Based on empirical research, this book addresses three highly relevant the struggle to mold a sustainable national identity in the context of rapid societal change; the particular challenges faced by ethnic minorities in the face of social exclusion; and, the building blocks for national integration, notably among young people.
Buku ini menghimpunkan beberapa kajian ahli sosiologis Malaysia tentang isu etnik dan ras dan bagaimana dua faktor ini memainkan peranan dalam membina sesebuah nasion. Dan kajian-kajian ini tidak terhad di dalam Malaysia malah turut diselitkan dua kajian yang fokusnya pada etnik Rohingya dan etnik Akhar yang bermaustatin di Myanmar dan Thailand.
Antara kajian yang menarik perhatian saya ialah kajian tentang kesepaduan pelbagai etnik di Sabah yang mana kelihatannya isu bangsa atau etnik di Sabah bukanlah isu yang sensitif, meskipun pecahan etnik yang banyak . Ini dapat dilihat melalui dapatan kajian yang menunjukkan peratusan kahwin campur (bertentang ras) agak tinggi berbanding di semenanjung. Meskipun begitu, kesepaduan ini tidak mencairkan identiti sesuatu etnik atau bangsa malah banyak adat dan budaya dikekalkan oleh generasi hari ini dan disesuaikan mengikut peredaran zaman. Selian itu, pergaulan pelajar-pelajar di Sabah juga tidak hanya tergelompok dalam satu ras seperti di semenanjung.
Kajian yang terakhir berkenaan peranan media dalam membentuk pemikiran masyarakat juga agak menarik. Pemikiran masyarakat ditentukan melalui apa yang mereka baca dan tonton, dan disebabkan hal ini orang politik menggunakan media sebagai alat propaganda.
Sebenarnya banyak lagi kajian sosiologi yang berguna dan bermakna tetapi hanya disimpan di perpustakaan di universiti, tidak disebarluaskan kepada masyarakat dan ini adalah kerugian yang amat besar sekali. Bagaimana masyarakat mahu mencermin diri mereka jika mereka tidak mendapat akses kepada bahan kajian ini tadi? Apakah semuanya mahu dipundakkan ke atas bahu pelajar semata-mata (yang juga ketika ini tidak ada lagi semangat mendidik masyarakat)?
Justeru usaha untuk menerbitkan segala kertas kerja dan kajian di peringkat universiti ke dalam bentuk buku misalnya sangatlah dihargai dan diperlukan. Terima kasih kepada SIRD kerana menerbitkan buku ini!