“Dia yang kusut, dia serabut, dia yang membuat hatiku terpaut....”
Sinopsis:-
Lelaki itu hilang ingatan semasa berada di luar negara dan menjadi anak muda yang liar.
Sebagai seorang ibu, Zita terpaksa menipu Wan Aakif dengan menyatakan bahawa anaknya itu telah pun bertunang untuk membawa Wan Aakif pulang ke tanah air.
“I dengar kita dah bertunang dekat enam tahun. For sure dalam masa terdekat ni kita kena kahwin.”
“What?! Are you kidding?”
Penolakan demi penolakan daripada Arwin Raisha sedangkan Wan Aakif benar-benar jatuh cinta membuat Wan Aakif nekad untuk kembali mengingati kisah silamnya. Adakah kisah silam itu mampu menyatukan mereka? Dan adakah Arwin Raisha masih tegar untuk tidak mempeduli Wan Aakif sedangkan dari dulu hati wanitanya sering menyeru nama lelaki itu? Lelaki versi dia, membuat Arwin Raisha pening kepala.
“Wan, kalau awak nak saya anggap awak sebagai tunang saya, awak nak saya jatuh cinta pada awak, awak janji. Lepas awak dapat balik ingatan awak, awak janji tak tinggalkan saya. Boleh tak?” ~ Arwin Raisha.
Akhirnyaaaa... tamat juga. Menjeruk rasa sungguh nak habiskannya, banyak kali tertangguh disebabkan watak heroin yang bagai diminta dilenyek-lenyek dengan steamroll muahahaha :P
Full review: 12/05/2015
Penat aku layan karenah heroin ni. Si Arwin Raisha [Win] yang agak selfish, mengada-ngada dan bajet dia seorang saja yang betul. Haihh... menduga kesabaran sungguh!
Mujur ada pak mat hensem. Eh? Hahaha... Tapi ya, naskhah ini banyak diselamatkan dengan kehadiran Wan Aakif [Wan] yang lebih cool dan sabar. Walaupun dia hilang ingatan, dan kemudiannya ‘disogokkan’ dengan menyatakan Win itu tunangnya, Wan nyata lebih santai mengemudi hidupnya.
Memang payah nak ingat apa yang terjadi, tapi Wan tetap berusaha untuk menjadi yang terbaik buat Win. Sedangkan Win ni... adoiii! Rasa nak kasi kame hame ha je sebijik. Biar sedar diri sikit. Memanglah Wan dulu-dulu tu tak pandang dia langsung, tapi saat ini si Wan dah separuh hati cintakan dia. Tapi si Win ni pula menjeruk rasa, konon-kononnya dia berkorban perasaan nak dapatkan Wan.
Namun, sudah jodoh tertulis. Mereka berdua dikahwinkan jua. Kagum dengan sikap Wan yang masa ni dah ingat balik, tapi masih juga sabar melayan karenah Win. Si isteri pula banyak sangat syak wasangka. Dan, makin melarat bila kekasih lama Wan kembali. Suka-suki buat conclusion sendiri, haaa... padan muka! Siapa suruh? Gigih encik suami nak jelaskan keadaan sebenar, tapi nan hadooo...
Apa pengakhirannya? Jangan risau, lelaki sesabar Wan Aakif tak akan dikecewakan. Alhamdulillah, kalau tak aku bakar buku ni hahaha
"Mungkin betul lah kata orang, selagi cinta itu ada, selagi itu minda kita terkenangkan dia. Dan bila terkenang, dia ikut terkenang sama."
Karya pertama dari Aireen Aryana banyak kekurangan bukan dari segi jalan cerita tapi sikap heroin yang sha kurang berkenan. Boleh dikategorikan novel remaja
Arwin Raisha Sikap Win yang agak selfish, mengada-gada, 'poyo', degil dan suka memberontak membuatkan sha bertambah meluat & menyampah
Sha kagum dengan sikap Wan Aakif yang telah hilang ingatan dan sentiasa bersabar dengan karenah Arwin. Agak-agaklah Win kalau nak buat perangai, tak cukup bagus ke Wan cuba untuk memenangi hati Win. Dahlah Wan bersungguh-sungguh nak membuat persiapan untuk berkahwin, tapi Win buat endah tak endah. Issshhhh cukup meluat betul sha dengan sikap kebudakan Win.
Bila Wan Aakif dah mulai beransur pulih dan kembali ingat, baru mengelabah mencari Wan Aakif.
Wan Aakif... nama mu memang pelik tapi sha suka sebab Wan Aakif seorang yang bertanggungjawab dan bersabar dengan perangai Arwin.
Kedatangan kekasih lama Wan Aakif, rumahtangga Arwin & Wan Aakif goyang tapi sha tetap salahkan Arwin yang suka jump to conclusion. Cuba dengar dulu apa yang Wan Aakif nak sampaikan.
Sekali sha katakan sha K E C E W A dengan sikap Arwin Raisha.
Ikutkan hati meluat, rate buku ini layak 2 stars tapi Wan Aakif punca kekuatan cerita ini. Sikap Wan Aakif yang berjaya mengawal sha dari benci pada Arwin Raisha.
Syabas pada penulis yang berjaya menimbulkan pelbagai emosi sewaktu membaca cerita ini. Ending yang sungguh indah akhirnya sha dapat menerima Arwin Raisha ada pasangan hidup Wan Aakif.
"Orang yang kita benci itu kadang-kadang adalah jodoh kita"
rupanya aireen aryana dgn rynsa casiani org yg sama. saya cari buku ni sebab dah baca lelaki yg kujadikan Suami. DLM tu ada wan aakif dan arwin raisya. DLM lelaki version dia ni wan aakif hlg ingatan. utk buat wan aakif Blk malaysia mama wan aakif mengatakan dia sdh bertunang dgn arwin raisha. geram dgn watak wan aakif LPs wan aakif sembuh. tak sangka ni buku pertama penulis. mcm dah tulis byk buku dsh.krg kesalahan. good job penulis
Pertama sekali. Tahniah buat penulis, bukan mudah nak ada novel. Saya benar-benar mengerti perasaan itu. Eh! Tacing pulak, abaikan. Novel ni dah lama habis baca, review je lambat nak buat. Mengisahkan Arwin Raisha yang terpaksa menjadi tunang Wan Aakif Akmani untuk memulihkan ingatan Wan Aakif Akmani. Tanpa sengaja Wan jatuh cinta pada Win, manakan tidak, tunang sendiri tu. Wan mulai berubah sedikit demi sedikit ke arah yang lebih positif, hinggalah berlaku sesuatu.. Saya suka cara penulisannya, agak santai dan tak perlu nak berfikir banyak, memang mudah sewaktu membacanya dan buat kita gelak dengan lawak2 spontan yang ditulis. Ingat senang nak buat pembaca gelak.. Tahniah ya!
Arwin Raisha (Win) memang sedari kecil sudah menyanyangi Wan Aakif Akmani (Wan). Tetapi perasaan itu tidak berbalas. Bila sudah dewasa, Win mula rasa malu kepada Wan kerana dia tahu Wan tidak pernah menyukainya. Suatu hari, Win dikejutkan dengan berita bahawa Wan telah kemalangan dan hilang ingatan. Mama Wan telah berbohong dengan mengatakan bahawa Win telah lama bertunang dengan Wan supaya dapat memujuk Wan kembali ke Malaysia. Win rasa serba salah. Dia masih ada rasa sayang untuk Wan tetapi padamasa yang sama dia takut jika Wan pulih, Wan akan meninggalkan dia. Sedaya-upaya, Win cuba kebalkan hatinya. Tetapi dia tewas kerana Wan berjanji tidak akan meninggalkannya bila ingatannya pulih. Namun bila hari pernikahan mereka sudah hampir, Wan mahu pulang ke US kerana ingatannya telah pulih. Win menuntut janji Wan dan dia berjaya memujuk Wan. Lalu mereka melangsungkan pernikahan mereka. Mula-mula mereka bahagia. Tetapi bila Win terserempak Wan bersama Alisya, Win kecewa. Mereka mula menjauhkan diri dan Win meninggalkan rumah. Bila ayah Win meninggal dunia, Win benar-benar hilang kawalan. Kecewa hatinya pada Wan dihamburkan. Wan akhirnya meluahkan isi hati terhadap Win dan mengaku baru faham mengapa Win merajuk dengannya. Mereka mula faham akan perasaan masing-masing yang saling mencintai tetapi dibelenggu oleh kisah lama dan sikap mereka yang tidak pandai berterus-terang dalam menjalani rumahtangga mereka. Mereka belajar dari kesilapan dan akhirnya dapat membina hidup baru bersama.
Tersenyum dan tersengih sampai ke bintang sepanjang pembacaan karya penulis comel ni. Gaya bahasa yang santai dan pengolahan yang teratur, mampu membuat kak yus tidak henti membelek setiap helaian. Tahniah Rinsya, permulaan yang hebat. Superb babe!