Jump to ratings and reviews
Rate this book

Parasit dan Sesudah Perang

Rate this book
Kumpulan cerpen Parasit dan Sesudah Perang mengandungi 22 buah cerpen awal Sasterawan Negara Anwar Ridhwan yang dihasilkan beliau ketika dekad awal kepengarangannya. Kumpulan cerpen ini merupakan edisi terbaharu daripada kumpulan cerpen beliau iaitu Parasit yang diterbitkan pada tahun 1976 (DBP), dan Sesudah Perang yang diterbitkan pada tahun 1978 (DBP). Parasit dan Sesudah Perang bukan hanya menggambarkan secara dramatik tentang kisah kehidupan dan kemanusiaan serta penderitaan, tetapi meruakan satu penelitian dan pemikiran Anwar Ridhwan terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekelilingnya. Penulis membawakan tema yang pelbagai dan menarik serta dibantu oleh gaya bahasa yang segar dan imaginatif lewat cerpen-cerpen beliau.

179 pages, Hardcover

First published January 1, 2009

4 people are currently reading
27 people want to read

About the author

Anwar Ridhwan

56 books59 followers
Dr. Anwar Ridhwan was born in an agricultural based family who was then reside in Sungai Besar, Selangor, previously the family lived in the neighboring state of Perak. He graduated from University Malaya with a Bachelor of Arts in 1973, then Masters of Arts in 1983 and finally finished his doctorate (Ph.D) in 1998. Soon he pursue his career in Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) until resignation in 2005 as Production Director of DBP.[1] On 11 August 2009, he was officially announced as the nation's 10th Sasterawan Negara by the Deputy Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin in his office in Putrajaya.

In writing, he is a well known novelist and a short story writer. His first novel, Hari-hari Terakhir Seorang Seniman won the Yayasan Sabah-GAPENA Novel Prize of 1979. Arus (1985) won the Malaysian Literary Prize of 1984/1985. Among his famous short stories are Perjalanan Terakhir (1971), Dunia adalah Sebuah Apartmen (1973), Sesudah Perang (1976) and Dari Kiev ke Moskova (1992). Naratif Ogonshoto won the Sastera Perdana Award of Malaysia 2000/2001 which was inspired and finally finished by Dr. Anwar Ridhwan in Japan. The novel with another title, "Bili i Nebili Ostrovov Ogonsoto" was published in Russian (translated by Victor Pogadaev) in 2006, Sanct-Petersburg (Paideia).

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (6%)
4 stars
7 (24%)
3 stars
16 (55%)
2 stars
2 (6%)
1 star
2 (6%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for hans.
1,170 reviews152 followers
May 22, 2020
Koleksi kumpulan cerpen dari dua terbitan-- Parasit dan Sesudah Perang. Kebanyakannya berkaitan kisah harian, pemerhatian sekitar dalam tema yang pelbagai. Ada yang agak imaginatif dan seperti kisah dongeng-- tertarik dengan gubahan karakter yang tak hanya fokus kepada manusia malah kisah berkaitan haiwan juga. Gaya bahasanya kemas dan segar (walaupun ditulis sekitar tahun 70an) namun penceritaannya agak biasa dan tidak berkisar perihal atau konflik yang berat. Ritma ceritanya agak puitis namun tidak ada yang meninggalkan kesan atau menjadi kegemaran aku. Sesuai sekadar bacaan santai saja.
Profile Image for Faiz • فائز.
369 reviews3 followers
March 28, 2025
Dua buah novel yang disatukan. Sebelum membaca novel ini, ada beberapa "penggiat seni" menyarankan agar buku ini dibaca. Menarik katanya. Ada pula yang menambah bahawa kumpulan cerpen ini menjadi bukti bahawa Anwar Ridhwan layak diangkat sebagai Sasterawan Negara. Komen lain pula memuji tulisan beliau sebagai aliran absurd (beliau terjemahkan sebagai kekaburan), serta beberapa komen lain yang begitu menjulang tinggi kumpulan cerpen ini.

Namun... apabila diselak... alahai. Kecewa dan menyampah juga ada. Entah apa yang setiap cerpen ingin sampaikan. Sudahlah kabur, kemudian ada pula cerpen yang sengaja dipanjangkan seperti kisah seorang suami yang cemburu dengan seorang lelaki yang dibenarkan oleh isterinya untuk tinggal sebumbung. Isunya hanya cemburu, tapi dipanjangkan berjela-jela. Yang tergambar dalam cerita ini hanyalah si suami ialah lelaki yang dayus, si isteri jahil akan syariat dan lelaki yang menumpang rumah mereka pula tiada common sense.

Entah mengapa orang memuji "kekaburan". Barangkali "penggiat seni" memang gemar hal-hal kabur. Mereka tidak suka pada perkara yang jelas, kukuh dan jitu. Mereka lebih suka bermain-main dengan riak air sambil mengaguminya, sedangkan lautan yang terbentang luas pula dibutakan sahaja.

Demi berlaku jujur, selayaknya buku ini dinilai sebagai satu bintang sahaja. Tidak akan langsung diulang baca, apatah lagi disarankan "kekaburan" ini kepada yang lain. Dan, perkataan absurd pula tidak sesuai untuk diterjemahkan sebagai kabur, sebaliknya yang lebih tepat menurut saya ialah tidak waras atau gila, merepek dan merapu. Seandainya inilah takrifan absurd yang digunakan dalam penulisan sesebuah karya kreatif, pastilah akan ramai yang lebih sedar akan kerancuan aliran penulisan sebegini.
Profile Image for ⠀.
122 reviews35 followers
September 9, 2020
Serba-salah juga sebenarnya nak kasi 1 bintang ni. Tapi yang terutama sekali sebabnya adalah buku kumpulan cerpen kali ni lebih membosankan daripada buku kumpulan cerpen Jika Esok Tiba. Buku kumpulan cerpen kali ni – yang juga mengandungi 4 cerpen yang sama dari Jika Esok Tiba – terbahagi kepada dua bahagian, Parasit dan Sesudah Perang. Mengikut pemerhatian aku, dalam bahagian Parasit, kebanyakan cerpen diceritakan dengan seorang watak bermonolog. Berdebat, berhujah bersendirian dan juga berfalsafah. Bahagian Sesudah Perang tak perasan pula persamaan dalam kebanyakan cerpen sebab bila dah masuk bahagian ni aku cuma nak cepat habis baca je. Malas dah nak ber-KOMSAS sambil membaca. Tetapi selepas selesai baca dua buku kumpulan cerpen Anwar Ridhwan ni, dari apa yang aku perasan la, bahasa dan ceritanya banyak terselit pengaruh negara luar. Mungkin sebab itu aku tak dapat lebih menghargai cerpen-cerpen yang dikumpulkan. Dan berbeza dengan karya-karya Sasterawan Negara lain yang aku dah baca sebelum ini sekalipun ada la juga yang membosankan, aku dapat la juga sedikit sebanyak cam identiti atau suara penulis-penulis tu dalam karya mereka. Tetapi untuk karya-karya Anwar Ridhwan kali ni, aku tak dapat cam apa-apa selain daripada perasaan yang beberapa cerpennya bagaikan terlalu jelas diinspirasi oleh karya atau budaya luar. (Tapi mungkin itu identiti atau suaranya? tersentak!) Perasaan tu kerap melekat kat aku untuk kebanyakan cerpen yang aku baca. Sampai satu tahap tu entah kenapa aku tergelak bila membaca ayat mengalir dengan licin. Terjemahan secara terus running smoothly kan tu? Kebiasaannya aku baca kalau versi Bahasa Melayunya berjalan dengan lancar. Entahlah. Mungkin ada alasan kreatif disebalik penggunaan ayat itu yang aku tak perasan dan mungkin aku sampai tergelak tu sebab otak dah terlalu tepu sangat kebosanan sampaikan benda tak kelakar pun boleh buat aku tergelak. Atau mungkin asalnya cerpen yang tu ditulis dalam Bahasa Inggeris dan ia merupakan kesilapan atau mungkin keputusan atas alasan kreatif penterjemah? Atau mungkin– Ah, banyak kemungkinannya kalau nak difikirkan. Dan satu kemungkinan lagi, mungkin dua buku kumpulan cerpen ini tidak kena dengan citarasa aku dan mungkin ada karya penulis yang lebih baik yang belum aku baca lagi yang mungkin aku akan suka. Bagaimanapun, untuk setakat ini, malangnya tiada satu cerpen yang aku nikmati, jadi 1 bintanglah aku beri.
Profile Image for Arif Zulkifli.
Author 27 books184 followers
July 18, 2018
Lima bintang untuk cerpen-cerpen dalam Sesudah Perang yang best belaka.

Tolak dua bintang sebab cerpen-cerpen dalam Parasit yang memeningkan.
Profile Image for Shaharuddin.
462 reviews9 followers
October 8, 2019
Cerpen pilihan saya ; Jika Aku Telah Berangkat, Dan Parasit-Parasit, Hari Kematian.
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.