"Wanita ada suara yang kutubnya berbeza dari lelaki."
Ini adalah sebuah buku yang mahu meraikan wanita, tetapi bukan kerana ingin memperlekeh lelaki, bukan ingin mencari perbezaan antara jantina. Tidak ada guna memberitahu siapa yang betul, siapa yang lebih baik, siapa yang menang dalam satu pertandingan bebal antara jantina. Buku ini sedar, daripada sekadar mencari perbezaan dan ketidakadilan, lebih bermakna kalau kita meraikan perbezaan itu. Lelaki dan wanita dicipta Tuhan dengan fitrahnya yang memang berlainan, sesuatu yang harus dinikmati dan dirayakan.
Perbandingan mewujudkan sempadan, membuatkan kita lupa, lelaki dan wanita sebenarnya saling menyempurna, saling memiliki. Yang menjadikan hidup bermakn bukan kerana kita semua sama, adil dan saksama, tetapi kerana kita berbeza. Buku ini mahu mengingatkan bahawa keadilan ada suara yang kutubnya berbeza dengan lelaki, tetapi kedua-duanya saling melengkapi. Seperti kata Bonda (Mother) Teresa: If we have no peace, it is because we have forgotten that we belong to each other. - Saharil Hasrin Senin, penulis, pelukis & penerima pelbagai anugerah kesusasteraan negara.
Fazleena Hishamuddin ialah suara penting dalam fiksyen. Jujur, lantang dan unapologetic. Beliau menjadikan babak-babak mudah jadi seriau, magis. Saya terkedu lantas yakin Fazleena bukan sahaja bawa suara wanita moden, tetapi beliau juga membawa suara wanita dari zaman leluhur dalam penyamaran kontemporari. - Sri Rahayu Mohd. Yusop, penulis prolifik, guru & pemenang pelbagai anugerah kesusasteraan negara.
FAZLEENA HISHAMUDDIN adalah seorang ibu, penulis, penggiat teater dan penulis lirik. Kumpulan cerpennya TARI PASAR PEREMPUAN telah memenangi manuskrip terbaik pertandingan WRITERS UNLEASHED 2.0 (2017) dan lirik PELUKAN ANGKASA menjuarai AJK ke-36 (2022).
Himpunan cerita pendek yang menyentuh pelbagai tema, kadang-kadang hal tabu dan kontroversi juga seperti berkhitan untuk kanak-kanak perempuan, perkahwinan kanak-kanak dan sindiket anak angkat. Ada juga masalah orang perempuan yang nampak mudah seperti hal penyusuan bayi, me-time buat ibu-ibu dengan anak kecil dan senggugut. Kadang-kadang bukan kaum lelaki sahaja yang kurang peka tentang hal ini, sesama wanita juga ada masa lupa yang kita mempunyai daya tahan sakit yang berbeza.
i. Cinta dalam semangkuk susu ii. wabak dalam empat babak iii. izinkan ibu mandi sebentar iv. pempengaruh yang tersakiti v. unggun api yang telah terpadam.
Cerpen or collection of short stories revolving around woman and its theme - the female identity and the roles and responsibilities associated with being a women - daughter, sibling, aunt, wife, mother. Ada total 14 cerita dalam buku ni dan setiap cerita mengupas isu atau tema-tema tersendiri mengenai wanita. *Cinta dalam semangkuk susu* - pasal hubungan ibu dan anak perempuan. Talked about continuing legacy . Cerita sedikit provokatif sbb cerita ni berkisar dalam pertandingan menyusu. Fast paced, dialog direct dan diselangi background pertandingan. I like the polar aspect between mother and daughter and how the action from the daughter and the final act bagi ending yg memuaskan. *Wabak dalam empat babak* - talked about grief. Watak perempuan ni kehilangan majority of her family through COVID and how she turned to gardening to process that grief. Mcm mana tanah blh humble dia dgn sifat dia and to taught her in letting go and share her good tidings to others. *Izinkan ibu mandi sebentar* - deals with motherhood and the shared responsibility between wife and husband. Mcm mne isteri x patut berasumpsi buruk yg suami langsung x menolong dlm urusan rumah tangga. Ada elemen magical realism sikit dlm chapter ni. *Gelita di dada eleanor* - dealt with Khitan atau istilah pasar sunat utk perempuan. Chapter ni agak sedih bagi aku sbb dia succumbed to pear pressure utk berkhitan jgk sbb her love towards nature. Agak berbeza dgn watak ibunya yg ingin kembali ke kota dan steadfast in her beliefs and upbringing. *Dendang Mustika* - isu pemerdagangan manusia - pemerdagangan bayi and it also dealt with how other people think that they know what the person they love wants. Tanpa berterus terang dgn org tu and hormat decision and pandangan mereka, they betray that trust. In the end, that decision menyusahkan banyak pihak. I like the end to this chapter. Aku rasakan that smirk tu sebagai perli kepada watak perempuan tu 'padan muka kau...buat lagi keputusan bodoh mcm ni'. *Kekasih hati dinda* - a bit absurdist sikit cerita ni and the most romantic.I think cerita ni mcm from the POV kerusi healing and its love to its owner, an author. Utk watak wanita which is the author's gf, watak dia jenis yg perempuan most akan ckp wanita yg difficult. Headstrong, opinionated and ego and how mental perempuan ni makin dip low at the final. Mcm kesian la utk watak ni sbb in society,, perempuan pendirian mcm ni x akan dpt tempat di masyarakat dan akan selalu dicorakkan sbgai villain. I feel kinda pity with this character, sama mcm watak dlm chapter pempengaruh yang tersakiti.
Byk lagi cerita dalam ni and semua best2. Sayang, buku ni xde satu section penutup dari penulis, kak fazleena tentang cerita-cerita yg digarapkan ni. Nk jgk baca dari penulis apa sumber inspirasi dari setiap cerita yg disampaikan and the meaning behind it.
14 cerpen pilihan dihidangkan setelah kumcer Tari Pasar Perempuan pada tahun 2018.
Fazleena tampil kali ini sebagai perempuan, ibu, isteri dan kawan, terus bercerita dengan penuh kematangan seputar hidup sebagai perempuan. Kali ini jauh lebih mendalam mencakupi kekalutan isteri yang sudah tentu berjantina perempuan. Sesekali POV perempuan lain digunakan untuk mengelus tentang hidup (perhubungan, perasaan, pendapat, khayalan dan macam macam).
Tampil dalam saiz yang bila bila masa sahaja boleh dimasukkan dalam tas tangan, Diam Dalam Gempita sedap dibaca. Penumpuan terhadap wanita bukanlah bermakna ia tidak mampu dinikmati oleh kaum lelaki, paling tidak isi isi buku ini menuntuk sedikit pemahaman dari kaum adam.
Sistem badan perempuan, kerja tradisional yang tidak tamat, persoalan tentang khatan perempuan, kehilangan serta kesihatan mental, cerita mahu berzuriat dan semuanya mungkin selama ini dianggap sepele TETAPI PENTING dalam pencarian pemahaman bahawa perempuan membawa bersama roh yang kompleks, tidak sukar jika ditangani secara mulus bersama.
Jika perlu memilih satu, saya memilih Gelita Di Hati Eleanor yang mewakili anak anak gadis dari timur yang tertanya tanya, kenapa kelentit mereka perlu dikerat? Apa kena mengena dengan tahap nafsu jika tidak diikuti praktik tersebut? Fazleena mengupasnya dengan baik melalui POV si anak gadis (yang menaruh harapan terhadap keindahan hidup).
Kumcer 224 halaman ini memilih untuk bersimpang siur dalam metafora sastera moden yang untungnya enak dibaca, tanpa pengulangan watak yang sama dan berhubunglah mereka dengan anak, suami, teman lelaki, taulan perempuan, ayah dan dunia seutuhnya. Kematangan ekspresi penulis jelas terlihat berbanding karya di tahun 2018, jelas terlihat dalam cerpen Izinkan Ibu Mandi Sebentar yang bila bila masa sahaja boleh dijadikan filem pendek yang menawan tema jiwa perempuan.
Teknik penceritaan sebegini perlu dinikmati, capailah naskah ini untuk menyelami hati perempuan dari pelbagai peringkat kehidupan, berkerjaya sehingga suri rumah yang dianggap biasa, tahap feminisme dalam buku ini tidak menjengkelkan lansung.
Itulah satu ayat tentang buku kak @fazleena ini. Buku ini ditulis daripada seorang isteri & ibu. Bahasa yang sangat sedap dibaca, pilihan kata yang disusun jujur menyampaikan segala teriakan teriakan yang ada dalam hati seorang ibu dan isteri.
Ada penamat cerita yang begitu memuaskan, seolah turut sama membalas dendam. Puas rasanya membaca pengakhiran sebegitu kepada seorang lelaki yang ingin mengahwini isteri orang. Ada penamat cerita yang penuh tanda tanya, apa sebenar pengakhirannya, apa sebenar mesej yang ingin dibawa. Pelbagai emosi baca buku ni.
Buku ini tentang cita-cita sebagai wanita. Mahu punya pemimpin dan suasana yang menyokong para wanita. Tentang rindu seorang ibu terhadap masa sendirinya, juga kekeliruan rasa antara 'mahu' dirinya dan kemahuan anak-anaknya. Tentang isteri yang menagih kasih suaminya dan menjumpai semula dirinya lewat bekas kekasihnya. Tentang perjuangan ibu yang tidak mahu mengkhitankan anak perempuannya. Dan pelbagai lagi kisah wanita 'biasa' dalam buku ini yang mungkin taboo untuk dibincangkan dalam masyarakat hari ini.
Dan ya, setiap perubahan fasa seorang wanita dalam hidupnya, daripada anak dara kepada dewasa, daripada bujang kepada bersuami dan seterusnya sebagai ibu sentiasa mengujakan dirinya tetapi dalam masa yang sama terkadang dia hilang dan hanyut dalam proses pencarian dirinya.
Terima kasih kak Faz atas karya yang begitu jujur ini. Membawa imaginasi seorang ibu dan isteri ini keluar dan hanyut dalam tulisan yang indah tapi sarat dengan kritikan sosial dan mesej. Terasa dipeluk sebagai ibu. Terasa didengari sebagai isteri.
Sampai jumpa lagi di karya kak Faz yang lain. ❤️❤️❤️
Pada saya, cerpen yang kebanyakannya dituang dengan teknik separa surealisme ini menunjukkan betapa hebatnya penulis bercerita. Penyatuan analogi-metafora-sedikit absurd yang signifikan—sungguh mengesankan. Juga pengakhiran-pengakhiran tidak terjangka yang mengejutkan. Sukanya saya dengan variasi isu-isu yang diketengahkan seperti mengangkat nilai wanita dan pembelaan terhadap kaum perempuan, perincian mentaliti masyarakat tradisi serta pendokumentarian peristiwa khususnya di era pendemik dan endemik; yang turut diselit latar budaya, seni dan adat tradisi. Dalam masa yang sama, digambarkan jua ‘lifestyle’ masyarakat zaman milenial.
Unsur misteri dan cebisan ‘thriller’ dalam beberapa cerpen pula mengingatkan saya pada filem bersiri ‘Cabinet of Curiosities’ (adaptasi daripada antologi cerpen penulis mapan Barat antaranya Stephan King) yang saya tonton dalam Netflix. Yang menariknya, ada keunikan tersendiri dari segi POV! Sama uniknya dengan cara perjalanan cerita digerakkan. Jujur, saya seolah-olah dipeluk oleh kelembutan senikata dan gaya bahasa indah sepanjang menikmati buku ini. Terkandung ketulusan di dalamnya hingga saya merasakan ia turut mewakilkan suara hati saya. Dan terima kasih kak Faz untuk nilai keibuan dalam beberapa cerpen terutama ‘Cinta dalam Semangkuk Susu’ dan ‘Izinkan Ibu Mandi Sebentar’. Cerpen ‘Dirgahayu Miss Rachael’ buat mata saya bergenang—garapan emosi yang kemas. Saya benar-benar berharap Kak Faz menulis banyak lagi buku cerpen.
Setelah sekian lama saya tak membaca, akhirnya saya mulakan semula hobi yang satu ini dengan buku dari kak faz.
Buku ini adalah kompilasi cerita cerita pendek, berlatar belakangkan zaman moden (sebelum, semasa dan pasca covid-19), ditulis dengan bahasa yang ringkas dan sangat mudah difahami, tambahan pula ada unsur-unsur humor yang berjaya diselitkan. Namun, penceritaan yang ringkas itulah berjaya merenggut tumpuan saya untuk memahamkan mesej penting serta kritikan sosial terhadap masyarakat berkenaan wanita.
Cerita pertama, saya terkesima. Di pertengahan, saya tersenyum sendiri. Cerita terakhir, saya termenung dan termangu.
Ini adalah secebis dari kisah kisah benar yang berlaku dalam masyarakat kita. Ditulis dari pelbagai perspektif (diri sendiri, rakan, jiran tetangga, bahkan peralatan), buku ini membantu saya untuk menelusuri setiap jalan cerita dengan penuh minat dan semangat.
This book marks the end of my book slump. Syabas kak faz atas nukilan pendek ini.
cerpen. ceritanya ada yang buat aku terpinga,ada yang buat aku bersemangat, ada yang buat aku ternganga dan ada yang buat aku tergelak. aku suka sesetengah cerita yang cerita pasal random experience kehidupan perempuan. ayat yang digunakan tak pelik/complicated. aku suka sangat buku ini. aku ingatkan yang akan jadi favourite aku ialah 'oh berkibarlah bendera merahku' sebab ceritanya sangat bagus tapi rupanya favourite aku 'lelaki yang menghayunkan buaian'. just read that story.
Diam dalam Gempita 4/5✨👏🏻 Apabila aleeya baca buku ini, pelbagai emosi aleeya telah rasai - syahdu, geli hati, bersemangat, terharu, keliru.. tulisan Fazleena Hishamuddin sememangnya cantik, puitis dan menarik kerana dia amat menekankan idea feminism dan lantang dalam penulisannya - sangat kena dengan cita rasa aleeya
Kita sering digahkan dengan penulisan feminist barat, tetapi mengapa kita tidak mahu membaca yang tempatan punya? Go pickup this book and selamat menghayati✨
Tentang hal-hal yang berlaku disekeliling kita samaada kita sedar atau tidak. Ianya diadun antara realiti dan fantasi. Lenggok tulisannya senang difahami, tetapi ada sesuatu yang tersembunyi. Penulis seolah ingin kita lebih melihat dan berfikir. Agak berlainan dengan Tari Pasar Perempuan, saya melihat Fazleena yang lain melalui buku ini.
Himpunan 14 cerpen tentang wanita dan pelbagai kisah yang berlaku di dalam kehidupan mereka daripada susu ibu, terjumpa cinta lama, terjebak dengan pemerdagangan bayi, penulis yang terjebak dengan writing slump, etc
#DiamDalamGempita merupakan sebuah kumpulan cerpen karya Fazleena Hishamuddin. Waktu Fazleena menandatangani bukunya ini, beliau memberitahu saya ada antara kisah-kisah di dalam buku ini ditulis berkisarkan tentang kita. “Kita” di sini adalah kami, para ibu yang mempunyai kegelisahannya sendiri, kerana ada satu daripada cerita beliau ditulis waktu pandemi dan berpantang ketika melahirkan Kesuma Hati. ❤️
Fazleena Hishamuddin dikenali sebagai figura yang banyak memperjuangkan hal-hal wanita di dalam karya-karya tulisannya. Kepelbagaian isu yang dibawa bukan hanya berkisar tentang wanita dewasa, malah ada isu-isu yang melibatkan kanak-kanak perempuan, remaja perempuan, bayi, malah untuk ibu bapa dan bukan ibu bapa.
Kebanyakan isu yang diketengahkan di dalam buku ini merupakan isu yang mempunyai stigma dan tabu di dalam masyarakat seperti child marriage, haid, autisme, emosi ibu-ibu sewaktu berpantang, hinggalah ke hal penyusuan anak. Fazleena bijak membawa semua isu berat ini dalam penceritaan yang santai dan mudah walau ada beberapa kesalahan ejaan dalam buku ini.
Membaca buku ini membuatkan saya teringin untuk mula menulis cerpen. 🤭 Terima kasih Kak Faz atas penyajian lazat cerpen-cerpen ini. Empat bintang saya berikan untuk Diam Dalam Gempita. ❤️ #ParaBaca #ParaReads #FazleenaHishamuddin