Kematian demi kematian. Mangsa dibunuh satu per satu dengan kejam. Tubuh mangsa dirobek, jantung, hati dan darah mangsa hilang. Negara dilanda keributan. Inspektor Damia ditugaskan untuk menyiasat dan menangkap pembunuh kejam itu. Malangnya, semua siasatan membawa ke jalan buntu.
Tekanan semakin hebat. Inspektor Damia mula meragui kemampuannya. Kemunculan lelaki misteri membuka lembaran baru. Barulah dia sedar musuhnya bukan pembunuh, biasa tetapi musuh yang datang ratusan tahun dahulu.
Siapakah susuk yang berusia ratusan tahun itu? Kenapa dia memburu mangsanya? Apakah kaitan lelaki misteri itu dengan Inspektor Damia?
Best. Ceritanya tidak berbelit dan secara mudahnya kita faham apa isi cerita yang ingin dibawa. Cuma leluhur akan membawa kita satu salasiah yang panjang tentang hubungan antara Inspektor Damia dan pembunuh misteri itu. Bila ada 2 side Sura Manggala di sisi baik dan buruknya dia, pembaca sebenarnya boleh detect siapa watak baik dan buruk Sura Menggala.
Kisah mereka bermula ribuan tahun dahulu. Menyimpan segala dendam dan akhirnya mereka itu tunduk dengan kuasa Syaitan. Namun benarlah kata Adi Jagat. Kemenangan itu pasti milik haq dan bukannya batil. Mereka memburu mangsa untuk meneruskan kehidupan sebelum berjumpa dengan darah Agung. Walau siapa pun mangsa yang terbunuh itu, kaitannya tetap sama.
Saya kagum dengan watak Damia. Tegas dan dalam masa yang sama sangat komited sebagai Inspektor polis. Cuma ketegasan dia banyak mengundang ketidak puasan hati orang disekelilingnya. Dalam dunia yang serba moden ini teori Damia tentang pembunuhan itu ditentang habis²an dan sepertinya Damia ingin menutup cerita tentang kekalahannya untuk menyelongkar rahsia pembunuhan itu.
Jujurnya saya kesian dengan Sura Menggala. Siapa yang sudah baca cerita ini pasti faham kenapa saya berkata sedemikian. Itulah. Hidup ini diberi pelbagai ujian. Cuma kita sebagai hambaNya yang perlu mencari iman dan redha atas ketentuanNya agar tidak terpesong dan dilaknat tuhan.
1.14am. 5-6-23 bismillah. secara ringkas. sebuah novel yang best, utk sesiapa yg minat pada this kind of genre. there is homecide, investigation, gore, imbasan di masa nan lalu, apa hubungan kait inspektor damia dan si pembunuh itu? siapakah lelaki yg bertongkat kan lembu itu?dan bila aku ternampak nama beliau je, I was like, what??? woah..cerita homecide ni lain daripada yang lain..ia akan bawa pembaca kepada masa nan lalu..ada juga bahasa jawa diselitkan di situ. bagi aku, penulis sgt bertungkus lumus mencari bahan bahan utk menjadikan cerita ini menarik. ia tak menghampa kan aku, aku sgt enjoy jalan cerita nya. apa apa pun, tahniah kepada penulis, semoga memperolehi idea idea yang lebih baik utk menulis di masa yg akan dtg, insya'allah taala. honest stars given, ⭐⭐⭐⭐⭐ ( al fatihah di bacakan utk al marhum Adam Nasohah Bin Amran, 6th February 2009- 12 April 2023 ) anak kepada penulis.
Leluhur karya @armanjazee adalah sebuah karya genre seram dan penyiasatan detektif: ia misteri dan seriau (thriller) diadun kemas.
Kisah ini bermula dengan serentetan pembunuhan kejam yang menggegarkan negara.
Tubuh mangsa ditinggalkan dengan luka yang mengerikan, mengundang ketakutan dalam masyarakat.
Dalam keadaan genting ini, Inspektor Damia dipanggil untuk menyiasat kes pembunuhan ini yang semakin lama semakin rumit.
Semakin lama, semakin aneh siasatan— membawa kita pada satu rahsia purba tersembunyi.
Kemunculan sosok lelaki misteri di tengah² pembunuhan menimbulkan lebih banyak soalan dari jawapan.
Siapa lelaki misteri ini? Apa motifnya? Mengapa setiap mangsa dibunuh dengan cara paling sadis sekali?
Jawapannya hanya ada pada Leluhur
P/s: Rahsia purba ini ada kaitan dengan hikayat Jawa zaman dahulukala. Jadi bersedialah dengan kosakata Jawa yang muncul di banyak babak di dalam novel ini
Gore dalam cerita ni memang details gila. Dia punya tertanya-tanya apa yang akan terjadi lepas ni memang tak boleh nak stop baca. Tapi kan hahah aku tak tahulah kenapa tiberr ja boleh ada part Damia dgn Mendika berkasih sayang 😂. Maybe ada sambungan laa eh?
Kematian demi kematian ngeri berlaku satu per satu. Inspektor Damia diminta untuk menyiasat kes pembunuhan tersebut. Ternyata ia bukanlah tugas yang mudah. Penyiasatan menjumpai jalan buntu. Tiada sebarang maklumat ditemui bagi membantu pihak polis menjejaki penjenayah.
Sebuah kisah yang sangat laju pacingnya. Bagi SH tiada babak yang lewah atau sekadar memenuhi penceritaan. Semua babak menyumbang kepada jalan cerita. Penceritaan yang tidak lewah dan laju ni sememangnya mengikat SH untuk meneruskan pembacaan.
Kesian betul dengan Inspektor Damia apabila pihak atasan tidak mempercayai kata-katanya. Yelah isu pembunuhan nak dikaitkan dengan sesuatu yang mistik sememangnya sukar dipercayai. Namun SH rasa banyak pembunuhan yang dilakukan atas dasar ritual pemujaan dan ilmu hitam. Jadinya ia bukanlah sesuatu yang boleh disangkal secara sepenuhnya.
Namun bahasa jawa yang ada dalam naskah ini sedikit menggangu pembacaan SH. Walaupun SH bukanlah pandai berbahasa jawa namun ia bukanlah satu bahasa yang asing bagi SH. Membesar dengan mendengar orang sekitar berbahasa jawa bunyinya sedikit sebanyak melekat di jiwa. Walaupun tidak difahami namun bunyi dan alunan bahasa jawa agak biasa di pendengaran SH. Berdasarkan pendengaran ada beberapa perkataan jawa yang mungkin kurang tepat ejaannya. Sebab membawa bunyi yang agak berlainan. Ini adalah pendapat SH hanya berdasarkan pendengaran ye. Sebab SH tidak tahu secara tepatnya adakah ia benar atau tidak.
Plot twist di hujung cerita agak lari dari tekaan SH. Salah tekalah pulak. Memang tak dijangka sungguh twist itu. Begitu je penulis memusingkan otak SH semasa membaca.
Dan SH suka apabila penulis menggunakan font yang berlainan apabila berlakunya babak imbas kembali. Dengan ada ya waktu disertakan dan tulisan yang berlainan serta merta SH dapat tangkap ini adalah babak imbas balik. Dah tak payah pening nak fikir semasa membaca.
Selesai Leluhur. Arman Jazee yang terkenal dengan genre thriller kembali dengan kisah yang cukup unik dan segar. Penceritaannya terperinci. Aksinya padat dan ngeri. Kali ini dengan elemen mistik dan alam ghaib. Muncul setan-setan yang memburu darah manusia terpilih untuk dijadikan sumber tenaga. Gila ganas cara membunuhnya sampai habis isi badan bersepai merata. Dikaitkan pula dengan pihak polis yang cuba menyiasat namun menemui jalan buntu. Dah kerja setan, nak dapat bukti dari mana pulak kan. Tahniah kepada penulis atas kelahiran Leluhur ini, selepas lama bercuti dalam arena penulisan. Ternyata karya ini tidak mengecewakan malah menghiburkan dalam ruang lingkup yang meremangkan.
Serius naskah ini sangat menarik untuk dibaca. Jalan cerita yang tersusun rapi, jadi pembaca mudah faham apa kisah 'leluhur' ini .
Kematian demi kematian yang berlaku. Semuanya memeningkan kepala Inspektor Damia. Tiada saksi. Tiada bukti. Tiada sebarang petunjuk siapa pembunuhnya. Lalu dimanakah mereka mahu memulakan penyiasatan .
Mangsa dibunuh dengan sangat kejam. Darah disedut hingga kering. Hati dan jantung hilang. Badan dibelah dengan sangat teratur, ibaratnya dibelah dengan pisau yang sangat tajam. Dan pelakunya sangat mahir. Adakah manusia biasa mampu melakukan hal sedemikian? .
Kerana dendam, manusia hilang pedoman. Kerana tersakiti, mereka ingin menyakiti. Dendam bermaharajalela dalam diri. Maka dengan hasutan syaitan, mereka kalah. Lalu berenang dalam lautan dendam yang tidak bertepian, hinggakan sanggup menjadi hamba syaitan. Melupakan Allah S.W.T. .
Penulis sangat pandai menarik minat pembaca untuk mengetahui, apa sebenarnya yang berlaku. Di awalan cerita, dia menarik pembaca dengan kejadian pembunuhan demi pembunuhan. Di tengah dia mulai mengenalkan punca2 yang menyebabkan berlakunya pembunuhan. Dan diakhir, dia membuat plot twist yang sangat tidak disangka. Tapi benarlah. Kerana dendam, manusia hilang pedoman. Hinggakan merelakan diri bersekongkol demi iblis laknatullah .
Aku sangat2 rekomenkan korang untuk baca novel ni. Serius memang tak rugi. Rasa macam tak puas jee. Mohon penulis mengeluarkan banyak novel setiap tahun😆
Memang tak sangka Tapi nak buat macam mana dah penulis tulis macam tu kan?
Lepas tu terasa Damia tu rasa nak kaki je kan Bila kerek dia muncul Tapi dah lama baru faham
Lepas tu ingatkan takde lah scene ayam masak merah Tapi hahaha ... Ayam masak merah boleh tahan juga Terbayang depan mata bila scene macam tu muncul Haisshhh
Then ada kesilapan lupa kat mana dah Tapi yang ketara Rama .. kenapa Rama kejap rama Lepas tu ada satu ayat tu .. tulis nya memang tapi macam tak kena pula ...
Kalau penulis buat cetakan kedua .. sila periksa semula
Genre mistik, horror, action, bloody scene ....
Tapi kan .... Adi Jagat tu muncul lagi ke?
This entire review has been hidden because of spoilers.
Naskah thriller yang sangat baik dari Arman Jazee. Jalan cerita disusun baik. Bacaan bahagian awal membuat kita tertanya2 siapa dan apa sebenar pembunuh dan mengapa pembunuhan dilakukan.
Uniknya pembunuh dalam cerita ini sangat buas, berkekuatan mistik dan bukan manusia biasa. Akan dihuraikan satu demi satu.
besttt !!! besttt !!! best gilerrrrrr !!! sumpah bestt !!! thought it was just a cliche horror story but this time i was wrong 🤭 LIKE SIAPA SANGKA NOK KO PEWARIS DARAH AGUNG ?! KETURUNAN KETUJUH ? PASTU RUPANYA ADA LAKIK DARI DIMENSI LAIN AKAN DATANG SELAMATKAN KAU DARI KES PEMBUNUHAN 50 TAHUN SEKALI ??? PASTU RUPANYA INGATKAN ADA SATU JE PEMBUNUH - RUPANYA ADA TIGA ?? and bukan biasa-biasa kes ini!! how you want to solve it as police kalau kes ini melibatkan makhluk yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar ?? HOWL - daebakk !!! every detailing on how pembunuhan terjadi, muka terkoyak, badan tercabut dua, kepala dipotong clean cut, mayat bertukar jadi debu sekelip mata - i tell u ah ~ this book is something else… my top 5⭐️ reads in 2024 ! highly recommend!!
Selesai bacaan untuk buku ini. Ini kali pertama saya membaca buku daripada penulis dan cara penulisannya tidak mengecewakan. Tertarik dengan isu pembunuhan dan juga kenapa hanya orang-orang terpilih sahaja dibunuh. Kadang-kadang,nafsu mengatasi segalanya. Sangat recommended! Terima kasih dan tahniah untuk karya ini ☺️ Ada buku ke-2 ke ni? hehe
Karya LELUHUR sebuah karya yg sangat baik.Pertembungan dari Dua alam yg berbeza .Membaca karya ini penuh dgn debaran dari awal hingga akhirnya.Watak2 yg menakutkan tapi Hadir dgn satu tujuan.Harapan Saya,penulis dapat menyambung cerita ini.You are the best .
Mula² membaca agak keliru tapi lama kelamaan baru tahu jalan cerita tersebut.cerita tersebut mengisahkan 2 org yg sama keturunan dan berlainan darjat.seorang keturunan raja dan pengawal.jalan cerita sangat menyeramkan dan juga, disitu pula ada tertulis apa erti perkataan makna leluhur dalam novel tersebut.....dan akhir sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penerbit buku tersebut..... semoga beliau melangkah maju kehadapan dan dapat idea mendalam lagi dan menyeramkan dalam novel leluhur yg akan datang... dan juga dapat menyambung buku novel leluhur series bahagian 2 untuk kita semua.🥳🥳🥳 dan jangan lupa juga mari kita sama² aksi kan kisah inspektor damia rashdan sebagai watak utama dalam novel....di masa akan datang...
"Kemarahan akan membunuh diri kau. Sikap pemarah ini akan merendahkan martabat diri."
Leluhur, sebuah novel bergenre misteri/fiksyen sejarah, mengisahkan Inspektor Damia yang mengetuai sebuah penyiasatan siri pembunuhan yang begitu sadis. Namun, semua petunjuk mengarah ke jalan buntu dan reputasinya kian terancam. Semakin lama penyiasatan dijalankan, semakin tidak logik bagaimana pembunuhan dilaksanakan. Dengan kelebihan yang dia ada, Inspektor Damia cuba merungkai misteri itu tetapi dia mula sedar yang pembunuh itu bukanlah seorang psikopat tetapi suatu entiti yang lebih hina berbanding manusia.
Novel ini bermula dengan penuh sadis di mana penulis menerangkan bagaimana mangsa pertama dibunuh dengan kejam dengan perincian yang agak grafik. Begitu juga dengan babak-babak mangsa lain, penulis berjaya menerbitkan rasa ngeri dan ngilu terhadap pembaca terutamanya mereka yang fobia terhadap darah. Kemudian plot berkembang sekitar penyiasatan Inspektor Damia mencari jawapan dengan mencari petunjuk di sekitar kawasan jenayah. Walaupun penceritaannya terasa agak perlahan kerana babak prosedur penyiasatan yang agak teliti, tetapi setiap bab masih boleh membuatkan pembaca teruja hingga ke akhir bab kerana disulami babak aksi yang mendebarkan dan babak ngeri yang menggelikan. Kekurangan ketara pada novel ini pada kekerapan penulis menggunakan monolog dalaman yang sebahagiannya mengulang semula apa yang telah dinyatakan watak, juga kecenderungan penulis untuk menyuap pembaca dengan penjelasan yang tidak perlu. Perkara tersebut melewahkan penceritaan, sebagai contoh cara penyampaian perasaan watak ketika itu sebaiknya boleh disampaikan dengan bahasa tubuh atau intonasi dialog berbanding memberitahu pembaca secara harfiah. Selain itu, kisah di epilog sepatutnya diringkaskan dan diletakkan pada peleraian cerita kerana dirasakan tersisih daripada plot utama setelah ceritanya tamat. Walaupun begitu, susunan plot yang mapan serta watak yang jitu perwatakannya dapat mengaburi kekurangan tersebut. Antara perihal yang disentuh ialah bahana dendam yang membarah dan keteguhan pegangan agama seseorang di waktu kesempitan.
Secara keseluruhannya, novel ini berjaya membawa elemen penyiasatan klasik di mana pembaca akan berteka-teki hingga ke penghujung novel dengan pembongkaran yang menarik. Ditambah pula dengan elemen mistik dan elemen sejarah berjaya menambah rencah pada plot utama lalu menjadikan novel ini ada keunikannya tersendiri.
Sebelum ni aku dah letak balik buku ni kat shelf. Tapi disebabkan cerita dia sebenarnye best, otak aku duk paksa-paksa suh habiskan jugak.. cuma masa mula-mula baca, otak aku malas nak pikir.. ni otak dah tak serabut dan aman, baru la berjaya habiskan cerita.
REVIEW:
LELUHUR mengisahkan Damia seorang inspektor polis yang cekap menyelesaikan apa jua kes jenayah. Namun begitu, kes pembunuhan sadis yang terbaharu dia menemui jalan buntu. Kes tidak dapat selesaikan kerana ia melibatkan makhluk ghaib. Laporan-laporan kes yang dihantar kepada pegawai atasannya tidak masuk akal menyebabkan ketuanya menggantung tugas Damia dan rakan setugasnya
Damia masih bertekad untuk menyelesaikan kes pembunuhan tersebut walaupun dia digantung tugas. Dia berjaya menemui pegawai polis pertama yang pernah menyiasat kes yang sama 50 tahun yang lalu, Detektif Rahim. Detektif Rahim menceritakan pengalamannya ketika cuba menyelamatkan mangsa pembunuhan. Dia juga terselamat semasa dan tidak dibunuh ketika semua rakan-rakannya yang lain dibunuh ketika kejadian tersebut.
Daripada penceritaan tersebut Damia dan rakannya mengetahui pembunuh itu adalah makhluk ghaib @ syaitan yang datang dari zaman lampau (Sura Manggala, Puti Reno dan John) yang memburu 5 orang mangsa untuk mendapatkan pati geni (sumber kehidupan) sehingga mereka berjaya mendapatkan darah Agung.
Damia juga berjaya menenemui seorang lagi mangsa yang terselamat iaitu Mboh Karto dan diceritakan tujuan Sura Manggala memburu mangsa-mangsanya. Pada satu hari, bakal mangsa keempat berjumpa dengan Damia ketika dia sedang berkemas. Dia menceritakan mimpinya berjumpa dengan Sura Manggala.
Damia cuba menyelamatkan Ustaz Rahman ketika pemburuan oleh Sura Manggala. Namun tidak tidak berjaya dan ramai rakan-rakannya mati terbunuh.
Kemunculan Adi Jagat membongkar siapa pemilik darah Agung iaitu keturunan ketujuh Sultan Agung, siapa sebenarnya Sura Manggala dan bagaimana Sura Manggala boleh terlibat dengan perjanjian dengan syaitan.
-TAMAT- Tak boleh banyak sgt cerita.. nanti spoiler. huhu.. Recomended untuk dibaca -
Sebuah cerita thriller yang membawa kita kepada alam mistik dan sejarah Islam. Bagaimana syaitan dijelmakan dalam watak hitam cerita ini yang dikaitkan dengan sejarah di zaman Nabi Musa dan Nabi Harun. Ia juga membawa kita muhasabah diri dengan mengingat kembali janji syaitan sebaik dicampak keluar dari syurga - iaitu memusnahkan setiap keturunan Adam. Ya, ia cerita tentang keturunan. Kerana itu judulnya, Leluhur.
Watak-watak di dalamnya wujud kerana leluhur masing-masing yang terikat dengan dendam dan penyesalan. Cerita ini banyak plot twist. Ada hint pada ayat awal. Hanya perlukan tafsiran yang tepat untuk mengesan plot twist tersebut.
Cerita ini tentang perjanjian dengan makhluk terkutuk. Bagaimana ia melibatkan orang baik yang dikhianati dan diperlakukan dengan kejam. Malah, kesetiaan orang baik menjadi permainan dan hinaan. Maka, orang baik menjadi jahat apabila mendapat tawaran syaitan.
Pelerainya, kasih tulus.
Penulisannya, menyangkut. Kita akan tersangkut membaca sebab ada rasa tak puas hati dan rasa nak tahu siapa sebenarnya watak hitam tersebut. Juga, watak utama yang menjadi fokus cerita. Apa kaitan watak utama yang mulanya ada kuasa deria keenam, tetapi kemudian kuasa itu luput begitu sahaja tanpa berfungsi membantu meleraikan konflik-konflik cerita.
Apa yang dijangka, tidak kena. Ia jauh daripada imaginasi. Ia bukan kisah yang boleh dicapai dengan akal lurus. Ia perlu dikaitkan dengan iman manusia dan usaha tidak henti makhluk laknatullah.
Sifat tidak putus asa syaitan dan sifat mudah terhasut manusia mendasari plot cerita ini.
Tidak bosan dan membawa kita berfikir dalam. Syaitan di dalam diri adalah syaitan yang paling sukar ditewaskan. Dan ia yang paling kejam.
Best. Highly recommended utk sesiapa yg sukakan genre thriller, penyiasatan polis dan misteri. Ini adalah karya pertama penulis yg aku baca. Pada aku, novel ni antara karya terbaik yg aku baca pd tahun 2023. Pace laju dan susunan jalan cerita mudah difahami walaupun byk dialek jawa yg digunakan. Novel ini memang lain dari yg lain. Superb.
Kisah bermula apabila berlaku pembunuhan bersiri yg kejam. Bila baca bab cara mangsa dibunuh itu, memang rasa macam betul-betul. Bayangkan darah disedut sampai kering. Hishhh… Inspektor Damia telah ditugaskan utk menyiasat kes pembunuhan bersiri ini tp menemui jalan buntu. Cuma Damia ni dia seringkali melihat seorang lelaki misteri dan syak lelaki itu ada kaitan dgn pembunuhan tersebut. Siapa lelaki misteri itu? Benarkah dia pembunuh yg sebenar?
Inspektor Damia selalu ditekan oleh pihak atasan utk cepat-cepat selesaikan kes yg dah jd ketakutan pd orang ramai. Dan bila dia cakap ada unsur mistik dlm kes ni, dia diragui. Akhirnya Inspektor Damia digugurkan. Tp Damia ni dalam senyap-senyap dia terus jugak siasat. Pembunuh sebenarnya adalah tiga orang yg mana mempunyai kisah lampau. Mereka bertiga telah dipergunakan oleh lelaki bertongkat berkepala lembu. Tujuan pembunuhan bersiri adalah utk mencari darah agung. Mmg plot twist yg tak disangka. Siapa pemilik sebenar darah agung yg dicari oleh Sura Manggala?
Apa yg dapat aku simpulkan, kisah ‘Leluhur’ ini berpunca daripada dendam dan perasaan tamak. Dua aspek ini boleh buat manusia berubah dan lupa diri.
Tahniah pd penulis, semoga ada ‘Leluhur 2’. Hehe… Korang wajib baca novel ni, pada aku padu. Tak rasa boring dan tak mampu nak berhenti bila dah start baca.
4 rakyat Malaysia yang tiada kena-mengena antara satu sama lain dan berbeza latar belakang dibunuh dengan kejam. Kepala mereka dipenggal, jantung dan hati mereka hilang serta darah mereka kering hingga tidak tinggal walau setitis pun. Apa sebenarnya yang berlaku?
Inspektor Damia menerima tugasan menyiasat kes pembunuhan kejam yang kemudiannya berubah menjadi kes pembunuhan bersiri. Dia dibantu oleh Sarjan Kassim, satu-satunya anggota bawahan yang dia hormati. Damia ini boleh aku katakan tipikal wanita berkerjaya akhir zaman. Ego tinggi dan merasakan dirinya perlu terlibat dalam semua perkara.
Semakin lama dia menyiasat, dia cuma menemui jalan mati. Tiada saksi, tiada petunjuk dan tiada sebarang bukti. Pembunuhnya begitu profesional. Hasil kerjanya bersih tanpa meninggalkan sebarang kesan. Masyarakat mula mendesak pihak polis supaya segera memberkas pembunuh. Siapa yang tak cuak apabila mendengar bermacam teori berkenaan sesuatu kes jenayah yang masih dalam siasatan? Sahih atau tidak teori itu belakang kira, asalkan berita itu sedap dibaca. Tidak begitu sikap pengguna media sosial hari ini?
Apabila kerja tidak selesai, hasil laporan pun lagi teruk dari kerja kursus budak sekolah menengah, memang teruklah Damia kena bambu dengan pegawai atasannya. Maka makin tercalarlah ego seorang wanita berkerjaya. Tetapi ada satu kejadian yang memberi sinar harapan buat Damia keluar dari jalan mati, iaitu peristiwa dia bertentang wajah dengan lelaki misteri selepas jasad seorang peguam, Riz Arina ditemui berselerakan di atas lantai.
Pertemuan Damia dengan Unit Grafik PDRM membuka perjalanan plot yang lebih luas, di mana novel Leluhur bukan sekadar sebuah kisah fiksyen penyiasatan penuh teka-teki tetapi jauh lebih mendalam dari itu. Demi memberkas pembunuh atau mungkin untuk menebus ego yang tercalar, Damia mengembara ratusan kilometer untuk bertemu Detektif Rahim dan Mbah Karto.
Kedua-dua watak ini berperanan mengungkap sebuah sejarah silam yang panjang. Pembunuh bersiri yang licik lagi kejam bukanlah seorang sebaliknya tiga orang manusia pengamal sihir yang menjadi kuda tunggangan syaitan. Antara ketiga-tiga mereka, yang pertama sekali diperdaya syaitan adalah Sura Menghala kemudian dia merekrut pula Puti Reno dan John MacDowan. Cuma tidak dijelaskan apa kriteria manusia yang direkrut oleh Sura Menghala dan mengapa dia memilih manusia yang berbeza jauh dengan zamannya. Perbezaan zaman antara mereka lebih kurang 100 tahun manakala Sura dan Puti datang dari Tanah Jawa sedangkan John adalah pegawai British di Singapura.
Dalam garis masa sepanjang 400 tahun, mereka akan bangkit setiap 50 tahun menanti kelahiran darah agung. Demi mencapai tujuan itu, mereka perlu memakan organ manusia yang memiliki Pati Geni untuk memanjangkan hayat dan memulihkan kekuatan mereka hingga bertemu dengan pemilik darah agung.
Syaitan memperdaya mereka dengan mengikat janji kononnya segala impian mereka akan tercapai apabila darah agung berjaya ditemui sedangkan darah agung itu sebenarnya ingin dimiliki sepenuhnya oleh syaitan demi misi membangkitkan ketuanya. Bagaimana ciri manusia yang ada Pati Geni? Mereka adalah pelaku dosa besar, makin besar dosa yang mereka lakukan, makin kuat Pati Geni mereka. Syaitan itu yang didedahkan identitinya pada penghujung novel akan menanda dahi setiap mangsa buruan dengan tulisan kuno yang tidak boleh dipecahkan maknanya oleh teknologi canggih. Ia membawa maksud 'Pendosa'.
Tongkat berkepala lembu seperti suatu simbolik kepada identiti syaitan itu. Aku tidak mahu dedahkan.
Lelaki misteri yang pada awalnya disangka sebagai suspek utama adalah Adi Jagat, pewaris Keris Peragut Jiwa yang ditugaskan memburu dan menghapuskan Sura Manggala dan konco-konconya. Apa yang unik, keris yang dikatakan satu-satunya senjata yang dapat membunuh sasarannya itu disimpan di dalam dada Adi Jagat dan akan ditarik keluar dalam bentuk cahaya. Tenaga dari keris ini juga akan bertindak balas secara automatik bagi melindungi perumahnya.
Adi Jagat juga digelar sebagai Penjejak Bayang. Melalui gelaran ini dan nama senjatanya, aku agak penulis mengambil inspirasi dari manhwa popular seperti Pedang Setiawan. Sedang aku membaca novel ini, aku seperti membayangkan Adi Jagat ini ala-ala Vergil atau Nero dari franchise permainan video Devil May Cry, mungkin kerana Keris Peragut Jiwa yang bersinar terang kebiru-biruan. Identiti Penjejak Wayang ini turut didedahkan pada penghujung novel.
Walaupun watak utama novel ini adalah seorang wanita, tetapi Damia bukanlah watak yang dominan. Sepanjang perjalanan novel, Damia sering dibantu dan dilindungi watak sampingan seperti Adi Jagat dan Sarjan Kassim. Cuma aku tidak pasti mahu meletakkan Adi Jagat sebagai watak utama atau sampingan kerana kemunculannya tidak banyak tetapi memberi impak yang besar dalam menamatkan kisah pemburuan yang penuh misteri ini.
Begitulah sifat lelaki yang sentiasa melindungi. Kuat mana pun sisi yang cuba ditonjolkan oleh seorang wanita itu, bukan semua perkara dia mampu hadapi kerana emosi wanita itu sendiri rapuh dan tidak stabil.
Dari awal aku dapat mengagak ada sesuatu yang istimewa pada watak Damia. Pada mulanya dia memiliki kebolehan deria keenam yang mampu melihat kembali kejadian yang sudah berlaku tetapi kebolehannya itu dipasung oleh Sura Manggala. Rupa-rupanya Damia adalah pewaris Raja Mataram, sekaligus dia adalah sasaran yang ditunggu Sura Manggala selama ratusan tahun. Aku fikir apabila rahsia dirinya yang tersembunyi begitu lama didedahkan, dia akan turun membantu dalam pertarungan akhir tetapi jangkaan aku meleset.
Makin lama dia cuma watak utama yang sekadar diselamatkan kerana peranannya begitu penting sedangkan wataknya hampir tiada fungsi semasa berhadapan dengan watak antagonis. Boleh dibaca pada babak Damia cuma mampu terduduk tidak mampu berbuat apa-apa melihat rakan sepasukannya mati dibunuh kejam. Cuma aku pelik, sebagai pegawai polis berpengalaman, takkan dia tidak mampu fikir apa-apa strategi untuk mengalihkan perhatian atau melemahkan ketiga-tiga manusia syaitan itu? Lagipun dia sudah menyaksikan sendiri bagaimana musuh-musuhnya dapat dilemahkan.
Menyelak helaian demi helaian novel ini ibarat penulis cuba membawa kita menaiki roller-coaster. Bahagian awal novel membawa elemen penyiasatan dan misteri melalui babak-babak Damia menganalisis anggota badan mayat yang menyayat hati. Masuk bahagian kedua, pembaca dihentam dengan pelbagai pendedahan, rasa seram, tegang dan kejutan yang bercampur-baur. Bahagian pengakhiran pula diisi dengan babak aksi yang panjang cuma aku agak kecewa dengan dengan pertarungan yang tidak seimbang. Memanjang hero kena balun.
Aku sedikit pening apabila pendedahan dan plot twist demi plot twist dilambakkan pada penghujung novel, tetapi ada beberapa 'twist' yang buat aku terkesima sekejap. Contohnya, melalui sisi gelap mangsa keempat, penulis cuba menyindir golongan yang mempergunakan jenama agama untuk mengaut laba dunia malah lebih jijik lagi apabila si penunggang agama ini rupanya seorang pedofilia yang memakai wajah seorang figura yang dihormati masyarakat.
Asal-usul John MacDowan tidak diperincikan tetapi Sura Manggala dan Puti Reno ada persamaan. Mereka asalnya insan berhati murni yang diperdaya syaitan kerana dendam akibat dizalimi insan yang mereka cintai dan hormati. Ibrahnya, senantiasalah membersihkan hati kita dari sifat-sifat mazmumah termasuk dendam kerana penyakit hati akan memakan habis segala amalan. Hingga di ambang kematian, syaitan masih tidak putus asa untuk menyesatkan manusia. Senantiasa juga meminta perlindungan dari Allah SWT dari segala tipu daya syaitan yang terkutuk.
Apa yang unik, watak-watak antagonis berdialog dalam dialek Jawa. Sedikit sebanyak dapat juga aku belajar bahasa Jawa cuma lagi unik jika watak-watak ini berdialog sepenuhnya dalam dialek Jawa tanpa dicampur dengan Bahasa Melayu.
Moga di penulisan akan datang, penulis dapat memperbaiki pengulangan ayat dan dialog yang terlalu kerap.
Terima kasih kepada penulis dan pihak Karangkraf kerana sudi menghasilkan naskhah yang hebat ini. Sebuah naskhah yang tidak duduk diam dalam satu genre. Aku memang gemar sebuah cerita yang tidak mudah diteka perjalanannya. Aku kira novel ini cukup berani membawa adegan ganas tanpa tapisan. Mereka yang lemah semangat dan mudah loya dinasihatkan berhati-hati semasa menikmati novel ini. Boleh jadi Leluhur akan ada sekuel kerana musuh utama berjanji akan kembali. Elok juga jika watak-watak utama yang selamat diberikan perkembangan yang jauh berbeza.
Aku harap novel thriller hasil tangan anak tempatan tidak tamat setakat Leluhur. Moga penulis dikurniakan ilham oleh Allah untuk terus menulis manuskrip yang memberi kesan kepada jiwa-jiwa manusia yang adakalanya terlupa, Aamiin.
Jalan cerita & konsep 'leluhur' nya menarik tbh. Cuma bagi aku watak FL agak menurun graf nya, di mana pada awal cerita kita dapat gambarkan dia mempunyai strong character. Bila dekat tengah cerita, lagi² dekat hujung cerita dah macam lembik sangat aku rasa.
Aksi dan pertarungan okay nampak la kengerian nya tu, tapi banyak sangat pengulangan, baik dari segi skrip mahupun kelakuan. Dan ada beberapa loop holes yang bila baca aku macam keliru dan agak kabur dengan plot nya. But overall, memberangsangkan!
Wau. Terkesima. Dah jumpa satu lagi penulis fiksyen Melayu yang bakal menjadi penulis auto-buy untuk dijadikan koleksi saya yang kian menggunung. Gaya penulisannya cukup menarik, aksi dan plot yang padat, puas baca buku ni!
Mungkin kerana baru sahaja berjinak-jinak dengan buku Melayu, berpinar-pinar mata saya melihat ratusan buku yang dijual di SIBF. Entah kenapa antara kesemua buku yang tersusun di depan mata, buku ini seolah memanggil saya dari reruai Karangkraf. Ternyata sinopsis di belakang buku mencapai sasaran – sebagai peminat genre thriller, ulasan yang diberikan memang ‘menangkap’.
Kes pembunuhan ngeri yang berlaku di tengah kota membuatkan Inspektor Damia dan pasukan penyiasat buntu. Mayat dijumpai dalam keadaan yang dirobek-robek, organ dalamannya hilang, dan darah seperti disedut tanpa setitik baki. Menggunakan kuasa deria keenamnya, Inspektor Damia cuba mencari dalang kejadian. Namun, gerak hati Damia yang membolehkan dia mengimbau masa di tempat kejadian telah dihalang, seperti ada benteng ghaib yang sengaja ‘membutakan’.
Walaupun saya lebih selesa dengan kes penyiasatan realistik di mana ada penyelesaian secara terang tanpa unsur kuasa ghaib, saya terpukau dengan cara penceritaan novel ini. Penulis juga menggunakan elemen Jawa kuno, di mana cerita zaman silam bercampur sejarah diterokai untuk memberi pencerahan punca kejadian kejam yang mengambil nyawa ramai mangsa. Saya tidak pasti sejauh mana sejarah benar yang digunakan atau kesemuanya fiksyen semata, namun terdapat beberapa figura dan nama tempat yang seakan-akan pernah terbit di dalam buku Sejarah. Latar belakang cerita sangat deskriptif dan memuaskan kehendak saya sebagai pembaca yang penuh tanda soal tentang jalan cerita.
Acap kali saya pandang belakang ketika membaca buku ini, takut-takut Sura Menggala datang menjelma di sebalik langsir rumah. Seram sejuk saya dibuatnya! Begitulah impak penulisan Arman Jazee, memang mengasyikkan.
Hanya dari segi perwatakan saya rasa kurang sedikit. Saya asyik berharap watak Damia dapat diasah lagi. Pada awalnya Inspektor Damia dikatakan sebagai pegawai yang berwibawa, namun, kurang jelas dari perbuatan Damia yang dia seorang pegawai polis yang cekap. Watak ‘strong woman’ itu sudah menarik, tetapi dari apa yang dilakukan seolah-olah Damia hanya bergantung kepada orang sekelilingnya. Tiada tindakan atau keputusan yang diambil Damia yang boleh dianggap signifikan atau bernas. Watak Sura Menggala dan Tuan Besar itu pun agak mengelirukan. Kadangkala saya terbalik antara dua personaliti mereka kerana tiada pembezaan yang ketara.
Tetapi watak-watak yang diceritakan masih menarik dan dikupas elok. Saya suka latar belakang watak yang memberikan gambaran penuh mengapa mereka bertindak sedemikian. Saya ada soft spot pada watak jahat wanita dalam novel ini. Semasa latar belakangnya dibongkarkan, saya terasa simpati dan terfikir ungkapan ‘origin story’. Tak boleh cakap banyak sebab saya tak mahu bagi spoiler.
Saya amat syorkan buku ini terutamanya kepada sesiapa yang meminati genre thriller, sedikit horror dan juga yang mencari buku Melayu yang berkualiti.
Inspektor Damia, seorang anggota polis yang banyak menyelesaikan kes berprofil tinggi. Kematian Sarah, seorang pelayan di sebuah kelab malam yang dibunuh oleh pembunuh bersiri dalam keadaan tragis mengundang 1001 persoalan. Disusuli dengan kematian Ali Topan yang mirip seperti Sarah dibunuh dan keadaan mayatnya dibiarkan secara tragis.
Kemunculan Puti Reno, John Mac Dowan dan Sura Menggala yang membuatkan cerita makin kompleks dan sulit. Konfliks dan dendam yang menjadi tema novel ini. Dendam yang menyebabkan lebih banyak nyawa terkorban. Adegan dan babak thriller dan misteri muncul satu persatu selepas itu. Pertembungan dua alam yakni di antara realiti dan alam lain serta disematkan dengan latar tempat dan suasana tamadun dahulu kala seperti Majapahit dan sebagainya.
Pertama kali, aku melihat novel yang mengetengahkan dialog dan mengangkat Bahasa Jawa. Bahasa Jawa yang menjadi bahasa pengantara watak-watak dimensi lain dari dunia realiti. Ia sesuatu perkara yang bagus untuk memperlihatkan keunikan Bahasa Jawa itu sendiri dari segi lenggok dan unik bahasanya. Melihat tajuknya, Leluhur yang memberi maksud moyang di dalam bahasa Jawa. Malah, elemen-elemen pengimplementasian mantera-mantera dan ilmu hitam yang nampak real.
Mungkin ada/ tak ada langsung yang menyentuh tentang dedikasi penulis. Menitik air mata jantan setelah selesai membaca dedikasi penulis. Kehilangan anak yang disayangi memnuculkan satu perasaan yang hiba. Dan, aku pasti bahawa kekuatan penulis itu disalurkan semangat dan ketabahannya kepada novel ini. Perasaan kehilangan itu yang membuatkan penulis kuat. Semoga terus kuat menulis!
Cuma, aku berasa agak janggal sedikit kerana gambaran beberapa watak yang ketakutan banyak diselitkan dengan frasa terkencing dalam seluar. Perkataan yang berulang-ulang terkencing dalam seluar kadang-kadang terkeliru dengan watak yang lain yang menghadapi situasi yang sama. Lebih molek digantikan dengan perkataan seperti terketar-ketar, kecut, cemas dan beberapa perkataan yang dirasakan sesuai.
Malah, ada beberapa bab selepas epiloh itu mungkin pada pandangan aku wajar untuk diletakkan dan diselit pada bab-bab terkahir sebelum bab epilog. 4 bab terakhir itu hanya menceritakan pertembungan antara Sultan dan Sura Menggala yang mencetuskan persengketaan yang memakan masa berzaman.
Secara keseluruhannya, novel ini menarik kerana pada isinya dan wataknya. Watak yang agak hidup dan menonjolkan kekuatannya. Walaupun ini novel pertama yang aku baca yang ditulis oleh Arman Jazee. Boleh aku katakan aku dah jatuh cinta dengan penulisannya.
Leluhur karya Arman Jazee adalah sebuah novel yang memikat dengan penceritaan yang kaya dengan sejarah, budaya, dan unsur mistik. Buku ini mengangkat kisah warisan, identiti, dan konflik jiwa dalam menelusuri hubungan antara masa silam dan masa kini.
Kisah ini bermula apabila watak utamanya, Aidil, seorang lelaki moden yang skeptis terhadap kepercayaan tradisional, dipaksa untuk kembali ke kampung halaman. Di sana, dia mendapati dirinya terperangkap dalam misteri keluarganya yang berkait dengan sebuah pusaka lama dan "leluhur" yang menjadi penjaga warisan mereka. Aidil bukan sahaja perlu menghadapi persoalan tentang asal-usulnya tetapi juga cabaran mempertahankan kehormatan keluarganya daripada ancaman luar.
Arman Jazee bijak menggabungkan elemen mistik Melayu seperti penjaga pusaka, pantang larang, dan kuasa ghaib dengan isu-isu moden seperti konflik keluarga, ketamakan, dan perebutan kuasa. Gaya penceritaan yang mendalam dan atmosferik menjadikan pembaca terasa seolah-olah berada di tengah-tengah desa yang diselubungi misteri.
Watak-watak dalam novel ini terasa hidup, dengan Aidil menjadi tumpuan utama. Perkembangannya daripada seorang lelaki yang tidak peduli kepada seseorang yang memahami dan menerima tanggungjawab warisan keluarganya adalah sesuatu yang sangat menarik untuk diikuti. Penulis juga berjaya menyelitkan falsafah tentang hubungan manusia dengan alam dan warisan mereka.
Namun, terdapat beberapa bahagian cerita yang agak perlahan, terutamanya ketika membina latar belakang tradisi dan sejarah keluarga Aidil. Walaupun ia penting untuk memberikan konteks, sesetengah pembaca mungkin merasa ia sedikit meleret.
Secara keseluruhannya, Leluhur adalah sebuah karya yang menggugah pemikiran dan menyentuh emosi. Ia bukan sekadar sebuah cerita tentang warisan keluarga, tetapi juga sebuah eksplorasi tentang bagaimana masa lalu membentuk siapa kita hari ini.
Ini adalah pengembaraan ngeri dan mencemaskan buat Inspektor Damia Rashdan dalam usaha membongkar kebenaran di sebalik kes pembunuhan yang sedang berlaku. Tiga mangsa telah menjadi korban si pembunuh kejam yang tidak berperikemanusiaan. Kepala terpisah dari leher, tubuh terbelah dua dari pangkal leher hingga ke alat kelamin. Lebih mengerikan, jantung dan hati mangsa turut dirobek, manakala darah mereka disedut hingga kering.
Pati Geni? Darah Agung? Apakah tujuan sebenar mereka?
Tanda-tanda paranormal mula muncul, menjadi petunjuk buat Inspektor Damia dan rakan setugasnya, Sarjan Kassim. Namun, malangnya tiada siapa yang mempercayai mereka—semuanya dianggap karut. Mereka berdua digantung kerja.
Identiti lelaki misteri bersut hitam yang sering muncul di hujung mata Inspektor Damia terus menjadi tanda tanya. Siapakah dia sebenarnya? Adakah dialah pembunuh yang dicari?
🔥🔥🔥
Saya sudah keluar dari kepompong! Ini buku pertama yang saya baca tanpa elemen cinta atau 'slice of life'. Pada awalnya saya sangka kisah ini penuh unsur hantu dan adegan 'gore' yang menyeramkan—tapi jujurnya, bagi saya taklah seram sangat pun? Mungkin saya lebih takut hantu dalam filem yang banyak 'jump scare'.
Walau apa pun, jalan cerita Leluhur ini memang sangat refreshing! Saya tak senang duduk ingin tahu siapa mereka sebenarnya, dan apa tujuan mereka lakukan semua ini. Saya luangkan banyak masa baca buku ini kerana saya baca dari kulit ke kulit—langsung tak boleh skip. Tak boleh tertinggal satu pun, mesti ada yang saya terlepas. Setiap bait perkataan terasa penting dan berbaloi untuk dibaca. Memang menarik!
P/s: Tuan yang nak dibangkitkan tu… siapa sebenarnya? Dajjal ke?