Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hikayat Sang Kancil & Sulaiman

Rate this book
Raja Harimau memerintah dari puncak Gunung Kwasa dengan penuh kezaliman. Rimba sedang sengsara. Kemarau kian menyua muka. Segala peraturan purba nenek moyang untuk berlaku adil telah disingkirkan. Sang Kancil, puteri kepada Raja Kancil Tua harus segera mendewasa demi melunaskan takdir agar dia datang menjadi penyelamat.

Sejauh mana ketakutan membuat kita jadi tamak dan merampas hak yang lain? Yakinkah kita apa kita mahu itu sesuatu yang baik? Dan sekerap mana pula sebuah kesetiaan memaksa kita untuk berlaku khianat?

Penulisan semula koleksi fabel klasik dalam bentuk sebuah satira politik ini membawa pembaca untuk merenung dilema tentang politik, falsafah hidup dan erti siapa sebenarnya diri kita.

359 pages, Paperback

First published April 1, 2023

4 people are currently reading
75 people want to read

About the author

Ilham Mazalan

7 books75 followers
An author who wants to write about everything

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
40 (39%)
4 stars
44 (43%)
3 stars
12 (11%)
2 stars
4 (3%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 26 of 26 reviews
Profile Image for Taufiq Yves.
509 reviews324 followers
December 23, 2025
Novel ini cuba menulis semula fabel klasik Sang Kancil dengan pendekatan satira politik dan falsafah yang agak mendalam. Menggubah semula cerita yang ikonik begini bukan tugas mudah - ia menuntut keberanian, kemahiran dan keyakinan tinggi. Adakah percubaan ini benar-benar membawa nilai baru atau sekadar bermain dengan kelainan? Bagi aku, eksperimen Ilham Mazalan ternyata berjaya, aku suka gabungan alegori, mitos, dan renungan kontemporari yang disajikan dengan gaya yang segar.

Ini adalah buku ketiga Ilham Mazalan yang aku baca, dan terus terang, aku rasa namanya wajar diangkat sebagai penulis muda yang berjaya - ideanya segar, isinya matang dan ada mesej bernuansa falsafah dalam penulisannya.

Rimba sedang sengsara. Raja Harimau memerintah dari puncak Gunung Kwasa dengan kezaliman yang tak bertepi. Kemarau melanda, dan segala peraturan purba yang menjamin keadilan telah disingkirkan. Dalam kekacauan ini, Sang Kancil - puteri kepada Raja Kancil Tua - harus membesar dengan segera untuk melunaskan takdirnya sebagai penyelamat. Tapi perjalanan ini dipenuhi dengan persoalan - persoalan besar: "sejauh mana ketakutan boleh menjadikan kita tamak dan merampas hak orang lain? Yakinkah kita bahawa apa yang kita mahu itu benar - benar baik? Dan sekerap mana pula kesetiaan memaksa kita untuk berlaku khianat?" Di sinilah letaknya kekuatan naratif novel ni - ni bukan kisah dongeng, tapi kisah manusia yang dibungkus dalam metafora rimba.

Sang Kancil dalam novel ni bukan lagi si kecil licik yang berjaya menipu Sang Buaya, tapi seorang puteri yang bergelut dengan tanggungjawab, identiti dan moraliti. Dia adalah lambang kepimpinan yang sedang dibentuk, dan dilema yang dihadapinya mencerminkan dilema pemimpin muda dalam dunia sebenar. Raja Harimau pula personifikasi kuasa yang korup dan tamak, yang menolak tradisi demi kepentingan peribadi. Watak Sulaiman, yang hadir sebagai pendamping dan cerminan kebijaksanaan, menjadi suara hati dan akal dalam dunia yang semakin hilang arah. Dynamic antara watak - watak ni membentuk 1 jaringan konflik yang dramatik dan penuh makna.

Aku suka ungkapan "Aku masih belum Sulaiman" dalam novel ni. Siapa di antara pemimpin muda hari ini yang berani tampil mengakui akan ketidaksediaan, ketidakcukupan, dan kesedaran diri apabila gagal dalam melaksanaan amanah besar sebagai pemimpin atau pembawa hikmah? Sungguh, yang aku perhatikan: masing - masing hanta sibuk menegallan benang basah.

Dan di kalangan peminpin senior yang sedia ada, siapakah dia layak menjadi Sulaiman, lambang kebijaksanaan, keadilan, dan kepimpinan yang ideal - yang menampakkan ciri kepimpinan Nabi Sulaiman, tokoh dalam tradisi Islam yang dikenali kerana keupayaannya memahami bahasa binatang, memerintah dengan adil, dan memiliki hikmah luar biasa? Atau syok sendiri sahaja?

Aku suka novel ini - ia menolak naratif kewiraan yang terburu - buru dan sebaliknya mengangkat proses menjadi - bahawa kepimpinan bukan diwarisi, tapi dibentuk melalui pengalaman, pengorbanan, dan pilihan yang sukar. Dalam dunianya yang sedang runtuh oleh kerakusan dan ketakutan, Sang Kancil belum menjadi penyelamat kerana dia masih dalam proses memahami makna sebenar kuasa dan tanggungjawab.

Ilham Mazalan menulis dengan gaya yang kaya dan berlapis. Bahasa yang digunakan bersifat klasik tapi tak kuno, penuh dengan metafora dan simbolisme yang mengingatkan aku kepada hikayat lama, tapi dengan struktur naratif yang moden dan progresif. Teknik naratif yang digunakan ialah gabungan antara naratif linear dan refleksi falsafah, menjadikan karya ini menghiburkan tapi mencabar minda. Dialog antara watak - watak tak bersifat literal semata - mata - sering membawa makna tersirat yang mengundang tafsiran pelbagai.

Mungkinlah ye sindiran melalui novel ini tak ditujukan kepada sesiapa pun yang masih hidup atau dah arwah, tapi pastinya kepada sistem dan budaya politik yang membenarkan kezaliman berakar, serta kepada masyarakat yang memilih untuk diam atau tunduk atas nama kesetiaan. Wow, agak George Orwell ya.

Highly recommended.

4.6 / 5 stars
Profile Image for Ilham Mazalan.
Author 7 books75 followers
June 15, 2023
Buku pertama saya tulis. Inspirasi dari Animal Farm George Orwell dan Musyawarah Burung Fariduddin Attar.
Sebuah kisah fabel yang ditulis sebagai satu cerita baharu. Kisah tentang hidup, pencarian erti diri dan satira politik (serta sifat-sifat manusia dalam berpolitik)
Kalau Cinta Terbelah Di Laut Merah perbahasan saya lebih limited tapi lebih mendalam. Dalam Sang Kancil topiknya lebih luas dan dipermudahkan.
Selamat membaca.
Profile Image for Fey.
226 reviews12 followers
June 11, 2023
"𝙆𝙖𝙡𝙖𝙪 𝙍𝙖𝙟𝙖 𝙞𝙩𝙪 𝙝𝙖𝙧𝙪𝙨 𝙟𝙖𝙣𝙩𝙖𝙣, 𝙢𝙖𝙠𝙖 𝙩𝙞𝙖𝙙𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙡𝙚𝙗𝙞𝙝 𝙟𝙖𝙣𝙩𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙧𝙞𝙥𝙖𝙙𝙖𝙣𝙮𝙖. 𝙆𝙚𝙧𝙖𝙣𝙖 𝙞𝙩𝙪𝙡𝙖𝙝 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙗𝙚𝙧𝙠𝙚𝙝𝙚𝙣𝙙𝙖𝙠 𝙢𝙚𝙧𝙖𝙟𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙝𝙖𝙞𝙬𝙖𝙣 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙥𝙖𝙣𝙙𝙖𝙞!"

Pertama sekali, aku ucapkan beribuan terima kasih kepada pihak @bibliopress atas pemberian buku ini.

Kalian pernah baca kisah dongeng Sang Kancil tak masa kecil? Kalau ya, mari sini aku kongsikan dengan kalian akan Hikayat Sang Kancil dan Sulaiman ini.

Hikayat ini berkisahkan tentang penduduk rimba yang berpecah kepada tiga kumpulan selepas kematian Raja Kancil mereka yang disayangi. Yang pertama, tunduk kepada Raja Harimau yang zalim. Kedua, turun menyembah Sulaiman, raja manusia dan yang ketiga, tidak memilih untuk hidup di bawah dua-dua kumpulan itu.

Hikayat ini bukan hikayat yang biasa kita baca semasa kecil, tetapi ianya merupakan hikayat satira politik yang bermesejkan bahawa dunia politik itu memang amat kotor dan keji.

Jujur, membaca Hikayat Sang Kancil dan Sulaiman banyak menyedarkan aku tentang tamparan realiti. Membaca buku ini membuatkan aku termenung berfikir setiap kali habis satu bab. Betapa bagusnya buku ini kerana membuka mata dan minda akan corak pemerintahan pemimpin yang bermuka-muka dan lain daripada apa yang dipinta oleh rakyat. Jadi, pemimpin mana yang mana harus ditaati?

Aku paling suka karakter Kucing Hutan di dalam buku ini kerana bagi aku, Kucing Hutan mempotretkan diri yang mempunyai banyak pengharapan untuk hidup lebih indah dan berani berubah. Selain itu, aku juga amat suka dengan watak Sulaiman kerana kisah hidupnya.

Hikayat ini juga sarat dengan pengajaran kepada yang membaca. Aku juga suka dengan olahan penulis kerana ianya puitis tetapi mudah difahami. Ayatnya penuh berteka-teki tetapi mudah diteka. Sungguh, buku yang satu ini sudah berjaya menjadi salah satu buku satira politik yang aku suka.

Aku amat mengesyorkan buku ini kepada kalian kerana buku ini mudah difahami dan sesuai dibaca oleh setiap golongan umur. Kalau kalian baca Animal Farm, buku ini wajib kalian baca juga!

Rating: ♾️
–Feyssa.
335 reviews15 followers
February 2, 2024
Hikayat Kancil diolah semula menjadi satira yang tersirat dengan pelbagai pesanan tentang kehidupan. Bahasa disusun indah. Saya suka penceritaan yang deskriptif tentang alam dalam naskah ini.

Persahabatan masa kecil antara kancil betina dan Sang Musang mengisi hati kedua-dua haiwan. Namun demikian, sampai satu detik, pilihan dan keperluan mereka berbeza. Pengakhiran mereka juga berbeza.

Kehadiran Sulaiman atau Putera Salam yang mistik mendidik Sang Kancil yang akhirnya menjadi Ratu Kancil. Perjalanan Sang Kancil ke takhta mengudungkan kakinya.

Watak Sang Harimau bersama konco-konco kepercayaannya memerintah dengan zalim. Berbanding dengan Raja Kancil yang dulu memerintah dengan hikmah. Namun realitinya, kitaran hidup di hutan ada mangsa dan pemangsa. Apabila Ratu Kancil di tampuk kuasa, dia juga perlu membuat keputusan yang tidak disukai ramai terutamanya Si Kucing Hutan.

Bab awal agak perlahan tetapi lama-kelamaan semakin sedap membacanya. Cuma bab akhir agak terasing daripada seluruh naskah. Tumpuan beralih kepada Sulaiman dan ada perbahasan tentang menjadi pemimpin.

Tahniah, İlham.
Profile Image for nazhsahaja.
127 reviews16 followers
July 9, 2024
Jika kita memasak rendang, rendang yang tersedap adalah rendang yang cukup serba serbi ramuan di dalamnya. Setiap barang perlu secukup rasa, ramuan yang perlu diletak banyak harus diletak sebanyak yang patut dan yang tidak seharusnya terlebih sukatan perlu di letak seadanya. Begitu juga buku ini. Buku ini hampir sempurna, tapi seperti ada 1 ramuan tertinggal atau ada ramuan yang diletak terlebih sedikit.

Bahasa. Ye buku ini sangat baik dari segi penggunaan bahasa. Susun atur ayatnya cermat, pemilihan katanya sedap dibaca, hingga ada frasa yang saya ulang lebih sekali kerana menikmati bagusnya tulisan Ilham Mazalan. Cuma saya rasa banyak energi tertumpu di situ, ketebalan muka surat pun banyak disebabkan eleborasi ayat yang berbunga.

Dari segi inti cerita, banyak perincian penting yang boleh ditambah baik. Sewaktu episod pasukan pimpinan Sang Kancil menyerang Gunung Kwasa, mungkin serangan tersebut akan lebih bermakna buat pembaca jika ada perincian yang diceritakan mengenai persiapan warga rimba tersebut. Seperti tahu-tahu dah nak berperang tapi bila haiwan-haiwan ni berlatih? Apa persedian yang mereka buat sebelum nak menyerang gerombolan Raja Harimau? Jadi bilamana pasukan ini kalah atau menang sekalipun, seperti kurang kesan emosi kepada pembacaan.

Jadi mungkin itu adalah 'ramuan' yang tertinggal dalam 'rendang' kali ini.

Tapi secara keseluruhannya, buku ini terletak di rak perlu dibaca oleh anak-anak kita. Pedoman yang baik, banyak hikmah dan falsafah yang boleh difikir-fikir oleh anak muda remaja.

Cuma suka saya memberi pandang mengenai Sulaiman, Sulaiman yang mahu tahu hampir semua sifir-sifir dunia. Sesungguhnya kita adalah makhluk, dan makhluk tidak perlu tahu semua.

Dan, "Namun ternyata, tiada sempadan buat ilmu Tuhan." adalah penutup terbaik boleh diberi oleh buku ini.
Profile Image for Iza B. Aziz.
223 reviews29 followers
June 7, 2023
Tiga kali saya ulang bab 27 (akhir) untuk memahami pedoman sebenar dalam Hikayat Sang Kancil & Sulaiman. Setelah itu...

"𝙉𝙖𝙢𝙪𝙣 𝙩𝙚𝙧𝙣𝙮𝙖𝙩𝙖, 𝙩𝙞𝙖𝙙𝙖 𝙨𝙚𝙢𝙥𝙖𝙙𝙖𝙣 𝙗𝙪𝙖𝙩 𝙞𝙡𝙢𝙪 𝙏𝙪𝙝𝙖𝙣."

Baris inilah yang akhirnya mendamaikan bacaan saya dalam karya terbaru Ilham Mazalan.
_____________________
Dasarnya cerita tentang perebutan kuasa puak Sang Kancil dan Raja Harimau. Hadir pula Sulaiman bukan sahaja untuk mendamaikan perseteruan ini tapi mengajak saya memahami sifat kepimpinan yang terbaik.

Saya juga teruja apabila Sulaiman memainkan semula cerita-cerita klasik pada Sang Kancil. Ternyata hikmah yang terdapat dalam setiap cerita itu sudah berbeza dalam kehidupan dewasa saya.

Mungkin Iza yang berusia 12 tahun sukar untuk mengerti..
_____________________
Soalan yang kerap muncul semasa membaca ialah, kenapa dia Sulaiman, kenapa engkau Sulaiman dan adakah aku juga sudah Sulaiman? Kenapa Sulaiman?

Sengaja penulis guna Sulaiman dalam kisah ini, puitisnya tidak pada bahasa sahaja tapi watak-watak yang dibawa. Bahkan saat Sang Musang menjerit kalimat "𝘽𝙞𝙣𝙖𝙩𝙖𝙣𝙜!" beri nuansa yang mengetuskan jiwa manusia saya.
_____________________
Saya disini hanya berkongsi sebahagian kesimpulan yang saya terima dari HSKS.

Maaf, saya juga tidak banyak mencoret ayat atau dialog dari novel. Atas alasan untuk menjemput kamu sendiri menyelami sendiri siang dan malam penghuni hutan purba ini.

Pesan untuk diri sendiri, jangan penat untuk mencari Sulaiman.
_____________________
Profile Image for Eyqa  Zaque (The Hundred Pages) .
162 reviews19 followers
December 21, 2023
Dreamy reading, can't say I like it or not. So much wisdoms in one piece, but I found the characters dealing with never ending struggle, a life that so hard to endure, break my heart multiple times despite the writing style wonderfulness. Most of the time I skimmed the page, tired of reading so much 'makna yang tersirat'. At least that is my experience, as I said, a dreamy reading, can't say the characters manage to get things done or not, but I guess that is life, we follow the flow by everything we learned on the way.
Profile Image for Thea (HereTheThea).
54 reviews
November 29, 2025
Jangan terpedaya dengan kancil di kulit buku itu! Anda mungkin akan terasa sakit hati, rasa nak ikut balas dendam bersama kancil & berjuang untuk memastikan keamanan antara haiwan di hutan tersebut terjaga.

Masih sakit hati Sang Babi tertewas terlalu awal di dalam buku ini, ish! Masak jadi babi pansuh kang!
Profile Image for Mal.
35 reviews1 follower
June 23, 2023
Tulisan nya sedap dibaca, aku terpana dengan tulisan dari muka pertama sehingga ke akhir. Cuma kepuasannya kurang, aku menanti-nanti di mana kelicikan sang kancil dalam memimpin mergastua di hutan purba ini.

Anyhows kudos to Ilham. Seronok rasa macam jadi sebahagian dalam kehidupan haiwan di hutan.

I think it is only me yang susah nak hadam, maksud tersirat atau tersurat yang terdapat dalam buku ini.
Profile Image for Sya Razak.
22 reviews
June 9, 2023
4.5 🌟 (contain spoiler!)

“Apalah hikmah dan kebijaksanaan yang akan kau dapati daripada manusia semata-mata? Akan datangkah kepandaian kepada mereka yang tidak merenung alam?” - Raja Kancil Tua

Sebuah buku yang mudah untuk difahami dan dalam pada masa yang sama, boleh membuat kita berfikir/membuka minda.

Buku kedua yang saya baca hasil tangan Ilham Mazalan setelah CTDLM. Agak berbeza genre dan intipati kisah kalau nak bandingkan kedua-dua buku tapi identiti tulisan Ilham Mazalan sendiri itu tetap ada. Puitis dan mendalam.

Plot cerita simple, tentang cerita kehidupan haiwan-haiwan setelah kematian Raja Kancil Tua dan apakah yang akan dilakukan oleh warisnya, Sang Kancil, puteri Raja Kancil Tua, dan konco-konco nya termasuk seorang manusia yang digelar Sulaiman untuk menentang kezaliman Raja Harimau dan pengikut-pengikutnya. Klimaks cerita ni memang memainkan emosi ya. Nak penuhi expectation org. Uish. Kita pulak yang rasa ‘useless’ sekali. Se-simple cerita ini pun saya termanggu seusai habis membaca muka surat akhir sebab part ‘diangkat ke langit tu’. ‘Dia’ mati ke apa ke…last2 saya anggap ‘dia’ tu ke alam sana/lain pulak 😂

Pengajaran/nilai murni yang banyak boleh didapati melalui HSK&S dari segi kepimpinan, amanah, kepercayaan dengan Tuhan dan hubungan sesama makhluk. Dan buku ini memang mendefinisikan ‘Betrayals comes from the ones closest to us’. Saya suka bahagian bab akhir dimana Sulaiman sendiri yang lengkapkan ‘missing puzzle piece’ dalam pencarian untuk menjadi penguasa yang baik. Nice one.

Ada satu dua je rasa kurang puas dalam buku ni. Pengakhiran hubungan persahabatan Sang Kancil dan Sang Musang yang ‘begitu’ dan muka surat akhir 😅. Apa-apapun, tahniah atas penghasilan karya yang tiptop. Looking forward for your next book!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Marni Arshad.
77 reviews1 follower
May 11, 2024
Cerita tentang perebutan kuasa puak Sang Kancil dan Raja Harimau selepas kematian Raja Kancil. Dengan hadirnya watak Sulaiman sebagai manusia di tengah-tengah pergelutan kaum haiwan itu membuka minda saya tentang sifat kepimpinan seorang pemimpin yang baik. Kehadiran Sulaiman bukan sahaja mengajar erti seorang pemimpin, malah erti kehidupan itu sendiri. Adakah serupa Sang Kancil dengan Raja Harimau itu sebagai pemimpin?

Kisah kehidupan haiwan-haiwan di hutan belantara ini juga, bagi saya, berkiaskan kisah pergolakan politik, kisah tentang pemimpin dan rakyat jelata, kisah kasih sayang, persahabatan, kesetiaan, kepercayaan serta pengkhianatan. Setiap elemen ini menjadi rencah yang menghidupkan lagi buku ini.

Selain daripada lenggok bahasa yang digubah indah dan sedap dibaca, novel ini juga sarat dengan pengajaran yang diceritakan melalui kehidupan haiwan-haiwan tersebut. Penulis juga bijak membuka mata pembaca melalui cerita-cerita klasik dan tauladan sekaligus mendidik saya sebagai pembaca dewasa dengan cara dan pandangan berbeza berbanding dengan zaman kanak-kanak saya dahulu.

"Aku masih belum Sulaiman." Suatu tanda tanya yang penulis tinggalkan untuk pembaca selami sendiri tentang luasnya makna 'Sulaiman' itu — sehingga telah tercapai fahaman itu, barulah "Aku sudah menjadi Sulaiman."

Tahniah buat penulis!!

4.5⭐
Profile Image for Nurfariha .
13 reviews1 follower
July 20, 2024
OVERALL: 4
But after considering the language impact on me, I'll give it a new overall score that includes the bonus markss

NEW OVERALL: 5
Language: 100000/5
Plot & char dev: 3.8
Technical settings: 3.8
Values: 5

This is my first ever book being this 'delicate.' Even if the plot & char dev aren't that impressive, the language makes up for it. Perhaps because it pulls you in, getting you immersed in it. So I would say the execution of the premise is great -- although the premise is nothing new -- which is a sign of a great author. He could make something normal look good.

Of course, there're some parts here and there that makes me go "huh? So sudden?" But then, the fact it's a fantasy that surrounds the animal world where predators & preys coexist, perhaps I could never fully fathom the chars' thoughts and values. Perhaps this is intended on purpose by the author.

Although I read every line in the book carefully (cuz they're so beautiful & thoughtful), it still goes into my 'may-repeat' list-- cuz it's worthy.

P/S I've just finished a book on Stoicism before this, so somehow this book resonates better with me. "The delicate nature of life and death," that's my key takeaway from the book.
Profile Image for Faiz • فائز.
358 reviews3 followers
December 27, 2024
Karya kedua Ilham Mazalan yang saya baca. Ketakjuban selepas membaca karyanya yang pertama (Cinta Terbelah di Laut Merah) masih tidak pudar walau sudah hampir setahun. Kini, karya beliau yang kedua juga masih tidak mengecewakan. Sudah lama sebenarnya saya ingin memiliki buku ini, baru kini berkesempatan memiliki dan membacanya.

Ringkasnya hikayat ini, sangat sarat dengan persoalan-persoalan kehidupan (falsafah, sekiranya kalian ingin menggelarnya sedemikian) berhubung kebahagiaan, kedukaan, kebijaksanaan, keadilan dan kejujuran. Menampilkan dua watak yang berjalan seiring iaitu Sang Kancil dan Sulaiman, namun yang pertama lebih mendominasi ruang (domain) cerita. Kedua-dua watak ini dalam perjalanan mencari. Ada yang mencari hakikat kehidupan dan ada yang mencari kebenaran.

Terlalu banyak persoalan-persoalan yang menggeluti kehidupan mereka, sekaligus juga mencerminkan persoalan kita sebagai manusia. Kemampuan penulis menggarap hal yang nyata, kemudian dipersembahkan dalam bentuk cerita, telah menjadikan persoalan yang ‘keras’ ini cair dan mudah dihadam oleh pembaca.

Bahasa yang digunapakai juga begitu lunak dan enak. Saya tenggelam dalam pembacaan, hingga tidak tersedar, saya hanya memerlukan kurang separuh hari untuk menghabiskan hikayat ini.

Hikayat ini juga turut menggunakan cerita berbingkai (frame story) seperti yang sering didapati dalam hikayat lama. Cerita berbingkai bermaksud cerita dalam cerita. Ada beberapa cerita yang membuatkan saya merenung diam seketika seperti kisah gagak dan takar (tembikar). Cerita ini mendidik saya untuk melihat sesuatu dengan kaca mata yang lebih luas, atau menggunakan mata burung (bird's eye view) seperti yang disebut Plato. Kadangkala, satu kebaikan hanya mengarah kepada satu lagi kebaikan yang lebih besar. Maka, jangan tergopoh-gopoh dalam berbuat keputusan. Lihat sekeliling dan renungi dahulu apa yang alam ingin sampaikan kepada kita.

Falsafah kehidupan dan pencarian Sang Kancil ini kemudiannya diterjemahkan dalam pergolakan hutan rimba terhadap kezaliman pemerintahan Sang Harimau. Persoalan-persoalan yang dilontarkan pada bahagian akhir buku berhubung kepimpinan benar-benar menjentik hati saya. Hakikatnya, kepimpinan itu akan senantiasa menemui cela, namun bentuk celanya itu bagaimana dan adakah celanya itu bermakna?

Saya sangat menyarankan kalian agar membaca hikayat ini. Pergelutan dalaman yang dialami oleh Sang Kancil dan Sulaiman tidak hanya mengetuk akal pemikiran kita, bahkan akan membuatkan kita kembali merenungi kehidupan yang telah kita jalani. Saranan saya juga, nikmatilah buku ini, yakni bacalah ia dengan perlahan-lahan. Andai ada soalan yang tiba-tiba mengetuk hati kalian ketika membaca hikayat ini, jedalah sebentar daripada pembacaan. Renungkan dan hadirkanlah jawapan, barulah kemudian diteruskan kembali pembacaan yang ditinggalkan. Selamat menikmati hikayat ini! Dan terima kasih penulis atas karya yang begitu baik ini. Teruskan berkarya!
Profile Image for Gadis.
179 reviews3 followers
September 23, 2023
🪶-Waktu kecil dongeng Sang Kancil jadi bacaan untuk di ambil moralnya. Sewaktu dewasa menjadi pusat pemerhatian aku pada isu pemerintahan politik dan mencari diri dalam diri. Jika duluKancil jadi tauladan,adakah sama juga dalam buku ni? Harimau,Kancil dan Manusia dalam cerita jadi bayangan pada jenis² watak pemimpin. Apa perbezaan dan persamaan kepimpinan Harimau vs Kancil? Apa manusia dapatkan dari kedua-dua kepimpinan mereka?

🪶-Bukan hanya cerita Kancil dan Sulaiman,tak kurang hebat penangan hikayat² haiwan daripada Sulaiman pada Kancil warnai moral.Ajarkannya tentang hidup,seperti kisah Gagak mencari air, Gagak dianggap petanda malang, Cengkerik yg gemar menyanyi dan semut, Beluncas dan Rama². Paling terkesan hal Cengkerik. Pengakhirannya buat aku merenung betapa kadang lupa ujian hidup tak pernah tamat,kenapa perlu resah berlebih². Abaikan sikit untuk hiburkan diri.Begitulah dunia bergerak.

🪶-Ini cerita warga rimba yg mempunyai 3 kumpulan. 1-Bawah pemerintahan Sang Harimau, 2-Pengikut Manusia Sulaiman, 3-Haiwan yg bebas tanpa kedua²nya. Pengajaran diberatkan corak kepimpinan pemerintah rimba,pembangunan diri dan hukum alam yg diisi suci dan kotornya dunia dalam konteks dunia haiwan dan manusia untuk direnungkan.Pada golongan manakah bakal dituruti? Seberani watak kesukaan aku Kucing Hutan, kah untuk lawan arus ikut kemahuan sendiri demi kebahagiaan sendiri?

🪶- Tertanya² sekiranya bawah pemerintahan Ayahanda Kancil seamannya, bagaimana caranya dulu? Adakah persis kata² pada jejaka itu tentang takdirnya diawal cerita? Persis apa Kucing Hutan perjuangkan?

🪶-Suka penulis beri tanda tanya dgn percakapan kedua² watak Manusia dan Kancil :
"Aku masih belum Sulaiman".
Aku terkapai² cari makna semua itu. Semua kata tanya selamilah di takafur diri sebagai penilai cerita watak² haiwan ini. Aku dapati ternyata luas sekali makna SULAIMAN yg disampaikan bukan sekadar nama,gelaran dan siapa tapi lebih mendalam makna disebaliknya.Apa simbolik nama SULAIMAN di situ? Carilah dalamnya makna kata Kancil+ Manusia dan berulang baca bab akhir✌🏻
Profile Image for Hidayah Fauzi.
177 reviews3 followers
July 2, 2023
Buku kedua saya baca tulisan Ilham. dan seperti yang saya jangkakan, saya berpuas hati dan seronok walaupun ada beberapa perkara yang saya masih tidak memahaminya. Namun, ia tidak menghalang saya untuk menikmati bahasanya yang indah dan mengambil beberapa ibrah dari kisah tersebut.

Apa yang saya nampak, tema utamanya tentang pencarian diri sendiri. Lebih kepada kesufian. Bukan semata ingin mengembalikan keseimbangan kehidupan di hutan rimba. Ah, teringat pula kisah bagaimana adilnya Umar Abdul Aziz sehingga dikatakan usang dan biri2 boleh bergaul bersama. Dan baru terfikir bagaimana mantan raja rimba, ayahanda kepada Sang Kancil memerintah. Dan aku suka satu kata2 daripada mantan raja rimba yang mati dibunuh tersebut.

Selain itu, aku suka perkembangan setiap watak. Di mana ianya benar2 wujud di dunia nyata. Makhluk yang zalim. Makhluk yang suka mengambil kesempatan. Makhluk yang punya hasad. Makhluk yang lemah. Makhluk yang licik. makhluk yang khianat. Dan sebagainya.

Suka juga bagaimana diketengahkan isu wanita dalam pemerintahan, wala' yang membabi buta kepada pemimpin, pengkhianatan daripada orang yang paling rapat dan sebagainya. Penulis berjaya mainkan emosi pembaca dengan plot twist. Gugur juga air mata bila membaca naskhah ni.

Akhir skali, aku suka watak Kucing Hutan yang bijak dan berpijak atas bumi nyata. Bukan semata berlandaskan empati dan terlebih simpati. Bahkan dia juga berani mengambil risiko dan bijak.
Profile Image for akusipeminatbuku.
264 reviews33 followers
July 27, 2023
Berkisarkan kehidupan haiwan-haiwan di hutan purba. Kita dibawa menjelajahi hutan rimba nan luas dengan pelbagai jenis haiwan.

Raja Harimau yang gagah perkasa bersama-sama Pendeta Anjing dan pengikutnya, memerintah dengan kejam di Gunung Kwasa. Banyak haiwan sudah menjadi mangsa mereka.

Sang Kancil merupakan puteri kepada Raja Kancil. Dia merasa rendah diri kerana tidak seperti Raja Kancil yang bijaksana dan penuh hikmah. Banyak haiwan lain menyokong dan mendesak Sang Kancil mengambil alih tampuk pemerintahan dari Raja Harimau yang zalim.

Musim kemarau yang bakal tiba menjadikan haiwan-haiwan ini tidak senang duduk. Runsing memikirkan nasib dan bagaimana meneruskan kehidupan menghadapi musim kemarau nanti.

Cerita ini bukan sekadar kisah haiwan di belantara tetapi menerapkan kisah kepimpinan melalui teladan, bagaimana mencari hikmah dalam setiap keputusan yang diambil dan apa itu kesetiaan. Pergolakan emosi, persahabatan dan permainan politik yang licik menambah lagi rencah dalam kisah ini.

"Ternyata, dalam soal perjuangan, mencari yang benar-benar ikhlas dan jujur itu amat payah."
Profile Image for Zahirah .
13 reviews
August 22, 2023
Secara keseluruhannya saya suka baca cuma mungkin susah untuk saya hadam sikit setiap yang tersirat dalam buku ni. Mungkin bergantung kepada cara pemikiran individu.

Paling tak faham bab akhir. Apa jadi dengan Sulaiman? Mula mula dia keluar bilik dan haiwan tengah tunggu penghakiman Sulaiman ke atas kucing hutan. Lepas itu Sulaiman dijemput Ilahi? Jadi adakah haiwan haiwan hutan sebenarnya menunggu Sulaiman keluar tapi sebenarnya Sulaiman tak muncul tiba? Kenapa dan bagaimana kucing hutan ditangkap? Bab terakhir bagi saya sedikit tergesa-gesa.

Apa apa pun tahniah Ilham untuk buku fizikal kedua ini. Akan baca Mencari Mendam Berahi pula lepasni dan akan beli buku fizikal keempat yang akan datang 😄
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Asrul Yusairie.
2 reviews3 followers
July 17, 2023
Hikayat Sang Kancil dan Sulaiman oleh Ilham Mazalan.

Best : 5/5 , indah bahasa.

Seronok baca, kelainan kisah dongengan yang digarap penulis. Mulanya saya sangka ini buku sepertinya cerita Sang Kancil yang biasa dibaca tapi rupanya lain sama sekali.

Kisah Sang Kancil, Musang dan haiwan lain di bawah kekuasaan Raja Harimau yang zalim. Garapan penulis dari pelbagai hal pemikiran, dari persahabatan, perjuangan, pengkhianatan dan moral. Terselit juga kisah dongeng lama2 dari sudut pandangan berbeza.

Tahniah penulis kerana berjaya membuatkan watak2 dalam buku ini lebih dijiwai.
Profile Image for Nurhanisah.
Author 1 book9 followers
December 19, 2024
Sedikit berbeza dengan hikayat-hikayat yang saya pernah baca sebelum ini, di mana satu pihak menang dan satu lagi tewas. Tiada yang menang atau kalah dalam hikayat ini. Yang ada hanyalah pengajaran tentang kuasa dan cara terbaik untuk memerintah dan definisi kuasa & pemerintahan itu subjektif dan bergantung kepada individu.
Profile Image for Adrini Chia.
218 reviews
August 3, 2024
Damn I really didn't think I'd fall in love with a book so much. Im going to reread this someday and dissect it cause man
Profile Image for Nad.
375 reviews
January 9, 2025
Agak membosankan buat saya yang cetek ini.
Tapi part yang ada haiwan korbankan diri makes me gasp.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Syu.
40 reviews
June 2, 2025
Hikayat Sang Kancil & Sulaiman - (@ilhammazalan) ✅
4/5 ⭐

"Tidak semestinya yang lambat itu gagal, bahkan menjadi kebiasaan dunia bahawa makhluk-makhluk hebat langkahnya lebih berhati-hati. Apa yang penting adalah percaya kepada upaya diri."

Novel pertama karya Ilham Mazalan yang saya baca. Penulisan yang puitis dan sedap dibaca.

Memberi pengajaran tentang kehidupan tapi ditulis dalam sudut pandang haiwan.

"Tidak manis andai soalan yang tua tidak berjawab."

@bibliopress

#MalaysiaMembaca #BookstagramMalaysia
Displaying 1 - 26 of 26 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.