Jump to ratings and reviews
Rate this book

Rahsia Paling Rahsia

Rate this book
Sultan Terakhir Empayar Melaka telah meninggalkan harta karun yang nilainya bIlion. Selama ratusan tahun, harta itu telah dijaga oleh sebuah persatuan rahsia.

Sehinggalah suatu hari rahsia itu terkuak. Beberapa pihak mula mengatur langkah dan strategi bagi membongkarnya.

Ia bermula dengan pencarian lapan bilah keris pusaka yang menjadi petunjuk kepada harta karun itu.

Di sinilah Amin, seorang lelaki yang hidupnya mudah, hanya mahu kerja stabil dan cuba mendapatkan cinta gadis pemalu, terjebak dalam konspirasi dan pengkhianatan yang tidak pernah dia bayangkan.

Yang akhirnya juga membuka rahsia hidupnya yang tidak pernah dia sangkakan.

372 pages, Paperback

First published May 1, 2023

21 people are currently reading
157 people want to read

About the author

Bahruddin Bekri

53 books172 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
114 (51%)
4 stars
74 (33%)
3 stars
24 (10%)
2 stars
7 (3%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 76 reviews
Profile Image for Amal Lee.
279 reviews33 followers
January 20, 2025
Best best best best best!!!! Dah ada sambungan dia ke belum? Mesti akan ada kan sebab hint macam ada! Cepatlah sambung banyak lagi ni persoalan tak
terjawab.

I suka ya sebab sambil kita baca sambil sama-sama dok perah otak bongkarkan teka teki bersama Amir. Walaupun watak dalam cerita ni banyak & kadang-kadang agak memeningkan nak ingat bersama functions memasing (my bad sebab I memang lemah nak ingat nama orang, in real life pun begitu 😅) tapi I tak kisah sebab semua watak dalam ni memang ada function masing-masing, so lama-lama dah boleh ingat, sikit.
Profile Image for Beelah.
313 reviews19 followers
November 20, 2025
Betul2 serius ni, buku ni memang gempak dan terbaik! Tiga hari saya habiskan pembacaan dengan kekangan masa sebab saya tak sabar nak membongkar misteri. Ceritanya yang mencabar minda dengan teka-teki dan nama2 watak yang banyak dan unik. Begitu banyak wataknya sehinggakan saya sudah bersedia dengan catitan dalam telefon pintar! (Jemput lihat nama watak di ruang diskusi).

Buku ini mengetengahkan konsep pemburu harta seperti filem National Treasure, The Librarian, Tomb Raider & Indiana Jones (saya hanya boleh senaraikan filem luar negara sebab tak jumpa filem tempatan dengan konsep pemburu harta, jika ada bilang ye).

Olahannya mantap dan tersusun. Ada juga selitan secebis kehidupan, komedi dan cinta dan perencahnya secukup rasa. Komedinya buat saya tak kering gusi dan cintanya buat saya pulak yang tersengih2 macam kerang busuk.

Ada watak yang saya tak sangka punyai 2 identiti pada pengakhiran cerita. Betul2 rahsia paling rahsia. Pandai betul penulis terjemahkan misteri2 tersebut satu persatu.

Saya juga ada sedikit cemburu, beruntunglah Hawa anak makcik Salbiah, walaupun muncung tudungnya sudah layu, namun masih ada yang masih terpukau. Eh lupa pula, dah mukanya iras2 orang cantik Korea, wajiblah ramai yang tersuka. Hihi

Aneh betul nama Beraksa ni. "Itu Beraksa, bukan Berakas. Berakas tu jin!" "Kau ingat penjahat besar macam Beras, Biras, Berak... apa-apalah tu, boleh kena tipu?". Dialog2 ni lawak. Namun, rupanya ada maksud nama Beraksa ni. Ada diterangkan dibahagian akhir. Banyak pengunaan kata nama dalam bahasa Sanskrit, yang tak pernah saya baca dalam mana2 novel setakat bacaan saya hari ni. Bijak2.

Tetapi saya perasaan, tiada konsistensi dalam penggunaan kata ganti nama pertama watak Amir, sekejap saya, sekejap aku, boleh rujuk mukasurat 237 perenggan ke4 dan mukasurat 301.

Harapan saya, semoga cepat2 ada jilid kedua. Boleh sambung lagi tu. Banyak lagi misteri belum terbongkar tu.

P/s: Juga ada penampilan istimewa dari Ekspres Jupiter. Rupanya siri K-Lit buat konsep begini dalam 4 lagi novel K-Lit yang lain.
Profile Image for Syu.
40 reviews
June 9, 2023
Rahsia Paling Rahsia

"Hati memang selalu begitu, sentiasa mendahului akal yang berhujungkan penyesalan"

Macam biasa, karya Tuan Bahruddin Bekri memang tidak pernah mengecewakan. Nampak saja nama beliau saya memang tidak teragak-agak untuk membelinya.

Kisah yang sangat unik dan pengembaraan mencari harta karun yang sangat menyeronokkan. Seronok sangat baca kisah Amir dan rakan-rakan menyelesaikan teka-teki.

Yang paling penting, novel ni sangat kelakar ya. Watak Taufiq, Faizal dan Shuib sangat menghiburkan. Kisah percintaan antara Amir dan Hawa juga walaupun tidak banyak, walaupun simple, tapi rasa macam sampai dekat hati hehehe.

Saya harap ada sambungan novel ini sebab ending macam sesuatu je hahaha. Pastu ada pulak watak cameo daripada novel Ekspres Jupiter. Mungkin saya perlu beli novel tersebut pula selepas ini.

Secara keseluruhannya saya bagi 5 bintang. Tidak menyesal baca karya ini. Sungguh!
Profile Image for Arifful Baqi.
Author 11 books37 followers
June 28, 2023
Selesai Rahsia Paling Rahsia.
Idea dan konsep yang menarik.
Bukan sebarangan orang boleh menghasilkan teka-teki yang memerlukan daya fikir yang tinggi.
Jarang, atau pada saya mungkin tak pernah lagi baca novel-novel Melayu yang berkisarkan tentang pencarian harta karun ni.
Ada bahagian yang mendatar, ada bahagian yang rancak.
Part 'kentut' tu memang lawak spontan yang boleh buat orang tergelak.
Tepukan gemuruh kepada housemate Amir kerana menjadi housemate yang baik sehingga ke penghujung cerita.
Juga mengangkat nilai persahabatan walau terpaksa bersusah payah mengharungi cabaran bersama.
Paling penting, setiap bapa sentiasa berjuang yang terbaik untuk anak-anaknya.

Tahniah kepada Tuan Bahruddin Bekri atas novel yang sangat menarik ini.
Profile Image for Eyd1410.
835 reviews22 followers
June 15, 2023
Hurmm. Pening. Nama watak pun dah ramai. Jadi pembaca memang betul² kena fokus nama watak dan dari kumpulan mana watak itu wujud. Permulaan cerita ada 3 nama watak yang utama yang dianggap watak antagonis. Baltasar, Bunyamin dan juga Baraksa. Sementara watak Amir adalah watak utama yang dicari oleh ketiga² watak antagonis tadi. Masing² punya impian yang sama. Harta!

Untuk memenangi hati Hawa, Amir terpaksa mengikut nasihat Jackson untuk mencari amanat dari arwah bapanya. Jackson percaya amanat yang diberikan itu adalah duit dan harta. Namun amanat itu bukan sahaja amanah semata² tetapi tersimpan seribu persoalan yang sukar dijawab dan kerana itu jugalah Amir tercampak dalam dunia yang asing baginya.

Pelbagai aksi. Kejar mengejar. Bunuh dan tawan tidak lagi menjadi satu kehairanan dalam hidup Amir. Dia tetap teruskan misi untuk tahu apa sebenarnya yang berlaku dan kenapa arwah bapanya menjadi manusia yang penting sehingga nyawanya menjadi korban? Disinilah baru terbongkar identiti sebenar diri Amir dan kenapa Amir diburu oleh orang² yang tidak dikenalinya. Terlalu banyak watak yang terlibat sehingga kita pun keliru siapa sebenarnya lawan dan siapa sebenarnya watak yang ada di pihak yang benar.

Kesimpulannya itu satu. Manusia, harta, darjat dan tamak itu berpisah tiada. Disebabkan sikap sebegitulah mereka berkelahi. Sedih juga. Asalnya mereka berkawan baik tetapi kerana ketamakan, mereka bercakaran sesama sendiri. Penulis berjaya untuk membuat pembaca fokus jika mahu faham segala isi cerita. Memang penuh dengan rahsia sehingga banyak lagi rahsia yang tersimpan rapi. Apapun tahniah penulis. Cerita yang menarik dan berlainan. Sesuatu yang baru untuk saya hadam tetapi saya suka👍

P/s. Macam ada sambungan je ni. Ke akan jadi trilogi? 🤷‍♀️
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
473 reviews42 followers
September 23, 2023
Dek kerana cadangan temannya, Amir menjejaki teman lama ayahnya. Dan pertemuan itu mencetuskan pelbagai persoalan baru Amir terhadap ayahnya. Malahan dia tiba-tiba terjebak dalam misi mencari keris rahsia yang dikatakan kunci harta karun.

Kehampaan Amir terhadap ayahnya itu sememangnya nyata. Bagi seorang anak kecil kata-kata dan janji daripada seorang ayah sememangnya memainkan peranan penting dalam hidupnya. Dan andainya janji itu sering dimungkiri maka kepercayaan yang dibina akan runtuh dengan sendirinya. Dan kemudian akan menjarakkan hubungan sang ayah dan juga anak. Dan SH rasa seorang ayah tidak seharusnya berjanji andai tidak cuba ditepati. Andai rasa tidak berkemampuan untuk menunaikannya seeloknya jangan berjanji. Jika tidak kekosongan akibat janji akan terbentuk di dalam diri anak-anak.

SH suka bagaimana penulis menggunakan teka-teki berbentuk kata-kata dalam naskah ini. Rasa macam menonton wayang. Semua petunjuk berdasarkan kata-kata teka-teki. Berkerut jugaklah SH kononnya cuba nak turut sama menyelesaikannya namun hasilnya memang ke laut. Memang tak terselesaikan. Tapi SH menikmati proses penyelesaian tersebut melalui pembacaan.

Walaupun banyak watak-watak di dalam naskah ini, namun jelas terlihat watak mana yang penting. Dan watak-watak mana pula wujudnya sebagai pembantu dan memperkemaskan cerita. Dan SH suka nama watak-watak dalam naskah ini kerana pendek dan ringkas. Tidaklah berbelit nak membacanya.

Ingatkan menuju ke hujung semua rahsia sudah terlerai. Tahu-tahu masih ada lagi rahsia besar yang tersimpan. Tak sangka sungguh rahsia di hujung tu. Pandai sungguh penulis menyimpan rahsia.
Profile Image for Jejaka Buku.
115 reviews6 followers
July 25, 2023
"Kita selalu fikir yang kita tiba-tiba bersemangat, tapi sebenarnya tiba-tiba itu ada sebabnya. Tak ada tiba-tiba dalam dunia yang tak bersebab. Pasti ada sebabnya." - Rahsia Paling Rahsia, 197.

Rahsia Paling Rahsia, sebuah novel bergenre seriau/cinta, mengisahkan Amir yang hidup sederhana bersama rakannya. Hinggalah suatu masa dia bertekad untuk menghalalkan seorang gadis, dia harus membuktikan bahawa dirinya mampu untuk menghalalkan gadis tersebut yang bernama Hawa. Teringat akan pesanan terakhir arwah ayahnya, Amir mula mencari sahabat lama ayahnya untuk mengetahui kebenaran berkaitan kekayaan yang ditinggalkan oleh ayahnya. Namun bukan mudah untuk Amir menjejakinya kerana satu persatu kisah silam arwah ayahnya terungkai bakal mengheretnya ke dalam sebuah konspirasi yang rumit demi membuktikan keikhlasan cintanya.

Novel ini bermula dengan pembaca diperkenalkan dengan kehidupan Amir yang sederhana dan pengembangan plot bermula apabila tekadnya untuk memenangi hati Hawa. Plot utama dan plot sampingan bergerak seiring dan berkembang dengan baik di mana sepanjang kembara Amir menyelesaikan soalan yang penuh cabaran, pembaca juga dapat mendalami kisah cintanya yang melankolik dan penulis berjaya mengimbangi perkembangan perwatakannya yang licik juga pada masa yang sama merupakan seorang yang romantis. Kekurangan ketara dalam novel ini pada cara penulis ingin menyampaikan maklumat kepada pembaca dilambak pada satu-satu masa dapat menganggu momentum bacaan. Selain itu, semakin mendalami novel ini, semakin banyak watak sampingan muncul dek keterlibatan beberapa organisasi yang mempunyai kepentingan masing-masing, ditambah pula dengan sudut pandang yang pelbagai boleh menyebabkan sesetengah pembaca mudah keliru. Namun elemen komedi, elemen cinta serta elemen aksi yang diselitkan boleh dikatakan berjaya mengelakkan pembaca terasa bosan sepanjang pembacaan. Antara perihal yang disentuh ialah kepentingan hubungan kekeluargaan yang akrab dan bahana dendam terhadap individu.

Secara keseluruhannya, novel ini bukanlah sekadar membawa pembaca mengikuti usaha seorang anak dalam menunaikan permintaan seorang ayah, tetapi novel ini juga mengetengahkan keindahan hubungan anak dan ayah yang bertentangan antara protagonis dan antagonis. Walaupun ada beberapa kekurangan, tetapi novel ini boleh menyentuh hati pembaca melalui petikan ayat yang mengisarkan perihal kehidupan.

4🌟/5🌟
Profile Image for Atiqah Ahmad.
206 reviews2 followers
March 8, 2024
4.5 ⭐

Serius, aksi, kelakar, sedih, kagum, merepek, annoying, semangat setiakawan, pengkhianatan, cita², keazaman, kesetiaan, money chaser, dan cinta. All those in one piece, how interesting is that?

Watak utama adakalanya membuatkan aku menyirap, but hey that's how it's supposed to be right? Takkan semua nak perfect je, kena realistic dan berpijak di bumi nyata.

Ending yang menarik, plot twist yang made me said wow, dan aku rasa macam boleh disambung cerita ni, hopefully.
Profile Image for Mazila.
106 reviews13 followers
January 4, 2025
Sebuah kisah bergenre aksi, misteri, thriller dan terselit sedikit komedi yg penuh dengan konflik. Kisah ini mengenai pencarian harta karun (treasure hunt). Pencarian harta karun yg penuh dengan teka-teki sebagai petunjuk, kisah yg sangat mencabar utk merungkaikan semua teka-teki. Membaca buku ini kita memang kena fokus sebab banyak watak tp di olah dgn sangat tersusun oleh penulis.

“Hati memang selalu begitu, sentiasa mendahului akal yang berhujungkan penyesalan.”

Amir terpaksa merungkaikan semua teka-teki demi mengetahui kenapa nyawa arwah ayahnya menjadi korban dalam perebutan yg dia tak pernah sangkakan Banyak pihak yg boleh dianggap sebagai antagonis yg mahukan Amir selesaikan semua teka-teki demi misi mendapatkan lapan bilah keris. Pihak tersebut adalah Baltasar, Bunyamin dan Beraksa. Apa pula kaitan arwah ayah Amir dengan satu organisasi yg dikenali sebagai Night Watchmen (Penjaga Malam)?

Sejak kecil, Amir selalu dibawa oleh ayahnya untuk melawat tempat-tempat bersejarah seperti tugu, muzium dan lain-lain. Pengalaman masa kecil itu serba sedikit dapat membantu Amir menyelesaikan teka-teki.

Mampukah Amir menyelesaikan semua teka-teki tersebut?

Aku amat enjoy bila baca buku ini. Penceritaan yg amat adventure tapi tidak membosankan. Tahniah kpd penulis. Aku mengharapkan ada sambungan kepada novel Rahsia Paling Rahsia ini.
Profile Image for Nanadhoi.
438 reviews45 followers
May 30, 2023
Mula-mula memang tak berniat ambil buku ni sebab cover dia 😅. Cover dia macam vibe-vibe banyak perlawanan/pergaduhan sepanjang cerita (dont ask me why I assume it like that. lols). Sampai la mata tertancap pada nama penulis. Terus decide baca sinopsis di belakang buku. Dan kemudian decide untuk ambil dan dibawa ke kaunter bagi urusan pembayaran 😂.
.
Watak utama adalah Amir yang bekerja sebagai pembantu kepada Faizal yang menjual ubat-ubatan tradisional.
.
Kalau namanya Bahruddin Bekri, mesti tak sah kalau takde seorang yang berperangai aneh. Dalam novel ni, Shuib la watak tersebut, yang terlalu obses dengan duda 😂.
.
Perjalanan cerita yang lancar, dan menarik. Ada unsur suspens dan banyak ye plot twist dia. Plot twist dia memang terbaik 😂.
.
Novel ni memang recommended untuk bacaan santai. Time stress-stress tu boleh berhenti kejap and baca buku ni.
.
Bagi yang beli novel Ekspres Jupiter, boleh baca Ekspres Jupiter dulu baru baca buku ni. Kedua-dua buku ni tiada kena mengena. Tapi cadangan saya beli lah dua-dua buku 😂
.
Ending dia tu macam ada sambungan je? Kalau ada sila bagitahu, nak masuk dalam wishlist later 😂.
Rating sebenar (sebelum dibundarkan) : 5/5 🌟
Profile Image for Qayiem Razali.
891 reviews85 followers
December 22, 2024
82/2024

-Rahsia Paling Rahsia
-Bahruddin Bekri

Secara keseluruhannya, buku ini punya jalan cerita yang unik, diperincikan segala detail dengan baik dan lenggok bahasa yang mudah difahami. Dari awal hingga ke akhir, kita disajikan dengan babak babak aksi, komedi, persahabatan dan pengorbanan yang membuatkan alur cerita terasa lancar dan tidak mengganggu fokus pembacaan. Cumanya, mungkin watak agak banyak membuatkan kadang kala saya agak keliru. Walau apapun, buku RPR ini buku yang sesuai dibaca oleh semua peringkat umur. Tahniah buat penulis.
Profile Image for Mommy Farah.
362 reviews14 followers
August 3, 2023
Wah kagum dengan buku alaf 21 sekarang. Diberi nafas baru dari segi fizikal buku. Memang suka buku yg jenis floopy2 gitu. Tak rosak tepi buku.

Dari segi cerita pun best. Ala-ala cerita National Treasure. Time baca Rahsia Biarlah Rahsia ni rasa kita pun tengah join sekali si Amir and kawan-kawan dia selesaikan teka-teki. Hope ada kesinambungan cerita..sebab macam ada je yang tak settle lagi!
Profile Image for Shaharuddin.
462 reviews9 followers
August 5, 2024
Terlalu banyak watak dengan nama-nama pelik yang susah nak ingat dan ada yang hampir sama.
Profile Image for Mohamad Nasrul.
194 reviews5 followers
January 28, 2025
Amir merupakan anak Mansur yang baru lima bulan meninggal. Mansur meninggalkan satu pesan akhir menyatakan bahawa Amir merupakan Pewaris Kekayaan. Rupa-rupanya, Mansur menyertai Persatuan Penjaga Malam ketika hayatnya.

Kemudian, ketika Amir mula terjebak dalam pencarian Keris Berlapan, dia mula diburu oleh beberapa pihak, masing-masing dengan niat yang berbeza. Dari situ, satu demi satu rahsia terbuka, mengejutkan banyak pihak.

Perkembangan cerita dalam naskhah ini sangat menarik. Menuju ke penghujungnya, bertambah-tambah rasa awesome dengan plot cerita ini. Babak aksi juga best dan mendebarkan.

Watak dalam novel ini agak banyak, jadinya pembacaan harus lebih teliti agar lebih mudah memahami peri pentingnya setiap watak yang ditonjolkan. Pembinaan karakter watak utama begitu menyerlah dan meyakinkan. Dari seorang lelaki yang hidupnya mudah dan stabil, kepada lelaki yang bijak merencana tatkala kemelut hebat melanda. Watak Shuib yang bendul dan kelakar sangat menjadi. Walau cerita penuh debaran, namun saya terhibur dengan watak Shuib tepat pada ketikanya.

Puisi dalam cerita ini menambah indah cerita cinta Amir dan Hawa. Walaupun sederhana kisah cinta mereka, namun tetap mengasyikkan dalam setiap pertembungan mereka.
"... Kerana cinta memang tidak perlu rumit. Kerana di situlah manisnya keikhlasan, pada hal yang sederhana pada pendengaran, namun geloranya melambung-lambung pada perasaan."
Dan saya pula, jatuh cinta dengan kata-kata ini.

Cerita ini berakhir dengan sangat baik, walaupun saya berharap akan ada sambungannya. Saya suka dengan penutup cerita ini. Bab akhir, sungguh mengharukan, ya. 🥹
Profile Image for Hidayah Fauzi.
177 reviews3 followers
July 30, 2023
Buku yang sangat best. Bergenre penyiasatan. Ada lawaknya dan puitisnya. Mungkin setelah dimasukkan beberapa puisi di dalamnya. Macam biasa, karya tuan BB tak pernah menegecwakan. Daripada segi penyiasatan dan teka-teki, nasihat yang dipaparkan, lawak dan sedikit kisah cinta. Oh ya, juga berkaitan aksi dan lawan. Sangat mendebarkan dan mencemaskan. Plot cerita pula sangat lancar dan macam biasa memang akan ada plot twist. Huhu.

Untuk membaca buku ini, pembaca perlukan ketajaman akal. Dan kalau boleh baca habiskan terus sebab terlalu banyak watak dan persatuan rahsia yang berlapis2. Haha. Sebab pernah nampak ada orang buat ulasan buku ni siap tulis nama, jadi, setiap watak yang muncul saya akan terus simpan dalam memori. Dan tak sangka boleh faham, ingat dan enjoy it very much.

Walaupun buku ini dikira habis terus, tapi masih boleh disambung lagi kan? Saya nak tahu kisah Naga Hitam. Dah crush kat dia ni. Haha.

Akhir skali, tak rugi beli dan baca buku ni ya. Antara buku paling best tahun ni saya baca. Huhu
Profile Image for Jehan Ahmad.
267 reviews3 followers
January 23, 2024
1 star for the dark humor
1 star for thr ambition
Tapi sayang terbabas di tengah jalan. Rasanya cita-cita cerita ni terlalu tinggi.

Dan yang mencuit hati saya sampai rasa susah untuk mengahayati cerita ni ialah penulis banyak sangat wujudkan karakter yang sebenarnya boleh ja di kurangkan. Bukan saja nama tu pelik-pelik, malah sangatttt banyak. Dan penulis suka sgt konsep nombor.

Sepuluh Naga
Keris pengunci berlapan
Cahaya nihaya keris berempat
Datuk berlima
Guru bertiga
Panglima berlapan

Penat. Siapa yg memori tak kuat mmg akan terbabas baca buku ni. My first k-lit dan untuk yg seterusnya mungkin simpang 44
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Mini.
37 reviews
November 11, 2025
Rating: 4.7/5 🌟

Kisahnya bermula pada watak utama iaitu Amir, seorang lelaki biasa yg hanya mengimpikan kehidupan stabil dan cinta daripada gadis bernama Hawa. Namun, segalanya berubah apabila dia cuba menyiasat kata2 ayahnya bahawa dia ialah 'Pewaris Kekayaan'! ​

Permulaan cerita memang agak slow sedikit. Bila plot dah mula bergerak, terutamanya bila Amir mula terjerat dengan teka-teki dan memburu 8 bilah keris pusaka.. rentaknya bergerak jadi laju. Kemudian dia menjadi buruan pelbagai pihak, termasuk organisasi rahsia seperti Gerak Aulawiyat, yg merupakan penjaga sebenar harta karun Sultan Melaka!

Penulis berjaya membina dunia misteri + thriller + bersejarah yg wow! Penceritaan juga melibatkan beberapa tempat ikonik Malaysia, seperti Pasar Seni dan Tugu Negara di KL. Baca novel ni terasa seperti menonton National Treasure versi tempatan. Best! 🔥

Di sebalik kesemua ketegangan itu, kisah romantik antara Amir dan Hawa berfungsi sebagai pengimbang dan sumber kekuatan watak utama. Saya nampak perkembangan watak Amir yg terpaksa jadi lebih berani ambil risiko dan bijak merencana strategi bila keadaan mendesak.

​Selain kisah sejarah dan aksi yg mendebarkan, penulis juga selit banyak nasihat dan renungan yg sangat kena dengan jiwa. Antaranya tentang menerima perbezaan pandangan, bukan semua orang akan nampak sesuatu dari sudut yg sama dengan kita. Ada juga mesej tentang belajar memaafkan, sebab kadang, tenang tu datang bila kita lepaskan, bukan bila kita menang.

​Plot twist yg ada pun taklah berat sampai pening kepala. Rasa lega bila 'rahsia terbongkar'. Watak dalam buku ni memang ramai, tapi kalau baca dengan teliti, tak susah pun nak faham peranan watak masing2.

​Cuma satu je... penghujung dia tu macam ada 'sesuatu' yg tergantung sikit. Saya tak pasti, tapi mungkinkah akan ada sambungan?🧐 Jika ya, saya setia menunggu!

Pendek kata, novel ini adalah kisah reflektif tentang fitrah manusia iaitu bagaimana ketamakan, sejarah, cinta dan konspirasi boleh saling berkait dalam perjalanan membongkar kebenaran. Berbaloi untuk dibaca! 💯

#minimembaca #rahsiapalingrahsia #bahruddinbekri #klitkarangkraf #reviewbuku
Profile Image for lunabksw.
83 reviews1 follower
July 1, 2024
Menarik penuh dengan kejutan.Plot memfokuskan Amir yg perlu memecahkan kod ataupun teka-teki yg ditinggalkan arwah ayahnya utk menjejaki keris-keris tersebut. Tak sangka sekecil-kecil watak pun dpt membantu Amir dlm misinya itu. Walaupun naskhah ini penuh dgn rahsia kekadang lawak jenaka yg diselitkan dlm watak sgt menggelikan hati terutamnya Shuib. Yg last terkejut bila Amir dpt tu,harap ada sambungannya lah🥨
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Nadhiah Aida.
513 reviews27 followers
July 4, 2024
Memang best .....
Fiction ... Sejarah ... Action pack .... Mystery ...
Profile Image for syaffffffff.
16 reviews
June 20, 2025
Baca ni macam tengok movie Baik Punya Cilok. Dalam duk serius ada je benda jadi 😂😂. Anw, hidup duda!!
Profile Image for akusipeminatbuku.
264 reviews33 followers
July 25, 2023
Amir, seorang lelaki yang mudah hidupnya. Dia ada love and hate relationship dengan arwah bapanya Mansur Yangami. Ketika zaman kanak-kanak, ayahnya sering bawa dia melawat tempat-tempat bersejarah seperti muzium, tugu. Pada hematnya, tempat sebegini tidak perlukan kos untuk masuk, sebab itu bapanya bawa dia ke situ.

Novel ini juga tentang satu organisasi rahsia Night Watchman (Penjaga Malam). Organisasi ini mempunyai ramai ahli dan syarat kemasukan amat ketat. Bukan calang-calang orang boleh sertai dan bila dah daftar jadi ahli, undang-undang organisasi wajib dipatuhi.

Kumpulan Gerak Aulawiyat, satu lagi sisi penting dalam cerita ini. Pertubuhan rahsia yang punyai tugas penting dalam menjaga harta karun Empayar Melaka. Tugas mereka bertambah sukar bila berlaku pengkhianatan dalam pertubuhan tersebut.

Dan Amir...dia terkait dengan semua ini kerana amanat terakhir ayahnya. Dia mencari apakah maksud pesanan terakhir itu.

"Kau pewaris kekayaan."

Novel ini membawakan kisah tentang sifat tamak, perebutan kuasa dan konspirasi organisasi misteri. Memang sesuai dengan judul yang diberi "Rahsia Paling Rahsia".

Membaca buku ini akan mengambil sedikit masa, kerana tumpuan perlu diberikan setiap petunjuk. Selain itu, watak-watak yang terlibat agak banyak dan struktur organisasi yang agak rumit. Jadi kalau rajin, boleh tulis dan lukis carta bagi membantu pemahaman.

Tapi saya seronok membaca cerita ini sebab boleh turut serta selesaikan petunjuk-petunjuk misteri yang diberikan dan mencari di mana tempat yang dimaksudkan.

Saya amat suka dengan petunjuk dalam cerita ni. Ayat yang nampak mudah, tapi ada maksud tersirat. Kemudian, tempat-tempat yang dijejaki amatlah dikenali. Rasa macam nak pergi pula ke tempat-tempat yang disebut. Boleh buat lawatan dengan tema Rahsia Paling Rahsia 😄.

Jika anda pengemar cerita thriller, penyiasatan dan pencarian harta karun, novel ini pilihan yang tepat.
Profile Image for Taufiq Yves.
509 reviews336 followers
August 15, 2025
Novel ini menggabungkan elemen sejarah, misteri, cinta dan pengembaraan dalam satu naratif yang padat dan penuh rahsia dan teka - teki. Cerita ini berpusat pada pencarian harta karun yang ditinggalkan oleh Sultan terakhir Empayar Melaka - harta yang nilainya berbilion dan telah dijaga selama ratusan tahun oleh sebuah persatuan rahsia. Pencarian ini bermula dengan usaha menjejak 8 bilah keris pusaka yang menjadi petunjuk kepada lokasi harta. Amir, seorang pemuda yang hanya mengimpikan kehidupan stabil dan cinta seorang gadis bernama Hawa, telah terjebak dalam konspirasi dan pengkhianatan yang mengubah hidupnya, dan membuka rahsia besar tentang asal - usul dirinya sendiri.

Watak Amir dibina dengan pendekatan yang bersahaja tapi berkesan. Dia bukan wira yang gagah, dia hanyalah lelaki biasa yang dipaksa menghadapi situasi luar biasa. Perkembangan wataknya organik - dari seorang yang pasif kepada individu yang berani ambil risiko demi cinta dan kebenaran. Hawa pula seorang gadis pemalu, dia adalah pemangkin kepada tekad Amir. Ahli persatuan rahsia, antagonis yang memburu harta, dan individu yang menyimpan rahsia masa lalu, adalah watak yang berfungsi untuk memperkukuh konflik dan memperluas dimensi cerita.

Gaya bahasa Tuan Baha cenderung kepada naratif visual yang sinematik. Adegan - adegan dirangka dengan jelas, seolah - olah sedang menonton sebuah filem pengembaraan ala National Treasure atau Indiana Jones. Dialognya ringkas , naratifnya bergerak pantas tanpa banyak cekedak. Elemen humor dan romantik disisipkan dengan baik, menjadikan bacaan ini tak berat dan menghiburkan.

Novel ini ialah tentang pencarian jati diri dan makna warisan. Harta karun menjadi lambang kepada sejarah yang terlupakan dan identiti yang perlu digali semula. Dalam pencarian keris pusaka, tersirat pencarian makna hidup, asal - usul dan nilai yang diwarisi.

Cinta juga dijadikan sebagai kekuatan yang mendorong perubahan, serta keberanian untuk menentang takdir yang telah ditentukan oleh orang lain. Ini mungkin pengamatan aku semata - sebab aku tafsir melalui suratan yang tersirat dan tak terlalu mendalam.

Kalau kau jenis yang suka novel yang menghiburan, misteri dan pengembaraan dengan sentuhan romantik, kau akan suka novel ni. Strukturnya yang kemas, konfliknya jelas dan execution-nya memuaskan.

4 / 5 stars
Profile Image for Farid Majid.
14 reviews
March 13, 2024
Sebelum membaca naskhah ini lagi saya sudah digembar-gemburkan mengenai banyaknya nama-nama watak. Ternyata betul, watak-watak gerakan awlawiyat, pencari keris, pembunuh upahan, penjaga malam dan skuad dari Portugal terlalu banyak. Dan kebanyakkan nama yang digunakan seperti diambil dari Sanskrit. Jadi kadang-kadang saya boleh tertukar nama Baltasar dan Beraksa.

Kisah ini menceritakan Amir, lelaki biasa-biasa yang dikatakan mampu menyelesaikan teka-teki untuk mencari harta karun Sultan Melaka. Teka-teki yang direka oleh ayahnya yang telah meninggal dunia. Dengan kebolehan Amir itulah maka ramai kumpulan yang cuba berebutkan Amir untuk kepentingan mereka.

Novel ini banyak aksi-aksi persilatan dan pertarungan. Penulis berjaya menulis sketsa-sketsa yang membuatkan saya dapat memvisualkan pergerakan watak-watak.

Antara intipati yang memberikan kesan kepada saya ialah:

1. Sahabat yang kita rapat pada masa lalu, boleh berubah setelah bertahun-tahun.

2. Dendam hanya membawa kepada amarah yang tidak berkesudahan.

3. Manusia memang tidak pernah cukup dengan apa yang dia ada. Tamak haloba manusia membuatkan di sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai matlamatnya.

Antara penambahbaikan yang boleh dibuat adalah dengan meletakkan lagi kisah silam untuk watak-watak sampingan. Saya rasa watak Bunyamin masih boleh diperincikan lagi kerana dia adalah watak sampingan yang sangat heroic. Juga watak Hawa, si gadis yang menjadi pujaan Amir.
Profile Image for Norsamila Samsudin.
Author 9 books51 followers
June 13, 2023
Ulasan Buku
Judul: Rahsia Paling Rahsia
Penulis: Baharuddin Bekri
Terbitan: Karangkraf (Alaf21-KLIT)
Tahun Cetakan: 2023 / Cetakan pertama
Jumlah halaman: 357
Tempoh bacaan: 30 Mei 2023 – 12 Jun 2023

Ulasan:
Rahsia Paling Rahsia, bukan hanya sebuah cerita yang membawa kita untuk mencari bilah-bilah keris yang kata kuncinya berupa kod kata. Tetapi juga mengungkap rahsia sebenar seorang ayah yang menjaga keluarga dan khazanah negara dengan cara yang bijaksana.

Cerita ini sebuah cerita thriller yang bersulam cinta. Tetapi, sama ada bab thriller mahupun cinta, ia diolah dengan pemikiran-pemikiran yang penuh tafsiran. Penulis membina kod kata rahsia untuk watak utamanya Amir membongkar kedudukan keris yang lapan. Dan, membina puisi untuk membongkar rahsia hati sendiri kepada gadis yang dicintai.

Cerita ini mengetengahkan watak yang agak banyak, tetapi masih boleh diikuti karakter dan latar belakang mereka melalui pecahan organisasi yang diwakili. Malah, watak-watak ini juga punya sejarah silam bersama, membuatkan ia menjadi sebuah cerita yang amat kena dengan judul yang dibawa – Rahsia Paling Rahsia.

Amir, anak kepada seorang watchman atau rakyat marhaen gelar pekerjaan ini sebagai ‘jaga’ atau pengawal keselamatan yang bertugas pada malam hari. Sebagai anak, dia rasa pekerjaan bapanya tidak best. Gelaran watchman sudah mengujakan, tetapi bila dibawa untuk melihat hakikat pekerjaan, Amir dibalut kekecewaan. Rasa tak bangga menjadi anak ‘jaga’.

Tetapi, bila ayahnya meninggal dunia dan meninggalkan satu catatan, Amir mula melihat satu per satu makna pekerjaan ayahnya. Dan, dia buka mata untuk menyelongkar semua rahsia hanya kerana mahukan Hawa. Hawa menjadi kekuatan untuk dia menjadi seseorang yang berharta. Itupun selepas dia ada saingan yang juga berminat terhadap Hawa – Ismail yang segak dan kaya.

Di sini, kita melihat bahawa kewujudan pesaing sebenarnya mampu melonjakkan rasa untuk kita bangkit dan mengejar sesuatu yang lebih besar. Kita akan mengoreksi potensi diri kita demi satu persaingan untuk mencapai matlamat. Lalu, tanpa kita sedar, usaha kita telah membawa kita kepada perkara lain yang lebih besar dan mendedahkan kemampuan diri kita yang sebenar.

Cerita ini juga membawa banyak pesan dengan kata-kata yang sederhana, tapi mendalam.

“Kita mesti banyak belajar tentang sejarah.”

Baris ayat yang biasa. Tetapi, di dalam cerita ini punya makna. Malah, ia turut menyedarkan kita kenapa sejarah itu penting. Banyak yang kita tak selongkar lagi tentang negara sendiri rupa-rupanya. Dan, cerita ini membawa kita kepada sejarah negara yang selama ini kita tak cakna.

“Kita kena baca puisi sebab puisi ni ajar kita mentafsir banyak perkara.”

Ayat ini juga memecahkan pemikiran kita terhadap satu perspektif baru. Membuatkan kita tertanya, bagaimana? Sehinggalah kita membaca naskhah ini dan menemui jawapannya.

Cerita ini juga mengajar kita tentang dunia orang berniaga. Bagaimana seorang salesman berhadapan dengan penolakan (rejection) pada setiap barang yang ditawarkan. Dan, bagaimana penolakan itu membentuk kekuatan dan semangat baharu bagi seorang salesman. Ia bercerita tentang tekanan, matlamat, timeline…

Watak-watak di dalam cerita ini, terutama yang diletakkan di bawah PPM (Persatuan Penjaga Malam) dan Gerak Aulawiyat, terikat dengan peraturan. Dan, ‘peraturan’ juga sebenarnya yang menjadi peleraian di dalam cerita ini.

“… segalanya adalah tentang peraturan.” m/s 39

Ayat ini biasa. Tetapi, mendalam maknanya. Sementelah, manusia di zaman ini tidak suka terikat dengan peraturan. Jarang peraturan yang dibuat, dipatuhi hatta yang mencipta peraturan itu sendiri. Orang yang patuh pada peraturan, sering dipermainkan. Tetapi ya, segalanya adalah tentang peraturan bila di akhir cerita, watak-watak jahatnya mendapat balasan melalui peraturan.

Rahsia Paling Rahsia, pada saya, telah mengangkat sejarah negara ke dalam sebuah prosa yang menghiburkan. Sedap dibaca dan rasa ingin tahu itu tidak pernah padam bila cerita semakin bergerak ke halaman yang seterusnya. Pemikiran kita terbuka dengan teka-teki dan cara penyelesaian teka-teki itu juga.

Thriller, sejarah dan cinta, bersatu dalam Rahsia Paling Rahsia.

Dan, yang terpaling rahsia adalah kasih sayang seorang ayah. Ayah Amir dan ayah Beraksa.

Nota:
Ada kesilapan perletakan nama watak pada halaman 329 (Bunyamin – Beraksa) & 353 (Amir – Ismail).
80 reviews1 follower
September 18, 2023
📚 Rahsia Paling Rahsia (357 M/S)
"Kau selesaikanlah satu-satu. Memang kadangkala datang serentak tapi percayalah, kita takkan dapat selesaikan masalah tu kalau kita cuba sekali gus. Fokus satu-satu. Bukan bermaksud terus lupakan masalah lain. Cuma, setiap masalah ada masanya." (M/S 69)

✨Jarang-jarang cerita Bahruddin Bekri mengecewakan pembaca. Setiap cerita dia yang semua ada keunikan dan kekuatan masing-masing, ditambah pula ceritanya sentiasa ada unsur jenaka yang bersahaja. Kalau anda rasa buku ni bawa konflik yang berat dan serius memanjang, RPR tak begitu🙈
Konfliknya sederhana dan ada scene yang boleh buat kita gelak sebab dalam situasi genting sekalipun, kita tetap rasa terhibur terutama dengan watak Shuib yang tak habis-habis dengan baju tema duda 🤣.

✨ Rahsia Paling Rahsia ni jugak ada vibe movie pemburu harta macam National Treasure, Lara Croft ✨😆Dan pihak yang memburu keris peninggalan kesultanan Melaka yang dijadikan penggerak utama cerita ni pun bukan satu, tapi tiga! Mula-mula saya pun susah nak percaya pihak mana satu, tapi bila sampai pertengahan cerita, akhirnya boleh agak mana pihak yang memegang peranan antagonis dan sebaliknya. Very fascinating!
Teka-teki yang dimuatkan pun tak terjangkau dek akal. Sebab kita sendiri tak tahu jawapan teka-teki yang dibuat, jadi kita sebagai pembaca pun akan terus rasa nak keep on reading the story untuk tahu jawapan dan pengakhirannya. Boleh kata buku ni page turner jugak.

✨Cara Bahruddin Bekri susun ceritanya pun memang terbaik. Babak aksi diceritakan dengan jelas, adrenaline kita pun naik sekali😂. Plotnya smooth saja dan tidak mengelirukan pembaca untuk terus ikut flow cerita walaupun boleh tahan banyak watak dalam RPR ni. Tapi, setiap watak tak diciptakan saja-saja, ada function tersendiri.

✨Satu keunikan lain bagi RPR jugak ialah Bahruddin Bekri selitkan sekali penulisan puisi dalam ni. Watak Amir yang cuba mendekati Hawa (si gadis manis yang sering terlihat layu muncung tudungnya) melalui seni puisi juga tak dibuat terlalu memaksa, terasa begitu natural. Puisi-puisi dalam ni pun sedapp semuanyaa😆.
Saya memang suka karya baharu Bahruddin Bekri kali ini. Novel aksi yang diadun dengan sejarah Melayu, memang mantap penyusunannya! Plot twist pun memang luar kotak, tak saya duga watak yang saya sangka hanya sekadar watak sampingan, memegang watak yang penting juga dalam RPR.

✨Habis sahaja baca Rahsia Paling Rahsia, buatkan saya nak baca buku K-lit Alaf 21 yang lain, tapi kita tunggu duluu🤣🤣. Walaupun bukan novel bersiri pun novel-novel K-lit, tapi tetap terpanggil nak baca sebab ada watak Ekspres Jupiter cameo dalam Rahsia Paling Rahsia ni😂.
Namun, yang masih menjadi tanda tanya dalam fikiran saya, Rahsia Paling Rahsia akan ada jilid kedua ke? Sebab penamatnya pun masih ada rahsia yang belum terbuka. Harap-harap adalah🤣🤣kalau tak memang ia akan jadi rahsia betul-betul😂. Apa-apapun Rahsia Paling Rahsia memang bacaan yang menyeronokkan! Tak stressful, dan enjoyable! Tak rugi kalau korang baca RPR!
Profile Image for Far.Zana25.
113 reviews1 follower
June 29, 2025
ʙᴏᴏᴋ ʀᴇᴠɪᴇᴡ ❥ 24/50
ʙᴏᴏᴋ ʀᴀᴛɪɴɢ ❥ ⭐⭐⭐⭐⭐/5

ᴋᴀʟᴀᴜ ɴᴀᴋ ʙᴀᴄᴀ ʙᴜᴋᴜ ᴠɪʙᴇ² ᴢᴀᴍᴀɴ ᴋᴇsᴜʟᴛᴀɴᴀɴ ᴍᴇʟᴀʏᴜ ᴍᴇʟᴀᴋᴀ, ᴋᴏʀᴀɴɢ ʙᴏʟᴇʜ ᴛʀʏ ʙᴀᴄᴀ ʙᴜᴋᴜ ɴɪ!

ᴄᴀʀᴀ ᴘᴇɴᴜʟɪs ᴍᴇɴɢᴏʟᴀʜ ᴄᴇʀɪᴛᴀ ᴊᴀᴅɪ ʀᴀʜsɪᴀ ᴘᴀʟɪɴɢ ʀᴀʜsɪᴀ ᴍᴇᴍᴀɴɢ ᴍᴇɴᴀʀɪᴋ. ɴᴀᴍᴀ² ᴡᴀᴛᴀᴋ ʏɢ ᴅɪɢᴜɴᴀᴋᴀɴ ʙɴʏᴋ ᴍᴇɴɢɢᴜɴᴀᴋᴀɴ ʜᴜʀᴜғ ʏɢ sᴀᴍᴀ ᴊᴀᴅɪ ᴋᴀᴅᴀɴɢ² ᴛᴜ ᴀᴅᴀ ᴄᴏɴғᴜsᴇ sɪᴋɪᴛ. ᴄᴏɴᴛᴏʜ, ʙᴇʀᴀᴋsᴀ (ᴡᴀᴛᴀᴋ 1) & ʙᴜɴʏᴀᴍɪɴ (ᴡᴀᴛᴀᴋ 2).

ʀᴀʜsɪᴀ ᴘᴀʟɪɴɢ ʀᴀʜsɪᴀ. ᴋᴇʙɪᴊᴀᴋsᴀɴᴀᴀɴ ᴋᴇᴛᴜʀᴜɴᴀɴ ᴇᴋᴀᴡɪʀᴀ ᴍᴇɴʏᴜsᴜɴ sᴇɢᴀʟᴀ ᴛᴇᴋᴀ-ᴛᴇᴋɪ ᴜɴᴛᴜᴋ ᴍᴇɴᴊᴀɢᴀ ᴋᴇsᴇʟᴀᴍᴀᴛᴀɴ ʜᴀʀᴛᴀ ᴋᴀʀᴜɴ ᴍɪʟɪᴋ ᴋᴇsᴜʟᴛᴀɴᴀɴ ᴍᴇʟᴀʏᴜ ᴍᴇʟᴀᴋᴀ. ɴᴀᴍᴜɴ, ʜᴀʀᴛᴀ ʏɢ ʟᴜᴍᴀʏᴀɴ ɪɴɪ ᴘᴀsᴛɪ ᴀᴋᴀɴ ᴀᴅᴀ ᴍᴀɴᴜsɪᴀ ʏɢ ᴛᴀᴍᴀᴋ & ᴍᴀʜᴜ ᴍᴇʀᴀᴍᴘᴀsɴʏᴀ ᴅᴇᴍɪ ᴍᴇɴᴅᴀᴘᴀᴛᴋᴀɴ ᴡᴀɴɢ ʏɢ sɢᴛ ʟᴜᴍᴀʏᴀɴ.

ᴛᴀᴘɪ, ᴅᴀʟᴀᴍ ᴄᴇʀɪᴛᴀ ɴɪ.. ʙᴀʀᴀɴɢ ʏɢ ᴍᴇɴᴊᴀᴅɪ ʀᴇʙᴜᴛᴀɴ ʙᴀɴʏᴀᴋ ᴘɪʜᴀᴋ ɪᴀʟᴀʜ 8 ᴋᴇʀɪs ᴘᴇɴɢᴜɴᴄɪ.

➤ 𝘒𝘦𝘳𝘪𝘴 𝘎𝘢𝘯𝘵𝘢𝘳𝘪
➤ 𝘒𝘦𝘳𝘪𝘴 𝘏𝘢𝘯𝘢𝘴𝘵𝘢
➤ 𝘒𝘦𝘳𝘪𝘴 𝘑𝘢𝘨𝘢𝘥𝘥𝘩𝘪𝘵𝘢
➤ 𝘒𝘦𝘳𝘪𝘴 𝘈𝘣𝘩𝘪𝘵𝘢𝘩
➤ 𝘒𝘦𝘳𝘪𝘴 𝘈𝘣𝘩𝘪𝘯𝘢𝘺𝘢
➤ 𝘒𝘦𝘳𝘪𝘴 𝘊𝘢𝘥𝘶𝘥𝘢𝘴𝘢
➤ 𝘒𝘦𝘳𝘪𝘴 𝘋𝘢𝘩𝘢𝘺𝘶
➤ 𝘒𝘦𝘳𝘪𝘴 𝘑𝘢𝘭𝘢𝘥𝘩𝘪

ᴡᴀʟᴀᴜᴘᴜɴ ʜᴀᴋɪᴋᴀᴛ sᴇʙᴇɴᴀʀɴʏᴀ ʙᴀɴʏᴀᴋ ʟᴀɢɪ ʙʀɢ ʏɢ ᴅɪᴘᴇʀʟᴜᴋᴀɴ ʙᴀɢɪ ᴍᴇʟᴇɴɢᴋᴀᴘᴋᴀɴ ᴘᴇɴᴄᴀʀɪᴀɴ ʜᴀʀᴛᴀ ᴋᴀʀᴜɴ ᴛᴇʀsᴇʙᴜᴛ ᴛᴇᴛᴀᴘɪ 8 ᴋᴇʀɪs ɪɴɪ ᴀᴅᴀ ᴊᴜɢᴀ ᴋᴇʟᴇʙɪʜᴀɴɴʏᴀ ʏɢ ʟᴀɪɴ.

ᴍᴜʟᴀɴʏᴀ ᴀǫ ᴀɢᴀᴋ sᴜsᴀʜ ɴᴀᴋ ᴄᴀᴛᴄʜ ᴜᴘ sʙʙ ᴛᴇʀʟᴀʟᴜ ʙᴀɴʏᴀᴋ ᴡᴀᴛᴀᴋ ʏɢ ᴘᴇɴᴛɪɴɢ & ɴᴀᴍᴀ ᴅɪᴏʀɢ ᴘᴜʟᴀᴋ ʟᴇʙɪʜ ᴋᴜʀᴀɴɢ sᴀᴍᴀ ʙᴜɴʏɪɴʏᴀ. ᴊᴀᴅɪ ᴘᴇᴍʙᴀᴄᴀᴀɴ ᴀɢᴀᴋ ᴘᴇʀʟᴀʜᴀɴ😂. ᴛᴀᴘɪ, ᴅɪsᴇʙᴀʙᴋᴀɴ ᴊᴀʟᴀɴ ᴄᴇʀɪᴛᴀ ᴅɪᴀ ʙᴇsᴛ sᴏ ᴏᴋᴀʏʟᴀʜ.

ᴀǫ sᴜᴋᴀ ᴋᴇʙɪᴊᴀᴋsᴀɴᴀᴀɴ ᴍᴀɴsᴜʀ ᴅʟᴍ ᴍᴇɴᴄɪᴘᴛᴀ ᴛᴇᴋᴀ-ᴛᴇᴋɪ ʙᴀɢɪ ᴍᴇɴʏɪᴍᴘᴀɴ ʀᴀʜsɪᴀ ʟᴏᴋᴀsɪ ᴋᴇʀɪs² ɪɴɪ sᴇᴍᴜᴀ ᴅɪsᴇᴍʙᴜɴʏɪᴋᴀɴ. ᴄᴀʀᴀ ᴀᴍɪʀ ᴛᴀғsɪʀ sᴇᴍᴜᴀ ᴛᴇᴋᴀ-ᴛᴇᴋɪ ᴛᴜ ᴘᴜɴ ʜᴇʙᴀᴛ.

ᴀǫ ʀᴀsᴀ sᴇʙᴀᴋ ʙɪʟᴀ ᴘᴀʀᴛ ᴀᴍɪʀ sᴇᴅᴀʀ ʏɢ sᴇʟᴀᴍᴀ ɴɪ ᴀʏᴀʜ ᴅɪᴀ ʙᴡᴋ ᴅɪᴀ ᴊᴀʟᴀɴ² ᴋᴇ ᴍᴜᴢɪᴜᴍ.. ᴛᴍᴘᴛ² ʙᴇʀsᴇᴊᴀʀᴀʜ ᴀᴛᴀᴜᴘᴜɴ ʙᴇʟɪᴋᴀɴ ʙʀɢ ʏɢ ʙᴜᴋᴀɴ ᴅɪᴀ ᴇxᴘᴇᴄᴛ ᴛᴜ sᴇᴍᴜᴀ ᴀᴅᴀ sᴇʙᴀʙ. ᴍᴜʟᴀɴʏᴀ ᴅɪᴀ ᴋᴇᴄᴇᴡᴀ ᴅɢɴ sɪᴋᴀᴘ ��ʏᴀʜ ᴅɪᴀ ᴛᴜ ᴛᴀᴘɪ ʙɪʟᴀ ᴅᴀʜ ᴅᴀᴘᴀᴛ ᴛᴀʜᴜ, ᴀᴋʜɪʀɴʏᴀ ᴅɪᴀ sᴇᴅᴀʀ ʏɢ ᴅɪᴀ ᴅᴀʜ sᴀʟᴀʜ sᴀɴɢᴋᴀ. ᴀǫ ᴛᴇʀsᴇɴᴛᴜʜ ᴅᴋᴛ sᴇᴍᴜᴀ sᴄᴇɴᴇ ɴɪ sʙʙ ᴀʀᴡᴀʜ ᴀʏᴀʜ ᴀǫ ᴘᴏɴ sᴇʟᴀʟᴜ ʙᴡᴋ ᴊᴇɴᴊᴀʟᴀɴ ɢɪ ᴍᴜᴢɪᴜᴍ, ᴛᴍᴘᴛ² ʙᴇʀsᴇᴊᴀʀᴀʜ & ᴀᴜᴛᴏᴍᴀᴛɪᴋ ᴍᴇɴɢɪᴍʙᴀᴜ ᴋᴇɴᴀɴɢᴀɴ...🍃

ᴍᴏʀᴀʟɴʏᴀ, ᴊɢɴ ᴛᴇʀʟᴀʟᴜ ᴛᴀᴍᴀᴋ ᴀᴋᴀɴ sᴇsᴜᴀᴛᴜ ʙᴇɴᴅᴀ ʏɢ ᴘᴀᴅᴀ ʜᴀᴋɪᴋᴀᴛɴʏᴀ ᴛᴀᴋᴅᴇʟᴀʜ ᴍᴇᴍʙᴇʀɪᴋᴀɴ ʙɴʏᴋ ᴍᴀɴғᴀᴀᴛ ᴘᴜɴ. ᴘᴇʀᴊᴀʟᴀɴᴀɴ ᴀᴍɪʀ ᴅᴀʀɪ sᴇᴏʀᴀɴɢ ᴍᴀɴᴜsɪᴀ ʏɢ ʙɪᴀsᴀ² ᴀᴋʜɪʀɴʏᴀ ʙᴇʀᴊᴀʏᴀ ᴍᴇɴɢᴜʙᴀʜ ᴅɪʀɪɴʏᴀ ᴍᴇɴᴊᴀᴅɪ ᴍᴀɴᴜsɪᴀ ʏɢ ʟᴇʙɪʜ ʙᴇʀɢᴜɴᴀ. ᴛɪᴅᴀᴋ ʟᴜᴘᴀ ᴊᴜɢᴀ ʙᴀɴᴛᴜᴀɴ ᴅʀᴘᴅ ᴋᴡɴ²ɴʏᴀ sᴇᴘᴇʀᴛɪ ғᴀɪᴢᴀʟ, ᴛᴀᴜғɪᴋ, sʜᴜɪʙ. ᴍᴇʀᴇᴋᴀ ʙɴʏᴋ ᴍᴇɴɢᴀᴊᴀʀ ᴀᴍɪʀ ᴛɴᴛɢ ᴋᴇʜɪᴅᴜᴘᴀɴ. ᴀᴅᴀ ᴊᴜɢᴀ ʜᴀᴡᴀ, ʏɢ ᴍᴇɴɢᴀᴊᴀʀ ᴇʀᴛɪ ᴍᴇɴᴄɪɴᴛᴀɪ sᴇsᴇᴏʀᴀɴɢ ᴍᴇʟᴀʟᴜɪ ᴘᴜɪsɪ🙈.

ᴏʜ ʏᴀ.. x sᴀɴɢᴋᴀ ᴀᴍɪʀ ᴊᴜᴍᴘᴀ ᴅɢɴ ᴋᴀᴘᴛᴇɴ ʜɪʟᴢᴀɴ, ᴇᴋsᴘʀᴇs ᴊᴜᴘɪᴛᴇʀ! (ᴊᴇʀɪᴛ ᴛᴀᴋ sᴀɴɢᴋᴀ!)😂

ᴏᴠᴇʀᴀʟʟ, ᴍᴍɢ ʙᴇsᴛ! ᴛᴇʀɪᴍᴀ ᴋᴀsɪʜ ᴘᴇɴᴜʟɪs ᴜᴛᴋ ᴋᴀʀʏᴀ ʏɢ ɪɴᴅᴀʜ ɪɴɪ.

#rahsiapalinbrahsia #bahruddinbekri #resensibuku #KarangkrafReadingChallenge #farzreads #bookfyp #bookreview #fyp #alaf21
Profile Image for Huda Halim.
35 reviews1 follower
June 11, 2025
Rahsia Paling Rahsia ni memang mind-blowing! Dari awal baca je saya dah tertanya-tanya — macam mana penulis boleh dapat idea untuk cipta cerita sebegini?

Mula-mula jalan cerita dia nampak santai je. Kisah Amir, seorang anak muda yang terpaksa cari duit sendiri lepas kehilangan ayah. Ada kisah cinta juga — nekad nak halalkan Hawa, gadis yang dia sayang. Dalam masa yang sama, dia struggle dengan konflik dalaman.

Tapi bila Amir buka surat terakhir dari ayah dia — terus rasa macam masuk ke dunia lain! Cerita terus jadi macam ekspedisi pencarian rahsia besar. Dari situ lah bermula misi Amir nak bongkar apa maksud sebenar surat tu dan punca sebenar kematian ayahnya.

Serius, jalan cerita dia penuh teka-teki dan plot twist. Buat kita tak sabar nak tahu apa yang akan jadi lepas ni. Rasa macam nak ikut Amir sekali selesaikan misi tu💪🏻. Penulis pandai selitkan elemen sejarah dan pencarian harta — memang level up untuk novel Melayu!

Nak baca buku ni kena fokus sikit 😅 sebab ada banyak nama pelik dan unik (macam nama Sanskrit pun ada). Watak pun ramai, siap ada kumpulan-kumpulan dengan misi masing-masing. Tapi don’t worry, lama-lama nanti kita akan faham siapa buat apa.

Plot twist dia power — rupanya setiap watak ada kisah tersendiri yang penting. Rasa macam ada sambungan nanti... sebab ada vibes rahsia yang belum habis terjawab. 😅✨

Paling best, emosi dalam cerita ni roller coaster — sekejap rasa marah, sekejap semangat, tiba-tiba sebak. Banyak pengajaran juga, especially pasal hubungan ayah-anak, erti persahabatan, teamwork, dan cara fikir luar kotak. Amir ni jenis tak give up walau plan dia nampak macam nak gagal.🌸
Profile Image for Klux.
186 reviews
January 4, 2025
Cerita keseluruhan boleh mendapat pujian sebab menggabungkan element misteri dengan teka teki yang baik. Kajian yang dilakukan nampak seperti mencukupi. Tapi halfway through dah start rasa stress. Cerita berbolak-balik benda yang sama sampai satu tahap, ia membosankan.

Karakter pula terlalu ramai. Masing-masing mempunyai nama unik membuatkan kita makin keliru. Some of the characters tu insignificant sampai I don't understand why it's necessary to invent them. Hujung-hujung macam tak memberi penambahan berfaedah pun pada jalan cerita. Buat semak jer. Also, bukan setakat nama karakter mengelirukan, nama-nama persatuan pun macam terlebih nak gah.

Pada saya penulis terlalu mencuba. Humor sedikit yang terselit tak mampu mengangkat novel ini sebagai salah satu kegemaran saya. Hampir sahaja saya nak DNF tapi diteruskan juga bacaan kerana terlalu ramai yang memberi kan pujian melangit untuk novel ini. Malangnya, ia bukan citarasa saya.

*spoilers alert*

Amir selama ni kecewa dengan arwah bapanya. Sehingga satu hari, disebabkan nak ngorat Hawa, dia akhirnya menurut perintah wasiat bapa dia sebab dia mengharapkan dapat duit. Di situ bermula pengembaraan Amir mendapatkan 8 keris yang menjadi kunci untuk harta karun. Apa yang ayah dia lakukan masa kecil (pergi muzium, baca puisi etc) merupakan persediaan untuknya sebagai waris Ekawira. Hidupnya terus jadi huru hara apa bila ada 3 pihak lain yang turut mahukan keris tersebut.

Story 3/5
Characters 2/5
Development 2/5
Style of writing 3/5
Enjoyment 2/5
Overall 2.4/5
Profile Image for Hamidah Effendi.
367 reviews1 follower
March 17, 2025
Best baca buku ni, saya golongan teracun : jalan cerita dah macam gabungan movie Davinci Code plus John Wrick.

Banyak aksi dan adventure untuk pecahkan code rahsia yang ditinggalkan. Kagum apabila melihat code yang disampaikan melalui teka teki + puisi.

Ada selingan puisi yang menyebabkan aku teringat jiwa aku waktu sekolah rendah dulu suka baca buku : Usman Awang. Tapi dah lama tinggal...itulah penulis pertama yang aku kenal dan aku minat dulu.

Apa yang aku suka : Tema cerita ada fokus tentang kasih sayang ayah terhadap anaknya tak kisahlah watak baik or jahat. Hubungan darah tu terjaga dan kita nampak kasih sayang antara mereka. Terbaik juga hubungan Amir dan rakan sekerjanya. Mereka bantu sampai akhir..sedih aku kalau mereka pun terbunuh..🤧cukuplah bapak Amir je ,kesian pula kalau ada orang sekeliling dia mati.

Ada mesej : kita diberi pilihan bagaimana untuk membentuk generasi seterusnya samada kearah kebaikan or kejahatan. Tinggalan sejarah bukan untuk dilupakan tapi untuk dijaga dan perbaiki diri kita kearah yang lebih baik. Bukan ulangi kesilapan yang sama. Hati3 dengan siapa yang ada disekeliling kita.

Sedih teruk : Part hubungan dulunya rapat tapi sekarang berpecah belah kerana harta karun yang dikejar. Putus hubungan 3 sahabat😭

Tidak disangka orang yang tinggal serumah ada rahsia yang tidak diberitahu.🫣 banyak betul plot twist.

Hubungan Amir dengan Hawa seperti mengajar kita untuk cara fahami isi puisi..tak ada sangat cerita mereka. Seperti selingan..tapi part puisi tu menarik..🤩
Displaying 1 - 30 of 76 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.