Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kafe Damia

Rate this book
Menyukai seseorang tak bermakna kita perlu menjadikannya kekasih,
kadangkala kita hanya perlu menjadi kawan


Liya melangkah ke tempat baharu dengan 1001 rasa yang berbaur dalam diri. Harapnya, agar semuanya berjalan lancar.

Namun, apa yang terjadi tak seindah yang diharap. Belum apa-apa, ada sepuluh peraturan yang perlu dipatuhi! Dia pening kepala.

Zafran pula rimas dengan sikap kecoh Liya yang mengganggu rutin hidupnya. Entah datang dari mana keberaniannya untuk mengusik perempuan.

Dan, dia suka melihat wajah itu memerah.

Aku, Zafran Adha suka kat Liyana Damia, Minah Kecoh tu??? Huh… mustahil!

Masa berlalu, mereka bertemu kembali. Liya sudah punya kafe idamannya sendiri, Kafe Damia. Zafran pula sudah pasti dengan apa yang dimahukannya.

Baru sahaja Zafran ingin menyusun kata, sudah ada yang meluah rasa. Liya pula keliru, antara cinta pertama atau kasih di depan mata, yang mana satu pilihannya?

Jodoh itu rahsia Allah, siapa tahu apa akan terjadi, kan?

*********

MOON LEEYA ZAFRINA menulis kisah Liya dan Zaf bertemu cinta di Kafe Damia dengan bahasa yang ringkas dan santai.

Cerita ini sesuai buat pembaca berjiwa muda yang suka akan cerita yang manis tanpa konflik di depan mata.

452 pages

First published January 7, 2013

5 people are currently reading
60 people want to read

About the author

Moon Leeya Zafrina

18 books35 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
22 (31%)
4 stars
19 (27%)
3 stars
23 (33%)
2 stars
3 (4%)
1 star
2 (2%)
Displaying 1 - 24 of 24 reviews
Profile Image for Dyh Usen.
Author 7 books49 followers
November 22, 2013
Kafe Damia. Ceritanya tentang zaman persekolahan. Cerita tentang sahabat. semuanya bermula sewaktu Liya bertukar ke sekolah baharu. Bertemu Zafran the headboy yang berhati kering. Kononnya tegas.

Tempat duduk yang saling bersebelahan, membuatkan Liya dan Zhafran selalu melancarkan peperangan...perang mulut. Liya si Minah Kecoh (MK). Zafran si MP (lupa pulak, gelaran yang Liya beri). Hura-hara kelas jadinya disebabkan budak berdua ni. Dengan syarat tak masuk akal yang Zafran bentangkan, buat Liya jadi semakin menyampah dengan si headboy tu.

Namun, lama kelamaan, hubungan yang seperti dua negara berperang itu tiba-tiba bertukar menjadi gencatan senjata. Ya. Setelah saling mengenali, keduanya mula belajar menerima sikap masing-masing. Sudah mula bersahabat baik. Negara yang berperang kini sudah berdamai. Syukur. Hehehe.

Itulah Liya. Kan orang-orang dulu pernah berpesan, jangan terlalu membenci, kelak pasti terjatuh suka *kenyit mata kat Liya*

Setelah tamat peperiksaan SPM, Zafran berpindah ke luar negara, mengikut ibu kandungnya. Mereka terpisah dek benua dan masa.

Bertahun-tahun lamanya, Zafran kini kembali. Bertemu semula dengan Liya, buat hatinya pasti. Sedar akan perasaan diri terhadap Liya bukanlah sekadar sayang seorang sahabat. Malah lebih daripada itu.

Tetapi di dalam Zafran sedang teragak-agak mengatur strategi, datang pula seseorang di dalam hidup Liya. Dan Liya, dia tersepit di antara 2 cinta. Keadaan begitu membuatkan Liya harus memilih salah satu daripada mereka. Tapi... bagaimana Liya mahu membuat pilihan, sedangkan dia sendiri tak pasti siapakah yang bertakhta di hati.

Jeng...jeng... mahu tahu siapa pilihan Liya. Silalah 'berkunjung' ke Kafe Damia :)

Kata saya:

Comel! Kisah yang manis. Sekalipun ceritanya ringkas dan mungkin juga klise, tetapi percayalah, kisah sebegini tak akan luput ditelan zaman. Hendak pula pengolahan ceritanya baik. Menjadikan kisahnya menarik.
Tahniah buat penulisnya, si adik manis Moon untuk cerita yang manis ini. ^^

P/s: saya memang gemarkan cerita2 sebegini. Friendship ->Love. Bak kata Rahul KKHH... Pyar Dhosti.Hahahaha.

Profile Image for kuzzeen.
386 reviews105 followers
March 30, 2015
Kalau review pakai analogi kegemaran, aci tak???

.....Seperti sedang menonton pementasan sekolah

i) Hanya penutur dialog yang berbicara dan yang bestnya sepanjang pementasan, gaya..intonasi...lenggok bahasa: sama untuk 17 atau 25 tahun.

ii) Prop tidak ditukar langsung sepanjang persembahan. Bayangan tahun, masa, ketika, tempat, lokasi dan suasana hanya diketahui bila adanya dialog2 yang merujuk kepadanya.

iii) Busana pun tidak bertukar, masa 17 tahun atau 25 tahun... itu jugalah pakaiannya.

iv) Solekan bagi menunjukkan perubahan/kematangan usia juga tidak sempat ditukar kerana penutur2 tersebut tidak langsung dibenarkan meninggalkan pentas.

Jujur, pembaca punya hak sendiri untuk mempertikaikan bahan yang dipilihnya untuk dibaca. Bagi yang kerek seperti aku, hanya satu soalan yang bermain di kepala..... layakkah pengolahan yang 'mentah' seperti ini dinaskahkan untuk tatapan pembaca?

Peace
75 reviews6 followers
Read
March 30, 2015
saya ambil masa sehari saja nak habiskan karya ini. best! cerita yg 'smooth' jer. tak perlu pening-pening kepala nak fikirkan plot.

kisah cinta anak remaja. kisah admire, kisah cinta monyet, kisah suka sipolan & sipolan. SWEET! Liyana Damia & Zafran Adha. Selalu bergaduh. Bermula dari hari pertama hinggalah kesudah, ada saja yang digaduhkan. Tp itulah pemanis hubungan. berkat kemasinan mulut teman-teman, hubungan yg terputus itu berkesudahan bahagia.

Sejak kedatangan MK (Liya), sikap Zafran nyata berbeza. perubahan sikap ini memelikkan teman-teman sekelas. Walaupun selalu terjadi perang mulut, tp mereka masih bersama. dengan Zafran, Liya tidak perlu menyembunyikan sikapnya yang sebenar. dia boleh menunjukkan apa yang dia rasa, meluahkan apa saja dengan Zafran tanpa ada perasaan malu hinggalah dia merasakan sesuatu telah terjadi dalam dirinya bila berhadapan dngn Zafran.

Zafran juga begitu. menghadapi kemelut dalam keluarga menjadikan dia seorang yang pendiam. apatah lagi dia seorang 'headboy' membuatkan teman yg lain seakan menjauhkan diri disebabkan ketegasannya. Dia juga digambarkan seorang yang terlalu fokus dalam pelajaran tidak seperti Liya yang lbh byk ceria!tapi, rahsia hati siapa yg tahu. walau cuba disembunyikan, ada org lain yg boleh perasan. :)

walaupun nampak klise, tp pengolahannya menarik. kisah memendam perasaan. malu utk berterus terang yg akhirnya membawa perpisahan bisu tanpa ada penamat. Jodoh itu urusan Allah. kalau sudah jodoh, larilah kemanapun, akan bertemu juga akhirnya.

membaca naskah ini, membuatkan saya teringat kisah saya diwaktu sekolah dulu2... serius!!! sama jer.. cuma MK kahwin dengan MP. tp kami, masing2 bawa haluan sendiri. Mimi, Mona, Ja.. serius mcm kisah kita jer... hahahahahaha.... terus aku teringat basikal aku yg korang jadikan alat pelepas geram kalau korang gadoh! kad valentine setinggi berdiri.. semuanya!! ya Allah rindu aku ngan sekolah!

Profile Image for Ririn Aziz.
795 reviews106 followers
December 8, 2014
2.5 bintang

Too smooth...

Bacaan yang santai tanpa sebarang konflik. Kisah yang bermula dari zaman persekolahan yang riang ria.

Liya dan Zafran selalu saja ada yang tak kena, bagai anjing dengan kucing. Tapi, dalam selalu gaduh pun, itulah juga kawan yang paling dihargai. Dari benci bertukar sayang sehinggakan 8 tahun berpisah tanpa khabar pun tak mampu menghilangkan rasa kasih itu.

Cuma...saya tak nampak perbezaan dia antara Liya dan Zafran yang masih di bangku sekolah dalam usia 17 tahun dan Liya dan Zafran 8 tahun selepas itu bila masing-masing sudah berkerjaya. Sikap yang sama, cuma situasi saja dialih dari kelas 5 Al-Kindi ke Kafe Damia. Dalam usia 26 tahun, kesemua mereka masih seperti pelajar sekolah. And all the pairings? Too much for me. Terlalu banyak watak yang di'highlight'kan sehingga agak mengganggu perjalanan cerita Liya-Zafran.

Dan...saya keliru sama ada zaman persekolahan itu adalah 8 tahun lepas atau semasa dan 8 tahun kemudian itu adalah zaman semasa atau in the future. 8 tahun...bukan satu masa yang singkat, tapi seolah-olah tiada perubahan masa. Apa yang saya rasakan, masa tu parallel. Ia berlaku pada zaman yang sama.

All in all, still a cute read.
Profile Image for Am. Han.
107 reviews1 follower
February 14, 2023
Buku ni sangat cute dan comel. Tidak sesuai utk yg suka heavy dan conflicts. Sebab ceritanya sangat santai.
Profile Image for Hamidah.
78 reviews19 followers
January 15, 2013
Buku ini tentang kisah Liyana Damia dan Zafran Adha (seperti selalu sering lupa nama watak, terpaksalah buka laman sesawang JS) yang sama2 bersekolah ketika di tingkatan lima. Mereka bukanlah kawan tetapi lebih kepada musuh.

Setengah dari buku ini adalah kisah-kisah semasa mereka ditingkatan 5 dan setengah lagi, lapan tahun selepas itu.


Ini ambil dari sesawang JS,

"Liya melangkah ke tempat baharu dengan 1001 rasa yang berbaur dalam diri. Harapnya, agar semuanya berjalan lancar. Namun, apa yang terjadi tak seindah yang diharap. Belum apa-apa, ada sepuluh peraturan yang perlu dipatuhi! Dia pening kepala.


Zafran pula rimas dengan sikap kecoh Liya yang mengganggu rutin hidupnya. Entah datang dari mana keberaniannya untuk mengusik perempuan. Dan, dia suka melihat wajah itu memerah.


Aku, Zafran Adha suka kat Liyana Damia, Minah Kecoh tu??? Huh… mustahil!


Masa berlalu, mereka bertemu kembali. Liya sudah punya kafe idamannya sendiri, Kafe Damia. Zafran pula sudah pasti dengan apa yang dimahukannya. Baru sahaja Zafran ingin menyusun kata, sudah ada yang meluah rasa. Liya pula keliru, antara cinta pertama atau kasih di depan mata, yang mana satu pilihannya?

Jodoh itu rahsia Allah, siapa tahu apa akan terjadi, kan?"

Secara keseluruhannya cerita tidaklah membosankan begitu juga dgn ayat2nya membuatkan saya membaca setiap muka surat. Kisah santai dan tidak perlu fikir apa2 ketika membacanya.

Ada watak2 lucu yg buat kita senyum2 dan rasa seronok utk baca dan tahu apa kisah seterusnya.

Tahniah buat penulis baru ini

Profile Image for Hajar.
284 reviews
April 8, 2013
Pertukaran ke sekolah baharu membawa seribu rasa buat Liyana Damia (Liya). Normallah kan? Perubahan akan membuatkan kita mengambil masa untuk sesuaikan diri. Liya cuma mampu mengharapkan moga semuanya dipermudahkan buat dirinya. Namun, belum pun sehari di sekolah baharu, Liya sudah dikejutkan dengan 10 syarat yang perlu dipatuhi setelah 'berjiran' dengan Zafran Adha (Zafran). Pening Liya memikirkannya.

Mereka berdua ni memang jadi kawan bertekak sajalah. Pelik. Zafran yang terkenal dengan gelaran 'heartless' tiba- tiba jadi suka mengusik perempuan. Siapa lagi yang 'bertuah' selain Liya? Haha. Sungguh pun begitu, hubungan mereka tetap ada turun naiknya sehingga mereka tamat menduduki peperiksaan SPM.

Pemergian Zafran secara tiba-tiba memutuskan hubungannya dengan kawan-kawan sekelasnya termasuk Liya.

Selepas 8 tahun, Liya sudah berjaya dengan perniagaan Kafe Damianya. Manakala Zafran pula sudah mula pasti dengan perasaannya. Pertemuan kembali antara keduanya mula mencambahkan kembali perasaan yang tersimpan sekian lama. Baru Zafran berura-ura mahu memulakan langkah, dah ada yang nak potong jalan. Haish, susahnya nak buat pilihan... :P

Komen saya : Satu perkataan. Comel! Kisahnya pun mudah. Tak ada konflik. Boleh baca dengan tenang. Hehe. Tahniah Moon untuk percubaan pertama ni. Cuma ada satu kekeliruan yang saya terjumpa di halaman 342. Sepatutnya anak buah Liya tu namanya Alya kan, bukannya Ridhwan. Harapnya untuk cetakan seterusnya bolehlah diperbetulkan. :)
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
July 21, 2016
terlalu santai, sehingga kan tiada apa2 untuk diingati..
siyes, selepas beberapa hari saya sendiri tertanya2 apa kekuatan buku ini?

tiada adengan yang betul2 melekat, klimaks yang mencengkam..
semua berjalan seadanya bagai air yg mengalir tenang.. terlalu tenang..
Profile Image for Aina Hilmi.
Author 7 books104 followers
December 3, 2014
Bismillahirrahmanirrahim.


Beberapa minggu ini ialah minggu yang sibuk dengan persiapan program yang dianjurkan dalam cuti sekolah dan ya, mujur buku ini pilihan yang 'baik' kerana tidak banyak konflik dan jalan ceritanya tidak memeningkan kepala.

Kisah persahabatan sejak dari zaman sekolah hingga melangkah ke dunia pekerjaan. Selalu bergaduh bagaikan anjing dengan kucing namun ia tidak menjejaskan perasaan yang terpendam yang tersimpan dalam hati masing-masing, Liya dan Zafran.

Mujurlah, penulis tidak mencipta konflik yang pelik-pelik. Jika tidak memang saya tak dapat teruskan pembacaan. Sebab sudah lama tidak membaca buku seperti ini. heee....

Satu sahaja terlintas, nama judul Kafe Damia tetapi tidak banyak isu yang dapat dikaitkan dengan judulnya :)

Oh ya, ada sedikit ralat di dalam buku ini. Adik Zafran Adha bernama Mira dan afi Liyana Damia bernama Hannah. Tetapi ada satu bab di mana Zafran bertanya ibu ayahnya di mana Hannah. Harap diperbaiki nanti.
Profile Image for Suee Raa.
3 reviews10 followers
February 5, 2013
An interesting novel from my good friend. Yana, you did a good job. Keep writing amazing stories. Keep spitting and spreading out your ideas. I recommend this novel to everyone. Happy reading (Y)
Profile Image for Yan.
120 reviews2 followers
April 25, 2024
Orang tua2 kata, jangan benci sangat. Nanti mesti suka. Itulah yang terjadi dalam buku nie…😂

Rating: 🌟🌟🌟.9

Pertemuan pertama kali ketika mereka berumur 17 tahun. Duduk sebelah menyebelah dalam kelas. Si lelaki suka berdiam, si perempuan suka bercakap. Apa lagi, asyik bergaduh jer lah. Ada jer yang tak puas hati. Tapi, dalam dok bertekak tue, terbit perasaan sayang antara mereka. Tapi, masing2 malu nak meluahkan. Sehinggalah si lelaki menghilangkan diri selepas peperiksaan SPM. Mereka bertemu kembali selepas 8 tahun. Adakah perasaan mereka masih sama? Ataupun sudah berubah? 😏

ML - Zafran Adha / Zafran / Zaf
Mamat perasan. Itu panggilan FL kepada ML. Ketua pengawas ketika zaman sekolah menengah. Bekerja sebagai arkitek.

“𝑰 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒚𝒐𝒖 𝒋𝒖𝒔𝒕 𝒕𝒉𝒆 𝒘𝒂𝒚 𝒚𝒐𝒖 𝒂𝒓𝒆. 𝑱𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒑𝒆𝒓𝒏𝒂𝒉 𝒃𝒆𝒓𝒖𝒃𝒂𝒉, 𝒔𝒂𝒚𝒂𝒏𝒈.” 𝒁𝒂𝒇𝒓𝒂𝒏 𝒕𝒐 𝑳𝒊𝒚𝒂.

One thing about this couple, masing2 menjadi diri sendiri bila mereka bersama…💖💛❤️

FL - Liyana Damia / Liya / Mia
Minah Kecoh. Itu panggilan ML kepada FL. Ceria dan comel. Mempunyai kafe sendiri.

Separuh penceritaan dalam buku nie adalah ketika mereka di zaman sekolah menengah. Specifically, ketika mereka di Tingkatan 5. ML & FL memang suka berperang mulut. Masing2 tak nak kalah. Tapi, dalam masa yang sama, kalau ada masalah, they confide in each other. Jadi, lama2 kelamaan, ada perasaan suka dan sayang di antara mereka.

Personally, kita lebih suka baca bahagian mereka di sekolah menengah. Baca bahagian nie, memang tersengih jer kita…🤪 Bila masuk part mereka dah dewasa, dah bekerja, bahagian nie agak mendatar bagi kita. Bahagian nie lebih kepada mereka berdua nak sedar dengan perasaan masing2.

Some of the dialogues agak cringe untuk kita. Especially dialog selepas mereka berkahwin. Buku nie takder conflict. Jadi, untuk yang nak bacaan santai, malas nak fikir dengan otak, boleh lah baca buku nie. And, buku nie juga sesuai untuk bacaan remaja, sebab takder unsur pelik2…👍🏻

Satu yang kita perasan, ada bahagian yang tak consistent. Bahagian ML dah jumpa FL selepas 8 tahun. At that time, ML decided nak panggil FL dengan panggilan Mia. Sebab nak bagi special. Tapi, throughout dari mereka bertemu kembali sehinggalah mereka berkahwin, even after dah kahwin pun, ML sekejap Liya, sekejap Mia. So, kat situ sebenarnya dah tak consistent.

Buku nie sebenarnya nak mengajar kita, jangan terlampau benci sangat pada seseorang. Yang benci tue lah yang akan jadi jodoh kita…❤️💖💛

Since kita dah pernah baca buku terbaru dari author nie, kita boleh nampak author dah improve banyak sangat dari segi penulisan. Buku nie buku lama. Dah lebih 10 tahun dah pun. So, penulisan author masa nie memang nampak agak berbeza dengan yang sekarang. One thing about this author, susah nak jumpa spelling mistakes dalam karya beliau. Termasuk lah buku nie. Kalau ada pun, 1-2 macam tue jer.

Apa2 pun, kita enjoy dengan cerita buku nie. Untuk author, teruskan berkarya. Buku2 author dah jatuh tahap auto beli dah…👍🏻👍🏻👍🏻
Profile Image for MamaErra.
387 reviews1 follower
April 23, 2013
Kalau nak relaks dan tak mahu bebankan otak ketika membaca, novel ni sesuai untuk dibaca. Nak tau jalan cerita? Baca jer sinopsis kat belakang novel tersebut :)


p/s:
Sibuk sangat kebelakangan ini. Biar pun ianya agak perlahan dan mengambil masa yang panjang untuk menghabiskan sebuah novel, namun minat membaca itu tetap tidak diketepikan... hu hu hu!
Profile Image for Tie Tinie.
77 reviews11 followers
February 8, 2013
yey... sudah tammat...
berjaya menghabiskan dlm masa 5 jam...
cerita dia sweet je... x de conflik2 yg besar...
sangat suka... sbb boleh baca dgn senyuman...
gaya bahasa yg simple dan senang untuk difahami...
tahniah buat penulis...
11 reviews1 follower
April 3, 2013
Alhamdulillah, bru je habis membaca novel ni. novel ni sangat simple tapi sweeet! membaca pun senyum2. srsly, i love it! ^.^
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
April 16, 2013
done...sesuai tuk bacaan santai..;)
66 reviews3 followers
January 28, 2019
Novel ini sangat unik bagi aku sebab jalan cerita dia lain dari yang lain dan sememangnya mengujakan bagi sesiapa yang membacanya. So korang boleh baca novel ini versi ebook yang pasti lebih seronok dibaca sebab boleh terus baca di https://www.e-sentral.com/book/info/1.... Ringkasnya novel ini memang 5 star aku bagi.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
September 11, 2021
Jalan cerita yang sweet dan smooth.. Kalau ikutkan memang nak bagi 5 bintang tapi tajuk dengan isi macam tak kena.. Mungkun boleh bubuh tajuk lain yang lebih sesuai.. Sekadar pandangan..
Pada Sha novel ini memang best, konflik tak berat.. Layan santai-santai di hujung minggu memang syok.. Sebuah kisah dari sekolah hinggalah akhirnya berkahwin.. Sweet but not too sweet..
1 review
June 19, 2021
taktau macam mana nak cakap.. tapi seriously memang best lahhhh !!! haih kali ke-4 saya repeat kak~~ aduh susah lah macam ni hehe
Profile Image for Fiqa Najwa.
67 reviews
April 2, 2024
Mungkin sebab ni buku kak moon yang awal² jadi penulisan dia agak tidak kena dengan aku compared to yang sekarang. Jalan cerita dia pon macam mendatar sikit sebab takde konflik.
13 reviews1 follower
Read
October 20, 2025
Cheesy but fun reading no conflict whatsoever.

Note: Arkitek lanskap dan arkitek dua profesion yang berbeza. Writers should doing a lil bit research about this.
Profile Image for Ida.
81 reviews24 followers
July 14, 2013
I love this story...just a simple and sweet story actually. Well written by Moon Leeya Zafrina. Dari zaman persekolahan hingga ke alam perkahwinan.

Thank you Moon, i enjoy reading it.
1 review
September 19, 2021
Cerita ni best...simple dan tak ada musuh semua orang baik dalam cerita ni.Cerita tentang persahbatan yg bertemu kembali
Displaying 1 - 24 of 24 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.