Jump to ratings and reviews
Rate this book

Dia Tak Tanya

Rate this book
STILAH sahabat merangkap jiran antara Najid dan Najihah akhirnya tersimpul sebagai suami isteri. Sayangnya, mereka berkahwin atas dasar eksperimen. Kononnya dunia perkahwinan mereka boleh bahagia tanpa cinta! Berjaya, okey. Tak berjaya pun okey.

Orang lain hidup bahagia, tapi rumah tangga mereka huru-hara. Ada saja yang tidak kena. Masalah kecil dibesar-besarkan. Rajuk, marah dan prasangka membakar diri. Sudahnya, mereka tidur asing- asing; seorang ke timur dan seorang lagi ke barat. Najid dan Najihah lupa... dalam sesebuah perkahwinan, tidak ada istilah try and error. Mereka saling ego, hipokrit dan suka menuding jari. Ada isteri, tapi lagak macam bujang. Ada suami, tapi langkah macam hidup seorang!

“Maaf, sayang. Najid betul-betul minta maaf. Tapi percayalah, Najid sayang sangat kat Jiha.”

672 pages, Paperback

First published December 20, 2012

6 people are currently reading
64 people want to read

About the author

Aleya Aneesa

28 books83 followers
Marwati Wahab atau Aleya Aneesa merupakan anak kelahiran Johor. Dilahirkan pada 16 Mei 1980. Anak keempat daripada enam orang adik-beradik ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Melayu. Kemudian dia meneruskan pendidikan di Sekolah Menengah Sultanah Engku Tun Aminah (SETA) dan Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru. Selepas menamatkan Pengajian di Universiti Putra Malaysia dalam jurusan Bahasa dan Linguistik, Aleya bertugas di Jabatan Kesihatan dan Perlesenan, Majlis Perbandaran Johor Bahru Tenggara.

Kini beliau bertugas sebagai Penolong Pegawai Perancang Bahasa, Jabatan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Sebenarnya Aleya tidak pernah terfikir untuk menjadi seorang penulis novel. Namun minatnya timbul bila cerpen pertamanya berjaya dimuatkan dalam majalah Media Hiburan pada tahun 1996 dan cerpen kedua dalam Majalah Remaja pada tahun 2002. Sejak itu minatnya semakin bernyala-nyala.

Bersama ALAF 21, Aleya telah menghasilkan tiga buah novel iaitu Semusim Rindu, Kasih Antara Kita dan juga Janjiku Bersamamu. Harapannya semoga novel ini dapat melahirkan generasi yang berjiwa murni. Sesungguhnya kemaafan adalah dendam yang terindah. Demikian pandangannya.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
25 (26%)
4 stars
14 (14%)
3 stars
27 (28%)
2 stars
19 (20%)
1 star
10 (10%)
Displaying 1 - 14 of 14 reviews
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,035 reviews377 followers
December 23, 2014
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM8. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Cerita ni membuat N rasa kosong. Or more precisely, N tak rasa apa-apa kecuali bosan...

Watak-watak yang tak matang membuat N rasa sangat annoyed. The story build-up was excruciatingly slow and lengthy. In fact, every thing about it is lengthy and at times, repetitive. Berapa kali nak mention yang Najid and Najihah ni berkawan rapat sejak kecil?
Image Upload
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews105 followers
March 19, 2015
Aku memang suka laksa (merujuk kepada laksa Kedah, bukan Penang, Johor, Sarawak atau sewaktu dengannya).

Dengan syarat...

Janganlah ulam-ulamannya menyerabutkan pandangan. Dengan bawangnya yang dipotong sebesar alam (kalu x hati2 boleh mencekikkan diri), salad dihiris nak x nak, ada cili merah (instead of cili padi), timun yang gedabak..... confirm aku akan menghabiskan masa untuk 'menapis' bahan2 ini.

Selera? Confirm terbantut sehinggalah segala mak nenek 'semak' dipinggirkan terlebih dahulu.

Itulah yang aku rasa dengan Dia Tak Tanya! ini. Bahasa penulis senior ini memang tidak boleh dipertikaikan lagi. Jalan cerita naskah ini memang satu antara seribu. Tiada nikah-paksa-kahwin-rela. Tema yang jarang2 ditemui dalam naskah kita.

Najihah dengan rela hati bernikah dengan alasan cemburukan kebahagiaan kawan2nya. Najid pula yang tidak rela sahabat baik a.k.a jirannya jatuh ke tangan lelaki yang tidak bertanggung-jawab sudi menjadi kambing hitam. Konsep trial n error digunapakai. Tapi, yang x bestnya.... hubungan batin suami isteri cepat sangat terjalan antara mereka. Aku mengharapkan agar mungkin ada sedikit perasaan cinta yang membawa kepada hubungan tersebut.... agaknya itu pun berkonsepkan mencuba gamaknya. Sayang, Najid yang kurang persediaan mental dan fizikal merasakan ikatan tersebut mengikatnya. Kebebasannya terbatas. Najihah dijadikan tempat melepaskan perasaan.

Yang di-trial memang menjadi error. Mereka berpisah bumbung. Kebetulan Najihah hamil sulung. Najid diminta tidak memunculkan diri dengan harapan kandungannya dapat disembunyikan. Rahsia pecah jua bila Najid mula kacau bilau terlalu rindukan Najihah. Nasib baiklah ada keluarga yang sempat 'mencepuk' kepala budak berdua ini sebelum semuanya hancur berterabur.

Jujur... pergerakan plot naskah ini terlalu lambat dan lembab. Semuanya terlalu didetailkan. Dialog demi dialog, pertemuan demi pertemuan, perbalahan demi perbalahan, pengulangan demi pengulangan..... sungguh memenatkan! Ohhh... Najid dan Najihah diusiakan dengan angka 26, tapi dialog mereka2 ini membayangkan seolah-olah mereka masih belasan tahun.

Dengan font cetakan yang kecil dan rapat2.... ohhhh, aku hilang kesabaran. Untuk menghadam perjalanan Najid dan Najihah, aku perlu mengenepikan butiran2 yang tidak penting. Natijahnya, 'selera' terbantut sekerat jalan. Tapi kerana aku sukakan temanya, sampai juga ke helaian terakhir.

Betullah.... tidak semua single parents akan berjaya mendidik anak2 mereka. Mungkin mereka berjaya menjadi anak yang taat, individu yang tegar, tapi half of them still missing. Kalau jumpa 'half' lagi yang boleh melengkapkan, itu dah cukup bernasib baik. Tapi 'half' Najid tidak boleh melengkapkan Najihah...vice versa. Atau mungkin ketidakmatangan keduanya membuat keputusan dan mengambil tindakan.... mencacamarbakan keadaan.

Peace
Profile Image for Reen.
39 reviews4 followers
August 14, 2023
Daripada berkawan terus berkahwin. Najid dan Najihah ni merupakan kawan baik dan jiran tetangga je sebenarnya. Tak ada siapa yang paksa diorang berkahwin, sendiri nak try and error.

Lagi satu, aku memang panas hati dengan perangai kebudak-budakkan Najid dan Najihah ni. Communication tak ada. Sikit-sikit lari bawa diri. Sikit-sikit merajuk. Nasib baiklah rumah dekat sebab rumah mentua sebelah menyebelah je.

So far, cerita ni memang pace slow sangat. Berapa kali rasa nak give up tak nak teruskan bacaan lagi. Tapi akhirnya berjaya habiskan juga sebab nak tahu ending cerita ni.

Harap-harap cerita lain daripada penulis ni tak slow dan tak kebudak-budakkan macam yang ini.
Profile Image for Azizah.
388 reviews6 followers
February 5, 2013
Tak sedar pun ambil masa hampir sepuluh hari untuk khatam karya terbaru penulis ni. Tak tahu apa yang kurang tapi KakChik macam tak boleh nak masuk, puas la dok pujuk hati untuk lebih terbuka.

Kalau nak dinilai dari segi bahasa, tiada apa yang perlu dipertikaikan lagi sebab ini penulis yang sudah dikira otai. Bahasa yang cantik dengan tatabahasa yang indah cuma perlu diperkemaskan lagi untuk cetakan seterusnya dari sudut ejaan yang terdapat beberapa kesilapan.

Yang lainnya kisah yang digarap penulis kali ini adalah perkahwinan yang dipersetujui bersama Najid dan Najihah tetapi bukan atas dasar sayang dan cinta. Walaupun pada mulanya ditentang oleh ayah Najid, papa Najihah dan Ilham, mereka tetap berkeras juga untuk meneruskan niat dan impian untuk mempunyai rumahtangga. Oleh sebab mereka tidak pernah mempunyai teman istimewa dan setelah berusaha mencari insan yang sesuai tidak berhasil, mereka nekad untuk menerima usul Ilham untuk mengikat hubungan persahabatan sedari kecil kepada hubungan suami isteri. Keinginan mereka terlalu didorong perasaan untuk merasa bahagia yang dikecapi oleh orang di sekeliling mereka. Oleh sebab persamaan mereka yang membesar tanpa keluarga yang lengkap, keinginan tersebut memang tidak mampu lagi ditentang oleh Datuk Bazli, Datuk Hakkam dan Ilham.

Namun mana mungkin bahagia itu akan melatari rumahtangga mereka jika mereka sendiri tidak berusaha untuk menggapainya. Najid yang penuh kasih sayang dan cukup melindungi berubah menjadi insan yang tidak Najihah kenali selepas mereka terikat dengan hubungan yang halal. Najihah yang lasak, kasar dan suka melawan sebelum berkahwin, menjadi seorang yang lemah, air mata dengan mudah mengalir bila Najid berubah suka marah-marah,hanya disebabkan kesalahan yang kecil. Hubungan yang diharapkan boleh memberi kebahagian kepada mereka rupanya meninggalkan luka yang dalam di hati Najihah sehingga dia mengambil keputusan untuk tidak bertemu Najid lagi selepas Najid membuat keputusan untuk berpisah.

Mungkinkah mereka mengekalkan janji mereka untuk tetap berkawan walaupun selepas mereka berpisah? Adakah luka di hati Najihah yang digores Najid terus berdarah selamanya? Berperanankah insan-insan di sekeliling mereka untuk memberi panduan kepada pasangan muda ini? Segalanya akan terjawab dalan DTT jika karya ini dihayati.

Watak -watak sampingan juga tidak kurang pentingnya dalam pengolahan jalan cerita dalam DTT. Walaupun pada mulanya dah mula nak jatuh hati pada Najid tapi sampai satu tahap rasa nak lepuk kepala dia yang tak sensitif dengan isteri sendiri. Karya yang penuh warna warni perhubungan keluarga dan kesan ketiadaan salah seorang ibu bapa dalam sebuah keluarga tetap meninggalkan kesan yang mendalam dalam perkembangan pembesaran anak-anak.
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
May 6, 2014
Mungkin buku ini hadir tidak tepat pada masanya, atau mungkin mood aku ke laut. Jadi rasanya juga tercampak ke hujung dunia.

Tapi, aku masih meminati AA. Dari dulu hingga kini :))

Full review: 06/05/2014

Kisah dua sahabat, yang membesar bersama dan kemudiannya membuat kerja ‘gila’ bersama. Ini kisah Najid dan Najihah. Bagaikan belangkas, di mana Najid ada si Najihah pasti ada.

Saat Najihah terpandang akan bahagianya bergelar isteri, dia menyimpan tekad. Dia juga harus cuba menjadi isteri orang. Alahai, Najihah! Perkahwinan bukannya pentas trial and error. Malangnya, tiada siapa yang bisa mengubah pendirian Najihah. Malah Najid juga terheret sama. Mereka berdua sepakat untuk cuba menjadi pasangan suami isteri.

Medan perkahwinan tak sama dengan terma persahabatan. Dan kerana perbezaan itulah yang menjarakkan mereka berdua. Mereka bukan lagi kawan baik yang berkongsi segala cerita. Terlalu banyak perkara yang ingin dikongsi, tapi tiada siapa yang mahu mendengar. Salah siapakah? Najid atau Najihah?

Salah faham yang menghimpit, dengan sikap angin-tak-kena-tempat si Najid buat Najihah makin hati. Dari dia yang keras kepala, Najihah makin jadi lemah. Dalam diam, hati sudah mengaku rasa cinta namun kealpaan Najid buat cerita rumah tangga mereka makin bercelaru. Apa sudahnya kisah kawan-kahwin mereka berdua? Sila-sila dapatkan di pasaran.

Tiada masalah banyak untuk hadam buku ni sebenarnya. AA sudah di kelasnya tersendiri dan aku sangat sukakan cara AA ‘melukis’ karyanya. Cuma, kali ni ia tak melekat di jiwaku. Mungkin kerana aku lelah melayan karenah Najihah yang selalu nak menang atau kecewa dengan sikap Najid yang seakan-akan lepas tangan selepas berkahwin. Haihhh, hilang rasa teruja. Maaf!

Tapi buat para peminat setia pastikan ini ada dalam simpanan anda.
Profile Image for Nisa.
116 reviews15 followers
September 18, 2013
Nisa beli novel ni sebab Aleya Aneesa...tapi, Nisa sungguh kuciwa. Maaf. Kalau dari segi bahasa, tak ada apa yang nak di pertikaikan, tapi..watak2 yang tak matang buat Nisa rasa susah sangat nak hadam.

Datuk Bazli dan Datuk Hakkam berkawan baik sejak dari Universiti... sehinggakan mereka bekeluarga mereka tinggal berjiran dan apabila mendapat anak, mereka sepakat menamakan anak mereka dengan nama yang hampir sama... Najid dan Najihah.

Najid dan Najihah sangat rapat...macam bayang-bayang. Najihah suka nak menang dan Najid selalu beralah. Melihat kemesraan kawannya dan suami, Najihah yang telah bertekad untuk berumah tangga namun tiada calon dan Najid mentertawakannya.

Bila Najid pula menyelamatkan seorang mangsa ragut... dan melihat kebahagian wanita tersebut dengan suaminya. Najid pun terasa ingin berkahwin dan menyuarakan kepada Najihah. Mereka sepakat untuk cuba berkahwin. Kalau bahagia, teruskan dan kalau gagal, berpisah dan kekal sebagai kawan. Rancangan mereka dipersetujui ayah mereka kerana mahu mereka sentiasa ada dihadapan mata.

Mereka berkahwin. Beberapa bulan selepas itu Najid berubah menjadi seorang yang suka marah, walaupun perkara remeh. Najihah pula sering beralah. Mereka akhirnya semakin renggang.
Profile Image for Plainqoma.
702 reviews17 followers
March 24, 2013
Bolehlah tahan walaupun agak slow paced. Sedap bunyinya menyebut nama Najid dengan Najihah. Cerita ringkas cuma mungkin agak slow cara penyampaiannya.
Profile Image for Azee Shiraz.
66 reviews1 follower
August 6, 2021
Takkan cerita dua orang yang kurang matang tu saja sampai tebal novel. Maaf, terpaksa baca lompat-lompat sebab plot asyik meleret, berulang- ulang. Sangkaan tajuk macam best, macam komedi. Awal- awal intro ada sikit boleh gelak. Lama2 sampai 200 muka surat , murung dah. Bosan melanda. Baca masa PKP, tak nak terpengaruh dengan watak yang agak keanak-anakan. Masalah perasaan pun minta tolong ahli keluarga selesaikan lagi. Geram pula dibuatnya. Dah bacaan melangkau. Tutup buku. Bye2.
Profile Image for Melsriana.
114 reviews1 follower
July 15, 2021
Jalan cerita bagus cuma tak suka watak Najid dan Najihah ni sebab umur dah 25/26 tapi mentaliti dan perangai macam budak budak 😩 Geram sangat dengan Najid yang tak matang lepas tu susah nak communicate. Sikit sikit lari lepas tu mintak maaf 🙄
Profile Image for athirah amri (athirah_bookstagram).
243 reviews30 followers
February 4, 2013
Saya sangat menyukai semua watak dalam DTT kerana watak-watak tersebut memainkan peranan yang sangat penting.Bagi saya,ia saling melengkapi.*apehal skima sangat?ehehehhe*

Najid- saya suka Najid bila part awal-awal.Dia sangat caring dengan Najihah. Maybe time tu dia ada perasaan suka, yelah mana ada orang berkawan tapi tak suka pulak kan... Najid yang selalu mengutamakan Najihah. Tapi kualiti yang positif pada Najid bertukar sedikt negatif bila dia ambil keputusan untuk berkahwin dengan Najihah.

Jadinya saya mula menukar perasaan suka saya pada Najid kepada perasaan menyampah.hahaha.Saya menyampah dengan Najid.bila suka-suka jiwa dia nak marah-marah Najiha walaupun kesalahan yang najihah buat itu kicik maaa. Sikap Najid berubah selepas berkahwin. Saya rasa ini semua sebab dia ego untuk mengakui perasaan dia kepada Najiha,sebenarnya dah lebih dari seorang kawan baik !

Najihah - watak gadis yang bagi saya kebudak-budakan dalam sedikit kematangan. Eh ye ke? Bagi saya, dia macam budak-budak,manja kerana dia dimanjakan oleh papanya, Datuk Bazli.kerana dia anak tunggal datuk Bazli dan puan Juhani.

sedikit kematangan,tu saya refer apabila dia buat keputusan nak kahwin ! Ahaa. Tak dek calon cemana nak kahwin. Tapi seperti mana penulis mengatakan ,dia ingin mencuba sama ada berjaya macam perkahwinan ayah atau gagal macam perkahwnan papanya. Tapi dalam hidup realiti,kalau ada yang buat macam tu macam bakal menanggung risiko pulak.hehehe.

Datuk Bazli,Datuk Hakkan.Ilham, watak sampingan lain macam geng fotografi dan lain-lain bagi saya turut menjadi penambah perisan dalam karya akak yang terbaru ni.

DTT ini tidaklah tergolong dalam karya picisan* ehemmm.* kerana didalam kandungannya terdapat pelbagai elemen positif yang membuatkan saya terfikir banyak kali.

Contohnya hal-hal kahwin, tiada istilah mencuba. Bagi yang nak kahwin. perlu tahu banyak benda macam hak-hak seorang suami/isteri ,tanggungjawab dengan keluar mertua dan hal-hal lain.bukannya malam pertama ja. Bukan hanya fikir perkara-perkara yang menyeronokan sahaja.

Perkahwinan ini ada dua sisi yang berbeza.Elemen yang membuatkan saya cuba selami,macam mana perasaan anak-anak yang tiada salah seorang penjaga sama ada ibu atau bapa. Tak kira disebabkan penceraian atau pun kematian.

copy paste dari blog http://petanipintar.blogspot.com/2013...
Displaying 1 - 14 of 14 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.