Ramuan SUMBAT : 250 ml Dendam, jenama 'Silam' 150 gm Rahsia Hitam 50 gm Cinta, paket 'Terhalang' 3 sudu besar Air Mata ½ cawan Pengorbanan 5 ulas Kesetiaan (dihiris nipis) 8 kuntum Senyuman (sebagai hiasan)
Cara : Ayakkan 150 gm Rahsia Hitam dengan 50 gm Cinta Terhalang. Pastikan dapat tekstur halus. Pukulkan 250 ml Dendam Silam hingga kembang. Campurkan dengan adunan yang diayak tadi perlahan-lahan. Kacau rata. Selang selikan dengan ½ cawan Pengorbanan dan 3 sudu besar Air Mata. Bila sebati, masukkan hirisan Kesetiaan. Kacau dengan teknik folding. Tuang ke dalam baking tray dan bakarlah sepuas hati. Hias dengan kuntum Senyuman. Voila!
_________________ Novelis : Faizal Sulaiman Muhamad Faizal Sulaiman dilahirkan pada 1985 di Batu Pahat tetapi membesar sepenuhnya di Kota Tinggi, Johor. Mula menulis sejak zaman sekolah tetapi karyanya tak pernah tersiar di majalah sekolah. Mula merapu di SeindahDuniaKita.blogspot.com sejak 2008 dan berkicau tak henti di Twitter (@faizalsulaiman) sehingga kini. Meminati aktres Maya Karin, melancong dan mencuba makanan baru, ketiga-tiga elemen ini terhimpun dalam SUMBAT yang merupakan novel pertamanya.
Kulit, rekabentuk dan rekaletak : teckhee.blogspot.com Perunding : Nur Atiqah Jalaludin & Iqbal Abu Bakar
Cetakan Pertama : Disember 2012 Cetakan Kedua : Mac 2013 ~
Faizal Sulaiman was born in Batu Pahat and grew up in Kota Tinggi, Johor. He has published short stories in the 2012 anthologies KOPI and BOLA and SUMBAT (2012) is his first novel.
Aku akui, sebenarnya agar sukar untuk menulis sesebuah karya yang menampilkan barisan watak, pelbagai plot yang bergerak serentak (lengkap dengan konflik, permasalahan dan peleraiannya yang tersendiri, sebelum bersatu di satu titik klimaks besar) tanpa a) meninggalkan aspek-aspek kualiti penceritaan dan naratif yang baik dan b) menghasilkan karya yang bebas loophole. Kalau adapun naskah yang sebegitu, pastinya tidak cukup untuk dipersembahkan dalam naskah yang hanya setebal sekitar 300 halaman. Aku terpanggil untuk mengingati novel Warisan karya Abdul Talib Mohd. Hassan, The Stand karya Stephen King, ataupun siri The Vampire Chronicles karya Anne Rice yang bagi aku berjaya mempersembahkan sebuah kisah multiple characters dengan watak-watak berselirat dan perkembangan naratif yang amat cemerlang sekali tanpa menjejaskan kualiti "pembinaan" watak itu sendiri.
Amaran awal: SUMBAT merupakan suatu naskah bacaan yang meletihkan. Kau bakal dijamu dengan watak-watak (yang aku kira ada sekitar kurang 20 kesemuanya) yang pelbagai kerenah, jalan cerita yang tersengguk-sengguk dan nama makanan berjela-jela yang aku kira tak perlu pun disebut sebenarnya tetapi tetap juga disebut oleh penulis (mungkin kerana beliau mahu pembaca tahu dan sedia maklum bahawa dia seni kulinari?) sehingga menyebabkan terkadang kau rasa kalau buang nama-nama makanan dan cara-cara memasak entah apa yang termuat di dalam novel ini, pastinya ia lebih padat, mesra-pembaca dan mudah hadam.
SUMBAT merupakan percaturan sulung Faizal Sulaiman dalam arena penulisan kreatif kontemporari, memaparkan konflik yang timbul selepas insiden Kafe Halia terbakar dan bagaimana tragedi itu memberi impak kepada watak-watak di sekitarnya. Lipatan-lipatan sejarah, rungkaian rahsia dan kisah-kisah lampau yang terjadi pada pekerja dan juga pengunjung kafe tersebut menjadi rencah dan tunjang utama kepada SUMBAT. Konspirasi balas dendam, kekasih gelap, amnesia, pertukaran identiti dan cinta tak kesampaian; semuanya diSUMBAT ke dalam novel terbaru keluaran FIXI ini. Bagi mereka yang rajin singgah ke blog penulis, semestinya sudah sedia maklum dengan gaya tulisan beliau yang sarat dengan anekdot sinikal yang terkadang harus dibaca berulang-kali untuk difahami. Kosa kata yang dimiliki oleh penulis ternyata amat luas, aku menemui banyak perkataan-perkataan deskriptif baru yang sama ada pertama kali aku baca atau sudah pernah baca tapi tidak terpanggil untuk mengugel maksudnya.
Membaca SUMBAT seolah-olah membuat kau akan berada di Wisteria Lane, tetapi versi Malaysia. Watak-watak archetypal klise sebuah komuniti masyarakat ada di dalam SUMBAT. Sejujurnya amat sukar untuk aku klasifikasikan sama ada aku suka atau tidak akan novel ini. Cliffhanger yang muncul pada penghujung hampir setiap bab terkadang membuat aku rasa sesak dan rimas untuk membaca kerana (bagi aku) ia agak mengganggu kontinuum penceritaan sesuatu watak. Sudahnya, belum masuk bab 5 lagi tapi sudah hampir lapan watak yang pada hemat aku 'pipih' dan 'tidak berjiwa' diperkenalkan'. Penulis sepertinya terlalu berusaha untuk mempersembahkan suatu kisah multiple plots yang berselirat semacam telenovela atau sinetron, namun ini secara tidak langsung menjejaskan persembahan perincian watak yang diperkenalkan. Kebanyakan watak terasa seperti out of place dan tidak begitu melekat di otak pembaca. Tetapi aku sedar, menjukstaposisikan tulisan Stephen King dan Anne Rice dengan Faizal Sulaiman adalah seperti membandingkan macaroons dengan cucur badak: dua hal yang jauh berbeza. Masing-masing punya kelebihan dan kekurangan, punya penggemar dan kelemahan yang tersendiri.
Namun begitu, kelemahan ketara yang aku nampak dalam SUMBAT ada tiga.
Latar masa naskah ini terkadang terasa seperti berlangsung pada sekitar pertengahan 80-an (dengan dialog berbaur drama televisyen seperti: "Kenapa kau susah sangat nak tolong mak? Dah tak ada ruang ke mak dalam hidup kau?" [halaman 43]), terkadang ada juga nuansa semasa kerana ada dialog monolog yang menyebut artis terkini seperti Lady Gaga dan Nicki Minaj. Walaupun persembahan lenggok bahasa penulis adalah antara yang paling baik pernah aku baca, laras bahasanya juga terkadang agak kejung, dengan ada beberapa prosa dialog di dalam SUMBAT yang terasa seperti lebih sesuai dijadikan naskah teater. Latar tempat dalam naskah ini juga sayangnya gagal diperincikan dengan baik. Pembaca dibiar 'mengisi tempat kosong' untuk menggambarkan suasana dan dekorasi Kafe Halia tersebut. Apakah ia sebuah high-end restaurant? Sebuah quaint cafe? Sebuah warung yang hidup segan mati tak mahu? Atau adalah ia sebuah restoran milik Bumiputera di mana lantainya simen dan dindingnya batu tanpa sebarang dekor eksklusif? Kebun Bunga, latar tempat utama dalam SUMBAT juga dibiar tidak dideskripsi dengan baik. Apakah ia semacam kawasan pinggir pekan seperti kawasan Durian Tunggal, Melaka? Atau apakah ia kawasan elit seperti Damansara Perdana? Berpagarkah rumah-rumah di situ, atau apakah kawasan perumahan itu bebas-pagar seperti di Putrajaya? Semuanya dibiar tidak dihuraikan, sehingga aku (ya, aku agak cerewet) terasa sukar untuk menggambarkan senario latar watak-watak yang sakan bersembang di Kebun Bunga itu.
Walaubagaimana pun, jangan salah faham. SUMBAT bagi aku merupakan satu naskah yang bagus. Cuma aku kira suntingan dan pencernaan wataknya kurang sempurna. Jadinya yang tinggal hanya pergerakan plot yang 'dilakonkan' oleh watak-watak yang kurang meyakinkan. Ditambah pula dengan sub-konflik yang berlapis-lapis (yang sememangnya sudah menjadi marque déposée Faizal Sulaiman) menyebabkan pembaca akan banyak kali garu kepala dan bertanya "Eh, ni cerita tentang apa? Kenapa ada kat sini?". Plotnya yang tidak linear juga akan membuat pembacaan terhenjut-henjut seperti menunggang unta. Sehingga ada di suatu ketika, seingat aku langsung tidak ada pun disebut oleh Eva (salah satu watak dalam SUMBAT) tentang keinginannya untuk membuka restoran baru, dan setibanya di bab 12, ada babak majlis pecah tanah restoran. Aku garu kepala. Apakah aku terlepas baca, atau adakah ia tidak diperjelaskan dengan baik?
Konsep 'memberitahu' dan bukannya 'menceritakan' yang wujud dalam SUMBAT menyebabkan perkaitan antara satu watak ke satu watak yang lagi satu dapat difahami dengan jelas. Itu kekuatan terbesar yang aku lihat. Penulis berjaya mengaitkan kesemua permasalahan yang timbul sedari awal bab satu novel setebal 314 halaman ini hingga ke epilog yang menutup kisah ceritanya dengan baik sekali. Kejutan demi kejutan yang akan membuat pembaca berkata; "Eh, dah mati ke perempuan ni?" berjaya memancing pembaca untuk terus duduk (atau baring seperti aku) dan habiskan membaca.
Moralnya, janganlah menderhakai ibu-bapa walaupun mereka sendiri punya sisi gelap yang kau mahu lupakan. Oh, dan dalam hidup ini kita harus bersederhana dalam apa jua situasi. Kerana yang tamak itu hanya bakal akan rugi di kemudian hari.
Apakah ini suatu naskah wajib baca bagi semua penggemar buku FIXI? Semestinya, ya! Tetapi adakah SUMBAT suatu naskah yang boleh diulangbaca, aku mungkin akan ambil sedikit masa dan jawab mungkin tidak.
Kebun Bunga yang residennya semua bermasalah. Ya, macam 'desperate housewife', setiap rumah ada rahsia dan masalah tersendiri.
Aku pernah baca cerita yang watak-wataknya mempunyai plot tersendiri, dan bergerak seiring semuanya, yang lebih kemas daripada SUMBAT. Mungkin sukar, aku tak pernah jadi penulis. Idk.
Laras bahasanya sangat tidak aku gemari, campuran antara nak ikut tatabahasa dewan atau hanya santai seperti percakapan harian. Yang mana satu?
Jujurnya, SUMBAT meletihkan. Konflik yang rumit dan terlalu banyak pergaduhan yang remeh temeh, adegan kasar dengan isteri dan biadap dengan orang tua, dan lain-lain. Kalau SUMBAT ni drama tv, dah lama aku tukar channel.
Pastikan anda dalam keadaan kenyang semasa membaca novel ini. Jika tidak, sediakan sebotol air mineral di tepi dan minum setiap kali perkataan dalam novel ini buatkan air liur anda hampir mengalir.
SUMBAT adalah karya novel sulung Faizal Sulaiman yang diterbitkan oleh FIXI. Sebelum ini, novel ini dalam versi atas talian dengan tajuk Farcir (bagi yang mengikuti Faizal Sulaiman di blog Aksara Keraian dahulu) - tetapi versi ini, lebih baik, lebih mengujakan dan lebih membuatkan rasa lapar.
1. Dalam novel ini ada pelbagai watak. Setiap daripada mereka dikembangkan dengan baik, dan setiap helaian membuatkan kita akan teruja untuk mengetahui kisah selanjutnya. Dinasihatkan untuk baca secara berterusan, dengan mengambil masa sendiri untuk membacanya.
2. Perincian mengenai makanan (ya, latar belakang cerita ini adalah di cafe) - maka, jika anda seorang yang mempunyai imaginasi yang tinggi serta mengetahui serba sedikit nama makanan, percayalah bahawa anda sedang terliur bila kerongkong bergerak dan anda menelan air liur. Nama masakan tengah hari dalam bab pertama sahaja --- sudah boleh buatkan anda rasa mahu menangis kelaparan.
3. Kita dibawa melihat kepada pergolakan dalam keluarga, setiap mereka hampir dihantui oleh kisah silam yang tidak ingin diketahui oleh orang lain. Ada yang diperdagangkan/diperjudikan oleh ibu sendiri, ada yang membunuh kekasih sendiri kerana dasar cemburu yang amat/salah faham, ada juga yang kesal kerana cinta ditolak serta kekesalan meninggalkan alam pekerjaan dan menjadi surirumah sepenuh masa demi membahagiakan keluarga. Setiap dari mereka mempunyai rahsia tersendiri.
4. Gaya bahasa? --- Sebagai orang yang biasa membaca tulisan Faizal Sulaiman (FS) di blog beliau, cerpen-cerpennya, laras bahasa yang digunakan adalah mudah untuk difahami. Tepat dengan penggunaan dalam situasi walaupun nama makanan itu sangatlah susah mahu disebutkan (kalau ada dalam bahasa Perancis). Tapi ada satu bahagian dialog, pertuturan dalam bahasa Perancis yang tiada terjemahan. Jangan risau. Google Translate ada. Gitu.
5. Banyak pengajaran yang boleh diperoleh daripada novel ini. Yang paling ketara sekali adalah nilai kekeluargaan sangat penting dalam hidup ini. Tidak kira bagaimana kita dibesarkan ataupun siapa kita antara adik beradik dan ahli keluarga, kita harus menerima mereka seadanya.
6. Ada sedikit "twist" di penghujung cerita. Anda mungkin perlu baca dua bab ke belakang untuk mengetahui dengan jelas sebelum, oooohhhh, itu rupanya --- tetapi jika anda pembaca yang pintar, pastinya anda boleh menangkap apa yang cuba disampaikan. Ada sedikit persamaan dengan cerpen Kopi Julia, dari segi kemahuan di situ, walaupun konsepnya sedikit berbeza --- tetapi mengenali FS (ehem), boleh dikira, imaginasi beliau baik dalam perkara begini.
Amaran #2 : Jangan rasa mual untuk makan daging selepas membaca novel ini. Heh.
Apa pun, selamat membaca bagi yang belum mulakan pembacaan anda.
Muka surat awal disenaraikan nama watak dalam novel ini. Mataku menyorot dari atas ke bawah. Banyak jugak wataknya.
Setiap satu watak bergerak dengan satu pakej cerita tersendiri. Konflik dalam dan luaran yang perlu ditangani.
Acap kali juga aku menyelak muka hadapan untuk memastikan watak si polan ni karakter yang mana satu.
Terasa seperti Desperate Housewives.
Ada banyak diselitkan masakan Perancis. Aku tidak tahu bagaimana nak menyebutnya. Boleh tergeliat lidah. Dan aku rasa nama masakan cuma membuatkan aku kata, "Lauk apa ni?" "Kuih apa pulak ni?" "Kek ke?" Adakalanya aku langkau nama makanan yang berderet. Rasanya seperti buang masa.
Jalan cerita berlapis seperti kuih lapis.
Sumbat adalah novel baik. Bacalah.
cuma rasanya aku tidak akan baca untuk kali kedua.
Sumbat ni macam soap opera. Banyak watak, banyak konflik, banyak cliffhanger. Jadi, aku baca sikit2. Satu hari 3-4 chapters je. Sebab utamanya ialah bila baca, nanti perut berbunyi. Makanan yg disebut2 tu memang sedap2. Kepala setiap bab ialah penerangan tentang makanan yg juga seolah-olah rumusan untuk bab itu. Ayat yang digunakan pendek2. Saya suka.
Nasihat saya, jangan terpedaya dengan macaroon comel berwarna warni yg memenuhi ruang kulit muka buku. Anda mungkin akan loya bila tahu bahan apa yg digunakan untuk membuat macaroon itu.
"Kita mempunyai pertalian dengan orang di sekeliling kita melalui 6 tahap" - kenalan twitter, 2013. (aku prafrasa ayat dia di twitter)
begini caranya, menurut kenalan aku itu, kita berkenalan dengan A, A berkenalan B, B berkenalan dengan C, C berkenalan dengan D, D berkenalan dengan E, E berkenalan dengan F. kita mempunyai kemungkinan yang tinggi mempunyai pertalian dengan F. faham tak?
ok, teori ini digunakan oleh penulis dalam konsep "desperate housewife" versi Malaysia. konsepnya sahaja ya sama sebab, seperti "desperate housewife", setiap satu isi rumah mempunyai sejarah hitam dan adalah kegiatan hitam yang dilakukan isi rumah tersebut mempunyai kaitan dengan isi rumah yang lain.
berteraskan dendam, satu demi satu penyucian dosa dilakukan. berteraskan dendam juga orang yang tidak bersalah menjadi mangsa teraniaya. tekak semakin kehausan darah, perut semakin laparkan daging manusia menjadikan penyucian dosa ini dirancang secara rapi supaya yang kehausan dan kelaparan itu dapat dipuaskan.well...semuanya ada penghujung.adakah penyucian dosa terus berlaku atau dapat dipatahkan?ha...yang tu baca sendiri.
secara teknikalnya, aku agak penat membaca novel ini. penulis, aku kira memang suka memanjangkan cerita dengan lambakan watak. lambakan watak ini memaksa aku untuk terus atau seolah-olah kena menghafal kisah setiap satu watak supaya aku tak sesat dalam pembacaan bab-bab yang seterusnya walaupun perkaitan watak-watak tersebut hanya diterangkan pada bab-bab terakhir. sesungguhnya, ada beberapa watak bagi aku tak perlu ada pun takpa sebenarnya.
disebabkan lambakan watak, penulisan yang panjang itu terpaksa dirapatkan jaraknya. nah! aku terpaksa slow down speed of reading bila sampai bahagian monolog dalaman watak. payah tau tak? maka, pihak editor terpaksa membiarkan satu halaman kosong sebelum masuk bab baru yang aku kira atas tujuan menenangkan pembaca dan bagi aku itu satu pembaziran yang menjengkelkan.
yang ini paling penting, sebelum aku berkerut-kerut dahi apabila sampai ke bahagian penyucian dosa atau apa-apa bahagian yang mengundang adrenalin aku berlari laju sedikit, aku dilalaikan penulis dengan penjelasan cara memasak atau cerita yang berkenaan dengan hal memasak sampai kadang-kadang terdetik dalam hati yang aku sebenarnya tengah baca buku masakan perancis bukan cerita pembunuhan. ok, itu juga bagi aku melecehkan sebab aku kena tarik balik diri aku supaya sedar bahawa aku tengah baca buku pembunuhan pada setiap penghujung cerita setiap watak dalam setiap bab.
walau bagaimanapun, aku nak bagi tepukan kepada penulis sebab ceritanya agak menarik dan ada sedikit perbezaan walaupun ending-nya biasa-biasa saja bagi aku. aku nak bagi tepukan sekali lagi buat penulis sebab dengan baik hatinya membuat senarai watak sebab nak memudahkan pembaca kenal watak secara ringkas. strategi yang bagus!
tak terlupa, ada sedikit typo yang telah dikesan dalam buku ini.
oh ya, buku ini tidak berjaya buat perut aku rasa lapar.
p/s : kewujudan epilog membuatkan aku rasa penulis akan menulis sambungannya. mungkinkah berlaku?
Tahniah kepada diri sendiri kerana berjaya menghabiskan novel ini! Novel ini adalah novel yang harus dibaca sedikit demi sedikit dan bukanlah sekali harung terus habis. Semuanya demi keselamatan novel ini juga daripada dibaling ke dinding!
Novel ini agak membosankan. Semua watak dalam novel ini mempunyai karakteristik yang terlalu generik, dan mereka semua annoying! Ya, sangatlah annoying! Mereka langsung tiada redeeming qualities. Itu masalahnya. Bila kita membaca novel, dan ketika membaca itu, kita terfikir bahawa, "Aku tak kisah apa yang akan jadi kat semua watak dalam novel ini" dan bila pemikiran sebegitu timbul, maka untuk menghabiskan membaca novel itu adalah sesuatu yang menyeksakan.
Selain itu ada beberapa perkara yang saya tidak berkenan dalam novel ini:
1) Struktur ayat monolog yang terlampau baku sangat (errr, ini bukan untuk terbitan dewan bahasa pustaka). Rasa tak logik percakapan antara watak menggunakan susunan ayat yang sebegitu. Ia terlampau keras, kejung, dan tiada jiwa di dalam percakapan mereka.
2) Rasa macam vocabulary penulis dalam slanga "lelaki lembut"(atau apa-apa nama yang anda panggil) terlalu terhad. Dan ia juga terlalu tipikal. Ada je pun lelaki lembut yang bercakap seperti biasa tanpa guna slanga-slanga itu. Kalau setakat menggunakan slanga tersebut untuk menunjukkan yang watak Faz itu gila lembut, rasanya cara itu bagi saya kurang berjaya.
3) Bagi saya, banyak bahagian-bahagian yang tidak perlu patut dibuang di dalam novel ini. Ia membuatkan novel ini menjadi meleret-leret pada bahagian yang tidak sepatutnya, lebih-lebih lagi bahagian tentang makanan.
Adakah saya merekomenkan novel ini? Ya, bacalah. Mungkin pandangan saya berbeza dengan pandangan pembaca yang lain. Dan mungkin apa yang saya tidak suka, akan disukai oleh pembaca lain.
p/s: Novel ini saya beri satu bintang dan satu bintang lagi diberi kerana bagi saya, novel ini mungkin lebih sedap dibaca jika ia dalam bahasa inggeris.
First of all, ucapan terima kasih to my friend, Atiqah, because bagi buku ni as hadiah birthday 29 April lalu. Buku ini diberi sekali dengan tabung ala-ala bentuk menara Eiffel. Sungguh teruja! Thank you thank you! Dua benda tu rupa-rupanya ada kaitan, Eiffel Tower kat France kan. And then this novel, Sumbat, banyak jugak terang pasal makanan French. Hiks :) Ke Tiqah dah baca dulu buku tu sebelum bagi? Jeng jeng jeng~
Okey la. Secara terus terang, aku suka baca buku ni. Lagi-lagi bila banyak penulisannya menerangkan pasal makanan. Well, I LOVE FOOD! Sehinggakan tengah berdialog pun, sempat lagi ada resipi-resipi yang mencelah. Aku tak kesah pun, lagi suka ada la. Dari awal pembacaan, aku sedikit lambat nak faham ape cerita sebenarye. In addition, banyak watak yang digunakan membuatkan aku mula konfius sikit-sikit then lupa dah ape yang jadi kat orang itu ini sebelum ni. Apepun, aku teruskan jela baca sebab banyak gambaran makanan sedap-sedap. Erm, susah jugak jadi pembaca macam aku ni. Apabila sampai part last-last tu, baru aku dapat tangkap cerita dia. OOHHH!
Eva Zalina rupa-rupanya lelaki dan dia jahat (Eva ada dua orang dalam cerita ni. Korang baca la sendiri ek). Kalau nak dikatakan yang dia tu saiko boleh jugak sebab dia datang ke residen Kebun Bunga itu untuk membalas dendam. Ini yang aku dapat. And..... Korang jugak akan dapat tahu sebenarnya makanan-makanan ala-ala French yang si Eva buat tu sebenarnya menggunakan daging manusia yang dia bunuh dan buat stok berbulan-bulan. Err, terkejut gak bila dapat tahu. So yummy! (Uwekkkk!) Seperti gambar cover novel ni, sama jugak la dengan ending ceritanya. Sama-sama cantik la bagi aku. Ohh, kalau nak re-read semula rasanya aku akan selak bab-bab yang penulis tulis pasal resipi kot. Nak belajar masak. Ok?
Nice cover… sweet! *daya penarik utama untuk aku memiliki novel ini* aku mula membayangkan yang ceritanya mesti se’sweet’ gambarnya juga tapi ramalan aku meleset sekali. Lepas tu bila baca tajuk pula, hmmm… apa kena mengena tajuk dengan gambar ek? So don’t judge the book from its cover ya. Usai baca baru boleh kaitkan antara gambar dengan tajuk… hi hi.
Ambil masa juga untuk menamatkan pembacaan. Mula-mula agak keliru sedikit kerana untuk mengingat watak yang banyak bersama konflik cerita yang berhubung kait; cliff-hanger. Namun, penceritaan tentang makanan Perancis yang terselit di setiap pemulaan bab sedikit sebanyak buat jantung aku relaks seketika (seolah-olah sedang menikmati ‘hidangan’ tersebut) sebelum ia berdegup kencang semula hingga ke muka surat terakhir. Kesimpulannya, voila! SUMBAT sebenarnya lebih ngeri dari NGERI. Tak sanggup untuk mengulang membacanya. Syabas Faizal Sulaiman!
Walaupun konfliknya bersilang, ia dileraikan satu persatu. French Food never disturbs me really. Kesesakkan nafas membaca Sumbat adalah satu momen paling precious yang dapat aku rasakan pada mana-mana Buku Fixi. Ceritanya agak kompleks. Tidak mudah untuk hadam kerana masalanya datang bertimpa timpa. Aku rasa penulis pandai memanipulasi semua watak pada setiap masalah yang timbul. Kepingan masalah itu kemudian dicantum seperti puzzle (ada disebut dalam Sumbat) dan description akhir yang mengerikan (lebih ngeri dari novel Ngeri actually). Permulaan mukadimah makanan yang agak menjengkelkan sesetengah orang kampung tetapi mengujakan orang kampung lain untuk meneroka seni gastronominya.
Dalam setiap menu lazat yang menambat selera, pasti ada ramuan rahsia. Bertepatan dengan judulnya, Sumbat sarat dengan watak dan konflik. Ceritera yang berkisarkan tentang residensi di Taman Kebun Bunga yang mana setiap seorangnya menyimpan rahsia dan kisah silam yang kelam. Seperti ramuan resepi masakan yang kemudian dihidang dalam sebuah chafing dish, mereka ini masing-masing mempunyai agenda tersendiri untuk melenyapkan titik hitam dalam hidup.
Komuniti ini sering mengadakan jamuan dengan hidangan enak dan tak kurang juga pada hari-hari biasa, sajian mereka agak istimewa walau hanya untuk santapan seorang diri di rumah. Kebanyakan mereka berkongsi sikap yang sama iaitu sanggup berbunuhan atau sekurang-kurangnya mencederakan pihak lain demi melunaskan dendam.
Makanan yang nampak menyelerakan dan aromanya menusuk kalbu tetapi ditaburi "dendam" enak dan mengenyangkan kah rasanya?
Itu yang terlintas di dalam fikiran aku setelah membaca karya ini. Bagi yang sukakan makanan dan cerita penyiasatan yang selalu mendebarkan jantung, karya ini aku syorkan korang baca. Overall, rasa enak karya ini aku rasai ketika berada di hujung-hujung helaian. Terlambat? Mungkin aku susah nak hadam satu persatu watak yang ada sampaikan dah sampai pertengahan muka surat buku ini baru aku paham kerenah setiap watak.
Mula-mula memang rasa meleleh je air liur baca setiap perincian masakan dia. Tapi lama-lama loya pula tekak dibuatnya. Nak tau kenapa bolehlah "cuba try baca".
Acapkali merujuk pada senarai watak di halaman depan kerana agak keliru dengan watak-watak yang terlalu ramai. Terutama watak kaki gosip duorang tu. Dalam hati terbayang perumahan Kebun Bunga macam dalam Desperate Housewives. Eh sama pulak macam review Syaihan. Tapi itu lah yang dirasa bila membaca, sedikit pening pun ada.Tapi berjaya juga habiskan dalam masa satu malam. Lepas baca terus makan panadol.
Susunan plot yang baik dan diikuti dengan sedikit sebanyak pengolahan resipi makanan Perancis yang mampu membuatkan pembaca terliur dan sentiasa berada dalam keadaan lapar.
Jika anda meminati koleksi BukuFixi, pastikan anda memiliki buku ini sebagai salah satu koleksi buku anda.
mula2 sblm baca buku ni aku agak sceptical. rasa mcm too many watak. tp sblm baca tu ada explaination about each watak tu before membaca. tp bila kau dh start baca, naturally ko akan faham who is who dlm novel ni.
generally, buku ni ko akan enjoy baca if ko minat series mcm desperate housewives. yg mana ada banyak elemen misteri & ramai watak pelbagai character. bg aku mmg an enjoyable read. sedikit pun tak rasa bosan, malah tak sabar utk habiskan.
the best part, penghujung/climax cerita ni. debaran dia membuatkan ko x sabar nak habis baca
Sejujurnya, buku ini agak berserabut dengan watak yang ramai dan monolog dalaman yang agak menganggu. Keliru siapa yang bercakap kalau tidak dibaca betul-betul. Watak yang ramai buat saya asyik membelek ke hadapan.
Rasanya buku penulis Rahsia jauh lebih baik dari buku ini. Tapi faktor ini buku pertama penulis mungkin lah jadi punca kekurangan dalam buku ni. Apapun gambar cover dan resipi-resipi di dalamnya bikin perut lapar.
Having a really hard time to catch-up with the plot. Too much conflict. Had a problem to remember the characters as well 😂 but it didn’t mean that I can’t enjoy the novel. Kudos to the author for giving such a brilliant story plot. Mesti susah gila nak build up plot cerita ni. And boleh tahan twisted jugak ✨
kind of can be predict but yet it make you want to read some more. ending is overrated. however the story line is totally cool. i was expect the ending to be the best given the story line. however, i guess it just my assumption
Buku ini memang kena dengan tajuk, terlalu banyak watak dan konflik disumbat, kadang buat aku sesat dalam cerita. Penduduk Kebun Bunga ni memang banyak muslihat ya. Dendam dan dosa merata. Endingnya puas!
Novel ni cover cantik. Dlm dia banyak resepi2. Penulis mmg chef/bakery la kot. Sebenarnya dia citer bunuh2. Tapi. Aku lagi suka buku cerpen Faizal Sulaiman compare than buku ni. Bagi aku la.