Jump to ratings and reviews
Rate this book

Rasok

Rate this book
Di tepi pintu kamarku, ada sebuah balang kaca yang terkandung tujuh puluh lapan kuntum lily.

Bilangan yang sama dengan hari-hari yang tidak kutemui Lily.

83 pages, Paperback

First published December 1, 2012

11 people want to read

About the author

Petak Daud

15 books38 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (3%)
4 stars
3 (10%)
3 stars
21 (70%)
2 stars
5 (16%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
Profile Image for Encik Psychopath.
Author 1 book11 followers
December 30, 2012
Ada cerpennya yang aku tidak faham. Ada yang menghiburkan. Ada yang biasa.


Rasok adalah 'rojak mamak' yang kita makan di tepi jalan. Aku berpendapat kuah kacang dan kuihnya sedap, tetapi taugeh dan timunnya sedikit berbau.
Profile Image for Juliza.
208 reviews29 followers
February 4, 2015
(2.5 bintang)
Hidangan yang tidak mengenyangkan tetapi tidak pula mengundang rasa ingin makan lagi. Begitulah yang hamba rasakan tentang buku berukuran 4.3” x 4.3” yang mengumpul lapan kisah pendek tulisan Petak Daud ini.

i)Rasok
- Apabila kejutan kurang jadi berkesudahan sedih – penamatnya. Namun, pengenalan yang baik untuk hamba menyukai cara penulis ini bermain kata.

ii) Ah, Aku Masih Ada, Sayang (Tanda Soal)
- “Tapi dia sudah tahu, pencinta ini, lebih banyak binatangnya dari manusia.” Kisah buaya dan haiwan lain dalam hidupnya? Haha.

iii) Dari Sudut Sepasang Mata
- Ilusi adalah jalan mati. Realiti adalah apabila anda bersedia untuk berpatah balik dan mencari jalan lain. Ilusi dalam realiti? Apabila anda percaya jalan mati adalah sekadar nama saja lalu anda meredahnya dengan keyakinan akan berjumpa jalan altenatif. Hah, itu analogi hamba tentang ilusi dan realiti. :)

iv) Lily
- “Aku tidak gila. Cuma tak berdaya untuk melupainya.” Melankolik hingga ke akhirnya. Hamba suka perasaan itu.

v) Malam-Malam Begini
- Okeylah.

vi) Pencerita
- Resensi yang sama dengan v) di atas.

vii) Seorang Perempuan di Jalan Alor
- Too good to be true but what the heck, I love it anyway.

viii) Seorang Wanita, Zarith
- Kejutan yang menjadi. Nice.

Keseluruhannya tidaklah wow tetapi tidak juga membuat hamba serta-merta ingin membuang rasa tertarik pada Petak. :)
Profile Image for Luc Abdullah.
Author 6 books61 followers
Read
December 31, 2012
Di muka surat kreditasi, ada kesilapan teknikal nama facebook dan blog Petak Daud yang tertaip nama Fasyali Fadzly.

Selebihnya, aku lebih gemarkan sajak-sajak Petak Daud, berbanding cerpen-cerpennya. Jadi aku harap ada koleksi sajak-sajaknya diterbitkan.

Cerpen Pencerita sangat manis(dan melankolik).
Profile Image for Fairuz.
202 reviews
April 8, 2013
Kerap juga aku bersua dengan adegan lelaki mengalirkan air mata jantan.
Profile Image for Ayu.
12 reviews7 followers
January 14, 2013
Rasok lebih enak dari Santun. Jujurnya, saya rasa semakin pendek Petak menulis, semakin memberi kesan. As I read this, Petak berjaya buat saya tenggelam menghayati setiap ceritanya dengan bahasa yang memukau.
Profile Image for Hana Ahmad.
57 reviews27 followers
May 4, 2013
Hidangan Petak Daud yang ini lebih sedap berbanding Santun. Namun tak semua cerpen yang dihidangkan mengenyangkan.
Profile Image for Hikaoru.
962 reviews25 followers
August 30, 2014
Favourite story from this book would be Lily because it was melancholic but sweet. But, as Albus wisely said, "Pity the living, not the dead". I'm paraphrasing 'cause I can't remember exactly what he said.
Profile Image for Aliff Awan.
Author 6 books19 followers
June 10, 2020
Penulisannya tak konsisten. Kadang-kadang lewah. Kadang-kadang bagus. Saya suka Zarith; ia contoh.
-
Bila baca semula, saya rasa ia okay.
Displaying 1 - 9 of 9 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.