Cinta adalah anugerah Allah apabila dijaga dengan sempurna
Sudah 15 tahun Ezryna dan Ezhar berkawan baik. Ezhar umpama bayang-bayang yang sentiasa mengekori Ezryna. Tanpa Ezhar, Ezryna rasa hidupnya sunyi sepi.
Aku tak nak ada orang lain yang boleh ambil tempat aku sebagai kawan kau. ~ Ezryna
Tempat kau tu hanya untuk kau sorang aje. Kau member baik aku sampai bila-bila. ~ Ezhar
Suatu hari, Ezhar tergamak menengking Ezryna kerana seorang perempuan lain. Buat pertama kali, mereka bergaduh besar!
Ezryna kemudiannya berpindah ke Kuala Lumpur tanpa memberitahu Ezhar. Ezhar pula baru sedar perasaannya terhadap Ezryna setelah ketiadaan gadis itu di sisi. Namun, belum sempat dia meluahkan rasa, Ezryna mengkhabarkan tentang berita pertunangannya. Hati Ezhar hancur berkecai.
Tanpa diduga, suatu peristiwa yang tidak tersangka mengubah hidup Ezryna 180 darjah telah terjadi! Mampukah Ezryna menerima kembali ‘bukan sekadar teman mesranya’ itu?
*****
EZRA AZAD menggarap Bukan Sekadar Teman Mesra dengan selamba dan bersahaja. Sebuah kisah persahabatan penuh suka duka tetapi indah.
Ezryna Farihah (Ryn) dan Zarul Ezhar telah lama berkawan rapat. Mereka saling tolong-menolong dan saling memahami. Walaupun Ryn adalah seorang gadis yang kasar, Ezhar senang berkawan dengannya kerana jiwanya lembut. Mereka menganggap hubungan rapat mereka adalah kerana mereka adalah 'kawan baik'. Suatu hari, Ezhar telah mengajak Qistina, teman sekerjanya, untuk keluar bersamanya dan Ryn ke sebuah air terjun. Ryn berlagak agak kasar terhadap Ezhar dan Qistina. Dia merasai suatu perasaan yang tak pernah dia lalui sebelum ini. Ezhar dan Ryn bergaduh dan mereka menjauhi diri masing-masing. Suatu hari, Ryn ketemu teman sekolah lamanya, Najmi (Ami). Ryn ditawarkan pekerjaan. Kemudianya, Ryn ditawarkan pula untuk berkerja di KL. Ryn amat teruja untuk pergi kerana dia dengan Ezhar sedang perang dingin. Bila Ryn sudah pergi, barulah Ezhar sedar akan perasaannya terhadap Ryn. Tetapi Ezhar agak terlambat untuk bertindak. Ryn telah menjadi tunang Ami. Rupanya, Ami telah lama mencintai Ryn tetapi mereka telah terpisah sebelum dia sempat melafazkan perasaannya kepada Ryn. Sementara itu, Qistina sentiasa cuba untuk mendekati Ezhar. Macam-macam yang dibuat. Tetapi Ezhar masih tidak melayan dirinya. Seminggu sebelum majlis nikah mereka, kenderaan yang dinaiki Ryn, Ami dan Aira ditimpa kemalangan. Ami meninggal dunia serta-merta. Ryn menjadi buta dan Aira pula tenat. Tidak lama kemudian, Aira meninggal dunia. Sebelum dia meninggal dunia, dia sempat mengirim pesan kepada mamanya, Datin Zaiton, supaya mendermakan matanya kepada Ryn. Penglihatan Ryn pulih. Dia dapat melihat kembali. Sementara itu, Ezhar dapat tahu bahawa selama ini, Qistina telah menfitnah dirinya dan menyebabkan Ryn menjauhi dirinya. Dia bersemuka dengan Qistina. Tetapi Qistina tidak rasa bersalah. Lalu ditinggalkannya Qistina. Selepas Ryn dapat melihat semula, Ezhar berterus-terang tentang perasaannya kepada Ryn. Rupa-rupanya mereka mempunyai perasaan yang sama. Di hari itu juga, Ryn dapat tahu mengenai ayahnya. Ayah Ryn telah menikahkan mereka. Di akhir cerita, Ezhar dan Ryn telah menamakan anak mereka sempena nama Aira. Cerita yang sweet sangat dan straight forward. Suka sekali!
Novel mengisahkan sebuah persahabatan di antara seorang lelaki dan perempuan iaitu Ezhar dan Ezryna yang begitu akrab sejak kecil lagi... boleh dikatakan teman tapi mesra.....satu kejadian telah terjadi dimana Ezhar menengking Ezryna kerana seorang perempuan menyebabkan mereka bergaduh besar. Ezryna membawa diri ke Kuala Lumpur dan disana dia mengikatkan pertunangan bersama jejaka bernama Najmi. Ezhar merasa kecewa. Namun, satu tragedi pahit yang menimpa hidup Puteri Kayla menyebabkan dia mula menyedari kedudukan hatinya yang sebenar. Apakah yang terjadi seterusnya? Dapatkan buku ni segera di https://www.e-sentral.com :))