Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bougainvillea

Rate this book
Terbelenggu dek kenangan silam membuatkan Hakimi menutup pintu hatinya. Tak dibenarkan sesiapapun membukanya. Dirinya masih mencari Nina, cinta hatinya yang hilang tak bertanda. Bertahun dia mencari, namun jawapan yang dicari tetap tak ditemui. Suatu hari dia bertembung dengan seseorang. Gadis itu mirip sekali dengan Nina.

Deena, gadis yang sentiasa riang dan lincah. Hidupnya berubah setelah dia dan keluarganya berpindah ke Rumah Bougainvillea. Kedatangannya disambut dengan bisikan lembut di telinga. Tidur malamnya juga diganggu dengan kehadiran dirinya sendiri. Dia keliru, mengapa dirinya?

Akhirnya Deena bertemu dengan Hakimi. Dia yakin Hakimi ada jawapan untuk semua itu. Selepas itu pelbagai peristiwa berlaku. Kebetulan demi kebetulan berlaku. Rahsia yang terpendam sekian lama, sedikit demi sedikit timbul. Namun, terbukanya rahsia, bermakna terdedahlah mereka dengan bahaya. Bougainvillea... di situ segalanya bermula.

dekat dengan aku, walaupun tak tercapai dek tangan

*****

PACKY SIDIQUE menulis Bougainvillea yang membawa pembaca bersama-sama mencari jawapan kepada setiap persoalan dan misteri yang timbul dengan unsur-unsur saspens dan dramatik.

595 pages, Paperback

First published December 1, 2012

3 people are currently reading
60 people want to read

About the author

Packy Sidique

4 books3 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
26 (34%)
4 stars
31 (40%)
3 stars
16 (21%)
2 stars
3 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 31 reviews
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
November 22, 2019
Ini novel ke 2 yang aku baca hasil karya Packy Sidique. Selepas baca novel no. 23, aku mula hunting novel Bougainvillea ni.

Serius, aku memang sangat sukakan novel yang ada kaitan dengan penyiasatan dan jenayah. Tapi novel2 yang bergenre seperti ini sangat2 limited sekarang.

Kisah kehilangan Nina yang menemui jalan buntu. 10 tahun Nina hilang tanpa dapat dikesan. Hal itu menyebabkan Hakimi menyertai PDRM. Bagi membongkar kehilangan Nina. Tapi masih tiada jawapan. Hinggalah kemunculan Deena. Deena persis seperti Nina. Cuma Nina lebih tinggi dan putih berbanding Deena.

Deena sekeluarga yang menyewa di rumah Nina menyebabkan Deena mengalami mimpi dan perkara2 yang pelik. Kerap bermimpi gadis duduk di sebuah gazebo. Hal ini menyebabkan Deena cuba menggali perihal Nina daripada Hakimi. Dan mereka mula bersatu untuk mencari jawapan tentang kehilangan Nina 10 tahun lalu.

Bagi aku penjenayah sebenar dalam novel ini memang tak disangka2. Aku cam target orang ni tapi hakikatnya bukan. Haha. Gila la dia punya plot twist tu. Walaupon dia boleh jadi target, tapi kita tak expect sebenarnya dia tu penjenayah.

Apa kaitan jalan cerita dengan tajuk? Actually di dasar pasu Bougainvillea di kawasan rumah Nina itulah jasad Nina telah terkubur bersama satu jasad lain. Setelah 10 tahun barulah jasad Nina diketemui.

I need more from penulis Packy Sidique. Kenapa dah tak menulis. Serius aku suka novelnya. Berharap sangat yang beliau akan menulis kembali.
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
July 1, 2015
Buku pertama penulis yang aku cuba, hasil 'pembakaran' terbuka oleh teman bonets sekalian.

Suka dengan cover bunga-bunganya.
Suka pula dengan nama penanya.
Bertambah-tambah suka dengan isi ceritanya.
Senang cerita, aku suka. Full stop!

***TBC
Profile Image for Ririn Aziz.
797 reviews107 followers
December 25, 2017
3.75 bintang

Tak ada klu, tup-tup orang tu rupanya pembunuh yang dicari. Frust jugak rasanya. Tapi mungkin juga saya yang silap perhitungan dan kecewa bila tekaan sendiri silap.

Sebuah bacaan penyiasatan yang agak bagus, mampu menarik minat saya untuk membaca hingga ke penamat. Bagi yang suka mengikuti siri-siri penyiasatan polis seperti saya (maaf, Gerak Khas terkecuali haha), mungkin akan boleh relate dengan kisah ini (walaupun masih kategori ringan). Lepas ni sambung dengan buku No. 23 pulak (yang dah berapa lama terbengkalai 😁😁)

Ps - macam tak masuk akal pulak seorang polis macho macam ASP Hakimi pakai ringtone My Baby You, hmm..
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews68 followers
April 25, 2019
[BOOK 46]

Bougainvillea by Packy Sidique.
.

My God! This is sooo amazing!
.

ku start baca buku ni pukul 12 tengah malam gitu. Kononnya nak baca around 10 bab je sebelum tidur. Tapiiiiii...
.

Okay, permulaan cerita, Nina diculik. Dan 10 tahun pun berlalu. Sekarang Hakimi (boyfriend Nina) dah jadi ASP. Tujuan asal Hakimi jadi polis ialah untuk menyiasat kes Nina ni. Tapi sampai sekarang, takde jawapan. Dan sekarang, ada penemuan mayat baru. So, kes ni under Hakimi.
.

Pada masa yang sama, Deena dan keluarganya dalam proses nak pindah rumah. Dorang pergi ke kawasan rumah yang cantik giler. Ada pokok bougainvillea yang dipotong jadi bonsai dan dijadikan sebagai pintu gerbang. Dan tiba-tiba muncul Pak Mat, penjaga rumah tu yang berwajah bengis. Dan masuk je dalam rumah tu, entah dari mana, muncul seekor kucing dan naik ke tingkat atas. Deena mengikut dan masuklah dalam sebuah bilik. Disebabkan bau hapak, Deena bukak tingkap. Tetiba angin bertiup lembut dan juga suara meminta tolong. Dan terasa seperti ada bayang-bayang yang melintas di belakang. Pusing je belakang, rupanya Amar (adik Deena) yang sengaja ingin mengusik. Dan dalam perjalanan pulang, Deena sempat menoleh ke belakang dan nampak sepasang tangan yang menutup tingkap yang terbuka tadi. (Fuhh. Meremang bulu roma aku. Ni dah macam intro movie hantu. So, kononnya nak baca 10 bab tu, terus tak jadi. Baca sampai bab 5, terus tutup buku dan tido).
.

Yang bestnya, daripada penemuan mayat tu la, banyak klu yang polis dapat, tapi menemui jalan buntu. Dan Deena pula asyik dapat mimpi yang menakutkan. Dia jumpa si Nina dalam mimpi tu. Bangun je tido, ada bunga melur bertaburan atas katil. Dahlah ramai orang asyik duk cakap yang muka Deena dan Nina ni seiras. Maka, bermulalah misi Deena dan Hakimi untuk menyelesaikan kes ini sekaligus kes pembunuhan tersebut.
.

Penulis ni hebat giler mainkan perasaan aku. Serius macam tengok movie. Imagine, daripada awal, penulis menampakkan si Zekry ni suspek utama. Aku pun memang dah 90% yakin. Tetiba masuk suku akhir buku, ku rasa was was. Takkanlah mudah sangat kan. So, aku teka yang lain. Dah yakin 50%, tup tup orang lain weh pembunuh bersiri tu. Orang yang aku tak expect langsung. Padahal awal-awal dulu, ada lah syak tu. Tapi, penulis dah divert tumpuan aku ke arah yang lain. Dan tahu tak kat mana mayat tu disimpan? Kat akar pokok bougainvillea tu.
.

Lagi best kalau pembunuh tu masih hidup. Aku nak tahu lebih detailed modus operandinya.
.

HIGHLY RECOMMENDED
Profile Image for Hajar.
284 reviews
March 29, 2015
29-03-2015

Kehilangan Nina setelah bertahun-tahun tidak pernah mematahkan semangat Hakimi (Kimi) untuk mencari punca kehilangan teman rapatnya itu. Kerana terbelenggu dengan kehilangan dan kenangan silam itu, Kimi tak pernah membuka hatinya untuk mencari pengganti Nina. Sebaliknya hanya menumpukan usaha untuk menyelesaikan misteri kehilangan Nina sehingga sanggup memilih kerjaya sebagai seorang anggota polis. Pertemuannya secara tidak sengaja dengan Deena memberi sedikit harapan namun tetap hampa kerana Deena bukannya orang yang dicari.

Deena, si gadis periang dan lincah ini dikatakan mempunyai wajah yang mirip dengan wajah Nina. Rupanya pertemuan Deena dengan Kimi turut menimbulkan rasa senang di hati Deena. Perpindahannya ke Rumah Bougainvillea milik keluarga Nina mula mengubah hidupnya. Deena mula didatangi oleh mimpi-mimpi pelik yang seolah-olah memberi petunjuk di mana Nina berada. Kegusaran itu Deena kongsikan dengan Kimi yang akhirnya membongkar misteri kehilangan Nina dan turut membawa hubungan kedua mereka setapak ke hadapan. :)

Komen saya:

1. Satu kisah yang patut dibaca oleh penggemar kisah berunsurkan misteri dan thriller.

2. Unsur suspensnya memang menjadi sehingga saya tertanya-tanya siapa agaknya dalang di sebalik kehilangan Nina tu? Mula-mula saya memang dah syak Zekri, tapi rupanya tekaan saya meleset. Cis! :P

3. Penulis membayangkan rupa Kimi tu macam Rashidi Ishak. Uiii, pujaan hati masa zaman sekolah menengah tu. Haha. Bukannya apa, ketika penulis lain sibuk membayangkan hero-hero ciptaan mereka kacak dan tampan setanding bintang Hollywood, masih ada rupanya penulis yang kekal berpijak di bumi yang nyata. ;)

4. Tahniah buat penulis kerana berjaya mengekalkan momentum keterujaan saya sepanjang pembacaan. Moga terus berkarya. Nampaknya buku kedua penulis sudah termasuk senarai panjang yang bakal diborong di PBAKL (mungkin?). :)
Profile Image for SS.
520 reviews5 followers
April 16, 2019
Lama tak baca genre mcmni. Ala ala CSI. Mcm biasa, baca cerita mcmni siapa yg tak rasa berdebar. Lagi-lagi bila kita sendiri rs tertanya tanya kemanakah Nina? Sepuluh tahun menghilang bkn la satu tempoh masa yg sekejap. Dan kes dia pun tergantung mcmtu saja. Terus rasa celik mata nak habiskan jugak buku ni! Sbb curious gila kot. Haha.

Personally, saya suka dgn cara penulis susun cerita. Kemas dan senang faham. Tak pening kepala. Watak yg dicreate mmg banyak tapi tetap kita blh ingat satu persatu. Sebab semua saling berkait. Dia buat kita curious dgn kehilangan Nina, dia jadikan Kimi as a main character dan create Deena as a new character yg buatkan kita teruskan bacaan kita sbb Deena ada muka seiras dgn Nina. Nasib baik ada Deena. So, Kimi mula rasa semangat utk teruskan penyiasatan mencari Nina.Tiba-tiba rasa mcm ikut emosi dgn watak Kimi. Kesian dekat dia. Mencari Nina dan dia punya tak putus asa tu smpai join jadi polis. Sayang betul. Haih.

Nak bagi credit dkt penulis sbb effort dia menulis cerita penyiasatan dgn baik. Tambah elemen seram juga. Good combination. Seram dia tu kdg bulu reroma ternaik jua di tangan ini. Huhu.

Ada nilai pengajaran yg blh diambil. Lagi lagi mmg zmn sekarang kita lbh terjerumus hadapi benda mcmni. Jatuh cinta dgn stranger dalam alam maya, lepastu meetup and jadi la mcm mcm. Lepastu, banyak ya manusia yg niat tak baik zmn sekarang ni. Baik laki atau perempuan. Hati hati. Kalau tak blh guna cara baik utk dpt kan seseorang tu, mungkin org tu akan guna cara jahat atau halus. Itu sahaja. Hm emo.

Saya sebenarnya ada la mcm teka siapa penjahat dalam novel ni. Ingatkan betul, rupanya salah weh. Rasa mcm dah teka betul dah. Ish. Cuma penjahat tu mcm oh wow, konfiusnya daku dgn perwatakan dia. Adakah dia seorang yg sasa kuat sado dan mampu belasah org yg ternyata sado mcm Salman Khan? Haha itu yg penulis gambarkan utk watak Kimi. Apa pun, congrats penulis. Masih relevan dan blh dibaca walaupun sekarang dah 2019. ✌🏻
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
April 19, 2019
Memang ohsem.. Jangan tertipu dengan cover novel.. Novel ini bukanlah tipikal novel cinta..
Memang menarik baca novel yang penuh debaran ini.. Ada sedikit seram.. Aksi dan penyiasatan oleh dua watak utama dalam merungkai misteri kehilangan Nina memang sangat mengujakan.. Teruja pula nak cari dan miliki buku penulis ini..
Profile Image for Nisa.
116 reviews15 followers
August 23, 2013
Bingung dengan kehilangan kekasihnya Nina, Kimi membuat keputusan untuk menyertai PDRM dan nekad untuk mencari Nina. Selama 10 tahun Kimi tak pernah berputus asa dan sentiasa mengharap akan bertemu Nina.

Terlihat gadis persis Nina iaitu Deena sewaktu ke KL atas urusan kerja, Kimi pantas mengekorinya. Namun, dia kecewa kerana gadis itu bukan Nina. Deena mempunyai wajah seiras Nina tetapi ketinggiannya berbeza. Bagi Deena, Kimi seperti seorang superhero yang telah mencuri hatinya.

Setelah berpindah ke sebuah banglo Bougainvillea di Pulau Pinang. Deena sering bermimpi tentang Nina. Hal ini membuatkan Deena tekad untuk merungkai misteri kehilangan Nina.

Kes-kes pembunuhan bersiri yang berlaku pula, seolah-olah ada kaitan dengan misteri kehilangan Nina.

Bila baca novel ni... Nisa dok bayangkan muka Kimi ni ada la iras-iras Det. Danny Messer & Deena tu pulak Det. Linsey Monroe dalam citer CSINY tu... hehehe ^ ^

Mula-mula Nisa teka, si 'A' pembunuh.. lepas 2-3 bab Nisa rasa si 'B' pulak pembunuhnya...last-last orang lain rupanya....

Profile Image for Norhani Zaini.
91 reviews4 followers
February 13, 2013
Mula2 baca dah macam tengok CSI.
Ceritanya bermula dgn kehilangan Nina yg misteri yg telah makan masa 10 tahun.
Bougainvillea adalah rumah keluarga Nina. Misteri bermula apabila Deena yg wajahnya mirip Nina duduk dirumah itu.

Novel ni telah buat jantung sy tak stabil. Fuh..penat. Bukan disebabkan seram walaupun ada part2 tertentu yg boleh jadi seram tp debarannya tu seolah2 sy ada kat situ...risau pun ye jugak...hehe...betul2 menjiwai ni. Yg bestnya tekaan sy siapa pembunuh kejam itu sangat tepat... Sangat sangat sangat best novel ni! :D
Profile Image for Mai.
312 reviews62 followers
October 29, 2014
cerita sedih,kehilangan,penantian,realiti kehidupan masa kini dimana ada gadis-gadis atau para wanita yang terpedaya oleh individu yang mengambil kesempatan dengan kecanggihan teknologi.
Profile Image for Azizah.
389 reviews6 followers
January 20, 2013
Teruja sangat dengan kisah ini. Rasanya kisah thriller dah mengambil sebahagian daripada rasa cinta KakChik pada novel masa kini. Adakah perubahan berlaku seiring dengan pertambahan abjad pada angka umur?..Kuikuikui..dah melalut la ni.

Kehilangan Nina selama sepuluh tahun secara misteri terus meninggalkan kesan yang mendalam pada Kimi. Kimi begitu berazam untuk merungkai tanda tanya di sebalik kehilangan kawan baik sedari kecilnya dan merangkap buah hatinya apabila menginjak remaja. Kehilangan Nina ketika pulang dari tuisyen sepuluh tahun lalu terus menjadi misteri pada keluarga, teman dan penduduk kampung. Kimi sanggup memilih kerjaya yang membolehkan dia terus mencari jalan untuk menamatkan pencariannya.

Deena yang kecil molek dan nampak kasar pada dasarnya, bagaikan jatuh cinta pandang pertama saat bertentang mata dengan superman yang menyelamatkannya. Namun pertemuan itu rupanya meninggalkan satu titik yang kuat di hati mereka. Deena yang persis Nina dalam versi ketinggian yang berbeza. Pertemuan itu merupakan satu langkah mula untuk Kimi teruskan langkah untuk merungkai kisah yang selanjutnya.

Perpindahan keluarga Deena ke rumah Bougainvillea juga telah memberi impak yang besar dalam kehidupan Deena. Mimpi-mimpi yang bagaikan membawa satu penanda juga menjadi titik tolak dalam perhubungan Deena-Kimi.

Tahniah pada penulis sebab pengembangan plot yang baik dan cerita yang pada KakChik agak memuaskan. Ada adegan yang buat KakChik kena kerah otak nak fikir siapa dalang di sebalik kehilangan Nina tapi bila teka orang ni,bila sampai satu bab rupanya bukan dia. Jadi memang buat KakChik rasa teruja nak tahu penamatnya.

Mungkin penutup kisah yang nampak tergesa-gesa sebab walaupun pun manis, nak juga ada yang lebih rapat antara Deena-Kimi.




Profile Image for Fadzli Jamaludin.
127 reviews33 followers
June 24, 2013
Permulaan pertama penulis ini dalam berkarya genre sebegini ternyata berhasil & memuaskan...Genre Thriller yang di ketengahkan dengan elemen2 misteri & pembunuhan kejam berjaya di olah dengan baik...malahan ceritanya tidaklah membosankan & pembunuhnya pun akan di dedahkan hanya bila masuk bab2 terakhir...Sepertimana tajuknya Bougainvillea, iaitu bunga kertas...banyak memainkan peranan dalam novel ini...malahan setiap bab terselit ilustrasi bergambar kuntuman bunga kertas sebagai penarik...

Novel yang mengisahkan kehilangan Nina selama sepuluh tahun menghantui kehidupan Kimi. Kimi seorang pegawai polis di tugaskan menyiasat kes pembunuhan seorang wanita yang di bunuh secara kejam...Secara kebetulan kes itu mempertemukan Kimi dengan Deena (wajah seiras Nina) & sedikit sebanyak berkaitan dengan kehilangan Nina juga...lama kelamaan misteri kehilangan Nina & pembunuh yang melakukan kejadian tersebut akan di rungkai satu demi satu...

Namun tatkala membaca novel ini, sedikit sebanyak beberapa perkara boleh di jangka...sebagai contoh perihal mayat yang tertanam & Jika Roh Nina boleh berkomunikasi dengan Hakim (anak buah Deena)...kenapa roh Nina tak dedahkan siapa pembunuhnya yg sebenar...

Walaubagaimanapun elemen twist yg di sampaikan oleh penulis berjaya mempengaruhi pembacaan aku...Mudah2an beliau teruskan berkarya dalam genre sebegini...
Profile Image for Hamidah.
78 reviews19 followers
December 31, 2012
Buku ini menceritakan kisah misteri kehilangan Nina.

Kisah tentang Kimi yang cuba menjejaki kehilangan Nina.
Cerita tentang Deena yang wajahnya menyerupai Nina dan menyewa di rumah Nina.

Jalan ceritanya amat menarik cuma mungkin dari segi kesaspenan agak kurang kuat digambarkan. Walaupun pada mulanya kita akan menyangka si A yang menyebabkan kehilangan Nina tapi pengakhiran cerita kita akan rasa macam tak percaya pula.

Cuma apa yang kurangnya pengakhiran ceritanya, alangkah baiknya kisah Deena dan Kimi dilanjutkan.

Apa-apapun tahniah buat penulis dan saya memang suka kisah-kisah misteri macam ni, ia membuatkan minda kita bekerja dan tidaklah berkhayal sahaja dengan kisah cinta. Saya bagi 3 1/2 bintang utk cerita ini.
Profile Image for vnouraa.
80 reviews1 follower
May 30, 2016
Habis baca No. 23, terus tergerak nak beli Bougainvillea. Ok, berbaloi sebab saya memang suka novel bergenre sebegini. Best kot, nak-nak bila dapat tahu siapa penjenayahnya. Yup, Bones, Criminal Minds & CSI:NY adalah antara drama yang saya suka tengok even kadang-kadang terlepas je beberapa episod.

Tekaan saya tepat bila 'orang tu' adalah penjenayahnya. Bagi saya, penulis ada berikan hint di halaman m/s tertentu yang mana itu merujuk kepada siapa penjenayahnya.

Rasa macam lambat je nak habiskan cerita ni sebab saya elakkan baca waktu malam. Ye la, bunuh-bunuh, Deena dengar @ mimpi yang bukan-bukan. Seram kot. Lega bila dah habis baca. Menantikan karya seterusnya daripada penulis. :)
Profile Image for Emiko Salim.
100 reviews7 followers
May 18, 2013
Pada asalnya ingin ditanda 4 bintang, tapi setelah dibaca hingga ke penghujungnya, bagi saya penceritaan seperti kurang lancar.
Tiada rasa "ohhhhhh, best! best!", cuma "erm, boleh tahan lah."

Tak dinafikan karya ini sarat dengan pengajaran buat pembaca seperti 1) jangan mudah terpengaruh dengan kenalan alam maya, 2) keburukan halo effect dalam mempengaruhi penilaian terhadap seseorang, dll

P.S. Harap penulis/editor dapat betulkan penggunaan Masya-Allah dalam buku ini.
Author 2 books29 followers
December 19, 2013
done! cerita ni menariklah juga. Banyak pasal penyiasatan ala2 CSI gitu. Okaylah ada logiknya. cuma suspen tu agak kurang sikit bagi saya. mungkin sebab ada sesetengah plot agak meleret sikit. Pembunuh dinyatakan kat akhir2 bab. Ini kira kes obses la ni. Sebab obses kat orang,sanggup membunuh. Okaylah cerita ni.
Profile Image for Mahfuzah Abdul.
50 reviews1 follower
May 22, 2014
cerita ni bila baca macam tgh tgk cerita korea yg lebih kurang beginilah jugak cerita dia.
sekali baca sekali bayang lokasidalam cerita tu.
haha.
cuma dalam cerita tu mayat tu ditanam di atas bumbung.
yg ni mayat di tempat lain.
plot dia senang.x meleret.
senang hadam cuma tekaan aku utk watak the serial killer salah!!
teka org lain tp org lain yg bunuh.
heeeesshhhh.
papepun,layan je cerita ni.
Profile Image for Rodhiah Rahman.
79 reviews21 followers
December 26, 2014
Tak boleh nak lepas. And that is something. Considering the fact that i don't usually read mystery-thriller-crime filled stories. :)
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,552 reviews41 followers
February 23, 2020
Cerita thriller jenayah, jarang jumpa buku Bahasa Melayu genre sebegini, Dan Bougainvillea best tak nyesal baca. Tak sebagus No. 23 bagi saya namun tetap ada kelebihan.
Watak ASP Hakimi, yang wajah ya dikatakan mirip Rashidi Ishak... Saya kena Google nak tengok rupa orang tersebut, ohhh gitu rupanya, okay boleh tahan handsome. Tapi bila Deena sama kan body built Kimi dengan Salman Khan, kira 'potong' bagi saya, yang tak minat Salman Khan huhu.

Anyway, Kimi seorang pegawai polis muda yang berkaliber dan disenangi anggota serta pegawai yang bekerja dengannya. Nina, gadis yang masih berada di hati walau selepas 10 tahun hilang tanpa kesan. Kesetiaan Kimi, memang deserves respect. Saya rasa tak berapa tenang pabila Jamiah tak sudah-sudah menagih kasih Kimi, orang sekeliling dan kawan sekampus semua sok sek sok sek ngutuk Kimi, dan boleh pula Si Kirah, pun sibuk nak persetankan Kimi kerana menyebabkan kawan dia terpaksa kahwin dengan Ustaz Mustafa. Come on, move on lah wehhh. Cinta tak boleh dipaksa paham tak?

Edlena pula, kesian juga dengan nasib dia, terjebak di alam siber biarpun Dia seorang pegawai polis pakar dalam jenayah siber, mencari cinta dari seorang yang kelihatannya dapat memenuhi tuntutan nalurinya yang tidak disambut oleh Kimi.

Tentang watak penjahat, tidak begitu mudah meneka siapa orangnya. Tragedi menimpa Zekry, sangat menyedihkan saya. Perincian cara pemergiannya ke alam satu lagi, bagi saya keterlaluan. Kesiannya dia. Pak Mat, menyeramkan dari awal Deena bertemu di Villa Bougainvillea. Tapi Encik Rashid selamba percayakan dia, pasti aura Pak Mat sebagai tukang kebun yang dipercayai walaupun dengan tenungan garang. Kucing yang Deena nampak tu, kiranya roh juga lah ya? Abang Lan, misteri juga mengelilingi dia. Orang yang macam ni biasanya simpan rahsia menakutkan. Bella dan Eton, watak penyokong tang comel dan menghiburkan. Pak Mat tu, dia muda ke tua sebenarnya? Finally, penjenayah besar dalam cerita ini, kiranya sakit jiwa ke?
Profile Image for Miraeeei.
42 reviews7 followers
August 17, 2021
Novel terbitan 2012 tapi saya baru menyedarinya 2021 dan wow! Satu karya yang sangat hebat buat penulis malaysia. Belum pernah lagi saya baca novel melayu bergenre yang sebegini ya seram+thriller+manis. Dari awal saya teka apa pengakhirannya tapi selalu tersalah bila dh terungkai sikit sikit dan akhirnya semua tekaan saya meleset ya. Takcukup lagi ni menonton ncis/fbi dari kecik😂

"seseorang itu tidak boleh dianggap bersalah selain dibuktikan" prinsip yang kita guna utk sebarang pertuduhan di mahkamah yg diaplikasikan oleh hakimu dlm menjalankan penyiasatannya. Sebagai seorang pelajar undang² walaupun saya amat menjunjung prinsip ini, tetapi ketika membaca novel ni, seringkali saya menuduh orang yg salah disebabkan faktor bukti tempat kejadian yg ada. Walhal, bukti tu pun belum sepenuhnya dibentangkan.

Karya ini sebenarnya mengisahkan bukan satu tetapi dua kes yang perlu disiasat oleh hakimi, yang mana, akhir akhir nanti baru kita akan rasa "laaaaaaaaaaa serious lah berkait dua kes ni" ha gitu perasaan saya. Sbb pada awalnya, memang tak terbayang pun yang kes tu ada kaitan satu sama lain. Lepastu ditambah dengan elemen seram, memang utk penakut seperti saya, malam bukan waktu yg baik utk baca novel ni. Tapi lepastuuu, tertunggu tunggu bila nk pagi sbb taksabar nk tahu apa jadi.

Kehadiran Deena sebagai watak yang bertentangan dengan Nina sangat menghidupkan karya ini sebab kalau tak, karya ni memang totally bergenre penyiasatan sahaja tanpa ada elemen manisnya.
TokWan selalu berpesan pada Deena "Jangan kutuk, jangan cerca orang. Tuga skita bukan untuk 'menerakakan' orang, tetapi mengajak manusia ke arah jalan kebaikan. Doakanlah mereka berubah. Siapa tahu mereka boleh jadi Muslim yang lebih baik.

Kesimpulannya, saya amat menggalakkan mereka yg gemar genre yang telah disebutkan diatas utk mencuba baca karya packy sidique ni. Oh funfact, its puan packy sidique. Lepas dh habis baca, baru saya tahu, penulisnya ialah seorang perempuan. Sepanjang pembacaan, saya kira penulisnya ialah seorang lelaki disebabkan plot nya yang jarang jarang ditulis oleh seorang novelis wanita. Walaupun JS, dah takterbitakan novel ni, utk yg berminat, boleh try cari dekat facebook. Saya pun, beli dari facebook sahaja. Masih ada lagi yg menjual karya penerbitan JS disana.

Apapun, syabas penulis. Karya ini sangat hidup. Seperti sedang menonton gerak gerak khas sambil pasang lagu detective conan.
154 reviews2 followers
December 5, 2017
2 *'s aje... imho ada kelemahan, e.g.:
plot holes - lambat bebenor polis membuat kaitan kehilangan mangsa-mangsa dengan pembunuhan bersiri, saksi penting yang tiba-tiba berat nak bekerjasama pastu 'insaf' pastu kena langgar lari, Zekry, hubungan roh dengan alam fizikal dahtu kenapa takleh nak cakap direct aje sapa yang bunuh - balik-balik kasi klu yang macam tak berapa membantu dan memeningkan kepala hero, Abang Lan yang macam terlepas dari tuduhan bersubahat - kalau tak macamana dia boleh muncul kat villa time-time cemas cenggitu? dan penjahat yang (spoiler lagi...) tempang lagi tua dan tak larat buat kerja-kerja berat boleh menumbangkan 2 pegawai polis yang gagah perkasa & rampas pistol lagi...

prosedur polis: rasa macam lagi dekat ngan gerak khas dari CSI terutama part 'orang atas' yang nampak macam tambah tekanan bukannya kasi tolong ringankan beban kerja orang bawahan dan teamwork dan profesionalisme yang barai sampai sorang team member terbongkang separa koma

side story: tak relevan kut cerita pasal cinta tak kesampaian minah 'ganu tu

bukan takde part best terutamanya part-part red herring juga unsur-unsur mistik dan lawak kecil kecilan juga kesudian penulis 'meringkaskan' cerita...
102 reviews
September 9, 2019
For me, novel ni memang patut you all baca. Admin suka baca novel yang penuh dgn suspens dan bukan sekadar tentang cinta shj. Novel Bougainvillea ni berkaitan dengan jenayah dan penyiasatan. Byk main plot twist sehingga tak sabar buat kita tahu siapa pembunuh kekasihnya Hakimi, iaitu Nina yang hilang sejak 10 tahun yang lalu. Hakimi menjadi seorang anggota polis kerana ingin mendapat tahu tentang kehilangan kekasihnya. Nak tahu bab seterusnya boleh dapatkan di https://www.e-sentral.com/ :))
Profile Image for Izz.
420 reviews8 followers
April 19, 2020
Cerita pembunuhan misteri.

Okay lar, not bad, ni kali pertama baca tulisan PS ni. Cuma kurang berkenan 1 je. Penulis suka menggambarkan watak seperti pelakon, macam Deena/Nina = Vanida Imran, Kimi = Rashidi Ishak, ada lagi lar yang digambarkan macam pelakon. Terjejas sis punya own imagination of hero & heroin, sebab dok bayang muka pelakon² tu plak.

Twisted juga lar nak tau sape pembunuh Nina tu. Ingatkan betul dah dok teka orang tu, rupanya salah. 😅
14 reviews
Read
September 12, 2019
Hi. Sy nak letgo this book rm10. Good condition 10/10. Reason nak letgo sbb sy ada lebih dari satu buku.
COD area ampang, wangsa maju.
Berminat boleh email nabihah.mn@gmail.com
Atau ws 0173238257
Profile Image for anna.
70 reviews18 followers
May 6, 2024
suatu yang boleh matikan keasyikan membaca sbuah novel berbahasa melayu ialah apabila penulis ghairah memasukkan dialog dalam bahasa inggeris (why??). mengganggu pembacaan dan mood; annoying. maka, tak dapatlah lima bintang walaupun ceritanya ada potensi.
Profile Image for Lailee Dee.
197 reviews16 followers
January 16, 2020
Wowww.. walaupun baru dibaca di tahun 2020 aku kagum dgn penulisnya..agak jarang utk penulis yg berani mengetenggahkan genre sebegini..tahniah PS 👍👍
Profile Image for ZK.
337 reviews11 followers
June 22, 2020
Interesting plot
Profile Image for AriffHidayah.
37 reviews1 follower
January 5, 2014
Ketika di pertengahan jalan cerita, saya tertanya-tanya siapakah penjenayah yang dicari oleh ASP Hakimi. Di dalam kepala sudah tersenarai beberapa nama (watak) yang dicurigai. Tetapi tidak sangka, di penghujungnya adalah sebaliknya. Plot cerita yang mendebarkan. tahniah kpd penulis.
Profile Image for Shazlina.
10 reviews
April 12, 2013
sangat best!sape yg suka cerita misteri/saspen amat2 digalakkan beli n baca ye :)
Displaying 1 - 30 of 31 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.