Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kronikel Empat Bahtera #3

Srikandi Desa Timur

Rate this book
KRONIKEL EMPAT BAHTERA: SRIKANDI DESA TIMUR

Daxia, srikandi dari desa aman Chunqing terpaksa kembali ke medan perang apabila kampung halamannya diancam oleh anasir yang dia tidak pernah tahu wujud di alam buana. Tugasannya kali ini mempertemukan Daxia kembali dengan Kesturi, pahlawan dari Benua Hujan yang berada dalam misi diplomatik antara kerajaan Xilia dan kerajaan Pancakara.

Kesturi, pahlawan kerajaan Pancakara terhutang budi dengan Daxia, panglima perang yang pernah berkerjasama dengannya dalam misi menghapuskan lanun di perairan kidul kerajaan Xilia. Dengan kesetiaan sebagai pegangan hidupnya, Kesturi tidak bersedia untuk menghadapi hakikat pengkhianatan yang membawanya ke Benua Timur Jauh.

Pertembungan Daxia dan Kesturi membawa pahlawan dua benua ini kepada punca malapetaka yang bakal menimpa Chunqing yang jika gagal dibendung akan memusnahkan tamadun manusia.

Sedang dua benua bakal bergolak dengan bencana, Sula, Perdita, Hassid, nakhoda muda Jaivad dan anak kapal al-Buraq pula sedang belayar terus ke rahang malapetaka di Benua Timur Jauh.

406 pages, Paperback

First published May 27, 2023

5 people are currently reading
86 people want to read

About the author

Sri Rahayu Mohd Yusop

24 books260 followers
Nama penulis: SRI RAHAYU MOHD YUSOP
Nama penuh: Sri Rahayu binti Mohd Yusop Tempat lahir: Tanjong Karang, Selangor
Tarikh lahir: 18 Jun 1976
Pendidikan awal: Sekolah Rendah Kebangsaan Batu 9, Tanjong Karang dari (1983-1988).
Pendidikan Menengah: Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor (1989 -1993).
Pendidikan Lanjut: Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras; University of Otago, New Zealand dan Dunedin College of Education, New Zealand (1994-1999)
Karier: Guru Bahasa Inggeris di SMK Dato' Harun, Tanjong Karang (2000 - 2003), SMK Pandan Jaya, Ampang (2004-2020).

Hasil kerja yang telah diterbitkan:

1. 'Bukan Legasi Lalang' (Utusan Publications & Distributors, 2001)) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2000, Hadiah Sastera Perdana 2000/2001 bagi kategori Novel Remaja.
2. 'Merdekakan Cinta Ratna' (Utusan Publications & Distributors, 2003) - memenangi tempat ketiga kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2002.
3. 'Odisi Tanah Kencana' (Utusan Publications & Distributors, 2007) - memenangi tempat kedua Kategori Novel Remaja dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2006.
4. 'Warisnya Kalbu' (Utusan Publications & Distributors, 2008) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2007.
5. 'Kasih Nan Agung' (Utusan Publications & DIstributors, 2009) - memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008.
6. 'Impuls/Roh' (Utusan Publications & Distributors, 2010) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2009.
7. 'Bimasakti Menari' (Utusan Publications & Distributors, 2011) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2010, Kategori Novel Remaja dalam Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2010/2011, teks Komponen Sastera (KOMSAS) subjek Bahasa Malaysia Tingkatan 5 bermula dari tahun 2016 di sekolah-sekolah menengah di Terengganu, Kelantan, Pahang dan Melaka.
8.'Rimba Jiwa' (Utusan Publications & Distributors, 2012) - memenangi tempat ketiga Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2011.
9. 'Equilibria' (Utusan Publications & Distributors, 2012) - memenangi Sayembara Penulisan Fiksyen Sains & Teknologi Universiti Teknologi Malaysia-Kumpulan Utusan Musim Kedua pada tahun 2012, Anugerah Buku Negara bagi kategori Fiksyen Sains & Teknologi pada tahun 2013.
10. 'Qalam Kalbu' (ITBM, 2013) - memenangi Sayembara Penulisan Novel-Cerpen-Puisi Institut Terjemahan dan Buku Malaysia - Berita Harian - PENA Musim Pertama pada tahun 2014, Kategori Karya Umum (Buku) dalam Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2013.
11. 'Transgenik Sifar' (Utusan Publications & Distributor, 2015) - memenangi Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi Universiti Teknologi Malaysia-Kumpulan Utusan Musim Ketiga pada tahun 2015.
12. 'Empunya Kalbu' (Utusan Publications & Distributors, 2016) - memenangi tempat kedua Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2015, Hadiah Sastera Perdana 2015/2016 bagi Kategori Novel Remaja.
13. 'Kronikel Empat Bahtera: Puteri Naga Tiberius' (Penerbit X, 2017) - novel pertama beliau yang terbit di luar sayembara.
14. 'Farewell, Elsinore' (Legasi Oakheart, 2018) - novel Bahasa Inggeris pertama.
15. 'Selendang Merah Balukhali' (Utusan Publications & Distributors, 2019) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2017.
16. 'ALGOJO' (Fixi, 2020) - memenangi hadiah utama Sayembara FIXI Musim Kedua.
17. 'Belati Cinta Zulaikha' (Utusan Publications & Distributors, 2004) - memenangi Hadiah Eceran Kategori Cerpen Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2003 bagi cerpen 'Reeves, Cormack dan Semak'.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
47 (70%)
4 stars
15 (22%)
3 stars
5 (7%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 26 of 26 reviews
Profile Image for Juliana Es.
254 reviews30 followers
June 11, 2023
Selesai. A+

Penulis telah mengambilkira komen daripada pembaca untuk dua buku terdahulu, dan hasilnya buku ketiga ini memang kebaboom! 🥳🤯

Penceritaan sangat lancar, walaupun ada banyak watak yang ditampilkan (asalkan pembaca bukan jenis pelupa dan cepat melatah apabila ada watak baharu diperkenalkan 😉).

Peralihan daripada senario Basilius kepada Sula kemudian kepada Daxia juga lancar, jika sudah terbiasa dgn teknik ini dari buku #1 dan #2. Ia ibarat menonton Game of Thrones yang beralih dari benua sini ke benua sana ke benua situ, dengan masing-masing ada perbezaan budaya, iklim dan bentuk muka bumi.

Penulis juga handal menggambarkan emosi watak tanpa menyatakan secara terang-terangan apa yg sedang dirasai ketika itu.

Penceritaan babak pertempuran dilakukan dengan amat bergaya dan turutannya sesuai dan kemas.

Mana-mana dialog yg dituturkan ketika bertengkar, berbual santai, atau bahasa tubuh badan, semuanya kena pada tempatnya.

Akhiran cerita memang sengaja dibiarkan tergantung, menandakan ada kisah seterusnya yg membuatkan kita tak sabar nak tahu.

My last comment: the author has outdone herself.

Semoga penulisan buku #4 dipermudahkan.
Profile Image for Najwa in her debut era.
166 reviews17 followers
July 28, 2025


Daxia sangatlah Fearless Era and the bridge from You're On Your Own Kid described her the best. Suka betul lah dengan Daxia ni, terlalu berani tanpa menoleh kebelakang untuk kebaikan semua orang. Apa yang dia nak, dia akan buat!

Suka juga dengan penulisan Sri Rahayu Mohd Yusop yang berbeza dengan buku Puteri Naga Tiberius. Nampak perubahan dari buku pertama sehingga ke sekarang sampai buku ketiga ni dah termasuk dalam senarai antara buku fantasi terbaik saya baca untuk tahun ni.

Lagi satu yang buat saya jatuh cinta, ada Malay reference ya dalam buku ni. Akhirnya! Seperti pulang ke rumah.

Dan saya juga jatuh cinta dengan cara penulis olah dialog setiap watak yang berbeza-beza benua. Saya perasan cara pertuturan setiap watak menunjukkan asal benua mereka dengan baik, dengan lenggok bicara masing-masing tertulis sebaik mungkin. Babak Kesturi dan anak buahnya serta si Sulung memang tunjukkan cara mereka bercakap ni Melayu sungguh 😆

Kemudian! Aduh sister rasa nak pengsan bila penulis temukan watak-watak utama di dalam buku pertama, kedua dan ketiga. Dia punya gembira tu tak terkata lebih-lebih lagi untuk watak buku Puteri Naga Tiberius. I was screaming seperti tiada hari esok haha.

Pertemuan antara watak utama yang berbeza benua ni juga memang mengingatkan saya pada The Hobbit, lagi-lagi watak Askel yang semacam watak Gandalf serta Khelthrai yang seperti Saruman. Saya bayangkan dua watak ini sahaja untuk Asclepius dan Khelthrai haha.

Babak tempur antara Daxia dan rakan sekutunya sangat teratur, dan buku ketiga untuk siri ini sangat menekankan babak aksi dan peperangan berbanding buku kedua. Jadi fokusnya itu turut dirasai dan nampak sangat tersusun serta saya dapat bayangkan bagaimana Daxia beraksi di pentas peperangan.

Seperti biasa juga, walaupun ada selingan babak-babak cinta tetapi jangan haraplah ia akan berakhir indah. (pssst, boleh tak saya nak happy ending untuk semua watak yang ada sparks ni?)

Epilog buku ni menarik perhatian saya, serta kisah yang ditulis Laoghuo buat saya tertanya-tanya dan harap sangat ada watak utama perempuan dari tanah Benua Hujan yang badass seperti watak-watak sebelum ini.

Saya suka heroin dalam setiap buku untuk siri ini, rasa nak peluk dan buat group Whatsapp srikandi Benua Asal.

Aku harap kita takkan berpisah terlalu lama. Tapi, siapa yang tahu, satu jalan akan membawaku ke jalan yang lain.
Profile Image for Nadhiah Aida.
513 reviews27 followers
May 22, 2024
Bila nak keluar buku ke-4?

Sangkut betul ...

Sabar itu separuh dari iman ...
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
474 reviews41 followers
October 19, 2024
Daxia yang menjumpai rahsia yang boleh mengancam keselamatan kampung Chunqing mengadap Raja Xigao ditemani dengan bapa angkatnya Laozhi. Di situ dia berjumpa dengan Kesturi yang pernah diselamatkannya. Dan mereka bakal melalui pertempuran bersama-sama.

Naskah ini agak perlahan namun SH faham. Banyak watak dan dunia baru yang turut perlu diperkenalkan dalam naskah ini. Benua baru yang ciri-cirinya berbeza dengan benua Semilir dan Benua Pasir. Watak-watak pun boleh tahan banyaknya.

SH suka babak pertarungan yang banyak ada dalam naskah ini. Cuma SH rasa setiap pergerakan sepak terajangnya terlalu terperinci. Kurang nampak lancar di situ.

Dan seperti mana naskah yang sebelumnya, naskah ini turut menampilkan watak wanita yang kuat dan tangguh. Ini adalah antara perkara yang SH suka tentang siri ini.

Kemunculan watak-watak dalam naskah yang sebelumnya turut mengujakan SH. Rasanya cantik susunan pertemuan mereka tu.
Profile Image for Farahi Kamaruddin.
12 reviews3 followers
June 18, 2023
Definitely a 5 ⭐ from my fave author!

Edisi ketiga Kronikel Empat Bahtera yang sangat mengujakan. Pengembaraan kali ini membawa kita kepada Panglima Daxia, yang waktu kecilnya dihabiskan bersama si gergasatwa, harimau putih, yang akhirnya menjadi pelindung dirinya.

Oh, Daxia tidak keseorangan dalam perjuangannya mempertahankan desanya, Chunqing. Kesturi, si laksamana dari Benua Hujan, telah bersumpah setia akan mengikut dan melindunginya dek kerana terhutang nyawa.

Keseluruhan kisah dalam buku ketiga ini sangat fast-paced, storyline dan world building yang disusun cantik, dengan perkaitan dengan watak-watak dalam buku terdahulu. Paling disukai adalah babak pertarungan Daxia serta ketangkasan Kesturi berpencak.

Epilog menyajikan permulaan kisah untuk buku keempat nanti, yang pastinya lebih mendebarkan!

Tahniah buat penulis dan penerbit dengan penghasilan karya hebat ini!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Taufiq Yves.
509 reviews336 followers
September 19, 2025
Novel ketiga dalam siri Kronikel Empat Bahtera ni meneruskan kesinambungan dunia Buana Sepi yang dibina dengan teliti dan imaginatif. Kisah kali ini berpusat pada Daxia, seorang srikandi dari desa Chunqing yang aman, yang terpaksa kembali ke medan perang apabila kampung halamannya diancam oleh anasir misteri yang tak pernah dikenalinya.

Dalam misi ini, Daxia bertemu semula dengan Kesturi, pahlawan dari Benua Hujan yang sedang menjalankan misi diplomatik antara kerajaan Xilia dan Pancakara. Kesturi, yang pernah berhutang budi kepada Daxia dalam misi menghapuskan lanun di perairan kidul, kini berdepan dengan pengkhianatan yang menggugat kesetiaannya dan membawanya ke Benua Timur Jauh. Pertemuan semula dorang membuka jalan kepada pendedahan punca malapetaka yang mengancam Chunqing dan seluruh tamadun manusia. Di sisi lain, watak - watak dari novel terdahulu seperti Sula, Perdita, Hassid, Jaivad dan anak kapal al-Buraq sedang belayar ke arah rahang bencana yang sama.

Watak baru Daxia adalah srikandi yang tangkas di medan perang, juga memiliki kekuatan moral dan intelektual yang tinggi. Dia seorang pejuang dan penjaga nilai dan warisan. Kesturi pula ialah watak yang bergelut dengan dilema kesetiaan dan pengkhianatan, menjadikan dia simbol kepada konflik dalaman yang sering melanda manusia dalam menghadapi perubahan dan kebenaran. Dinamika antara Daxia dan Kesturi hadir memperkaya naratif, menyongkar renungan tentang makna persahabatan, tanggungjawab dan pengorbanan.

Pacing tetap terjaga sehingga buku ketiga. Siri yang harus dibaca bagi peminat high fantasy.

4.6 / 5 stars
Profile Image for Ili.
59 reviews1 follower
July 19, 2023
Padu. Puas. Tak sabar nak baca buku last.

Tapi untuk orang yang pelupa macam aku, seeloknya bacalah dari buku 1 hingga 3 terus. Kalau tidak memang tak ingat watak dan cerita dari buku sebelum ni. Haha.
Profile Image for Atiqah Ahmad.
206 reviews2 followers
September 18, 2023
Cukup rencah, penuh debaran. Sangat suka pada elemen saspen di akhir kalam, jadi tak sabar nak tau pengakhiran cerita. Tahniah puan penulis!
Profile Image for sn_fiq.
162 reviews11 followers
January 25, 2024
Buku ketiga dari siri Kronikel Empat Bahtera ni paling best setakat ni.

Gaya bahasa dan perkataan-perkataan bahasa Melayu klasik (?) yang digunakan sedap dibaca. Kena google sikit la kalau ada perkataan yang asing tu.

Adegan perang dan tempur diceritakan dengan perincian yang baik. Dalam otak terbayang gerak lawan yang watak-watak tengah buat tu. Ini yang kita mahukan!!

Suka watak harimau putih pendamping / Daxia yang setia dengannya. Teringat serigala Stark dalam Game of Thrones. Tak boleh la kalau ada haiwan terlibat ni. Nak-nak yang kita ada emotional attachment dengan dia. Lepas tu ada tragedi pula. Sedih.

Watak-watak dari buku sebelum ini buat kemunculan! Walaupun dah tak ingat karakter mereka bagaimana - kena selak balik buku sebelum ni. Macam jumpa kawan lama perasaannya.

Watak utama : Daxia - dikembangkan dengan baik. Girl power!!!

Progress hubungan Daxia dan Kesturi pun sedap dibaca. Bukanlah romantis tapi hubungan sesama pahlawan yang terhutang nyawa (taktau la kalau ada rasa lain pulak sesama mereka, nampak macam takde).

Sedih cara Lang Kenit bawa berita tentang Kesturi kepada Garuda (mak Kesturi). Pengakhiran Kesturi tergantung di akhir cerita, nampak macam ada harapan, tapi kena tunggu sambungan.

Bring it on, buku keempat!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Kirahbacabukuni.
52 reviews15 followers
June 8, 2024
Kalau sebelum ni, kita dah disajikan dengan dua buku awal dalam Siri Kronikel Empat Bahtera, secara jujurnya buku Gadis Boneka Hadrah was my favourite, tapi bila baca buku terbaru dalam siri ni, rasanya GBH terpaksa kena tolak turun takhta 👀😆.

Gunung Batu Kuning menjadi saksi Daxia, srikandi dari Chunqing membuat siasatan dan intipan bila dirasakan tanah air dia mula terancam.

Daxia yang juga bekas panglima tentera ni pun mula orak langkah mencegah malapetaka daripada berlaku di desanya.

Dan signature Kak Rohayu, mestilah watak-wataknya mengembara, dan penggembaraan ni lah yang jadi wow factor dalam siri kronikel. Kali ini Daxis merantau bersama-sama dengan ayah angkat dia untuk dapatkan bantuan.

Dan banyak lagi perkara dan dugaan yang datang dalam misi Daxia menyelamatkan tanah air dia. Dan of course, macam novel kronikel yang lain, watak-watak daripada novel-novel kronikel ni pun akan buat cameo juga.

Best amat part reunion dorang bergabung tenaga tolong Daxia tu 🤌🏼. Dan misteri daripada buku sebelum ni pun perlahan-lahan terlerai. Tapi perjalanan masih belum tamat. Kita ada another cliffhanger okeh, huwaa tak sabar nak tunggu buku seterusnya kak 🥹🥹🥹.

Paling lurve dekat bahasa Kak Rohayu yang berpuitis dan fantasi dia memang level kayangan, chef kith!!
Profile Image for Nur Fateha.
44 reviews
December 31, 2023
4/5🌟 disebabkan buku no 3 ni keluar lambat dan boleh dikatakan buku 1 dn 2 jarak masa yg kluar adalah 1 thun jadi mmg banyak yg aku dh lupa.. aku fhm mgkn pnulis agk busy dgn kerja yg lain cuma mntk kalau bleh jgn trlalu jauh jaraknya.. aku dh lupa jalan cite utk dua buku pertama..
apa apa pun aku suka dengan buku ke 3 ni.. nama watak dlm ni ibrt di negara China..jalan cite padat dn tkda ruang rse bosan lgsg… ade jgk mnceritakn bhawa ade jugak kaum bunian berniat jahat kepada kaum manusia.. hrp bku ke 4 dn buku trakhir dikeluarkn secepat mgkn pd 2024
Profile Image for Hamdan.
15 reviews4 followers
June 26, 2025
Secara keseluruhannya memuaskan hati yg dahagakan kisah-kisah fantasi tempatan berkualiti.
Seperti biasa, kelebihannya terletak pada keluasan kosa kata dan penggunaan bahasa.
Namun mungkin kerana landskap kisah ini yg agak besar dan berbilang tempat, deskripsi dlm buku kali ini agak banyak berjela berbanding perjalanan kisah atau dramanya, maka ada bahagian2 aku rasa sikit penat membaca.

Tapi aku sangat suka penggabungan takdir antara watak-wataknya yg disulam dari buku-buku terdahulu.
Profile Image for Farah Shahirah.
70 reviews2 followers
August 26, 2025
Menarik, padu & penuh debaran.

Terima kasih penulis hidangkan cerita Daxia😍🐯.
Profile Image for Akmal Zahrudin.
218 reviews27 followers
July 3, 2023
genre: fantasy

setting: Buana Sepi - literally earth but in alternate reality.

summary:
1. Main character: Daxia - bekas panglima tentera Kerajaan Xilia yang tinggal di desa Chunqing.
2. Daxia terjumpa tempat eksperimen musuh menghasilkan haiwan gergasi dan tahanan hamba di Gunung Batu Kuning.
3. Dia terpaksa mengembara bersama ayah angkatnya ketua kampung Chunqing pergi berjumpa Raja Xigao untuk meminta bantuan.
4. Raja Xigao pula berdepan dengan pengkhianatan oleh keluarga sendiri yang berkait dengan masalah di desa Chunqing.
5. On the way nak menyelamatkan Chunqing, cross path kembali dengan watak2 dalam Puteri Naga Tiberius dan Gadis Boneka Hadrah. Jeng jeng jeng.

My thoughts?

1. Kronikel Empat Bahtera tak pernah mengecewakan. Srikandi Desa Timur best gilaaa.
Storyline and plot sangat smooth. Masa baca prolog pun kau dah start teruja dan tertanya2 apa kaitan.

2. Paling aku suka, watak Daxia. Cool gila ada spirit guide aka adik beradik snow tigers, Gar dan Hur. The fact that dia dibesarkan oleh ibu snow tiger mengingatkan aku pada Mowgli The Jungle Book yang dibesarkan family serigala. Aku menangis bagai nak rak ye bila sesuatu terjadi. Tak boleh cerita, spoiler.

3. Aku excited bila ada nama watak2 saudara Hang Tuah dalam cerita ni. Adakah Tuah Laksamana Sulung? Please nooo. Kesturi is my 2nd favourite. Kesetiaan dia kepada Daxia memang next level. Stress aku tak tahu apa jadi kepada Kesturi at the end.

4. The best part bila semua watak dalam Puteri Naga Tiberius dan Gadis Boneka Hadrah bergabung kembali dalam buku ni membantu Daxia. Tapi aku agak kuciwa dengan Sula dan Basilius bila berjumpa semula. Lah macam tu je? kamonn korang ada something kut 😓

5. Bahasa dan gaya penulisan penulis tak payah ceritalah, memang A+. World building is fantastic, dan yang penting scene bertarung ditulis dengan bergaya sekali.

6. Cerita ni ending dia cliffhanger ye. Membuatkan kau tak sabar nak tahu what's coming next. Dragon riders vs biawak riders i hope?😆 War between humans and elves? you can only guess..

Personal rating:
🌟🌟🌟🌟🌟/5
Profile Image for shifa hanani.
98 reviews2 followers
March 28, 2024
Sampai muka surat terakhir, saya dapat rasakan jantung berdegup dengan kencang.

Srikandi Desa Timur ini merupakan novel ketiga daripada siri Kronikel Bahtera. Dalam novel ini, ada diselitkan kisah Daxia, pahlawan dari Chunqing, Perdita dan Sula yang merupakan watak utama novel-novel sebelumnya.Sangat menarik sebenarnya apabila kita dapat membaca sesebuah karya yang mengandungi sudut pandang daripada watak berbeza.

Menyelami siri Kronikel Bahtera, saya berasa teruja kerana dalam setiap novel, kita dapat lihat seseorang perempuan itu memegang watak yang signifikan dalam menentukan alur cerita;Sula mempunyai kelebihan bermain dengan racun dan kepemimpinannya, Perdita pula si genius pemain boneka yang bijak mengadun cerita dan Daxia pula srikandi yang terkenal dengan ketabahan hati dan keluhuran jiwa.Serius, saya rasa ini sesuatu yang menarik apabila kita dapat simpulkan yang setiap wanita itu ada keistimewaannya tersendiri.

Saya suka dengan karakter Daxia yang digarap oleh penulis.Tabah dan setia.Walaupun kisah silam Daxia sedikit kabur dalam novel ini( siapakah ibu bapa kandung Daxia masih menjadi misteri), namun benda ini tidak mengganggu pembacaan disebabkan saya ralit dengan aksi-aksi pertarungan HAHA.

Satu lagi perkara yang membuatkan saya berasa puas membaca novel ini ialah berkenaan glosari pada mukasurat belakang.Saya suka apabila penulis sudi meluangkan masa untuk berkongsi mengenai sejarah lampau sesebuah benua/siapakah pengasasnya,susur galur pengasas itu, dan briefing mengenai watak-watak dalam novel berkenaan,memang menambahkan feeling dalam pembacaan! (macam baca tawarikh yang disimpan di perpustakaan diraja HAHA)

Akhir sekali,terima kasih kepada Kak Sri kerana menampilkan watak Basilius dalam novel kali ini (HAHAHA, saya rindu Basilius dan Sula sebenarnya) .

Tahniah sekali lagi atas karya yang sangat 'sedap' dibaca.Saya menantikan karya keempat dari siri ini! Sementara itu, saya sudah berteka-teki tentang watak novel akan datang, hehe.
Profile Image for Izuan.
80 reviews7 followers
June 12, 2023
Srikandi Desa Timur, buku ketiga dari Siri kronikel Empat Bahtera. Kepada pembaca yang telah pun membaca buku Puteri Naga Tiberius & Gadis Boneka Hadrah dicadangkan untuk terus membaca buku Srikandi Desa Timur. Seperti biasa, buku ni sarat dengan penggembaraan yang mampu memberi keasyikan kepada pembaca dimana watak utama dalam Siri Naga Tiberius & Gadis Boneka Hadrah dipertemukan dalam buku ini.
Profile Image for Huda Harith.
48 reviews
March 24, 2024
Permulaan cerita agak slow sedikit. Nak mengenali daxia dan kefahaman peta supaya boleh betul2 faham world development novel ni.

Selepas suku pertama, dah nampak dia punya keseronokan. Macam ada girl crush dengan daxia ni.
Profile Image for Fennimoore.
144 reviews11 followers
July 11, 2023
Puan Sri Rahayu has returned with the third installment of Kronikel Empat Bahtera, and it's a delightful continuation of the series. In this book, we follow the journey of Daxia, whom we briefly encountered in the epilogue of the second book, Gadis Boneka Hadrah. Daxia, a village warrior and orphan, serves King Xigao, a close friend of her father-figure Laozhi. She resides in Chunqing, a small village in Benua Timur Jauh, where something mysterious is unfolding within the nearby mountain caves. Daxia takes it upon herself to save her beloved village by putting a stop to whatever danger lurks within. Prepare for thrilling adventures alongside our beloved characters from the first book, Puteri Naga Tiberius, and the second book, Gadis Boneka Hadrah, as Sula and her friends join the journey.

One aspect that stands out in this book is how it fills in the plot holes from the previous installments. We gain a deeper understanding of Sula's memories and why she only recalls certain aspects of her past while leaving out significant portions, such as her story plot with Basillius. Additionally, the exploration of different regions in Benua, including Benua Semilir, Benua Hujan, Benua Pasir, and Benua Timur Jauh, adds richness to the story. A personal highlight for me was the visit to Gerbang Kala, which reminded me of the Suez Canal, connecting various cultures in one place and providing a diverse experience.

Daxia's character is another noteworthy element. While initially portrayed as a stoic and reserved woman, she reveals hidden depths that make her a strong and believable character. Despite considering herself a nobody, only holding the Royal Warrior status due to her father-figure's relationship with the King, Daxia repeatedly proves her leadership skills and strategic military expertise, despite her own self-doubt.

The inclusion of animal-like creatures, such as dragons, rajawalis, and other majestic beings, serves as effective plot devices, expanding the possibilities of this realm. It's natural to draw comparisons to scenes from renowned English fantasy books, and I must say, these elements provide a justified backdrop for the motives and plans of the villains.

I eagerly await the final book in the series, as it promises to transport us to the captivating world of Benua Hujan.
Profile Image for Zalila Isa.
Author 13 books53 followers
June 6, 2023
Selepas membaca Gadis Boneka Hadrah (GBH), tidak sangka pengembaraan ini semakin menarik. Saya fikirkan akan menyambung perjalanan Sula, Jaivad, Perdita dan Hassid yang mula belayar mencari ibu bapa tiga beradik yang 'dihukum' itu.

Tapi kronikel ke-3 ini membawa kisah benua lain, tentang Daxia dan perjuangannya di desa Chunqing. Tentu sahaja Daxia dan kisahnya yang luar biasa, kisah manusia dan haiwan (harimau putih) serta konflik baharu di sebuah negara di Benua Timur Jauh.

Perkembangan kronikel ini lebih menarik seperti menampal puzzle dari episod-episod sebelumnya seperti pertemuan Sula dengan Basilius pun mengejutkan saya (yang belum habis baca Puteri Naga Tiberius).

Secara keseluruhannya, buku ketiga ini menampilkan seorang lagi srikandi yang saya kagumi, Daxia, dari desa kecil Chunqing yang terpaksa kembali ke medan perang apabila kampung halamannya diancam oleh makhluk aneh hasil ciptaan manusia jahat.

Menariknya, Daxia bertemu Kesturi, pahlawan dari Benua Hujan yang berada dalam misi diplomatik antara kerajaan Xilia dan dengan kerajaan Pancakara. Ada hubungan misteri antara mereka yang sedikit membuatkan siri ini 'manis' dan seimbang dalam sela ketegangan.

Sedang dua benua bakal bergolak dengan bencana, Sula, Perdita, Hassid, nakhoda muda Jaivad dan anak kapal al-Buraq muncul dalam kancah peperangan besar itu secara tidak langsung memberikan jawapan kepada apa yang mereka cari selama ini.

Tidak sabar baca sambungannya!
Profile Image for Bayuu Haikalson.
160 reviews2 followers
November 27, 2024
Aku beli buku yang ketiga pada tahun 2023 memang takde mood langsung nak baca buku.. beli dan simpan.. tahun ini, 2024 baru terasa nak baca sebab nak tahu lebih lanjut sebelum kisah Sula slow-slow hilang dari ingatan. Tapi time nak start baca hingga habis tu, banyak pula project yang kena sempat, buku yang sepatutnya boleh habis dalam dua hari.. hampir sebulan nak habiskan baca yaa.. maafkan aku, wahai Daxia.

Ada tiga peralihan cerita di dalam buku ini tetapi tidak menyusahkan otak. Sebab habis cerita di Tiberius, terus sambung cerita di Xilia yang utamanya di karya ini dan seterus kisah Sula dan Perdita. Begitu asyiknya plot-plot yang disusunkan. Susah aku nak pertikaikan.. hahah

Wahh, Daxia seorang yang sangat berani.. kisahnya di ceritakan dengan indah, details dan dogengan gitu. Lain daripada yang lain ini. Suka betul bila penulis selitkan makhluk-makhluk dari Nusantara. Aku boleh tidur dengan gembira nya. Hahaha

Aku hampir nak menitiskan air mata untuk dua bab yang ada di dalam karya ini. Begitu details dan sedihnya scene itu. Memang berkaca mata aku bila baca nya.. baca dan tutup buku untuk bayangkan betapa sedihnya kisah Daxia ini.

Tiada plot twist di dalam karya ini tetapi kisah cerita nya indah, tersusun dan page turning untuk di baca.

Terima kasih, Puan Sri Rahayu untuk kisah Daxia.
Profile Image for akusipeminatbuku.
264 reviews33 followers
August 2, 2023
🍀Sinopsis🍀

Daxia, seorang panglima muda yang menetap di desa Chunqing. Dia merasakan desanya sedang diancam, lalu membuat intipan bagi mengenalpasti apa yang disembunyikan di Gunung Batu Kuning.

Apa yang dilihat Daxia amat mengerunkan dan ini bakal menggugat keamanan desanya. Berita itu perlu disampaikan kepada ketuanya Panglima Laozhi. Sesuatu hendaklah dilakukan sebelum keadaan menjadi lebih buruk. Dalam keadaan genting, Daxia bertemu semula dengan Laksamana Kesturi, Gar, Hur serta rombongan Sula dan Jaivad.

🍀Komen saya🍀

Pertama, saya nak bagitahu. Saya sakit hati dengan Sulung, apa motif dia buat Kesturi macam tu. Awalnya, saya ingat watak Sulung adalah seorang ketua atau saudara tua yang tegas. Rupanya tidak!

Kedua, buku ketiga ini ada begitu banyak kata-kata hikmah untuk renungan saya. Sesungguhnya, saya membaca buku ini dengan rentak perlahan, bagi menghayati setiap kata-kata yang disampaikan oleh watak-watak dalam cerita ini.

Ketiga, kisah ini membawakan elemen pengembaraan, peperangan, fantasi, hubungan antarabangsa (antara benua), persahabatan, pengkhianatan dan kekeluargaan. Begitu banyak elemen yang digabungkan dalam sebuah buku, tapi penulis berjaya menjadikannya sangat menarik serta meruntun emosi. Ketika saya membaca bahagian terakhir, alam pun bagai mengerti. Cuaca redup dan hujan renyai-renyai sepanjang pagi.

Keempat, penamat Srikandi Desa Timur ini buatkan saya tidak sabar untuk menanti buku ke-4. Saya tertanya-tanya, bagaimana kisah ini akan berakhir nanti.

Kelima, dalam buku ini, saya pilih bab Gerbang Kala sebagai paling epik. Saya merasakan cerita Gerbang Kala itu amat mempesona dan simbolik.

Akhir kata, saya harap anda semua bacalah siri #kronikelempatbahtera
ini dan alami dunia keajaiban dan fantasi tanpa henti.
Profile Image for Sri Rahayu Yusop.
Author 24 books260 followers
October 13, 2024
Segala puji kepada Allah SWT kerana dengan izinNya jua terbit novel ini. Kali ini saya menumpahkan rasa cinta saya terhadap kesusasteraan Timur Jauh klasik dan juga pop culture Timur Jauh. Pada zaman remaja, saya berpeluang membaca Romance of the Three Kingdoms and Water Margin versi komik. Komiknya bukan cantik macam komik manga zaman sekarang. Ilustrasinya kecil tapi paling saya ingat ialah bentuk senibina, awan dan gunung-ganang dan ombak. Dan saya cuma abadikan cerita-cerita rakyat tamadun China, Jepun dan Korea yang saya suka.

Saya juga membuat homage untuk watak Hang Jebat dalam buku ini. Perkenalkan, Kesturi! Akhirnya saya dapat pertemukan dua watak dari dua kebudayaan yang hebat dalam satu cerita.

Tidak lupa yang SDT ialah cerita tentang budak perempuan dengan binatang peliharaannya (Sula, Perdita & Hassid, Daxia), kawan-kawan yang baik, found family dan rumah itu di mana ada yang sayangkan kita.

Selamat membaca. Moga berjumpa lagi di Buku 4. Insya Allah.
Displaying 1 - 26 of 26 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.