BIARLAH masa sedang menewaskan usianya, Taufiq tidak pernah kisah. Hidupnya mudah. Jika ada, adalah. Jika tidak… tak mengapalah. Melihat teman baik yang sudah bertemu cinta sejati, dia langsung tidak cemburu. Malah, bahagia mereka menjadi bahagianya. Tapi, tidak pada mama.
Dia percaya, restu ibu membawa bahagia, Taufiq akur dan reda menerima wanita yang mama pilih. Dia akan mencintai wanita itu sepenuh hati pada ketika wanita itu menjadi isteri. Namun, kerana dia manusia biasa yang tidak berdaya menduga ketentuan, Taufiq hanya mampu reda bila wanita itu lari meninggalkannya di saat dia sedang berjalan di pelamin penikahan mereka. Kecewa? Sudah pasti. Apatah lagi melihat maruah keluarga calar dan airmata mama menitis. Hingga satu hari, ketika menemani teman baiknya, Ziyad… dia nampak seorang wanita yang bukan hanya indah pada wajah, tapi juga pada budi pekerti.
“Awak terlalu tualah untuk saya…” – Johanees
“Ada syarat ke orang tua macam saya tak boleh jatuh cinta?” – Taufiq
“Boleh tapi tidak pada saya…” – Johanees
“Saya dah cuba. Tapi, nak buat macam mana. Orang tu masih awak…” – Taufiq
Johanees yakin, Taufiq adalah cinta pertama dan pasti yang terakhir. Tapi, sayang keyakinannya tidak mempunyai asas. Dia perlu tinggalkan lelaki itu demi memenuhi permintaan akhir ayah untuk menerima lelaki yang telah sekian lama mahu dijodohkan untuknya. Kerana itu, Johanees tidak berkelip di saat menyatakan perpisahan.
“Kenapa?” - Taufiq “Saya bukan perempuan baik…” – Johanees
Jatuh cinta itu mudah. Namun, untuk jatuh cinta pada setiap kekurangan orang yang kita cinta, itu adalah luar biasa. Dan, dia tahu… mengemudi bahtera cinta bersama wanita ini tidak semudah seperti dia kemudi bahtera perang di tengah samudera. Adakah takdir cintanya juga seganas ombak dilautan? Apakah mental dan emosinya utuh bila misi kali ini adalah demi mereka yang tercinta? Taufiq hanya berharap kerana segalanya tidak pernah pasti. …
Sebenarnya dari petang tadi dah habis baru teringat nak tulis review. Walaupun nipis tapi cerita dia cukup rencah wei! Suka duka. Tapi ok, kalini boleh percaya kata RM yang storynya tak pain. Ok tipu. Pain sikiiiitttt.
3 sekawan yang gila!!! Arghhh rindu dah kat depa. Sumpah weh bertuah bini-bini diorang :’) Kalau sampai part diorang kan, aku dah ready ni nak gelak sebab memang kelakar. Haha. Ziyad so notyyyy.
Baca baca baca. Tolonglah baca. Yes. Akan ku-reread.
My 100th book for year 2023 and it happens to be DUA. What a way to wrap up this trilogy! Don't come at me now, I'm way too emotional since I finished reading this last night.
I'm not exaggerating here, but I dare to say that Taufiq is easily one of the greenest characters of all time. Calm, soft spoken, mature, rational... ugh >.< And it was hilarious when Ziyad's casanova aura rubbed onto his best friend. I also like how both Taufiq and Johanees are mature, despite the age gap.
And I couldn't be happier about Atai furthering her study! I wish Lai would've done the same too. Educated women >>>>>
The only issue I have here is it's way too short. I want more! Like they said, “Cepat cepat… nak ke mana?”
I so, so, soooo love this book. It's one of my comfort books from RM ♡ Will I be reading this again? DEFINITELY. Thank you RM for this wonderful piece!
I found a love, for me Darling, just dive right in and follow my lead Well, I found a girl, beautiful and sweet Oh, I never knew you were the someone waiting for me
What a PERFECT story. Unforgettable characters, strong beginnings and endings.
I loved every page! Great love story and love that it still included Qadr and Ziyad.
Rasanya… ini first time baca buku RM tak sakit hati dan terlebih emosi. Lenguh laa sikit pipi ni sebab memanjang senyum je.
Adalah sikit vibe Cinderella plus action penambah perasa jalan cerita. Taufiq ni memang terpaling greenlah nak kabor. Johanees pulak haishh nasib bukan watak yang lembik, melawanlah jugak. Kalau rindu dengan Atai & Ziyad plus Qadr haa bolehlah melepas rindu.
Tapikan geram betul dengan ayat si Taufiq ni:
“Lepas esok, kita ada masa seumur hidup untuk bercinta. Saya tak rushing. Awak rushing ke? Cepat-cepat.. nak ke mana?” - Taufiq
Bang Taufiq hang dah pasaipa mulut manis sangat?! Pengaruh rakan sebaya ke?
"..., kita ada masa seumur hidup untuk bercinta. Saya tak rushing. Awak rushing ke? Cepat-cepat... nak ke mana?"
buku terakhir bagi Untuk Aku series 🥹 tbh, saya drag off masa nak baca DUA sebab sayang untuk habiskan series ni. saya sayang sangat ketiga-tiga buku sebab semua ada ujian, cabaran, dan hikmah yang berbeza. dan ofc ketiga-tiga ada lelaki yang sangat sayangkan isteri mereka ❤️🔥
edit: HELLO KENA SCAM HAHAHA. ini bukan buku terakhir 🤣
Kisah yang terakhir ni menceritakan tentang Taufiq dan Johanees. buku ni terlalu nipis, jadi nak letak sinopsis apa pun tak tahu 🤣 pertemuan pertama mereka, Taufiq dah tergolek dulu, Johanees pula nampak relaks je walaupun hati dup dap tengok abang navy kita sorang ni 🤣
"Mana aje awak pergi, saya akan pastikan saya berjaya kesan awak. Awak jangan risau. Saya akan sentiasa ada cara untuk kesan awak, Johanees..."
Taufiq. setenang tenang Qadr, tenang lagi si Taufiq ni. dah 36 tahun, tak ambil pusing pun pasal jodoh, sampaikan Mama dia sendiri carikan jodoh untuk dia. Taufiq ni pula memang mendengar kata, jadi dia ikutkan je lah. tak jumpa tak apa, pagi nak kahwin tu pengantin perempuan larikan diri pula. Si tua ni dah jatuh sayang walaupun dengar suara je malam tu. takpelah, bukan jodoh lagi. jumpa pula Johanees, terus gedebuk dia! Mulutnya tak pernah tak manis, confirm Ziyad ajar ni 🤣
Johanees. Walaupun hidupnya hanya menumpang, dia tetap tabah teruskan hidup. Johanees my girl 🥹❤️🔥 disebabkan masa lalunya, dia sekat semua lelaki dari hadir dalam hidupnya, termasuk Taufiq. tapi tulah, sekuat mana pun dia cuba, memang tak berjaya sebab dalam hati sebenarnya dah ada taman 🤣 lepas tahu kebenaran, lagilah rasa Nees ni sangat kuat tempuhi ujian dia.
saya sukaaa buku ni sebab the trios selalu masukkan 'tajuk' cerita mereka dalam perbualan. nampak comel sangat 😍 My trios babies, Lai-Qadr, Atai-Ziyad dan Nees-Taufiq 🥹❤️🔥 terima kasih kak rehan wujudkan trio ini. Walaupun ujian setiap pasangan berbeza, mereka tempuhi dengan kuat.
"Yang patah akan tumbuh, yang hilang pasti berganti. Biarpun tidak serupa, setiapnya ada yang istimewa."
Antara quotes yang aku kira tepat bagi menggambarkan bagi beberapa peristiwa utama dan penting dalam Dia Untuk Aku. Aku dapatkan Dia Untuk Aku, tidak lain tidak bukan untuk menelusuri kisah Taufik yang aku kenal melalui novel yang aku baca sebelum ini. Selepas mengagumi perjalanan hidup Layl -Qadr, adakah aku turut mengagumi kisah Taufiq - Johanees?
Dan jawapannya ya!
Aku turut mengagumi kisah Taufiq dan Johanees. Dari awal lagi, penulis mampu membuatkan aku kekal meneruskan pembacaan dengan pace yang agak laju, dan tidak lewah. Cukup untuk buat pembaca mengenali watak utama dan sampingan dan cukup untuk buat membaca tertanya-tanya apa yang sedang berlaku.
Sepanjang pembacaan, aku cukup senang dengan Taufiq yang bahagia dengan hidupnya, kerjayanya sederhana walaupun jodohnya masih belum dikurniakanNya, pada dia kalau ada, ada, kalau tiada, hidup tetap bermakna.
"Silapnya kerana lebih merindui yang tiada, padahal yang hidup itu sedang menemaninya."
Simpati dengan Johanees yang dinafikan hak untuk bertemu dengan ayahnya dalam keadaan yang tidak jelas dan bangga kerana dia seorang wanita yang ditonjolkan sebagai anak yang di sediakan kemewahan harta tetapi tidak kekok untuk membina hidup seperti biasa disaat tiada siapa menerima kehadirannya, kerana dia punya kemewahan hati yang nyata. Terhibur dengan ikatan kekeluargaan dan setia kawan yang ada.
Aku suka dengan garapan penulis yang kemas dan tersusun. Tema dan Konflik yang diketengahkan juga adalah tema dan konflik yang relevan dan membina. Ceritanya tidak berat tetapi cukuplah aku katakan, diakhirnya, aku tetap merasa semua emosi yang disampaikan dan rasa senang dan selesa dengan kematangan Taufiq dan Johaness yang saling melengkapi.
Hmm... Entah apa ya yang saya rasa selepas membaca buku ini? Sejujurnya, seblum membaca kisah Taufiq, saya tak berkesempatan lagi untuk membaca kisah Ziyad. Jadi, saya kurang arif tentang watak Taufiq di dalam TUA seperti yang selalu disebut oleh pembaca lain.
Pada pandangan saya, Taufiq di dalam kisah ini tidaklah super green flag, kecuali pada waktu dia tetap tenang dan positif selepas mengetahui kisah tentang Nees dan Puteri. Selain daripada bahagian kebenaran terungkai itu, Taufiq hanyalah sebuah watak yang plain. Ke-sweet-an antara Johanees dan Taufiq juga agak hambar.
Buku ini nipis, maka ceritanya fast paced. Kena kahwin, jumpa jodoh, berkenalan. Ada light thriller / action (?) sikit di hujung kisah, yang mana pada saya agak cringe. CRINGE. Entah kenapa, kerjasama antara Taufiq, Qadr dan Ziyad tu terasa tak natural dan seakan dipaksa. Kemudian, penulis tak menekankan conflict of interest tiga sekawan tu sebagai askar dan sebagai suami. Macam itu bukan satu isu yang besar.
Pendedahan plot twist pula, kurang mantap,kurang umph. Macam mendatar dan tak "Nani???!!". Haaa gitu.
Akhir sekali, pada saya DUA sebagai penutup trilogi ini, agak kurang.
Akhirnya RM masukkan details pekerjaan Taufiq dan bukan hanya sekadar menjual watak TLDM sahaja.
Walaupun aksinya tak seberapa tapi okay lah. Sebab sebelum ni aku kecewa dengan TUA (atas faktor yang sama).
Kedua watak utama Johanees & Taufiq memang terbaik bagi aku. Matang dan bersikap rasional dalam membuat keputusan.
Taufiq ahhhh pandai dia mengayat ye. Sorry lah Qadr, Ziyad sila beri laluan pada abang Taufiq.
Aku juga suka RM tambah watak Nur sambung belajar (aku pernah komen dalam SUA kenapa Lai tak sambung belajar walaupun Qadr dah beri izin, aku kecewa kat situ)
Yang lain takde masalah, sebab aku suka penulisan RM cuma watak dalam sesetengah buku dia aku tak gemar sangat 🫣😬 yang ni aku bagi 5 bintang hehheeee
This entire review has been hidden because of spoilers.
Mmg tak disangkal lagi best sgt weh kisah taufiq ni. Hehehe. Abe Taufiq manis leting. Tapi tulah knp nipis sgt 😭 tapi cukup semua. Ada happy, sakit hati.
Best2. Saya bagi 5 ⭐️ so recommended tak novel ni utk baca? Yes yes yes 😊😍😘
Puteri Johanees, hidupnya bagai puteri. Menjadi lambang kasih sayang Megat Johari dan Khaleeda. Namun semuanya berubah pabila uminya pergi dan ayahnya berkahwin dengan Suraya. Mempunyai ibu serta kakak tiri, difikirkan mampu memenuhi ruang yang kosong. Tapi semuanya hampa. Kematian Megat Johari dirahsiakan, hanya selepas 2 hari kematiannya Johanees mengetahui .
Pembahagian harta tidak adil. Suraya dan anaknya Maisara membolot semuanya. Keadaan bertambah rumit, syarikat hampir muflis. Hanya dengan 1 cara, kahwinkan Johanees dgn ank Dato Talhah. Setelah diketahui Johanees yg dia sebenarnya 'dijual' demi kepentingan syarikat, Johanees melarikan diri di hari pernikahannya .
Taufiq, yg pada mulanya menerima permintaan mamanya utk bernikah, kecewa pabila pengantin perempuannya melarikan diri. Namun dia akur. Bukan jodohnya. Pasti ada sebab kenapa si dia melakukan sedemikian .
Tapi itulah, bila Allah kata dia jodoh kita, jalan berliku macam mana pon, dia tetap akan jadi jodoh kita .
Pertemuan yang telah Allah tetapkan. Tapi dengan cara berlainan. Taufiq mulai jatuh hati ketika pertama kali melihat Johanees dekat pusat rawatan orang tua. Di situ dorang mule berkenalan walaupon pd awalnya, Johanees agak dingin .
"Jgn risau. Saya akan terus jumpa awak utk tamatkan setiap cerita dan buka kisah baru. Jadi, cerita antara kita takkan pernah tamat sampai bila2." - Taufiq .
Taufiq ni memang mulut manis. Aku pon cair. Macam2 usaha dia buat utk cairkan hati Johanees .
Dekat2 hujung cerita, RM buat 2 kejutan untuk pembaca. Sangat2 tak terjangka. Salah satu tu buat aku puas. Boleh nampak gabungan hero2 trio untuk aku bergabung dalam satu misi. DUA ni memang pelengkap kisah untuk aku. Less conflict. Jalan cerita smooth. Tapi seakan tak puas membacanya .
Highly recommended. Tapi korang yg nak baca DUA ni, aku sarankan baca dulu SUA, TUA. Baru la mengikut turutan jalan cerita.
Ok seperti yang digembar-gemburkan di media sosial especially tiktok nasib tk kena spoil lebiih novel sampai ke pintu rumah menyelamtkan saya hehe Terbukti Taufiq ni the biggest green flag,dan jika dipilih antara dia dan Ziyad,Qadr sy pilih Taufiq.Dlm ni banyak cameo diorang berdua🧚🏻♀️ Taufiq ni kan orangya tenang sangat ibarat macam air yang tenang jangan disangka tiada buaya eh lah pulak,apapun dia ni penyabar giler and memang respect orang lain.Dia ayat biasa" pun Johaness dh cair shshs
Puteri Johanees pulak sy suka laa watak dia.Dia jenis bukan perempuan yg lemah semacam erm bukan nk cakap heroin sblm ni lemah sgt cuma Johanees ni jenis pandai bela diri sendiri,garang sikit ke banyak hehe,lepastu dia ni baik giler.Ha lepastu even family dia kaya,dia bukan spoiled brat gtu,dia hidup bersederhana je cukup apa adanya gtu.Dia ni tak de la ngada-ngada,lepastu hormat orang tua lagi eh siap jaga lagi.
Hm betul la konflik dia tkde la berat mana sebab tu nipis bak kata kak Rehan tk perlu melerek lerek gtu tp sy tk puas shsshshs nk lagi scene diorang dua sweet"🤍✊🏻
Saya kira andai buku ini dijadikan filem, standing ovation sudah pasti untuk karya ini. Rehan Makhtar tetap tidak lepas dari melakarkan kisah hidup seorang perempuan yang hatinya tidak pernah kalah dengan takdir. Johanees dengan ceritanya yang penuh lelah sungguh membuatkan saya juga turut lelah membacanya. Namun dengan hadirnya Taufiq menjadikan hidup Nees penuh warna.
Saya kira ini penutup trilogi yang terbaik daripada penulis. Cukup segalanya. Ada tawa, ada tangisnya. Paling penting ada nilai yang boleh kita ambil daripada setiap watak yang ada dari sebesar besar Johanees sehinggalah Nek Gayah. Tahniah buat Rehan Makhtar untuk karya ini.
Kalini kita baca cepat sebab bukunya pun tipis dan tak bermain sangat dengan emosi. Its all about sweet stuffs in here!
Anyway, ooooooh boi Taufiq ni jejaka idaman setiap wanita betul. This guy is a complete package and a green flag guy. Terjumpa pulak dengan perempuan yang teguh dengan stand dia, kuat dari segi emosinya, independent woman, and lovely (of course, just like her name).
Pertemuan mereka at first walaupun tak pernah berjumpa dan ada pahitnya sedikit tapi they ended up together. Dalam buku ni, it clearly shows that ’kalau dah jodoh, kau pergilah lari sejauh mana pun, kau akan dipertemukan semula no matter what. Aku kagum dengan buku ni sebab memang nampaklah kuatnya chemistry dan jodoh Taufiq dan Johanees ni.
Buku ni takde konflik berat dan permainan emosi sangat. Ada twist sikit dekat pertengahan cerita. Ada sedikit aksi from 3 hero perajurit negara kita (Ziyad, Qadr, Taufiq), a little bits of cuteness and romance, dan kekeluargaan. Kalini, aku puas hati sebab dapat tengok mereka bertiga bekerja. SUA kurang sikit, TUA im not sure sebab tak baca lagi. But DUA is just nice.
Spoiler alert: Aku rasa kalau part diorang involved dengan misi menyelamat tu diterangkan lebih dan lama mungkin best sikit kot. Ada dalam 2 bab je aku rasa but then terus sampai ke scene already in the hospital. And i was like, ‘eh the mission is done already?’ Cepat betul.
Tapi okay saja bagi aku, memang RM pun tak cadang nak make this book berat kan? So its an okay and fun read for me.
Dan dalam buku ni jugak, kita diberi masa untuk faham both main characters punya jalan cerita, how they get along slowly untuk build up their relationship, disebalik diorang punya get to know tu sebenarnya ada something rupanya. Ah, aku serious suka cerita yang ’kalau dah jodoh, memang tak kemana’ ni. Hahahaha sangat comel. Aturan Tuhan tu unik dan cantik sebenarnya.
Anyway, please give this a read! You’re going to love Taufiq so much dalam ni. Dia sangat manis dengan kata-kata. Mr Romeo ha begitu. Johanees sangat independent, dia tak cepat makan sangat dengan usikan Taufiq, instead dia balas dengan setepek in the face, and i love her for that.
5/5 stars because its a light read and cute.
P/s: I probably akan give TUA a read after this. Sebab watak Ziyad dalam ni macam senget sikit so i’m curious to know more. But apa-pun, kena beli dululah. Hahahaha.
Penutup untuk siri trilogi aku. Kalini kisah taufiq bertemu jodohnya pulak.
Taufiq - Siapa yang dah baca siri aku sebelum ni memang tau la taufiq ni macam mana. T in his name is really mean 'tenang'. Dia ni pergh sangatlah calm and collected you know. Tapi terhibur aku sebab sejak berjumpa dengan nees tu lepastu kena pulak diikutnya tips si ziyad tu memang jadi macam ziyad sikit la hahaha. Taufiq yang setenang umat ni pon akhirnya berkocak jua bila jumpa orang yang dia suka.
Puteri Johanees - satu-satunya FL yang lain daripada yang lain dalam siri trilogi aku ni (based on latar belakang dia). Dia seorang yang educated - berjaya belajar sampai menara gading, membesar dalam keluarga yang senang, tak melalui dugaan yang perit macam lai dengan atai. Yang sama adalah dia seorang yang saaaangat tabah, hati dan jiwa dia tu fuh suci murni macam lai dan atai. Love sangat watak dia sebab tak nampak lemah sangat dan masih berdikari.
Aku akui yang DUA ni memang the least pain la antara tiga buku ni. Pain tu ada tapi ciput je. Kisah nees yang kehilangan segalanya selepas bapa dia meninggal dunia. Semua dapat dekat mak dan kakak tiri dia. Daripada sini je korang boleh tau dugaan dia pasal apa kan? Harta. Ye harta ni memang buat manusia jadi gila. Tapi geram sikit la dengan nees ni eyyy kenapa kau reda sangat orang buat macam tu dekat hak kau. Tapi takpe the character development tu masih ada hujung² tu hehe.
Paling best part action dalam buku ni 👍🏻 sebab siri lain takde ni je yang ada haha cuma sikit sangat dan eh tetiba dah dekat hospital tapi takpelah usaha penulis nak masukkan tu ada.
Overall best sebab anda banyak terhibur bila baca buku ni 🤣
Full star!! ⭐️ Tapi tak puaslahh. Best plus nak kata pain tu takda la sangat tapi ada la sikit hehe. Cukup rencah semuanya. Btw, kat mana eh boleh dapat salah satu dari kembar 3 ni? Tak dapat tiga pun takpa, satu pun dah cukup 🤣
Salam semua! I’m just going to go straight to the point. Hands down to my favourite character and best book for the series ‘Untuk Aku.’
Cerita ala-ala cinderella sikit tapi a much more better version without much drama and cliché. Naik penuh buku ni saya tab warna pink untuk bab-bab yang sweet. Kak Author kenapa TIPIS buku ni macam tak puas ni baca!
Okay jalan cerita yang menarik, well written for both main character story cuma if boleh improve lagi it would be the last few chapter when they went for mission.
At first ingatkan watak Johanees ni macam Teratai + Lailatul tapi she stands on her own, she outshine these two. Almost nak naik geram dengan watak-watak yang senang memaafkan watak antagonist. But it gets better, the antagonist gets what they deserve.
Sembang Character yok?
Puteri Johanees, watak ala-ala cinderella tapi bukan yang mudah lemah. Personality dia yang baik hati, berfikir rasional and tak mudah mengalah.
Taufiq, ouishh sifat penyabar dia memang sweet lah. Dia tak berdendam pun bila kena tinggalkan. Bila baca bab-bab yang Taufiq mengorat Nees ouish tersengih-sengih saya.
Lah tiber ingat diri ni single… TIBERR.
Tapi overall, buku ni best compare to the 3 standalone. Kalau dia lagi panjang mungkin boleh top Seseorang untuk aku. To sum up, kak author buku ni memang BEST sangat. Rindu lah dengan Taufiq, be waiting for more your works kak!
Tak tahu nak rate berapa bintang, macam tak cukup lima bintang yang ada tu 🙊
Kalau baca Takdir Untuk Aku dan Seseorang Untuk Aku, mesti akan ada Taufiq, best friends Ziyad dan Qadr. Selalu tertanya Taufiq ni apa cerita yang penulis akan tulis untuk dia.
Jadi, Dia Untuk Aku ni mengisahkan Taufiq yang dinanti-nanti. sering ditanya oleh mama bila nak kahwin. Masih mencari pemilik tulang rusuk sebelah kiri dia. Mama kata umur dia dah terlajak tapi tak ada laa tua sangat untuk umur yang 30-an ni bagi saya. 😂
Taufiq is greenest and mature, setia menunggu. Walaupun ditinggalkan tetapi dia tidak mudah melatah, dia tahu pasti ada sebab juga dari pihak yang meninggalkan. Kecewa ? Iya kerana telah memalukan mama yang bersungguh mencari untuk dia.
Pertemuan dengan Johanees membuka semula pintu hatinya, kalini dia tak silap dah. Betul-betul dia rasa sekeping hatinya telah dicuri oleh perempuan yang baik budi pekerti itu.
Cuma, bila Johanees perlu menurut permintaan ayahnya yang ingin jodohkan dia dengan anak lelaki kawannya. Johanees reda dan perlu mengundurkan diri daripada lelaki itu. Dia risau jika dia pernah berjanji atau memberi harapan pada lelaki itu.
Trope: Arranged marriage He fell first Love at first sight
1. Finally aku baru baca kisah Taufiq after a long timee. TBR dari PBAKL23 lagi. Masyaallah banyak betul buku aku kena habiskan haha. Macam biasalah kalau Qadr dan Ziyad dah best, of course la Taufiq pun best.
2. Kisah Taufiq ni tak berat sangat. Boleh jadi comfort book. Kesian dia kena tinggal on a wedding day 😆 Tapi comel je Taufiq cuba tackle Johanees. Tak putus asa walaupun Nees tak layan.
3. Nees ni betul-betul modern Cinderella. Ada mak tiri dan kakak tiri syaiton nirrojim haha. Perangai masyaallah, gila harta. Cuma bezanya ayah Cinderella confirm mati. Tapi ayah Nees? Jeng jeng jeng. Ada plot twist kat situ.
4. The trio ada dalam buku ni. Especially Ziyad dan Atai. Ending dia boleh tengok la the trio bergabung dalam satu mission menyelamatkan bini masing-masing.
Tak sangka Tuan Komander Taufiq macam ais beku ni pun jiwang jugak pandai guna ayat-ayat cinta lori gula terbalik sebab nak pikat Johanees ni ha ha ha... akhirnya cair jugak dan boleh bertukar jadi mat bunga tuh. Kisah kali ni memang buat aku tersenyum puas dan sakit rahang sebab banyak sangat tersengih dengan gelagat si Taufiq ni tau. Puteri Jonanees adalah wanita yang selayaknya menjadi 'Partner In Crime' bagi Taufiq.
'Well..Two people that are meant to be together always find each other in the end'.
Aku memang peminat tegar gaya penulisan rehan makhtar jadinya memang aku sukakan buku ini. Buku ketiga dalam siri ‘Untuk Aku’. Penceritaan yang padat dan fast paced tak terlalu meleret dengan scene yang tak sepatutnya ada.
Mengisahkan Taufik yang dijodohkan oleh ibunya dengan Johanees tapi siapa sangka dia ditinggalkan perempuan itu pada hari yang sepatutnya menjadi hari bahagia mereka mengikat kasih. Perkahwinan mereka diaturkan oleh family atas sebab tertentu (kena baca sendiri taknak spoil)
Personally bagi aku Taufik ni paling green flag kalau nak dibandingkan dengan Qadr dan Ziyad sebab Taufik ni tak nakal sangat macam lagi dua ketul tu.
Happy ending 😋 cumanya kurang puas sebab pendek sangat novel ni 😭
Puteri Johanees dan Taufiq. Mereka reda untuk bertunang walau tidak pernah bertemu. Semasa Taufiq sedang berjalan ke pelaminan mereka, Johanees telah melarikan diri kerana rasa tidak mahu menganiaya diri sendiri dan keluarga tunangnya. Taufiq reda. Begitu juga Johanees. Mereka reda dan ikhlas. Namun bila sudah ditakdirkan untuk bersama, maka mereka bertemu kembali. Tetapi perjalanan hidup mereka masih lagi dilanda ombak yang ganas. Adakah bahagia untuk mereka berdua?
Laju je habis. Agaknya sebab tak berat kepala sgt konflik dia pun. Enjoy juga baca sbb cute je Taufiq x Puteri. Mmg an enjoyable light read. Tak serabut kepala baca.
Alhamdulilah, sekarang saya dah jumpa comfort book dari karya Rehan Mekhtar...First time, saya jatuh cinta dengan hero Rehan Mekhtar.... suka gila dengan watak Taufiq yang sentiasa tenang dan matang dalam menghadapi masalah sama seperti Johanees. Fl & Ml memang saya lurve gila❤️Suka jugak dengan friendship bond antara Taufiq, Ziyad & Qadr😁Walaupun nipis, saya tetap rasa puas baca. Saya rekomen kepada siapa yang nk healing after baca buku-buku pain.
"Biarpun tidak mampu bersuara, dia yakin, Taufiq tahu akan perasaannya. Kerana lelaki ini juga yang telah Tuhan pilih untuknya."
Habis baca in one sitting. Pagi ke petang sup! Cepat je baca. Tak perlu pause² ke sebab storyline dia memang padat.
As someone yg tak baca lagi Seseorang Untuk Aku & Takdir Untuk Aku, aku rasa tak ada masalah untuk terus baca buku ketiga ni sebab dia ada explain jugak sedikit pasal buku² prequel tu, tapi akan ada sedikit spoiler lah but it's okay since aku tak kesah sangat. Lagi aku nak beli dua buku tu adalah (memang dah order pun kt shopee XD)
So, my review on this book would be pretty simple.
Pertama, plot. Dari segi plot aku memang salute Rehan Makhtar sebab dia berjaya buat aku betul² khusyuk membaca novel ni. Dia tak meleret, straight-to-the-point, dan penulisan yang sangat menarik. Pada aku, dari gaya penulisan author ni, dia sangatlah berbakat dan thoughtful. Dari cara bicara watak² ni sampai lah ke details karakter², aku rasa memang tiptop sebab tiada unsur mencarut atau perkataan kesat/kasar which is good untuk anak² muda yang aku yakin suka baca novel macam ni. Kedua, gaya penulisan yang hebat dan positif. Penulisan dia akan mempengaruhi minda anak² muda ni dengan cara yang positif; boleh tengok karakter Nees yang penyabar, redha, dan tetap kuat menghadapi ujian dan cabaran hidup. Memang aku sokong lah dengan contoh² baik yang ditunjukkan melalui karakter² dalam novel ni. Ketiga, karakter itu sendiri. Aku sangat sokong dengan sikap² karakter yang baik dalam novel ni, walaupun agak susah aku nak hadam sebab agak tidak realistik tapi tidak mustahil wujud manusia yang hatinya memang baik dan suci dalam dunia ni yang kita boleh jadikan contoh. Next, plot twist dia. Personally plot twist dia memang menarik. Aku boleh agak dah apa akan jadi tapi pada aku lah plot twist dia pun well executed. Aku memang dah terbiasa baca novel yang plot twist dia memang kaw kaw, jadi aku rasa tak hairan pun bila aku baca plot twist novel ni. Masih boleh teka tapi untuk yang minat novel romance ni mesti terkejut bila baca novel ni haa gitu.
Aku sengaja taknak ulas banyak pasal apa plot or benda yang terjadi dalam ni sebab aku nak korang baca sendiri novel ni. Aku hanya memberi review dari segi critical points sahaja.
Overall, aku rasa memang sesuai la novel ni hyped kt tiktok sebab memang aku rasa layak sangat. Tak ada spicy scenes which I love so much. Chemistry tu ada, romantis² pun ada and still menjaga batas. Sangat suka lah!
Sesuai dijadikan 'comfort book'. DUA ni tak berat macam SUA & TUA. Kisah hidup Al-Qard dan Lailatul, Ziyad dan Teratai Nur lagi berat jika nak dibandingkan kisah hidup Taufiq dan Puteri. Tapi masih boleh buat kita mengalir air mata (beberapa part saja).
Dalam DUA ni banyak juga adegan lawak dari trio ni. Macam yang kita sedia maklum, Taufiq ni orang yang terpalinh tenang jika nak dibandingkan dengan 2 kepala lagi tu. Tapi jangan terkejut dalam DUA ni Taufiq jadi miang-miang keladi macam Ziyad. Bak kata Taufiq pun "pengaruh rakan sebaya" 🤣
Pesanan khidmat masyarakat dari saya, don't expect too high, just enjoy jalan cerita yang indah takdirnya dan 'jodoh tertangguh' antara Taufiq dan Puteri. Menarik. Warning juga, yang single jangan rasa sesal pula masa baca, sebab ayat Taufiq memang tak hormat orang single langsung 😂
Sikit tentang kisah ni, ibu tiri Puteri hendak menyatukannya dengan seorang anak rakan bisnes syarikat 'arwah' suaminya. Perkara ni juga pernah disebut oleh ayahnya suatu ketika dahulu. Ternyata ada syarat yang dibuat oleh si ibu tiri dan rakan bisnesnya itu, yang menyebabkan Puteri melarikan diri beberapa minit sebelum mereka nikah. Si tunang terkilan dan kecewa tetapi tidak pernah berdendam. Puteri pergi tanpa pandang belakang lagi. Teruskan mencari ketenangan sendiri.
Selang beberapa bulan dia berkhidmat di sebuah pusat jagaan orang tua, Puteri bertemu dengan Taufiq di sana. Di saat Taufiq menemani Ziyad dan Teratai Nur menemui bapanya yang sekian lama menghilang tanpa khabar. Di situ bermulalah perkenalan mereka, bait-bait cinta mula terlakar. Comel je dua-dua, Taufiq straight forward bagitahu perasaannya. Puteri pula malu-malu tapi mahu. Di situ jugalah, Puteri bertemu dengan ayahnya yang dikhabarkan sudah meninggal oleh ibu tirinya beberapa tahun lepas.
Di saat bahagia mula bercambah. Puteri tersedar sesuatu bahawa dirinya masih tunangan orang. Hal ini kerana, sewaktu hari sepatutnya dia dinikahkan, pihak lelaki tidak pula menyatakan hasrat untum memutuskan tali pertunangan. Jadi di sinilah yang buatkan diri tak tahu nak bertindak macam mana. Hati dah terpaut pada Taufiq, tapi dia perlu turutkan kemahuan si ayah untuk teruskan pernikahan dengan tunangnya itu.
agak terkejut bila dapat buku ni sebab nipis and comel je hahaha. suka gila this book!! tak boleh berhenti nak selak baca.
theme of the book: kekeluargaan, bak kata johanees, silaturrahim juga adalah salah satu bentuk kekeluargaan bukannya bergantung pada darah daging semata.
pengajaran: - memaafkan orang yang telah berbuat salah untuk move forward. - kalau dah jodoh, tak ke mana dan tak salah alamat - hargai ibu bapa
I REALLY LOVE TAUFIQ LIKE MANA NAK DAPAT A WALKING GREEN FLAG LIKE HIM🧎🏼♂️?? vibe dia tenang je and tak mudah melulu. pastu everything dia cakap i rasa nak jadikan quote and nak tab semua benda dia cakap 😭 (which i did). he is one of the character yang i tak boleh nak detect any salah silap dia like he’s PERFECTT. the way dia mengurat johanees omg rasa cam dia ngurat kita ye. tak pernah putus asa even kena palau dengan nees.
Johanees pulak a very strong and loving character. a good daughter eventhough dia dibesarkan macam puteri oleh ayah dia but she was not a spoiled brat. very down to earth. sanggup bekerja di pusat jagaan orang tua semata mata nak rasa berbakti kepada orang tua. her interaction with taufiq is mostly jual mahal punya version. tapi comel la dia punya blushing bila taufiq usik dia hahah.
anyways i tak puas baca lagi this novel actually sebab nak banyak scene dorang lepas kahwin and anak dorang lepas lahir 😭🫶🏻 papepun memang solid 5🌟
Aku berjaya habiskan buku ni tak sampai setengah hari.
Okay aku mengaku dah attached dengan novel ni bila masuk je pendahuluan bab 1 tu. Fuh, feeling habis. Kita bagi snippet sikit. Sikit je, boleh la eh?
"Jodoh adalah sesuatu yang telah ditempa syurga. Ketetapan yang Tuhan berikan pada setiap hamba. Jika tidak di dunia, pasti akan ada yang menanti di syurga. Yang dituntut semasa di dunia, adalah usaha dan kesabaran."
Overall buku ni memang best. Satisfied ending. Banyak juga nilai moral yang boleh diambil serba serbi. Watak Johanees yang selalu reda dengan takdir, sabar dan sentiasa bersyukur. Taufiq yang selalu tenang, rasional dan matang. Dan juga watak2 lain yang melengkapkan keadaan.
Plus point:
Kelakar! Aku boleh gelak dan sengih tak kuring gusi sorang2. Adeh parah. Bukan sekali, banyak kali ya. Taufiq dengan member dia. Taufiq dengan Johanees. Taufiq dengan adik2 dia. Ada je part yang buat kau ketawa. Best best!
Buku ni bersih ya. Kau faham tak apa maksud aku tu?
Banyak lagi sebenarnya nak ulas. Tapi cukuplah sampai di sini. Bye~
OMG! FINALLY SOMETHING TO REVIEW! This is really my new comfort book this year! I wish this book was longer, but it's okay aku tetap suka!
Taufiq! Tersangatlah green, tak tau la nak cari mana, positive, helokss pulak tu, haih, dah tua pun tetap abeeee 🤭😍
Johanees or Nees! Aku suka watak dia, slay time dia hentam mak tiri dia tu, mulut cakap tak nak tapi hati kata nak kat Taufiq! 🤭
Dalam ini, sumpah aku cakap korang patut beli and baca, storyline fast paced, and aku suka kak RM dia selitkan Ziyad & Qadr, part trio ni sumpah aku penat gelak! 🤣
Taufiq & Johanees, dua ketul ni berani sweet-sweet dalam buku, dah la aku single, lepas tu, ayat Taufiq perghh nak mengorat Nees (hehe) I really love their love story tbh!
Saya suka! saya suka! Buku ni sesuai untuk sesiapa baru jer baca novel pain, lepas tu nk rilek² boleh baca!