Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bila Kupetik Gitar

Rate this book
Demi mencari jiwa dan inspirasi, seorang ahli muzik muda membuat keputusan untuk berhenti kerja dan menjelajah ke Tanah Besar Asia Tenggara yang merangkumi negara Thailand, Kemboja, Vietnam dan Laos seorang diri. Berbekalkan wang tunai sebanyak RM500 sahaja dan beberapa kelengkapan pengembaraan yang asas, Fahmi Faiz nekad untuk menghabiskan misi kembaranya hingga ke garisan penamat meskipun ramai yang mengatakan bahawa misi tersebut mustahil kerana persediaan yang kurang rapi serta sumber kewangan yang begitu terhad.

Dalam memastikan pengembaraannya berjalan lancar, Fahmi terpaksa mencari jalan untuk mencari wang saku di negara asing serta sentiasa memilih alternatif yang paling murah meskipun dihimpit kesusahan dan ketidakselesaan. Namun dalam segala kesulitan yang dihadapi, sentiasa ada kemanisan dalam setiap pengalaman yang dilalui.

114 pages

First published January 1, 2013

19 people want to read

About the author

Fahmi Faiz

3 books5 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (16%)
4 stars
9 (30%)
3 stars
2 (6%)
2 stars
8 (26%)
1 star
6 (20%)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
Profile Image for Zulhilmi Ghouse.
26 reviews4 followers
April 21, 2013
Selepas membaca blurb di belakang buku, saya sungguh teruja untuk membaca buku ini. Bagaimanakah Fahmi Faiz dapat hidup dengan hanya RM 500 sambil mengembara ke 4 negara selama 19 hari? Malangnya, segala rasa hormat yang saya ada padanya lesap sama sekali selepas mendapat tahu bahawa beliau telah meminta duit dari Kedutaan Malaysia bukan sekadar sekali, tetapi TIGA KALI! Dan beliau telah dengan bangganya mengakuinya dan secara tidak langsung menggalakkan perbuatan itu.

Sangkaan saya, apabila beliau kehabisan duit (Siapa yang tidak dapat jangkakan perkara itu akan berlaku sebelum membaca?), beliau akan bekerja buat sementara waktu atau mungkin menjadi seorang 'busker di perantauan' (Seperti yang dicadang secara tersirat pada tajuk buku dan kulit buku), tetapi sangkaan itu meleset. Beliau cuma meminta sedekah ('Bertanya', ujarnya. Heh.), dan berkat mentaliti meminta tersebut, berjaya mendapatkan jumlah wang sebanyak USD 572 & THB 20 (MYR ~1738). Bandingkan dengan jumlah wang yang dibawanya ketika memulakan perjalanannya: USD 130 & THB 1000 (MYR ~500). Lebih tiga per empat perbelanjaannya ditampung wang sedekah. Tiada apa yang patut dibanggakan, pada hemat saya. Amat TIDAK PATUT dicontohi. Terutama sekali perancangannya yang--boleh dikatakan--tidak wujud (Contoh: Beliau menghabiskan LEBIH SEPARUH daripada gaji MYR 3000 untuk menyambut Hari Raya sebelum berangkat; beliau juga menghabiskan paling kurang RM 150 (Cuma anggaran) untuk membeli hard case bagi gitarnya sebelum berangkat, tetapi tidak membawa pun gitar itu akhirnya). Apa yang banyak saya dapat dari buku ni ialah perkara-perkara yang TIDAK PATUT kita contohi, lebih dari perkara-perkara yang patut kita teladani.

Oh ya, gaya penulisannya juga tidaklah mengagumkan. Sekadar standard remaja sekolah (Bahkan mereka barangkali boleh menulis sebuah buku dengan lebih BAIK, MENARIK dan PANJANG). Format yang digunapakai Fahmi ialah 'Jam sudah X pagi/petang/malam, tarikh/bulan/2011...', dan ianya diulang-ulang dari awal hingga akhir buku. Setiap kali ke negara baru, beliau akan mengumumkan ketibaannya di 'negara ke-X dalam misi 1Malaysia Solo Backpacking Trip Around The World: Phase 1 - Mainland of South East Asia'. Sungguh kering stailnya. Komentarnya tentang negara yang dikunjunginya juga tidak begitu mendalam (Menunjukkan betapa beliau cuma 'skim the surface' selama 19 hari), sebab itulah buku ini cuma 114 muka surat panjangnya--itupun kerana ada banyak gambar yang sangat RENDAH kualitinya (Cuma gambar dari kamera telefon bimbit. Sekali lagi, kerana tiada persediaan yang rapi sebelum memulakan perjalanan). Tidak sekalipun dikaitkan pengalamannya sepanjang pengembaraan ini dengan pengalamannya yang lepas, ke negara-negara Asia Tenggara yang lain. Cuma satu yang agak aneh, beliau gemar mengaitkan pengalamannya dengan filem. Komentar Fahmi hanya menjadi lebih deskriptif dan menarik di bab 6; sudah hampir penghujung buku.

Di penghujung buku, Fahmi Faiz menyenaraikan apa yang beliau telah dapati dari pengembaraan dan proses pencarian jiwanya. Akan tetapi, tiada satu pun yang tidak dapat dipelajari atau dilalui dengan MEMBUAT PERANCANGAN YANG RAPI. Beliau juga mengakhiri buku ini dengan nada 'happily ever after', namun saya yakin dengan ketiadaan kerja, kehabisan wang, dan perasaan rindu kepada suasana mengembara (Ini juga sebab mengapa beliau gopoh untuk melarikan diri dari dunia korporat pada mulanya), keadaan beliau selepas pulang ke Malaysia sebenarnya tidaklah baik-baik sahaja.

Jika anda tidak pernah membaca travelog, buku ini mungkin anda suka. Tetapi ianya bukanlah suatu travelog mahupun buku yang bagus pada saya.
Profile Image for Fairuz.
202 reviews
March 26, 2013
Fahmi Faiz benar-benar pengembara pokai yang tekad mencari jiwa dalam kembaranya di tanah besar 4 buah negara Indochina. Bermula dengan hanya wang tunai USD130 dan 1000 Baht, dia tinggalkan keselesaan bumi Malaysia demi misinya itu. Di tempat orang, dia bijak bergaul tanpa mengira latar belakang sosial di samping menjaga maruah tanah tumpah darahnya. Lihat saja di mana-mana, dia tidak kekok menyemai kemesraan persahabatan yang tulus dengan sesiapa pun yang ditemuinya.

Melalui travelog ini 2 perkara teratas yang aku kira harus direnung fikirkan. Pertama mengenai hak demokrasi Amerika dan budaya mereka yang membawa kepada kepincangan sosial seperti yang dikatakan oleh Ken Laz, warga Amerika yang berhijrah ke Bangkok. Keduanya mengenai pesanan Asnawi, warga Melayu Champa yang mahu kita menjadikan nasib kaum melayu di Vietnam sebagai teladan supaya kita menjaga bangsa dan negara. Sesungguhnya bila melihat kedaifan hidup di negara orang membibitkan rasa syukur yang teramat akan nikmat di tanah air sendiri.
Profile Image for Akuismeudy.
60 reviews2 followers
February 3, 2013
"even last time my hand was damaged, but no one can steal the chords from my mind" perkongsian yang bermakana. kekurangan sesuatu bukan bermakna kita hilang keseluruhnya kan?

such a good book.. sesuai la kalau nak baca santai-santai. you never know who you are till you be pushed to the limit.

aku suka qoutes

" i do know that travelling does teach me some very important lessons, that things dont last forever and that you better appreciate every moment before it's gone. your final night with someone special your last moment watching the sunset, the last glace over the road where all the memories lies underneath it-keep it, appreciate it.

aku suka buku ini secara keseluruhannya seolah aku menyertai faiz mengembara bersama ke semua negara dia lawati.. banyak pengajaran boleh dicedok dan diaplikasikan dalam kehidupan kita yang sememangnya sebuah pengembaraan
Profile Image for Sooraya Evans.
939 reviews64 followers
May 18, 2016
Boring. Gambar yang disertakan sangat kabur.
Serupa tak payah. Kualiti kamera bukan alasan.
Profile Image for Gina.
Author 11 books97 followers
December 18, 2013
This is a very self-discovery mode book, written in such a way that it is talking to nobody but to those who are willing to just sit down and listen. There is no climax, no final goal, no motivation to keep turning the pages because it lacks of substance. In what I meant by substance is the writer brings you to so many different countries, yet he doesn't tell you enough to let you feel that country. It almost feels as if he brings you onto the road but fails to bring you there. And all you do is go through the daily things he does during his travel.

I think most adventure like this, it's very inner insight driven. And not many writers can bring out that new revelations that dawn upon them during such discovery process. This book didn't bring out any new revelations that I feel the writer has experienced, but it is definitely a good try.
Profile Image for Ummi Abibah.
12 reviews4 followers
March 21, 2015
" i do know that travelling does teach me some very important lessons, that things dont last forever and that you better appreciate every moment before it's gone. your final night with someone special your last moment watching the sunset, the last glace over the road where all the memories lies underneath it-keep it, appreciate it.- Fahmi Faiz
Penceritaan berbentuk jurnal daripada bekas eksekutif yang juga ahli muzik muda membuat keputusan drastik untuk berhenti kerja dan menjelajah ke bebberapa negara di Asia Tenggara merangkumi Thailand, Kemboja, Vietnam & Laos secara sendirian demi mencari jiwa & inspirasi. Juga pengembaraan yang hanya bberbekalkan RM500 serta kelengkapan asas ‘backpacker’, penulis telah berjaya menyahut cabaran menghabiskan misi pengembaraan sampai kegarisan penamat walaupun dirasakan agak mustahil lantaran kekurangan bajet kewangan serta kurang perancangan secara rapi.
Bagi yang suka mengembara secara ’backpacker’ aku rasa buku ni agak seronok dibaca terutama sekali bbagaimana cara penulis ’survive’ di setiap negara serta memilih alternatif yg paling murah meskipun dhimpit kesusahan dan ketidakselesaan. Boleh dikatakan setiap perkara yang dilalui, pengalaman yang dapat akan didokumentasi penulis dalam diari. Perjalanan yang mendedahkan penulis kepada pelbagai ragam manusia asing di tempat asing yang berbilang bangsa dan agama lalu setiap pengalaman tu dterjermah kepada bentuk pengajaran,ilmu serta persepsi yang mudah diterima jiwa. Bukan sekadar pengembaraan mencari jiwa, bijaknya penulis memanfaatkan peluangnya berjumpa dan berkenalan dengan pelbagai golongan daripada kelas atasan hingga golongan bawahan dengan mempromosi serta mempamerkan nilai budaya masyarakat Malaysia dengan cara paling berhemah.
Sedikit sebanyak naskah ini ada menyentuh isu hak demokrasi Amerika yang membawa kpd kepincangan sosial yang bberlaku berdasarkan pengalaman yang diceritakan Ken Laz individu yg ditemui di atas bas. Selain itu luahan warga Melayu Champa yang mahu kita menjadikan nasib kaum melayu di Vietnam sebagai teladan supaya kita menjaga bangsa dan negara. Kagum aku pada salah seorang penduduk Bangkok yang hidup dalam kedaifan ttp ada semangat yang tinggi untuk mamantapkan tahap penguasaan bahasa inggeris dalam kalangan masyarakat muslim thailand dengan mengasaskan Islamic Learning English di Facebook.
Kelemahan penulis akibat kurang persediaan rapi agak menjejaskan mood pembaca untuk menggambarkan keindahan dan tahap sosial sesuatu kawasan terutamanya dari aspek kualiti gambbar yang hnya diambil menggunakan kamera telefon bimbit. Penceritaan yang mendatar,tiada klimaks tapi masih mampu untuk menyampaikan matlamat sebenar pengembaraan mencari jiwa. Buku yang sarat dengan nilai positif dan motivasi bukti permulaan yang baik untuk penulis selaku penulis baru.
**2 ½ bintang utk buku ni.
(Part plg best bila penulis dpt melihat, duduk dan merasai sendiri penngalam dalam suasana masyaarakt yg masih trauma dgn kekejaman rejim Pol pot)
Profile Image for Juliza.
208 reviews29 followers
May 17, 2013
“Bacaan yang sangat disarankan untuk mengupas dan mengenali potensi diri.” ~ Itu kata Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.

Kata hamba pula, “Bacaan yang cukup menyarankan sang hati untuk pergi melancong.” Hehe. Mungkin kerana ini buku travelog pertama yang hamba baca makanya hamba agak terkesan dengannya. Betul-betul buat hamba terasa hendak melihat sendiri Phnom Penh dan Vientiane – sebagai pelancong biasa saja kerana hamba belum senekad Fahmi Faiz untuk ber-backpaker :).

Namun, buku ini pada hamba bukan semata-mata tentang seorang lelaki yang ber-backpaker dengan wang permulaan RM 500 tetapi ini tentang pengalaman penulis berada di tempat asing, bertemu orang-orang asing, menjadi sebahagian orang-orang asing itu lalu menterjemah semua itu menjadi sesuatu pengajaran/ilmu/persepsi yang bisa membajai jiwa. Sementelah, penulis sememangnya sedang mencari jiwa.

Kesimpulannya, buku ini sarat dengan nilai-nilai positif dan motivasi sehingga bagai tidak membenarkan kesukaran/cabaran yang diceritakan penulis menimbulkan sebarang kesan dalam diri hamba. Contohnya, masalah hujan lebat (ni dah sah-sah tak memberi kesan sebab hamba memang suka hujan), proposal dana yang ditolak, kesempitan wang serta kebiadapan tukang ‘moksi’ (teksi motorsikal – suka hati hamba saja memberi nama :P). Ini sebenarnya membuat hamba merasakan buku ini seperti kurang lengkap kerana kurang thrill.

Namun, masih, bacaan yang sangat disyorkan untuk mereka yang ingin menjadi lebih positif, lebih berani, lebih percaya diri, lebih ramah, lebih pemurah dan ya, untuk anda yang ingin tersenyum lebih manis dari biasa :)).



Profile Image for SS.
518 reviews5 followers
August 28, 2018
Apa yang boleh dipuji utk buku ini ialah effort penulis utk share pengalaman beliau mengembara. Bagaimana cara dia survive di negara org dan jumpa insan insan yg baik hati yg menolong beliau ketika susah.

Of course. Ika lebih suka dan puas utk tgk gambar gambar yg dishare tu berwarna. Tak goyang. Besar. Sekurang kurangnya jelas. Itu yg penting. Kalau gambar kabur. Mcm mood nak melihat tu pun mcm sambil lewa je. Okay takpe la. Berbalik kepada cerita penulis.

Tahap fokus ika utk cerita dia tersangkut sangkut haha. Mood tu cm upside down la org kata sbb kadang tu meleret dan cerita dia mcm sana sikit, sini sikit.

2 reviews
September 9, 2014
Good job for pemulaan.. Pembaca ibarat ditarik kedunia fahmi faiz dlm pengembaraan yg penuh dengan ranjau. Yes, maybe need to improve for the writing skill, but this is not a big issue. Hope he will success for the next big plan :)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.