Apabila umat saling bertelagah, Islam diranapkan syaitan.
Ada dunia lain di Nusantara. Dunia hikayat yang merampas gelaran Adiwangsa.
Selepas peristiwa berdarah di Banda Buana, dimensi yang memisahkan manusia, bunian, kayangan, duyung dan syaitan semakin retak, mengundang petaka. Syaitan kian berkuasa. Ayyan dan Faris memimpin Lasykar Estodania ke Baitul Hikmah demi mengembalikan kegemilangan Estodania yang sudah jatuh ke tangan musuh. Tanpa diduga, pengkhianatan demi pengkhianatan menyebabkan masa depan Nusantara jadi taruhan.
Mampukah kebangkitan syaitan itu dihalang andai Muslim sendiri yang mengkhianati Islam?
Awan Wafdan is a Malaysian writer who's making a name for himself in the literary world. Born and raised in Semporna, Sabah, Awan's passion for writing began at a young age. He attended SK Sulabayan, SMK Kabogan, and SMK SANZAC in Kota Kinabalu before continuing his studies at SMK Bugaya in Semporna, where he pursued his STPM. He holds a Bachelor's Degree in History and Malay Language Studies from University Sains Malaysia.
Awan's love for storytelling has now blossomed into a full-blown career, and he's currently working on an exciting series of fiction novels inspired by Malay mythology and history. His debut fantasy novel, Hikayat Adiwangsa, published by Mahakarya, Patriots Asia, hit the shelves in 2021 and has received rave reviews from critics and readers alike.
But Awan's talent doesn't stop at novels. He also pens contemporary poetry and heartwarming short stories that tug at his readers' heartstrings. When he's not weaving tales of magic and wonder to crafting new worlds, Awan loves gazing at the clouds, finding inspiration in their ever-changing forms. For him, the clouds serve as a mirror to life, reminding us that everything changes with time.
If you're looking for a writer who can take you on a journey through time and space, look no further than Awan Wafdan. You can connect with him on social media at @seketulawan and be a part of his ever-growing community of readers.
Juga sebuah karya fantasi epik yang sangat kaya dengan unsur mitologi Melayu, sejarah Nusantara, dan konflik spiritual.
Berlatar di dunia fantasi Nusantara yang kompleks, di mana dimensi antara manusia, bunian, kayangan, duyung dan syaitan semakin retak selepas peristiwa berdarah di Banda Buana. Dunia ini diberi nama Estodania, dan ia sedang mengalami ancaman besar akibat kebangkitan syaitan dan pengkhianatan dalam kalangan umat Islam itu sendiri.
2 watak utama dalam Hikayat Adiwangsa Lasykar, Ayyan dan Faris, terus memimpin Lasykar Estodania dalam misi ke Baitul Hikmah untuk mengembalikan kegemilangan tanah air mereka yang telah jatuh ke tangan musuh. Perjalanan mereka kali ini dipenuhi dengan pengkhianatan demi pengkhianatan yang menggugat masa depan Nusantara. Ayyan berusaha mencari Keris Sirin yang tercicir di Pauh Janggi. Faris pula cuba mempertahankan saki-baki keamanan Estodania bersama pasukannya.
Betul, dah macam cerita Lord of the Ring. Kalau difilemkan aku akan jadi penonton awal.
Gaya penulisan Awan semakin bombastik, penuh dengan istilah ciptaan dan bahasa khas semesta Adiwangsa. Nasib baik ada glosari di hujung buku untuk bantu memahami istilah dan dunia yang kompleks ni. World-building Awan luar biasa kaya, imaginasi tinggi, dan penggabungan mitologi Melayu dengan elemen fantasi moden.
Kekadang tu terbit persoalan dalam otak aku - adalah Awan berasal dari bunian? Sama seperti pengalaman aku membaca Kersani, aku risau Aenid Abdullah ditangkap bunian. Haha.
Aku suka, cuma 1 aja nak komen - agak pening untuk fast-paced reader seperti aku. Makin banyak nama, tempat dan peristiwa yang teramat ajaib yang membunuh sel sel otak. Aku menggunakan masa yang panjang untuk menghabiskan novel ini ini sebenarnya.
Perjalanan Ayyan dan Faris diteruskan lagi dalam Gapura Matra.
Buku yang kedua ini menurut SH adalah lebih kompleks daripada buku yang pertama. Banyak lagi dunia atau alam yang diperkenalkan di dalam naskah ini. Dan juga terdapat pertambahan watak yang sememangnya sudah sedia banyak di dalam naskah ini. Ini sedikit sebanyak memeningkan kepala SH. Sedikit berasap kepala apabila membaca untuk mengingati watak-watak.
Watak Ayyan tidak nampak perkembangan wataknya. Dari naskah yang pertama sehingga kini tiada nampak perkembangannya. Seolah-olah tiada impak perjalanannya dalam naskah ini. Baik pemikirannya, baik kelakuannya dan sebagainya tiada sebarang perubahan. Ini membuatkan SH tidak nampak kepentingan Ayyan di dalam naskah ini.
SH tidak tahu mengapa tetapi membaca naskah yang kedua ini terasa sedikit membosankan. Mungkin kerana terlalu banyak untuk dihadam. Atau mungkin otak SH sendiri yang kurang fokus semasa membaca naskah ini. Namun, tidak mengurangkan niat SH untuk mendapatkan naskah yang selanjutnya.
Pengakhiran naskah ini sememangnya membuatkan SH sakit hati. Korang dah kenapa macam tu. Geram betul dengan Faris dan juga Ayyan. Ada beberapa persoalan yang masih belum terjawab di dalam naskah ini. Mungkin jawapannya di dalam naskah yang seterusnya.
✿ 𝓢𝓲𝓷𝓸𝓹𝓼𝓲𝓼 ✿ Selepas Perang Banda Buana dalam Hikayat Adiwangsa Lasykar, dimensi yang memisahkan manusia, syaitan, bunian, duyung dan kayangan semakin retak.
Faris dan Ayyan terpaksa berpisah sekali lagi demi mencapai matlamat masing-masing. Ayyan berusaha mencari Keris Sirin yang tercicir di pauh Janggi. Faris bersama saki-baki Lasykar Estodania cuba mempertahankan keamanan Estodania yang berbaki.
✿ 𝓡𝓮𝓿𝓲𝓾 ✿ This book needs 𝙁𝙊𝙆𝙐𝙎, 𝙆𝙀𝙍𝘼𝙅𝙄𝙉𝘼𝙉 & 𝙆𝙊𝙈𝙄𝙏𝙈𝙀𝙉 𝙔𝙂 𝙏𝙄𝙉𝙂𝙂𝙄 supaya tak lost && dapat berkelana w Ayyan & Faris – let me tell you why.
Cerita kalini focusing on world-building, sejarah & politik Nusantara itu sendiri. Tapi idea yg paling fresh dari buku ni is the 𝙩𝙞𝙢𝙚-𝙩𝙧𝙖𝙫𝙚𝙡 & 𝙙𝙞𝙢𝙚𝙣𝙨𝙞𝙤𝙣-𝙛𝙪𝙨𝙞𝙤𝙣 𝙘𝙤𝙣𝙘𝙚𝙥𝙩! Imagine first movie Spider-verse yg gabung banyak dimensi kan, bezanya buku ni gabung tamadun lampau w tamadun sekarang dalam satu masa? — Damn, jaw dropped! 😮💨🤚🏻
Vibes kalini 𝙡𝙚𝙗𝙞𝙝 𝙞𝙣𝙩𝙚𝙣𝙨𝙚, 𝙩𝙧𝙖𝙜𝙞𝙘 & 𝙠𝙚𝙟𝙖𝙢 T.T dah takde dah filtered blood scenes yang mesra-pembaca, semuanya memang author bagi all out! Memang terasa syaitannya perangai bangsa syaitan dalam ni 👹 tapi ada jugak part kita gelak, had emotional damage & menyesal baca malam, send chills down the spine oke! 🥶
Character-wise, kita sumpah geram ngan Ayyan ni! Kenapaaaa selalu menyorok belakang bayang-bayang orang lain? Saklahnya sampai ke akhir dia macamtu aigoo learn from Faris, Faris has what it takes to be a leader 😎👍🏻
Uniknya buku ni jugak, dia ada 4 𝙜𝙡𝙤𝙨𝙖𝙧𝙞 kat belakang hence why kita cakap tadi — 𝙠𝙚𝙣𝙖 𝙧𝙖𝙟𝙞𝙣! Kita suka macam mana semesta ni ada bahasa dia sendiri aaa love loveee 𝙗𝙖𝙝𝙖𝙨𝙖 𝙋𝙚𝙘𝙝𝙚𝙧𝙖, sambil baca sambil praktis sebut tau! 🫶🏻
Cumanya maybe la, maybe yg kurang memuaskan bagi kita — 𝙙𝙚𝙡𝙞𝙫𝙚𝙧𝙮 𝙠𝙪𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙢𝙤𝙤𝙩𝙝. Since ni buku fantasi, ada banyak unfamiliar terms sebab yelah, kita belajar “dunia” orang lain kan. Tapi dia jadi kurang smooth sebab random terms ni pop up without explanation straight afterwards. Contohnya “Hudsyera”, kita jadi taktahu nak pinpoint ini nama bangsa/tempat/peristiwa/gelaran atau macam mana & 𝙠𝙚𝙣𝙖 𝙗𝙚𝙧𝙖𝙣𝙙𝙖𝙞-𝙖𝙣𝙙𝙖𝙞 for like 30 pages only then dia explain. Waktu berandai-andai tu tak best untuk kita 🥲
But all in all, I enjoyed this & demand for the third book 😤☝🏻
✿ 𝓡𝓮𝓬𝓼 ✿ Peminat fantasy & pembaca HAL, cepat cepat baca buku ni tau! 🙌🏻
Ahh Tahniah penulis atas terbitnya buku kedua ini! Hikayat Adiwangsa ternyata satu karya yang kaya dengan worldbuilding yang menawan dan membawa kita melayang bersama imaginasi. Rangkaian ayat yang digunakan juga sangat bombastik sehingga perlunya hadir kamus melayu disebelah untuk menghayati perjalanan dunia fantasi yang serba kompleks ini.
Meski kaya dengan kosa kata yang padu, makhluk yang pelbagai dan dunia-dunia yang gah tapi malangnya ada beberapa perkara yang membuatkan karya ini tidak dapat mempamerkan sisi kegemilangannya yang sebenar. Perkara utama yang jelas adalah kerana watak utama yang kurang berperanan membawa hala tuju diri, personaliti berubah-ubah, sukar diagak dan tersangkut-sangkut dalam menggerakkan emosi. Berikut adalah pengalaman saya sebagai pembaca, mana yang baik boleh gunakan, mana yang tidak boleh sahaja tinggalkan:
1. Karakter Development
I have like tons of issues dengan watak-watak dalam buku ini, haha.
Keberadaan Ayyan dan Faris di dalam buku ini saya kira cukup hanya sekadar pengembara yang menyinggah, hadirnya kerana plot itu harus maju kehadapan iaitu berpindah dari satu tempat ke satu tempat. Peranan mereka 'hanyalah dan semata-mata' memperkenalkan tempat-tempat yang ada di dalam buku ini.
Cerita ini terlalu banyak karakter sampai ada karakter yang tidak dapat berfungsi dengan baik. Malah kalau disingkap betul-betul, karakter yang banyak itu mempunyai 'personaliti' yang sama, sedangkan boleh merge the personalities into one person. Kecilkan circle and make the characters in the circle grow pleasee.
Antara babak yang aku kurang setuju adalah karakter-karakter yang sepatutnya tampil berkarisma tetapi telah hilang karismanya serta merta kerana sewenang-wenangnya memberi kemaafan setiap kali tersedar dirinya melakukan kesalahan. Sedangkan yang berkarisma itu membuktikan 'tanda maaf' dengan kelakuan dan bukan sekadar ungkapan di bibir. - Need to do a lot of research bagaimana jenis orang berkarisma itu.
Watak-watak sampingan untuk #teamayyan dan #teamfaris pun tiada kesangsian terhadap Ayyan dan Faris selaku cucu Imam, semuanya bersikap serba setuju dan terima, like what? Duri dalam daging pun wujud kerana sudah dari awal lagi dia adalah seorang penyamar. I need betrayal, I need the feeling of uncertainty to feel the certainty itself, Ayyan dan Faris tidak diberi peluang membuktikan diri mereka selayaknya, hanya kerana keturunan semuanya dibagi green light. Hmm, apalah growing mereka berdua ini? :'(.
Lagi satu kenapa Pak Benayat dan Anyahaffaf sibuk 'tenangkan' Farihah sedangkan mereka sebelum ini digambarkan sebagai sosok yang ngeri dan tidak punya perikemanusiaan? Huhu.
Saya perasan semenjak dari buku pertama, setiap kali Ayyan menyinggah ke tempat baru, dia pasti akan dimarahi, ditampar seolah-olah dirinya sangat lemah sehingga mengalahkan manusia itu sendiri. Common sense dia pun hampir hilang terutamanya ketika scene dia mencabut keris itu.
Apabila kita mengikuti perjalanan seorang Ayyan, pasti Faris sahaja yang diingat-ingatnya manakala sebaliknya juga bagi Faris (bagus kasi kawin seja kamu dua ni, pfft). Seolah-olah benda yang menjadi inspirasi perjalanan mereka hanyalah ketakutan bahawa orang yang mereka sayang akan mati dan bukannya ketakutan kerana tidak mentaati perintah Tuhan seperti yang sering dibangkitkan dalam cerita ini. Ketakutan terhadap Ekrandia itu juga sudah di momokkan di dalam masyarakat sehinggalah setiap bala dan petaka yang menimpa pasti pembuatnya adalah Ekrandia, seolah-olah itu sahaja keburukan yang ada.
Pendek kata, karakter dalam buku ini tidak perform dengan baik, hingga akhirnya tidak memberi kesan yang signifikan kepada saya selaku pembaca. Sekiranya saya seorang karakter dalam buku ini, dengan keadaan Ayyan nya yang cengeng dan Faris yang kurang keyakinan, dari awal lagi sudah saya 'matikan' mereka dan mencari jalan lain menyelamatkan Estodonia, itupun kalau Estodonia itu worth to save. Kalau tidak, saya akan guna kan Ayyan atau Faris sebagai pepatung to my own benefits.
2. Cara penulisan
Ada beberapa perkara yang sangat menganggu pembacaan saya untuk buku ini semenjak dari buku pertama. Abundant uses of words 'sedikit', 'terkejut' dan '!' biarpun dalam nada tenang.
'Sedikit marah', 'sedikit kecewa', 'sedikit janggal' - jangan, jangan lakukan hati ku begini, kalau marah kata marah, kalau kecewa kata kecewa, kalau janggal kata janggal, perasaannya tu bila bertemu perkataan 'sedikit' dalam buku ini, hati kita berbelah bagi nak percaya atau tidak percaya dengan emosi watak tesebut.
Salah satu perkara yang saya perasan juga adalah penulis banyak 'meneka-neka' apa yang ada dihati watak-wataknya sendiri. Dalam satu perenggan, fikiran watak terlalu menerawang sehingga watak-watak tersebut lupa untuk berpijak di 'dunia nyata' mereka. Untuk perkara ini saya cadang untuk penulis sort emosi watak-watak, kerana terlalu banyak watak, penulis terus menebak (baca: forcing reader to feel what the character are feeling) sedangkan tidak ada atau kurangnya bahasa tubuh yang menyatakan demikian.
Apa kata pilih satu watak dan biarkan penerangan tentang keadaan sekeliling dan tubuh badan melalui kaca mata watak tersebut. Meskipun penulis memilih untuk menjadi naratif ketiga, tidak sewenang-wenangnya naratif tersebut menebak apa isi hati watak tanpa singgah dari mata dahulu. Ada sebabnya kenapa wujudnya ayat 'dari mata turun ke hati', kita nampak dahulu baru lah bisa merasakan giteww.
Suspen tak jadi suspen kerana sudah dijelaskan, pertanyaan tidak jadi tanda tanya kerana semua sudah dibongkarkan. Penulis lebih memilih untuk memuntahkan semua fakta pada masa yang sama, membuat kan cerita ini mendatar, tiada episod yang memberi makan perasaan ingin tahu.
Akhir kata ini merupakan satu cerita yang berpotensi meninggalkan kesan yang mendalam andai sahaja saya mampu merasai perjuangan Ayyan dan Faris sehingga ke sanubari.
Teruskan berkarya Awan 👍
This entire review has been hidden because of spoilers.
"Gagal? Atau Allah yang menangguhkan kemenangan kamu?"
Hikayat Adiwangsa: Gapura Matra mengisahkan kembara Ayyan dan Faris dalam mengembalikan semula kegemilangan Estodania selepas jatuh ke tangan pihak musuh hasil kelicikan Attalsin. Namun usaha mereka tidaklah mudah kerana satu persatu konflik yang timbul memaksa mereka membuat keputusan sukar demi mengangkat semula era kegemilangan Islam.
Novel ini bermula dengan Attalsin dan pengikutnya mengorak langkah dalam usaha membumikan Ekrandia. Begitu juga dengan gerakan merampas semula Estodania yang diketuai oleh Ayyan dan Faris. Kemudian pengembangan plot boleh dikatakan agak perlahan kerana penulis lebih fokus dalam binaan dunianya yang agak kompleks di mana kali ini diterangkan lebih terperinci berbanding novel sebelumnya. Walaupun binaan dunianya amat bagus, namun perkara tersebut juga menjadi kelemahan ketara dalam novel ini kerana cara penyampaiannya dirasakan terlalu banyak pada satu masa yang kadang menganggu aliran penceritaan dan sebahagian kecil yang terasa lewah. Justeru, penambahan Pustaka Wangsa oleh penulis sedikit sebanyak membantu pembaca dalam memahami dunia Hikayat Adiwangsa dengan lebih mendalam. Menuju sepertiga akhir novel ini, penulis menimbulkan konflik yang boleh membuatkan pembaca berbelah bahagi akan keputusan yang bakal dibuat oleh Ayyan dan Faris, secara tidak langsung menjadikan watak mereka ditulis begitu baik dengan konflik dalaman masing-masing. Antara perihal yang disentuh dalam novel ini ialah kesan hubungan kekeluargaan yang retak terhadap individu dan nilai sebuah kepercayaan dalam kehidupan.
Secara keseluruhannya, novel ini merupakan bacaan yang mempunyai tempo penceritaan perlahan tetapi menyajikan sebuah pengembaraan fantasi islamik yang epik serta sarat pedoman. Usaha penulis untuk menjadikan karyanya sebuah karya fantasi tinggi dengan merangka sejarahnya yang terperinci serta mempunyai sistem bahasanya tersendiri perlu dihargai oleh peminat genre fantasi. Walaupun ada sedikit kekurangan pada pelaksanaannya, namun perkara itu sedikitpun tidak akan menganggu tekad pembaca untuk mengetahui kesinambungan Hikayat Adiwangsa yang seterusnya.
setting: pelbagai dimensi di nusantara aka kepulauan Melayu
summary: sambungan Hikayat Adiwangsa: Lasykar.
dalam Gapura Matra, syaitan cuba membuka nadi Estodania tapi tidak berjaya crack the code. Faris sekali lagi berpisah dengan Ayyan dengan misi masing2. Ayyan dengan misi mencari kembali keris Sirin. Faris pula dengan saki baki lasykar cuba menyelamatkan Estodania.
Banyak kejadian yang berlaku di sepanjang misi mereka itu..
my thoughts? 1. Cerita ini sangatlah kompleks ye. Kau kena extra focus bila baca. Aku mengaku aku sendiri berapa kali lost cuba nak faham. Dia ada banyak dimensi, manusia, bunian, kayangan, duyung dan syaitan.
2. Cerita ni best sangat! World building is fantastic. Sampai tak sedar kau termasuk sekali kat dalam dunia tu bila baca. Full of adventures. Action packed. Diselang selikan dengan emosi yang turun naik bila baca.
3. Aku agak geram dengan Ayyan dalam buku 2 ni. Aku confuse dia ni betul ka dari keturunan yang hebat? kenapa dari awal sampai akhir cerita lemah sangat? Cengeng pulak tu. Asyik buat stupid decisions. Tak paham aku 😑
4. Aku nak tahu rupa bentuk Medicak macam mana, aku tak boleh imagine stress aku 😭 Awan please sediakan sekali illustrasi watak2. Aku cuma boleh terbayang Solena ni macam Tinkerbell, Pangeran Badar macam Aquaman 😆
5. Beberapa chapter last tu aku tak sangka betul. I wasn't expecting that. I was speechless. Kenapa macam tu 😭 omg terseksa pulak nak tunggu buku 3.
6. My only complain is, buku ini terlalu banyak watak. Dengan sejarah2 yang diceritakan dalam tu pun aku dah start pening. Sampai aku tak boleh nak catch up hahaha. Bodoh ke aku 😭
I’m not entirely sure why but somewhat this book kind of makes me don’t want to read any sequel, if there is ever any. I’m somehow disappointed with how it going.
As for the characters, not only with the absence of growing, their personalities also are slowly killed, in good way and in bad way that towards the end, nothing can really save this character massacre done by the author. Seolah author terlalu focus on plot twist tapi abaikan watak yang menghidupkan plot.
At the end, the surprise is no longer a surprise to reader as we can already see what the author want to do next. Basically it kills hope to me as a reader. Like you know this character as such and you hope the author will turn things around, but nothing as such occur in this book.
However, I am very much impressed dengan dunia yang author create, and the length the author goes, I can imagine how beautiful it is if it’s animated or make a life action.
Apart from that, in this book too I can see, the language, the phrase, the wordings are beyond exceptional. Always love Awan Wafdan style in Malay language!
But this book is pretty much an evidence of saying, not all books are for everyone regardless how neatly written it is.
Sorry masih tak boleh terima perangai budak budak si Ayyan dari awal novel sampai habis. Ayyan ni macam Harry in The Order of the Phoenix. Ayyan ni macam Frodo in The Fellowship of the Ring. Emotional, obsessed, immature.
Agak menguji kesabaran dengan 'kenaifan' & 'kegopohan' Ayyan dalam naskhah ni. Tapi saya anggap memang wataknya direka sedemikian rupa, takkan semua nak yang indah² saja kan. Mungkin watak beliau akan lebih matang seiring usia dan pengalaman. Untuk Faris, tiada komen.
Dah baca Hikayat Adiwangsa : Lasykar? Buku ini adalah sambungannya. Hikayat Adiwangsa : Gapura Matra.
Imbas kembali, dalam buku pertama Faris menerima tawaran menjadi Lasykar Estodania. Keputusan itu menyebabkan Faris terpaksa meninggalkan Kampung Pagung, Ayyan dan Imam Syahriyan.
Dalam buku kedua ini, Faris dan Ayyan bertemu kembali selepas Estodania jatuh ke tangan musuh Nilakendra. Faris dan Ayyan mempunyai misi yang perlu dijalankan. Faris ingin menyelamatkan Estodania, dan Ayyan sebagai waris Surih Sirin terpaksa menerima tanggungjawab yang lebih besar.
Kisah ini akan membawa kita mengembara kembali ke dunia-dunia penuh fantasi bertemu dengan makhluk-makhluk ciptaan Allah SWT : manusia, bunian, duyung, kayangan dan syaitan.
Secara ringkasnya, hikayat ini berkisar tentang perebutan kuasa antara lima kelompok utama (manusia, bunian, duyung, kayangan dan syaitan). Syaitan adalah musuh utama, empat kelompok lain membentuk kesepakatan dan rancangan bagaimana mengalahkan kelompok syaitan durjana.
Cerita ini sebenarnya agak kompleks, jadi disarankan membaca dengan fokus, supaya kita tidak hilang jejak jalan ceritanya. Ada banyak watak yang akan muncul dan pergi, juga akan ada banyak tempat yang bakal disinggahi sebelum mereka sampai ke tujuan akhir. Saya tertarik dengan kreativiti penulis memasukkan beberapa watak dari cerita hikayat lama seperti Sang Kelembai, Raja Bersiong, Mayang Bertujuh ke dalam novel ini. Walaupun hanya sedikit, tapi digarap dengan baik dan muncul kena pada tempatnya.
BAITUL HIKMAH - dalam banyak tempat yang wujud, saya mengharapkan ada ilustrasi bagi menggambarkan Baitul Hikmah. Gambaran yang penulis berikan melalui perkataan begitu mempesona. Baitul Hikmah, pasti lokasi pilihan untuk pencinta buku dan ilmu.
Terdapat bahagian/ayat/dialog yg menggunakan Bahasa Pechera. Terjemahannya disediakan di bahagian belakang buku. Secara peribadi, saya rasa lebih mudah sekiranya terjemahan itu diletakkan terus di muka surat yang sama (di bahagian bawah) bagi melancarkan lagi pembacaan.
Akhirnya kata, sebuah cerita fantasi nusantara yang menarik. Bahasa yang elok dan tersusun, serta selitan nasihat yang berguna. Jika anda peminat novel genre fantasi, buku ini memberikan lebih daripada yang anda bayangkan.
Sekali lagi selesai berkelana di semesta Adiwangsa. Kali ini ini berkelana di buku kedua pula iaitu Hikayat Adiwangsa: Gapura Matra. Gapura Matra merupakan sambungan daripada buku pertama iaitu Hikayat Adiwangsa: Lasykar dan jalan ceritanya lebih tertumpu kepada bagaimana Faris dan Ayyan masing-masing berjuang mempertahan dan mengembalikan kegemilangan Estodania yang telah jatuh ke tangan musuh.
Karya yang bertemakan epik fantasi dan nusantara ini penuh dengan pengembaraan dan aksi serta secara tidak langsung kadang-kadang rasa diri ini termasuk juga dalam babak-babak tertentu ketika baca sebab best penceritaan dia dan senang nak imagine. Tambahan pula, buku kedua ini lebih banyak babak cemas, tegang dan mendebarkan. Terutama sekali ketika himpunan Majlis Mahajana dan di babak akhir antara Faris dan Ayyan.
Dapat kita lihat juga berlakunya pengkhianatan demi pengkhianatan, peperangan, dan pertumpahan darah yang berlaku dek kerana perebutan kuasa dalam siri kedua ini
Tentang watak, tidak dapat dinafikan terdapat banyak watak-watak sampingan lain dalam buku ni. Kena betul-betul fokus ketika baca supaya tidak keliru. By the way, kekejaman watak Nilakendra membuatkan aku teringat Voldermort. Ugghh geramnya. Kenapa laa kejam sangat dia tu.
Selain itu, suka dengan ilustrasi peta dan glosari di bahagian akhir buku. Sangat membantu. Harap sangat untuk buku seterusnya dapat kekalkan ilustrasi dan glosari tu dan masukkan juga ilustrasi beberapa watak. Mesti lagi menarik, gitu..
Keseluruhannya, aku harap lebih ramai yang baca buku ini dan mengembara di Semesta Adiwangsa. Ada pengajaran yang boleh digarap melalui buku ini. Tak sabar nak tunggu buku ketiga release dan baca bagaimanakah penamatnya.
Kalaulah Ayyan ni real person memang aku ketuk-ketuk kepalanya. Lembik nak mampus. Macam pondan pun ada. Sudahlah lembik, bodoh pula tu. Sudahlah bodoh, degilnya tak boleh nak disabar. Aku memang angin saja setiap kali baca scene Ayyan ni. Tak sync langsung dengan kehebatan keturunannya dulu!
Lepas tu, eloklah Tok Idulan mati. Kesian Faris. Bapak tak guna. Lebih sayangkan Ayyan si bodoh tu dari anaknya. Samalah Imam Syahriyan tu. Elok mati dedua
Farihah! Nilakendra sepatutnya bunuh dia awal-awal. Watak dia takde langsung pun takpe. Takde function. Eloklah korang dua beradik ni. Lembik & takde function
Faris. Kesian Faris. Dibenci oleh keluarga sendiri. Bapak dia benci dia. Farihah takde function tu benci dia. Kesian Faris. Imam Syahriyan yang dia anggap atok kandung tu pun benci dia. Aku tak nampak Faris khianat Ayyan. And aku faham kenapa dia join Nila & the gang. Takpe Faris, aku tak marah ko join dorang. Aku lagi sedih ko dibenci keluarga.
Tatabahasa, dialog & jalan cerita. Aku komen sedap. Even ada banyak words aku tak faham. Dialog tak kaku. Aku suka. Jalan cerita banyak pengembaraan. Syabas penulis. Ko berjaya bawak aku masuk dalam jalan cerita ko.
Earphone & fantasy music with nature sounds.. sambil baca buku ni. Try. Memang sedap
This entire review has been hidden because of spoilers.
Sejujurnya ketika sy pilih untuk beli buku ini adalah disebabkan kosa kata yang bombastic. Just buka sekali harung i already fall in love. Tapi setelah membaca sy kecewa terutama dari watak Ayyan. Tak faham kenapa ayyan sangat lembik, tidak buat keputusan sendiri, tidak percaya diri sendiri, senang di rendahkan oleh watak-watak lain. Then there are too many characters in here. Sangat susah mahu digest dan ada masa i tertanya apa function character itu dan ini. Overall i love Awan writing style, this is one of the best book yang punya penulisan yang sangat okay tapi i tak suka character watak utama dan terlalu ramai watak. I will read other books from author, but sorry this one is not my favorite.
kenapa? sebab banyak sangat peristiwa-peristiwa yang muncul tanpa aku faham hujung pangkalnya. otak aku rasa nak meletup. lepas tu banyak nama dan watak baru yg kluar, selain nama tu terlalu susah nak disebut.