Jump to ratings and reviews
Rate this book

The Sleepwalker

Rate this book
Mewarisi penyakit keturunan dari arwah bapanya, dua puluh enam tahun Sara Aina menjalani hidup yang berbeza. Dikawal ketat, disekat kebebasan, malah dia langsung tidak dibenarkan bermalam di tempat lain selain dari kediaman sendiri. Jika ingkar, kecelakaan mungkin menimpa dirinya. Malang sungguh!

Suatu hari, nasib Sara Aina berubah dengan pelawaan daripada Puan Faezah. Akhirnya dia mengorak langkah, keluar juga dari kepompong demi meneroka dunia yang lebih luas. Namun luasnya dunia ini membuatkan dia menjadi huru-hara pula. Apatah lagi bila bertemu semula dengan crush zaman remajanya yang cukup fobia kepada hantu!

“Lain kali kalau nak pergi mana-mana, call la dulu. Kau ingat aku ni tak ada kerja lain ke? Asyik nak kena jadi driver kau?” ~ Gibran.

Kemunculan Sara Aina membuatkan Gibran sakit mata, sakit hati dan meluat tak terkata. Apatah lagi insiden dia ‘menghalau’ hantu palsu telah meruntuhkan egonya di depan Sara Aina. Mana dia tak geram, penyakit pelik si sleepwalker itulah yang menjadi punca! Kata orang tua, jangan menyampah beria-ia.

Sampai satu masa, mungkin hati akan berbolak rasa. Lalu Gibran tertelan kata sendiri. Yang dia tidak suka itulah mula dipuja-puja jiwa. Dari ‘I don’t care’ tiba-tiba menjadi ‘I do care’. Malah tabiat Sara Aina yang kerap berjalan dalam tidur membuatkan dia gigih pula ingin menjadi ‘penjaga’.

“To be honest, aku nak hak untuk menjaga kau Sara. Aku tak nak lagi sembunyi-sembunyi buat semua tu. It was so hard for me.” ~ Gibran.

Akhirnya hati mula suka sama suka. Greenlight juga sudah dinyala dari kedua pihak keluarga. Namun satu rahsia gelap yang tersimpan lebih dua puluh dua tahun lalu begitu pantas meranapkan segalanya. Sara Aina pergi menjauh, Gibran pula terhimpit diantara tuntutan cinta dan setia. Keadaan bertambah buruk apabila Fuzan si gila bayang mula membuat onar. Jerih, gigih, penuh susah payah Gibran cuba menyelamatkan Sara Aina. Cuma sehebat mana pun dia bertungkus lumus, bergelut, mampu atau tidak dendam di jiwa Sara Aina terpadam?

Atau… hubungan mereka telah ditakdirkan bergerak hanya sekerat jalan saja?

622 pages, Paperback

First published May 1, 2023

3 people are currently reading
44 people want to read

About the author

Acik Lana

26 books381 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
14 (24%)
4 stars
22 (37%)
3 stars
17 (29%)
2 stars
4 (6%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
August 10, 2023
bukan mudah kalau ada sakit keturunan yang mungkin sukar untuk diubati. sara aina, penyakitnya berjalan dalam tidur. itu sebab dia sukar hendak ke mana-mana. nek mah memang kawal sungguh-sungguh cucunya.

mana muncul pula watak gibran? watak ini anak pada puan faezah yang pulang ke kampung mencari tenaga kerja untuk syarikatnya. bukanlah asing puan faezah sementelah dia dulu pun tinggal di kampung itu. sara pula anak kawan baiknya, arwah ros. dan lagi, gibran ni memang crush sara dari dia sekolah! haa ... itulah hubungkaitnya.

gibran awalnya memang bengang bila emaknya bawa pulang sara tambah lagi bila traumanya terusik. dia juga punya trauma yang belum mampu nak diatasi. walaupun begitu, tetap ikut juga cakap ibunya supaya jangan abaikan kebajikan sara.

itulah kan, bila hati mua berbicara. gibran mula suka. tapi dek satu perkara, hubungan mereka mula terganggu. rahsia lama pecah, buatkan sara kembali ke kampung. rahsia lama yang melibatkan arwah ayah dan ibunya dengan puan faezah. satu perkara yang mula menimbulkan kebencian dalam hati sara.

plot cerita kemas. akak suka dengan perkembangan jalan kisah dan keberadaan setiap watak. semua ada kepentingan masing-masing. even macam pak khamis pun, kalau tak sebab dia membantu, takkan mudah gibran merencana bila timbul satu bencana.

dan memang bukan mudah untuk menjadi seorang pemaaf. tambah bila luka dalam hati sangat besar siatannya. cuma itulah, tipikal manusia yang memang sukar hendak elak daripada melakukan kesilapan. akal walaupun banyak kapasiti yang boleh diguna tapi manusia sendiri adakala tak terjangkau fikiran kerana sering dihalang dengan emosi hati.

lalu? rapatkan diri pada Yang Maha Esa. setiap duka, pilu, sedih ... setiap apa yang berlaku ada sebab dan akibat. bukan mudah untuk manusia sekadar duduk saja atas dunia tanpa diduga. kan?
Profile Image for Mslvoe.
2,060 reviews200 followers
June 3, 2023
F kagum rahsia aunt Faezah disimpan baik oleh Ros, arwah ibu Sara dan Sara sendiri. Sikit pun tidak dibuka aib.
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
May 20, 2024
Apa rasanya bila menghidap penyakit ‘sleepwalker’? Mesti tak senang hidup kan. Tambah2 bila tak ada orang yang boleh menjaga. Sara Aina, mewarisi penyakit tersebut drpd arwah ayahnya. Dan kerana penyakit itulah dia kehilangan ayahnya
.

Sara menerima pelawaan Puan Faezah utk bekerja dengannya Di Kuala Lumpur. Dan Puan Faezah berjanji dengan nenek serta maksu Sara untuk menjaganya
.

Gibran, crush Sara yang merupakan anak Puan Faezah. Tapi Gibran bersikap dingin dengan Sara sehinggalah beberapa kejadian yang berlaku, membuat Gibran berubah sikap terhadap Sara
.

Hubungan yang baru terjalin diuji. Rahsia lama yang disimpan oleh Puan Faezah terbongkar membuat Sara marah. Baginya, kebaikan Puan Faezah terhadapnya sekadar menutup kesalahannya. Lalu bagaimana dengan hubungan yg baru terjalin antara Sara dan Gibran?

Keadaan bertambah huru hara pabila Fuzan, bertindak gila terhadap Sara
.

Mampukah Sara menerima Gibran kembali setelah rahsia itu terbongkar? Mampukah Sara membuka rumah kemaafan kepada Puan Faezah?
.

Sebuah karya yang menarik bagi aku. Memang wujud manusia yang berjalan dalam tidur ni. Mujurlah aku Bukan penghidap penyakit tu. Kalau tak, Mahu huru hara hidup aku
Profile Image for Tiara Sapphire.
160 reviews6 followers
July 28, 2023
Jalan cerita yang menarik, sweet dan comel cuma tak nampak sangat perkembangan pada watak Sara Aina. di penghujung cerita banyak konflik menarik yang berlaku apabila tersingkap satu rahsia gelap Puan Faezah. Overall, nice story.

Review : https://www.tiarasaphire.com/2023/06/...
Profile Image for Izz.
420 reviews8 followers
July 29, 2023
Suka watak Sara dengan Gibran. Gibran tu gentleman sangat. Lepas dia tau apa jadi, dia cool to both side, cool dengan mak dia, cool dengan Sara. Bagus Gibran!
Profile Image for Aisyah Aziz.
49 reviews1 follower
August 27, 2025
ML: Gibran
FL: Sara Aina

Sara Aina ni ada penyakit keturunan (datang dari arwah ayahnya) iaitu sleepwalker. Bukan main-main ya sleepwalking dia tu, sampai masuk hutan, nak jatuh juram, nak jatuh koridor dan sebagainya. Dari kecil sampai dan besar, sakit tu tak hilang-hilang.

Sara ni orang kampung, duduk dengan nenek dan makciknya. Kerja pun jual kuih yang nenek dia buat. One day, Aunty Faezah (kawan kepada arwah mama Sarah, Ros) datang kampung dan pelawa Sara kerja dengan dia KL. Hah masa ni lah dia berjumpa semula dengan lelaki yang dia minat waktu dia kecil dulu. Oh Sara ni special, dia kat KL tu stay dengan Aunty Faezah dan Ezza (anak perempuannya). Sebab? Mak dengan anak ni suka dengan Sara, nak Sara ni kawan sampai kahwin dengan Gibran.

Tapi di saat bahagia sedang digapai, rupanya ada rahsia besar yang Aunty Ezza ni sembunyikan dari pengetahuan semua orang tentang persahabatan dia dan Ros (arwah mama Sara). Tragedi hebat yang berlaku, baru kini Sara tahu. Macam mana dia nak terima Gibran sedang dia benci dengan Aunty Faezah saat itu.

Dia bawa diri ke kampung semula. Dan di sini mulalah tragedi yang buat kita geram dan marah kepada Fuzan (samseng kampung, penganggur, penagih dadah). Fuzan ni punya kemaruk cinta dan nak dapatkan Sara, sampai dia gunakan kelemahan Sara sebagai perangkap. Lepas dah kantoi, Sara maafkan dia. Ehhh ingat dia taubat? Tak! Dia buat onar lagi pada malam sebelum hari istimewa buat Sara & Gibran tiba. Kali ni ditangkap lagi dan tiada maaf bagimu.

Profile Image for Watishaari.
42 reviews2 followers
December 8, 2024
Apa rasanya bila menghidap penyakit ‘sleepwalker’? Mesti tak senang hidup kan. Tambah2 bila tak ada orang yang boleh menjaga. Sara Aina, mewarisi penyakit tersebut drpd arwah ayahnya. Dan kerana penyakit itulah dia kehilangan ayahnya
.

Sara menerima pelawaan Puan Faezah utk bekerja dengannya Di Kuala Lumpur. Dan Puan Faezah berjanji dengan nenek serta maksu Sara untuk menjaganya
.

Gibran, crush Sara yang merupakan anak Puan Faezah. Tapi Gibran bersikap dingin dengan Sara sehinggalah beberapa kejadian yang berlaku, membuat Gibran berubah sikap terhadap Sara
.

Hubungan yang baru terjalin diuji. Rahsia lama yang disimpan oleh Puan Faezah terbongkar membuat Sara marah. Baginya, kebaikan Puan Faezah terhadapnya sekadar menutup kesalahannya. Lalu bagaimana dengan hubungan yg baru terjalin antara Sara dan Gibran?

Keadaan bertambah huru hara pabila Fuzan, bertindak gila terhadap Sara
.

Mampukah Sara menerima Gibran kembali setelah rahsia itu terbongkar? Mampukah Sara membuka rumah kemaafan kepada Puan Faezah?
.

Sebuah karya yang menarik bagi aku. Memang wujud manusia yang berjalan dalam tidur ni. Mujurlah aku Bukan penghidap penyakit tu. Kalau tak, Mahu huru hara hidup aku
Profile Image for Ainsolehah.
14 reviews
August 19, 2025
Buku ni daa lama habis baca 🤣 cuma baru sekarang sempat nak review. Takpee annn hee

Kita suka betul watak gibran ni hee dia jenis garang ii caring 🥰 dengan sleepwalker aina lagi! Nampak comel sangat laa haha
Profile Image for Bookworm93.
18 reviews1 follower
October 3, 2025
Karya Acik tak pernah mengecewakan. Jalan cerita simple. Penyakit pelik yg membawa Sara dan Gibran bersatu. Takde pihak ketiga kecuali si Fuzan tu. Padan muka.
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.