Jump to ratings and reviews
Rate this book

Rumah Kabilah Jin

Rate this book
Selepas Tok Guru Rahman meninggal dunia, Ustaz Ukasyah dan Ustaz Baihaqi menggalas tanggungjawab menguruskan maahad tahfiz tok guru mereka. Malangnya, mereka terpaksa mencari sebuah rumah baharu selepas diminta untuk berpindah. Usaha pencarian dua ustaz muda itu menemukan mereka dengan sebuah rumah agam yang terletak di tengah-tengah ladang kelapa sawit. Rumah yang terpisah daripada masyarakat setempat malah dijauhi oleh orang kampung.

"Ladang ni berpenunggu, ustaz. Rumah putih yang ustaz duduk tu pulak, rumah jin!" - Lokman

"Dengarnya, ada mayat tercampak atas pokok kelapa sawit. Peliknya, keadaan mayat tu kecut tak ubah macam buah kelapa sawit bila kering." - Cik Siah

Awalnya, mereka memilih untuk bertahan tetapi selepas gangguan, rasukan dan penampakan makhluk menakutkan dialami oleh pelajar-pelajar tahfiz itu, mereka mulai menimbang semula keputusan yang dibuat.

"Kau nak kata rumah ni jin yang bina?" - Ustaz Ukasyah

Selamatkah sekumpulan pelajar tahfiz itu untuk terus bertahan tinggal di situ walau hanya untuk satu malam lagi? Dapatkan dua ustaz muda itu melindungi pelajar-pelajar mereka?

"Insya-Allah, pertolongan Allah itu sangat dekat." - Ustaz Baihaqi

418 pages, Paperback

First published May 1, 2023

5 people are currently reading
42 people want to read

About the author

A. Darwisy

21 books148 followers
Anuar Darwisy

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
108 (81%)
4 stars
21 (15%)
3 stars
4 (3%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 61 reviews
Profile Image for SS.
527 reviews6 followers
August 7, 2023
Tajuk: Rumah Kabilah Jin
Penulis: @iamdarwisy
Penerbit: @kakinovel_official
Genre: Supernatural Religious Horror

Dalam masa yang singkat, Ustaz Baihaqi & Ustaz Ukasyah perlu mencari penempatan baru buat 20 orang pelajar maahad tahfiz yang berada dalam jagaan mereka. Dalam mencari solusi. Hadirnya Haji Radin menghulurkan bantuan atas dasar terhutang budinya dia pada Tok Guru Rahman (owner asal maahad) . Dia berikan sebuah..

Rumah agam terbiar 2 tingkat berwarna putih- seni bina zaman kolonial - 12 bilik - jauh dari penempatan terdekat - dibina di dalam ladang kelapa sawit untuk dijadikan tempat baru buat mereka. Apa yang terjadi selepas itu?

Perkongsian penulis tentang idea asal RKJ ini membuatkan saya kagum dengan beliau. Gabungan kisah benar dan olahan penulis. Memang tidak mengecewakan. Turn out cerita ini bukan sekadar fiksyen seram yang kosong ‼️

Penuh dengan ilmu, mesej dan pengajaran yang boleh diambil oleh pembaca. Siapa kata baca cerita seram mengarut. Ini buktinya 👍🏻 Saya yakin penulis telah membuat research sebaiknya. Bukan boleh untuk kita sesuka hati letak petikan ayat Al Quran dalam ini sewenang-wenangnya tanpa ada hubung kait.

Bagi watak pula, gabungan Ustaz Baihaqi & Ustaz Ukasyah sangat menjadi 🔥 Saling melengkapi antara satu sama lain terutama sekali dalam menguruskan maahad tahfiz yang ditinggalkan pada mereka. Amanah dijalankan sebaiknya untuk mengelola 20 pelajar maahad yang lain.

Watak sampingan yang lain menguatkan lagi jalan cerita. Peranan mereka juga penting.

Tidak melewah dan fast pacing. Sebab tanpa sedar saya dah ke bab seterusnya dengan cepat. Penulis hook saya dari m/s pertama lagi. Vibes kampung + islamik + seram menyerlah. Persoalan demi persoalan terjawab satu persatu. Dot dot yang ada bersambung dengan baik dan logik.

Paling best bila baca pertarungan antara jin. Suspen sangat. Hurgh. Samiha? Mak laff energy Samiha. 🔥

"..satu benda hidup menjalar laju dari atas lalu memasuki mulutnya"
benda tadi menerobos perut dan punggungnya.

The way penulis decsribe every single thing dalam RKJ boleh dikatakan terperinci. Saya boleh straight away imagine. Cara mangsa dibunuh - diburu - terperangkap dan banyak lagi. Kudos A Darwisy.

Plot twist dalam ni bukan 1. Banyak juga penulis belanja plot twist. Sebab saya ingatkan dalangnya orang lain tapi macam tu saja penulis twist balik otak saya. Sebagai seorang pembaca cerita seram yang cerewet. Saya approve buku ni. Tak rugi baca. Wohoo. Boleh nampak penulis cuba sesuatu yg lain dari kebiasaannya untuk setiap karya baru yang dia keluarkan. All the best Tok.

Nak complain satu je. Tak boleh ke 1tahun 2buku keluar? Haha 🤣🤣
Profile Image for Fatini Zulkifli.
435 reviews40 followers
March 27, 2024
Saya habiskan 400+ muka surat dalam masa 5 jam sahaja. Ceritanya sungguh engaging dan buat tak sabar-sabar nak tahu plot dan kesimpulan cerita. Makan tidur semua saya tinggalkan. Cuma berhenti untuk solat.

Kita dah biasakan dengar cerita rumah berhantu? Kisah rumah sewa RM50 di Shah Alam, kisah rumah Mona Fendi dan kisah kondominium runtuh di Bukit Antarabangsa. Selepas terlalu banyak kisah rumah berhantu, saya rasa saya dah cukup pandai untuk tahu selok-belok Rumah Kabilah Jin. Tahniah! Tahniah kepada penulis kerana meruntuhkan keyakinan saya. Dia punya adunan cerita tu wow betul.

Ceritanya kombinasi pakatan antara jin, merentasi masa, kebolehan melihat dimensi lain, beli jin di Mekah, pengkhianatan suami isteri, pergaduhan sesama jin, perkahwinan jin Islam dan manusia, jenayah sivil, merentasi masa, dan ketidakpuasan hati sesama anak-anak yatim. Cerita ini ada plot twists berlapis-lapis. Plot twists dia bertubi-tubi hempap muka saya satu demi satu. Haha. Merenung siling saya dibuatnya.

Bahasanya bagus ibarat penulisan Ramlee Awang Murshid. Memang sesuai untuk didedahkan untuk anak saya dan anak-anak murid saya di sekolah. Nanti nak beli lagi beberapa buah untuk letak dalam perpustakaan sekolah. Penulis juga berusaha menggunakan peribahasa. Saya perasan bermula tengah-tengah cerita, penulis turut menyelitkan peribahasa yang saya sendiri tak tahu maksudnya apa. Sangat unik rasanya bila penulis zaman sekarang masukkan peribahasa di setiap bab.

Setelah membaca 'Bunian', 'The Story of Maria' dan 'Rumah Kabilah Jin' oleh A. Darwisy, saya beranggapan bahawa kalaulah Ramlee Awang Murshid raja kategori thriller, A. Darwisy boleh jadi raja kategori seram.
Profile Image for Mrs. Norfy.
169 reviews12 followers
June 5, 2023
Novel seram yg wajib dibaca! 👍👍👍👍👍
Profile Image for Qayiem Razali.
892 reviews85 followers
October 14, 2023
21 - 2023

Rumah Kabilah Jin - Anuar Darwisy

Selain Ramlee Awang Murshid, Anuar Darwisy antara penulis thriller/seram yang karyanya wajib dimiliki tanpa perlu ada alasan.

Bermula dengan tajuknya yang 'gah', perjalanan cerita yang di luar kotak, perwatakan watak yang dikembangkan dengan baik menjadikan karya setebal 400+ halaman ini wajar diberi markah cemerlang.

Tahniah buat penulis. Jangan pernah berhenti untuk berkarya.
Profile Image for Atie Attyra.
64 reviews5 followers
June 18, 2023
RUMAH KABILAH JIN

Kalau baca dari tajuk tentulah kisah yang dinukilkan oleh Anuar ini berkisarkan tentang sebuah rumah… Apa istimewanya rumah ini? Apa cerita tentang rumah ini?

Hanya dengan sebuah rumah, novel ini penuh dan sarat dengan emosi, perasaan, tanda tanya dan akhirnya memberi satu kepuasan kepada pembaca. Dalam seram ada kelakarnya. Dalam marah ada sedihnya…

Setiap kisah dari awal cerita ditulis dan dihubungkaitkan dengan baik membuatkan pembaca tidak hilang fokus walaupun pada garis masa yang sama tetapi dalam 2 alam berbeza. Fasa penceritaan laju dan tidak membuatkan pembacaan bosan untuk mengetahui kisah sebenar.

Suka dengan watak Ustaz Baihaqi. Dia seorang yang suka mencari penjelasan untuk setiap apa yang terjadi. Pertemuan dengan Lokman membawa dia berkenalan dengan makhluk ciptaaan Allah yang juga ada di dunia ini iaitu jin. Bersama mereka, dia dapat menjelajah alam jin untuk menyelamatkan 2 nyawa. Mampukah dia….

Samiha, kemunculan dia apabila suaminya Lokman menjadi tawanan raja jin, Burqan. Munculnya dia bersama 2 saudaranya, bermulalah adegan aksi dalam naskah ini membuatkan hati rasa berdebar-debar dan tegang seolah-olah bersama merentasi penjalanan itu. Kemarahannya memuncak apabila kehilangan tetapi emosi sedih Samiha dapat dirasai. Cinta antara 2 jiwa dari 2 alam yang berbeza walaupun mustahil tapi berjaya diolah sebaiknya oleh penulis. Tak sedar air mata mengalir.

Watak Soleh, Mukhlis, Ismail dan Baem digarap dengan baik. Penulis berjaya membuatkan pembaca meneka-neka siapa sebenarnya dalang antara mereka. Sekejap rasa Ismail yang jahat sekejap rasa Mukhlis yang jahat. Siapa sebenarnya? Semuanya terjawab di akhir cerita. Twist yang sebenar memang membuatkan pembaca terkejut. Memang tak sangka sebab tekaan tak betul. Kerana dendam, banyak jiwa yang terkorban dan merana.

Cuma ada beberapa pertanyaan yang masih tak terurai dalam kepala pembaca…. Adakah Pawang Maimon dan Cik Siah satu keturunan? Adakah rumah Pawang Maimon itu rumah agam yang mereka duduki? Siapa yang menjelma sebagai Haji Raden (masa ni pembaca dah rasa sesuatu sewaktu jari Ustaz Ukasyah luka semasa nak sign perjanjian). Macam mana Lokman sebelum berjumpa Samiha? Harap ada cerita untuk kisah Lokman dan Samiha.

Akhir kalam, tahniah buat penulis yang berjaya menghasilkan sebuah naskah yang penuh pengajaran, sarat dengan emosi, banyak mengandungi doa dan ayat-ayat dari Al-Quran yang boleh kita amalkan dan juga peribahasa, kosakata, pembendaharaan kata baru buat pembaca.

#orangkampung
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
October 29, 2023
Seriusss aku puas hati sangat2 baca novel ni. Tapi boleh tak, keluarkan novel setahun 2 3 buah. Nak tunggu ke tahun depan tu.. Aduhh terase lamee penantian tu🤣
.

Rumah Kabilah Jin. Apa korang fikir tentang kisah dalam naskah ni?
.

Bagaimana rasanya bila terpaksa duduk di rumah yang jauh di pedalaman, dalam kawasan ladang sawit, jauh dari orang ramai? Itulah yang dirasai oleh anak Tahfiz yang dijaga oleh Ustaz Baihaqi dan Ustaz Ukasyah
.

Dalam keterpaksaan, tiada arah Ustaz Baihaqi dan Ustaz Ukasyah terpaksa meminta bantuan Raden, sahabat baik Tok Guru mereka. Dan Raden telah menawarkan sebuah rumah di ladang kelapa sawit. Tanpa mereka sedar, mereka bakal berhadapan dengan jin2 yang telah lama terkurung dalam rumah berkenaan.
.

Pelbagai kejadian aneh yang berlaku. Tapi mereka cuba untuk positif. Ustaz Baihaqi dan Ustaz Ukasyah cuba menangani dengan cara mereka sendiri
.

Hinggakan kehilangan Ahmad. Dan Lokman. Semua jadi berantakan. Mujur la ade bantuan Samiha, isteri Lokman yang jugak dari kalangan jin membantu Ustaz Baihaqi
.

Serius seram masa part Ustaz Baihaqi masuk ke alam jin. Menentang Burqan dan membawa pulang Ahmad. Tapi sedih bila Ustaz Baihaqi tak dapat nak selamatkan Lokman. Dan part paling sedih bila Samiha menangis bila tengok keadaan suaminya dan dia tak dapat nak selamatkan Lokman. Aku dapat rasa kesedihan Samiha. Burqan tu memang gila. Dia sanggup bertindak kejam dgn Lokman sebab cemburu, Samiha memilih manusia berbanding dia
.

Plot twist memang tak dijangka yaa. Ingatkan 1 je plot twist. Tuptup ada lebih. Unexpected. Tapi serius puas hati
.

Boleh tak keluarkan novel sebuah lagi tahun ni.
Profile Image for caa.
17 reviews
January 20, 2026
Rumah Kabilah Jin merupakan bacaan pertama saya daripada Anuar Darwisy dan sejujurnya, novel ini memberi pengalaman membaca yang sangat unik dan mendalam. walaupun pada awalnya saya sangka ia cuma cerita seram biasa tentang jin, rupanya ia jauh lebih kompleks. naskah ini penuh dengan pengajaran, elemen Islamik dan nilai moral yang terselit dalam setiap bab.

antara kekuatan utama buku ini adalah watak-wataknya— Ustaz Ukasyah, Ustaz Baihaqi hingga anak-anak tahfiz. setiap mereka diuji dengan dugaan berat—gangguan jin, pengkhianatan, pertarungan, malah ada yang nyawanya hampir melayang. namun, mereka tidak pernah patah semangat atau hilang harapan kepada Allah. melalui kesabaran, keberanian dan keimanan watak-watak ini benar-benar menyentuh hati saya.

dari segi plot pula, saya terkejut dengan plot twist yang dihidangkan—bukan satu, tapi berlapis-lapis sampai saya rasa tak boleh agak apa yang akan berlaku seterusnya. malah buat saya terpaku dan melopong! penceritaan cinta antara bangsa jin Islam dan Loqman pula benar-benar buat saya pilu dan tersentuh. hubungan mereka digambarkan dengan sangat manusiawi, dan kisah mereka betul-betul menunjukkan betapa luas dan hebatnya kuasa Allah, serta bagaimana kasih sayang boleh wujud dalam cara yang tak pernah kita jangka.

selain itu, penulis juga berjaya menggabungkan banyak tema seperti syirik, munafik, jenayah, salah faham dan perentasan masa kini dan lampau—semuanya seamlessly disatukan sehingga saya rasa setiap elemen fit dengan cerita yang ingin disampaikan tanpa rasa sesak atau janggal. bahkan, elemen Islamik dan ilmu fiqh yang diselitkan terasa natural dan memberi manfaat secara langsung. saya sangat kagum dan hargai dengan cara penulis menyampaikan ilmu— lembut dan tidak memaksa tetapi tetap menusuk hati pembaca.

secara keseluruhan, naskah ini bukan sekadar cerita seram. ia penuh dengan pengajaran, nilai Islamik, dan kisah yang sangat dekat dengan kehidupan kita dan menjadikan novel ini bukan sekadar hiburan, tetapi juga pengalaman membaca yang memberi kesan mendalam.

akhir kata, terima kasih kepada penulis atas karya yang hebat ini! 👏
Profile Image for fatin.
197 reviews3 followers
January 27, 2025
Memang tak mengecewakan langsung karya dari penulis A.Darwisy.

Dahsyat sungguh idea yang penulis ini dapat especially mengenai alam jin. Walaupun kita tak sepatutnya terlampau obses dengan hal berkaitan jin, tapi kita wajib percaya bahawa jin, malaikat dan alam ghaib itu wujud.

Berdebar-debar baca, menanti apa yang bakal berlaku dekat anak-anak tahfiz ini. Paling terkejut jin ada tiga tahap dalam buku ini.

Tipu muslihat mereka sangat menakutkan tapi aku suka watak utama dalam buku ini. Tindakan mereka membaca ayat Al-Quran memang 👍🏻 penulis berjaya menunjukkan mereka sangat memegang teguh dengan ayat-ayat dari Allah SWT.

Aku boleh katakan, meremang jugalah baca hahahaha aku ingatkan jangan pandang belakang itu dah gempak, sekali ha! ini lagi dahsyat 😭

aku akan kekal membaca karya dari penulis ini. Okay bye nak termenung jap
Profile Image for chelsannereads.
188 reviews4 followers
July 5, 2025
might got some spoiler ‼️

♾️/5 🌟

Rumah Kabilah Jin - Anuar Darwisy
Genre : Horror + Islamik
Pages : 418

Sedikit sinopsis tentang cerita ini, selepas Tok Guru Rahman meninggal dunia. Ustaz ukasyah dan Ustaz Baihaqi bertanggungjawab untuk mengurus maahad tahfiz tok guru mereka. Malangnya mereka terpaksa berpindah ke sebuah rumah agam yang terletak di tengah² ladang kelapa sawit. Rumah yang terpisah dari masyarakat setempat malah dijauhi dari masyarakat sekampung. Sejak mereka berpindah disitu mereka mengalami gangguan dari Jin yang ada di sekeliling rumah tersebut.

“Ladang ni berpenunggu, Ustaz. Rumah putih yang Ustaz duduk tu pulak, rumah jin!" - Lokman

“Kau nak kata rumah ni Jin yang bina?" - Ustaz Ukasyah

My thoughts 💭

Fuh! So far ini lah buku favorite saya untuk genre seram 🥺🔥 setiap scene dalam buku ni takde yang membosankan, takde yang meleret, semuanya menarik dan akan membuatkan pembaca tekun untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang jalan cerita novel ini. Ini first time saya baca buku penulis dan saya dah pun jatuh cinta dengan karya dan penulisannya.. terus rasa nak kumpul semua karya² penulis ni🤭 bila saya cari novel seram untuk dibaca yang saya maksudkan adalah novel seram seperti ini.. penuh dengan gangguan yang extreme dan jalan cerita yang menarik, tidak cliche gitu dan saya memang suka baca novel seram yang gangguannya extreme kalau lagi extreme ceritanya lagi saya suka 🤣🤭seram novel ni sampai ya kawan² 🥲 kita baca tengah malam sampai takut² nak tidur HAHAHAHAHA😆 tidak lupa juga dengan plot twist di akhir buku? Apekah? I didn't see it coming 😭 another great job from the writer 👻 suka baca scene Ustaz Baihaqi dan 3 Jin Islam tu rasa macam tengok movie 😂 also ending tu saya tertanya²... Adakah cerita ni ada sambungan? Kawan² yang peminat penulis sila berikan pencerahan kepada saya, saya baru ingin mengenali karya² daripada tuan penulis kalau sudi ketuklah dm saya🤭 kesimpulannya cerita ni cukup seram dan banyak juga ilmu agama yang diselitkan which is good sebab buku ni tak kosong, takdelah my mom asyik marah saya membeli buku ja HAHAHAHA 😭 ok next book from this writer yang saya rasa nak beli maybe the story of maria dan sang dewi.. semua buku penulis bawah penerbit kaki novel semua menarik dilihat inshallah maybe akan start kumpul slow² karya dari penulis ni😍🔥 kepada penulis tolong buat lagi cerita macam ni saya suka vibe cerita ni🔥

To penerbit mungkin boleh perbaiki lagi saya perasan ada beberapa typo tapi takpe boleh dimaafkan ✨

p/s: boleh tolong recommend novel seram yang ada vibe macam ni tak? I really need the recommendation right now nak usha² dulu 🙈👻
Profile Image for singa is reading.
69 reviews1 follower
December 20, 2023
sejujurnya biasa sahaja naskhah ini. aku beli kerana dua sebab, pertama sebab aq memang sentiasa sapot penulis yang santun dengan peminatnya. kedua sebab rating tinggi. tapi selepas habis novel ni,sejujurnya biasa2 sahaja. aku juga susah nak imagine apa yg penulis nak gambarkan macam keadaan rumah,patung dll. aq rasa ni masalah peribadi dan bukan salah penulis.

apapun,terima kasih tok atas naskah baru.semoga terus sukses.

Profile Image for Nuur Syahidah.
160 reviews
June 9, 2023
Puas hati akhirnya dapat senaskah lagi novel A. Darwisy. Plot cerita yang menarik mengisahkan pertembungan jin kafir dan manusia. Ustaz Baihaqi, seorang ustaz muda yang menggalas tanggungjawab untuk mencari penempatan baru untuk anak² tahfiz yang baru kehilangan Tok Guru tercinta. Bersama seorang tenaga pengajar, Ustaz Ukasyah, mereka ditawarkan ke sebuah banglo lama yang sudah lama tidak dihuni di ladang kelapa sawit.

Gangguan demi gangguan dialami oleh pelajar² tahfiz dan diburukkan lagi dengan penemuan tak sengaja oleh salah seorang pelajar di situ.

Saya suka watak ustaz Baihaqi yang berani dan tenang dalam menghadapi suasana yang mencabar, peristiwa demi peristiwa. Berbekalkan ilmu yang ada, mereka cuba bertahan dan merungkai misteri rumah itu yang dikatakan rumah jin.

Jalan cerita yang kemas dan tidak terburu². Namun, pencirian makhluk² jelmaan itu kalau boleh nak lebih banyak.

Pertembungan perlawanan di alam sana menambah ciri² fantasi dan memaksa pembaca berimaginasi sendiri. Kalau lebih panjang aksi pertelingkahan, sudah cukup rencahnya.

Tak sangka ada musuh dalam selimut!
Profile Image for Puteri Nor.
Author 6 books43 followers
June 22, 2023
Rumah Kabilah Jin memberikan saya kepuasan membaca yang berbeza berbanding karya-karya penulis sebelum ini. Tetapi, saya tak mahu mengulas panjang. Anda perlu baca sendiri.
.
Yang pasti, naskah ini sarat dengan ilmu dan pengisian. Dan, saya sukakan gaya bahasanya yang bersulamkan perumpamaan dan bidalan.
.
By the way, watak lelaki berbaju Melayu hitam di dua halaman terakhir macam kenal aje siapa.
Profile Image for Diana Jadi.
1 review
June 6, 2023
Apabila buku ni sampai secara pos, teman sepejabat saya bertanya.
"Buku apalah yang kau baca ni"
Secara spontan saya menjawab
"Ini adalah buku cerita agama yang disampaikan secara santai dalam genre seram. Cuba lah baca, mesti kau bersetuju dengan aku."
Setelah membaca buku ini sebanyak 2 kali. Ternyata jawapan saya tadi ada benarnya.
Penceritaan disampaikan dengan cantik.
Ditunjukkan latar masa yang berbeza dan disinambungkan dengan menarik.
Buku ini penuh dengan pengajaran, ilmu, makna kasih sayang, semangat setia kawan dan perjuangan.
Disampaikan juga secara tepat cabaran yang dihadapi oleh golongan ilmuan agama, bukan dr kalangan manusia tetapi juga dikalangan jin.
Di sini, kita dapat melihat bahawa faktor komunikasi itu adalah penting untuk menyampaikan sesuatu secara tepat. Biasanya, org kita sentiasa cuba untuk menyampaikan secara berkias atau memilih untuk berdiam diri.
Akhirnya, madrasah ini pindah sekali lagi....

Anyway, buku ni mmg best. Garapan yg hebat dr penulis. Tak sia2 menunggu 4 tahun.

#orangkampung
Profile Image for Nor Fadhilah.
2 reviews
June 5, 2023
Jalan cerita jelas. Dapat gambarkan situasi2 yg cuba disampaikan. Banyak elemen mendebarkan. Banyak juga potongan2 ayat yg boleh diamalkan. Sgt happy & puashati. Buku2 A. Darwisy x pernah mengecewakan.
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
485 reviews42 followers
September 13, 2023
Ustaz Ukasyah dan anak-anak tahfiz jagaannya terpaksa berpindah rumah. Dalam waktu yang singkat agak sukar untuk Ustaz Syah mencari rumah untuk mereka semua. Namun, dia mendapat satu tawaran untuk menempati sebuah banglo lama di tengah ladang kelapa sawit. Dan segalanya bermula di sini. Banyak gangguan yang menimpa mereka di rumah tersebut.

Sebuah naskah yang sangat menarik. Penceritaannya agak laju dan penuh aksi yang mendebarkan. Ada beberapa bahagian yang membuat SH turut terkejut hampir terlepas buku di tangan.

Watak kedua-dua Ustaz Syah dan Ustaz Haq memang terbaik. Ketenangan dan usaha mereka dalam menyelesaikan segala permasalahan yang ada di sekitar mereka memang patut dipuji. Soleh juga selaku orang yang dipercayai oleh mereka ternyata tidak menghampakan.

Tapi plot twist cerita ini memang terbaik. Rupanya perwatakan yang dibuat seolah-olah jahat namun ada rahsia yang tersembunyi di sebaliknya. Walaupun identiti isteri Lokman tu SH dah boleh agak tetapi ada perincian yang menarik tentang mereka.

Sebenarnya banyak pengajaran yang boleh kita perolehi dari naskah ini. Bagaimana rapuhnya manusia apabila diuji. Dan apabila tiada atau kurangnya perasaan redha itu boleh membawa kepada dendam yang merosakkan. Malah hingga sanggup bersekutu dengan jin semata-mata untuk memenuhi keinginan hati. Bagaimana kita tidak boleh menilai manusia bergantung kepada apa yang kita nampak sahaja. Kadangkala yang kita tidak nampak atau yang disorokkan itu adalah yang sebenarnya.
Profile Image for Mohd Ashmunir.
179 reviews3 followers
September 2, 2023
Karya penulis nie mmg sya always tggu sbb in love sgt dgn tema yg dipersembahkan. Kali nie plak berkaitan dgn Jin… secara keseluruhannya best… cuma sepanjang pembacaan, I don’t know why but I felt like Ust Baihaqi lebih menonjol wpun bkn watak utama… just my opinion… no harm k…. Selain itu gmbrn yg diberikan penulis membuatkan pembaca terpegun… which I can imagine… buat film best nie.

Watak2 lain juga sgt menarik especially Samira… I like her character… mcm Wonder Woman… if her character di kembangkan lagi or ada bku pasal dia knfrm sya beli.

5 ⭐️ dr sya!!
Profile Image for Atirah Ghazali.
76 reviews2 followers
June 16, 2023
Disebabkan kekurangan masa utk mencari tmpt tinggal baru, ustaz Ukasyah dan ustaz Baihaqi bersetuju untuk pindah ke banglo besar di tengah-tengah ladang kelapa sawit bersama pelajar tahfiz yg lain. Walaupun ada rasa tak enak di hati namun mengenangkan tiada pilihan mereka tetap masuk jugak ke rumah tersebut. Banglo besar 2 tingkat yg bercirikan zaman kolonial itu amat ditakuti oleh penduduk kampung di situ kerana dikatakan "keras" dan pemiliknya yg silih berganti ditemui mati dlm keadaan misteri manakala hutan sawit tersebut dikatakan telah banyak memakan korban.

Gangguan demi gangguan yg terjadi meremangkan bulu roma jika dibaca pd waktu mlm. Rupanya perpindahan mereka telah pun dirancang! Ada dendam yg menanti utk dilunaskan.

Tamat! Penceritaan tak melewah dan setiap ms buat mata kita melekat utk selak next page. Plot yg mantap dan terasa seolah-olah kita ada sekali dlm cerita tersebut. Cuma watak villain agk kurang menyerlah sbb hanya muncul sesekali. Hampir lupa "rupa lakonan" mereka. Bagaimanapun ada penjelasan kenapa "munafik" ini memerangkap kumpulan tahfiz tersebut. Watak Lokman agk menarik sbb kisah dia "unik" cuma syg tiada backstory pertemuan dia dgn isterinya Samiha, makhluk yg berasal dari api. Salut dgn kekentalan hati ustaz Baihaqi yg sanggup meredah ladang sawit keseorangan demi mencari kebenaran. Rasa penat baca bila dia terperangkap dlm mainan waktu hingga tak jmpa jln keluar 😭

Watak Ismail (pelajar tahfiz) ada character development yg mana mula2 baca rasa nk sekeh ja pastu rasa nk ikat kat pokok sawit tapi last2 rasa nk peluk ketat-ketat 😂

Byk ayat Al-Quran yg diselit utk setiap situasi yg dihadapi mereka. Satu ilmu yg cukup bermanfaat utk kita. Another masterpiece from Anuar Darwisy 👏🏻👏🏻👏🏻

p/s: teringat scene Ukasyah minum air kat rumah Haji Raden. Ntah air apa yg dihidang agknya 🤢
17 reviews1 follower
August 28, 2023
Rate: infinite/🌟.

Kabilah=kaum/suku.
Pemindahan tempat Mahad Thafiz di sebuah banglo putih yang terletak di dalam ladang kelapa sawit. Tanah asal Tok Guru Rahman. Menyimpan kisah misteri watak watak yang diceritakan. Ustaz Baihaqi seorang yang mempunyai masa silam tapi berjaya menjadi seorang pemimpin yang tegas, bijaksana serta bertanggungjawab. Ilmu agamanya penuh di dada. Usztaz Baihaqi juga terpilih mengembara ke alam jin kerana mempunyai satu misi menyalamat, memang tak dijangka.

Ustaz Ukasyah seorang yang adil dalam memberi didikan. Yang sentiasa mengambil berat perihal teman baiknya serta anak didiknya.
Watak Ismail, Mukhlis, Soleh, Ahmad dan Baem diantara pelajar Thafiz yang terpilih diberikan ujian hidup.
Cik Siah ada kisah disebalik wataknya yang dikenali sebagai prihatin😌.

Terbaik idea penulisan Tok Nua. Plot kemas mudah difahamie. Tetap terus berkarya, Tok. Semoga Tok sentiasa diberikan idea penulisan yang terbaik✨
Profile Image for yulia.
60 reviews9 followers
November 25, 2023
Sesuai untuk yang sukakan fast paced, non stop action/conflict/debaran. Tapi ni jujur ya dari saya sendiri. Storyline gempak mula-mula tu saya meremang juga ya. Tapi bila dah sampai di pertengahan cerita saya mula rasa lemau sedikit. Ada part saya skip. Sebab saya cepat bosan dengan cerita yang non stop conflict. Contoh: murid kena rasuk, dah kena rasuk kemudian hilang, dah hilang kemudian jumpa, dah jumpa orang lain pula hilang, kemudian orang jahat datang..haaa gitu lah, sentiasa bertali arus kejadian seramnya sampaikan tiba satu tahap, dah tak rasa seram dah bila terlalu banyak scenes seram dalam masa yang dekat. Mmg banyak idea penulis ni cumanya saya yang kadang cepat "lemau". Apapun saya sentiasa kagum dengan penulisan Tok. Takda lagi buku A.Darwisy yang saya tak beli. Saya lebih suka JBDM 1&2 berbanding yang ini. Saja la bagitahu walaupun takda siapa yang nanyiakkkk.
Profile Image for Aira Zira.
117 reviews3 followers
July 10, 2025
Dari awal baca cerita ni, saya dah letak 5 bintang tanpa ragu. Saya rasa semuanya lengkap dalam 1 cerita dgn bermacam hal yg penulis sisipkan.

RKJ tiada cacat cela dan sangat bermanfaat untuk dibaca! Bukan sekadar gangguan yg penulis nak kita rasai tapi, ada banyak teguran dan pengajaran untuk dihadam. Terdapat juga beberapa potongan ayat yg sgt bermanfaat untuk kita amalkan dalam kehidupan seharian.

Bukan Anuar Darwisy lah kalau tak bawa kita menelusuri ke alam lain. Gambaran dunia jin yg dilakarkan sgt menggerunkan malah tak mampu dibayang dek akal fikiran. Tak kurang hebat juga dgn gangguan2 yg dialami oleh anak2 tahfiz di rumah agam itu.

Saya sendiri berdebar2 baca. Ada tika rasa seram macam betul2 berlaku. Antara yg saya tak lupakan, babak Soleh dan Ahmad mengintai di luar rumah. Mana pula dgn ustaz Baihaqi yg diganggu cek cong. Meremang!

Siapa belum baca pleaselah baca! Buku ni sangat padat dan berilmu ye! Gangguan dalam cerita ni pun tak rilek. Memang lelah kalau sekali kena kacau! Auto recommended!
Profile Image for Natasha Mazya.
16 reviews1 follower
July 20, 2023
In awe. Mindblown. Amazed.

Tak ada kata-kata lain yang boleh saya gambarkan perasaan saya sewaktu menekuni RKJ selain daripada 3 perkataan di atas. Sebuah lagi karya yang outstanding daripada the one and only Anuar Darwisy.

Premisnya simple je; di rumah agam dalam ladang kelapa sawit. Tapi penulis berjaya kembangkan cerita dengan sangat baik walaupun berbekalkan satu latar tempat saja sepanjang cerita berlangsung.

Plot twist pulak? Kali ni memang kaw-kaw penulis bagi. Saya selaku pembaca kritikal yang senang meneka plot twist orang, ternyata banyak kali terkejut sewaktu membaca. Penulis berjaya outplayed saya dalam menghidangkan plot twist. Disangkakan orang ni yang jahat, ternyata orang lain. Eh rupanya ada orang lain yang jahat jugak! Oh, rupanya si dia pun terlibat sama. Haa begitu plot twist dia datang bertimpa-timpa, buatkan saya melongo sepanjang klimaks berlangsung.

Banyak kosa kata dan peribahasa baharu, kata-kata mutiara dan doa yang diperoleh sepanjang pembacaan. Saya suka! Semoga segala ilmu bermanfaat yang dicurahkan menjadi saham akhirat buat penulis nanti.

Kalau TSOM ada sedikit pincang di sana-sini, naskhah RKJ ternyata jelas penambahbaikannya, menandakan yang penulis take note dan improve apa yang dikritikkan dalam TSOM.

Overall, saya sangat sukakan naskhah RKJ. Dari segi watak-wataknya, plot, babak seram, plot twist, semuanya sangat bagus bagi saya. Tahniah atas kelahiran naskhah ini dan semoga tok terus berkarya! ✨

#orangkampung
4 reviews
June 15, 2023
sementara tengah rehat ni nk review novel baru tok ketua Anuar Darwisy , Daebak ,best giler tok ,novel ni berjudul Rumah Kabilah Jin (RKJ).

🏡 R ~ Rumah Kabilah Jin ni cukup rencah seram,elemen persahabatan,kekeluargaan,elemen kerohanian n keagamaan.RKJ secara ringkasnya mengisahkan tentang ustaz Baihaqi dan ukasyah serta pelajar tahfiz dibawah jagaan mereka tinggal di sebuah rumah yg penuh misteri bahkan bagaimana mereka boleh memilih rumah tersebut juga mempunyai misteri sendiri.Pelbagai kejadian aneh,mistik & menyeramkan berlaku di kediaman mereka sehingga akhirnya membongkarkan segala galanya.

🛗 K ~Kisah dalam RKJ memberi pengajaran pada saya bahawa apa yang terzahir pada mata kasar belum tentu benar,dah tipu helah jin dalam menyesatkan manusia sangat halus.Paling suka dengan watak ustaz baihaqi ,wataknya nampak lebih kuat dan menonjol dalam menyelesaikan masalah yang mereka hadapi disamping dibantu oleh sahabatnya ustaz ukasyah.Jalan cerita y diolah dengan baik menyebabkan saya asyik membaca buku ini ,jika bukan kerana kekangan masa biasanya buku y menarik minat saya seperti ini mampu dihabiskan dalam masa separuh hari sahaja,dek kerana kesibukan banyak kali skip tapi hati meronta ronta ingin tahu apa jadi di bab seterusnya.Plot twist yg terbaik memang diluar jangkaan,ingat sangkaan saya dh betul rupanya sebaliknya y berlaku.

👹 J ~ Jangan sesekali meminta bantuan atau pertolongan Jin,waima bak kat bijak pandai sebaik baik jin adalah sejahat jahat manusia.Mereka sentiasa memiliki seribu satu cara untuk menipu daya manusia.Walaupun begitu,suka untuk saya cadangkan pada penulis untuk mengarang kisah antara Lokman & Samiha,tentu menarik jika dapat baca kisah perkenalan n pencintaan mereka pula hehehe.Last but not least,saya mencadangkan buku ini untuk mereka y meminati genre ini,byk doa² dan zikir dikongsi dalam ni yg boleh diamalkan oleh pembaca.

thanks pada yg membaca entri saya ini😊

#orangkampung
Profile Image for Tey Marzuki.
Author 13 books101 followers
May 26, 2023
Alhamdulillah, satu naskah yang cukup baik daripada Tok Ketua. Cukup rencahnya. Buat kita yang membaca tak henti-henti menyelak. Sedar-sedar, eh? Dah habis dah?

Dari segi penceritaan, memang tiptop. Suka dengan plot ceritanya yang memang laju pacing. Tak ada satu bab pun yang melewah pada saya. Setiap bab ada pointnya yang tersendiri yang buat kita tak akan skip bila baca. Cuma untuk naskah ini sepertinya plotline bergerak dari satu timeline saja berbanding buku-buku Tok sebelum ni. Buku-buku Tok yang lain banyak bermain dengan ultiple timeline, jadi bila buku kali ini cuma fokus pada satu timeline saja, jadi janggal sekejap. Huhu. Kalau masukkan sikit timeline masa awal zaman penerokaan ladang sawit atau timeline masa Tok Rahman dengan Tok Raden masih muda dulu mesti best. Tapi tetap tak mencacatkan cerita. Ceritanya masih best dan engaging.

Dari segi watak pula, saya sangat suka Tok mengolah watak-wataknya. Watak dua ustaz, Ustaz Ukasyah dan Ustaz Baihaqi ni memang penggerak cerita yang ampuh. Tak dilupakan anak-anak murid tahfiz lain yang masing-masing ada pe'el sendiri. Mana yang lemah semangatnya, mana yang rajinnya, yang berani dan yang PALING MENYEBALKAN. AHahahhaha. Tapi tu la, Tok kan, jangan sesekali tertipu dengan watak-watak yang dia cipta. Orang tua ni memang MASTER ya kalau bab red-herring. Hahahaha. Kau fikir si A ni yang jahat. Alih-alih, ehhhhhhhh si W ni rupanya! Tak terfikir langsung nak suspek si W tu. Memang bijak Tok mengalih suspiscion kita. Dan tak janggal pulak tu. Sebab natural je flownya.

Watak favourite? Semestinya Ustaz Baihaqi. Pulak tu masa beli buku dengan Tok dapat kad watak Ustaz Baihaqi. Macam tau-tau je Tok yang kita akan suka watak Ustaz Haq ni. Lepas tu kita suka jugak watak Samiha. Masa dia dah marah tu memang fuh! Memang badass! Suka watak-watak perempuan garang bila dah marah. Eheheehe.

Twist cerita? Hah! Memang tak tersangka ya? Dia punya twist kali ni berlapis-lapis. Hahahha. Belum habis nak prasangka dengan yang ini, eh yang itu pulak jadinya. Pendek kata memang tak terjangkalah ceritanya.

Klimaks pula, *chef kiss! Saya suka sangat bab klimaks RKJ ni. Berdebar-debar jadinya. Paling suka babak dekat alam Jin tu dengan 3 saudara Jin Islam. (Yang ni kalau buat sideplot pun best jugak ni.) Memang terasa seru dan tegang babak lawan dengan Jin Kafir tu semua.

Kalau bercakap pasal kekurangan, secara jujur, babak seramnya tak banyak kali ini. Kalau The Story of Maria dulu memang setiap bab ada babak "jumpscare" dan babak meremangnya. Sampai teringat-ingat sebab berkesannya babak -babak tu. Mungkin kalau Tok banyakkan babak gangguan dalam rumah banglo tu akan menambahkan lagi keseramannya.

Satu lagi, watak Tok Raden dan anaknya Latifah tak begitu diutilizedkan sangat. Saya nampak potensi besar pada dua watak tu sebenarnya.

Overall, saya berpuas hati dengan hasil tangan Tok Ketua yang ini. Ceritanya padat dengan pengajaran. Padat dengan kisah kemasyarakatan dan ilmu-ilmu yang berguna. Highly recommended!
Profile Image for Pink Rose.
2 reviews
October 12, 2023
Judul buku: Rumah Kabilah Jin
Genre: Novel seram. Supranatural Religious
Penulis: Anuar Darwisy
Jumlah m/s: 418

Khatam juga ke-418 muka surat novel ni. Kurang dari tiga hari menelaah. Ada waktu free sekejap sambung baca. Akhirnya jumpa kata penamatnya. Alhamdulillah, puas hati dengan pengakhiran yang baik.

Apa yang buatkan saya suka dengan tajuk ni, dia menceritakan kisah sekumpulan pelajar Maahad Tahfiz. Saya memang meletakkan harapan tinggi kalau dah menyinggung pasal sekolah Tahfiz ni. Yalah, macam yang kita tahu, budak tahfiz selalunya mempunyai jiwa yang suci, bersih. Tapi kenapa kebanyakan dari mereka yang selalu dapat gangguan?

Haa, kat sinilah menariknya. Ada sebab kenapa mereka kerap diganggu.

Bermula daripada dua orang ustaz yang diamanahkan oleh Allahyarham tok guru mereka untuk meneruskan legasi Maahad Tahfiz Ar-Rahman, sekali gus memikul tanggungjawap ke atas 20 orang pelajar tahfiz yang kesemuanya boleh dikatakan anak yatim piatu.

Terpaksa mencari tempat lain apabila rumah tahfiz lama mereka akan akan diroboh untuk dibina tapak baru. Ke mana dua orang ustaz ni nak mencari tempat tinggal baru dalam waktu dekat? Sehinggalah salah seorang dari mereka tergerak hati nak menghubungi kenalan lama Allahyarham Tok Guru.

Alhasil, pertemuan pun dirancang. Sebuah rumah agam yang terletak di tengah-tengah ladang kelapa sawit diwakafkan kepada mereka untuk dijadikan rumah Maahad Tahfiz.

Malangnya, rumah itu bukan rumah biasa. Pelbagai kejadian pelik dialami mereka sejak awal menjejakkan kaki lagi. Sehinggalah kedua ustaz ini terjumpa dengan salah seorang penduduk kampung terdekat, dan memberitahu bahawa rumah itu adalah rumah kabilah jin.

Paling saya suka, dekat sini penulis tak hanya tulis cerita kosong tak ada makna. Malah boleh dikatakan ianya adalah ladang ilmu. Macam mana kedua ustaz ini melantunkan ayat-ayat Al-Qur'an beserta maksudnya. Ayat-ayat Ruqiyah dan peninding diri. Memang mengagumkan.

Nyata di sini penulis sudah membuat research yang sangat teliti, sehingga mampu menyampaikan keseluruhan cerita dengan kemas dan terperinci.

Juga banyak simpulan kata, pepatah-pepatah lama yang dalam maksudnya turut menjadi perencah yang buatkan kita terkagum-kagum dengan nukilan ini.

Paling saya suka kata-kata Ustaz Baihaqi ialah, "Jin dan manusia sama-sama dikurnia akal. Jika mereka ada akal nak mengusik kita, kita pun ada akal nak kenakan mereka." Nampak sangat badass dan hati kering betul masa tu. Hahaha!

Jalan cerita yang kemas dan padat. Sarat dengan plot twist yang buatkan kita tertanya², apa akan jadi, apa akan jadi? Memang di luar jangkaan, sebab musuh kita ternyata bukan hanya jin dan syaitan sahaja. Tetapi musuh paling merbahaya adalah manusia yang bertopengkan syaitan.

Untuk keseluruhan cerita, saya boleh beri 9/10. Kenapa tak cukupkan 10 aje? Tak apa, saya simpan satu tu untuk saya sendiri. 😆
1 review
June 10, 2023
Bismillah. Apa yang mampu saya katakan, Rumah Kabilah Jin berjaya mencangkuk keinginan saya untuk terus membaca. Sebermula dari halaman 'penghargaan dari penulis' di mana beliau menyatakan asbab karya ini ditulis, buat saya tidak sabar untuk terus mengetahui isi karya.

Maka, benarlah tekaan saya. Dari prolog; bab demi bab diterokai, penulis berjaya buat minda saya kelaparan minta diisi jawapan dari pelbagai teka-teki yang disajikan. Arakian, mendorong saya untuk memecahkan silangkata.

Satu persatu nama watak yang saya tebak sebagai dalang namun, ahhh... penulis benar-benar bijak menyusun helah. Tiada satu pun yang mengena. Syabas penulis!

Setiap bait aksara yang diteroka, saya menggambarkan latar layar cerita di minda. Saya meletakkan diri saya di dalam penceritaan, seolah-olah saya sendirian berlari dalam gelap pekat ladang kelapa sawit yang menakutkan kemudian tercampak di alam jin yang di luar pemikiran waras. Ia seolah-olah wujud dan hidup!

Adrenalin saya dilanda gempa. Bergocoh dengan rasa bingung, takut, amarah dan berkobar-kobar. Namun, kebergantungan mutlak saya hanya kepada Allah SWT. Begitulah apa yang saya rasakan. Berpeluh dibuatnya.

Seterusnya,

Suntikan indah yang paling saya suka ialah hampir setiap bab tok selitkan peribahasa/perumpamaan. Sempat saya catitkan kesemuanya di dalam kertas.

Hendak ucok dilawan damai, hendak perang giling peluru

Gabak di hulu tanda akan hujan, cewang di langit tanda akan panas

Ibarat putus tali tempat bergantung, terban tanah tempat berpijak

Tambah air, tambah sagu pula

Cakap berdegar-degar, tumit diketing

Bulan terang paksa baik, payang ke laut balok pun ke laut juga

Serupa terpijak bara hangat

Serupa anak kuda bulu kasap

Bagai tidur di atas miang

Belayar ke pulau kapuk

Hulu malang pangkal celaka

Serupa mata belalang, belum pecah sudah hendak membuta

Biar buruk kain dipakai asal pandai mengambil hati

Biar habis akal baru tawakal

Sebelum kelam disigi lekung ditinjau

Serupa udang merentak dalam tangguk

Hujung-hujung, lantai dan dinding bertelinga belaka

Pelanduk di dalam cerang

Tuturnya dialas bagai memengat

Asal ditugal adalah benih

Duri di hutan siapa pertajam

Seberat-berat beban, di atas kepala juga

Serupa si jimbam hendak hilir

Tercacak bagai lembing tergadai

Bagai pucuk pisang didiang

Biar cencang dua segeragai

Tidak dapat tanduk telinga dipulas

Alhamdulillah, terima kasih penulis kerana menitipkan untaian doa dan kalam Allah untuk saya dan para pembaca lain amalkan dan dijadikan ilmu panduan.

Sekali lagi, tahniah penulis. Terima kasih untuk pengembaraan Rumah Kabilah Jin. Semoga anda terus suksess dengan air tangan baharu.

Semoga terus terbang tinggi, insyaallah. amin

#orangkampung
Profile Image for Sassy Bibliophile.
5 reviews1 follower
July 17, 2023
Seperti biasa, karya Anuar Darwisy memang tidak mengecewakan. Selepas The Story of Maria, saudara Anuar Darwisy terus membuat kita tertunggu-tunggu dan berharap untuk mengembara ke alam yang lebih mencabar.

Kali ini kita bersama-sama menelusuri suasana seram di Rumah Kabilah Jin pula. Watak-watak penting dalam novel ni sudah semestinya dua figura yang memang berkarisma, in their very own ways. Ustaz Ukasyah & Ustaz Baihaqi, dan semestinya anak-anak tahfiz bawah pimpinan kedua-dua ustaz itu.

Alur cerita sangat lancar. Yang lebih membuat saya tertarik dengan penceritaan kali ini, penulis memulakan setiap bab dengan menyelitkan peribahasa/bidalan. Something really captivating and interesting. In a way, buat saya rasa semacam berada dalam drama klasik Melayu. Satu usaha yang baik untuk memartabatkan bahasa ibunda kita.

Permulaan cerita bagi saya, lancar dan tiada cacat cela. Really made me want to dive in more for what's coming next.

Kekuatan sebenar buku ini pada saya adalah sinergi dan chemistry antara watak-watak yang diketengahkan. Paling saya suka dengan perwatakan Ismail (sangat-sangat rebellious...) dan juga Samiha (girl power thru and thru :) Of course, Ustaz Ukasyah (I agree 100% with those who suggested Beto Kusyairy to be casted as him...) and Ustaz Baihaqi (kenapa macam sesuai je PU Riz yang pegang watak ni andai cerita ni difilemkan..?). Anak-anak tahfiz dalam RKJ memang sangat-sangat comel dan masing-masing sangat independent dan tinggi ilmu (especially masa Soleh dan tiga rakannya berganding tenaga dengan Ustaz Ukasyah came to the rescue for Mukhlis. Sangat chivalrous...)

Tapi satu saja pesanan saya, jangan disangka apa yang disangka akan berlaku seperti dalam sangkaan...hehe...

Yang paling saya suka bila baca buku-buku karya Anuar Darwisy, beliau suka buat kita jadi rindu dengan watak-watak dalam ceritanya. Dalam The Story of Maria ada Dafi & Rahim. Dalam RKJ pula ada Ustaz-ustaz hebat dan anak-anak tahfiz yang sangat endearing.

Permulaan cerita sangat smooth, ending cerita sangat mengujakan.

So boleh lah layan cerita Bunian pula lepas ni. Also by Anuar Darwisy...



Profile Image for Norfashihah Faridus.
4 reviews
June 6, 2023
Rumah Kabilah Jin adalah sebuah novel yang menceritakan tentang kisah 2 guru pusat tahfiz dan anak murid mereka dimana mereka menghadapi gangguan mistik setelah berpindah ke penempatan baru.

Seperti karya terdahulu oleh penulis, novel ini sangat menghiburkan, cemas, misteri, memaut perhatian & menarik minat untuk terus membaca helaian seterusnya demi mengetahui apa yang akan berlaku.

Penceritaan yang jelas, penulisan yang kemas, setiap karakter diberi masa untuk menyerlah, dan setiap titik plot diberi ruang untuk bernafas, menjadikan setiap bab mudah diikuti oleh pembaca. Tidak bertukar sudut pandangan dan tidak melompat antara plot A & plot B terlalu kerap, membuat pembacaan lancar & "jernih". Perkara yang mungkin dianggap mudah dilakukan, tapi sukar dikuasi & diteliti. Ini antara kelebihan yang sudah menjadi identity / trademark penulis.

Plot menarik dengan beberapa red herring yang membuat pembaca sukar meneka ke mana arah plot menghala, siapa suspek utama & siapa dalang sebenarnya. Twist di pengakhiran yang pada dasar nampak ringkas, sebenarnya mendedahkan makna tersirat & mendalam, mencerminkan isu semasa masyarakat.

Tiada karya yang kebal dari cacat cela, begitu juga dengan novel ini. Ini karya pertama penulis (yang saya tahu) yang tidak menggunakan cara penceritaan melibatkan dua jangka masa / time period, berbolak balik antara masa lampau & masa sekarang. Tiada analepsi / flashback kecuali di permulaan naskah sahaja. Tidak bermakna ini adalah kelemahan yang besar, cuma ketiadaan peranti naratif itu dirasai. Kerana ia bukan sahaja sudah menjadi identiti penulis, tapi pada pandangan saya, juga merupakan kekuatan & "senjata" sastera milik penulis.

Ibarat nasi kerabu tiada budu. Sedap juga, cuma rasa kehilangan sesuatu.

Novel ini juga dirasakan, ibarat menyediakan asas untuk legasi baru yang akan dibina dengan karya yang akan datang. Saya menantikan karya penulis yang seterusnya, seperti selalu. Semoga penulis terus maju jaya.

#orangkampung
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,556 reviews41 followers
August 27, 2023
Rumah Kabilah Jin adalah buku pertama karya A Darwish ada rezeki saya baca. Amat besar tarikannya bagi saya. Sejak awal pembacaan, hati tersentak sentak dek beberapa dengan yang tidaklah menyeramkan sangat sebenarnya, tapi masih dapat mendatangkan kembang tengkuk saya. Agaknya saya ni dah terlebih penakut sejak dah tua ni. Tekanan darah pun mudah sangat sekejap naik sekejap turun. Terbertembung dengan anjing liar time tengah slow walk pagi pagi buta pun dah rasa nak gugur jantung. Pada hal dulu masa muda, saya bukan main champion lagi. Dengan drive kereta macam nak racing laaa.... Dan, bukan main selalu mimpi saya berfighting dengan hantu puntianak atau saya sendiri jadi momok yang boleh terbang dari satu pokok ke satu pokok.

Berbalik pada novel Rumah Kabilah Jin bagi saya tajuk dia tak seram laa. Tapi, karisma watak-watak utama, suspense yang dibawa oleh jin jin dan tentera Iblis, susunan cerita dia amat kemas. Kesian driver lori Daud. Tak pasal pasal jadi makanan. Kenapa batang pokok kemboja yang dipacak atas kuburnya Pak Raden layu mereput? Ismail, kenapa dia macam takut tengok serbuk garam dan lada hitam yang ditertumpahkan oleh Mukhlis dan Soleh? Ke memang betul dia just tak jadi masuk dapur sebab dia puasa?

Ehh sekejap sebelum lupa, saya tak ingat jika ada kesinambungan yang jelas tentang Pawang perempuan pada awal cerita tu. Manager ladang kelapa sawit tu kiranya mangsa jin sawit yang pertama ke? Kisah Pak Raden tu selepas dari kisah Pawang Maimon tu kan? Ke sebelum? Ahh saya lupa. Apa kena mengena keduanya?

Apapun, tahniah penulis. Suami saya yang telah terlebih dulu songlap baca buku ni walaupun saya yang tukang beli (hehe), dah minta saya cari buku-buku lain tulisan A. Darwish. Best katanya. Kena dengan jiwa.

Displaying 1 - 30 of 61 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.