(3.5 bintang) Untuk sebuah kisah tentang lelaki mati yang menunggu kematiannya dimaklumi, Mampus mempersembahkan dirinya dengan menarik. Plot yang secara dasarnya sangat ringkas berpadanan dengan bentuk buku yang sekecil ped dakwat namun tetap tidak membuat mustahil untuk hamba menyukainya.
Penulis skrip yang telah mati, Nuar, sementara menunggu jasadnya ditemui telah membawa pembaca ke alam fikirannya yang gentayangan. Dia menyingkap kembali perjalanan hidupnya sejak di universiti. Tentang bagaimana seorang bekas pelajar undang-undang boleh menjadi seorang penulis skrip filem. Juga tentang sejumlah kecil teman-teman di sekelilingnya.
Penceritaan yang seadanya namun hamba menghargai hujah-hujah sinis yang penulis sajikan. Tentang kempen pewakilan pelajar tentunya. Namun, yang paling menarik tentang buku ini tentulah betapa deskriptifnya keadaan mayat Nuar diperincikan. Phew, merinding dibuatnya.
Cerita kedua yang aku baca yang wataknya telah mati (tapi diberikan nyawa dalam penceritaannya) selepas My Name is Red oleh O.P. Bezanya, gayanya bercerita agak keras dan cool (macam mendengar kawan bercerita dalam kedai mamak yang dia dah mati tiga hari lepas).
Antara penulis yang aku jangkakan output yang boleh membina re-inforced concrete dalam kelompok penulis lain (dalam erti kata lain, bluprin beliau rare) macam R.S. menjadikan aku akan tetap akan beli tulisan-tulisan mereka walau mungkin aku akan hampa atau suka, itu adalah perihal lain. Contohnya macam R.A.M., kau dah boleh agak dah gaya penceritaannya yang sudah kusam diguna berkali-kali, seperti mana kata Nuar pasal komik dari China yang sangat klise->hero terbuang dan bla-bla-bla.
Kadang-kadang, buku yang nipis yang buatkan aku rasa nak lagi, macam tak puas baca.
Jalan penceritaan dari Nuar's POV, yang sudah mati tiga hari lepas, yang mayatnya terbiar dalam bilik sehingga dihinggapi lalat, langau, etc. Bacaan yang santai, tapi aku confuse protagonist ni sebagai entiti apa; hantu? roh? Sebab dia hanya boleh melihat, mendengar, berfikir, hanya boleh stay dalam bilik, menanti jasadnya untuk ditemui. Some stories, with this kind of plot, bila watak mati dan tersekat di antara dua alam ni, boleh merayau, boleh send a hint, do something.
Aku suka the unexpected scene by the end of this book. It's a good story with every moments are explained detailly.
Aku suka unsur humor yang selamba dari penulis. Gaya penulisan santai dan cool yang menghiburkan.
Buku bersaiz saku bukan nasi beriyani kambing atau nasi kandar untuk pelahap yang kelaparan. Sekadar roti bakar untuk mengalas perut. Nipis dan sedikit.
Ia merupakan perjalanan suatu entiti yang menyelusuri segala jenis kenangannya daripada menjadi penulis Wikipedia yang tidak berapa betul faktanya kepada berkenalan dengan teman serumahnya yang padanya langsung tidak mempunyai sebarang tarikan seksual.
Dalam pada melayan memori yang berpusing pinar di dalam mindanya yang separa keawangan, entiti ini juga menjadi saksi kepada sebuah kejadian yang menggelikan hatinya yang sebenarnya bergolak tidak tenang dengan keadaan sekelilingnya.
Nuar bercerita selepas 3 hari kematiannya yang tak sempurna. Mengimbau semasa hidupnya di kampus sehinggalah perkara yang berlaku dalam radius pandangan mata dan pendengaran telinganya yang sudah berstatuskan mayat. Dia hanya akan mati semati matinya selepas hajat terakhir tercapai.
Buku bersaiz saku ni aku dapat free. Dan aku suka part di mana mayat nuar mula ditemui, memang betul2 konflik pada masa tu. Rahsia antara Achai dan Maya turut terbongkar, bikin pelengkap buku ini.