Jump to ratings and reviews
Rate this book

Cik Blur Dan Encik Ikhlas

Rate this book
AKU? Tak tahulah apa yang tak kena. Ada saja salah aku di mata dia. Kalau sehari tak marah aku, gamaknya dia tidak serupa orang. Nak kata aku tak cantik, di dalam ofis ini ada lagi yang tak cantik. Sudahnya aku berhenti kerja saja.

“Helo, dah pukul berapa ni? Tak reti nak masuk pejabat? Ingat ni syarikat tok nenek awak ke?”– Encik Ikhlas

“Encik pekak ke? Kalau encik pekak saya cakap lagi sekali. Dengan rasminya saya dah berhenti kerja, berkuat kuasa hari ini.” - Kasih Khalisha

Selepas aku berhenti kerja, amannya aku rasakan hidupku ini. Tapi… tiba-tiba aje dia muncul kembali.

“Apa encik buat kat sini?”

“Eh! Saya yang sepatutnya tanya soalan tu. Kenapa Kasih ada di rumah saya ni?”

“Rumah encik? Ini rumah encik?”

“Yalah. Ini rumah saya! Takkan rumah beruang pula!”

Aduh! Aduh! Aku rasa kepala aku dah pening. Dah rasa berat sebelah. Rumah dia? Rumah lelaki tanpa perasaan ni? Argh! Kenapa boleh jadi seperti ini? Kenapa dunia ni kecil sangat?

Bagaimana aku hendak menghadapi kenyataan bahawa lelaki yang selama ini terkenal dengan garangnya, tiba-tiba saja berubah karakter di hadapanku?

“Hmmm, susah juga nak memenuhi ciri-ciri lelaki pilihan Kasih. Siapalah yang agak bertuah tu, kan?”

“Siapa tahu, kan. Pasti ada seorang lelaki untuk saya.”

“Kalau tak ada, ambillah saya. Saya pun masih kosong.”


Ya, setiap satu itu pasti ada hikmahnya. Adakah perpisahan yang dulu akan menemukan aku dengan seseorang yang lebih baik? Atau sebaliknya? Argh! Sungguh, sedikit sebanyak kehadiran Encik Ikhlas membuatkan aku buntu untuk berfikir.

Paperback

First published December 1, 2012

29 people are currently reading
570 people want to read

About the author

Airisz

10 books128 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
206 (39%)
4 stars
168 (32%)
3 stars
115 (22%)
2 stars
21 (4%)
1 star
11 (2%)
Displaying 1 - 30 of 34 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,008 reviews192 followers
January 3, 2013
Her 2nd debut is not a disappointment.
Photobucket

I don't put a high expectation. Jangan bandingkan dengan Cik Bunga Dan Encik Sombong by AIRISZ . To me, every single story has its own spark. I do agreed that her 1st book was an awesome story.
Photobucket

Encik Ikhlas is a wonderful lead. Aaaahhh suka sangat dengan his character, garang, panas baran, but at the same time you're not surprised by his softness.

Cik Blur @ kasih, was a great characters. Bukan jenis perempuan yang boleh duduk diam, sekali skala harus keluarkan juga kata² pedas.

I took a bit in the beginning to get into the story because I couldn't get it. Sha jadi blur dengan jalan ceritanya. Rupa²nya cerita mengenai Encik Ikhlas yang dah jatuh cinta dengan Cik Blur. Aissshhh memang blur betullah sha.
Photobucket

Kasih berhenti kerja sebab selalu kena marah dengan Encik Ikhlas Ingatkan dah bebas, rupa²nya Encik Ikhlas datang mencari dan memujuk Kasih berkerja semula.

Kasih menolak dan bekerja sebagai maid sementara. Tidak disangka bahawa rumah yang macam tongkang pecah itu rumah Encik Ikhlas. Bermulalah babak² yang mencuit hati.

Lama-kelama² Kasih sudah suka pada Encik Ikhlas tetapi Encik Ikhlas sudah menerima pilihan ibunya. Siapakah pilihan ibunya? Berjaya ke Kasih melupakan Encik Ikhlas? Nak tahu, silalah beli

Bahasa yang santai diselitkan bab² yang kelakar dan sengal. With that said, the book itself was a good read and I'm looking forward her next book.
Photobucket
Profile Image for Hajar.
284 reviews
April 8, 2013
Kasih Khalisha (Kasih) bekerja di bawah jabatan yang diketuai oleh Encik Ikhlas. Tak tahulah kenapa, Encik Ikhlas ni memang jenis ketua yang garang dan 'berangin'. Silap sedikit, mulalah melenting dan mangsa kemarahannya sudah tentulah Kasih. Tak tahan dengan kerenah bos yang garang tak bertempat ni buat Kasih tekad meletak jawatan dengan notis 24 jam. Yang peliknya, bos si Kasih ni gelabah sungguh bila Kasih kata dia dah berhenti kerja. Rupanya marah Encik Ikhlas ni hanya kerana nak tarik perhatian Kasih. Haish.

Walaupun dipujuk dengan pelbagai janji dan umpan, Kasih tak terpujuk pun. Tawaran kerja sementara menggantikan Mak Som (ibu saudara rakan serumah Kasih) menjadi pembantu rumah tak dilepaskan oleh Kasih. Tak sangka, kecil sungguh dunia. Makin nak mengelak, makin hampir pula Kasih pada Encik Ikhlas. Manakan tidaknya, rumah tempat Kasih bekerja tu rupanya rumah Encik Ikhlas. Hehe. Makin terbuka luaslah peluang untuk Encik Ikhlas kan?

Makin lama, Kasih mula menyenangi kehadiran Encik Ikhlas. Bila dah menyedari perasaan yang mula berputik, Kasih diberitakan yang Ikhlas bakal bertunang dengan pilihan keluarganya. Secara kebetulan, keluarga Kasih juga sudah menerima lamaran daripada kenalan ibunya. Memang comel diorang ni. Kasih memang tak mahu ambil tahu siapa yang bakal jadi tunangannya. Encik Ikhlas pula bila dah tahu siapa bakal tunangnya memang dah gembira sangatlah. Cuma dia mahu tahu apa perasaan Kasih padanya.

Bila tahu hakikat sebenar masih sudi lagi ke Kasih nak jadi pendamping Encik Ikhlas yang garang ni? Haha.

Komen saya: Kisah ni pun agak straight forward, tak banyak konflik serta disampaikan dengan gaya santai dan selamba. Suka karakter Kasih yang tegas dan selamba ni. Putus cinta pun boleh selamba belasah orang. Haha. Walaupun saya rasa saya lebih sukakan karya pertama penulis, Cik Bunga dan Encik Sombong, karya keduanya ini tetap menghiburkan. Tahniah buat penulis untuk buah tangan kedua ini. Lepas ni agaknya Cik dan Encik apa pula yang bakal menyusul ya? ;)
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 11 books106 followers
February 12, 2020
Olahan yang santai dan bersahaja pun boleh buat pembaca jadi santai dan relax ketika mahu hadamkan dalam otak..

CIK BLUR - KASIH KHALISHA
ENCIK IKHLAS - IKHLAS

Simple jer, kenal ditempat kerja, kasih asyik kena marah dengan bosnya, ikhlas buatkan dia nekad berhenti kerja. Menerima tawaran pijot menggantikan mak cik som yang mahu ke mekah iaitu membersih dan mengemas rumah. Tanpa disangka rumah itu adalah rumah encik ikhlas. Dalam pada sebagai majikan dan pekerja kasih tidak dapat menahan hatinya jatuh sayang pada ihklas.. Tapi mereka menerima jodoh yang ditentukan oleh ibu bapa masing-masing. Ada juga babak sitanggang moden dalam buku ni tapi kejap jer.. Harap jugak jadi batu tapi macam laju sangat nak habiskan.. Pengajaran utama, nak bercinta nak bernikah ni carilah keredhaan ibu bapa.. Kot ibu bapa yang sporting takde masalah.. Kot yang macam mam si tanggang, haa.... Jadi batulah jawabnya..
Profile Image for Mimi [heyitsmeme06].
102 reviews10 followers
May 8, 2019
As usual. Light read. Bacaan santai yg memang always jadi prinsip Airisz bila menulis.

And yg paling aku suka about penulisan Airisz ni, it's always about kekeluargaan and realistic. Beliau menulis what happened in our society. Takde fantasi hidup semata mata yg lebih.

Cumanya maybe pasal kahwin aturan family tu je zaman sekarang takde sangat dah yg amalkan. Tapi buku ni memang ditulis tahun 2013. So relevant lah kot utk tahun tersebut.
Profile Image for nrrafitah.
111 reviews4 followers
June 18, 2024
One of the novels yang i pinjam di library sekolah duluu. Rasa mcm nak repeat selepas 7-8 tahun lah pulak 😂
Profile Image for Cutie_pie28.
373 reviews7 followers
October 17, 2025
Cerita ni bermula dgn Kasih di marahi Encik Ikhlas sbb buat data salah… die marah tu mmg smue org terdiam.. die stayback utk betul kn slh die tu tp Encik Ikhlas siap teman beli mcd lg yee.. tp die tk sentuh pun sbb Kasih sedih n terasa dan buat keputusan utk benti 24jam..

Haaa lepas tu Ikhlas ni nanar laaa jdi nyee nk pujuk Kasih.. Ikhlas suka kt Kasih tp org tk penah bercinta.. die marah utk tarik perhatian Kasih which is Kasih mmg blur di perlakukan begitu..

Watak Kasih dan Ikhlas ni dua² garang.. tp ade kelembutan dorg ter sendiri.. Ikhlas da lama usha Kasih.. sbb die sgt ter tarik ngn Kasih..

Overall cite ni best… tergelak² baca bile kata yg Kasih lontar kn kt org.. dgn perangai selamba dia.. jgn main² ngn Kasih yee.. Ikhlas pun bole tahan jugk mulut die.. arghhh mmg dorg ni ptut jodoh sama..
Profile Image for Eisya.
185 reviews4 followers
February 13, 2023
Memang blur betul cik kasih .. rasa dah beberapa kali encik ikhlas bagi hint tapi kasih masih tak faham faham. Dalam blur blur pun kasih pantang diusik dia akan melawan. lihat saja cara kasih menangani munirah semasa ada krisis diantara mereka.
Profile Image for Joy (Cheery♡Reads).
974 reviews117 followers
October 17, 2013
Walaupun rasa certain part kelam kabut dan confusing sikit, novel kedua Kak Airisz tidak mengecewakan.

I only wished that the writer could described how the heroine looked like. Joy tak ada idea langsung how Kasih looks like. Blurrrr.. haha...

This is a simple, santai, headache & extreme conflict free romantic comedy.
Profile Image for Iqa.
142 reviews4 followers
August 24, 2022
As always, a very pleasing love story development. What else to say but love it.

TW! Rape joke mentioned. But otherwise, it’s great.
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
August 5, 2016
da baca sebelum ni sebenarnya, tapi lupa bila.. so kire macam flashback jer la.. nak ingat balik jalan cerita.. hehe

secara jujur, suka lagi cik blur compare dengan cik cinderella.. aku lebih layan gila2 kasih n lagi enjoy sebab die jenis yang tak mudah melatah.

Profile Image for Diniy Qistina.
118 reviews5 followers
June 24, 2024
Dengan ini saya nobatkan, novel CIK BLUR DAN ENCIK IKHLAS adalah TOP2 novel Airisz favourite saya! 🪇

Penat asyik dok gelak-gelak je masa membaca. Dengan pantun babun diorang yang entah pape. 😭✋🏼

Setting background kali ni both Encik Ikhlas dan Kasih duduk di KL dan bekerja di pejabat. Encik Ikhlas ni memang terkenal dengan sikap angin monsun kat pejabat. Sehari tak mengamuk, mungkin dia rasa tak lengkap hidup dia. Tapi tulah cara dia nak tackle Kasih. Tapi kita tak berkenan bila penulis ada tulis ayat yang lebih kurang berbunyi, “Sebenarnya orang yang panas baran nilah yang sangat penyayang orangnya.”. A BIG NO to me! Dah kalau panas baran tu tak ada maknanya dia nak penyayang bagai. Jangan merepek. Lagi satu berkenaan dengan 🍇 joke. Itu jelah buat kita turn off sikit. 🫠

Kasih ni bagusnya memang tak mudah melatah. Rasanya, memang tipikal heroin penulis Airisz, semuanya jenis 'reti bercakap' balik.

Overall cerita ni genre rom-com, teringin nak gelak banyak, bolehlah baca novel ni. Kita pun lepas baca terus rasa susah nak 'letak' buku ni. Terlalu best untuk hentikan pembacaan. 😭☝🏼
Profile Image for Yuni.
257 reviews80 followers
December 28, 2017
Santai. Simple untuk dihadam. Free conflict.

Cuma tak berapa boleh terima cara Encik Ikhlas nak buatkan Cik Kasih 'nampak' dia. Nak marah tu okay lah. Tapi no need sampai panggil orang babun. Tak elok.
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews74 followers
June 9, 2013
So sweet! Suka sangat. Kasih Khalishah berkerja di bawah seorang ketua yang bernama Encik Ikhlas. Encik Ikhlas suka mengamuk dan marah-marah untuk dapat perhatian Kasih. Kerana tidak tahan dimaki-hamun, Kasih berhenti kerja serta-merta. Encik Ikhlas cuba memujuk supaya dia tidak berhenti kerja tetapi dia masih berdegil. Sementara dapat kerja tetap, Kasih berkerja sebagai pembantu rumah. Rupa-rupanya ia adalah rumah Encik Ikhlas. Lama-kelamaan mereka mulai mengenal hati-budi masing-masing. Tetapi bila mereka mula rasa serasi, ibu-bapa masing-masing sudah ada pilihan untuk anak-anak mereka. Rasa kecewa ada tetapi mereka tidak mahu mengecewakan ibu-bapa masing-masing. Mereka mahu dapat reda ibu-bapa lalu diikut saja pilihan ibu-bapa. Dan yang seronoknya, pilihan ibu-bapa mereka adalah pilihan hati sendiri. Jadi perkara yang baik dipercepatkan. Mereka amat bahagia tetapi tidak pula abang Encik Ikhlas, Ikram, yang telah buat keputusan untuk berkahwin dengan pilihan sendiri. Perasaan ibu-bapanya tidak diperdulikan. Lalu mereka kecewa. Mereka mula tidak mengendahkan Ikram dan pasangannya. Akhirnya, perkahwinan mereka hancur. Isteri Ikram lari dengan orang lain. Hidupnya merana. Rancangan Ikram untuk porak-perandakan rumah tangga Ikhlas dan Kasih juga tidak berjaya. Rupa-rupanya, Ikhlas telah lama kenal dan jatuh hati pada Kasih. Dia terpikat dengan sifat Kasih yang pandai jaga diri, selamba, pentingkan perasaan orang tua dan tidak berdendam. Dia juga ikhlas dalam tindak-tanduknya.
Simple saja cerita ini tapi ada pengajaran yang hendak diketengahkan.
Profile Image for Nisa.
116 reviews15 followers
August 27, 2013
Okeh... cerita yang simple tetapi sangat manis... ^ ^

Hidup Kasih Khalisha menjadi huru hara apabila En Ikhlas di naikkan pangkat menjadi ketua di bahagian Jualan. Pantang silap sikit, dia akan diherdik dan dimaki. Tidak tahan dengan sikap bosnya itu, Kasih mengambil keputusan untuk berhenti serta merta.

Bila Kasih berhenti, En Ikhlas mula kalut... selama ini segala maki hamunnya terhadap Kasih hanya untuk menarik perhatian Kasih. Sudah empat tahun En. Ikhlas menyimpan perasaan terhadap Kasih.

Selepas berhenti kerja, Kasih dikejutkan pula dengan kecurangan Naim dengan rakan sekerjanya, Munirah. Patah jugalah hidung Munirah dan Naim dikerjakannya...En. Ikhlas pula berusaha sedaya upaya untuk memujuk Kasih supaya bekerja semula.

Untuk menampung bayaran si Comel, keretanya dan pinjaman PTPTN.. Kasih menggantikan Mak Som sebagai pembantu rumah sepanjang Mak Som ke Mekah. Tanpa disedari, rumah tersebut adalah rumah En. Ikhlas.

Semakin hari Kasih dan En. Ikhlas semakin hari semakin rapat sehingga menimbul perasaan dengki di hati Munirah kerana selama ini Munirah juga menyimpan perasaan terhadap En. Ikhlas. Munirah kemudiannya bertindak meninggalkan Naim dan memfitnah Kasih.

Apabila Kasih mula menyedari dia cintakan En. Ikhlas, dia mendapat tahu En. Ikhlas telah ditunangkan dengan gadis pilihan keluarganya. Kecewa dengan berita itu, Kasih lantas menerima risikkan dari kawan ibunya.Tapi, Kasih bingung dan tertekan apabila En. Ikhlas tetap melayannya dengan mesra..seolah-olah memberinya harapan.
Profile Image for Xin Ya Jian.
401 reviews36 followers
August 8, 2020
3.5🌟. Lepas baca untuk kali kedua, tak tahu kenapa rasa macam cerita ni a bit rush. Maybe sebab waktu membaca jalan cerita ni dulu pemikiran masih muda dan sekarang dah lebih jauh. Ternampak beberapa babak yang agak musykil dan rasa tak lengkap seperti yang saya sebutkan tadi, a bit rush. But anyway, still enjoy the book.
Profile Image for Snowy Shalu.
1 review
April 23, 2020
THE STORYLINE IS VERY WELL ORGANIZED. THE EMOTIONS IS WELL EXPESSED THROUGHOUT THE STORY AND MADE ALL THE READERS TO KEEN READING WITHOUT STOPING. THIS STORY IS THE AWESOME AFTER THE FIRST BOOK * CIK BUNGA DAN ENCIK SOMBONG* THAT I HAD READ. I LOVED THE STORY.
6 reviews1 follower
January 22, 2013
Dari segi jalan cerita mungkin Cik Bunga lagi menarik..
tapi dari segi ayat2 lawak jenaka,pd saya Cik Blur sangat menghiburkan!!
Displaying 1 - 30 of 34 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.