Di Sebalik Dinara Mikrocip itu berupaya menjadi penerima isyarat dan mentafsirkan kepada arahan, dan seterusnya menggerakkan anggota tubuh Farisha untuk bertindak balas. Ia adalah hasil daripada kajian yang mengambil masa lebih 20 tahun.
Mungkin kerana teknologi itu, ada pihak yang ingin memilikinya, lantas menceroboh masuk system Dinara dan menanam virus di situ. Dan mungkin kerana teknologi itu juga, Dinara bakal lumpuh.
_________________________________ Novel ini telah memenangi Hadiah Penghargaan Sayembara Fiksyen Sains Dan Teknologi (Musim Kedua) 2012 Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kumpulan Utusan. Pertama Tiada Pemenang Kedua EquilibriaSri Rahayu Mohd Yusop Ketiga DetikAmir Husaini Hadiah Penghargaan IDAmer Hmzah L. Kadir Di Sebalik DinaraDayang Noor BekamorfosisJali Kenoi Hadiah Galakan TimpaniFaridah Abdul Hamid
Membaca novel salah seorang pemenang Sayembara Novel Fiksyen Sains dan Teknologi 2012 yang telah menjadi novel komponen sastera (KOMSAS) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 4 (edisi murid) jika saya menjadi seorang murid, ianya amat mengujakan. Debaran jantung tidak akan sempat berada di paras biasa sejak mula membaca dari satu bab ke satu bab yang lain. (Moga murid sekolah tingkatan 4 juga setuju dengan saya :) )
Plot yang tersusun, watak yang pelbagai serta latar tempatan seperti Lapangan Terbang Senai, KLIA, Kulai, Nilai, Seremban melekatkan lagi imaginasi pembaca. Kisah yang bertemakan sains teknologi ini pada pandangan saya telah berjaya dari segi teknologinya tetapi masih menghidangkan kajian sains itu mengorbankan orang lain sebagai ujikaji seterusnya membawa kerosakan. Ini jelas pada watak Karl yang telah tega menanam microcip di dalam tubuh Farisha, anak tidak sah tarafnya dengan Medina semasa bayinya tanpa bius. Karl juga telah menyediakan Farisha dengan otak yang sangat genius hanya sebagai alat untuk dia memindahkan `dirinya' setelah dia mati. Namun perkara itu tidak terjadi kerana Farisha dilindungi oleh abangnya. Tempat Farisha telah diganti oleh rakan serumahnya Shida, kerana jangka hayat Karl sudah terlalu nazak dan virus sudah hampir menyerang Dinara. Dalam satu sesi komunikasi antara Shida dan Karl, Karl telah berbuat sesuatu hingga menyebabkan Karl `hidup semula' di dalam tubuh Shida.
Karl hidup atau mati? Anda perlu membaca novel ini untuk mencari jawapannya.
This book became part of the form 4 komsas. Read this book when i immediately got it.
Tons of question while reading this such as what is really dinara? Is it like a system or a device? What does it do? The book never really explained it well. The story line was quite great however it never felt quite suspenseful than poeple thought it out to be for me at least. The book ends in a cliffhanger on where its up to us to thunk what might happened next after that event.
Three stars because it happened to be the first komsas book that made me read it till the end.
Pada mulanya baca buku ini kerana sangat popular dalam kalangan pelajar. Jadi saya ingin mencuba baca. Pada awal pembacaan, saya tidak menyukai cara penulisan yang dibuat. seperti baca buku yang ditulis budak budak. Jalan cerita yang bagus. Tapi saya berharap penulis menggunakan teknik 'show don't tell' kerana ia akan membuatkan buku ini bertambah menarik. Kalau jalan cerita yang menarik tapi cara penulisan yang teruk apa gunanya. Apa apapun saya bagi 3/5 bintang.
I didnt expect that ending 😱 I mean yeah my teacher already spoiled the book by telling us what happens but I still am surprised 😂 Reading is quite different from listening isnt it? 😛
sebuah karya futuristik teknologi di malaysia di bidang IT...misteri farisha dan Karl..apa hubungan mereka berdua..jalan citer ok ada suspen tp ending die x brp mnarik skit..nway..payah nk jmp buku n karya yg sebegini di malaysia..gud job dayang noor...