Rumah Sejuta Buku menampilkan sekumpulan bibliofil berkongsi pengalaman mereka dalam membina perpustakaan idaman hati.
Keunikan dan kreativiti tersendiri sangat memberi inspirasi buat semua pencinta buku untuk membina sudut bacaan mengikut cita rasa dan impian di hati, di rumah sendiri.
Buku yang memberi inspirasi kepada diri walaupun aku baru "berpangkat" pembaca kecil-kecilan.
Seronok membaca pengalaman orang lain yang berkongsi minat yang sama. Aku turut mendapat ilmu baharu dalam proses penyusunan koleksi buku agar lebih teratur dan diakui sememangnya memerlukan usaha yang lebih. Sejujurnya, aku sendiri tidak tahu berapa jumlah buku yang ada dalam koleksi peribadi aku sekarang dan rasa sedikit ralat dengan diri sendiri 😮💨 Namun, belum terlambat lagi untuk mula merekodkan semua buku mulai tahun ini 💪🏻
📚 Perpustakaan peribadi ialah sebuah perjalanan yang harus mengikut acuan jiwa sendiri dan bukannya untuk dikagumi orang lain.
📚 Be true to yourself. Tidak perlu berasa segan dengan koleksi peribadi walau tidak sehebat koleksi orang lain.
📚 Moga kita tidak menjadi keldai yang memikul buku yang banyak tapi tidak memahami isi kandungannya.
📚 Buku-buku itu ialah anak kunci kepada portal pelarian saya ke alam yang lebih indah.
Usai membaca keseluruhan isi buku, teruja dengan latar belakang penulis yang berbeza dan dunia pustaka yang dibina. Persamaan kami mungkin adalah keasyikan membaca sehingga jumlah buku tanpa sedar bertambah dari masa ke semasa. Saya sangkakan saya seorang sahaja yang TERbeli buku yang sama berulang kali, atau TERsengaja menyusun buku cacamarba, atau pelbagai ketidaksengajaan yang serupa.
Catatan kecil saya di dalam naskhah ini adalah berkisar pustaka kecil kami yang lama, kini berubah wajah baru setelah banjir besar melanda pada akhir 2021. Tetapi saya gembira ada foto rak tersebut dirakam kemas sebagai kenangan.
Jika berminat membina ruang perpustakaan peribadi, ada 19 penulis lain melalui buku ini yang boleh dijadikan inspirasi. Kisah membaca, mengumpul, menyusun, mengatur, menikmati, dan semua proses tentang buku yang dikongsi adalah mengujakan buat pencinta buku. Terima kasih kepada para penyelenggara dan penerbit yang berusaha keras dalam menerbitkan buku ini.
Buku ini merupakan projek kedua komuniti Goodreads Malaysia susulan daripada buku Kertas-kertas yang Merubah Fikir. Tema utama buku ini ialah proses pembinaan perpustakaan peribadi di rumah dan koleksi yang terdapat di dalamnya.
Disebabkan terdapat beberapa gergasi pustakawan yang menulis dalam buku ini, pembaca akan tercari-cari apakah perbezaan antara pengkatalogan versi “Dewey Decimal System” dan versi “Library of Congress”.
Usai sahaja membaca buku ini, ingatanku kembali kepada pesan Syed Hussein Alatas yang dinukilkan oleh anakandanya dalam buku “The Life in the Writing of Syed Hussein Alatas”, supaya buku-buku itu perlu dihadam isinya ketimbang mengumpulkan kulit-kulit dan helaian kertas sahaja serta pesan Arthur Schopenhauer dalam karyanya “On the Suffering of the World”, supaya benar-benar menguasai seni untuk tidak membaca (“art of not reading”) – iaitu selektif terhadap buku-buku budaya tinggi kerana kehidupan ini singkat dan perlunya berganjak kepada takah-proses berfikir secara kritikal sewaktu melalui proses pembacaan, bukannya menelan isi penulisan sesebuah buku begitu sahaja. Pesan ini juga banyak kali dititipkan oleh Mortimer Adler lewat penghasilan karya “How to Read a Book” dan “Reforming Education”.
Buku Rumah Sejuta Buku ini akan menjadi lebih menarik jika lebih banyak gambar diselitkan – sekurang-kurangnya lima gambar yang jelas bagi setiap penulis (walaupun tidak berwarna sekiranya ingin menjimatkan kos dan mengekalkan harga “mesra pembeli”) supaya para pembaca boleh menikmati judul-judul nadir yang dimiliki oleh setiap penulis.
Terima kasih semua untuk kisah-kisah yang menambah inspirasi saya untuk mengindahkan lagi ruang "dunia kedua" saya yang sedia ada di rumah.
Begitulah taksubnya kita terhadap buku. Tetap diangkut kemana jua tempat tinggal kita. Majoriti penulis-penulis buku ini sememangnya diperkenalkan kepada buku sedari kecil. Peranan ibubapa dan suasana sekeliling membantu sedikit sebanyak tabiat membaca kita.
Tetapi bukanlah satu kekangan jika kita belum minat atau suka membaca. Pilihlah genre yang anda suka. Mulalah membaca walau senipis mana pun bahan bacaan anda.
Moga setiap rumah di Malaysia mempunyai ruang khas (biar pun kecil) untuk kita mempamerkan, melihat, memegang dan seterusnya membaca buku kesukaan kita.
Impian pembaca buku bukan sahaja ingin memiliki buku yang banyak, bahkan juga ingin memiliki sebuah perpustakaan peribadi di rumah. Tidak dapat besar, ada sudut kecil itu pun sudah memadai bagi melepaskan lelah penat dengan beruzlah sementara bersama bauan kertas.
Jika hendak dibandingkan dengan perpustakaan ataupun koleksi buku yang ada dalam kalangan penulis dengan saya tentulah jauh beza, namun apa yang dicoretkan oleh beberapa penulis dapat dijadikan sumber inspirasi pada masa akan datang.
Antara perpustakaan yang saya idamkan untuk pergi dan lihat berdasarkan foto dan koleksi buku sudah tentulah rumah buku MKN, pasangan suami isteri Tuan Zamri Misman dan Puan Nor Azzah, Puan Rebecca, Puan Nisah Haron, Puan Najibah dan lain² lagi.
Untuk mengenal diri sendiri yakni sebagai pembaca, tidak dapat tidak perlu mengenal pembaca yang lain. Dengan adanya genre buku mengenai buku yang berkongsi tentang hal buku, pembacaan, perpustakaan, susunan buku, ragam pembaca dan sebagainya sudah pastinya menambah sudut pandang baru tentang peribadi sendiri.
PENGAKUAN: Saya adalah salah seorang yang penulis yang telah menyumbang artikel di dalam buku ini.
Sebuah projek buku dari grup Goodreads-Malaysia yang membawa harapan agar yang membacanya mendapat ilham dan semangat untuk membina sebuah khutubkhanah peribadi mereka sendiri. Hanya perlu masa dan wang. Mudah, bukan?
Buku ini menghimpunkan kisah-kisah pembaca, bagaimana mereka bermula mengumpulkan buku dan membina pustaka di rumah sendiri.
Bila saya baca kisah-kisah mereka, semuanya rasa dekat dihati. Saya pun seperti mereka, memasang impian untuk memiliki ruang pustaka sendiri.
Saya teringat satu episod rancangan realiti Korea 'Master In The House'. Episod tersebut tentang otak, dan mereka pergi ke rumah seorang Professor yang merupakan pakar otak. Prof tersebut telah membina ruang perpustakaannya sendiri dan mempunyai lebih daripada 20,000 buah koleksi buku. Alangkah indahnya, jika saya punyai ruang sebegitu.
Buku ini membuatkan imaginasi saya sentiasa aktif melakar ruang pustaka setiap cerita. Setiap orang ada cara dan kegemaran tersendiri. Bukan saja pemilihan rak, turut dikongsikan teknik dan kaedah penyusunan buku serta bagaimana mereka mengkatalogkan buku-buku yang ada.
Buku ini telah meninggalkan kesan kepada saya:
✅️Mula google pasal rak buku ✅️ Mencari maklumat tentang buku-buku yang disebut oleh penulis ✅️Buat saya berfikir bagaimana untuk susun buku-buku sedia ada.
Dalam buku ni, ada seorang penulis yang menyebut tentang rak buku Nagasteel. Baru saya tahu, rak inilah yang digunakan di beberapa perpustakaan. Ada macam-macam rekabentuk..
Seorang lagi penulis, berkongsi idea kreatifnya. Rak-rak buku kecil disusun bertindan untuk menjadikannya satu rak buku yang besar. Menarik sangat 😊.
Selain itu, pesanan penting yang saya perolehi, kita beli buku yang hendak dibaca dan perlu sahaja. Tidak perlulah terlalu mengikut trend dan populariti buku. Mungkin ada buku yang kita suka, tapi tidak diketahui ramai. Citarasa dan keperluan setiap individu tidak sama.
Oh ya, semua penulis dalam buku ini, koleksi buku-buku mereka memang dah cecah ribuan. Koleksi mereka pelbagai, dari buku kanak-kanak, buku ilmiah, novel melayu, novel inggeris, buku-buku antarabangsa dan juga lokal, kitab-kitab agama dan macam-macam lagi.
Saya seronok membaca cerita yang dikongsikan. Gembira membayangkan pustaka mereka dan bersemangat untuk mencipta ruang pustaka sendiri.
Perpustakaan keluarga merupakan satu inisiatif ahli keluarga mengadakan sudut bachaan atau sebuah perpustakaan mini di kediaman masing-masing. Ini merupakan satu saranan dari Perpustakaan Negara Malaysia supaya setiap rumah memiliki satu perpustakaan. Perpustakaan ini tak semestinya besar, memadai mempunyai satu rak sahaja.
Apabilla membacha 'Rumah Sejuta Buku' ini, rata-ratanya penulis telah mewujudkan perpustakaan keluarga yang telah dijadikan sebagai sudut pertemuan minda atau ruangan mencambah buah fikiran di kalangan ahli keluarga.
Buku ini sesuai dijadikan panduan dan juga inspirasi kepada keluarga yang ingin mempunyai perpustakaan keluarga di rumah. Mulakan dengan satu nescaya ianya akan menjadi dua, tiga, empat dan malah sejuta buku satu hari nanti.
Buku ini merupakan himpunan perkongsian pustaka di rumah. Namun, ia lebih daripada itu. Ia bukan sekadar perkongsian cerita bahkan perkongsian semangat dan rasa dalam menghargai buku.
Buku dihargai dengan diletakkan di rak tertentu di rumah, dibaca dan dikongsi, selari dengan gagasan nasional malah sebagai tradisi penting dalam peradaban.
Sebagai penulis, buku dihargai dengan dibaca dan dikongsi, malah juga dengan membeli buku oleh penulis-penulis lain.
Lain padang lain belalang. Setiap penulis dalam buku kedua terlaris Jejak Tarbiah sewaktu PBAKL 2023, mempunyai gaya penyusunan buku tersendiri daripada gaya 'caca merba' sampai gaya pustakawan profesional.
Ada juga pustaka yang tinggi raknya sehingga terpaksa dipanjat dengan menggunakan tangga. Ada juga yang bersekali dengan ruang kerja dan ada juga yang menjadi hiasan di ruang tamu.
Masing-masing memiliki koleksi kesayangan dan koleksi nadir. Ada koleksi al-Quran dan hadis, koleksi karya klasik, koleksi biografi, koleksi sastera pelbagai bangsa, koleksi travelog dan lain-lain.
Saya rasa terharu apabila Mahaya Mohd Yassin menjadikan pustakanya sebagai tempat 'menatap, meraba dan menikmati bau buku' buat anak-anak.
Saya juga rasa kagum dengan Wan Norjihan Wan Abdullah yang kelolakan Little Free Library bagi bacaan anak-anak di kampungnya.
Juga terasa tidak kemas dan rapi apabila sebahagian penulis mempunyai sistem pengkatalogan yang sistematik.
Seterusnya terasa kerdil seperti dengan koleksi beribu buku Nor Azzah Momin dan suami, Zamri Misman, Nisah Haron, Aina Dayana Hilmi serta Nuruddin Azri Zulkifli.
Buku unik ini tentunya tidak mewakili mereka yang mempunyai kutubkhanah terbaik di tanahair. Namun ia suatu bentuk dokumentasi yang ada motivasi dan inspirasi.
Selamat membina syurga di rumah sendiri bersama sejuta buku.
Membaca perkongsian para penulis dalam Rumah Sejuta Buku membuahkan senyuman. Buku dan rak buku menjadi watak utama. Saya juga bibliofil. Pembaca tegar dari zaman kanak-kanak. Kisah-kisah yang ditulis terasa seperti rangkaian kisah sendiri. Walaupun ada koleksi buku sendiri, membaca koleksi buku orang lain masih menimbulkan keinginan untuk menambah lagi. Melihat koleksi yang sama, rasa ingin bertepuk tangan.
Saya suka baca artikel dari penulis-penulis lain dalam buku ini. Kadangkala saya tergelak sendiri apabila baca artikel oleh sahabat-sahabat yang rapat.
Benarlah kata Puan Saadiah sewaktu dia datang ke Terengganu, penulis KKMF ini otai-otai semua. Tidak sedikit yang menyebut tentang Enid Blyton, Bujal, Pedang Setiawan dan lain-lain. Bak kata anak saudara saya, kami ini generasi Enid Blyton. Dan rupanya, tidak juga keseorangan yang menyusun buku di atas katil di asrama, memanglah kami ini makan buku, tidur buku, jaga pun buku 😆.
Walaubagaimanapun, dari cerita yang dikongsi, setiap perpustakaan peribadi bermula dari membaca dan mengumpul sedikit demi sedikit. Dan tidak dapat lari dari kekangan kewangan, hanya keazaman dan pengorbanan yang menguatkan hati untuk mencapai impian.
Semoga buku ini dapat mencetuskan inspirasi pada pembaca terutamanya generasi baru, generasi Teme Abdullah, generasi Ain Maisarah, generasi Adam Kecil, generasi Komik Gaza untuk membina perpustakaan peribadi mereka sendiri. Bermulalah dari kecil, kerana komponen-komponen kecil dapat membentuk binaan yang besar juga nantinya.
P/S : Dalam beberapa drama Korea ada tunjukkan rak-rak buku yang unik dan menarik. Hmmm 🤩🤭
"Buku ialah jiwa kami dan melihatnya di merata-rata ruang rumah ini menjadi terapi yang bukan sedikit". (Nisah Haron, Sasterawan Muda Asia Tenggara).
Benar. Melihat buku-buku adalah suatu terapi buat seorang pencinta buku. Masuk ke kedai buku juga adalah suatu terapi jiwa yang berlainan berbanding masuk ke kedai-kedai lain. Ianya suatu kepuasan buat diri. Di dalam buku ini digabungkan cerita beberapa individu yang mempunyai perpustakaan peribadi di rumah masing-masing. Hasil didikan semasa kecil dan minat membaca yang disemai sedari usia kanak-kanak, mereka berimpian untuk mempunyai perpustakaan sendiri di rumah dan impian mereka tercapai.
Mereka menceritakan pengalaman-pengalaman mereka yang berharga di saat-saat mereka berganding bahu dan tenaga, meleburkan dan melaburkan wang yang bukan dalam jumlah yang sedikit untuk melihat perpustakaan peribadi mereka terpampang di depan mata.
Impian mereka ini boleh menjadi inpirasi buat para pencinta buku untuk memilik perpustakaan peribadi mengikut citarasa dan bajet kewangan masing-masing. Yang penting, kita tahu apa target untuk perpustakaan kita dan kemampuan kita.
Bermula dengan menjadi seorang pembaca buku kepada membeli buku sendiri dan akhirnya impian membina perpustakaan peribadi tercetus setelah memiliki koleksi di rumah.
Kebanyakan penulis di dalam buku ini bermula seperti di atas. Setiap kisah ada tarikannya. Tidak dinafikan saya turut mendapat ilmu baharu dalam setiap perkongsian mereka.
Menarik sekali kategori buku yang dibuat oleh mereka. Ada yang sehingga 32 pecahan dalam ruang perpustakaan mereka. Banyaknya.
Satu yang saya pelajari rakan-rakan penulis rajin merekod data buku dalam perpustakaan mereka. Dengan perisian Excel mahupun tulisan tangan, koleksi buku dapat diketahui dari masa ke semasa.
Nampaknya saya pun perlu mula merekod buku. Tapi... * pandang rak * (Biasanya waktu nak mengemas, waktu itulah nak membaca kan?). Haha.
Saya sentiasa menggemari buku yang berkisahkan tentang buku. Maka, Rumah Sejuta Buku ini memang enak dihadam intinya.
Lima bintang diketik bukan kerana saya salah seorang penulisnya, tetapi kerana keupayaan buku unik ini yang mampu mengerutkan dahi saya lantaran otak harus bekerja kuat memproses limpahan maklumat baharu yang amat berharga, di samping sekali sekala tergelak-gelak kecil membaca pengalaman-pengalaman lucu para pencinta buku sepanjang usaha gigih mereka membina perpustakaan peribadi sehingga ada yang terpaksa berulang alik dengan kereta sebanyak 15 kali ketika proses memindahkan buku-bukunya yang bertimbun ke rumah baharu.
Lebih menarik apabila membaca variasi pandangan para penulis buku ini tentang amalan menjadikan ruang tamu sebagai perpustakaan peribadi dan amalan memberikan buku-buku milik mereka kepada orang lain. Mereka adalah sekumpulan pencinta buku yang sefahaman bahawa buku ialah anak kunci kepada portal pelarian ke alam yang lebih indah (meminjam ayat Nisah Haron), namun bagi dua perkara tersebut, mereka sebagai pencinta buku punya pandangan tersendiri dan sudah tentulah pandangan tersebut terbina daripada pengalaman matang mereka setelah bertahun-tahun bersahabat jitu dengan buku. Sebagai pembaca dan pencinta buku, saya meraikan bahkan teruja membaca pelbagai perspektif tentangnya.
Apa yang saya mahu simpulkan secara ringkas adalah: penulis-penulis dalam buku ini bukan seorang pembaca biasa, tetapi mereka pencinta buku sejati.
Ada emosi gembira yang melampau apabila membaca setiap perkongsian berkenaan perpustakaan peribadi mereka & perkongsian pengalaman bagaimana terpupuknya minat membaca. Gembira kerana ternyata ada ramai yang sejiwa dengan saya. Saya berani katakan mereka pencinta buku sejati kerana ada seorang penulis hingga dapat menghafal kod perpustakaan, iaitu kod Z. Kod Z perpustakaan amatlah saya gemari. Kod ini banyak berkongsi tentang hal buku & perpustakaan, sama seperti buku ini.
Baru saya faham kenapa perlunya ilmu berkaitan perpustakaan. Ilmu inilah yang membantu kita menguruskan buku-buku dengan baik & sistematik.
Seronok baca kesemua pengalaman mereka. Sedikit sebanyak dapat memberi ilham untuk saya uruskan buku-buku peribadi saya juga. Terima kasih buat semua penulis.
Baca buku nii umpama baca kisah sendiri... Pada awalnya tertanya2 jugak buku ni berkisahkan apa yea? Novel ke atau citer tentang seorang yg memiliki koleksi buku. Akhirnya terbeli jugak sebab nak tahu punya pasal... Buku ini tentang pemilik2 buku dengan perpustakaan peribadi mereka...bila bermulanya minat membaca, jenis perpustakaan peribadi, genre yang menjadi pilihan, koleksi kesayangan dan byk lagi. Memberi panduan dan idea kepada peminat buku cara penyusunan buku dan pemilihan buku. Bacaan santai2 dan saya suka buku ni.. Saya minat membaca bermula dari sklh rendah lagi dan arwah ayah sy melanggani surat khabar utusan dan berita harian setiap Bulan. Saya simpan sedikit duit belanja sekolah utk membeli novel yg sy minat. Ketika di sklh menengah sy akan ke library pada waktu rehat untuk meminjam buku kisah penyiasatan. Bila dah bekerja baru berpeluang utk membeli byk buku sebagai koleksi peribadi dan menyimpan impian untuk membina mini perpustakaan di rumah. Alhamdulillah impian itu dah pun tercapai.
“Membaca merupakan satu pengalaman yang amat peribadi. Walaupun kita menelaah buku yang sama, perspektif dan perasaan yang timbul daripada pembacaan tetap berbeza bagi setiap individu.” - Juliana Es
🏷️-Yang bahagiakan seorang pencinta buku. Salah satu, membaca buku tentang buku & Pasang impian,bina ruang membaca/perpustakaan sendiri. Ini buku, perkongsian 20 penulis dalam membina perpustakaan peribadi di rumah masing²
🏷️-Teramatlah TerINSPIRASI dgn semua penulis² tentang pengalaman awal mereka mula membaca, koleksi buku² peribadi, gaya dan sistem perpustakaan atau ruang membaca di rumah masing². Selaku peminat dan pengumpul buku tak sah kalau tak berangan² wujudkan Kutubkhanah peribadi. Semua bermula dengan angan².Itulah dialami ramai penulis² ini. Sesiapa berangan yg sama, silalah baca sebagai rujukan dan ambil semangat dan ilham. Moga² impian kita jua terwujud.
🏷️-Tak hanya berkongsi tentang perpustakaan, turut serta segala genre² dan koleksi nadir mereka yg buat aku rasa, hebat &beruntung. Malah bagi aku info tentang banyaknya buku² lain yg boleh di teroka, buat carian lanjut.
🏷️-Sedar, usah terbeban dgn perkataan perpustakaan. Binalah pustaka kita dgn acuan sendiri. Walau hanya rak di ruang kecil. Tip yg diberi juga berguna utk kita letakkan garis panduan membaca agar tak lari niat utk bermegah tapi biarlah apa yg ada di ruangan itu bermanfaat utk diri dan generasi kita. Ikut kemampuan kita dan Barulah datangnya tenang-bahagia.
🏷️-Perasannya, hampir semua penulis² buku ini didedahkan dgn buku dari kecil lagi atas dorongan dan didikan ibu bapa masing². Ini tambahan bukti bahwa niat utk jadikan membaca satu budaya dalam rumah.
🏷️-Usai buku dikatup, sibuk otak aku merencana. Senarai apa aku perlu buat dan tak buat untuk realisasikan walau hanya sekadar draf duluan. Apa dapat daripada buku adalah semua untuk jangka masa pendek dan panjang :-
📝Apa konsep & tema warna 📝Jenis rak 📝Carian ruang 📝Cara atur yg serasi dengan jiwa sendiri. 📝 Teliti jenis bacaan yang tersimpan demi simpanan masa depan.
🏷️-Aku rasa, 'rumah ku syurga ku' bukan hanya lihat pada anggota rumah saja tetapi anggota naskah yang tak bernyawa yg memberi nyawa pada bauan rumah itu sendiri, ibarat bauan 'syurga dunia' yang dirindukan.(Hiperbola sgt😌)
Sebagai salah seorang penyelenggara dan juga penyumbang makalah dalam Rumah Sejuta Buku, naskhah ini berasa sungguh istimewa kerana berjaya menghimpunkan kelompok pemilik perpustakaan peribadi dari berbagai aliran dan latar kehidupan. Ini menjadikan setiap kisah tidak bosan dibaca.
Dalam buku ini terhimpun kisah perpustakaan sasterawati tanah air (Bonda Mahaya, Marini Azahri, Rebecca Ilham dan Nisah Haron), ahli akademik adik-beradik (Dr. Zulkifli dan Dr. Saadah), suami isteri yang merupakan ketua pustakawan IPT dan pengarah jabatan kerajaan (Puan Nor Azzah dan En. Zamri Misman), orang kuat dunia penerbitan (En. Mohd Khair), doktor pakar patologi (Dato' Dr Azizan), akauntan (Wan Norjihan), mantan jurutera yang kini penterjemah (Nuraina), guru dan penggiat NGO (Azhaari Shah), guru sekolah dan guru mengaji (Aina Dayana) dan banyak lagi. Tidak mampu saya menyebut nama kesemua 20 orang tetapi biodata setiap mereka jelas dalam buku ini.
Kisah mereka mula membaca hingga membina perpustakaan sendiri memperkaya sudut pandang kita tentang dunia buku. Yang lebih menarik, ada pandangan dalam kalangan mereka sering bertingkah dengan alasan yang baik. Kenapa ada yang suka rak buku di ruang tamu, tapi ada pula yang tidak mahu? Kenapa ada pemilik pustaka yang suka bukunya teratur, tapi yang lain suka kecacamarbaan?
Apabila mereka bercerita tentang rak dan koleksi mereka yang rencam, itu semua bagai semboyan terindah yang telah lama ingin ditiup dengan penuh semangat dan cinta.
Buku yang mesti dimiliki dan dibaca oleh para penggemar buku tahun ini!
Setelah membaca semua catatan dalam buku ini satu perasaan lain muncul, "Haih, kenapalah saya tak tulis cerita tentang koleksi buku sendiri?" Ha ha ha... Namun, menulis koleksi buku tokoh lain, juga memberikan kepuasan kepada saya apatah lagi memang saya mahu menyelongkar buku-buku beliau sepanjang perkenalan kami sejak tahun 2011.
Terdapat banyak cerita tentang buku, kalaulah dicampurkan dengan projek buku sebelumnya di bawah kelolaan Goodreads Malaysia. Seperti Kertas-kertas yang Merubah Fikir, buku Rumah Sejuta Buku (RSB) juga menampilkan cerita dan kisah tentang buku pemiliknya. Cuma RSB lebih details tentang perpustakaan peribadi penulis dan jenis-jenis buku yang dimiliki.
Saya belajar banyak perkara juga, terutama tentang susun atur dan judul-judul buku yang memberi kesan an menjadi kesayangan penulisnya.
Terima kasih untuk semua perkongsian yang menarik.
Rumah Sejuta Buku adalah memoir pengalaman sekumpulan #bibliophile membina #perpustakaan peribadi di rumah, pejabat, bilik sewa, rumah sewa, kolej dan kampung masing-masing. . Oleh kerana kebanyakan penulis dilahirkan dalam abad yang sama, secara tidak tersengaja idea ciri perpustakaan impian mereka agak sama iaitu rak buku berbentuk segitiga yang 'dicuri' dari cerita television #vampire 'Moonlight'. Terpaksa Google jugak perpustakaan gelap si vampire Mick St. John yang muram, suram, maskulin tetapi cozy. Very nice combi- wood, leather, sombre.. . Kesimpulan: 5star, wajib baca, very entertaining, lots of great books listed..
This entire review has been hidden because of spoilers.
melalui buku ini, saya tahu: 1. pelbagai jenis buku yang boleh saya miliki lepas ini, 2. pengalaman mereka membina minat membaca yang kebanyakannya sedari zaman kanak-kanak 3. pengalaman mereka membina perpustakaan peribadi