“DAULAT TANAH INI DATANG DARIPADA ANAK RAJA YANG LAHIR DI BAWAH LAUT.”
Suatu ketika dahulu… Ada raksasa yang melata Alam Melayu. Ada janji yang menjadi kemegahan tanah. Ada sumpah setia yang membawa petaka.
Di Alam Melayu ini, ada kerajaan yang hancur yang diserang geroda. Ada kisah cinta antara dua darjat yang membawa bala.
Alam Melayu ini kaya dengan kisah legenda dan lipur lara. Rakaman kepintaran dan budaya masyarakat lampau, baik golongan diraja, rakyat jelata, mahupun hamba sahaya. Masing-masing ada kisah yang dicatatkan. Disuratkan dalam manuskrip diraja dari zaman dahulu kala. Dikalangkan oleh Penglipur Lara, lalu diturunkan kepada pewarisnya. Cerita warisan itu masih bertahan sehingga milenial ini.
Hikayat Alam Melayu : Kronika dan Lipur Lara Nusantara menghimpunkan cerita-cerita agung untuk menyampaikan pesan-pesan lama kepada generasi baru. Diceritakan semula dengan memprosakan puisi – untuk mengekalkan nuansa zamannya.
Awan Wafdan is a Malaysian writer who's making a name for himself in the literary world. Born and raised in Semporna, Sabah, Awan's passion for writing began at a young age. He attended SK Sulabayan, SMK Kabogan, and SMK SANZAC in Kota Kinabalu before continuing his studies at SMK Bugaya in Semporna, where he pursued his STPM. He holds a Bachelor's Degree in History and Malay Language Studies from University Sains Malaysia.
Awan's love for storytelling has now blossomed into a full-blown career, and he's currently working on an exciting series of fiction novels inspired by Malay mythology and history. His debut fantasy novel, Hikayat Adiwangsa, published by Mahakarya, Patriots Asia, hit the shelves in 2021 and has received rave reviews from critics and readers alike.
But Awan's talent doesn't stop at novels. He also pens contemporary poetry and heartwarming short stories that tug at his readers' heartstrings. When he's not weaving tales of magic and wonder to crafting new worlds, Awan loves gazing at the clouds, finding inspiration in their ever-changing forms. For him, the clouds serve as a mirror to life, reminding us that everything changes with time.
If you're looking for a writer who can take you on a journey through time and space, look no further than Awan Wafdan. You can connect with him on social media at @seketulawan and be a part of his ever-growing community of readers.
✿ 𝓢𝓲𝓷𝓸𝓹𝓼𝓲𝓼 ✿ Kompilasi 20 cerita rakyat dari zaman dahulu kala diturunkan dari generasi ke generasi sehingga sekarang.
✿ 𝓡𝓮𝓿𝓲𝓾 ✿ Kita membesar dengan fairytales macam Cinderella, Snow White and Beauty & the Beast jadii buku ni dah macam crash course hikayat Melayu untuk kita 🤣
“𝙉𝙖𝙝 𝘼𝙡𝙞𝙮𝙖, 𝙨𝙖𝙩𝙪 𝙗𝙪𝙠𝙪 𝙖𝙙𝙖 𝙨𝙚𝙢𝙪𝙖 𝙘𝙤𝙢𝙥𝙡𝙚𝙩𝙚 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙝𝙖𝙣𝙜!” — screams Hikayat Alam Melayu to me 🙃
Kita memang dapat belajar banyakkk dari segi bahasa from HAM bcs choice of words author guna memang terasa Melayu nya sebab ada certain tu kita takpernah dengar pun macam “bayangkara” ? Weh apatuuu? Nasib baik ada glosari kat belakang to the rescue! 😗💨
Menarik tau bila baca kisah kisah ni macam variety gila — ada tragic romance, snow white but make it Malay version, enemy to lovers trope, ayah & anak, iri hati adik beradik and banyakkk lagi!🤚🏻
Dari 20 cerita, ada beberapa cerita yang menarik pada kita *𝘳𝘦𝘧𝘦𝘳 𝘥𝘰𝘨 𝘦𝘢𝘳𝘴* — 🍊 Puteri Lindungan Bulan 🍊 Ken Tambuhan 🍊 Beruk Tunggal
Tapii yang paling menarik maybe Puteri Alitaptap hah pasal effect rejection seorang perempuan, geram je kita baca! Rupanya dulu pun “No” perempuan ni diambil mudah 🥲 harus baca kalau nak tahu kenapa 👀
✿ 𝓡𝓮𝓬𝓼 ✿ Beginner friendly untuk pembaca yang baru nak kenal cerita rakyat Melayu && santai jugak untuk semua lapisan umur including kids!
Terkenang zaman kanak-kanak apabila membaca naskah ini. Cuma sebuah cerita yang tidak pernah dibaca sebelum ini. Hikayat lama seronok juga dilayan. Cerita putera dan puteri raja, walaupun klise dari segi konflik dan akhir kisahnya, laras bahasanya sedap dan lancar.
As per the title, buku ni adalah satu koleksi atau himpunan-himpunan kisah-kisah riwayat atau cerita rakyat turun temurun yang terjadi dalam… well, alam Melayu lah.
Kisah-kisah dalam buku ni ditulis dalam gaya dan lenggok bahasa yang agak tradisional untuk bagi ‘feel’ macam kita baca buku dulu-dulu. Which, bagi aku seronok nak baca. Banyak istilah-istilah atau perkataan arkaik yang tak pernah aku jumpa sebelum ni yang aku belajar dari pembacaan. Aku memang salute dan berterima kasih kepada penulis dan penerbit sebab mengeluarkan buku cerita ‘fairy tales’ yang berpusarkan budaya kita sendiri. Masa kecil-kecil dulu aku banyak baca cerita Snow White, Sleeping Beauty, Rapunzel. Jadi aku suka bila ada buku macam ni yang boleh dibacakan pada anak-anak.
Hikayat paling aku suka baca adalah kisah Bidasari dah Ikan Emas (I dub this the Malay Snow White), Puteri Alitaptap (bergenang seyh air mata baca cerita dia. Tragis!), dan kisah Puteri Lindungan Bulan.
Bagi aku cara Awan mengolah setiap hikayat dalam ni cukup berkesan untuk buat aku kekal nak baca. Sedar-sedar dah habis. Ye lah, bukunya nipis je dan ada 20 cerita je dalam ni.
And buat aku rasa macam “ala! Ni je ke? Tak ada cerita lagi?” Begitulah ketamakan seorang pembaca.
Overall, aku rasa korang memang patut dapatkan buku ni. Selain daripada memperkenalkan cerita turun-temurun yang mendekatkan kita dengan budaya sendiri, banyak jugak pengajaran dan moral yang boleh kita pelajari dari setiap cerita.
Kisah legenda Tanah Melayu walau dipersembah dalam pelbagai naskhah tetap juga menarik untuk dibaca. Hikayat Alam Melayu merupakan koleksi kisah kisah legenda Tanah Melayu. Katakan saja Badang, Ulek Mayang, Sang Kelembai, Raja Bersiong semuanya menarik untuk dibaca. Penulis menggunakan bahasa klasik yang disusun indah menjadikan karya ini sedap dibaca. Seperti membaca naskhah orang lama. Tahniah buat penulis untuk karya ini!
"Bukan sulit yang membuatkan kita takut, Datuk Bendahara, tetapi takut yang membuatkan kita sulit. Hamba tidak takut kepada kesulitan itu"
Buku ini merupakan himpunan cerita rakyat Alam Melayu tetapi mengikut versi penulis itu sendiri.
Contohnya, kisah Puteri Gunung Ledang, jalan cerita yang sama, tetapi endingnya mengikut versi penulis itu sendiri.
Sejujurnya ini adalah pertama kali saya membaca karya Tuan Penulis. Dan saya sangat suka membaca tulisan Tuan Penulis kerana penulisannya sangat kemas dan sedap di baca.
Saya paling suka kisah Beruk Tunggal. Tak tau kenapa bagi saya kisah tu agak lucu hehe.
Cuma, di dalam buku ini mungkin terdapat sedikit kesilapan pada bahagian isi kandungan. Nombor muka surat di bahagian isi kandungan sepertinya sudah lari.
Contohnya, kisah Bidasari dan Ikan Emas di bahagian isi kandungan tulis muka surat 29 sedangkan pada muka surat 29 adalah muka surat terakhir bagi cerita Saktimuna dan Cura Si Manjakani dan kisah Bidasari dan Ikan Emas sepatutnya pada muka surat 41.
Selain itu, saya juga bersetuju dengan reviewer buku yang lain supaya diletakkan terus nota kaki keterangan perkataan-perkataan yang bombastik kerana agak mengganggu sikit asik-asik nak kena selak belakang.
Itu sahaja, yang lain semua okay, seronok, memang enjoy saya baca buku ini.
Secara keseluruhannya, saya beri 4 bintang untuk karya ini.
✨Himpunan cerita-cerita agung untuk menyampaikan pesan-pesan lama kepada generasi baru. ✨
20 hikayat; dua kelompok utama: 📌 11 - Kronika Diraja: Sejarah Kerajaan Melayu 📌 9 - Lipur Lara: Cerita-cerita rakyat
Surprisingly, banyak ya kisah-kisah lama yang saya tak tahu. Hanya tahu yang popular je macam kisah Puteri Gunung Ledang, Raja Bersiong, Ulek Mayang, Puteri Santubong Puteri Sejinjang, Mahsuri dan Badang. Itupun detailsnya banyak yang dah lupa. Huhu. Fairytales negara barat tahu, tapi hikayat Melayu negara sendiri tak tahu. Apakah 😭😭😭
So dengan baca buku ni, Alhamdulillah pengetahuan makin luas. Rasa macam tak percaya pulak yang rupanya ada kisah-kisah macam ni. Amazing and very interesting 🙌🏻
📚Oh tak lupa jugak gaya penulisannya yang sangat puitis. Level bahasa yang agak tinggi. Nasib baik ada glosari. Tu pun saya masih cari maksud dekat kamus online huhu. But it’s okayy, sambil baca, sambil tu kita belajar hehe.
Antara banyak-banyak cerita dalam tu, saya paling suka tajuk — 💎 Cinta Seri Teri Buana 💎 Bidasari dan Ikan Emas - yang ni ada vibes cerita Sleeping Beauty 💎 Puteri Lindungan Bulan 💎 Puteri Alitaptap 💎 Beruk Tunggal
🌻 Ada pengajaran tak? Of course ada. Membuka mata jugak ya. Setiap tindakan kita, pasti memberi kesan. Tak kisahlah yang baik atau buruk, pasti akan beri impak. Kang bezaman-zaman pulak impaknya huhu.
🌸🌺🌼 Sangat sesuai untuk semua lapisan masyarakat tak kira umur dan bangsa hehe. Nak menyelusuri kisah rakyat, kisah kerajaan Melayu kita sendiri… this is the book🧚🏻♀️
Hikayat Alam Melayu merupakan koleksi Kronika Diraja dan Lipur Lara yang disatukan dalam satu buku.
Sepanjang pembacaan aku yang satu ini, tiada satu pun yang aku tidak suka. Bagiku, semua kisah yang termaktub amatlah menyeronokkan dan sarat dengan pengajaran.
Kebanyakkan hikayat di dalam buku ini sudah aku kenal, tetapi ada juga certain yang aku tak pernah kenal dan dengar. Jadi apabila membacanya, aku pun... "Oh, macam itu kisahnya."
Dalam banyak-banyak hikayat dalam Hikayat Alam Melayu ini, yang paling aku gemari ialah Hikayat Ken Tambuhan. Hikayatnya lah bagiku paling menarik sekali. Sampai menitis air mata aku baca. Macam mana nak jumpa lelaki macam Raden Menteri, eh? Huhu.
Penggunaan bahasa yang digunakan sepanjang penceritaan mudah difahami dan masih terselit bahasa klasiknya. Sebagai seorang pelajar sastera, aku berharap sangat agar buku ini dapat menjadi salah satu buku sastera yang akan dikaji suatu hari nanti.
Buku ini amatlah aku merekomendasikan kepada semua pembaca di luar sana agar sentiasa kenang dan ingat hikayat-hikayat warisan turun-temurun kita ini.
Yang pertama..I live in the United States,I got my wonderful boyfriend to get a copy of this book and he’s been reading it to me every day..a chapter a day..Yang kedua..cerita dalam buku ini agak menarik tetapi banyak yang terlalu ringkas dan tiada ending yang memuaskan..maksud saya ianya agak tergantung..jika ia dapat diperluaskan mungkin saya dapat memberi empat atau lima bintang..dan yang ketiga (yang pengakhiran)..the author made such a good effort to compile a good amount of folklore in one book..for that I salute you sir..
cerita macam ini kau takkan boleh salah cerita. aku suka beberapa cerita awal sebab berkait. ada cerita yang aku selalu dengar dan ada juga yang aku tak pernah tahu. aku sangat suka dengan cara penulisan buku ini. ayat yang digunakan pun cantik. senang cerita aku suka buku ini.
Maybe if the vocabulary they put at the front page will be much better , after halfway reading i just realise that they do have the vocabulary at the back , like gigih nok i google all those word to know what it mean hiu hiu
Aku suka betul cerita-cerita lagenda. Baca berulang kali pun tak pernah bosan. Cerita yang sama, gaya penceritaan yang berbeza, tetap aku baca hingga ke akhirnya.
Aku habis baca dalam masa sehari. Jadi fikir sendiri lah seronok tak seronok buku ni.