris pertama. 15. 'Selendang Merah Balukhali' (Utusan Publications & Distributors, 2019) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2017. 16. 'ALGOJO' (Fixi, 2020) - memenangi hadiah utama Sayembara FIXI Musim Kedua. 17. 'Belati Cinta Zulaikha' (Utusan Publications & Distributors, 2004) - memenangi Hadiah Eceran Kategori Cerpen Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2003 bagi cerpen 'Reeves, Cormack dan Semak'.
Sebuah novel fiksyen sains yang mengisahkan sekumpulan manusia membentuk satu koloni di sebuah pulau di Lautan Pasifik. Projek yang diberi nama Projek Equilibria ini mempunyai objektif untuk membuktikan bahawa manusia moden boleh hidup dalam satu persekitaran yang tidak dikuasai oleh ekonomi berasaskan petroleum. Warga Equilibria hidup dalam keadaan mesra alam, tradisional dan jauh daripada teknologi moden.
Pada masa yang sama, kerajaan Norac sedang menyiapkan Inisiatif Pegasus, iaitu satu kapal generasi yang akan meninggalkan Bumi untuk membina tamadun baharu manusia di planet yang memakan masa ratusan tahun perjalanan, dan sumber tenaga utama yang diperlukan ada di Equilibria.
Selain itu, novel ini turut memaparkan mengenai kejatuhan ekonomi berasaskan petroleum, menimbulkan pelbagai konflik sedunia yang dahsyat mengakibatkan kemusnahan teruk pada Bumi.
Novel Equilibria merupakan novel fiksyen sains melayu kedua yang saya baca selepas Novel Kala Yuda, pemenang sayembara musim pertama. Jika hendak dibandingkan dengan pemenang musim pertama, sekadar pendapat peribadi, Equilibria jauh lebih baik dari segi garapan cerita serta tema yang diangkat.
Equilibria mengangkat tema yang unik iaitu tentang kekeringan sumber tenaga petroleum yang menimbulkan pelbagai konflik dan natijah. Plot berkembang baik dengan kemunculan watak-watak dari Equilibria digerakkan oleh remaja. Namun, kisah pertarungan yang digarapkan sudah dapat diteka membuatkan unsur suspen sedikit terganggu. Malah, ada beberapa tempat yang menimbulkan persoalan dalam diri saya sebagai pelajar kejuruteraan elektronik.
Warga Equilibria dikatakan hidup dalam dunia yang mesra alam, tradisional dan jauh daripada teknologi moden(m/s170: Kaylen tidak mengenali kamera). Manakala Kapital 1 digambarkan sebagai satu kawasan moden dengan infrastruktur yang gah serta teknologi maju. Namun, saya tertanya-tanya apabila warga muda Equilibria ke Universiti Kapital 1 untuk berkongsi teknologi yang mereka bawa dari Equilibria (m/s 171). Safa menerangkan tentang alat pengecas tenaga solarnya. Menjadi satu tanda tanya apabila penulis tidak menyatakan secara terperinci tentang alat pengecas tersebut. Malah jika difikirkan, sesuatu yang aneh apabila warga Equilibria mampu menghasilkan pengecas solar di Equilibria (kehidupan mesra alam dan tradisional)menurut pengetahuan saya, untuk menghasilkan bateri solar memerlukan teknologi yang tinggi serta alat dalam makmal yang moden dan sangat mahal-mungkin tidak ada di Malaysia (kerana saya pernah buat eksperimen menghasilkan bateri solar pada semester lepas). Hal ini menimbulkan sedikit gangguan di tengah pembacaan. Mungkinkah faktor ini menyebabkan Equilibria tidak mendapat tempat pertama? Dari segi penceritaan, boleh dikatakan cantik dan sempurna.
Walaubagaimanapun, novel ini adalah novel fiksyen sains yang menarik dan keluar dari ruang lingkup klise. Saya mengagumi kerja keras penulis yang pastinya banyak mengkaji sebelum menulis. Tahniah!
Ini adalah percubaan pertama saya untuk menulis fiksyen sains yang spekulatif dan futuristik. Ia lebih menjurus kepada soft science maka tidaklah terlalu pening untuk membacanya. Signature penulisan saya kali ini: Penuh 'angst', 'payoff' yang memuaskan di hujung cerita. 'Earth in a Balance' bertemu Hamlet.
It's a short novel, the same with all other HSKU's novels.
If I were taken out of my heaven-like island where I called home (my mind can only think of NZ), I'd feel outraged and super duper sad, too.
I wish the story ended differently, but that's not my call to make.
I wish they could defend the island and live forever in Equilibria, but that's a cliché.
I have so many wishes of how the end should be, but the author clearly has her own mind of where she wants to take her readers, and she has messages to convey, not just purely for the sake of entertaining us. For this, I respect her decision.
Here's what I like about this novel: 1) well-coined terms including scientific ones; 2) well-intended message on why human race should focus on how to rectify their mistakes on earth to make their lives better, instead of abandoning it to chase something that has endless uncertainties; 3) why so-called hybernation of humans during a long journey of space travel isn't possible, by comparing the story of Ashabul Kahfi to reality; 4) no lovey-dovey scene, even though initially there's a slight possibility of spark or love interest between the main characters; 5) good manners between children and parents; 6) last but not least: strong female character.
Here's my gripe: The link between the Prime Minister of Malaysia and the people of Equilibria.
The importance of this link became apparent at much later part of the story even though it was already positioned at the beginning. You could've easily forgotten about it had it not made a good first impression, which is still not strong enough, I dare say.
I did forget about it, only to be reminded later during the crucial part. Maybe given the limited length of this novel (part of HSKU requirements, I suppose), the author has to thread the plot and sub-plots economically, if I may say so.
I'm giving it 4 star with a heavy heart.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Equilibiria merupakan salah satu daripada pemenang yang diterbitkan di bawah Sayembara UTM. Menurut penulis ketika diwawancara seingat saya, Equilibria merupakan percubaan awal penulis untuk menulis dalam genre sains fiksyen. Ternyata ia suatu kisah yang menarik dan futuristik.
Equilibria ini merupakan sebuah projek yang bertujuan bagi membuktikan arus kemodenan yang mana manusia mampu hidup tanpa bergantung harap dengan Petroleum. Pertembungan dunia berbeza, dan perseteruan di antara Tanah Buangan dan Kapital 1. Dengan menampilkan pelbagai terma unsur futuristik dalam teknologi yang pemodenan serta terma-terma saintifik menggugahkan.
Equilibria ini merupakan buku kedua hasil air tangan penulis yang saya baca dan amati secara tekun berkenaan apa penyampaian yang ingin penulis ketengahkan. Ternyata, kekuatan utama Puan Sri Rahayu adalah pada penyampaian unsur kesedaran akan kepentingan alam sekitar. Bahkan, terma teknologi dan pemilihan kata saintifik menunjukkan yang kekuatan utama penulis daripada ulang kaji beliau terhadap terma-terma tersebut yang penulis sajikan di dalam novel.
Equilibria sekali imbas seperti membaca Animal Farm versi Melayu yang ditulis oleh ‘George Orwell’ Malaysia yakni Sri Rahayu. Alegori dan sindiran terkait dengan pemimpin yang kolot dan dangkal pemikirannya yang mahukan teknologi menjadi tunjang kemajuan sesebuah negara. Malah, ia merupakan suatu tindakan yang secara realitinya memang berlaku terhadap pemimpin banyak negara yang menepikan pemuliharaan alam sekitar.
Menurut penulis, Equilibria tidak memenangi tempat pertama dalam Sayembara UTM-UTUSAN. Sudah tentu ia sungguh mengecewakan dengan pembentangan hasil kajian yang penulis lakukan dengan teknologi yang digunapakai dalam novel ini.
Sebuah distopia ciptaan sebuah penulis terkenal tanah air, Sri Rahayu Mohd Yusop di mana keseimbangan itu diperlukan dalam menyeimbangkan kembali penggunaan petroleum di dunia. Apa yang kita gunakan, hendaklah kita kembalikan dengan kuantiti yang telah digunakan.
Aku terserempak dengan nama penulis ini ketika mencari-cari novel Bahasa Melayu yang berkualiti untuk dibaca. Aku fikir untuk mencari novel-novel terbaik, maka aku perlu melihat novel-novel yang memenangi pertandingan dan sayembara terutama yang dianjurkan oleh kumpulan Utusan. Nama Sri Rahayu kerap muncul memenangi tempat tiga teratas. Jadi aku bercadang untuk cuba-cuba baca salah satu dari karyanya.
Dalam banyak-banyak karya penulis ini, aku memilih karya berjudul Equilibria ini kerana genrenya fiksyen sains. Fiksyen sains adalah genre yang sukar kerana memerlukan pengetahuan sains dan kemudian akan digarap menjadi sebuah cerita. Lagipun aku sememangnya cenderung kepada genre ini.
Secara jujurnya aku berpuas hati dengan plot cerita ini. Plotnya mudah. Tema utama novel ini ialah kepentingan menjaga keseimbangan alam sekitar, bagaimana kita seharusnya menyumbang kembali kepada alam, bukan sekadar menjarah sumber alam yang ada demi kelangsungan hidup dan mengumpul kekayaan tanpa memulangkan kembali kepada alam sekitar. Penulis berpendapat penjarahan tanpa kawalan oleh ketamakan manusia bakal memusnahkan keseimbangan alam (sekurang-kurangnya begitulah yang aku dapat rumuskan).
Namun aku agak terganggu sedikitlah dengan bahasa yang digunakan. Boleh dikatakan aku kerap terhenti ketika membaca kerana ada masa-masa ayat yang ‘lebih sesuai’ terbit dalam benak aku bagi menggantikan ayat-ayat yang digunakan penulis. Tak tahulah, mungkin pada penulis biasa saja. Aku pun tak rasa bahasa melayu aku sangat bagus tahap penyunting, namun aku rasa hampir tujuh puluh peratus ayat dalam buku ini, aku telah cipta versi aku sendiri dalam kepala. Versi yang lebih sedap dibaca pada akulah. Aku fikir untuk bahasa, aku boleh bagi tiga bintang dari lima. Aku tak tahulah penulis dah sunting atau belum sebelum novel ini diterbitkan. Sebab ayat-ayat dia hampir semua bila aku baca, aku rasa semacam.
Turut diselitkan perdebatan-perdebatan dalam novel ini. Kebanyakan perdebatan berkisar antara golongan yang mahu terus-menerus menjarah sumber alam seperti petroleum dan kemudiannya galian aneh di pulau Equilibria, dengan satu lagi golongan yang mempertahankan penggunaan tenaga boleh diperbaharui seperti solar. Selepas bumi dilanda krisis bekalan bahan bakar galian, golongan pertama bercadang berpindah ke planet lain dengan kapal yang akan menggunakan bahan bakar aneh dari pulau Equilibria. Golongan kedua pula berpendapat bahawa golongan pertama akan mengulangi isu sama di planet baru itu, iaitu krisis bekalan bahan bakar galian. Golongan kedua berpendapat bahawa manusia patut mengawal penggunaan bahan galian dan mereka mengesyorkan penggunakan tenaga boleh diperbaharui, serta menekankan kelestarian alam dengan manusia harus menjaga keseimbangan alam dari penjarahan berlebihan sumbernya akibat sikap tamak haloba. Begitulah yang aku faham. Boleh dikatakan aku rasa seperti diceramahkan oleh watak-watak dari golongan kedua disebabkan terlalu panjang penerangan mereka.
Sepanjang pembacaan, aku juga mendapati ada babak-babak tertentu yang aku kurang faham. Sebagai contoh, bila Morgan Archer tinggalkan anak dia Kaylen? Sejak kecil ke? Dan aku tak faham mengapa Kaylen macam biasa-biasa saja lepas jumpa semula mak dia? Takkan tak ada rasa marah dengan mak dia, atau sekurang-kurangnya dia akan tanya mak dia kenapa tinggalkan dia di pulau itu? Selain itu, sewaktu Ziarah Pertama dah habis, mengapa Morgan beritahu Kaylen yang Norac akan hapuskan pulau Equilibria bersama penduduknya, kemudian tidak mati-mati menahan Kaylen dari pulang ke Equilibria? Memang sah-sahlah Kaylen akan bocorkan rancangan Norac itu pada kawan-kawan dia demi selamatkan nyawa mereka. Bukankah dengan itu maka Morgan telah menggagalkan rancangan Norac sendiri yang juga bos dia? Entah, aku pening bahagian ni.
Tentang pembangunan watak tu tak adalah sampai mengikat aku dengan watak dia. Novel ini lebih kepada sekadar medium untuk penulis utarakan idea dia melalui perbualan watak-watak berbanding fokus pada kisah watak itu sendiri. Aku nampak cerita dalam novel ini hanya bermula selepas separuh kedua buku. Konflik mula muncul pada saat-saat akhir novel di mana golongan pertama cuba memulakan rancangan menjarah galian aneh di Equilibria dan menghapuskan penduduknya yang terdiri dari golongan kedua agar berita berkenaan galian aneh tidak dibocorkan kepada pihak lain. Rancangan mereka digagalkan oleh gabungan kerajaan hemisfera selatan dan malapetaka yang tidak disangka-sangka (nak tahu bacalah novel ini). Plot diatur dengan cantik, Chekov’s gun seperti orang aneh yang beri alat telekom, kemudian lelaki misteri yang tanya Kaylen lokasi galian aneh di Equilbria, digunakan kemudian bagi melengkapkan cerita.
Kesimpulannya, idea besar iaitu berkenaan kelestarian dan keseimbangan alam sekitar, plot cantik, namun bahasa ada sedikit kekurangan dari segi susunan ayat dan penggunaan kosa kata meskipun hampir sifar kesalahan tatabahasa dan ejaan. Empat bintang dari lima untuk keseluruhan.
"Kapal generasi ialah pesawat pengembara yang berupaya untuk mengembara merentasi jarak yang amat jauh..."
Sebuah novel sains fiksyen yang memfokuskan kehidupan 3 orang remaja, (Syahidin, Safa dan Kaylen) yang menetap di Equilibria. Equilibria merupakan sebuah pulau rahsia di Lautan Pasifik yang lahir daripada kerjasama negara-negara Hemisfera Selatan dalam membentuk satu persekitaran yang tidak dipengaruhi oleh ekonomi berasaskan petroleum.
20 tahun berlalu selepas Projek Equilibria dilaksanakan, hampir seisi dunia seakan sudah melupakan projek ini dan warganya, hinggalah ketika prolog cerita memaparkan situasi Perdana Menteri yang menerima surat terbuka daripada pengirimnya yang meminta agar status terkini Projek Equilibria diambil tahu.
Saya suka dengan pelbagai kerenah manusia yang ditonjolkan dalam cerita ini. Kita dapat lihat sisi Morgan Archer, seorang wanita yang tersepit antara menyelamatkan anaknya atas kasih seorang ibu dan seorang saintis yang perlu bertanggungjawab atas hasil kerjanya. Kita juga dapat lihat sisi Kaylen, remaja yang fitrahnya curious dengan dunia, yang kadangkala memberontak dan membuat kesilapan.
Daripada pengembaraan tiga sekawan ini, mereka dapat mengetahui nasib dunia yang sebenar. Walaupun Ziarah Pertama dari Equilibria menghadapi pelbagai rintangan, tiga remaja ini bijak mengemudi emosi dan melontarkan soalan-soalan yang berbaur provokasi.Dan tentang Safa, ah, how I love her!
Memang tidak dapat dinafikan, sifat mementingkan diri ada di mana-mana pelosok dunia pun. Dalam kisah ini, kita dapat lihat bagaimana kepincangan sesebuah tamadun manusia, rakus menggunakan hasil alam atas alasan 'menyelamatkan generasi akan datang'.
Akhir sekali, world building Equilibria itu sendiri! Oh, saya suka sangat! Saya dapat membayangkan satu petempatan di mana ia terasing daripada jaringan dunia, dan pasal penghantaran kargo setiap 10 tahun tu... Coolnya, hahaha! Kalau saya yang tinggal di Equilibria, malam sebelum kargo drop-off , mesti saya tak tidur lena!
Mungkin saya akan terdetik, "Uish, tak sabar nak baca buku baru dekat kutubkhanah, " HAHA.
Kaylen-Safa, kalian memang comel!
"Adakah cerita ini akan berakhir dengan gembira? "
"Tidak.Ia berakhir dengan teruk sekali. Tapi, untukmu Kaylen, aku akan buat pengakhiran baru yang berkesudahan dengan bahagia. "
Di mana pertama kali tiada pemenang tempat pertama sayembara kerana buku ini menduduki tempat kedua. Berada di tengah-tengah debat diskusi yang membedah karya ini buat aku terpegun.
Kak Sri Rahayu, kau pengarang terunggul di hatiku. :)
Di kala dunia hampir keputusan sumber petroleum, sekumpulan manusia membuat keputusan untuk cuba bertahan hidup tanpa teknologi yang bersandarkan petroleum. Dan mereka ditempatkan di suatu tempat yang bernama Equilibria.
Mereka yang di Equilibria membuktikan manusia masih hidup tanpa terlalu bergantung kepada teknologi. Cara hidup yang minimal masih mampu untuk manusia meneruskan kelansungan hidup mereka.
SH geram dengan mereka yang membangun Pegasus. Sanggup berbuat apa sahaja untuk mencapai niat mereka walaupun tujuan yang diimpikan belum tentu dapat dicapai.
Membaca naskah ni juga membuatkan SH terfikir mungkinkah ketamadunan manusia boleh mencapai tahap yang teruk seperti dalam naskah ini setelah keputusan sumber petroleum.
Banyak sebenarnya yang boleh dipelajari dan dijadikan pengajaran dalam hidup dalam membaca naskah yang tidak terlalu tebal ini.