Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sayang Awak, Sayang

Rate this book
SUATU tragedi yang menyayat hati terjadi menyebabkan Junaira dan Haziq yatim piatu, lalu tinggal di rumah Datin Ros yang sangat baik. Tetapi Nazif... menyampah sangat dengan mereka berdua. Asyik menjeling sahaja. Suka cari pasal pulak tu! Bagi Junaira, kalau nak lawan api, mestilah dengan air. Sebelum anak Datin Ros itu kenakan dia, dia mesti kenakan Nazif balik.

Bila Nazif cuba menyakitkan hati Junaira, hatinya sendiri yang sakit. Junaira suka berloyar buruk. Juga suka buat lawak yang entah apa-apa. Tetapi kadang-kadang dia berasa lucu juga. Namun, amanah Datin Ros yang mahu dia mengahwini Junaira, bagai satu malapetaka baginya. “Aku tak faham kenapa aku disuruh kahwin dengan kau. Sebab aku sayangkan mummy, aku terpaksa terima jugak. Hati aku ni sakit setiap kali pandang muka kau tu, sakit sangat. Semuanya disebabkan kau tu...”

Walaupun Junaira tahu kesudahan hubungannya dengan Nazif, cinta untuk lelaki itu kekal tersemat dalam jiwa. Sehinggalah akhirnya, dia tahu kenapa Nazif membenci nya.

704 pages, Paperback

First published January 1, 2012

20 people are currently reading
257 people want to read

About the author

Murni Aqila

12 books33 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
83 (46%)
4 stars
48 (26%)
3 stars
38 (21%)
2 stars
8 (4%)
1 star
2 (1%)
Displaying 1 - 20 of 20 reviews
Profile Image for Azizah.
385 reviews6 followers
January 20, 2013
Sebab utama beli novel ni sebab cover yang comel. Tergoda aje tengok dua jari yang tertulis muka orang tengah senyum tu.

Belek punya belek. Owh, kahwin paksa lagi pilihan awak ye Cik Jijah. Tapi masih ada yang akan kita dapat dari buku ni jika kita buka mata dan hati. Baru Kakchik rupanya ni pertama kali Kakchik baca karya penulis ni dan pada Kakchik, Kakchik boleh terima bahasa yang ringkas. Tak berat sangat dan plot yang tak ada cilok sana sini, tu yang mudah Kakchik hadam.

Jun dan Haziq terpaksa menerima hakikat bahawa kemalangan jalanraya telah menjadikan mereka yatim piatu yang kehilangan tempat bermanja dan berteduh. Jun berusaha yang terbaik demi masa depan mereka. Dia berkorban untuk tidak meneruskan pelajaran demi mencari rezeki untuk kesinambungan kehidupan mereka. Kerja sebagai pembantu kedai makan yang diberi gaji hari tetap diterima dengan hati terbuka walaupun dia terpaksa menerima sikap majikan yang teruk.

Namun kehadiran Fahim yang pernah berkasih dengan Jun telah menyebabkan Jun kehilangan punca rezeki. Sikap Fahim yang langsung berubah selepas Jun kehilangan keluarga juga melukakan hati Jun. Jun makin tertekan dengan perubahan sikap Haziq yang mula memberontak. Pertemuan Jun dengan Tahir telah mengubah masa depan Jun dan Haziq. Walaupun dia tetap curiga dengan lelaki itu,namun demi Haziq dia reda untuk menerima tawaran sebagai pembantu rumah yang ditawarkan. Mereka dilayan dengan baik oleh Datin Ros bagaikan anak sendiri. Daripada status pembantu rumah,status mereka berubah menjadi anak angkat di rumah tiga tingkat tersebut. Tetapi dalam masa yang sama kehadiran mereka tidak pernah diterima dengan baik oleh Nazif, anak tunggal Datin Ros. Nazif selalu memandang serong terhadap mereka berdua.

Sikap Nazif yang dingin itu diterima dengan terbuka oleh Jun. Jun selalu buat lawak selamba dan tidak mengambil endah dengan sikap jejaka itu. Macam mana marah pun Nazif terhadap mereka dua beradik, Jun cuba untuk tidak berburuk sangka sebab dia tahu di sisi lain pemuda itu sangat penyayang.

Jun juga berpeluang untuk meneruskan pelajaran dengan bantuan Datin Ros di kolej. Tanpa dia sangka Fahim juga belajar di situ. Fahim mula menunjukkan sikap ambil tahu dan mahu mereka menyambung semula kasih yang putus. Jun mencuba pelbagai cara untuk mengelak dari lelaki itu. Sikap Fahim yang mendesak buat Jun gelisah. Fahim pula ada agenda di sebalik sikapnya terhadap Jun.Haziq pula meneruskan pelajaran di asrama.

Disebabkan sedikit musibah, Datin Ros telah meninggalkan dunia dengan wasiat dan rahsia yang disimpan kemas oleh Mak Wan. Nazif terpaksa meneruskan hasrat mummy yang mahu dia menikahi Jun. Kerana terlalu sayangkan mummy,dia terpaksa bernikah dengan Jun. Pernikahan itu dirahsiakan kerana itu arahan Nazif.

Kerana masa yang banyak dihabiskan bersama telah menjadikan hubungan mereka rapat. Dalam masa yang sama Deana, bekas kekasih Nazif muncul kembali. Jun juga telah menarik hati kawan yang juga pekerja Nazif, Adib.

Kerana lafaz yang diutarakan Nazif pada malam pernikahan mereka, telah menoktahkan ikatan mereka. Perpisahan tersebut telah melukakan hati keduanya. Namun sikap Nazif yang ego dan pengecut hampir saja menyebabkan dia kehilangan Jun unyuk selamanya.

Kisah yang ringkas dan nampak klise tapi sebab terselit sedikit unsur jenayah buat Kakchik jadi teruja. Dan Kakchik juga tergelak aje dengan sikap poyo Jun ketika berdepan sikap baran Nazif. Tak perlu kita nak lawan marah dengan apai, lebih baik buat lawak aje.



Profile Image for Ogy Yusof.
Author 11 books107 followers
April 18, 2019
karya si cantik manis puan Novelis Murni Aqila terbit enam tahun dulu. bergaduh tak habis, sarkastik memanjang, lawak tak sudah. eh... korang tak suka buku cinta kahwin paksa ke? tak suka, dok diam-diam.

junaira dan haziq kehilangan mak ayah dan adik beradik dalam kemalangan. mulanya akak tepuk dahi jugak baca sebab start je kisah budak sekolah nak periksa spm tapi sibuk bercinta. si junaira dan fahimlah tu. tapi watak junaira ni makin ditegaskan dengan tingkah laku dan sikap bertanggungjawab serta tidak mudah patah semangat walaupun sedih. dahlah sedih dengan kematian, tambah sedih dengan penghinaan. fahim, rupanya tak suka sebab dia rasa junaira akan menyusahkan kehidupannya. panas hati beb masa baca babak kat kedai makan tu. kalau akaklah, kuah kari tu akak simbah kat fahim, mulut puaka sungguh!

rezeki junaira datang. dia diterima bekerja sebagai pembantu rumah di rumah datin ros. tambah bahagia buat mereka dua beradik bila datin ros ambil mereka sebagai anak angkat. segala keperluan dijaga dan diberi kemudahan yang terbaik buat mereka berdua. cuma, ada rahsia sebalik semua itu. saat datin ros menerangkan pada mak wan akan rahsia itu, nazif anak pada datin ros terdengar. dan sebab itu dia makin tak suka pada dua beradik itu.

kadang-kadang nak letak kesalahan, kena selidik betul-betul. itu yang berlaku pada nazif. walaupun macam mana dia cuba nak usir junaira, tetap tak jadi dan hasrat itu makin tersekat bila dia terpaksa berkahwin dengan junaira. hambik kau.

kisah kehidupan mereka makin panjang. berkecamuk juga sebab salah satu syarat nazif ialah perkahwinan mereka mesti dirahsiakan. tapi kalau dah itu dihadap setiap hari, mau hati tak kata cinta, kan? datang pula fahim, tambah lagi dengan adib. deana pun masuk kisah... tak haru biru semua jadinya.

segala dalam kehidupan ini Allah yang pegang. segala dan semuanya. rezeki, senang, susah, jodoh, ajal maut... kenapa mudah adakala kita manusia ini hendak menyalahkan yang lain? perasaan riak, cemburu pun sama, bagaikan lupa dengan qada dan qadar yang tertulis. beb, nak kaya, nak mewah memang perlu usaha. tapi apa guna semua itu kalau diambil dari jalan yang salah? tambah pula dengan sikap busuk hati. senang lenang ke rasa bila dah buat dajal tu semua?
Profile Image for Ririn Aziz.
790 reviews106 followers
August 4, 2017
Quite frustrated. Mungkin harapan saya yang terlebih tinggi, sebab saya sukakan buku-buku penulis yang telah saya baca sebelum ini.

Watak dan perwatakan pelaku-pelaku utama agak kebudak-budakan. Kalau umur yang dijadikan alasan, masih bukan alasan yang kukuh. Suka sangat berloyar buruk, penat juga nak membacanya. Dari awal sampai habis, begitulah juga.

Loopholes banyak. Garapan pun longgar, biasanya ditutup dengan sikap loyar buruk Junairalah. Isu cerai taklik yang dikemukakan agak bagus, tapi tiada penjelasan lanjut yang diberi. Dan Nazif macam tak buat apa-apa tindakan pun selepas sedar yang taklik yang pernah dilafazkan telah sampai tempohnya. Tak perlu report kat Pejabat Agama ke? Pengesahan talaq? Masing-masing senyap bawa diri. Main tarik tali dalam diam, memang masing-masing makan hati sendiri la jawabnya.

Dan saya paling tak suka sikap ni. Sikap suka membuat tuduhan melulu tanpa disiasat betul atau tidak. Walaupun dalam nada bergurau, the hint was there. Dan walaupun selepas itu diberi penerangan semula dan watak itu menyedari kesilapannya (or not), the damage is done.

Semoga penulis diberikan ilham untuk menulis karya-karya yang lebih menarik.
Profile Image for Lagenda.
3 reviews293 followers
January 30, 2013
Novel SAYANG, AWAK SAYANG..Karya Novelis MuRni AqiLa..Pertama kali melihat tajuk & ilustrasi cover ada dua jari yang comel memikat hati tu sy dh dapat bayangkan cite ni mesti best & sweet..trnyata memang sangat menarik.Best gila gelak sorang2 baca novel ni.Ayat2 pun sempoi..

Permulaan cerita yang agak sedih mengisahkan seorang gadis Anis Junaira yang kehilangan ibubapa & adik2nya apabila keluarganya mengalami kemalangan jalan raya yg agak tragis semua meninggal. Jadi tinggallah Junaira dan adik bongsunya Haziq meneruskan kehidupan. Jun yg ketika itu lepas habis SPM bekerja untuk sara hidup mereka berdua.Sedih sgt baca bab ni dah la kehilangan keluarga, Fahim sahabat 1 sekolah yang pada mulanya ada hati dengan Jun mula berubah kerana takut jun akan menyusahkannya dan dia mencaci dan menyakitkan hati Jun di depan kawan-kawan dia. Geram gila dgn Fahim ni kesian Jun dah la adiknya Haziq berubah sikap menjauhkn diri menjadi samseng,selalu ponteng sekolah kerana tertekan akibat dibuli kawan2.

Hidup jun & haziq mula berubah setelah brtemu Abg Tahir yg membawa mereka berhijrah ke KL menawarkn pekerjaan sebagai org gaji di rumah Datin Ros. Datin Ros ni lumpuh sebelah badan sangat baik hati orgnya dgn Datin Ros lah tempat Jun & Haziq menumpang kasih. Dan jun mula tertawan melihat cara anak kepada Datin Ros tu Nazif Razmi melayan mamanya yang lumpuh. Handsome gila plak tu.nk tau muka Nazif ni iras2 Mario Maurer..baby face yg comel..duh..senyumannya smart..hehe..Tapi Naz ni tak sukakan Jun dgn Haziq, apa saja yang diorang lakukan mesti ada yang tak kena dimata Naz. meskipun begitu Jun tetap menyimpan perasaan pada Naz.. Jun ni plak seorang yg happy go lucky suka buat lawak gila2 loyar buruk ada saja yg dia nak menyakat kenakan Naz.Bermulalah babak2 kelakar dlm cite ni. Dan dlm cite ni Jun ada membela seekor kucing yg dijumpai di atas motor sewaktu membeli aiskrim utk Haziq.Nak tau,,Jun letak apa nama kucing tu..nama ‘Motor’..kelakar kan..first time sy baca ada kucing nama motor.hehe..
Dan sebelum Datin Ros meninggal dunia dia dah amanahkan Nazif untuk berkahwin dengan Jun.Bertambahlah rasa benci Nazif trhadap jun dia telah membuat perjanjian lafaz taklik setelah Jun tamat belajar mereka harus berpisah dan perkahwinan mereka mesti dirahsiakan.

Namun kemunculan semula Fahim merubah segalanya dan dia mahu Jun menerimanya semula. Disaat Naz dh mula cintan-cintun dgn Jun.. Adib rakan sekerja Naz pula juga sudah jatuh hati pada Jun & cuba memikat jun kerana menyangka mereka adik beradik angkat. Mulalah babak cemburu Naz tetapi dia tidak dapat bocorkan rahsia Jun sebenarnya isterinya kerana dia dah siap berikrar kononnya akan dipanah petir jika membocorkan rahsia itu.
Bermulalah konflik didlm rumahtangga mereka.Apakah yg akan dilakukan Fahim utk merebut Jun kembali? kerana janji lafaz taklik yg pernah Nazif lafazkan adakah mereka akan berpisah & Jun menjadi milik Adib? Jika nak mengetahui kisah selanjutnya anda kena la dapatkan Novel Sayang Awak Sayang-Murni Aqila.. (n___n)

*Memang kagum,suka la dgn watak Junaira ni,dia tabah menghadapi segala dugaan yg melanda.walaupun dihina dikeji oleh Fahim dan Fahim cuba lakukan perkara yg berniat tak baik tetapi jun tidak pernah menyimpan dendam dendam.Jun redha dan sudi memaafkan semuanya kerana baginya yg layak menghukum hanya Allah SWT..
~ Menarik, Romantik, Terbaik..5*** penuh sy bagi utk novel SAS..
Profile Image for Wan  Farahana.
91 reviews22 followers
March 17, 2013
hmm..time to review..

well..cerita nie biasa2 je bg sy..sy ada satu pnyakit..bila ada sesebuah novel itu tersgtla best bagi saya..i just like being dragging into that story and bulu roma akan meremang utk part2 yang sgt menyentuh hati..

Cerita yang ringan, tapi ramai sangat orang jahat. Letih membaca. Mana dengan Fahim, Deana, Badrol dan tiba-tiba datang Rahim yang menjadi cerita nie agak kurang menyeronokkan bagi saya.

Kasih sayang antara Junaira dan Nazif agak tak sampai untuk sy..tapi kasih syg antara Junaira dan adik dia Haziq agak tersentuh hati.

Overall, ceritanya boleh di baca. :)

Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews74 followers
October 18, 2015
Ibu bapa serta dua adik Anis Junaira (Jun) terkorban akibat kemalangan jalanraya dengan sebuah kereta. Sekarang, yang tinggal hanya dia dan adiknya, Haziq. Cinta dan pengertian dari Fahim yang diharap, musnah semuanya. Fahim menghina dirinya kerana takut Jun menyusahkan dirinya. Nasibnya, mula terbela bila dia diambil berkerja sebagai orang gaji untuk seorang Datin yang lumpuh. Jun dan Haziq dapat menyambung sekolah. Datin sangat menyayangi Jun dan Haziq, lalu diambil mereka sebagai anak angkat. Bila, Datin diambang maut, Jun disuruh menikah dengan anaknya, Nazif. Jun rela kerana cinta dihatinya sudah hadir untuk Nazif tapi tidak pula untuk Nazif. Lalu, dia melafazkan taklik cerai. Dalam menempuh alam perkahwinan, macam-macam yang dilalui. Akhirnya, bila rahsia disebalik kemalangan itu terbongkar. Perasaan benci Nazif beralih sayang. Bila Fahim dan Adib cuba mendampingi Jun dan Deana pula mula rapat kembali dengan Nazif, mereka masing-masing cemburu. Mereka tidak tahu untuk meluahkan perasaan mereka. Bila Nazif sakit kerana diracun, Jun yang menjaga Nazif hingga sembuh dan dia juga yang menyiasat sehingga pelakunya semua tertangkap. Rupa-rupanya, Fahim yang menjadi dalangnya. Rahsia yang disimpan mengenai kemalangan yang menyebabkan seluruh keluarga Jun terkorban juga terbongkar. Jun sungguh tertekan dengan kenyataan itu. Tapi dia reda akan ketentuan takdir dan rela memaafkan. Masa berlalu dan bila Jun selesai sahaja pengajiannya, cerai yang dilafaz Nazif, gugur. Kedua-dua, Jun dan Nazif menderita. Nasib baik, rahsia hati Nazif terbongkar disaat akhir, lantas Jun menolak lamaran Adib. Mereka akhirnya bahagia bersama.
Profile Image for Haryati Abd. Halim.
239 reviews15 followers
September 18, 2014
mood layan novel cinta...ada banyak sebab kenapa kita beli sesuatu buku, buku ni sbb ada tawaran t shirt percuma, tapi malangnya pada masa tu t shirt dah habis tapi sbb dah terbeli, layanlah.

masih kisah yg sama, perkhawinan yg diatur keluarga. tapi bagaimana mereka dipertemukan sedikit berbeza. dua keluarga terlibat dlm kemalangan maut, namun atas dasar tanggungjawab, mereka dinikahkan walaupun secara rahsia.

namun, apabila hati dah suka, ada pula halangan dari pihak ketiga. masih bolehkah mereka bersatu? nak tahu, kena bacalah novel tebal ni....
Author 2 books29 followers
November 13, 2013
cerita ni santai aje,ada humor jugalah. maaf cakap, kahwin paksa memang bukan pilihan saya. agak ada jugalah lompat kijang bacanya. konflik yg sy rasa menarik di bahagian hujung2 dah,bila watak2 jahat tu muncul. cuma nak tahu kenapa dan siapa terlibat utk jahanamkan nazif.
Profile Image for Miz_Yanie.
105 reviews2 followers
November 18, 2018
"Kalau sayang,
Cakaplah sayang...
Nanti terbayang-bayang..."

Awesome...Sweet giler novel!! SAYANG AWAK,SAYANG...esp bila baca e ending part. Boleh tersenyum sorang2 bila baca..serious!!Kisah bermula bila seluruh ahli keluarga Jun meninggal dunia akibat kemalangan. Tinggallah Jun dan Haziq, adiknya yang bongsu menjadi anak yatim. Mujur Jun dah habis SPM, bolehlah dia bekerja untuk menanggung keluarga. Cita2 untuk ke universiti dilupakan terus. Kekasih zaman sekolahnya, Fahim mula menjauhkan diri. Selamba badak je si Fahim ni mencaci dan menyakitkan hati Jun di depan kawan2 dia. Kononnya, takut sangat Jun akan meminta bantuan dia dan akan menyusahkan dia! Maklum ler,Fahim org berada...Tapi si Jun ni redha je. Jun dan Haziq berhijrah ke Kuala Lumpur apabila mendapat tawaran bekerja sebagai orang gaji di rumah Datin Ros. Datin Ros yang lumpuh separuh badan itu memang baik sangat. Tapi anak Datin Ros, Nazif tu....Asyik nak cari pasal je. Macam orang tak puas hati je... Lagi2 bila Datin Ros membuat keputusan untuk ambil Jun dan Haziq sebagai anak angkat. Lagilah mamat tu tak senang duduk. Menjeling dan memerli dah jadi habit si Nazif. Tapi bila dengan orang lain especially mummy dia, boleh pulak si Nazif tu cakap baik2,but Nazif ni mmg anak yg baik pun Walau macamana pun layanan si Nazif tu pada dia orang, Jun memang dah tangkap cintan pandang pertama dengan Nazif. Esp bila terpandang adegan si Nazif tu melayan mummy dia bagai ratu....he really anak yg solehah..Satu tragedi yang tidak disangka terjadi menyebabkan Datin Ros meninggal. Sebelum meninggal, Datin Ros ni dah amanahkan Nazif untuk kahwin dengan Jun....kahwin paksa lah tapi pengantin pompuannya memang da fall in love engan pengantin lelaki. Mereka selamat diijabkabulkan tapi segalanya mesti dirahsiakan. Siapa yang pecah rahsia yg mereka tu suami isteri akan dipanah petir! Terukkan sumpah yang dilafaz oleh si Nazif tu. Yg paling sedih,tak sampai 2jam nikah...Nazif da jatuhkan Taklik..lepas Jun abiskan diploma,talak jatuh!!!Dalam meniti alam rumahtangga banyaklah dugaan dan cabaran yang terpaksa ditempuh si Nazif dan Jun ni...Adib,kwn Nazif syok pat Jun n pat U lak,terjumpa Fahim lagi yg tak sudah2 mintak maaf n nak couple balik w Jun..problem nya,Jun sayangkan Nazif tapi abis belajar aje,dia bukan Isteri Nazif lagi...Nazif lak lama2 fall in love ngan Jun,he totally forgot pasal Taklik tu..Nazif lak plan bila Jun abis belajar,Diploma aje he nak luahkan perasaan pada Jun...he nak hidup mcm suami isteri lain TAPI.....Talak da jatuh
Profile Image for Izz.
420 reviews8 followers
November 16, 2019
Menarik. Tapi tak suka dengan tahap ego Nazif ni, ego yang boleh makan diri.
3 reviews1 follower
July 24, 2020
Novel yang aku baca berulang kali..memang best sangat jalan cerita dia
Profile Image for Nuur.
14 reviews
June 6, 2013
gelak guling-guling baca novel ni..
kelakor sangat..
Displaying 1 - 20 of 20 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.