Jump to ratings and reviews
Rate this book

Cintaku Luruh Di Oxford

Rate this book
Satu penggal yang indah terasa singkat. Zuha terpaksa kembali; Zuha harus berhenti belajar; dan Zuha telah hilang tanpa tanda. Pernahkah Zuha-Falah sedar hati mereka sedang nyanyikan lagu senada sejak itu? Setelah hati mereka luruh di Oxford, mungkinkah hati yang hilang itu temui pasangannya semula?

738 pages, Paperback

First published January 1, 2013

15 people are currently reading
263 people want to read

About the author

Noor Suraya

37 books282 followers
Lulusan Diploma Pendidikan (KPLI) daripada Institut Pendidikan Sultan Idris (IPSI) ini, pernah menjadi pendidik selama 13 tahun. Noor Suraya juga seorang Munsyi Dewan yang aktif dalam dunia penerbitan. Kini Noor Suraya mengetuai JS Adiwarna Publications & Distributors Sdn. Bhd. sebagai Pengarah Eksekutif di samping bertindak sebagai Pengarah Urusan untuk Jemari Seni Sdn. Bhd. Justeru, Noor Suraya juga bertanggungjawab memantau hal-hal yang berkaitan dengan editorial, pemasaran dan komunikasi di kedua-dua syarikat penerbitan ini.

Noor Suraya memiliki ijazah Sarjana Linguistik daripada Universiti Malaya, dan Sarjana Muda Komunikasi (Komunikasi Massa/Pengurusan) daripada Universiti Sains Malaysia. Noor Suraya pilih membaca apa saja – daripada teks klasik, cerita-cerita panji dan warkah-warkah lama sehinggalah tulisan-tulisan kontemporari serta teks-teks ilmiah. Cerita kanak-kanak dan komik selalu menjadi ‘pembuka selera’ membacanya. Bidang yang menjadi perhatian khususnya Noor Suraya tentulah hal-hal yang berkaitan dengan bahasa dan linguistik, sastera dan budaya, sejarah (dan sirah), biologi, juga fasal sosiologi serta antropologi.

~ Noor Suraya telah menambah perbendaharaan kata baharu pada pembaca muda melalui penulisannya yang cermat ~

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
128 (41%)
4 stars
109 (34%)
3 stars
59 (18%)
2 stars
10 (3%)
1 star
6 (1%)
Displaying 1 - 30 of 48 reviews
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
March 18, 2013
Kerdil sungguh rasanya nak menulis resensi untuk naskhah yang tertulis indah ini. Apatah lagi ia umpama karya terhebat daripada dua penulis yang aku kagumi. Tapi dek kerana hati tergedik-gedik [haishh, hati yang disalahkan ;P], aku cuba jua.

Pada suatu musim luruh hati ini pernah mekar [blurb novel]


Ya, di satu ketika itu di kala musim luruh di bumi Oxford, hati Zuha dan Falah pernah mekar. Rasa indah nan tidak bertepi yang membakar jiwa, menghangatkan hati kedua-duanya. Walaupun diasuh hati untuk tidak terlalu lena dengan mimpi-mimpi itu, baik Zuha dan Falah tidak jua mampu menolak. Bukankah jatuh cinta itu anugerah?

Namun apakan daya,

Merpati terbang rendah
begitukah, dekat sangat di hati tapi tak terluah rasa [page 115]


Salah faham antara kedua-duanya begitu menghimpit. Itulah tak amalkan komunikasi berkesan kih5 Tapi begitulah, masa terus berlari. Zuha sudah tidak bisa lama-lama di negara orang, dia harus pergi. Dan perginya membawa hati yang luka. Tanpa disedari, Falah turut terkena tempias lukanya.

Hati jagalah aku, sahabatmu ini [page 637]


‘Perpisahan’ hampir lima tahun bagai sudah tiba di penghujung. Zuha dan Falah bertemu kembali. Kali ini Bukit Dussek umpama medan janji untuk si dua merpati sejoli. Sayang seribu kali sayang, salah faham tercetus lagi. Aduh, Zuha! Cepat sungguh ‘menarik’ hati. Falah pula kenapa tidak dibilang awal-awal apa yang tersirat? Lihat, masing-masing sudah melepas. Si ‘pakcik’ tua; Wassim sudah dapat peluang. Menyunting Zuha menjadi isteri.

Tetapi hati yang seharusnya gembira bila si juita dalam genggaman bagaikan tiada. Tidak bersyukurkah Wassim? Sedangkan selama ini dia memuja Zuha dalam diam. Hatinya libang-libu bila mengenangkan sang isteri rupanya mencintai orang lain. Hingga akhirnya dia mengalah;

Moga bahagia ‘isteriku’, berbahagialah dengan dia yang kau cintai selama ini. Cinta itu penyatuan dua jiwa. Cinta itu Zuha dan Falah [page 722]


Hmm...aku kasihkan opps kasihan pada Wassim kerana tahu berkorban rasa bukannya mudah. Tapi kelibat Dr Aqmar yang muncul, buat aku rindu padanya. Amboi! Sempat lagi hahaha ;P

Kalau ikutkan aku ‘lihat’ kisah cinta uda dara itu sikit saja, yang banyaknya tentang kritikan tentang ekonomi, sosio budaya dan politik di negara kita. Apatah lagi kita ini yang menganaktirikan bahasa dan sastera sendiri. Pedas dan sinis. Aku suka dengan kerjaya pilihan kedua-duanya. Lain daripada lambakan kisah cinta yang ada. Disulam pula dengan bahasa nan indah dan bergaya. Ya, hati dengan mudah terpaut suka, cuma masa seakan tidak mahu ‘berkerjasama’ jadi berdikit-dikit aku menghabiskannya.

Dan aku suka latar belakang estet Bukit Dussek yang nyaman. Tak lupa perjalanan Falah ke Changlun. Amboi! Mentang-mentang dah tahu di mana Juru, senang saja nak membayangkannya *wink*

Ps: Kredit pada Fira dan adindanya ;D
Profile Image for Azizah.
388 reviews6 followers
February 7, 2013
...cinta itu anugerah
lalu salahkah aku apabila tak dapat mencintaimu...

Musim luruh yang muram dan suram itu sudah berubah jadi musim luruh yang penuh warna warni dan ceria buat Falah dan Zuha, saat pertama kali mereka berjumpa di bumi Oxford yang dibalut dingin musim luruh yang dingin keperangan. Mereka menyimpan rasa suka yang hanya mereka berdua yang tahu nilainya. Namun kerana perbezaan darjat yang buat diri Falah tidak yakin untuk meluahkan rasa hati dan juga Zuha gadis cilik yang masih terpelihara sopan bahasa dan pekerti walau bertahun di Tanah Ratu, masih tebal sifat malu dan sahsiah anak gadis Melayu. Pada Zuha yang sering berjaket hud merah cili itu, dia tidak mahu jadi garis pemisah antara Falah dan Damina, 'buah hati Falah' yang cantik semua itu.

Musim luruh terakhir pada mereka di bumi Oxford, musim luruh yang terindah untuk dikenang dan sentiasa mengikat hati mereka yang tidak pernah diberi kata janji. Kepulangan Zuha yang terpaksa berhenti belajar kerana masalah keluarga. Dan salah faham Falah yang tidak pernah berani untuk bersemuka dengan si juita hatinya, memisahkan hati-hati yang sentiasa melagukan irama yang sama.

Lima tahun terpisah tanpa tanda dan pesan, terjumpa di Bukit Dussek yang tenang dan damai tetap meninggalkan kesan yang buat hati mereka reda. Takdir tidak pernah sengaja melukakan hati mereka tapi kerana hati itu dipegang Yang Maha Kuasa, walaupun mereka sudah gembira dan bahagia dengan nyanyian hati, tapi ujian itu tidak pernah salah pada setiap hamba-Nya.

Adakah hati Zuha-Falah akan menyanyikan lagu yang sama kembali selepas Zuha sudah terikat? Mampukah musim lusuh di Oxford memberi sinar yang lebih terang buat mereka?

Hasil karya duet yang sungguh awesome daripada Kaksu dan En Imaen. Memang sungguh cukup segala perisa, rencah, rempah dan rasa. Kiranya kalau masakan tu dah boleh menang tahap Master Chef antarabangsa.

Karya yang penuh dengan bahasa yang indah dan tersusun walaupun terjumpa dua tiga tempat tersilap taip ejaan. Terselit pelbagai rasa untuk ekonomi, sosio budaya, politik, bahasa, peradaban manusia,sejarah dan memang tidak rugi untuk membacanya.

Oleh kerana olahan bahasa yang cantik tersusun dan tertib, memang tidak nyata ia ditulis oleh dua penulis kerana kita tidak akan terjumpa kecacatan atau 'perbalahan' bahasa dalam plot yang dicoretkan. Ia bagaikan tercantum cantik dengan cukup kasih sayang yang menyatukan ilham keduanya.

Sesuatu yang menarik dengan kehadiran lukisan Cik Hud Merah di akhir-akhir muka surat novel ini. Latar belakang di Estet Bukit Dussek, kerjaya Falah dan Zuha juga menjadi kelainan daripada novel masa kini yang hanya berani memaparkan kehidupan yang mewah dan kerjaya yang gah sahaja. Kadangkala kita perlu keluar dari keselesaan untuk sesuatu yang lebih mencabar untuk tahu tahap limit diri kita.

Tahniah buat Kaksu dan En Imaen serta terima kasih untuk kiriman CLDO ke pulau...:)

Menanti karya seterusnya dari kalian berdua.


Profile Image for Hamidah.
78 reviews19 followers
February 5, 2013
Suka sangat membaca buku ini. Bukan sahaja ceritanya yang menarik, bahkan bahasanya juga membuatkan kita ingin membacanya berkali-kali.
Ditulis oleh dua orang penulis (Noor Suraya dan Imaen) yang mempunyai gaya penulisan yang berlainan menjadikan buku ini memang indah untuk dibaca.

Kisah teruna (Falah) dan dara (Zuha) yang saling kenal mengenali secara jauh dan memendam rasa masing-masing. Terpisah dan tidak dapt dijejaki hanya kerana masing-masing tidak mahu bertegur sapa. Tapi tiada siapa dapat menyangka setelah 5 tahun berpisah mereka bertemu semula di Estate Bukit Dussek (tertanya2 samada estate ini benar2 wujud) walaupun hanya sekejap sahaja.

Akibat salah faham berlaku sekali perpisahan mereka berdua. Untuk mengetahui kesudahan cerita ini jangan lupa membelinya, walaupun tebal (700++ ms) buku ini agak ringan kerana ia menggunakan kertas kuning.

Selain dari kisah Falah dan Zuha, diselitkan juga berkaitan dengan getah, (kisah ini mengingatkan kisah semasa ayah saya bekerja menjaga penoreh2 getah (dalam skim tanah rancangan kerajaan N9), tentang sekolah serta kehidupan di estet yang ramai tidak tahu disamping kisah serta tempat-tempat menarik do Oxford.

Tak menyesal saya membawa buku ini ke Pekanbaru dan dapat menghabiskannya sepanjang berada di sana. (walaupun pada mulanya rasa macam tak mahu bawa sebab rasa mcm berat shj)

Profile Image for Kamalia Kamalia.
Author 17 books77 followers
September 3, 2015
Kalau aku dapat habiskan novel 738 muka surat ini dalam masa kurang seminggu, maknanya novel ni memang sedap. Ini bukan sebuah cerita cinta kosong yang pembaca terpaksa pula perlu fikir sama ada logik atau tidak jalan ceritanya. Penulis menulis dengan membuat kajian terlebih dahulu dan bahasa yang sedap. Kritikan mengenai bahasa, sastera, komunisme,ekonomi dan masalah masyarakat estet memang penambah perisa. Memang sedap. Antara kata-kata yang aku suka dalam novel ni:

"Kerajaan sekarang ini lebih percaya untuk ambil guru dari India untuk mengajar Bahasa Inggeris, dan masih tidak percaya pada anak bangsa sendiri yang lulusan TESL ini untuk beri khidmat bakti. Dulu sudah pun Kementerian ambil guru-guru dari Amerika Syarikat yang bukan opsyen Bahasa Inggeris untuk mengajar.

Kasihan anak bangsaku, mereka membuang bahasanya, menggantikan dan mengagungkan bahasa penjajah, dan kini pula mereka tidak dipercayai untuk mengajar subjek bahasa itu pula." - m/s: 711.

Profile Image for Dyh Usen.
Author 7 books49 followers
April 2, 2013
… pada suatu musim luruh hati ini pernah mekar…

Cintaku luruh di Oxford ini merupakan novel yang ditunggu-tunggu, sejak penulis-penulisnya sudah mula menampal tajuk ini di dinding mukabuku mereka. Sama macam tunggu filem Hindustan lakonan Kajol dan SRK*kelip2 mata*. Yang mana baru sja dengar ura-ura,penonton sudah mula duduk tak diam. Begitulah juga dengan novel ni. Si pembaca rata-rata sudah resah-gelisah. *senyum*

Novel duet hasil tukangan 2 novelis hebat-Noor Suraya & Imaen ‘dihias’ dengan bahasa-bahasa yang indah. Mungkin kerana novel ini ditulis sepasang suami isteri, maka rasa cinta Falah-Zuha itu sampainya terus ke tangkai hati si pembaca. Cewah. Hikhikhik.

Okey cukup setakat tu saja mukadimahnya. Sekarang masuk ke isinya.

Cintaku Luruh di Oxford bercerita tentang Zuha anak kepada ahli politik Zaid Salim yang sedang mengalami krisis kerjaya di dalam politiknya. Zuha si anak dara Dato’ Zaid Salim itu rupanya sudah melukis wajah si jejaka bernama Falah di dalam ingatannya. Zuha yang sudah menulis sebaris nama- Muhammad Falah di hatinya. Dan Zuha yang sudah menjahit cintanya buat si Falah-jejaka kelahiran Negeri Kedah itu. Ya. Falah lelaki berlesung pipit itu, yang manis orangnya-pelajar jurusan ekonomi itu sudah buat Zuha terpanah dek rasa cinta. Tapi rasa cinta itu tidak pernah Zuha ceritakan pada sesiapa.Juga tidak pernah Zuha sampaikan biarpun pada si pemanah cinta itu – Falah.

Akhirnya rasa itu Zuha tinggalkan di bumi Oxford. Tanpa sempat ia mekar. Gugurnya cinta Zuha sama seperti daun-daun maple yang berguguran di Tanah Ratu.

Falah. Dia anak yatim yang datang ke Oxford dengan cita-cita yang tinggi. Dia jejaka tinggi lampai yang mampu membibitkan rasacinta di hati dua gadis. Tetapi, pada Falah…cintanya hanya untuk seorang saja. Hatinya sudah terisi dengan nama Zuha. Ya. Zuha anakkepada ahli politik terkenal itu. Falah sudah memberi hatinya kepada Cik Hud Merah itu (sebab Zuha gemar memakai kot merah yang mempunyai hud).

Entah dimana silap percaturannya…rasa cinta yang manis itu bertukar menjadi kelat pada Falah. Belum sempat Falah berjuang untuk meluahkan perasaannya pada Zuha, dia sudah mengangkat bendera putih. Akhirnya Falah menjeruk hati, sendiri.

5 tahun selepas peristiwa pada musim luruh di Oxford itu, Bukit Dussek menjadi saksi sepasang mata milik Zuha bertemu dengan sepasang mata milik Falah. Lalu rasa cinta yang dikurung rapat itu seolah bergembira sakan setelah terlepas dari kurungan. Riangnya hati Zuha. Girangnya hati Falah.

Kali ini Falah nekad, Cik Hud Merah itu tidak akan dia lepaskan lagi. Namun… kita manusia hanya mampu merangcang, tetapi yang menentukan… adalah DIA. Walaupun Falah masih menyimpang sarung kusyen jahitan tangan Zuha, dan Zuha masih menggunakan pashmina-merah raspberi pemberian Falah, namun siapa mereka untuk menolak ketentuan takdir. Walau hanya seinci saja jarak hati Falah dan Zuha untuk bertemu, siapa mereka untuk menyangkal takdir yang telah tertulis itu.

Resensi saya tentang ia:

Tahniah buat kedua penulisnya. Anda telah Berjaya membuatkan sipembaca ini larut dalam kisah cinta Zuha-Falah. Ya. Saya akui-dalam pembacaan sudah berapa kali bantal peluk di atas katil dicubit.Dek geram dengan si Zuha itu. Geram pada si Wassim yang kata Zuha,orang tua yang jiwanya muda itu. Geram juga pada Cik O’Hara Moes tu. Kasihan pada cik bantal saya itu.Kihkihkih.

Terima kasih pada kedua penulis hebat ini Puan Noor Suraya dan Encik Imaen yang banyakmemberi input-input di dalam cerita ini. Ya. Otak saya turut berbahas dengan Falah tiapkali dia berdiskusi mengenai politik dan ekonomi. Jadi jangan ingat ini kisah cinta yang isinya cuma cinta-cintun saja,ya!

Dan akhir sekali, saya pun sudah jatuh suka pada Muhammad Falah Ahmad Nordin itu. Ehem. Bukan lah suka seperti rasa suka Zuha itu. Tetapi suka yang… ala suka sebab dia berjaya buat kita kagum dengan dia. Ya. Saya suka sebab Falah buat saya kagum dengan kesabaran hatinya itu. Juga kerana hadiahkan Zuha bunga ros merah jambu keunguan itu. Yang Zuha keringkan lalu dijadikan potpuri.

Dan Falah berjaya buat hati saya dap dup dap, nyaris nak luruh. Sebabnya, dek kerana daging rusa itu Falah terlepas untuk berjumpa dengan Cik Hud Merahnya itu. Sudahnya hampir beberapa bulan di Bukit Dussek itu baharulah mereka bertentang mata.

Apapun, Cintaku luruh di Oxford ini sudah masuk carta buku kegemaran saya. Dengarnya akan ada lagi novel duet penulis-penulis hebat ini. Latarnya,di bumi Kashmir pula.Tak sabar menanti. Semoga semua urusan yang berkaitan Kashmir itu dipermudahkan.Amin.

Seperti nota kecil daripada Puan Noor Suraya yang disispkan pada novel ni, Cinta hadir tanpamengira musim. ^_^
Profile Image for Pips.
220 reviews30 followers
February 24, 2013
Seperti biasa, karya Kak Su manakan pernah mengecewakan. Kali ini, hasil paduan mantap bersama suami, Imaen, memang menjadi!

Siapa yang pernah membaca karya dari Imaen dan Kak Su mesti akan dapat rasa bahagian mana satu mereka tulis :) Kalau tiba bab Kak Su, secara automatiknya akan baca dengan sayu, mendayu-dayu gitu. Bila bahagian Imaen pula, laju-laju je. Hihi.

Novel ini, penuh berisi. Buat aku berfikir sejenak tentang bab ekonomi yang dah bertahun meninggalkan. Buat aku kagum dengan ilham dari Allah kepada penulis-yang mana kisah cinta terpendam di musim luruh antara Zuha dan Falah, walapun dugaan datang, walaupun tiada peluang untuk meluahkan perasaan masing-masing, akhirnya, takdir yang telah tercatat antara mereka dipermudahkan-Nya.

Rasa kasihan dengan Zuha dan Falah. Kenapa begitu sukar cinta mereka? Aduh, kasihan.

Bermula dengan dugaan dari bapa Zuha hingga menyebabkan dia terpaksa balik dan menyambung pelajaran di Malaysia, sikap Zuha yang awal-awal lagi tidak mahu menjadi penghalang antara Falah dan Damina, hinggalah salah faham Falah terhadap Zuha di hotel, London. Dengan Pak Cik Wassim, anak teruna lanjut usia yang sudah lama memendam perasaan terhadap Zuha.

Dan kemuncaknya, bila masing-masing bertemu mata buat pertama kalinya setelah berapa tahun berpisah di Estet Bukit Dussek, tanpa sempat Falah meluahkan perasaannya, Zuha melarikan diri setelah salah faham melihatkan Damina sekeluarga di rumah Falah dan membuat keputusan yang merobekkan hati Falah! Kahwin dengan En.Wassim? Oh, kasihan Falah :( Bertahun setia dengan cintanya terhadap Zuha.

Tapi pengakhirannya indah walaupun simpati dengan En.Wassim.

Alhamdulillah, puas hati baca karya ini. Bukan kosong semata-mata tapi nasihat dan tauladan itu ada. Plot disusun kemas dari awal-awal cerita hingga ke akhir walapun diadun oleh dua orang penulis. Sampai aku sendiri terpikat dengan Estet Bukit Dussek walaupun hampa, berusaha mencari dalam internet hasil bantuan Pak Cik Google untuk melihat keindahannya namun tiada satu pun yang ada.
Profile Image for Hajar.
284 reviews
May 26, 2013
Pertemuan Falah dan Zuha dalam tempoh yang singkat cukup memberi kesan kepada keduanya. Semester yang singkat makin terasa bertambah singkat apabila masing-masing menyimpan 'rasa' dalam hati masing-masing. Falah sudah tentulah berasa rendah diri dengan perbezaan darjat antara dirinya dan Zuha. Manakala Zuha yang masih tebal dengan kesopanan dan sikap pemalunya itu pula tidak mahu mengganggu keharmonian hubungan antara Falah dan Damina, yang dianggap kekasih Falah.

Mereka berpisah dengan prasangka yang menebal sehinggalah mereka bertemu kembali lima tahun kemudiannya dalam kedamaian Estet Bukit Dussek. Namun, sekali lagi salah faham tercetus sehingga Zuha tekad untuk menerima lamaran Wassim. Aduhai, saya rasa macam nak luku je Zuha ni. Kenapalah dok buat keputusan terburu-buru? Kesian Falah dan Wassim.

Tapi sebenarnya saya lebih kesiankan Wassim. Uhuk! Bertahun-tahun menyimpan rasa pada si pujaan hati namun bila sudah ada dalam genggaman, baru diketahuinya yang si pujaan hati rupanya mencintai orang lain. Akhirnya si pujaan dalam genggaman terpaksa jua dilepaskan untuk mencari kebahagiaannya sendiri. Sobs.

Komen saya: Phew. Akhirnya dapat juga saya habiskan pembacaan buku tebal ini. Cuti sakit sepanjang minggu lepas memang dimanfaatkkan sepenuhnya untuk menyudahkan pembacaan. Hehe. Hakikatnya ketebalan buku ni tidaklah menumpukan sepenuhnya pada kisah cinta si uda dan dara berdua ini sahaja. Seperti biasa kedua-dua penulis ini turut menyelitkan tentang sejarah, sosio-budaya, ekonomi dan juga sedikit kritikan tentang politik semasa di negara kita. Saya suka bila penulis memberikan kerjaya yang 'biasa-biasa' untuk keduanya walaupun mereka berpendidikan tinggi. :) Sungguh pun ketebalan buku ini agak 'melelahkan', gaya bahasa dan susunan bahasa kedua penulis ini berjaya menyelamatkan rasa 'lelah' itu. Terima kasih dan tahniah buat kedua-dua penulis atas kelahiran buku ini. :)

4.5* untuk CLDO
Profile Image for Juliza.
208 reviews29 followers
December 11, 2014
(2.5 bintang)

*Jangan! Jangan anggap ni sebagai resensi ya. Ini hanyalah penjelasan.*

Ini bukan salah Imaen. Bukan salah Noor Suraya. Bukan salah 738 halaman. Bukan salah Bahagian 1, Prolog I yang mengambil waktu beratus hari untuk hamba tinggalkan. Bukan salah Bahagian 2, Prolog II yang hamba terlalu sukai. Bukan juga salah Bahagian 3 – Prolog III yang melukakan hamba. Bukan kerana keindahan tulisan Noor Suraya sudah berguguran seperti daun maple kering (tidak walau sedikit pun ya! tidak akan pernah terjadi barangkali). Bukan kerana membantah dan percayalah seseorang yang cuma membaca bahagian Sukan dalam surat khabar ini tidak pernah ingin menjunjung atau membakar mana-mana 'bendera'. Dan, akhir sekali tentulah bukan salah Falah-Zuha, Zuha-Wassim dan Falah-Zuha.

Ini bukan salah apa-apa atau sesiapa.

Cuma minggu-minggu terbelakang ini hati hamba terlalu pahit dan hamba tidak tahu bila boleh memaniskannya lagi. Maafkan. Maafkan. Maafkan. :(

Profile Image for Limau Nipis.
666 reviews25 followers
April 30, 2013
Bismillahirrahmanirrahim.. reviu tadi terpadam.

Ok dimulakan semula

Sebelum memulakan reviu, papar gambar anak-anak dulu di University of Oxford satu tika dahulu.



Payah sebenarnya aku hendak memberikan 2 bintang kepada buku ini, kerana aku tahu ianya ditulis oleh penulis yang aku tidak ragu-ragu membeli bukunya tanpa membaca sinopsis, Noor Suraya dan Imaen.

Aku harus terima hakikat bahawa buku berhelaian 700 lebih mukasurat ini hanya menarik dari segi persekitaran bukan jalan cerita. Oxford dan Bukit Dussex memang menggamit jiwa. Begitu juga dengan Stratford upon Avon. Ada masa terasa cerita ini meleret-leret sangat, walhal kisah utamanya sekejap sahaja.

Terus terang aku katakan, aku tidak suka Zuha atau Falah. Zuha, aku tahu kau suka Falah di dalam relung hatimu paling dalam, tetapi kenapa pula kau pendek akal meminta Wassim membantumu? Buku ini umpama kisah cinta tidak kesampaian (bercinta ke mereka ini sebenarnya?). Sekejap- sekejap Zuha terbayang Falah, sekejap-sekejap pula Falah terbayang Zuha, tetapi tidak terucap jua.

Kisah cinta tidak kesampaian ini pula umpama sebuah buku tulisan Cecelia Ahern bertajuk Love Rosie. Aku lebih suka sekiranya Zuha berani seperti Jaja di dalam novel Jaja Din atau Falah berani seperti Ahmad Akhtar di dalam novel Gadisku Wan Adnin. Bukankah mudah sebegitu tanpa perlu memendam perasaan bertahun-tahun lamanya?

Zuha, kenapa hatimu mudah berbolak-balik?

Aku lebih suka Wassim dengan Zuha. Hanya kerana Wassim itu bersandar kepada Allah dan cintanya teguh. Wassim, bagi aku seorang yang budiman, walaupun mungkin ramai akan menyatakan Wassim tidak sekufu dengan Zuha, tetapi bagi aku Wassim lelaki berani kerana dia meluahkan rasa hatinya kepada Zuha - walhal dia tahu kisahnya sampai bila tidak akan kesampaian.

Tetapi Wassim, mengapa kau melakukan sesuatu yang drastik hanya untuk menemukan Zuha dan Falah? Aku sebenarnya kurang suka dengan beberapa watak yang bercerita seperti

Ketika ini ingin sahaja aku kongsi hadis mengenai sebuah perkahwinan.

Maaf, aku sebenarnya berat hendak memberi 2 bintang kepada buku ini. Tetapi inilah hakikatnya. Aku sangat kecewa dengan dua watak utama ini.
Profile Image for Ummu Auni.
664 reviews
May 8, 2013
Komen pertama yang rata-rata resensi menulisnya: Lelah saya membaca buku ini kerana terlampau tebal

Baiklah, mari kita fokus kepada yang bagus dahulu:

1. Novel yang dibahagikan kepada 3 bahagian ini, membawa saya ke dua tempat yang saya tidak pernah jejaki, Oxford dan Bukit Dussex. Sungguh gambaran Oxford dan Bukit Dussex sangat membuatkan saya seperti menjejak kaki ke sana, terbuai-buai perasaan sehingga saya boleh merasakan betapa dinginya hawa di Bukit Dussex, kemudian seperti mampu menyentuh embun di rerumput di Bukit Dussex. Gambaran punting di Oxford, ah, saya sebenarnya hanya pernah sampai di Cambridge, tetapi saya boleh bayangkan kenangan saya punting di Cambridge suatu ketika dahulu.



2. Yang ringan dan yang berat. Yang berat itu sarat dengan isu politik, ekonomi, sosial, yang menambah ilmu saya di dada. Saya suka sangat dengan pandangan tentang manifesto menurunkan harga kereta. Saya suka dengan pandangan sosio-ekonomi penduduk di ladang/estet. Saya suka dengan gambaran suaka politik di Sweeden. Penuh dengan maklumat. Banyak yang saya belajar dari Imaen

3. Seperti biasa, tulisan Kak Su, banyak membuai perasaan. Mengalir lembut bahasa yang indah. Sungguh terbuai perasaan.

Yang kurang bagus dalam novel ini

1. Saya rasa ingin mengetuk kepala Zuha & Falah, dua watak utama yang sentiasa memendam perasaan, sentiasa salah faham, sentiasa berwasangka. Falah salah faham tentang keadaan Zuha, Zuha salah faham dengan Falah. Intipatinya: 'miscommunication'. Tidak reti berkata-kata, semuanya ingin pendam di dalam hati. Bertahun-tahun pendam di dalam hati.

2. Saya kasihan pada Wassim yang lama menaruh perasaan pada Zuha. Sungguh. Barangkali Wassim memikirkan faktor umur, tetapi Wassim, kalau engkau wujud, barangkali ramai betul gadis di Malaysia ini akan menawarkan diri padamu. Wassim yang banyak sangat berkorban dari saat ayah Zuha dimasukkan ke dalam penjara, sehingga dipergunakan Zuha.

3. Argh, sungguh saya tak suka kenapa Wassim mudah benar melepaskan Zuha? Kenapa? Kenapa? Zuha sudah ditanganmu. Kenapa ending cerita ini tidak seperti Hum Dil De Chuke Sanam: Si Aishwarya Rai yang saling bercinta dengan Salman Khan, dan akhirnya berkahwin dengan Ajay Devgan. Kemudian si suami tahu si isteri ranap hatinya, tiada rasa kasih bersungguh terhadapnya, menyebabkan si suami mencari kekasih si isteri. Bila ketemu kekasih lama, si isteri membuat keputusan untuk bersama dengan suami kerana baru dia sedar si suami lah lelaki yang terbaik untuk dirinya?

Sungguh saya tidak faham, kenapa terlampau berbelit cerita Zuha dan Falah. Apa yang penulis ingin bawa sebenarnya? Menaikkan darjat seorang perempuan yang selalu dilabel tidak baik ? Saya rasa patah hati dengan Wassim sebenarnya. Patah hati dengan Zuha.

Falah pun satu kemaruk benar bercinta. Aduhai, alahai.

2 atau 3 bintang. 2 atau 3? 3 bintang itu kerana ada sedutan dari Imaen, tetapi kalau fikirkan endingnya, mungin ini kali pertama dan terakhir saya membaca buku ini.

Novel ini boleh dipendekkan, tidak meleret sehingga 700++ muka surat. uhuk
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews105 followers
June 29, 2015
'Menjamah' naskah yang tebal memerlukan kesabaran yang tinggi. Adap dan sopan harus dijaga, sudu dan garpu tidak boleh berbunyi, kunyahan 44 kali, hadam sesopannya......

Tapi, confirm aku bukan dalam kategori pembaca yang sabar.....CINTAKU LURUH DI OXFORD masuk dalam kategori speed reading (pembacaan kali pertama). Ayat demi ayat akan masuk turn pembacaan kali kedua....mmg aku bukan seorang PEMBACA yang sabar.....

WELL.....Noor Suraya masih dengan magisnya, Imean - karya pertama bagiku (agak serius kan bahasanya?)

TAPI....masih wujudkah lagi watak Falah n Zuha kini? Memendam rasa sekian lama, hati luka hanya kerana salah sangka, jiwa merana kerana terlajak kata....? Magis Noor Suraya kerana untuk setiap karyanya, aku x pernah lupa dengan watak2 lukisannya kerana mesti ada sesuatu yang melekat di hati (manis @ pahit)....

Banyak informasi mengenai ekonomi, sosial dan pendidikan diselitkan dalam Cintaku Luruh Di Oxford.... itulah penangan penulis senior.....

Profile Image for Sufiyyah Zulkifli.
59 reviews6 followers
March 28, 2013
too long. hahah. it's 3 parts, so, normal. :P

political issues.
educational issues - suits me. nice. same course, nicer.
economics issues.
love issues - probably. hahaha. antara dua darjat too. heh.

i, unintentionally compared Zuha to Wan Adnin. haha.
yes, i like Adnin more. dang!

i do feel like going to Dussek..

i just realized that i like more novels with local place setting because i can imagine it better... i am a visual learner. haha. (does it related to each other?)

although i was like, GRRR, to Falah and Zuha for their decisions, they have their own reasons. they're rational+emotional, though. haha.

reading Noor Suraya's and Imaen's pieces, i always have this mindsetting; get-to-know something new (new info, new perspectives) and life-lesson.

characters in this novel portrays knowledgeable society, and i'm dreaming for that too.
knowledgeable with religion as the filter. that's how people in The Golden Age lived their lives, aite?
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,550 reviews41 followers
April 2, 2018
Sebuah lagi karya sasterawan hatiku Noor Suraya. Tebal, jitu, padat dengan yang elok-elok. Kalau adapun yang melunyaikan hati, kuyup jiwa dengan air mata, kelam pandangan diulit kecewa, semuanya berlandaskan cinta sedalam-dalamnya, kasih seluas lautan, rindu bak taufan salji. Kisah Falah-Zuha yang manis, tidak cukup gula kabung seribu lori. Perpisahan Zuha-Falah yang bikin hati sebu. Cinta itu terlalu indah biarpun ranjaunya terlalu panjang.

Ada juga falsafah berisi sosio-ekonomi yang hanya dapat diucap oleh jiwa yang merdeka "Tak semua harga murah bagus ... berdasarkan hukum permintaan dan penawaran...untuk turunkan harga kereta, kerajaan kena sama ada beri subsidi, kurangkan cukai import kereta, atau untuk kes kereta nasional kena kurangkan margin untung". Nak tahu rasional Falah? Bacalah sahabatku.

"Aku simpan potretmu unruk kugandingkan dengan wajahku dalam bingkai hati"


#kedaibukusaduri
#marilahmembaca
#noorsuraya
Profile Image for Ryana.
Author 2 books8 followers
February 16, 2013
Seperti biasa karya Kaksu amat meninggalkan kesan dalam hati. Bahasa Melayu yang kaksu gunakan, bila baca sangat menusuk ke kalbu. Perasaan seolah-olah dibuai pula. Tapi buku kali ini banyak menyentuh faktor-faktor persekitaran seperti politik, masalah yang merangkumi masyarakat kita pada hari ini juga dilema guru. Semua yang terangkum disitu memberi suntikan kedewasaan sebuah karya dan membuat pembaca sendiri berfikir.
Buku yang wajib masuk senarai koleksi.
Profile Image for Hamidah Effendi.
370 reviews3 followers
August 24, 2025
Cintaku Luruh di Oxford karya Noor Suraya dan Imaen memang layak dipuji. Tidak hairan ramai yang menyebutnya sebagai antara karya terbaik. Penulisannya bukan sekadar bercerita, tetapi tersusun seakan helaian skema pemarkahan—kemas, teratur—namun digarap penuh seni hingga mengalir lembut di hati pembaca.

Menariknya, tiada cinta klise yang membuat kita jemu atau mahu lari ke planet lain. Sebaliknya, kisah Falah dan Zuha tumbuh perlahan di Oxford—sebuah cinta yang lebih banyak dipendam daripada diucapkan. Sabar adalah kunci; kita diuji menanti mereka menempuh jalan panjang menuju bahagia.

Namun sementara menunggu, dua penulis ini bijak meramu isi—menyelitkan isu bahasa dan sastera yang kian dianak tirikan, dipinggirkan oleh tangan penggubal dasar sendiri, seolah-olah bahasa lain lebih mulia daripada bahasa kita. Bahagian ini benar-benar membuat mata dan jiwa celik.

Aku turut terpikat dengan episod di estat Bukit Dussek, Changlun, serta eratnya persahabatan yang menjadi jambatan dua hati. Persahabatan itu seakan suara pembaca sendiri, menegur dengan nakal: “Lambatnya kalian berdua ini…”

Cuma ada satu watak yang menggoncang: Wassim. Didefinisikan sebagai lelaki tua, namun dalam persalinan pengantin, dikatakan kacak—tall, dark and handsome barangkali😅. Barangkali juga usianya sekitar lewat 40-an, namun tindakannya terasa melampau, dan terlalu mudah mengalah. Bab ini membuat dada berombak, hati sukar menerima.

Dan akhirnya, ada kalimat yang terus berbekas, tak mungkin luput dari ingatan:
“Jangan bercerita lagi fasal semua yang di belakang kita…”
Ayat yang sederhana, namun dalamnya bagai luka yang diubati dengan pasrah.

Banyak mutiara bahasa yang indah bertebaran dalam naskhah ini. Tahniah kepada kedua-dua penulis, dan terima kasih kepada sahabat yang memperkenalkan aku pada karya seindah ini.
Profile Image for Suhailah Iskandar.
347 reviews16 followers
November 23, 2014
Aku senang dengan permulaan setiap bab yg ada baris indah, pantun-pantun yg diselitkan malah gaya bahasa yg amat menarik. Banyak gaya ayat, simpulan bahasa yg baru aku kenali sepanjang seminggu melayari novel indah ini.
Novel ini ialah perjalan indah dan simply breathtaking. it's an astounding piece from Noor Suraya & Imaen. terima kasih kerana membawa aku ke Oxfordshire, Hyde Park, Estate Bukit Dussek yg dlm imaginasi ku, amat indah sekali. Bercerita tentang Tolkien, penulis fantasi LOTR & HOBBITS dan Stratford Upon Avon. Baru aku tahu Avon tu maknanya sungai dlm Old English. I learned a lot. Tentang Falah, lelaki setia begitu juga Wassim, terima kasih kerana berkorban. Zuha, gadis pemalu namun daya tahan cintanya amat mendalam walaupun luruh pada satu ketika. Damina & Mabel. Mana boleh ku temui teman seperti kamu berdua?
Novel ini.. Mantap. Terima Kasih Allah kerana memberi mereka kekuatan melahirkan karya indah ini dengan IzinMu.
Profile Image for Oda.
14 reviews3 followers
February 21, 2013
Alhamdulillah akhirnya saya berjaya menghabiskan buku yang sangat tebal ni. Tak mengambil masa yang lama pun untuk di habiskan, kurang dari seminggu rasanya saya membaca buku ni. Sesuai dengan ketebalan buku ni, ceritanya tersangatlah panjang sampai satu tahap saya rasa ceritanya agak meleret-leret sedikit. Membaca novel ini memerlukan tahap kesabaran yang agak tinggi kerana di pertengahan cerita buat kita rasa agak jemu, saya asyik tertanya-tanya bila la Falah ni nak jumpa Zuha.

Apa-pun keseluruhan cerita masih sangat menarik, macam biasa saya suka gaya bahasa NoorSuraya ditambah dengan pantun-pantun yang menarik hati yang diselitkan sana sini dalam novel ni.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Aina Hilmi.
Author 7 books104 followers
Read
March 6, 2014
Bismillah walhamdulillah.

Kisah kehidupan dan cinta berlatarbelakangkan Oxford dan Bukit Dussek. Oh, kedua-dua tempat ini tidak pernah saya jejaki apatah lagi pertama kali mendengar nama Bukit Dussek #_^

Novel setebal 738 muka surat ini saya kira lebih kepada cerita ekonomi, falsafah dan cinta itu lebih kepada bab-bab akhir novel. Itu memang 'kelebihan' Imaen dalam menggarap karyanya. Begitu juga Kak Noor Suraya dalam menata hasil penulisannya.

Kisah Falah yang jatuh hati pada Zuha ketika di Oxford namun kedua-duanya hanya menyimpan di dalam hati hingga bertahun-tahun lamanya. Kedua-duanya juga menyimpan prasangka yang bukan-bukan. Membuat telahan sendiri sehingga merugikan masa dan diri sendiri.

Namun, saya suka kepada cerita kehidupan yang ditonjolkan dalam cerita ini. Kehidupan di Oxford, keindahan panorama tempat yang dilawati, pengalaman mengajar Zuha di sekolah menengah sebagai guru praktikal, diselitkan kisah politik semasa dan kisah kekeluargaan.
Profile Image for Hanita yusoff.
10 reviews25 followers
September 17, 2013
Ini novel ke 3 saya baca dr penulis yg sama,noor suraya.Penulis memang bijak menggambarkan suasana..kalau di stratford tu seolah2 memang kita berada di perkampungan shakespear yg klasik dan nyaman.cuma saya rasa kisah cinta ni mcm xrealistik.kalau dibuat kesimpulan kisah cinta yg selalu dipaparkan penulis mcm sama utk semua karya(yg saya baca).watak heroin yg mulanya freehair lepas tu pakai tudung..sama utk jaja dan din,surat ungu utk nuha dan cintaku luruh di oxford.
So saya rasa cliche jer watak2 heroin ..mcm boleh dijangka..
Saya harap noor suraya akan mencipta sesuatu yg baru utk naskah2 akan datang.walau apa pun alasan penulis..bg saya sbg pembaca..saya dah bosan..
Profile Image for Hafizul Osman.
66 reviews3 followers
October 18, 2016
Gabungan penulisan yang menarik tapi bagi yang sudah biasa membaca karya Noor Suraya dan Imaen, aku sudah dapat membezakan ini tulisan siapa dan ini pula tulisan siapa. Setelah bermula agak lama akhirnya aku dapat juga menghabiskan novel setebal 700 lebih muka surat ini. Jarang juga aku boleh habiskan..fuhhh..

Namun begitu aku lebih menyukai mereka menghasilkan novel secara solo kerana gabungan dua penulis untuk satu cerita dalam satu buku kali ini agak kurang 'kick'nya berbanding sewaktu aku membaca karya solo mereka.

Tapi, apa pun aku tetap teruja dan terbuai-buai dengan cerita cinta Falah dan Zuha.
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
May 8, 2013
Falah-Zuha. Falah yang lambat mengambil tindakan atau Zuha yang tergesa-gesa memutuskan jawapan menyebabkan jalan menyatukan hati mereka yang terbentang luas kembali tertutup. Tapi takdir tuhan tiada siapa yang boleh menduga. Wassim yang menyimpan kasih selama 10 tahun sanggup melepaskan isterinya yang dinikahi 6 bulan demi menyatukan Falah Zuha. Dengan gelaran baru yang disandang Zuha, sudikah si janda berhias ini menerima Falah? Marah dirinya dianggap boneka, sesuka hati dua lelaki yang mengaku kasih kepadanya mengatur hidupnya
Profile Image for Wan Atiee.
38 reviews22 followers
February 24, 2013
saya pergi ke oxford dan bukit dussek secara percuma bila membaca buku ini yang berlatar belakang kan tempat-tempat menarik di oxford dan terasa dingin pula bila penulis menceritakan kisah di bukit dussek. Jalan cerita yang agak menarik dan tersusun rapi. Kesian juga dengan Wassin. Kalau wassin itu wujud di dunia nyata masih kah dia bujang sehingga sekarang ;p
Profile Image for MamaErra.
387 reviews1 follower
August 28, 2014

Dengar nama penulisnya Noor Suraya & Imaen je pun dah terbayang-bayang, mesti ceritanya best! Tu belum lagi baca. Bila dah baca... apa lagi nak kata, memang BEST!
Profile Image for Dayang Noor.
Author 17 books74 followers
April 18, 2015
Saya suka part 2 je sebab fast pace dan banyak drama. Kebetulan atas kebetulan, kekeliruan dan asyik salah faham tu memang rencah utama kisah cinta melayu, kan?
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
October 1, 2022
[BOOK 195]

Cintaku Luruh Di Oxford by Noor Suraya & Imaen.
.

Alhamdulillah. Berjaya jugak habiskan novel yang tebal ni. Punyalah tebal, sampaikan aku selak setiap mukasurat tu, muat-muat untuk mata aku nampak tulisan je. hahaha. punyalah takut spine buku patah.
.

This was supposed to be my last September read. Tapi, sempat habiskan buku ni awal, then proceed to next book. So, jadi buku kedua terakhir je la.
.

Baca buku ni, hati kena sabar.
.

Satu, sebab tebal gila namatey. 700+ pages.
.

Dua, bahasanya sangat puitis. Puitis yang aku suka la. Tapi lebih banyak naratif berbanding dialog. So, kalau kurang sabar, akan rasa sangat meleweh.
.

Tiga, sebab percintaan Zuha dan Falah ni, ada naik turunnya. Aku pulak yang bengang.
.

Okay, buku ni terbahagi kepada 3 bahagian.
.

Satu, kisah pertemuan Falah dan Zuha di Oxford. Sejak pertemuan pertama, hati saling jatuh cinta. Tapi kerana status Zuha sebagai anak Dato', membuatkan Falah memendam rasa. Zuha pula ingatkan yang Falah bercinta dengan Damina. Bila hati dah nekad untuk berterus-terang, ada salah faham pulak. Dan mereka terpisah bila Zuha balik ke Malaysia.
.

Dua, setelah 5 tahun. Zuha sekarang bergelar guru pelatih dan mengajar di sekolah di Bukit Dussek. Falah pula bergelar pengurus estate Bukit Dussek tersebut. Namun, hebatnya takdir Tuhan, tak pernah sekalipun mereka berdua tersempak sepanjang berada di Bukit Dussek. Hanya pada hari-hari terakhir Zuha di sana, mereka bertemu. Baru sahaja niat mereka untuk meluahkan rasa, sekali lagi salah faham terjadi. Dan Zuha memilih Wassim yang sudah 10 tahun mencintai Zuha.
.

Tiga, Zuha kahwin dengan Wassim. Haihhh. Apakah kesudahan kisah cinta Zuha dan Falah?
.

Jangan risau, happy ending. haha
.

Aku suka watak Falah. Cumanya kesilapannya ialah dia tidak berterus terang terlebih awal. Dan paling comel ialah bila dia memilih 18 April untuk nikah dengan Zuha sebabnya dia nak hadiahkan Zuha sebagai hadiah birthdaynya sendiri. hahaha.
.

Zuha pulak matang orangnya. Kecuali bila dia tergesa-gesa memilih Wassim semata-mata untuk melupakan Falah. haih.
.

Yang aku suka, bila penulisan KakSu buatkan seperti aku di Oxford dan Bukit Dussek. Sangat cantik penceritaannya.
.

p/s: aku masih belum dapat bezakan penulisan KakSu dan Imaen. Nampak sama je. hahah
Profile Image for Atina.
24 reviews4 followers
July 23, 2017
Review ni dibuat bersempena Cabaran Buku Tebal #CBTBookends anjuran @BookendsMy di Twitter

Disebabkan bulan Julai ni bulan untuk marathon buku-buku Kak Su, maka buku yang terpilih mestilah Cintaku Luruh di Oxford.

"Kata rindu: tak ada kamus yang dapat menerangkannya dengan tepat...hanya yang merasakannya saja dapat merasai"

Rasanya semua sudah sedia maklum karya-karya Noor Suraya dan Imaen ni bukan karya biasa-biasa. Novel-novel mereka sarat dengan ilmu. Membaca karya Kaksu dan Imaen bermaksud anda dan saya belajar sekali bagaimana menjadi manusia yang beradab.

Dah tiga tahun naskhah ini dibeli tapi hanya sekarang baru mula membaca dan tak boleh berhenti pula tu.

Cerita mengenai Zuha-Falah yang sama berkongsi rasa yang sama dari Oxford ke Bukit Dussek.

Naskhah ni terbahagi kepada tiga bahagian.

Untuk bahagian pertama, graf emosi saya lebih kepada mendatar. Ceritanya lebih kepada pertemuan Zuha dan Falah di Oxford. Untuk bahagian kedua pula graf emosi asyik menjunam sahaja. Tertunggu-tunggu bila Zuha-Falah ni akan bertemu. Dan untuk bahagian terakhir graf emosi asyik turun naik saja. Mana tidaknya, geram betul dengan tindakan Zuha yang melulu tu. Sambil membaca tu kaki ni asyik menendang angin jugalah. Geram. Hahaha.

Keseluruhannya, karya Kak Su dan Imaen memang tak pernah megecewakan.

Nora kasi 5 bintang.
Profile Image for Hani~.
145 reviews3 followers
September 12, 2025
Cintaku Luruh di Oxford ini bukan sekadar kisah cinta. Walaupun tebal, kita baca setiap halaman tanpa langkau.

Apa yang buat ia lain daripada novel cinta biasa?

1. Latar unik: Oxford + estet Bukit Dussek. Ada kontras dunia akademik & realiti hidup di estet.

2. Konflik hati berpunca daripada cinta terpendam & salah faham. Sedikit kelainan daripada klise kahwin paksa atau tingkah jahat orang ketiga.

3. Tema besar: cinta + keluarga + pengorbanan + adab + realiti sosial. Nilai yang menjadikan novel ini berharga dan penuh didikan serta informasi.

4. Identiti & nilai Islam tetap dijaga walau jauh di perantauan.

5. Bahasa puitis, penuh metafora & gambaran suasana yang hidup.

Cinta sejati bukan sekadar bunga-bunga, tapi perlu juga kesabaran & penghormatan. Novel ini lebih daripada sekadar sweet romance. Ada renungan tentang hidup dan cinta yang matang.
1 review
November 15, 2021
Tahun 2021 saya ulang baca semula CLDO ini. Setiap helai yang saya singkap terasa macam: 'eh, kenapa macam belum pernah baca yang ini?'. Gituuuuu.

Betullah novel ini ditulis dengan jiwa Melayu. Orang Melayu yang segan berterus-terang, sampai jadi prasangka. Namun itulah yang selalu berlaku.

Kita tak gamak hendak buka mulut tanya depan-depan, tapi agak-agak itulah yang berlaku menurut hujah mata kita sendiri. Dalam mana-mana acara kehidupan pun, sama!

Itulah jadi antara Falah dan Zuha. Kalau saya jadi Zuha atau Falah pun, tak adanya saya hendak pergi berdepan, tanya terus.

Memadailah pendam, dan faham-faham sendiri, padahal entah ya entah tidaklah faham itu.

Watak dan jalan cerita dalam novel ini yang demikianlah jadi dekat dengan hati saya.
5 reviews1 follower
April 2, 2019
Bahagian I dan 3 novel ni menarik sebab berkisar mengenai watak utama Falah-Zuha. Bahagian 2 ni yang bagi saya agak meleret. Kan elok kalau bahagian 2 ni dipendekkan.

Saya mengambil masa sebulan jugak nak habiskan buku yang sangat tebal ni (738ms). Kena cari masa lagi, kena tunggu ada 'mood' membaca lagi.

Pengisian buku ini bagus sebab bukan jenis tipikal 'novel cinta merapu'. Tapi itulah kurangnya, jalan cerita agak meleret, terlalu panjang dan lama baru ada perkembangan mengenai hubungan Falah-Zuha.

Sekian, TQ ;-)
Displaying 1 - 30 of 48 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.