Jump to ratings and reviews
Rate this book

Lavender dari Rochester

Rate this book
kemaafan adalah dendam yang terindah

Lutfiyah, penggemar lavender dari Rochester terbang beribu-ribu kilometer ke Malaysia demi menunaikan amanat babanya, untuk mencari keluarga mereka yang pernah ditinggalkan berbekalkan beberapa keping gambar.

Pencarian Lutfiyah menemukannya dengan Zakir yang kasanova; Nek Mah yang penyayang; Hadi yang seolah-olah punya rahsia; dan Wardah yang ceria.

Saat mata bertentang, hati Hadi dan Lutfiyah dipalu debar. Hadi yang punya sejarah duka merasakan Lutfiyah mampu mengubat laranya. Namun tiba-tiba, Lutfiyah telah pergi tanpa sepatah kata!

Orang perempuan ni pelik.
Dia lari bukan sebab dia benci, tapi sebab dia sayang.


Lutfiyah kembali ke Malaysia setelah beberapa tahun berlalu. Hajatnya ingin bertemu Wardah tidak kesampaian apabila gadis itu menghilang entah ke mana.

Ke manakah Wardah?
Berjayakah Lutfiyah dalam pencariannya?
Mampukah sejambak lavender dari Rochester meleburkan amarah dan menyatukan sebuah keluarga yang telah lama terpisah?

* * * *

FATIHAH FAUZIHAL menggubah Lavender dari Rochester dengan indah sekali. Bunga-bunga kasih mampu mengharum, andai kata-kata maaf yang menjadi bajanya.

First published January 7, 2013

1 person is currently reading
24 people want to read

About the author

Fatihah Pauzihal

8 books5 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (3%)
4 stars
11 (37%)
3 stars
10 (34%)
2 stars
5 (17%)
1 star
2 (6%)
Displaying 1 - 14 of 14 reviews
Profile Image for Ririn Aziz.
796 reviews106 followers
January 8, 2019
2.5 bintang

1. Terlalu banyak watak utama sehingga garapan longgar kerana terlalu banyak kisah yang ingin diutarakan.

2. Teknik watak-watak bercerita secara individu kisah masing-masing dan diakhirnya bersatu untuk membentuk jawapan ni bukanlah sesuatu yang luar biasa, tetapi memerlukan engagement yang tinggi untuk terus menarik rasa ingin tahu pembaca. Bila garapan kurang kemas, pembaca (saya) merasakan pencerita (penulis) tidak dapat mengawal imaginasinya dan mahu semuanya dimasukkan dalam sebuah naskhah yang terhad ruangnya.

3. Seperti yang saya katakan tadi, watak utama terlalu ramai dan mempunyai kisah tersendiri. Watak tidak berjaya dikembangkan dan masih tetap sama walaupun dalam tempoh 7 tahun. Penulis cuma menambah watak-watak anak-anak untuk menunjukkan perubahan itu, tetapi bukan pada watak itu sendiri.

4. Watak-watak yang belum cukup matang terutamanya Lutfiyah. Tiap kali ada masalah, bukan hendak diminta penjelasan tapi melarikan diri. Tiap 3 tahun lari. Kalau dah memang takdir macam tu, lari ke Rochester pun tak akan boleh mengubah kenyataan. Nek Mah juga mengambil masa 3 tahun untuk membetulkan keadaan. Mujurlah umurnya panjang. Kalau tidak meranalah Lutfiyah dan Hadi. Tapi pelik juga bila Lutfiyah masih belum move on walaupun dia dah tahu perkara tu 6 tahun yang lepas. Kenapa tidak mahu berbaik-baik sedangkan itulah sepatutnya keluarga yang dia ada.

5. Kasih-sayang kekeluargaan yang ditonjolkan memang bagus, tapi sebab asyik berpusing-pusing buatkan saya hilang arah dan tidak mampu berpegang teguh.

6. Saya tahu ini gaya penulisan penulis, mahu membiarkan pembaca meneka-neka dan dileraikan semuanya di hujung cerita. Tapi sepatutnya cerita itu harus juga bergerak ke hadapan, bukan berputar di takuk yang sama.

7. Banyak info pertanian yang dikongsi. Kalau ada tanah yang luas, mahu juga saya menjadi petani moden.
Profile Image for Hamidah.
78 reviews19 followers
January 21, 2013
Buku ini adalah kisah Lutfiyah, Wardah, Hadi dan Zakir. Masing-masing mempunyai kisah yang tersendiri. Lutfiyah kembali semula ke Malaysia atas arahan babahnya yang ingin mencari seseorang.
Wardah gadis periang berkenalan secara tak sengaja apabila ingin membantu Zakir. Zakir pula mengenali Lutfiyah apabila Lutfiyah meminta pertolongan daripada Zakir secara tak sengaja. Hadi pula hadir di dalam kehidupan mereka bertiga.

Mula-mula membaca buku ini saya agak keliru, dua tiga kali ulang balik baru faham. Ceritanya amat menarik sekali, ingin sahaja mengabiskan dalam masa yang singkat tetapi kekangan masa tidak membolehkannya.

Tidak seperti buku-buku lain, hanya perlu membaca depan, tengah dan belakang pasti kita sudah selesai mengetahui kisahnya, buku ini kita perlu membacanya setiap helai muka surat atau kita akan ketinggakan dan termangu-mangu kerana tidak faham mengapa ia terjadi begitu.

Punca kedatangan Lutfiyah hanya diketahui dibahagian kedua cerita ini. Cerita yang mengimbas kembali detik-detik masa lalu sering membuatkan kita teruja nak baca dan nak mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.


Bahasanya sedap dibaca dan perjalanan ceritanya lancar. Setiap perkara diceritakan secara ‘detail’ membuatkan seperti kita sama-sama melakukannya seperti bercerita tentang Hadi dan sistem ferigasinya, Nek Mah dengan kuih-muih tradisionalnya, Wardah dengan manik-maniknya.

Buku ini banyak menceritakan tentang kisah-kisah kekeluargaan dan jiran tetangga dan ia membuatkan kita rasa seronok membacanya dan bukanlah setakat tertumpu kepada satu watak sahaja.

Saya memberinya 4 bintang untuk buku yang amat menarik untuk dibaca. Tahniah buat penulisnya Fatihah Pauzihal

Petikan dari laman web JS

kemaafan adalah dendam yang terindah
Lutfiyah, penggemar lavender dari Rochester terbang beribu-ribu kilometer ke Malaysia demi menunaikan amanat babanya, untuk mencari keluarga mereka yang pernah ditinggalkan berbekalkan beberapa keping gambar.

Pencarian Lutfiyah menemukannya dengan Zakir yang kasanova; Nek Mah yang penyayang; Hadi yang seolah-olah punya rahsia; dan Wardah yang ceria.

Saat mata bertentang, hati Hadi dan Lutfiyah dipalu debar. Hadi yang punya sejarah duka merasakan Lutfiyah mampu mengubat laranya. Namun tiba-tiba, Lutfiyah telah pergi tanpa sepatah kata!
Orang perempuan ni pelik.

Dia lari bukan sebab dia benci, tapi sebab dia sayang.
Lutfiyah kembali ke Malaysia setelah beberapa tahun berlalu. Hajatnya ingin bertemu Wardah tidak kesampaian apabila gadis itu menghilang entah ke mana.
Ke manakah Wardah?
Berjayakah Lutfiyah dalam pencariannya?
Mampukah sejambak lavender dari Rochester meleburkan amarah dan menyatukan sebuah keluarga yang telah lama terpisah?

Untuk baca bab awal http://jemariseni.com/images/stories/...

Profile Image for Hajar.
284 reviews
March 3, 2013
Saya tak tahulah sama ada momentum pembacaan saya yang sudah merudum atau kisah ni yang agak perlahan pergerakkannya sampai saya ambil masa yang agak lama untuk menyudahkan pembacaan.

Kisah ini dimulakan dengan kisah Putri Lutfiyah (Lutfiyah) yang membawa amanah bapanya untuk mencari serpihan keluarga yang ditinggalkan berpuluh tahun dulu akibat suatu konflik keluarga. Perjalanan jauh dari Rochester menemukannya dengan Zakir, si kasanova yang akhirnya turut membawa Lutfiyah mengenali Nek Mah, Wardah sekeluarga dan juga Hadi. Rupanya pencarian Lutfiyah tidaklah sesukar mana bila yang dicari rupanya berada di depan mata. Hmm.

Pertemuan Hadi dan Lutfiyah mula membibitkan rasa dalam hati masing-masing. Hadi merasakan kehadiran Lutfiyah mampu mengubati hatinya yang terluka. Namun, bila hubungan mereka sudah agak mesra, Lutfiyah tiba-tiba menghilang tanpa khabar berita. Kepada Nek Mah, Lutfiyah cuma berpesan yang dia perlu pulang kerana bapanya tidak sihat. Rupanya Lutfiyah sudah bertemu dengan orang yang dicari cuma tak sanggup menghadapi kebenaran di depan mata.

Kepulangan Lutfiyah beberapa tahun kemudiannya mula membongkar satu demi satu kebenaran. Apatah lagi bila kematian bapa Lutfiyah membuatkan Lutfiyah terpaksa juga mencari serpihan keluarganya untuk pembacaan wasiat. Bagaimana penerimaan Nek Mah dan Hadi bila kebenaran yang selama ini disembunyikan oleh Lutfiyah terbongkar?

Komen saya : Seperti kisah terdahulu penulis, watak-watak sampingan dalam kisah ini juga turut mempunyai 'kisah' mereka tersendiri. Zakir dan Wardah, Wajihah dan Afendi, Tan Sri Shazlan dan Puan Sri Asnah, Ibu Sumayyah, tak ketinggalan juga Pak Teh (bapa Wardah) turut mempunyai kisah tersendiri dalam setiap bahagian yang akhirnya berkait rapat antara satu sama lain. Kisahnya tak rumit, cuma perkaitan antara watak tu membuatkan kita tak boleh terlepas pandang kisah dalam ketiga-tiga bahagian dalam buku ni. Tahniah buat penulis untuk buah tangan terbarunya ini. :)

"Orang perempuan ni pelik Di. Dia lari bukan sebab dia benci. Dia lari sebab dia sayang. Sebenarnya dia cuba lari daripada diri dia sendiri." - Nek Mah, m/s 594, Lavender Dari Rochester
Profile Image for Tie Tinie.
77 reviews11 followers
May 4, 2013
done this book at 1.5.2013..
mengambil masa yg agak lama... kerana momentum pembacaan agak terganggu,..
cerita yg menraik tapi cuma gaya penceritaan agak kurang mebarik.. agak sukar untuk difahami..
teknik flash back yg agak mengelirukan dan juga pada awal2 bab agak tergantung.. tapi bila dah nak masuk ending baru seronok membaca...

that's my review... maaf kalau ada yg kurang suka ngan review saya.. ini apa yg saya rasa bila membaca buku ini... anyway... good luck untuk penulis untuk masa2 akan datang...
jgn serik menulis...

membaca dgn hati.. menilai dengan akal.....
happy readding,..
Profile Image for Haryati Abd. Halim.
239 reviews15 followers
May 8, 2017
Buku 31/2017

1. tak sengaja bertemu mata dgn penulis yg sangat merendah diri.
2. saya minta dia rekomen buku ini.
3. saya jatuh cinta dgn gaya penulisan kak ah ini sepertimana wada dan zakir, hadi dan lutfiyah.
4. tahun depan, insyaallah, saya cari lagi karya kak ah.
Profile Image for Amirah Aris.
139 reviews2 followers
August 15, 2020
Plot twist: gempak!

Lessons learnt: too many I just dont know how to list it. But the most important thing is please, dont keep secrets among fam members. It can bring disaster in the future, dude.

Ps: I dont think I can get over it. The feelings after reading this just hit me so hard. The author is really good in manipulating and confusing me throughout the story.

Pps: Another lesson, dont believe what you hear or see until you learn the truth.
Profile Image for Art.
27 reviews2 followers
December 11, 2021
Banyak kisah dan cerita, melompat sana-sini. Ibarat kepingan puzzle, sedikit membosankan pada aku. Rasa tak sabar nak terus ke muka surat akhir untuk tahu kesudahannya.
Profile Image for Ubi.
314 reviews
January 30, 2024
Stress sebab plot dia berterabur dan terlalu banyak watak
Profile Image for MamaErra.
387 reviews1 follower
April 8, 2013
Aduhh... lamanya masa aku ambil tuk habiskan baca novel ni. Hmm... lately, momentum pembacaan aku agak merudum. Yang pasti bukan kerana novel ni tak menarik tapi kerana surronding dan juga masa yang tak mengizinkan.

Tak perlulah aku komen banyak pasal novel ni sebab kalian boleh baca resensinya dari rakan Goodreads yang lain.
Profile Image for Muna Zaen.
67 reviews1 follower
May 2, 2013
Plot cerita tidaklah begitu unik, namun cukup untuk menggamit minat saya untuk mengetahui kesudahannya 'sekali harung' dalam satu malam. Penyampaian cerita dan gaya bahasa mudah difahami dan mudah diikuti, ending yang boleh dijangka. Still, it's a good read and I think better than the author's first novel.
Profile Image for Faiqah .
4 reviews
February 23, 2013
Asalnya buku ini saya rasakan menarik.Idea penulis memang menarik.Namun menjengah ke akhir saya kurang menyukai plot yang ada.entah di mana silapnya.Mungkin kerana saya mengharapkan akan ada pertalian keluarga yang bahagia daripada Lutfiyah dan Hadi dan bukannya berakhir sebagai pasangan.
Profile Image for Suhailah Iskandar.
347 reviews16 followers
June 28, 2016
suka sangat dapat habiskan karya Fatihah yang awesome nie. Yang penting message ikatan kekeluargaan itu melekat di sekitar novel ini. Tak kiralah cucu angkat ker cucu sendiri ke. kalau sense of belonging to kuat, seharusnya dikekalkan.
78 reviews1 follower
June 19, 2014
antara buku JS yang mengecewakan. menyesal beli. tak pernah aku rasa nak marah baca novel tapi novel ni telah berjaya membuat aku marah. lepas baca diam tak berusik dah kat rak tu
Profile Image for azian2575.
326 reviews12 followers
July 1, 2016
Kisah Lutfiyah & Hadi
Kisah Wardah & Zakir

Bermacam dugaan..
Kalau Allah dah tentukan jodoh, terpisah pon pasti bertemu jua.. :)
Displaying 1 - 14 of 14 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.