Bagi seorang Ayra Sofia, hatinya sudah dicuri oleh Raymi lama dulu. Dicuri dan tidak mungkin dikembalikan lagi. Tak mahu dah orang lain. Dia hanya mahu Raymi.
“Lupakan Ayra. Jangan hubungi dia. No, means no.”
Arahan itu Raymi terima dengan hati yang berat. Namun dia tiada kuasa mahu membantah. Mereka dipisahkan oleh jarak, situasi dan keadaan.
“I will haunt you day and night...” Itu janji Ayra Sofia. Biar dia terus menjadi bayang. Biar dia menjadi mimpi ngeri Raymi. Tiada siapa dapat menghalang. Itu hak dia.
“Tak ada perkataan kita. Tak ada apa-apa rasa. Bangun dari mimpi, Ayra. Kita, tak mungkin bersama.” Raymi tegas menyatakan keputusan. Dia kebal dari segala godaan. Hatinya keras. Prinsipnya tak akan berubah.
“Kita tengok nanti... dalam perang ini, siapa yang menang? Mejar Raymi atau Ayra Sofia?” Ayra menyiapkan diri. Menembak, menyelam, memanah, berkuda, taekwando, karate... Jika Raymi mahir, dia juga mampu kuasai kepakaran yang sama.
CINTA itu bermula dengan mimpi, berakhir dengan realiti. Diantaranya? Tragedi demi tragedi.
Lynn Dayana atau nama sebenar beliau Roslinda Mohammad dilahirkan pada 21 November 1973 dan dibesarkan di Batu Pahat, Johor. Berkelulusan dari Universiti Sains Malaysia dalam bidang Management (Major in Marketing, Minor in Advertising). Kini bekerja sebagai District Training Officer di Pizza Hut Rest Sdn Bhd.
Beliau sangat meminati penulis-penulis seperti Jodi Picoult, Nora Roberts, Dan Brown, John Grisham, Samsiah Mohd Nor. Jika Benar Cinta ditulis atas dorongan sahabat baik yang kini sudah kembali ke rahmatullah. Dia menjadi editor tidak bergaji. Bermula dengan 7 helai yang dihantar kepada Alaf 21 dan kemudiannya peluang mengikuti kursus, membuatkan saya lebih bersemangat mahu menulis dan berkongsi pengalaman hidup serta rakaman imaginasi yang diharapkan boleh menjadi tauladan kepada peminat dunia novel.
untuk cerita ni agak mendatar, campur itu campur ini then boom ehh ada lagi. Dan aku tak tahulah celah mana Ayra & Raymi sempat tangkap cintan sebelum terpisah? Dan ada bagusnya ayah Ayra buat macam tu, takut pulak aku bayangkan umur Ayra & Raymi kalau bercinta masa itu.
Tapi disebabkan ini buku ke 3 yang aku baca dari penulis so aku dah macam dapat tangkap cara penulisan penulis so just enjoy the process.
Saya suka relationship raymi dan fahri sampai ada yang cakap diorang ni macam pasangan yang bercinta. Tetapi ikatan persahabatan mereka cukup kuat. Kehadiran watak fahri memang menceriakan suasana dalam novel ini.
Tapi memang agak lama nak tahu kenapa mereka berpisah sampai dua kali kena warning dengan komander.
Ayra tidak seperti gadis lain. Dia seorang yang degil sampai 2 kali lari dari rumah.. 2 kali juga komander minta fahri dan raymi mencari ayra. Ada rahsia yang disembunyikan oleh komander tentang latar belakang ayra.
Buku ni sebenarnya best tau. Penulisan kak LD memang sedap dibaca. Her characters are always so lively, ingat Tuhan and perangai elok kena dengan cita rasa.
Tapiiiii, author tak cerita betul-betul cemana Raymi dengan Ayra ni boleh bercinta 6 years ago sebelum kena paksa berpisah sampai dia punya heartbroken and yearning effect tu was still strong even after 6 years. Author cuma cerita their only two or three interactions, yang mana masa tu Ayra baru budak umur 16 tahun and Raymi was 29.
Ni satu hal lagi. Sebab mat sorang ni sebaya dengan I the year I read this, and kalau I ada kawan lelaki yang dok bercinta dengan budak sekolah umur 16 tahun, memang I pelangkung je kepala mamat tu. Ada je a few times LD tulis conversation between Raymi and his bestfriend Fahri, remind each other "Budak 16 tahun tu," tapi as it turns out, bercinta jugak budak berdua tu. Kalau tak, takkan la yang sorang tu marah beria dendam simpan for 6 tahun sebab tetiba kena ghost, and yang sorang lagi tu dok terkenang-kenang and still stalk her online secretly even after 6 years sampai taknak orang lain. Maybe sebab tu author tak cerita cemana diorang ni boleh bercinta lepas only a few disclosed interactions, takut kena marah.
Raymi ni patuh pada arahan. Dua kali kot Komander pesan jangan dekati Ayra. Kali pertama tu okey sebab Ayra tu muda lagi. Kali kedua macam kau dah kenapa tak bagi Raymi dan Ayra ni berkawan. Mereka berdua dah dewasa pun. Bila nak minta tolong pandai pulak cari Raymi dan Fahri selesaikan.
Saya rasa dalam cerita ni kalau tak ada Fahri mesti tak best. Dia lah penggerak utama cerita ni.
akak bagi 4 star bukan sebab novel ni tak best. serius, sumpah sedap. kalau dah karya penulis lynn dayana, takkan rugi baca.
4 star sebab apa tau? sebab tak nak keluar daripada cerita yang penulis beri. 4 star sebab, nak lagi. 4 star sebab perasaan yang penulis beri sepanjang menghayati pembacaan ... sukar nak dirungkai dengan kata-kata.
macam raymi. dia tahu hati dia pada ayra. tapi, sukar dia hendak hurai bilamana ada arahan yang dia perlu patuh. sedangkan ayra pun hilang sabar apatah lagi kita yang membaca. eh ....
watak ayra ni macam mana ya ... sedikit macam ada split identity tapi dia bukan sakit. eh? bukan sakit ya? hmm ... sakit dalam erti kata dia nakkan kebenaran. kenapa dia dijadikan anak angkat. kenapa usia dia baru tiga hari tapi ibu kandung dah serahkan pada orang lain. kenapa, kenapa dia nak jadi hebat. paling utama, kenapa duia suka lari?
watal fahri. gila punya bromance nih. dia memang sayang gila pada raymi. tak ada siapa dalam kem tu boleh lawan dia. punyalah kuat ikatan persahabatan mereka berdua. apa-apa jadi, dia tetap nak fikirkan raymi. tu sebab sewel dia pun menggila bila ayra menjadi topik utama mereka. sabarlah raymi, dapat kawan dan konon adik bongsu macam gini perangai.
watak husna, nabila, helmi, sara ... siapa lagi? ramai ... tapi semua punya tanggungjawab masing-masing dalam memastikan pembaca sentiasa perlukan mereka pada plot dan babak yang perlu. tapikan ... ala ... kenapa tengku haidar dengan tengku haiqal lambat? kalau tak mesti lagi kebaboms bergabung dengan helmi dan husna menjaga si ligat ayra.
siapa je yang boleh kawal ayra? komander pun kalah. ayra hanya perlu raymi. rudy yang masuk babak hujung pun walaupun ayra sayang tapi tetap wayyyy baccckkkk jauh dengan raymi.
topik atau konflik utama novel ni pun sangat mindblowing. walaupun macam simple tapi yang terlibat dalam dunia reality ni seharus selalu aware dengan 'bijaksana' penjenayah seperti ini. nampak baik, naif, tapi ... gila!
dah baca karya penulis ni, memang tak reti dah nak cerita panjang lebar. eloklah siapa-siapa yang baca resensi akak ni, pi shopee pasti cari novel ni dan beli. boleh? biar sama-sama rasa teruja.
Berbanding buku Gadis Exit Cempaka, aku lebih sukakan buku ni. Mungkin sebab GEC tu, aku letak high expectation kot. Untuk buku ni, aku lebih tenang-tenang gitu. .
Macam biasa, aku sukakan gaya penulisan LD yang santai dan bersahaja, tapi boleh buat aku gelak, pada masa yang sama, rasa sebak. .
Kisahnya, 6 tahun lepas, waktu Ayra berusia 16 tahun, dia dikabarkan tentang identiti sebenarnya. Berjiwa remaja yang rebellious, dia melarikan diri dari rumah. Dan ayahnya yang juga seorang komander, mengarahkan Mejar Raymi dan Mejar Fahri untuk mencari Ayra. .
Peristiwa 6 tahun lepas juga meninggalkan kesan mendalam dalam hati Ayra. .
Dan sekarang, selepas 6 tahun, Ayra dan Raymi kembali bertemu. Tapi pertemuan mereka sentiasa disulami kata sinis dan pergaduhan. .
Apa sebenarnya yang terjadi antara Raymi dan Ayra? .
Okay, generally, aku suka buku ni. Cumanya, aku mengharapkan cerita 6 tahun lepas tu lebih terperinci. Aku curious, bila masa dorang ni bercinta pada 6 tahun lepas tu, bila mana pertemuan mereka kejap je. Tapi kalau tak bercinta, dah kenapa dua ketul ni emosi je.