Jump to ratings and reviews
Rate this book

Memori Untuk Dijual

Rate this book
Himpunan pelbagai cerita pendek baharu dan yang pernah tersiar dalam cetakan terhad. Tentang hubungan-hubungan manusia dan segala absurditi. Tentang yang romantik dan yang jelek. Juga tentang yang lucu dan haru-biru.

127 pages, Paperback

First published May 1, 2023

2 people are currently reading
6 people want to read

About the author

Sue Emoqwin

5 books4 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
13 (52%)
4 stars
10 (40%)
3 stars
1 (4%)
2 stars
1 (4%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 16 of 16 reviews
Profile Image for Zalila Isa.
Author 12 books51 followers
July 13, 2023
Selesai membaca dari kulit ke kulit buku Sue. Mungkin ada beberapa cerpennya yang saya pernah baca secara eceran (di Zine Masyarakat dan Svara), namun membaca keseluruhan cerpen karya Sue ini memberi nikmat yang berbeza.

Saya sebenarnya amat jarang 'melayan' karya yang tersiar dlam aliran 'indie' atas beberapa faktor. Namun, karya-karya Sue segar dan sedap dibaca, bukan sahaja bertumpu pada setiap cerita yang disampaikan tetapi juga teknik dan garapan yang digunakan.

Cerpen-cerpen pelbagai gaya dan bentuk ini, membawa isu-isu dalam masyarakat yang kebanyakannya selalu kita baca, bincangkan dan mungkin menghadapinya sendiri.

Paling saya suka? Hampir semua!

Secara keseluruhan, naskhah ini membawa bentuk penceritaan yang perlu dibaca dan ambil iktibar (kalaupun sekadar menikmatinya sebagai karya seni yang memenuhi kantung jiwa).

Teruskan berkarya, Sue.
Profile Image for Fara.
235 reviews19 followers
October 27, 2023
Kumpulan cerita pendek yang sedap dibaca. Walaupun cerita-cerita itu membawa kita masuk keluar dan masuk semula ke alam nyata, ia masih meyakinkan. Boleh dihabiskan dalam sekali duduk.

Seperkara yang saya hargai, sebagaimana yang dikongsi dalam prakata, penulis tidak menyunting banyak karya awal penulisannya. Kita dapat lihat bagaimana kebolehan bercerita penulis berkembang dan membaik. Agak menginspirasikan.

Terima kasih atas tulisan yang bergaya. Buku ini meletak Sue Emoqwin sama kategori dengan Saharil Hasrin Sanin dalam senarai penulis yang saya suka. Semoga terus diberi ilham yang baik untuk karya-karya akan datang.
Profile Image for Syed Fathi.
Author 17 books93 followers
December 2, 2023
Ini merupakan buku terakhir saya bagi tahun 2023. Sempat juga akhirnya melengkapkan 15 buah buku untuk tahun ini. Saya memilih buku ini untuk mengakhiri tahun 2023 kerana naskahnya yang nipis. Ia juga berbentuk cerita, jadi boleh dibaca dengan lebih mudah tanpa memerlukan "mode analytical". Boleh dibaca dengan liburan. Biasanya saya baca sebuah cerpen setiap malam selepas seharian penat bekerja dan menulis.

Saya suka cerpen awalan, terutamanya kisah di rel kereta api, ada unsur komeraderie. Juga kisah pasangan yang bersembang tentang kapitalis versus sosialis dalam kereta, ada a pinch of ideologikal thought yang diselitkan. Tapi saya kira majoriti cerpen yang dimuatkan berunsur feminisme. Jika mungkin feminisme kedengaran seperti terlalu ideologikal, mungkin "pembelaan kepada wanita" itu lebih tepat dan neutral.

Dari segi gaya penceritaan saya kira memang Sue berbakat. Cara setiap cerita diberi pengenalan, dibawa hingga sampai kepada satu kemuncak, dan diberikan plot twist, menjadikan ceritanya tidaklah mono-tone dan membosankan. Dan saya kira Sue sangat blunt dalam penceritaan dan imaginasinya. Buku ini sememangnya tidak sesuai dengan pembaca bawah umur.

Semoga Suzana terus maju berkarya.
Profile Image for Hadi Muss.
147 reviews20 followers
June 5, 2023
Satu perkataan yang keluar selepas baca kumcer ni; suka! Buku ini menghimpunkan cerita-cerita kehidupan, kritikan sosial, perihal emosi, perasaan, surrealism dan pemerkasaan wanita yang ditulis cukup ‘kick’ kata orang. Tiga judul yang saya suka 1- Anti hero yang ceritanya semacam kalau dah larang tak nak, buat lah. 2- Malam Pertama dan 3- Tisu yang terlopong saya membaca watak ‘dikenakan’ oleh penulis. Seronok baca dengan bersahaja, nuansa bahasa yang penulis gunakan ranggi dan mudah rasa sayang nak habiskan dalam sekali duduk.
Profile Image for Farhira Farudin.
45 reviews
July 9, 2023
baru tau cerpen yang pernah diterbitkan dalam svara tu tulisan sue. first time baca cerpen tu dalam svara, memang melekat dalam kepala berhari-hari. sampai sekarang consider tu antara cerpen terbaik yang pernah ada dalam svara. so bila baca cerpen tu lagi dalam buku ni, i know i will spend days thinking about it.
Profile Image for Ku Shairah.
3 reviews
June 7, 2023
Ini buku kedua yang aku habis baca dari PBAKL 2023. Buku ini ialah sebuah kumpulan anekdot dan certot.

Buku ini banyak menyentuh sisi gelap masyarakat. Oleh itu, ia jatuh dibawah kategori untuk bacaan pembaca matang yang mempunyai minda yang terbuka.

Aku dapati fokus utama buku ini ialah kesedaran untuk wanita tidak mengira status perkahwinan.

Penceritaan di dalam kumpulan anekdot ini mengandungi fantasi, sains fiksyen dan factfic.
Profile Image for Safinaz Johani.
34 reviews2 followers
April 11, 2025
𝐏𝐞𝐫𝐧𝐚𝐡 𝐭𝐚𝐤… 𝐤𝐚𝐮 𝐛𝐚𝐜𝐚 𝐛𝐮𝐤𝐮, 𝐜𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚 𝐝𝐢𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐝𝐞𝐤-𝐩𝐞𝐧𝐝𝐞𝐤 𝐣𝐞—𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐫𝐚𝐬𝐚 𝐝𝐢𝐚 𝐩𝐚𝐧𝐣𝐚𝐧𝐠, 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦, 𝐝𝐚𝐧 𝐥𝐞𝐤𝐚𝐭?

𝐌𝐞𝐦𝐨𝐫𝐢 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐃𝐢𝐣𝐮𝐚𝐥 bukan buku yang susah nak tahu isinya—kau boleh baca dan faham apa yang berlaku dalam cerita. Tapi yang susah nak dicerita ialah cara penulis menyampaikan semua tu. Gaya penulisan Sue Emoqwin penuh dengan metafora dan idea yang kreatif. Sarat dengan simbolik, sindiran, dan emosi yang kena dibaca perlahan-lahan untuk betul-betul faham.

Menghimpunkan 20 cerita pendek yang menyentuh pelbagai sisi kehidupan. Ada yang ringan dan lucu, ada yang perit dan pedih, ada yang terasa dalam—tentang kehilangan, persahabatan, kesunyian, patah hati, kemurungan, perkahwinan dan juga poligami.

Antara cerita yang masih terlekat dalam kepala:

1. tentang seorang lelaki patah hati yang sanggup menjual memori cintanya untuk melupakan, kemudian menggantinya dengan kenangan orang lain—hanya untuk menyedari bekas kekasihnya masih merinduinya, sedangkan dia sendiri sudah lupa siapa dia.

2. Tentang dua sahabat yang terputus persahabatan kerana seorang perempuan, tapi bila jumpa semula, ego masing-masing masih tebal. bukan sebab tak sayang, tapi sebab masing-masing tunggu untuk ‘dimenangkan’. Masing-masing rasa dia yang paling terkesan, jadi kenapa dia pula yang kena mulakan?

3. Tentang lelaki yang hampir bunuh diri di rel, dan seorang kawan yang sanggup menemani… bukan sebab dia nak mati, tapi sebab nak ada bersama. Akhirnya, kedua-duanya memilih untuk terus hidup.

4. Tentang seorang lelaki yang terlalu memilih dalam soal jodoh, sehingga menolak takdirnya yang datang dalam bentuk paling tak dijangka — seekor ikan duyung. Bila dia tolak, barulah dia tahu… rupa-rupanya itulah yang terbaik. Tapi segalanya dah terlambat. Plot twist? Dia sendiri yang jadi ikan.

5. dan beberapa cerita lain yang cukup matang untuk faham lapisan maksud di sebaliknya.

Yang buat buku ni ‘mahal’ bukan pada plotnya, tapi pada cara Sue Emoqwin menyulam ayat. Kau mungkin dah tahu apa yang berlaku dalam satu dua cerita. Tapi percayalah, bila kau baca sendiri, bukan sebab kau nak tahu kesudahan, tapi sebab kau nak rasa sendiri perjalanan cerita itu.

Aku tak tahu siapa yang akan suka buku ni. Tapi bagi aku, buku ni sesuai untuk pembaca yang suka pelbagai rasa dalam satu buku. Setiap cerita macam ada roh dia sendiri. Kalau kau suka cerpen-cerpen yang tak klise, yang bermain dengan emosi, perspektif manusia, dan lapisan makna—this one’s for you.

Tahniah, Sue Emoqwin. Buku ni kecil, tapi kuat.
3 reviews2 followers
February 27, 2024
Penerbit saya, mengetahui saya berada di dalam mood melankolik semenjak dua menjak ini, suatu hari mencampakkan buku 'Memori Untuk Dijual' ini ke meja dengan arahan pendek diktatorial kebiasaannya, "baca", "review". Selalunya saya tidak akan melayan perintah-perintah kurang sopan sebegini tetapi terlihatkan tajuknya, kening sy sedikit terangkat. Dipendekkan cerita, saya menghabiskan dua hari membaca kisah-kisah pendek yg nampak ringkas di dalam buku ini diselang selikan dengan kerja-kerja seharian saya. Berikut adalah review saya:

Buku ini ditulis oleh seorang perempuan. Kalaupun saya tidak mengetahui jantina penulisnya, tanpa gagal saya dapat meneka dari siapa penulisannya, kepada siapa ianya ditujukan; keperempuanan terdapat di setiap helaian muka surat. Kalau teori penulis dan penulisannya tidak dapat dipisahkan itu benar, saya anggap penulisan ini dekat dengan hati saya; kami mempunyai sekolah yg sama. Tekaan saya ianya ditulis dengan darah, air mata, (dan segala cecair lainnya). Bukan untuk mengulang lawak jenaka yang lama, ayat terakhir tadi dimasukkan kerana buku ini adalah buku yg lucu, tetapi bukan semua org yg mampu ketawa sewatu membacanya. Dari segi teknik sy boleh katakan sangat baik di sesetengah cerpen, cerpen mengenai suami komunis dan isterinya yang memakai seluar misalnya. Penceritaan erotik yang saya agak tidak sangka; penulis seperti seorang entiti rahsia yg pernah menulis cerita-cerita porno di laman-laman gelap untuk remaja belasan tahun dan ianya agak bagus juga! Sudah tentu bagi seseorang yg jarang tersenyum, cerpen yg paling saya sukai adalah Antihero. Sy tidak pasti ini adalah fantasi gelap penulis atau pun dari pengalaman sebenar; ianya ditulis dalam nada ringkas dan bermain-main; sesuatu yg sy boleh hormati; walaupun secara peribadinya sy akan menggunakan cara yang lain tetapi saya tetap sukakannya! Cerpen ini sahaja saya beri lima bintang! Ditujukan buat spesis 'jantan tak guna' (seperti sy, malangnya), dan memiliki atmosfera ungkapan kontemporari 'perempuan sentiasa betul' di setiap helaian mukasurat, saya dapat hormati syarahan moral Sue, supaya lama-kelamaan, kita dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat. Akhir kata, buku ini adalah buku yg segar, di balik longgokan buku2 yg cuba menjadi sesuatu yg ia bukan, sy menanti lagi tulisan-tulisan dari Sue Emoqwin. Memori-memori yang layak dibeli.
Profile Image for Regina Ibrahim.
Author 22 books111 followers
March 11, 2024

20 cerita pendek dalam buku dengan 120 halaman ini hadir dengan saiz yang ringan dan mudah untuk dimasukkan dalam tas tangan. Dibaca saat santai menanti.

Beberapa cerpen yang pernah disiarkan dalam zine Masyarakat TV dan cuplikan siaran dari majalah Svara diaduk dengan cerpen cerpen baharu tulisan tahun 2023 mengisi antologi ini.

Disaran untuk pembaca yang mahukan kelainan penceritaan dari penulis skrip drama TV dan pernah menjadi editor komik Gempak di tahun 90an hingga tahun 2000.

Sue Emoqwin@Suzzana Ahmad memiliki gaya penulisan santai, sesekali memperkenalkan terma terma yang tidak biasa, diperjelaskan untuk pembaca agar mengerti bentuk penceritaan. Sesekali POV berganti jantina dan beliau mampu memperlihatkan gerak tingkah dan kata dengan berkesan.

Sukar untuk memilih mana satu cerpen yang kuat kerana 20 cerpen mempunyai kekuatan masing masing, namun jika dipaksa juta saya ingin mengatakan top 3 sebagai pembaca adalah:

Co-Exist – yang memaparkan pergolakan perhubungan sepasang manusia lelaki dan perempuan yang sering bercanggah tentang tampok politik, sistem pemerintahan dan saling berbalah.

Memori Untuk Dijual – tentang suasana absurd seorang jejaka yang tidak keruan bila kehilangan cinta kasih yang terang terangan menipu dan mempergunakan dirinya. Sehinggalah beliau memilih untuk menjual memori luka tersebut pada seekor gajah.

Minah Biasa – kisah perempuan yang bukan kepalang membandingkan diri dengan orang lain yang dianggap sempurna. Akhirnya menemukan jawapan terhadap kegalauan tersebut dan kembali menjadi samar samar setelah berada dititik yang dahulunya diimpikan.

Saya fikir setiap pembaca tegar karya penulisan dalam Bahasa Malaysia perlu memiliki naskah ini. Naskah yang tidak mempunyai garis masa dan membariskan konflik konflik yang akan sentiasa ada dalam diri manusia.

Ini antologi yang CEMERLANG.

#ginareviewbuku #ginawrites

Dan akhirnya di malam hari dengan duit yang tidak terkira dan kecantikan yang hampir sempurna, Minah masih tidur dalam lautan kegusaran yang sama.

Memori Untuk Dijual boleh didapatkan dari TokoSue dan Riwayat Kuala Lumpur.


Regina Ibrahim
110324
Profile Image for Hanz Jamaludin.
Author 4 books17 followers
June 28, 2023
4.9 Bintang
Dah lama tak baca cerpen sedap! Page-turner.
Tak perlu kisah-kisah kompleks dan kosa kata bombastik untuk beri 'wow factor' pada pembaca.
Cukup sekadar cerpen yang dekat dengan masyarakat, mengutarakan kisah-kisah yang sering kita lihat baik di medsos atau menjadi buah mulut keliling.
Ada beberapa cerpen yang saya kira menjadi betul plot-twist nyer. (Nanti saya senaraikan semula cerpen-cerpen yang saya suka - ini bermakna ini antara cerpen yang ada plot twist & bagi wow factor pada saya). Ada unsur sinikal, satira, ada yang bersisi gelap (mungkin kebanyakannya), surreal dan tak kurang melankolik.

Saya nak beri markah 5 sebetulnya tapi sedikit terganggu dengan typo tanda baca.
Saya berpendapat perlu dilabel untuk pembaca matang (tapi ada juga yang berpendapat ini akan mencacatkan proses pembacaan). Terpulanglah pada pengarang untuk cetakan akan datang.
Tahniah pengarang! Teruskan bikin cerpen sedap.
Profile Image for Zachu.
11 reviews1 follower
February 22, 2025
Gaya penulisan yang begitu mencerminkan peribadi & serpihan otak pemikir penulis. Mengenali beliau yang begitu teguh dalam kesama-rataan gender,terserlah dalam 22 cerpen ini.

Dari sudut positif, saya boleh katakan era penulisan beliau yang berada di tahap kemuncak adalah pada karya cerpen yang disiarkan pada tahun 2016. Hampir 90% cerpen pada tahun/era itu menjadi kegemaran saya.

Liar,bebas dan mengesankan.

Dari sudut kritisisme yang konstruktif, karya cerpen yang disiarkan pada tahun 2009 tidak menepati selera pembacaan saya. Agak canggung & biasa saja.

Koleksi cerpen dalam buku ini mungkin tidak kohesif dari segi acuan penulisan kerana seperti yang dikatakan penulis, merupakan himpunan cerpen baharu & yang pernah tersiar, namun begitu saya boleh lihat evolusi penulisan beliau begitu nyata dan Semakin matang tanpa mengikis pendirian sebenar beliau dalam hak kesama-rataan sosial yang diperjuangkan.

Syabas !
Profile Image for Raiha.
Author 11 books98 followers
August 5, 2023
Satu perkara tentang gaya penceritaan Sue Emoqwin, ia jujur dan mentah. Penulisannya selalu berdiri dalam garisan realisme-surreal. Tidak mengada-ngada, tidak mahu berselindung dalam kosa kata yang puitis atau sarat retorik seperti jebak yang selalu menjerumuskan kebanyakan penulis perempuan.

Ia terus bergerak ke isi naratif, mengikat kita kepada kisah-kisah yang kecil tetapi perlu diungkit, sering juga membongkar taboo tetapi selalu pula disalah ertikan sebagai sensual. Memori untuk Dijual saya anggap sebagai underrated, menjungkirbalikkan perasaan, dan karakternya penuh wit. Contoh penulisan yang menggunakan perkataan tumpul, tetapi naratifnya tajam melukakan.

Ya. Dalam sela masa yang panjang, sesekali kita akan bertemu dengan penulis yang semulajadi lahir dengan bakat penglipur lara. Oh ya. Perlu juga label untuk pembaca matang.
Profile Image for Nur Nafishah.
2 reviews
March 9, 2024
Setiap watak yang dicipta oleh penulis rasanya adalah aku! Baik atau jahat, telan sahaja kerana itu adalah realiti.

Buku yang WAJIB dibaca sebab tidak ada KASTA! Aku mencerap setiap satu perkataan yang ada kerana cerita itu tidak mati. Hebat Sue! Bahasa yang mudah tetapi ceritanya pelbagai.

Sekarang ini aku marah sebab kumpulan cerpen Sue ini, aku dah habis baca. Tapi, kalau disuruh baca kali kedua dan seterusnya, aku akan baca tanpa jemu.


12 reviews
July 25, 2025
Baru baca beberapa cerpen dalam buku (kira 50%). Ketawa jelek menempelak hatiku. Ceritanya macam drama bermain dalam tv minda. Ada scene everydayness, ada scene romantis dan manis madu, ada babak yang tak terduga sadur balut satira sindiran. Haru biru, manis gula, sakit hati amarah, emo bermisi, buaya alim dan banyak lagi.

Memang terhibur, short-meaningful-delightful. Mengangguk bersama Pn. N. *Untuk pembaca matang dan berfikiran terbuka.
Profile Image for Nadhirah Ghani.
Author 4 books18 followers
November 30, 2024
Macam nilah. Kalau korang jumpa buku ni, korang baca cerita yang first tu je. Dua page je. Dan sila sebarkan kepada orang lain. Korang akan non-stop baca cerita yang seterusnya.

Kak Sue tulis perkara-perkara yang memang sukar penulis wanita sentuh namun ia ditulis dengan jayanya.

Ya, ia untuk pembaca matang. Sekian. Dari saya.
1 review
October 7, 2023
Penulisan yang menyantaikan oleh penulis berjaya menyeret pembaca untuk menghabiskan bacaan.
Mungkin kita akan mengulang kembali bacaan kerana ada cerita-cerita dalam Memori Untuk Dijual ini seperti pernah terjadi pada diri kita yang mengamit memori & nostalgia.
Displaying 1 - 16 of 16 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.