Buku ini menghimpunkan pemikiran pendirian kenyataan khutbah dan fatwa Dr. Yusuf Al-Qaradhawi sekitar revolusi besar pemuda Mesir dalam menuntut kebebasan yang menjadikan dataran tahrir Kaherah dan beberapa lapangan lain di seluruh Mesir sebagai medannya yang akhirnya mendapat kejayaan pada 11 Februari 2011.
Buku ini mengisahkan perjalanan seluruh proses kebangkitan rakyat di Mesir. Kebangkitan rakyat di Mesir adalah contoh terbaik di mana kumpulan yang bertahan itu penuh dengan kesabaran, ketabahan dan baik pekerti, tiada gangguan sesama mereka, tiada pemuda yang menyakat pemudi, tiada pergaduhan sesama sendiri bahkan seorang sanggup berlapar untuk mengenyangkan saudaranya, sanggup membuka bajunya untuk menutupi saudaranya, malah sanggup menjadikan dadanya perisai untuk menyelamatkan saudaranya, khususnya pada waktu-waktu sesak seperti hari pergolakan baghal, unta dan kuda dan hari kepungan kumpulan penembak tepat di dataran. Mereka membunuh rakyat tanpa ada pemikiran.
Mesir mempunyai kedudukan tersendiri ia berperanan dalam menegakkan pendidikan Islam dan kebudayaan Arab, dan ia telah memegang panji tersebut sejak seribu tahun lalu atau lebih, tetapi ada kumpulan yang ingin mengeluarkan Mesir dari kancah peperangan menegakkan Islam, peperangan menegakkan dakwah Islam, dan peperangan mempertahan Islam, namun Allah SWT enggan membenarkan perkara tersebut berlaku, malah Ia mengekalkan Mesir menjalankan peranannya.
Yusuf Al-Qaradawi (يوسف القرضاوي) (born September 9, 1926) is an Egyptian Islamic theologian. He is best known for his programme, ash-Shariah wal-Hayat ("Shariah and Life"), broadcast on Al Jazeera, which has an estimated audience of 40 million worldwide. He is also well-known for IslamOnline, a popular website he helped found in 1997 and for which he now serves as chief religious scholar. Al-Qaradawi has also published more than 80 books, including The Lawful and the Prohibited in Islam and Islam: The Future Civilization. He has also received eight international prizes for his contributions to Islamic scholarship, and is considered one of the most influential such scholars living today. Al-Qaradawi has long had a prominent role within the intellectual leadership of the Muslim Brotherhood, an Egyptian political organization, but twice (in 1976 and 2004) turned down offers for the official role in the organization. A 2008 Foreign Policy magazine poll placed al-Qaradawi at number three on its list of the top 20 public intellectuals worldwide.
Some of al-Qaradawi's views have been controversial in the West, and he is banned from entering the United States, Israel and Great Britain. In 2004, 2,500 Muslim academics from Saudi Arabia, Iraq and from the Palestinian territories condemned Qaradawi, and accused him of giving "Islam a bad name."
As of 2004, al-Qaradawi was a trustee of the Oxford University Center for Islamic Studies. He also served as a technical consultant for a multi-million dollar epic movie in English on Muhammad.
Benarlah kata Hasmi Hashim mengenai buku ini, "Paling tidak, buku itu harus menjadi panduan dan menunjuk jejak sebelum mereka sampai ke tengah-tengah Kuala Lumpur, 12 Januari 2013 nanti."
"Rakyat telah berubah, maka Allah Subhanuwataala mengubah keadaan mereka"-Al-Qaradhawi
Segalanya mengenai penglibatan Dr. Yusuf al-Qaradhawi sejak dari - Bermulanya revolusi 25 Januari 2011 di Dataran Tahrir, Kaherah sebagai medannya - Pra & Pasca Revolusi Rakyat Mesir yang ditunjangi oleh anak muda tanpa fahaman politik tertentu - Nasihat dan berpidato kepada anak muda Mesir; kepada yang Islam dan Kristian, dan penganut agama apapun melalui khutbah dan wawancara di stesen Al-Jazeera - Perubahan sistem pemerintahan pada masa kini tidak boleh dilakukan kecuali hanya dengan tiga cara:- Pertama; melalui pendekatan demokrasi dgn memperolehi majoriti di parlimen Kedua; Melalui kekuatan ketenteraan atau rampasan kuasa Ketiga; Melalui cara revolusi dan kebangkitan rakyat - "Khomeini memimpin revolusi sedangkan saya hanya menyokong revolusi" Tahniah juga kepada grup penterjemah kerana hasil yang amat mengasyikkan.
"...Bukanlah seseorang yang alim itu hanya hidup untuk buku-buku sahaja, dengan membaca dan menulis dan tidak menghiraukan keadaan masyarakat setempat..."
[Yusuf al-Qaradhawi & Kebangkitan Rakyat]
Sebuah buku yang cukup memberi anspirasi tentang sebuah revolusi yang mapan sehingga mampu menjatuhkan sebuah pemerintahan yang bersifat diktator. Yang pastinya penggerak revolusi ini bukan sekadar hanya golongan tua sahaja yang sudah bertahun lama ditindas oleh pemerintahan ini, malah golongan muda turut berpranserta dalam revolusi ini. Semuanya hanya kerana mahukan negara yang lebih baik pada masa hadapan!
Tuntasnya, penulisan serta penyampaian beliau dalam menghidupkan jiwa yang mati, mata yang buta, telinga yang tuli serta mulut yang sudah lama dibisukan sangat-sangat membugarkan!
Buku ini telah lama saya baca. Beberapa tahun yang lalu. Saya membacanya semasa bulan-bulan awal cetakannya. Ketika itu Morsi belum memerintah Mesir. Membaca buku ini memang membangkitkan semangat. Lebih-lebih lagi keadaan ketika itu masih begitu teruk di sana (bahkan sekarang pun, tetapi itu perbicangan lain).