Philosophic discussions while cooking up something in the kitchen - much as if you were invited to your philosophy professors home for dinner and helped prep the food. This book also looks at the deeper meaning of cooking; how it is really an extension of who we are at the particular time/place we occupy. A very engaging book!
Martin Versfeld betul-betul membuatkan kita berfikir semula tentang gaya dan cara kita menghargai satu masakan. Lagi pula, beliau mampu membuatkan kita terfikir mengenai satu kata-kata hikmat yang paling terkenal “You are what you eat / Kamu ialah apa yang kamu makan”. Versfeld mengingatkan aku dengan cerita yang budak-budak yang menghafal al Quran atau budak tahfiz ni tak makan makanan dari restoran makanan segera seperti KFC dan McDonalds bukan kerana status halalnya (mungkin ada yang sampai ini) tapi sebab mereka tidak tahu macam mana misalkan cara penyediaan burger ayam daripada proses ayam itu disembelih sampailah siap dijadikan burger bersama kentang goreng. Lagi pula kita semua sedia maklum bahan yang segar tidak akan tahan lama, jadi sudah tentulah restoran makanan segera menggunakan banyak bahan kimia supaya daging, sayur, roti, kentang dan semua boleh disimpan dalam tempoh masa yang lama untuk mengelakkan rugi. Disebabkan jangka hayat stok makanan dapat dipanjangkan maka mereka dapat menjual produk mereka dengan harga yang murah dan bekalan yang berterusan sehingga pada satu tahap yang paling teruk berlebihan stok. Dari sini kita dapat tarik satu hal yang jelas yang berkait rapat dengan cara fikir begini ialah cara fikir yang lahap. Masa ialah duit, duit ialah masa satu kata yang kita tak dapat lari hari ini. Versfeld secara mudah membuatkan kita merenung sebenarnya bukanlah masa itu duit, tapi masa ialah barang berharga yang dikurniakan Tuhan kepada semua makhluknya. Untuk menghargai itu, amatlah sia-sia kalau kita makan makanan yang tidak disediakan dengan rapi, yang tidak melalui satu proses masakan yang dibuat dengan penuh cermat oleh tukang masak secara penuh dedikasi dan yang paling sia-sia ialah kita tak sempat berborak dengan orang sebelah jika makan seorang atau borak dengan makwe tentang masalah baju mana yang paling cantik sementara menunggu pelayan menyediakan juadah kita.
Buku ni aku beli masa kerja dengan Silverfish mungkin awal 2016, masa stok buku dari UK sampai. Aku beli sebab masa tu aku tengah into benda-benda memasak, lagi-lagi masa tu tengah semangat nak buat bisnes berasaskan makanan ni, jadi aku beli la walaupun bukanlah aku tukang masaknya. Setengah jalan, aku ke Indonesia dan kawan-kawan yang nak buat bisnes makanan ni pun dah putus semangat sebab sifat semula jadi bisnes makanan dan minuman atau F&B ini bukanlah sesenang yang disangka. Perlukan sebuah proses yang panjang dan rugi disepanjang awal perniagaan F&B itu sudah menjadi lumrah. Duit juga sebab utama. Jadi ketika di Indonesia, citarasa makanan aku lebih bertambah. Lagi-lagi hidup di kota Jakarta, kota yang penuh sejarah. Banyak waktu senggang aku isikan dengan mencari makanan di gerobak tengok cara orang jual dan masak. Disana juga aku sempat tengok karya-karya sastera mereka yang banyak menghargai makanan. Pendek kata makanan merupakan sebahagian dari hidup kita seperti iman, cumanya ia boleh dipegang dan dikunyah sehingga kenyang manakala iman memerlukan sebuah kefahaman yang jitu.
Buku The Philospher’s Cookbook ini masih aku tak baca, sampailah Disember 2018 aku baca. Halaman kertas pun dah jadi kuning bertompok coklat. Itupun disebabkan aku rasa ada benda yang tak kena tentang cara pemakanan kita. Persoalan ini dah mula lama ketika aku pernah mengatakan bahawa burger McDonalds tak sesedap burger tepi jalan sebagai contoh. Tapi akhirnya aku sedar dua-dua biasa je kalau nak dibandingkan dengan rendang. Rendang pada aku adalah sebuah juadah yang sempurna lagi-lagi rendang yang sempurna kita dapat pagi hari raya dijamah sekali dengan lemang. Kedua nasi lemak ialah sebuah lambang kearifan nenek moyang kita yang melampaui batas agama, bangsa dan budaya. Sesiapa yang makan nasi lemak pasti akan rindukan nasi lemak. Ya aku akui makanan kegemaran aku nasi lemaklah yang membuatkan aku rindu Malaysia ketika di Jakarta. Nasi lemak tak seperti Nasi Uduk, lemak dan sambal ditambah dengan masin ikan bilis merupakan sebuah ciptaan yang paling agung bangsa Malaysia pernah cipta. Semua kaum yang lahir di Malaysia juga mungkin bersyukur dengan terciptanya nasi lemak. Pernah sekali aku berdoa kepada Allah siapa jugalah yang mencipta Nasi Lemak yang jujur, cukup sifatnya, cukup lemaknya, sedap sambalnya dan membuatkan perut orang yang memakan itu rasa puas dan penuh dialah orang yang akan memenuhi syurga dulu. Sampai satu ketika, dimana trend burger Nasi Lemak dimulakan. Yang paling teruk sekali burger ini dipopularkan oleh McDonald’s syarikat gergasi yang terkenal sehingga di Mekah. Di situ timbul satu tanda tanya, bagaimanakah agaknya rasa satu makanan yang telah dipendekkan masa penyediaannya bergabung dengan satu lagi makanan yang cara penyediaannya memerlukan penyediaan yang rapi ini dapat bergabung menjadi sebuah juadah yang hip? Aku tidak tahu rasa burger nasi lemak McD, tapi aku sempat rasa Marry Brown. Boleh tahan cuma kurang kick, ya itulah perasaan yang biasa bila kita makan makanan segera. Tak perlu ulas panjang-panjang. Aku rasa tak patut betul trend mengulas makanan segera ni, kerana makanan ini disediakan dengan SOP dan yang memasaknya tidak memerlukan akal fikiran yang celik jadi hasilnya gitu jelah, tak terlalu sedap tak terlalu mengenyangkan dan tak terlalu memuaskan. Semuanya berada dalam tahap biasa-biasa. Melainkan mereka yang sudah ketagihan rasa perasa artifisial, mungkin lidah mereka boleh bertoleransi dengan rasa macam ni sampai nak buat ulasan,vlog atau instagram stories tentang pengalaman memakan makanan segera. Absurd! Pahit tetapi inilah realiti hidup sekarang. Jarang kita dengar orang ulas rendang di pagi raya, mungkin pagi raya bukanlah masa yang sesuai untuk ulas makanan. Lebih baik bergambar! Dari absurditi ini membuatkan aku ingin mencuba sendiri menyediakan makanan sendiri.
Memasak! Kata kerja bersifat feminis yang selalu dipandang oleh orang ramai. Masak tidak bersifat, siapa-siapa yang minat makan sudah tentu ada kebarangkalian minat juga memasak sebab dari memasaklah kita boleh mencipta makanan sesuai dengan tekak kita. Mestilah masakan pertama merupakan masakan yang jatuh dalam kategori okay-lah atau ada la rasa-rasa sikit. Memasak seperti Versfeld tulis pada halaman awal buku ini mengutip kata-kata A.N. Whitehead, “Memasak ialah salah satu cabang seni yang harus dilaksanakan oleh orang yang beriman”. Tulisan yang masuk akal juga dalam buku ini lagi-lagi tentang bagaimana arus pemodenan menghancurkan adab-adab kita dalam menghormati makanan. Buku ini bukanlah tentang falsafah yang kompleks, senang untuk difahami dan yang paling penting membuatkan kita merenung tentang banyak hal contohnya tentang masa. Masa ialah satu hal yang paling berharga dalam hidup kita. Melewati masa dengan perkara yang sia-sia seperti memakan makanan yang tidak berkualiti juga sia-sia. Jadi kerana itu masakan yang terbaik biasanya dimasak perlahan sehingga berjam-jam lamanya. Pernah tak kita terfikir kenapa rendang, lemang dan ketupat sangat sedap di hari raya yang selalu disinonimkan dengan hari kemenangan? Mereka sedap kerana semuanya di masak dengan teliti, rapi dan penuh kasih sayang supaya kemenangan kita tidak akan sia-sia!
Buku ini penting untuk dibaca buat peminat makanan, tak kira hanya minat makan atau hanya minat masak, yang penting kamu ada citarasa makan yang tinggi kerana penulis ini merupakan penulis yang berasal dari Tanjung Harapan (Cape Town), Afrika Selatan. Sudah barang tentu citarasa makan beliau sangat tinggi sebab kita semua tahu dari segi sejarah dan geografinya Tanjung Harapan merupakan pelabuhan dagangan yang terbesar dunia sejak zaman perdagangan rempah-ratus. Ditambah pula dengan kehadiran warga Melayu disitu membuatkan aku percaya Martin Versfald ini ada citarasa yang bagus. Dalam bab 15, penulis telah memberi penghormatan kepada pembantu rumahnya seorang Melayu bernama Moitjie. Beliau memuji kelembutan,kesolehan dan kehandalan pembantunya itu dalam menyediakan makanan sehingga hidangan tersebut harus dimakan bersama keluarga. Itulah adab yang dipelajari Versfeld dalam memerhatikan cara makan Melayu di Afrika Selatan. Oh ya, kalau penulis dari Eropah aku rasa ragu-ragu sikit sebab lidah mereka tak biasa makan makanan yang kaya rasanya membuatkan aku ada pandangan, “Alah orang putih ni bukan tahu pun makanan yang sedap tu macam mana. Aku pernah rasa Fish & Chip dekat pedalaman Australia. Tapi aku kecewa, rasanya hanya mencapai tahap okay-lah.” Sejak dari itu pandangan aku dekat makanan Eropah hambar seperti rasanya. Cubalah baca buku ni, pasti buat kamu rasakan ya tukang masak yang bagus layak masuk syurga kerana telah mengembirakan hati aku