Tangan-tangan ombak Nilasura rakus melontar Cempaka Suri keluar dari mimpi magisnya. Gadis pemimpi itu, atas rasa kesetiaan tanpa ada bahagi, membimbangi keselamatan Lang Surya, malah tidak kalah kepada Rimau Seru juga. Setelah keberadaan Rimau Seru dikhabarkan selamat oleh Puteri Kenanga Mulya, maka menjadi kerja baginya menghulur tolong kepala Lang Surya, yang ketika itu dikelilingi oleh duyung-duyung Kenchanapura.
Pekerjaan itu tidak semudah yang disangka, bahkan nyaris bersifat celaka. Teka-teki tiga haiwan tersumpah - Mak Katak, Pak Kura dan Pak Buaya - harus dilunasi bagi membuka jalan ke Kenchanapura. Dugaan & cabaran bersilih ganti, membuatkan jejaka dengan gelar Lang Surya itu kian menapak di dada Cempaka Suri.
Apakah mampu mimpi-mimpi Cempaka Suri memberikan penyelamatan kepada Lang Surya di Kenchanapura? Apakah titik rasa di lubuk hatinya berkembang menjadi cinta? Ada apa dengan si gentaka Rimau Seru? Gerangan siapa Ratu Sroja Biru?
Ayuh, dekati daku. Akan kuceritakan jawapan-jawapannya kepadamu.
Makin banyak persoalan yang masih tidak terhurai. Menanti siri yang akhir. Saya tertanya-tanya apa terjadi pada Karangan Loka? Adakah dia benar-benar dihukum? Adakah wataknya dimatikan begitu saja?Penulis berjaya memberi kesan mendalam pada perpisahan antara Karangan Loka dengan Lang Surya, Cempaka Suri dan Rimau Seru.
Saya tidak sabar mahu mengetahui muslihat Ratu Sroja Biru.