Tidak kira berapa juta wang yang anda ada, selagi tidak dijemput anda tidak akan dapat menaiki bas ini. Teja sungguh bertuah kerana menerima undangan itu. Undangan yang hadir bersama ribut kejutan yang menyentak, juga mengubah cara dia memandang hidup.
Pada hujung kembaranya, Teja mahu menjadi orang yang mampu berterima kasih kepada Hilzan, dan Ekspres Jupiter.
Dia hanya mahu menjadi lebih kuat!
"Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Ekspres Jupiter."
UTak reti nak bagi rating buku ni arrrghhhh Bacaan ringan, konflik tak berat. Nak kata wow sangat tu tak juga hurmmm
"Selamat datang Teja, ke Ekspres Jupiter."
Buku yang bertema fantasi, Teja ahli gimnas yang terpaksa melupakan hasrat bertanding atas beberapa faktor. Teja bertemu dengan Kapten Hilzan & Aranzi sewaktu di ambang maut.
"Aku rasa aku dah faham kenapa Ekspres Jupiter pilih kau.", Kapten Hilzan
Ekspres Jupiter akan bertemu dengan orang yang tepat (memerlukan bantuan) seperti Teja. Walaupun Kapten kelihatan beku tapi hati dia lembut ahhhhh *cair
"Itu tandanya aku sedang hidup, bukan sekadar wujud"
Pengembaraan mereka tak jauh pun, cuma sekitar KK. Oh hampir terlupa pasal Jimmy. Jimmy seorang atlet badminton merangkap jiran lama Teja. Jimmy tak seteruk mana tapi agak menjengkelkan & bajet bagus.
Bila Teja tak layan, dia akan cakap "I'm just trying to be nice"
Bila kena reject baru tahu ego tercabar.
Ya, berjuang. Kau mahu jadi pelindung atau pemusnah, hujung-hujung nanti keputusan itu kau sendiri yang buat."
"Teja, saat kita tidak mahu mencuba, kita sebenarnya sudah pun kalah."
Karakter Teja relatable, datang dari 'broken family'. Kalau boleh Teja tak nak terikat dengan Ibu atau Ayah dia. Ibu ayah lebih pentingkan 'apa yang orang cakap'. Perasan Teja terabai sejak kecil.
Dia mahu hidup jauh dari bumi, bersama Ekspres Jupiter.
Selamat datang ke Ekspres Jupiter. Jika ada tawaran sebegini pasti saya tidak akan berfikir banyak kali untuk menerima pelawaan sedemikian. Ekspres Jupiter itu seperti satu 'harapan' dan 'healing'. Menaiki bas terbang itu bukan boleh ditempah tetapi Ekspres Jupiter itu sendiri yang akan memilih penumpang yang dikehendakinya.
Kisah hidup Teja seperti bintang yang gagal. Dia rela menjadi punching bag ibunya bila ibunya mahu melepaskan kemarahan dan tekanan dari suami yang tidak berguna. Curang. Lalu memilih perempuan lain dan hidup gembira tetapi membiarkan ibu Teja digantung tidak bertali lantas menyebabkan Teja berasa sakit dengan kehidupan yang dilalui.
Gymnastik itu seperti sebuah pelarian untuk Teja. Dia mahu melupakan segala kesakitan yang dialami. Peristiwa dia diserang dan ditolak dari atas bangunan itulah permulaan dia dijemput masuk ke Ekspres Jupiter. Dari situ dia kenal Kapten Hilzan. Dia kenal siapa Aranzi. Kapten Hilzan yang misteri itulah yang banyak membantu dia untuk melihat sebuah kehidupan ke arah yang lebih positif.
Bila Teja diberi tanggung jawab untuk mengambil alih Ekspres Jupiter, dia rasa nyaman. Dia rasa itulah rumahnya yang sebenar. Dia mula berasa tenang dan mampu untuk tersenyum seikhlasnya. Tetapi dia gagal untuk mempertahankan bas terbang itu. Namun kegagalan itu berbalas bila dia mampu membuat keputusan yang betul dalam hidupnya dan mengembalikan semula bas itu kepada Kapten Hilzan.
Walau Kapten Hilzan itu seperti sportlight dalam cerita ini, tetapi sebenarnya Jimmy lah unsung hero dalam hidup Teja. Cuma Jimmy itu lebih annoying. Tidak seperti Kapten Hilzan yang cool. Mungkin benar kata Teja, Jimmy itu berasa tercabar bila Teja sudah berkata move on. Tetapi dalam tidak sedar Jimmy sebenarnya menyintai Teja. Sikap Jimmy itulah yang membawa hidup Teja berwarna warni seperti pelangi.
Overall, saya suka dengan cerita ini. Cerita yang bagi saya unik walau ada fantasinya. Kadang tidak salah untuk kita berfantasi atau berangan jika ianya boleh membawa kita harapan untuk hidup yang lebih baik dan meninggalkan segala kelukaan yang ada agar hidup ini tidak akan dipersiakan❤️
Pssttt: Bila writter nak cerita tentang Ekspres Orion pula. Macam kesian pula Kapten Finral tak dapat pinjam 'alat' dari Kapten Hilzan. 😂😂😂😂😂 Aduhhh Kapten Finral betullah cakap Hilzan. Pergi minta pada dia punya Orion!!!
Penuh debaran baca Ekspres Jupiter ni. Jadi tak senang duduk. Sebuah naskhah “page turner” bak kata omputih. Tak tahu macam mana nak ulas, sebab banyak sangat benda best nak cerita. Salah satu buku yang wajib dibaca untuk tahun 2024 ni. Saya bagi rating 4.9 ⭐️ sebab beberapa typo dalam novel; actually tak menganggu pembacaan pun tapi saja 😆
Pada permulaan cerita agak slow sikit; mungkin sebab saya tak faham bab gimnastik. Tapi… sebaik saja masuk beberapa bab after give a chance, sumpah this book is unputdowable! Teja merupakan atlet gimnastik tak pernah masuk mana-mana pertandingan sukan even SUKMA sekalipun atas trauma masa lalu. Bertemu Kapten Hilzan iaitu kapten bas Ekspres Jupiter, banyak mengubah kedukaan hidupnya kepada sebuah kegembiraan dan kebahagiaan, ditambah pula dengan kehadiran jirannya, Jimmy iaitu atlet badminton.
Kadang, kita perlu berkawan dengan musuh untuk melihatkan diri kita ni bodoh di mata musuh supaya kita boleh lihat tindak-tanduknya. Begitu juga dengan kisahnya Kapten Hilzan dan Aranzi. Aranzi yang dulunya merupakan bekas gelandangan, di ambil dan dijaga oleh Kapten Hilzan sebagai penumpang Ekspres Jupiter selama 10 tahun akhirnya menjadi pengkhianat. Kerana kekayaan pelbagai jenis permata dan berlian di sebalik tirai Ekspres Jupiter itu sendirilah menyebabkan Aranzi putih mata lalu memasang niat untuk merampas Ekspres Jupiter.
Kalau cerita lebih-lebih risau akan ada spoiler pula. Nak tahu bagaimana pengakhirannya, WAJIB WAJIB WAJIB BACA! Btw, saya dah jumpa cameo dalam Ekspres Jupiter ini. Barangkali lelaki bersayap yang berjumpa dengan Teja tu, adakah dia Tengku Annas dalam Sayap Berlian?
Cerita yang mengujakan dan mendebarkan. Tentang gadis rapuh yang masih meletak harapan terhadap impiannya yang tertangguh??
Teja telah dipertemukan dengan Hilzan, kapten Ekspres Jupiter melalui satu kejadian. Sepanjang perkenalan dengan Hilzan, Teja dapat menyelami diri dan berupaya membuat pilihan untuk dirinya sendiri.
Tak tahu la kenapa asyik terbayangkan rupa Howl sahaja apabila menekuni watak Hilzan 😂 Aku sebenarnya nak tahu kisah Hilzan sebelum menjadi kapten namun, watak Hilzan kekal misteri sampai habis cerita.
🚌 Sedangkan air laut ada pasang surut. Sama ada sedih datang selepas gembira ataupun bahagia pula yang datang selepas kecewa. Dua benda tu saja--Hilzan, halaman 113.
🚌 Ujian semua orang tidak sama. Bahu kita semua pun berlainan kekuatannya. Cara kita menangis pun berbeza. Sama ada kita menjadi perisai ataupun pemicu pada bom jangka--Hilzan, halaman 151.
🚌 Apabila kau sedar kau sedang hidup, kau akan tahu untuk berjuang--Hilzan, halaman 184.
🚌 Saat kita takut untuk mencuba, kita sebenarnya sudah pun kalah--halaman 274.
Lebih seminggu juga nak habiskan buku ni. 2 ke 3 hari baca sikit lepas tu letak, baca sikit lepas tu letak. Lepas tu tinggal terus 3 ke 4 hari. Akhirnya, seperti motto UiTM, dengan usaha, taqwa, mulia, berjaya juga habiskan baca pada masa satu hari saja dengan dorongan latte ais yang kemudiannya memeningkan kepala.
Seterusnya, ambil masa sebulan juga baru kembali semangat hidup nak taip ulasan. Sampai tersadai ulasan 9 buku yang lain.
Sedemikianlah peristiwa yang berlaku disebabkan buku ni.
Sekian.
Tapi kalau nak disekian sekian sekian lagi yang barangkali akan terselit bocoran jalan cerita juga;
Buku ni mempunyai jalan cerita yang lambat panas dan juga bikin panas dengan penamat yang boleh diibaratkan rupa-rupanya api tak dinyalakan.
Kisahnya tentang Teja yang kembali ke dunia gimnastik setelah 11 tahun berhenti. Kini berumur 26 tahun, Teja sekadar memendam rasa sambil melakukan rutin gimnasnya. Satu insiden malang kemudiannya menemukan Teja dengan Ekspres Jupiter. Sebuah bas ekspres boleh terbang yang kalau tak wujud dalam cerita pun tak mengapa.
Dari segi wataknya, Teja merupakan watak yang hambar. Ada satu dua ketika ditunjukkan kehebatan Teja dalam rutin gimnasnya tapi akan dilemahkan dengan kecuaiannya pula dalam bab yang sama. Selain itu, Teja sekadar memendam rasa, mengenang derita lalu saja. Watak sampingan pula terdiri daripada remaja-remaja gimnas menjengkelkan dan jengkel akan kehadiran Teja dan juga lelaki yang diminati Teja dahulu serta Kapten dan penumpang Ekspres Jupiter yang wujudnya sekadar untuk jadi pak lawak sepertimana yang sering dipaparkan oleh pelawak dari negeri Sabah dalam rancangan seperti Raja Lawak, Maharaja Lawak atau Maharaja Lawak Mega.
Plotnya pula banyak berputar perkara yang sama. Teja dibenci ahli gimnas muda yang lain, tak dapat sokongan jurulatih, lelaki yang pernah diminati datang mengendeng dan pekerja Ekspres Jupiter cuba menyelitkan unsur lucu. Konflik yang ada dalam cerita kebanyakan dipaksa-paksa. Sebagaimana seluruh buku ini apabila dibaca terasa seperti dipaksa tulis. Sebagaimana juga buku ini dipaksa untuk dibaca kerana tidak mahu sia-siakan duit yang telah dibazirkan.
Formula bagi kemunculan konflik dalam cerita berulang dengan watak hambar atau pak lawak yang secara tiba-tiba bersikap di luar watak. Berang dan bengis tak tentu pasal. Pasal apa? Dua muka surat kemudian akan ada imbas kembali yang akan jelaskan. Dua muka surat kemudian lagi konflik diselesaikan. Begitu sajalah munculnya konflik yang datang tiba-tiba dan pergi tergesa-gesa berulang kali. Tiba-tiba watak ceria atau hambar mengalami perubahan suasana hati, memang jadi tanda-tanda konflik hangat-hangat tahi ayam bakal muncul.
Bagi Ekspres Jupiter pula, kewujudannya lebih kepada untuk menjadi pakar terapi yang mahu mengungkit trauma lalu si Teja. Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba si Kapten beritahu dia tahu dengan masalah Teja. Macam mana dia tahu? Tak tahu. Tapi dia tahu dan dia beritahu yang dia tahu supaya apa yang dia tahu boleh dijadikan jalan cerita sebab tak ada jalan cerita yang boleh direka gamaknya bagi membangkitkan kisah lalu Teja secara semulajadi.
Kemudian bagi menunjukkan bakat Teja, dia diminta untuk menyertai SUKMA. Walaupun dah melebihi had umur. Guna kabel? Mengambil peluang dan tempat ahli gimnas muda yang lain pula tu. Lebih menampakkan kekurangan etika dan moral watak. Dan tak pastilah ada duluan kes ahli sukan terlebih umur sertai SUKMA atau tidak. Tapi sampai sekarang bincang punya bincang, kaji punya kaji, had umur susah nak naik. Kalau ada rancangan naik pun baru cadang setakat ke umur 23 tahun. Jadi, kemungkinan wujudnya bas ekspres terbang sebenarnya lebih tinggi daripada melanggar peraturan yang ditetapkan dan melawan birokrasi majlis sukan yang sukar bertolak ansur. Di sini boleh nampak yang ada perkara yang nampak mustahil dan bas terbang berada di senarai paling bawah.
Bas terbang dengan plot yang secara tidak semulajadi diterapkan pula konfliknya. Ada banyak kelonggaran dan tidak kukuh tindak tanduk antagonis yang mahukan Ekspres Jupiter. Kalau nak ikutkan senang saja nak rampas Ekspres Jupiter. Tapi tak tahulah kenapa nak dirumitkan dan nak dipanjangkan dan nak melakukan kemusnahan dan nak dimatikan watak dan akhirnya semuanya jadi seperti sedia kala. Mungkin nak tunjukkan pemikiran bijak yang telah dilakukan Kapten secara tersembunyi yang tahu pengakhirannya tapi lebih menunjukkan kelalaian dan sifat tidak bertanggungjawab.
Selitan kameo watak dari novel Sayap Berlian pun tidak dimasukkan secara semulajadi. Mungkin inilah akibatnya kekurangan perancangan dalam persilangan cereka yang dibuat sekadar untuk syok sendiri bagi mengaitkan setiap cerita dalam buku bawah imprin yang sama.
Setakat dua buku bawah imprin K-Lit yang telah dibaca, kedua-duanya tidak begitu memberangsangkan. Memberangkan, itu ya.
Jika diberi peluang untuk "melarikan diri" dari segala masalah; tinggalkan yang serabut² dan kita terbang ke langit dengan sebuah bas magikal— adakah kita mahu menerimanya?
Ekspres Jupiter oleh @rileyfizan membawa pembaca ke dalam dunia Teja, seorang gimnas, berusia 26 tahun (yang mungkin sudah lewat untuk mengejar cita²nya)
Datang dari keluarga bermasalah— ayahnya main kayu tiga. Teja pula, sebagai anak perempuan sulung, menanggung beban & menjadi punching bag kemarahan ibunya
Bagi Teja, gimnastik adalah tempat perlariannya: sanktuaridi mana dia boleh melupakan semua penderitaan.
Namun, segala-galanya berubah pada satu malam apabila dia menjadi mangsa serangan.
Namun detik hitam jugalah menjadi pengenalan pertama bagi Teja dengan Ekspres Jupiter. Bas terbang magikal yang dikendalikan oleh Kapten Hilzan: sedikit keras, tapi lelaki yang cool
Bagi Teja, bas terbang itu bukan sekadar kenderaan ajaib: ia adalah rumah: tempat pulang sejati, di mana Teja bebas menjadi seorang Teja.
Ekspres Jupiter berbicara tentang mimpi tak tertunai, kasih sayang keluarga, persahabatan dan kemahuan mengubah hidup
Sebuah naskhah fantasi dengan tema-tema kehidupan yang realistik: bahawa mimpi yang abstrak boleh dicapai dengan tindakan yang konkrit, asal kita ada kemahuan
1. Tbh aku tak pernah baca lagi buku penulis yang famous tu, Dari Orion Ke Polaris sebab susah nak dapat. But surprisingly this Ekspres Jupiter? I love it! I think it's a modern fantasy kind of? Tak kisah la yang penting ada elemen fantasi dalam buku ni.
2. Penceritaan yang sangat details, main character Teja as a gymnast. Backgroundnya Kota Kinabalu. Dialog watak-watak dalam buku ni pun boleh tahu memang style orang Sabah baa. So aku macam wow.. I definitely like her writing style.
3. Ada vibe Howl's Moving Castle a bit, bas boleh terbang kat dalam bas dah macam rumah. Kapten bas dah boleh imagine memang hesmes macam Howl dan ada magik. Senjatanya payung 😆
4. I didn't expect at all yang pembantu Kapten tu sebenarnya the real villain. Dia nampak sangat baik 😩
5. Watak favourite aku of course Kapten Hilzan! and Jimmy of course. Sebab si Jimmy ni terbalik pulak. Teja yang pernah crush dekat dia tapi dia yang sibuk dok kejar Teja. Tak give up pulak tu haha
5. Buku ni sebenarnya banyak benda yang it's not what it seems. Watak Teja ni simbolik dengan planet Jupiter, yang dikatakan planet gagal and all chaos in it. So she's chosen by the Ekspres Jupiter to ride for a while. Apa hala tuju yang akan dia pilih in the end? Entah le aku tak reti nak explain 🥲 But I do get the point.
Selesai mengembara bersama Ekspres Jupiter (EJ). Baca sepanjang permusafiran ke ranah KDrama—dalam flight, tren jarak jauh, dan tamat dalam flight pulang.
Bagi saya, buku yang buat saya termenung seketika selepas tamat pembacaan, adalah buku yang baik. Dan ya, tamat Ekspres Jupiter saya termenung, merenung cover-nya, kemudian tersenyum ala Hilzan.
Gaya penceritaannya gabungan KDrama ataupun webtoon dengan anime. Apabila setiap bab ditamatkan dengan cliffhanger, jadi seolah-olah menonton drama. Apalagi dengan teks visual yang jelas.
Saya suka betul dialog percakapan orang Sabah dalam novel ini. The real Sabahan. Tak susah nak faham pun sebab masih bahasa Melayu. EJ jadi unik disebabkan ini, dan latar intrik kota raya Kota Kinabalu.
Light fantasy sebeginilah yang saya suka. Langsung tak memeningkan kepala. Tak logik? Hei, kalau nak logik, jangan baca fantasi.
Kapten Hilzan dan bas terbangnya, pada tafsiran saya adalah cara Teja menyelesaikan hal-hal hidupnya. Hilzan itu mentor, sebagaimana dalam dongeng mat saleh ada fairy godmother. Mentor yang selalu ada, menyambut mentee dengan wisdom-wisdomnya. Dan Ekspres Jupiter adalah safe space bagi Teja.
Senyum lebar apabila muncul watak cameo daripada novel K-Lit satu lagi. Sabajap. Rehat dulu, kemudian akan baca yang itu pula.
How I wish kisah ini dipanjangkan lagi. Sebagai orang dalam K-Lit, saya memahami dan menyaksikan sendiri cabaran besar yang dihadapi oleh penulis sewaktu menulis EJ. Dan walau demikian, beliau tetap dapat menghasilkan karya yang buat saya termenung. Salut!
Tahniah, Cikpuan Riley Fizan! I’m so proud of you! Dan cepatlah bah kasi buka tu pintu Ekspres Orion!
Habis baca saja bab pertama, saya dah tahu yang saya akan habiskan novel ni dalam masa yang singkat.
Macam mana saya boleh tahu?
Sebab saya nampak diri sendiri dalam Teja. Khususnya, dia yang nampak gimnastik sebagai ‘oksigen’ dia. Begitulah saya dengan penulisan fiksyen. Selain tu, saya sangat berempati dengan keadaan Teja.
isu keluarga. Isu kesejahteraan mental. Isu tak ngam dengan ahli-ahli kelab yang lain.
Semua isu ni dekat dengan hati saya, dan itu membuatkan saya betul-betul nak tengok Teja bangkit dan capai arka perwatakannya. Disebabkan tu, bila sampai ke babak Teja gapai ketenangan waima sementara, saya rasa macam nak peluk Teja je sebab tumpang gembira untuk dia.
Watak-watak penting lain tak kurang menarik dan buat saya tak sabar-sabar nak baca kisah dan jalan arka mereka - Hilzan, Jimmy, dan Aranzi.
Selain tu, saya suka sangat kimia antara watak Teja dengan Jimmy dan Hilzan. Seronok dan menjiwai sungguh membaca interaksi antara tiga watak ni.
Susunan alur cerita ni tak memeningkan. Jadi, pengalaman membaca tu terasa lancar aje. Dan lagi satu, walaupun pintal alurnya saya dapat teka, ia tetap tak mengganggu pembacaan saya. Malahan saya jadi lagi seronok nak tahu apa jadi sebab berjaya teka betul.
Jujurnya, saya agak berat sebelah dalam ulasan ni sebab saya suka genre fantasi ringan yang bertapak dalam dunia nyata macam ni. Jadi, mudah-mudah saja saya jatuh cinta pada novel ni. Kalau korang sama macam saya, cubalah baca Ekspres Jupiter.
Mula-mula nak beli Petrichor sahaja di booth Alaf21 (PBAKL). Tapi tengok cover macam comel, ada bas terbang macam Harry Potter pulak 😂. . Buku ni a bit fantasi sikit sebab ada bas terbang yang dinamakan Ekspres Jupiter yang dipandu Kapten Hilzan. . Watak Jimmy tu comel betul. Lagi-lagi bila dia panggil Teja as ‘Jiran’. . Ada part yang kelakar, ada part yang buat saya tersengih-sengih sendiri, ada jugak part suspens yang buat tak jadi nak berhenti baca, sebab tertanya-tanya apa yang terjadi seterusnya. . Ada jugak tertanya-tanya kenapa Aranzi tu offer cabut cangkuk mula-mula tu. Apa yang dia fikir? Dia fikir dia kuat? Tapi mungkin ianya intended as a hint. . Tbh, part Angie tolak Teja tu terasa sangat tiba-tiba (too sudden). I was expecting more conflict 🙊 sebelum kejadian tersebut. . Ceritanya okay okay sahaja. Part Teja dengan Hilzan / Jimmy tu macam menyelamatkan sedikit jalan cerita dan mood pembaca seperti saya yang cepat bosan 🙊. . Saya rasa gaya penceritaan penulis agak menarik, waiting for her next book (I thought penulis adalah seorang lelaki based on her nama pena. Ampun) Rating sebenar (sebelum dibundarkan) : 4.5/5 🌟
Ulasan Buku Judul: Ekspres Jupiter Penulis: Riley Fizan Terbitan: Karangkraf (K-Lit) Tahun Cetakan: 2023 / Cetakan pertama Jumlah halaman: 281 Tarikh bacaan: 10 Jun 2023 – 24 Jun 2023
Ulasan:
Ekspres Jupiter. Sebuah cerita realiti-fantasi ala-ala drama Korea. Penceritaan yang bersahaja dengan bahasa Melayu Sabah. Sesuatu yang harus dibanggakan kerana ia mengangkat satu bahasa daripada negeri dalam Malaysia.
Teja. Watak yang terlalu merendah diri atau lebih tepat tidak yakin dengan apa yang ada pada diri. Sukan gimnastik hanyalah ‘escapism’ untuk dia melarikan diri daripada realiti kehidupannya yang padanya amat menyesakkan. Tiada sasaran untuk dia mencapai sesuatu yang lebih jauh.
Cerita ini banyak mengetengahkan kata-kata hikmah kehidupan. Saya suka dialog pada halaman 79, di antara Teja dengan seorang wartawan:
“… zaman sekarang ini semua orang suka perhatian dan memerhati.”
“Tetapi, saya bukan semua orang.”
Nah, jawapan ringkas tetapi padu! Kita yang membaca pun, serta-merta terpukau dengan watak. Dialog bersahaja, tapi mendalam makna.
Pada halaman 151, jawapan Kapten Hilzan kepada Aranzi menarik perhatian saya:
“Ujian semua orang tidak sama. Bahu kita semua pun berlainan kekuatannya. Cara kita menangis pun berbeza. Sama ada kita menjadi perisai ataupun pemicu pada bom jangka.”
Pada halaman 184, kata Kapten Hilzan, menangis itu…
“… tandanya kau sedang hidup, bukan sekadar wujud.”
Tepat. Padat.
Saya juga melihat persamaan di antara Ekspres Jupiter dengan sukan gimnastik itu sendiri. Sesuatu yang berada di tempat tinggi, memerlukan keseimbangan. Hidup juga begitu.
Paling menarik apabila penulis membentuk perwatakan watak menggunakan sifat bintang. Teja dan Jupiter. Teja yang sering menganggap dirinya gagal. Baik dalam hubungannya dengan seseorang (crush, mak ayah, rakan gimnas dll), mahupun kehidupan yang pencapaiannya biasa-biasa sahaja. Jupiter pula dikenali sebagai bintang yang gagal. Yang memiliki gas-gas yang mampu memusnahkan.
Tetapi, kedua-duanya adalah pelindung dan penyelamat kepada kehidupan lain.
Ada satu babak yang paling saya suka. Iaitu ketika Teja melakukan aksi gimnas di atas Ekspres Jupiter. Sewaktu Teja melakukan aerial walkover sebanyak dua kali sebelum kakinya mendarat … Saya ‘menemui’ satu persamaan dengan Ekspres Jupiter yang pada satu-satu waktu juga, mendarat. Perkataan ‘mendarat’ itu terlihat sebagai sesuatu yang terkait dengan kehidupan kita.
Ekspres Jupiter, terbang tinggi dan ada waktunya akan mendarat.
Teja yang melakukan rutin gimnastiknya, walau setinggi mana dia melompat, juga akan mendarat. Yang terbang, yang melompat… semuanya pasti mendarat. Menjejak bumi. Menjejak realiti walau sepahit dan sebenci mana pun kita terhadap kehidupan di atas bumi Tuhan. Ya… mendarat.
"Ajaib kan, senyuman boleh sembunyikan hampir semua perkara."
Ekspres Jupiter, sebuah novel bergenre fantasi, mengisahkan seorang gadis bernama Teja yang cuba untuk aktif semula dalam gimnastik setelah merehatkan diri buat sekian lama demi kebaikannya. Tetapi kemunculannya semula tidak disenangi segelintir orang hingga nyawanya terancam. Namun kehadiran seorang jejaka yang mengemudi Ekspres Jupiter, bergelar Kapten Hilzan menyelamatkannya daripada ancaman itu. Dalam usaha Teja untuk menemui semula rentak dalam sukan yang digemarinya, kisah sebenar mula terungkai di sebalik kegigihannya itu dan pada masa yang sama dia terpalit dengan konflik Ekspres Jupiter yang mendebarkan.
Novel ini bermula dengan pembaca akan mengenali Teja dan minatnya terhadap sukan gimnastik. Kemudian dari situ plot berkembang apabila konflik Teja dan Angie mula timbul. Kemunculan Ekspres Jupiter pula menambah konflik sampingan pada masa yang sama konflik sebenar novel ini berkaitan keluarga Teja terungkai secara perlahan-lahan. Selain itu, cara penulis menyusun plot diolah rapi ditambah pula konflik sampingan yang dapat menyerlahkan lagi perkembangan watak Teja sebagai seorang gadis yang tabah. Manakala tempo penceritaannya pula boleh dikatakan agak perlahan sesuai dengan tema plotnya yang melankolik. Menuju klimaks, penulis sepatutnya mengembangkan babak tersebut supaya dapat menambahkan lagi rencah pada plot. Kelemahan ketara pada novel ini ialah pada watak sampingan seperti Kapten Hilzan, walaupun garapan wataknya bagus, tetapi pembaca tidak didedahkan akan cerita latarnya terutama sekali berkaitan Ekspres Jupiter lantas menjadikan objektif salah satu antagonis umpama tiada motif yang konkrit. Tetapi babak peleraian digarap dengan baik kerana boleh menitipkan senyum pada pembaca yang memahami Teja. Antara perihal yang disentuh ialah kesan kesihatan mental terhadap individu dan kepentingan kestabilan institusi keluarga.
Secara keseluruhannya, novel ini berjaya mengetengahkan tema utamanya berkaitan kesihatan mental dan emansipasi individu dengan baik sekali. Watak Teja sebagai seorang gadis yang kental dalam menghadapi cabaran semestinya dapat menyentuh perasaan sesetengah pembaca. Walaupun ada beberapa kekurangan berkaitan watak sampingannya, tetapi jika difokuskan saja pada kisah Teja novel ini boleh memberikan sesuatu kepada pembaca perihal berkaitan menyayangi diri sendiri.
Novel ini mengisahkan tetang Teja yang amat meminati sukan gimnastik tetapi disebabkan satu kejadian dia berhenti dari sukan itu. Selepas beberapa tahun, Teja kembali berlatih gimnastik dengan menyertai sebuah kelab. Teja telah dipulaukan oleh pelatih gimnastik yg lain termasuk jurulatih.
“Selamat datang Teja, ke Ekspres Jupiter.”
Satu kejadian telah menimpa Teja tetapi Teja telah diselamatkan oleh seorang lelaki misteri iaitu Kapten Hilzan. Teja dibawa menjadi penumpang Ekspres Jupiter, sebuah bas terbang. Bas yg dilengkapi peralatan canggih mampu terbang membelah awan. Selain Teja, Aranzi juga merupakan tetamu Ekspres Jupiter sejak 10 tahun yg lalu.
Oleh kerana keistimewaannya, Ekspres Jupiter telah diburu. Seringkali Kapten Hilzan dan Aranzi berdepan dengan bahaya utk melepaskan diri. Plot twistnya mmg buat aku terkejut bila tahu siapa yg mahukan Ekspres Jupiter.
Pada aku novel yg bengenre fantasi ni amat seronok dibaca, santai dan dapat meneroka sesuatu yg baru. Bayangkanlah kalau aku diberi peluang spt Teja, tak dapat aku bayangkan perasaan itu. Pasti akan jadi pengalaman yg tidak dapat dilupakan.
Banyak benda yg aku dapat daripada novel ini selain elemen fantasi. Ia juga merangkumi aspek lain spt ‘broken family', persahabatan dan sukan. Selain Kapten Hilzan watak Jimmy juga selalu ada untuk Teja walaupun kekadang aku rasa dia agak annoying. Kenapa la selalu panggil ‘Jiran’ memanjang. Nama Teja dah sedap kot. Hehe.. Pada yg suka pada novel bergenre fantasi, cepat beli, baca dan terbang dengan Ekspres Jupiter.
Teja, seorang atlet gimnasium yang mengambil keputusan untuk menjalani latihan gimnas setelah beliau berhenti ekoran daripada tragedi masa silamnya. Rentetan daripada itu wujudnya episod kewujudan bas Ekspres Jupiter, Kapten Hilzan dan masalah keluarga yang muncul satu-satu.
Bertemakan konflik kekeluargaan dan dilema watak utama, Teja dalam membuat keputusan dalam sesuatu perkara. Teja digelar sebagai Jupiter, yang membawa maksud bintang yang gagal. Hal ini kerana, beliau mempunyai masa depan yang cerah untuk menyinar tetapi akibat masalah yang bertimpa-timpa dari hal kekeluargaan dan peribadi menyebabkan beliau gagal dalam mencapai apa yang dihasratkan.
Ekspres Jupiter, sebuah novel yang membangun. Dipenuhi dengan kata-kata nasihat yang membangun melalui penyampaian secara tersurat daripada episod Teja. Watak yang mencari jalan eskapisme dalam menyelesaikan isu kekeluargaan, isu pengabaian anak, isu penceraian yang menjentik emosi seorang anak dan lain-lain terkait dengan hal-hal keruntuhan sesebuah institusi kekeluargaan.
Novel yang unik kerana mempunyai latar tempat yang berlaku di Sabah yang mengimbau kenangan lalu. Bahkan, wataknya juga berdialog menggunakan perbualan ‘bah’ yang lebih sinonim dengan gaya percakapan orang Sabah. Pendek kata, semuanya di dalam novel ini berlakunya di Sabah dan digabungkan dengan elemen-elemen fantasi.
Secara jelas aku melihat buku ini walaupun ia sebuah novel yang ‘pelik’ dan ‘janggal’. Ia tidak menghalang daripada penulis untuk menyampaikan nilai estetika membangun kepada pembaca yang hilang pedoman hidup akibat daripada cubaan untuk lari dari masalah yang berkunjung tidak sudah.
Secara keseluruhannya, novel Ekspres Jupiter ini aku kategorikan sebagai novel yang membangun jiwa. Novel yang mampu mencari identiti mereka yang dirundung rusuhan jiwa akibat daripada pelbagai masalah. Novel yang menyampai 1001 teriakan dalam senyap seorang anak yang hilang kasih dan sayang daripada ibu bapa yang mengabaikan mereka dari kecil.
Akhir sekali, walaupun novel ini agak sempurna daripada jalan penceritaannya. Namun, tak dapat dinafikan banyak typo dan keserabutan perjalanan novel ini disebabkan kurang letaknya tanda baca (, .).
Sedang membaca semula naskhah ini. Ekspres Jupiter, kisah ringkas yang mengajak kita menjadi lebih kuat untuk diri sendiri. Pentingnya melepaskan masa lalu dan memaafkan diri sendiri, supaya kita boleh mendepani cabaran hidup.
Terima kasih, Teja, Kapten Hilzan dan Ekspres Jupiter.
"Apabila kau sedar kau sedang hidup, kau akan tahu untuk berjuang." -Kapten Hilzan
"Terima masih kerana menggunakan perkhidmatan Ekspres Jupiter."
Tidak sangka akan ada rasa attached pada sebuah bas, tidak sangka boleh dibuat menangis oleh sebuah bas -- ah, tapi dia bukan sebarang bas, dia Ekspres Jupiter. Can I be one of your Jupiters wahai Kapten Hilzan.
Saya mengambil sedikit masa untuk menghabiskan bacaan novel bergenre K-Lit ini. Salah satu sebabnya adalah kerana saya tidak begitu biasa dengan struktur ayat dan dialog yang menggunakan dialek Sabah sepenuhnya.
Menyelami kisah Teja, seorang gadis yang bercita-cita menjadi atlet gimnastik, namun berdepan tentangan keluarga dan trauma masa lalu.
Perjalanan hidup Teja berubah selepas pertemuannya dengan Kapten Hilzan, pemilik bas terbang bernama Ekspress Jupiter. Di atas bumbung bas, berteman bintang-bintang, Teja belajar berdamai dengan ketakutan.
👍 Apa yang saya suka: • Latar tempat yang jarang mendapat spotlight seperti Centrepoint, dan kawasan sekitar, memberikan cerita ini suasana tempatan yang terasa dekat dan autentik.
• Tema ‘growing pain’ yang jujur tentang konflik seorang anak sulung dalam mengejar cita-cita di tengah-tengah kekangan keluarga dan kehendak sendiri.
🫶 Cadangan peribadi: • Penggunaan dialek Sabah dalam dialog kadangkala terlalu kerap sehingga sedikit mengganggu kelancaran pembacaan terutamanya bagi pembaca dari luar Sabah yang mungkin tidak begitu biasa dengan gaya pertuturan tempatan. Jika diimbangkan, pasti lebih mesra pembaca luar.
• Selain itu, saya rasa asal-usul kewujudan Ekspress Jupiter boleh dikembangkan lagi. Latar belakang bas yang seakan hidup ini cukup menarik, namun kurang diperincikan dalam cerita.
Permulaan cerita agak perlahan dan mendatar. Nasib baik tak panjang sangat buku ni. Agak susah untuk mengikat saya membaca. Lambat juga nak masuk ke dalam dunia Teja. Tapi world building dalam buku ni sangat bagus. Saya search Tiktok untuk setiap gimnastik step yg penulis tulis. Death loop? Amazing betul gimnas yang boleh execute trick ni. Watak Kapten Hilzan mengingatkan saya pada Willy Wonka, tak taulah kenapa. Mungkin sebab jaket labuh panjang dan senyuman mengerekot dia kot. Kalau Kapten Hilzan punya latar belakang dijelaskan mungkin lebih ada dimensi untuk karakter dia. Saya baru tahu Jupiter diberi gelaran Bintang Gagal, sebab tulah Teja terpilih untuk naik bas ni. Riley Fizan ni suka astronomi ke? Buku die banyak masukkan pasal celestial objek.
Novel Ekspres Jupiter ni adalah antara novel K-Lit yang saya rasa agak nipis kalau nak dibandingkan dengan yang lain. Saya pun tak kira berapa jumlah muka surat dan saya pinjam dari library untuk bacaan kali ini. Awal cerita, dibuka dengan kisah Teja, seorang gadis yang gigih berlatih gimnastik. Agak janggal bagi saya yang tidak biasa dengan sukan ini. Menarik juga untuk dibaca dan belajar dengan lebih dalam.
Konflik berlaku dengan rakan sepasukan iaitu Angie yang cemburu dengan kebolehan Teja yang lebih dari dirinya. Ada satu peristiwa berlaku dan bas “Ekspres Jupiter” telah selamatkan Teja. Ada dua orang penghuni tetap bas tersebut iaitu Kapten Hifzan dan Aranzi. Sebenarnya saya tak faham kenapa bas tersebut mahukan dan pilih Teja untuk diselamatkan. Ayat yang sering berulang ialah ‘hanya yang terpilih dapat menaiki Ekspres Jupiter”, begitulah lebih kurang, tetapi masih tidak diulas sampai ke akhir. Atas sebab apa Teja dipilih.
Muncul pula watak Jimmy, jiran lama Teja yang juga seorang pemain badminton negeri. Saya tak gemar langsung dengan watak ini kerana dia annoying. Asyik panggil Teja dengan nama “jiran”. Saya rasa Jimmy ni watak paling takde fungsi. Teja juga seorang watak yang polos dan tiada apa yang membuatkan saya suka pada dia.
Secara keseluruhan, ada banyak lubang plot yang bagi saya tak lengkap. Pengalaman saya membaca novel ini hanyalah sekadar melihat perkara dari permukaan. Mungkin kalau ada penjelasan yang lebih lanjut tentang siapa Kapten Hilzan, dari mana bas ini wujud, kembangkan lagi perwatakan Teja, mungkin akan membantu menambah baik naskhah ini.
WOW. Tak sangka kita dapat habiskan buku ni dalam setengah hari je. Syok sangat baca, tiba² je dah habis. Lagipun buku ni memang light, dan takde pun konflik yang berat ke ape. Buku ini juga bertemakan sukan + fantasi. Ada vibes² studio ghibli dgn Harry Potter lagi! 😍
Buku ni menceritakan tentang Teja, yang mengambil keputusan untuk mengikuti kelas gimnastik atas sebab-sebab tertentu. Sampailah pada suatu hari ni, ada kejadian yang tidak diingini berlaku sehingga menyebabkan Teja hampir kehilangan nyawanya. Bermula saat inilah, Teja dipertemukan dengan '𝗘𝗸𝘀𝗽𝗿𝗲𝘀𝘀 𝗝𝘂𝗽𝗶𝘁𝗲𝗿'.
Mesti korang tertanya-tanya Ekspress Jupiter tu apa kan?
Ekspress Jupiter ni sebenarnya adalah bas terbang yang dipandu oleh Kapten Hilzan. Yes, bas yang literally boleh terbang di udara.Nama pun buku fantasi kan. Hihi. Namun, bukan semua orang boleh naik bas ni sebab Ekspress Jupiter hanya memilih orang yang layak sahaja dan Teja merupakan salah seorang daripadanya.
Karakter yang paaaaaling kita suka ialah Kapten Hilzan. Nampak je cold dan beku tapi sebenarnya dialah orang yang paling baik dan caring. 🙈 Setiap kali Teja sedih, dia selalu bagi nasihat dan semangat dekat Teja. Dia juga banyak memberi pengajaran dekat kita untuk menjadi seorang yang lebih kuat dalam menempuhi kehidupan.
Teja pula berasal dari 'broken family'. That's why la dia sudah terbiasa untuk jadi kuat dan menguruskan sendiri emosinya. Dia juga merasakan dirinya seperti bintang gagal-Jupiter. Namun, dia tidak sedar walaupun Jupiter tu penuh dengan keributan, tapi ia menjadi perisai buat bumi. Sama seperti dirinya. *.✧♡
Overall, bagi kita buku ni memang unik dan menarik untuk dibaca. Buku ni pun ada dalam 280 pages je so mmg sesuai la kalau korang nak baca something yang light but unique at the same time. Totally recommended! 😍
Itu tanggapan aku pada 100 mukasurat pertama.Tapi aku rasa aku perlu habiskan pembacaan sebab walaupun aku rasa pelik ketika menelaahnya,aku langsung tak rasa untuk berhenti membaca.
Dan ya,aku berjaya tamatkan pembacaan kurang dari 3 jam.
Apa yang aku boleh kata,novel ni punya vibes memang tak sama dengan DOKP,dan vibes EJ ni memang lain daripada novel novel fantasi yang pernah aku baca.
Aku kira sentuhan penulis pada EJ sungguh magikal.Karakternya hidup dan membuatkan aku rasa sepanjang tempoh pembacaan,aku turut bersama karakter-karakter dalam novel ini.
Pada pendapat aku, bas Ekspres Jupiter itu adalah simile kepada eskapisme.Apabila kita dilanda masalah,kita akan cuba cari suatu method untuk kita escape daripada masalah tersebut ; mendengar lagu,membaca,melukis,you name it.Dan,bas EJ adalah suatu bentuk eskapisme kepada manusia jenis Jupiter.
Eskapisme itu sendiri bagus.Namun,kadangkala kita terlalu bergantung kepadanya hingga kita lupa bahawa sejauh mana kita cuba escape,kita masih tak berupaya untuk hilangkan serta merta masalah itu.Escape itu perlu untuk ketenangan sementara,selebihnya itu pulanglah.Hadapi masalah,agar dapat beroleh ketenangan selamanya.
Dan,sehingga ke mukasurat terakhir,aku masih rasa novel ini pelik.Namun,ia bukan pelik yang pelik.Ia adalah pelik yang menarik dan unik! Fresh!
Kesimpulannya,aku suka novel EJ.(Dan Kapten Hilzan,hehe)🫶🏻Syabas kepada penulis atas naskhah terbaru beliau.
Ape perasaan korang bila terpilih untuk menjadi tetamu bas yang boleh terbang? .
Teja, minatnya dalam gimnastik. Tapi disebabkan satu hal dia berhenti. Tapi dia mula semula pada usia yang telah meningkat. Walau dicaci oleh rakan sepasukan dan dipulau oleh coachnya sendiri. Dia tetap teruskan. Sebab dia ada targetnya sendiri. Namun kehadirannya, menjadi saingan Angie .
Ekspres Jupiter, bas terbang yang dikendalikan oleh Hilzan telah menyelamatkan Teja daripada jatuh bangunan akibat ditolak Angie .
"Kalau kau mahu berterima kasih, berterima kasih dgn dia ni. Dia ni nk singgah ke atas bumbung itu, ke tmpt kau. Dan aku tak blh tolak kemahuan dia." - Hilzan
Hilzan, kapten Ekspres Jupiter. Seorang yang beku. Dia dalam pelarian daripada orang2 yang ingin mengambil alih Ekspres Jupiter. Bersamanya ada seorang tetamu Ekspres Jupiter, Aranzi. Yang asalnya telah diselamatkan oleh Ekspres Jupiter, namun berlarutan hingga 10 tahun. Aranzi masih belum menjumpai 'hentiannya' .
Sedih jugak la kalau dilihat pada kehidupan Teja. Broken family. Dia sendiri terkontang kanting mencari arah hidupnya. Mujur ada Jimmy, jirannya yang banyak memberi support walaupon agak annoying .
Akhir2 kisah, penulis ada sediakan sedikit plot twist yang tak dijangka. Aku sendiri macam tergamam akan hakikat tu .
Tahniah penulis utk naskah yang menarik ni, walaupon hanya sekadar fantasi.🤣 Btw tak sabar nak baca kisah Finral pulak .
Usai membaca Ekspres Jupiter ini semalam dalam masa sehari. Bacaan yang sengaja diperlahankan untuk menikmati segalanya: wataknya, dialognya, dan jalan ceritanya.
Banyak yang mahu diucap. Namun cukuplah ini sebagai ringkasan.
Puas. Sangat puas.
Membacanya teringat movie Howl's Moving Castle yang pernah ditonton dahulu. Tapi kali ini versi lokal dan rasanya lebih manis dan indah.
Kisahnya seputar watak utama, Teja, seorang gimnas yang berada di persimpangan hidupnya. Mahu diteruskan atau melepas pergi. Tiba-tiba bertemu dengan Kapten Hilzan dan Ekspres Jupiter. Apa jadi seterusnya? Silakan membacanya. Highly recommended.
Nah, antara snippet dialog yang terkesan menusuk hati.
'Kau menangis sampai mata, muka bengkak begitu... itu tandanya apa?'
'Tandanya aku sudah kalah? Tandanya aku lemah?'
'Itu tandanya kau sedang hidup, bukan sekadar wujud. Apabila kau sedar kau sedang hidup, kau akan tahu untuk berjuang.'
'Berjuang?'
'Ya, berjuang. Kau mahu jadi pelindung atau pemusnah , hujung-hujung nanti keputusan itu kau sendiri yang buat.'
Terima kasih Teja, Kapten Hilzan dan Ekspres Jupiter. Aku rasa bekalan kekuatan aku cukup untuk minggu-minggu mendatang.
Moga dapat jumpa lagi di Ekspress Orion pula. InsyaAllah.
"Selamat datang ke Ekspres Jupiter." One thing I find this book unique is that this book uses Sabahan dialect since the setting took place in KK, Sabah. So BAZ.. BAZ.. for that! <33
I'm not a fan of fantasy, but this book makes my imagination go woosh woosh like the Ekspres Jupiter. I really like the concept of a flying bus and how only certain 'Jupiter' that the bus has chosen canboard the bus. It's giving Howl's Moving Castle vibes and a hint of Harry Potter.
I like the fact that the bus' purpose is to help their "Jupiter" to find their lost self again. And Kapten Hilzan? BRO don't get me started on that man.
"sama ada kau mahu jadi pelindung atau pemusnah, keputusan adalah di tangan kita sendiri." - Kapten Hilzan
"Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Ekspres Jupiter."
This entire review has been hidden because of spoilers.
Teja, seorang gadis pertengah 20-an kembali berlatih sukan gimnastik selepas meninggalkannya bertahun dulu. Harapannya, gimnas akan membantunya sebagaimana satu ketika dulu. Namun, berhadapan dengan jurulatih-jurulatih yang prejudis dengan kebolehannya, ahli kumpulan yang tak senang dengan kehadirannya dan Jimmy, jiran dari kampung membuatkan Teja sesak. Satu kejadian yang hampir membunuhnya telah menemukan Teja dengan Ekspres Jupiter.
Saat diambang maut, Ekspres Jupiter, sebuah bas terbang telah muncul menyelamatkannya. Bas yang dikendalikan oleh Kapten Hilzan dan Arazni, pembantunya. Hanya insan terpilih saja berpeluang menaiki Ekspres Jupiter.
Permulaan cerita mendatar dan perlahan. Dengan reading slump aku, memang banyak kali aku letak buku ni. Agak susah untuk aku 'masuk' ke dalam cerita Teja. Hatta kemunculan Ekspres Jupiter bersama Hilzan dan Aranzi pun tak mampu nak menarik minat aku. Sehinggalah aku decide untuk DNF dulu. Tak lama pun, dalam dua minggu baru aku buka semula dan barulah aku ada mood untuk ikut cerita ni dengan lebih baik.
Novel ni bukan saja berkisarkan tentang pengharapan tapi juga tentang growing pains, broken family, peluang, dan pengkhianatan. Aside from monotonous start, perjalanan kisah Teja dan Ekspres Jupiter lepastu penuh dengan pelbagai babak yang mencetuskan pelbagai emosi. Debaran tentang siapa yang mahukan Ekspres Jupiter sehingga berkali-kali datang menyerang, sedih 'dengar' growing pains Teja, bengang dengan si influencer tak bertauliah, berbunga sikit kerana prihatin Jimmy dan misteri tentang Kapten Hilzan. Aku menunggu juga kisah di sebalik seorang Hilzan tapi tiada. Agak kecewa jugala sebab tak tahu datang dari mana dia dan macam mana dia boleh jadi kapten Ekspres Jupiter.
Setting tempat di Sabah jadi ada juga dialek Sabah yang diguna tapi tak sampai aku tak faham. Quite an experience, sebab first time baca cerita yang guna dialek Sabah. Yang aku selalu jumpa utara dengan Kelantan je.
Bila ikut Teja 'mencari' peluang dan harapan untuk diri sendiri, aku pun terikut bahagia dengan pilihan yang dia buat dan sama hilang beban bila dia sampai ke destinasi dia. Terasa seolah aku pun heal dengan pilihan yang dia buat tu. Walaupun Hilzan tetaplah rahsia sampai ke hujung, dia cool. Aku approve! Jimmy... Annoying dalam sweet. Ke terbalik? Anyway, dia sentiasa ada untuk Teja walaupun tercross batas bila berprasangka. Overall, cerita ni unik dan seronok bagi aku.