Sahabat sejati, BFF. Itulah istilah yang paling sesuai untuk menyatakan hubungan yang terjalin antara Farisha a.k.a Sha dan Fariz Ameerul Shah a.k.a Shah. Sejak kecil mereka bersahabat baik. Sentiasa kelihatan bersama sehinggalah Shah mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajarannya ke luar negara meninggalkan Sha yang sekadar mahu menuntut di dalam negara sahaja.
Kepulangan Shah ke tanah air setelah menamatkan pelajarannya dikejutkan dengan satu berita yang selama ini tidak pernah terlintas di benak fikiran dua sahabat ini. Mereka telah ‘dijodohkan’. Perkara yang membuatkan Sha dan Shah ‘blur’ buat seketika. Namun, dalam hal ini Shah yang paling kalut. Walaupun dia menolak perancangan yang tidak masuk akal itu, mummynya tetap mengugutnya untuk menjodohkan dia dengan gadis lain. Sedangkan Sha, mama dan papanya langsung tidak memaksa sekiranya perancangan mereka mendapat tentangan.
Disebabkan tidak mahu berkahwin dengan gadis yang tidak dikenali dan dianggap tidak sesuai dengan dirinya, Shah membuat perancangan gila! Mengajak Sha bersetuju sahaja dengan perancangan yang telah ditetapkan ibu-bapa mereka sebelumnya. Itu sahaja jalan yang paling selamat. Berkahwin dengan sahabat baik sendiri. Pada mulanya rancangannya itu mendapat tentangan hebat daripada Sha yang menganggap keputusan Shah tidak boleh diterima akal. Namun disebabkan rasa simpati terhadap sahabat baiknya itu, Sha akhirnya bersetuju. Tetapi benarkah hanya wujud perasaan simpati di dalam hati Sha ketika itu? Sanggupkan dia korbankan masa depan sendiri dengan mengahwini lelaki yang dia tidak cintai? Shah pula, waktu itu hanya satu benda sahaja yang bermain dalam kepalanya. Dia tidak mahu hidupnya terikat sekiranya dia berkahwin dengan perempuan yang tidak faham akan kehendak dan perangainya yang suka sangat berkawan dengan kaum Hawa.
Bagaimanakah kehidupan mereka setelah berumah tangga? Adakah mereka hidup sama seperti pasanganpasangan yang sudah berkahwin? Adakah Sha mampu bertahan dengan sikap suami sendiri yang suka sangat timbulkan gosip liar dengan wanita lain di luar? Shah pula tegakah dia menduakan isteri yang merangkap sahabat baiknya sendiri? SHA DAN SHAH kisah PERSAHABATAN dalam PERKAHWINAN…
You know what? Reading friendship turns to love relationship is never boring. Even though all the moments are cliche. Because deep down we sometimes hope that one of our friend could be 'the one'. Of course that dream is just a ridiculous dream. Because a friend last forever. Lover not.-ceh. berfalsampah>
---- Re-read. Baca buku tebal ini sekali lagi. Dengan harapan satu hari ada can cemni. Walaupun sebenarnya jauh panggang dari api. Tak sangka. Ingatkan nak baca sebab/dua. Sampai muka surat last pulak. Tak kira. Nak masukkan dalam challenge jugak!
Sha dan Shah. Farisha dan Fariz Ameerul Shah. BFF. Berkawan sejak berumur 5 tahun lagi. Usia persahabatan mereka telah melebihi 20 tahun. Telah faham dengan perangai masing-masing.
Perkahwinan mereka terjadi kerana desakan ibu bapa Shah yang sudah tidak tahan mendengar cerita-cerita mengenai Shah yang tidak pernah putus. Mengenai Shah yang sentiasa berganti teman wanita sepanjang masa. Hmm...daripada memilih perempuan lain, lebih baik dia berkahwin dengan Sha, sahabat baiknya. Sahabat yang amat kenal dengan dirinya yang sebenar. Malah Sha adalah perempuan yang amat disayanginya selepas ibunya.
Sha akhirnya mengalah dengan pujuk rayu Shah dan menerima cadangan perkahwinan tersebut. Maka bermulalah episod baru dalam perhubungan mereka...daripada BFF kepada suami isteri.
Kalau dilihat dari ceritanya...plotnya...memang cerita ini biasa. Tetapi Sha Ibrahim berjaya menjadikannya luar dari biasa dengan garapannya yang tersendiri. Bagi saya, perbezaan itu hadir dalam karekter watak-watak utamanya...Sha dan Shah.
Shah...lelaki yang memiliki segalanya...rupa, harta dan pangkat. Sebab itulah perempuan-perempuan tergila-gilakannya. Namun, masih ada iman di hatinya. Pergaulannya dengan semua teman wanitanya masih lagi dibatasi agama. Sha pula jenis yang cool. Tidak cemburu buta dan masih bersabar apabila cerita-cerita mengenai Shah tetap ada walaupun setelah mereka berkahwin. Malah dia pula yang banyak menyelamatkan Shah.
Seperti yang diduga...mereka punya perasaan lain selain kasih-sayang seorang sahabat. Rupanya...cinta yang dicari dan ditunggu memang dah ada di depan mata selama ni. Cuma sedikit masa diambil untuk mereka menyedarinya.
Yang paling saya suka, Shah tidak memandang enteng perkahwinannya dengan Sha walaupun boleh dikatakan kategori kahwin rela dalam terpaksa. Tiada kontrak di antara mereka.
Kita kahwin. Lepas kita kahwin, kita biarkan takdir yang tentukan semua. Kita hidup macam biasa.
Hmm...selepas mereka mula hidup sebagai pasangan yang normal...memangla agak meleret sedikit rasanya. Tapi....meleret pun tetap terasa kebahagiaan dan kesedihan yang diungkapkan.
Lambat habiskan....bukan sebab bosan tapi sebab terlebih perasaan! Hehe...sampai terpaksa ditangguhkan bacaan beberapa kali....
Awal² geram dengan Shah... tak habis² perangai playboy dia. Sweet talker betul!
Bila terjadi sesuatu kat jiran sebelah baru Shah insaf. Suka la kisah diaorang. Sha memang trust Shah. Sha tahu Shah ni playboy characters je tapi tak lebih²... org lelaki kata alaaaa kawan² je.
Babak Sha dilamar, godaan Shah, gangguan si Iskandar... aku terbuai-buai dengan BFF Sha & Shah. Sweet, cute-muit, tersengih, tersenyum, geram, meluat..... all in one.
Separuh masa kedua.......
Penat menyelak helaian demi helaian (dan hati berbicara "bila nak habis ni?"). Terlalu meleret....... rasa mcm baca buku panduan 'cara2 menangani suami/isteri merajuk 101'.....aduhhhh
Kisah BFF (Best Friend Forever) yang bertukar status kepada suami isteri. Orang selalu kata, mustahil seorang lelaki dan seorang perempuan boleh 'berkawan baik' tanpa ada terselit 'perasaan' lain bersama. Mampukah mereka mengemudi rumahtangga yang berasaskan hubungan sahabat ini?
Farisha (Sha) menerima lamaran Faiz Ameerul Shah (Shah) kerana tak tahan dengan pujuk rayu Shah yamg mahu menyelamatkan diri daripada berkahwin dengan pilihan ibu bapanya. Yelah, daripada berkahwin dengan perempuan yang tidak dikenalinya, lebih baik berkahwin dengan sahabat baik sendiri kan? Sekali fikir, Shah ni sebenarnya macam selfish juga. Sebabnya, lepas berkahwin dengan Sha, dia masih tetap teruskan perangai dan tabiatnya yang suka bertukar-tukar teman wanita sama seperti sebelum berkahwin dengan Sha. Haish. Sha juga yang jadi penyelamat bila cerita-cerita tak elok tentang Shah terpapar dalam akhbar dan tabloid.
Namun, segala-galanya berubah bila Shah mula menyedari yang dia mula jatuh hati kepada isterinya sendiri. Maka bermulalah sesi memikat si isteri. Sha pula sebenarnya memang dah lama menyimpan perasaan pada Shah, cuma sebab dia sayangkan persahabatannya dengan Shah, perasaan tu disimpan elok-elok dalam hatinya. Cuma bila Shah dah mula memikat, takkanlah nak terus cair kan? Haruslah main tarik tali juga. :)
Bila hubungan suami isteri sebenar telah terpatri, bermulalah cabaran hidup sebenar mereka. Berjayakah mereka menongkah arus cabaran dan dugaan selepas bertukar 'status' ini?
Komen saya: Jujurnya saya seronok baca kisah ini. Plot yang mudah tanpa banyak konflik yang menyakitkan hati. Cuma awal-awal pembacaan, saya memang banyak sakit hati dengan perangai Shah. Hehe. Tahniah buat penulis. Moga bakal lebih banyak ilham untuk kisah-kisah seterusnya.
Sebuah kisah persahabatan yang di'upgrade' kepada suami isteri..
Sha: "Kau dah gila? Aku tak nak! Apa nak jadi pun jadilah!"
Shah: "Ala Sha, please.... Aku lebih rela kahwin dengan kau daripada aku kahwin dengan perempuan lain yang aku langsung tak kenal."
Sha: "Woi! Kau ingat nikah kahwin ni macam main pondok-pondok apa? Suka hati, senang-senang je nak kahwin."
Shah: "Tolonglah beb! Hanya kau saja yang boleh tolong aku! Aku tak nak hidup aku terkongkong, aku tak sanggup pegang tanggungjawab sebagai seorang suami lagi beb! Banyak lagi benda yang aku tak tahu. Aku tak nak nanti aku akan sia-siakan anak dara orang. Aku tak rasa ada perempuan lain yang boleh faham dengan aku selain kau."
Ajal, maut, jodoh, semua di tangan Allah..
Allah lah sebaik-baik Perancang..
Tahniah penulis! Setiap watak di'kembang'kan dengan baik..
Novel ini sesuai sangat sebagai hiburan buat otak...hehe. Kisah Sha & Shah, sering buat kita tersengeh & ketawa sorang2... Kisah BFF Sha & Shah yang berkawan sejak dari tadika..mereka sungguh akrab sehingga tiada rahsia antara mereka..semua ada dalam poket masing2... Apabila tamat belajar, ibubapa masing2 bercadang menjodohkan mereka... Ibubapa Shah siap ugut Shah, kalau tidak terima..mereka akan nikahkan Shah dengan seorang ustazah yang baru pulang dari Mesir... daripada menikahi gadis yang tidak dikenali..lebih baik dia memujuk Sha untuk menerima rancangan keluarga mereka....Enam bulan usia perkahwinan mereka, hubungan mereka masih seperti sahabat karib. Shah terus dengan hobinya suka berkawan dengan ramai wanita...dan Sha pula sentiasa menjadi 'tukang backup'...Apabila munculnya Iskandar, musuh tradisi Shah yang cuba memikat Sha...Shah baru sedar, dia sebenarnya sudah lama mencintai Sha...maka, bermulalah sesi pikat memikat...dan Shah juga nekad meninggalkan perangai buaya daratnya. Ketika mereka baru merasa bahagia, Iskandar terus berusaha merampas Sha dan Atilia, salah seorang dari koleksi kawan wanita Shah nekad tidak akan membiarkan mereka bahagia....
sgt best. bila baca novel ni. sakit perut sbb asyik gelak. senyum sorg2 bila baca. tak rugi beli. karya Sha mmg tak prnh mghampakan pembaca. novel ni mcm ada tarikan tersendiri. cover novel pun cantik.
A very satisfying read. I just don’t click with Shah for still being so ‘helpless’ against other women after their marriage. Always feeling guilty for not helping them out. Always conflicted between the other women and Sha. Even after confessing his love to her, too. Would have been nice to see him grovel more for all he’s done to her. With the ‘cheating’ and the ‘working together not working out’ going on. Also, him belittling other people as well. 💁🏻♀️
bayangkan drpd "BFF" tiba2 jadi suami isteri?? Inilah takdir yang harus diterima oleh mereka, Sha & Shah.......jalan cerita ni agak santai dan mencuit hati. boleh buat kita berada dlm awang-awangan tauu.... nak baca melalui e-book boleh dapatkan di https://www.e-sentral.com/book/info/1...
Saye tak dapat nak menghabiskan novel ini. Jalan cerita yang biasa-biasa. Mungkin kalau climax cerita ini di akhir novel, saye dapat habiskan. Yang saye agak terkilan adalah baki mukasurat yang agak banyak setelah climax. Atau mungkin climax memang di akhir novel cuma saye sahaja yang tak sabar? Mungkinlah ye.
Akhirnya dapat juga aku habiskan baca novel ini sebelum drama dia tamat...kikikiki..
Ceritanya memang sweet. Takde lah konflik berat sangat. Cuma dorang ini keliru dengan erti sahabat, kekasih dan soulmate. Sesuai untuk bacaan santai dan relax.
Tahniah Sha Ibrahim semoga dapat terus berkarya...