Kayra mula berasa seram sejuk, bulu romanya meremang, dia rasa geli geleman. Tolonglah, jangan berbicara soal lelaki, cinta dan perkahwinan. Janganlah ada yang berani bertanya soal ini kerana dia tak pernah terfikir sama sekali ekoran dendam silam dan rasa rendah diri. Perjalanan hidup Kayra penuh berliku. Menempuhi zaman remaja yang amat menyedihkan. Diri di hina, keluarga di sisih oleh masyarakat. Semuanya angkara fitnah yang merobek maruah dan harga diri. Kayra hanya mampu menangis. Patutlah ramai yang memanggilnya bohsia, pelacur, perempuan balen. Dia popular dengan gelaran jijik itu. Lapan tahun berlalu, lelaki ini hadir semula dalam hidupnya. Jodoh cuba dijauhi, namun perancangan Tuhan tiada siapa yang tahu. Puas ditepis, puas dielak. Bekulah dirinya bagaikan bidadari salju namun ia tetap datang tanpa diduga.
Buku paling tebal dibeli setakat ini. Tebal untuk cm, tapi dilihat dari mutu percetakan (font yg agak besar dgn spacing yg luas) rasanya x la setebal mana...
Dan jika masih diukur daripada ketebalan.... agak MELAMPAU untuk aku 'mengomen' bahawa penulis ini sebenarnya belum bersedia untuk menulis novel setebal ini. TAPI, aku perlu jujur dengan naskah yang aku baca.....
BAHAGIAN I:
Kisah remaja sekolah. Kayra Binti Ilias simiskin yang dibuli Hariz (ini kalu report, confirm kena isi borang kemasukan sekolah khas untuk kes juvana). Hariz juga mengedarkan kononnya gambar bogel Kayra sehingga digelar pelacur. Gambar tersebut sampai ke pengetahuan Pak Ilias dan Kyra dihukum seteruknya sehingga sampai tahap Kyra ingin membunuh diri.
Kayra juga dipukul si Melisa kerana dianggap menggoda Hariz, kekasihnya. Kemuncak penceritaan bila Hariz mengupah samseng untuk merogol Kyra. Kayra dihina dan diludah Hariz di padang bola sehinggalah Kyra menampar Hariz dan meluahkan ketidakpuasan hatinya atas tindakan Hariz. Juga diselitkan watak Aiman (cinta monyet si Kayra). Aiman meninggalkan Kayra kerana termakan dengan tuduhan Hariz dan kebetulan ketika itu Kayra digambarkan sebagai gadis yang 'hodoh'.
Hariz sekali lagi membuat onar bila mengiklankan 'tawaran mencari jodoh' si Kyra di akhbar. Ketika ini digambarkan Kayra mula menanamkan dendam kesumat keatas Hariz.
BAHAGIAN II:
Kayra bekerja di syarikat yang kebetulan milik keluarga Hariz. Hariz yang selama ini mencari Kayra (untuk meminta maaf dan meluahkan rasa cintanya) mula menggoda Kayra. Kayra melayan dengan motif untuk membalas dendam atas perbuatan Hariz terhadapnya 8 tahun dulu. Kayra ketika ini digambarkan sebagai seorang gadis yang cukup sempurna fizikal dan perwatakannya. Menjadi perhatian sesiapa saja yang memandang termasuklah Raqib. Diselitkan dunia bola sepak dalam bahagian ini dengan gambaran si Raqib dan Hariz sebagai pemain kelab liga. Hampir bertunang dengan Raqib tetapi diselamatkan dengan babak curangnya si Raqib dengan peminatnya.
Kayra dengan jujurnya menolak Hariz tetapi setuju kekal sebagai kawan. Insiden rompakan oleh Geng Botak mengangkat Kayra sebagai 'hero' apabila berjaya menyelamatkan Hariz dan menumpaskan segerombolan penjenayah tersebut. Watak Aiman dimunculkan kembali oleh penulis. Aiman telahpun berkahwin dengan anak majikannya tapi tidak bahagia setelah pinangannya ditolak Kayra.
Pakatan keluarga membuatkan Kayra dan Hariz bertunang dalam paksa. Kayra cuba memutuskan pertunangan tersebut tetapi tidak berjaya. Watak Wan Hakimi, duda beranak 3 diwujudkan sebagai orang ketiga dalam kisah Kayra dan Hariz.
Rentetan pergaduhan dan pertelingkahan Kayra dan Hariz ditamatkan dengan berlangsungnya majlis perkahwinan mereka.
BAHAGIAN III:
Hariz sebagai suami bukan sahaja dianggap sebagai seorang yang penyayang tetapi juga terlalu obses dengan Kayra. Mengongkong hidup Kayra sepenuhnya. Watak Jeanny (sepupu tapi mesra yang moden dan seksi) ditimbulkan seawal minggu pertama perkahwinan mereka. Perhubungan tanpa batasan 'adik dan abang' mengganggu emosi Kayra. Walaupun dinasihatkan tetapi Hariz tegas mengatakan Jeanny hanya adiknya. Muncul si Melisa yang cuba meracun Kayra dengan pelbagai tuduhan dan fitnah atas masa silam Hariz.
Kemuncak bahagian ini apabila Hariz dan Jeanny ditangkap basah di bilik hotel. Kebetulan si Kayra disahkan mengandung. Kes khalwat tersebut sampai ke pengetahuan Kayra dan Kayra 'tertangkap' Hariz dan Jeanny sedang 'bermesra' di atas katil menyebabkan Kayra nekad untuk melarikan diri. Kayra jatuh dari tangga dan kandungannya disahkan keguguran ketika bergelut dengan Hariz.
Kemuncak kedua apabila Kayra diculik oleh Ray (cepisan Geng Botak). Kereta penculik tersebut jatuh ke dalam gaung dan Kayra disahkan terkorban sama.
BAHAGIAN IV:
Kayra dan Ray diselamatkan dan dirawat oleh suku kaum asli. Melarikan diri apabila Kayra dipaksa berkahwin dengan anak kepala kaum tersebut. Diselitkan unsur paranormal sebagai penambah perasa bahagian ini (watak makhluk belaan, watak Pak Salleh dan Mak Munah). Kayra kembali ke Kuala Lumpur untuk mencari Hariz (ketika ini Kayra digambarkan sudah menerima Hariz sebagai suaminya). Kayra tiba ketika Hariz bersanding di atas pelamin dengan Jeanny.
Kayra bersemuka dengan Hariz untuk bercerai. Hariz akhirnya bersetuju setelah didesak dan diugut oleh Kayra (ingin membawa kes penderaannya ke mahkamah jika Hariz enggan). Sempat menghabiskan seharian bersama. Hari ke 2 - Kayra menjaga Hariz yang demam teruk atas permohonan cerai tersebut. Namun, penceraian tetap berlaku.
BAHAGIAN V:
Sebulan selepas penceraian, Kayra diplotkan sebagai bangun kembali dan meneruskan hidupnya. Terserempak dengan Hariz dan Jeanny yang sedang mengandung. Kebetulan (lagi) Kayra disahkan mengandung kali kedua. Walaupun mengakui anak tersebut zuriat Hariz tetapi Kayra bertekad untuk memisahkan diri. Hariz yang kecewa dinafikan haknya hanya mampu 'menjaga' Kayra dari jauh. Namun tindakannya mengirimkan cek bernilai RM50k menimbulkan kemarahan Kayra yang telah meminta Hariz agar tidak mengganggu hidupnya.
Dengan ditemankan Hariz, Kayra selamat melahirkan bayi lelaki. Namun, Pak Ilias nekad melarikan Kayra daripada Hariz. Aiman (yang ketika itu sudah bercerai) merisik Kayra sekali lagi. Kayra menerima lamaran tersebut apabila terbaca status fb Jeanny - pengumuman bahawa 'she's pregrant again'.
Hariz cuba menjelaskan bahawa dia dan Jeanny sudah berpisah dan anak tesebut adalah zuriat Jeanny dengan suami barunya. Tapi, Kayra enggan mendengar malah menggugut akan menghalangnya berjumpa dengan anak mereka sekiranya nama Jeanny disebut lagi.
Jeanny bertekad berjumpa dengan Kayra dan cuba meleraikan kekusutan yang berlaku. Jeanny menyerahkan diari Hariz (milik Kayra mulanya)... well everybody knows a diary's function, right? Tetapi, demi menjaga maruah keluarganya dan juga nama baik Aiman, Kayra tekad meneruskan pernikahan tersebut.
DAN.... KESUDAHANNYA?
INGAT tak filem Kuch-kuch Hota Hai? Scene perkahwinan Anjali + Aman? Just bayangkan scene tersebut diguna pakai untuk kemuncak BIDADARI SALJU. Dari adegan Anjali terpaku di tangga, menangis semahunya, Aman melemparkan turbannya, tangan Anjali dicengkam Aman, Aman menarik Anjali ke lokasi pernikahan, tangan Anjali dilepaskan, adegan 'emergency break' yang dislow motionkan??????? Tukar je pelaku-pelaku tu dengan Kayra, Aiman dan Hariz.... cuma itu movie Hindi, ini novel Melayu.
(For me) banyak lompong dalam BIDADARI SALJU.....
Lewat menghadam novel ini, mulut terus mengomel "dah macam cerita hindustan, cerita Tamil pun ada, + siri Korea, eh, Filipina pun ada?" (adegan buli-membuli, fitnah- menfitnah, belasah-membelasah) minus adegan tangkap basah (of course tentu takde dalam foreign drama kan?).
Tajuknya? 100% kena dengan apa yang ingin disampaikan. Cover yang indah sekali.
Bahasanya? Masih mentah dan ada kalanya terlalu straight forward. Tiada konsistensi terutamanya pada awal dan pertengahan novel ini. Seolah-olah dari bayi yang belajar merangkak hingga pandai berjalan. Di akhir cerita barulah boleh berlari walaupun agak goyah. Kenapa tidak tunggu pandai berlari baru cuba berlumba? Terpikir juga....kenapa tidak dimulakan dengan sesuatu yang lebih mudah? Persoalan yang hanya penulis dan penerbit yang dapat menjawapnya.
Plot cerita? Disusun dengan teratur. Dari usia Kayra 16 tahun hingga 27 tahun. Imbasan kembali juga tidak mengganggu penceritaan. Tetapi, meleretnya.... aduhh! Banyak scene yang sepatutnya ditiadakan dan pasti langsung takan menggangu penceritaan. Terlalu banyak repeatation, terutamanya luahan perasaan nostalgia 8 tahun dulu yang diulang berulang-ulang-ulang-ulang kali. Memenatkan.
Campurtangan penulis? Masih ada tapi masih boleh diterima.
Perincian persekitaran? Lemas kan bila pembaca sendiri tidak tahu/mengagak bila dan dimana sesuatu babak itu berlaku?
Pengisian rohani? Aku amat terkilan sebenarnya. Banyak peluang yang dilepaskan oleh penulis. Mungkin isu ini bukan titik tumpu BIDADARI SALJU. Tapi dengan ketebalan 1265 muka surat, penulis sebenarnya mempunyai medium yang cukup luas untuk 'memberi dan berkongsi sesuatu' dengan pembaca.
Contoh: Perincian undang-undang -kes buli : sepatutnya penulis membuat kajian terperinci untuk menjelaskan lagi senario ini. Mungkin hukuman ke atas pelaku juvana dapat didetailkan. -perebutan harta pusaka keluarga Kayra -kes rompakan geng botak -kes penculikan Kayra -kes penderaan rumah tangga
DAN.... aku lagi terkilan bila penulis memandang remeh pergaulan bebas antara 'sepupu tapi mesra' Hariz dan Jeanny. Sepatutnya penulis boleh menjelaskan halal haram hubungan antara sepupu. Konsep 'niat tidak menghalalkan cara' perlu ditekankan di sini. Hariz dan Jeanny tidak 'disedarkan' tentang kesalahan yang mereka lakukan.
DAN lagi.... Hukum penceraian tidak dijelaskan sebaiknya. Apakah jatuh talak Kayra bila Hariz menceraikan ketika dia sedang hamil? Kenapa bab edah Kayra yang sepatutnya perlu 3 x suci langsung tidak diberi penekanan? Dan kenapa hukum talak isteri yang diceraikan semasa mengandung jatuh ketika melahirkan tidak disentuh langsung?
DAN .... kebetulankah jika scene-dari-filem-yang-terkenal-seantero- dunia dijadikan kemuncak cerita ini?
Bagi pembaca (yang kerek) seperti aku....untuk naskah setebal ini, banyak yang diharapkan. Perlu ada sesuatu yang 'melekat di jiwa' seusai menutup laman terakhir.
Penulis sepatutnya 'terjun' ke dunia penceritaanya. Bukan setakat menulis untuk menulis semata-mata. Paling kurang, please do some homeworks untuk apa yang ingin dilakarkan....
Benar sekali pepatah lama 'kalau kail panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga'. Mungkin boleh dimulakan dengan kolam buatan dulu?
Dalam tak ada mood, Cik Pah tercapai buku setebal 1265. Tak adil untuk diberikan bintang sbb tak habis baca. Seawal 125 mukasurat Cik Pah dah surrender.
Masa mula-mula baca, memang rasa nak sepak terajang Hariz, girlfriend dia Marissa dan Aiman. Rasa kasihan menggunung untuk Kayra. Macam mana la Kayra boleh menahan sabarnya lagi. Hari yang Kayra dibelasah dengan tali pinggang oleh ayahnya sendiri yang telah termakan fitnah yang disebarkan oleh Hariz, sampai Kayra dah berniat nak bunuh diri pun, cuma tiba-tiba dia dipengsankan, jadi tak sempat minum racun, saya memang semakin marah dengan Hariz dan marah juga dengan semua orang dalam buku ni kecuali Kayra dan Diyana. Cikgu-cikgu sekolah tu pun, haiiii, malas nak komen. Lepas tu incident penamparan dua orang lelaki oleh Kayra di padang bola. Lapan tahun kemudian Kayra dan nak graduate dari USM. Lepas tu Kayra dapat tawaran kerja sebagai Pengurus dan bossnya adalah Tan Sri Azman. Tentu lah saya perasan Azman tu nama bapa Hariz. Hairan juga Kayra tak perasan, atau memang dia tak pernah terfikir, lagipun Azman kan nama "common".
Selepas itu, saya dah terasa Kayra bukan lagi Kayra yang teraniaya. Walaupun diterangkan Kayra yang sudah dewasa lebih garang bak serikandi Melayu, agresif, positif, pandai bersilat, langsung tak layan proposal cinta, dan badannya gatal-gatal bila berdekatan dengan lelaki yang nak tackle dia, bermula di mukasurat 501, menggedik hati nak tengok jer mukasurat akhir sebab tak sabar nak tahu ... betul ke Kayra seteguh yang dia kata dekat padang bola sekolah? Betul ke hatinya dah jadi keras bak kelikir dan tak mungkin terima Hariz meskipun lelaki yang pernah menghina dan menghancurkan maruahnya itu sudah jauh berubah? Takde ke lelaki lain yang lebih suci hatinya, yang benar-benar baik, yang betul-betul tidak menilai kecantikan luaran & harta, untuk dijodohkan dengan Kayra? Haiiii geram betul dengan pandangan masyarakat umum 'air mata lelaki mahal, kalau lelaki menangis bermakna dia benar-benar menyesal, benar-benar ikhlas. Kalau kita tak maafkan lelaki tang sanggup menangis meminta maaf atas kekejamannya, kita dikira sombong tak berhati perut? Macam tu ke? Habis, air mata perempuan tak bernilai ke? ' Lagi satu, Kayra tak patut berdendam dengan Hariz sebab kekejaman dia dulu dibuat masa dia budak-budak belum matang. Haisyyyy, habis tu kalau berjaya Kayra dirogol dalam semak oleh 3 orang lelaki setan yang diupah Hariz masa Kayra berumur 16 tahun tu? Takpe ke? Sebab Hariz tak dewasa lagi masa tu? Banyak cantik?
Sejak Kayra bertemu semula dengan Hariz, saya dah mula bosan baca buku ni. Kayra sekejap garang sekejap lemah, kadang-kadang kuat ditepisnya angin puting beliung cinta separuh mati yang ditiupkan Hariz, kadang-kadang saya bengang sebab ... "come on la Kayra, stick to your words". Dendam memang tidak sepatutnya dibawa merentasi masa yang panjang. Hamba Allah yang serba kerdil ini harus sentiasa cuba membuka hati memaafkan orang lain walaupun perit. Saya juga fikir Kayra patut memaafkan Hariz, tapi saya langsung tidak setuju Kayra dah mula kalah dengan pujukan dan rayuan Hariz. Hariz juga hampir kebal dalam cerita ni, satu advantage buatnya. Perut dirodok parang oleh samseng tak mati, terlibat dalam kemalangan dengan lori pun tak mati. Kayra pun ada advantage yang jelas, ada penjaganya (saudara bunian ke) ... Pak Kassim suami isteri. Hampir dibunuh oleh hantu hutan, dan hampir mustahil boleh lepas dari belengu belantara...Tapi iayalah, ajal maut ditentukan Allah kan?
Mana Wan Hakimi? Kenapa bukan Kayra bercinta dengan Wan Hakimi? Bukan kah Liya pun cakap ayahnya Wan Hakimi lebih handsome dari Hariz? Lagipun Kayra tak gatal-gatal badan pun bila dekat dengan Wan Hakimi. Jadi mana Wan Hakimi? Just because Wan Hakimi tak setuju dengan cadangan Kayra untuk kahwin lari di Thailand bagi mengelak bertunang dengan Hariz, Wan Hakimi terus hilang dari cerita. Tak adil sungguh. Goal keeper (lupa nama dia) tu pun lebih sesuai sebagai pesaing Hariz, tapi telah digugurkan dari cerita sebab ditangkap basah oleh Kayra sendiri. Kalau Ray jadi suami Kayra akhirnya pun, saya mesti happy sangat tapi watak Ray ditolak ke tepi, selepas bertaubat Ray jadi peniaga kat pasar pagi Alor Setar. Tinggallah si Aiman yang lembik dan dayus sebagai competitor Hariz. Saya langsung tak puas hati dengan akhir cerita. Apapun bagi saya Mia Kiff hebat dapat karang cerita yang setabal buku Bidadari Salju.
Slalunya karya mia sya bgi 5 starts but yg ni mcm emm ..
sungguh, plot yg kemas dan sgt byk konflik salah faham. Bgi hati yg senang tersentuh mmg awal2 lagi dah nangis. Permulaan crita, hero slalu buli heroin n benci sgt dgn heroin smpai sanggup ludah muka heroin. Dia fitnah heroin smpai maruah kluarga heroin tcemar teruk. Fuh, dasyat gile. Ms ni umor drg bru 17, 16. Hero 17 thn. Satu msa tu heroin dah x tahan trus tampar muka hero. Mmg bkesan btl tamparan tu pda hero. Tulah msa dia tsedar dan mula jatuh cinta pada heroin. Ops, msa ni heroin muka buruk, berjerawat batu n hitam habis sbb bkawat kan.
8 thn berlalu. Heroin dah habis bljar. Tetiba dpt tawaran bkerja kat satu syarikat ni. Rupa2nya syarikat bpa hero. Bapa hero mmg dah lma knl heroin ni. Adalah kisah dia tu. Hero dulu liar pun bersebab jugak. Msa ni, hero x kerja lagi dgn ayah dia. Dia prefer melukis. Buka galeri. terbongkar satu rahsia dri mama hero, hero trus bertekad nk tlg ayah dia kat syarikat. Slps lima bln heroin bekerja akhirnya terjumpa c hero. Ayah hero mmg sengaja nk drg berjumpa Hero pun dah lma cri heroin sbb nk minta maaf. Tapi dah 8 thn kan.. heroin tersgtlah benci kat hero ni. Puas hero memujuk. Tapi heroin ni mmg pendendam. Dia tau hero suka dia dan dia mainkan prasaan hero. Digambarkn kat sini, hero mmg tsgt mudah mengangis tapi hanya krna heroin . Dia syg n cinta sgt kat heroin.
Something happen. Heroin dah blh maafkn hero sikit2. Ats percaturan kluarga, mreka disatukan. Giler happy c hero. Tapi heroin tak. Bermulalah c hero ni jlnkn misi memujuk c isteri. Masalahnya, c hero ni ada adik spupu. Mmg sgt rapat, pegang tgn, berpeluk, blaga muka. Mmg sgt rapat. Hero slalu lebihkn spupu dia dri Isteri dia. Heroin ni x kisah sgt tapi yg dia benci, hero suka hati nk buat apa tapi dia sbgai isteri mcm dah kena kurung dlm sangkar emas. Hero ni terlalu obses dgn heroin n kuat cemburu. itu x blh ini x blh. Klu sya, huiii .. giler x tahan..
Bila heroin dah blh terima hero, adoilah .. hero ni mmg x pandai jaga prasaan isteri. Bermula dgn kes tangkat khalwat dgn spupu dia then heroin terjumpa lagi drg kat ats katil tengah berpeluk. Ops... jgn cpt melatah. Salah fhm je ni. Tapi heroin keguguran. Sian. Pagi tahu ptg dah keguguran. Tak ckp dgn konflik tu, heroin kena culik. something happen. Kreta penculik tu msk dlm gaung dan trus meletup, berlaku dpn mata c hero. Mmg kesian hero msa ni. 1 month berlalu dan hero kahwin dgn sepupu dia. Ni pun ada sebab. Hati dia masih pda isteri aka c heroin. Sebenarnya c heroin masih hidup, kat dlm hutan, msa ni bru dia sedar dia sgt cintakn hero aka suaminya. Tapi hati heroin luluh msa nmpak persandingan suaminya dan sepupu hero. Dia trus pulang, tkut nnti ada org knl dia.
1 month berlalu, heroin jumpa dgn hero sbb nak minta cerai. Sepupu hero dah mengandung, eh ank hero ke ? Of course tak. Mmg hero happy sgt, rindu dkt isteri dia. Heroin pun rindu kat hero smpai mmbenarkn hero menidurinya walaupun drg bakal bpisah. Hero demam, pujuk heroin x nk cerai. Okay, cair hati. Heroin pun stujulah x nk cerai. Tapiiii... jeng jeng jeng. Akhirnya mreka bercerai tanpa kerelaan hero. Hero mmg cinta mati dgn heroin ni.
What ? Heroin mengandung tpi drg dah cerai 2 bln lalu. So bmulalah sekali lagi c hero memujuk c heroin. Tapi heroin layan mcm smpah, kesian hero. Sebenarnya hero sikit pun x salah. Kesiannn .. lagi lagi. Penat dah review. bca sendiri. Tapi rsa mcm nk lagi sbb akhir baru drg btl2 happy.
novel yang memenatkan bg sy,..baca 1-2 helai,stop,then sambung 1-2 helai,then stop balik...terlalu banyak yang ingin disumbatkan dalam novel ini. terdapat beberapa keadaan yang diolah terlalu berlebih-lebih,terasa kurang realistik.sbg cth;tak mungkinla kayra mampu menumpaskan geng botak walaupun kayra mempunyai ilmu pertahankan diri...kedua-dua watak utama tidak meninggalkan kesan terhadap saya sebagai pembaca...mungkin disebabkan gaya penulisan yang kurang matang...
Buku yang agak tebal untuk dihabiskan namun mengundang ketidaksabaran untuk sampai ke akhirnya....walaupun dengan kekangan masa yang ada, berusaha juga untuk membaca kerana jalan penceritaan yang menarik dan penuh pancaroba and suspense!!!!!!
beginning story memang rasa macam nak sepak sepak muka hero. jahat sangat subhanaAllah, ada jugak manusia macam ni. ludah kat heroin, upah org rogol, jatuhkan maruah keluarga, malukan dpn kengkawan semua memang kejam gila but then after 8 years mmg fall in love habis dengan hero memang dia terlalu sayangkan heroin. sayang yang terlampau sangat, he cried a lot because of her but then his cousin screw up everything seriously. memang mcm roller coaster perasaan. ingatkan dah baik tu takda apa apa rupanya boleh pulak kena culik then accident lepastu hero kawin lain halamak memang menangis teruk baca novel ni emotional betul. lepastu kena cerai semua haiya but trust me, fully recommended <3
novel yg sgt tebal. kisah kehidupan yg sgt menyentuh prsn. air mata mengalir tnpa disedari serius novel ni sgt best. tidak keterlaluan andai sy mberi 5 bintang sbb mmg best dan menarik. jgn terlalu membenci tkt nnt jatuh cinta pulak.
Novel ni me baca & review masa tahun 2012... masa tu tk reti nak review panjang2 😂😂 sis Novelis Mia Kiff Post review dekat FB... baru now post kat sini. Jadi Copy Paste review dari FB ke sini But, Novel ni mmg Superb sgt2 👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻
"Kau tetap Bidadari dalam hidupku Biarpun selamanya sedingin Salju"
1265 Pages wei!!!
Cerita ni kan mula cerita pasal Kayra ni, org susah tapi ada hati yang mulia. Tapi dlm dia dok diam ada la sorang mamat ni suka dok cari pasal ngan dia tanpa sebab...nama dia Hariz. Hariz bin Azman...dia duk ngan tok dia kat kmpg tu. Dia kata mak bapak dia dh takmau dia suruh dia duk ngn tok dia. hurm.
Next, Hariz ni cari pasal dgn dia,Kayra bukan sikit ok... banyaaaaaakkkkk...dasyat gila, dia upah orang suruh rogol Kayra, dia hina pompuan ni kata dia buruk, jelek, dia busuk, miskin dan mcm2 lagi cacian dilemparkan kpda Kayra ni, mmg bg kesan psychology yang "power" punya lah...mmg sakit hati baca...
Hqriz...dia ludah muka perempuan.... LUDAH L.U.D.A.H jahat giler laki ni.. nape die jahat sangat T_T
then one day kan, Kayra ni marah sgt kat dia..She really Burst out...yelah,makin diam,makin teruk Hariz ni... kayra.tampar.dia TAMPAR T.A.M.P.A.R padan la dgn muka dia kan..Not only tat..mcm2 "syarahan" n "cacian" she lemparkan balik pat Hariz..konon lelaki takde kasih sayang mak bpk..jealous org sekeliling dia ada hepi family...So wat Hariz kaya...Tapi Hariz miskin ngan kasih sayang keluarga
then after 8 years.. diorg ni berjumpa balik. tetibe laki ni claim suka..cinta..angau kat Kayra...!! He fall in love w Kayra e moment she slap him 8 yrs ago
Seriously..Kalau me jadi Kayra la kan.. Me takkan dekat dgn mamat ni. Kayra ada memdekati Hariz ni sebab nak balas dendam, she takkan maafkan mamat ni tapi sy takkan dekat dgn dia.
Kesian Kayra ni kena ugut kawen ngan Hariz ni.. geramnya lak dgn makpak dia.. Yg si Hariz ni plak dh la dlu jahat, skrg pun x sdr diri suka sgt kongkong bini dia. itu xleh ini xleh.. bini kol kwn campak HP, org msj fb bini dia dia lempaq laptop.
baca novel ni mmg penuh beremosi..tak kira betapa bencinya Kayra kat Hariz ni, klau jodoh Allah dh tulis dgn si Hariz ni.. ngn Hariz jgk la...
Bagi admin buku ni memang agak tebal....tapi permulaan novel ni mmg menarik perhatian admin utk terus baca.....Watak Hariz dlm novel ni mmg menyakitkan hati betul...dayus,kejam,tak berhati perut. semua perkara yg dia buat dkt Kayra mmg tak boleh dimaafkan lgsg...setelah beberapa tahun berlalu,Kayra bekerja di syarikat yang kebetulan milik keluarga Hariz. Hariz yang selama ini mencari Kayra (untuk meminta maaf dan meluahkan rasa cintanya) mula menggoda Kayra. Kayra melayan dengan motif untuk membalas dendam atas perbuatan Hariz terhadapnya dulu. Apakah Kayra mampu memaafkan dan menerima Hariz dalam hidupnya? dapatkan buku ini di https://www.e-sentral.com :))