Jump to ratings and reviews
Rate this book

Meh, Sandar Pada Aku!

Rate this book
Aku perlukan kau, sebagaimana kau perlukan aku. Tapi kenapa kita tak sedar semua itu?

Kata orang, tak kenal… maka tak cinta. Tapi kalau dah kenal, asyik nak menyakitkan hati sahaja… buat apa? -Afnan Tasneem

Dia, gadis yang ceria, jujur cuma kadangkala lurus bendul tak bertempat. Kehadirannya di institusi penyelidikan itu hanya sekadar memenuhi syarat kredit yang diperlukan untuk menyempurnakan pengajian peringkat ijazah pertamanya. Sangkanya, praktikal hanya sekadar bekerja sambil menimba pengalaman awal sebelum tempoh alam pekerjaan yang sebenar. Rupa-rupanya tidak.

Berdepan dengan spesies lelaki terancam yang macam bagus seperti penyelianya itu membuatkan hatinya sentiasa berasa panas. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Langsung tak ada gaya sedang menjalani praktikal. Asyik kena buli, adalah! Lelaki itu cuma pandai bagi arahan, tapi tunjuk ajar memang tak pernah ada. Matanya pula langsung tak beralih dari skrin komputer setiap kali berkata-kata. Macam bagus sangat!

“Kau letak otak kau kat mana ha? Kat lutut?”

“Kenapa Doktor Syed tanya saya macam tu?”

“Sebab kau buat kerja tak guna otak. Tapi guna lutut!”

Dalam marah, dalam herdik… tanpa sedar nama gadis itu sudah mula ada ruang dalam hati dan akal seorang lelaki bernama Syed Nadzhan yang selama ini dunianya kosong untuk kaum perempuan. Kehadiran Adam Naufal, anak didiknya yang selalu menjadi penyelamat gadis itu dengan senyuman dan bicara tenangnya membuatkan hati Syed Nadzhan yang mula terisi, rasa tergugat.

“Aku apa?”

“Tak ada apa-apa, Doktor Syed...”

“Aku tanya sekali lagi. Aku apa?”

“Errr… Doktor Syed kan handsome! Tentulah Doktor Syed tak suka perempuan macam saya yang biasa-biasa ni. Betul tak?”

Tapi rasa itu terhenti apabila mereka akhirnya ditakdirkan untuk duduk serumah.

Apakah pengakhiran kisah Afnan Tasneem? Berjayakah dia mengharungi tempoh praktikal di bawah seliaan lelaki itu dengan jayanya? Apakah hubungan sebenar di antara mereka berdua hingga memungkinkan mereka duduk bersama?

581 pages, Paperback

First published January 1, 2013

114 people are currently reading
1028 people want to read

About the author

Aifa Batrisya

12 books90 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
189 (37%)
4 stars
133 (26%)
3 stars
118 (23%)
2 stars
30 (5%)
1 star
33 (6%)
Displaying 1 - 30 of 43 reviews
Profile Image for Xin Ya Jian.
402 reviews36 followers
April 3, 2017
erm...4.5/5?? Apa2 pun, cerita dalam novel and dlm tv setanding. Dua2 ada kelebihan yang tersendiri.
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
February 22, 2013
Ibu kata tak elok biar orang tertunggu-tunggu kita *wink* Jadi selepas menamatkan kisah ini, aku terus duduk depan komputer. Kononnya nak laju-laju menulis review [amboi! Ayat tak mudah ;P].

MSPA seperti kisah fairy tale. Mudah jalan ceritanya dan bisa ditebak awal-awal lagi apa kesudahannya. Di samping gaya bahasanya santai dan sememangnya mengikut trend anak muda masa kini. Mungkin aku pun dah masuk era makcik-maktok, yang bila saja baca novel sebegini hati sudah tidak seriang dulu kih5 Tetapi aku tidak menolak sepenuhnya kerana ia masih novel bersulam kisah cinta yang comel dan manis. Cuma ya seperti aku bilang awal-awal tadi mungkin ini bukan lagi my cup of tea ;))

Afnan Tasneem [Anim]; gadis polos yang naif terpaksa makan hati bila berdepan dengan lelaki bajet bagus – Doktor Syed Nadzhan [Nadz]. Mujurlah Nadz itu penyelia di tempat praktikalnya, maka ditahan juga rasa hati yang membara. Rumors tentang Doktor Syed yang anti-perempuan itu memang dia setuju sangat. Bukan itu saja, malah Doktor Syed tu gay! Amboi, Anim! Tak elok berburuk sangka. Silap cakap pula nanti jadi fitnah.

Nadz sebenarnya ada pengalaman buruk dengan perempuan. Dia seakan-akan trauma kerana ibunya pergi meninggalkan dia dan mengahwini lelaki lain ketika dia masih kecil. Tetapi itu versi yang disogok semenjak kecil oleh nendanya. Dia tak pernah cuba memahami apa yang mahu diperkatakan oleh ayahnya sendiri. Sudahnya dia rasa kesemua perempuan yang hadir dalam hidupnya memang menyusahkan dan melecehkan. Apatah lagi dia sudah dikejar oleh Aleesya; dua pupu yang begitu obses untuk memiliki dirinya.

Walaupun pada mulanya, Nadz mahu menjadikan Anim sebagai bahan eksperimen untuknya mengenali dan memahami golongan hawa ini. Manakan tahu dia sebenarnya tertarik dengan sikap polos dan lurus Anim. Namun sebagai lelaki, dia cukup menjaga statusnya. Ditambah pula dengan kemahiran komunikasi yang memang fail, jadi Anim asyik dimarah dan diherdik. Alahai, lelaki ego!

Sikap polos Anim menyebabkan dia menjadi perhatian Syed Emir dan Adam. Ha, masa ni barulah Nadz mula tergugat tetapi dah tak boleh buat apa juga. Sebabnya Anim sudah menjadi sebahagian daripada keluarganya. Ayah Nadz mengahwini ibu Anim, menjadikan mereka kini adik-beradik tiri… jeng jeng jeng!

Aku rasa dah tak perlu cerita ending sebab dah boleh teka kan? ;P Cuma aku tak berapa gemar adegan di mana sang ibu dan ayah bagaikan ‘mengizinkan’ Anim dan Nadz tinggal dalam satu rumah ketika ketiadaan mereka yang mahu ke Jepun. Bukan sehari-dua, tetapi sebulan. Adik-beradik tiri masih halal untuk berkahwin. Hmm… mujur kemudiannya Nadz bertindak mengambil pembantu rumah untuk menemani mereka berdua.

Tetapi aku bagi kredit kepada penulis bila saja dia menitipkan pesan tentang anak gadis yang elok sudah bertudung litup tetapi masih bebas bergurau-senda dengan lelaki yang dipanggil kekasih hati. Penulis juga bijak menyelitkan potongan hadis dan nasihat dalam novelnya. Moga-moga adindaku sekalian perasan tentang ini. Jangan hanya lihat kisah manis bergula je ya!

Aku belum pernah baca novel pertama penulis. Ada masa nanti aku cuba cari novel Kahwin Ganti yang dikatakan menduduki carta bestseller ;))
Profile Image for Mslvoe.
2,082 reviews201 followers
March 6, 2013

A cute romance novel. I loved everything cuma kadang² sha rasa ada cerita yang tergantung.

 photo p_zps9c8e1774.jpg
Let me begin with all the beautiful aspects of the book before I talk about the unfinished part in this sweet story.

 photo j_zps512d4931.gif
Cerita santai yang sangat mudah diteka dan tidak perlu berfikir. Suka dengan telatah Afnan Tasneem yang kebudak²an, naif dan makan hati dengan sikap Doktor Syed Nadzhan yang perasan bagus.

Hari² kena memendam rasa, melayan karenah Doktor Syed yang macam "kuku besi".

 photo ab_zps82486609.gif
Doktor Aleeya pula sangat obses terhadap Doktor Syed dari kecil. Bila mendapat tahu Tasneem praktikal di bawah Doktor Syed, mulalah perasaan cemburu meluap². Sudah berkali² Doktor Syed memberi kata putus pada Doktor Aleeya tapi tidak faham bahasa. Aaaahh gedik sungguh si Aleeya.

 photo o_zpsabb09fc2.jpg
Dipendekkan cerita, Tasneem dan Nadz menjadi adik-beradik tiri. Nadz pula sudah mulai suka pada Tasneem. Sikap Tasneem yang comel menarik perhatian sepupu Nadz, Syed Emir dan Adam.

Keluarga mereka bersepakat agar Tasneem ditunangkan dengan Syed Emir, manakala Nadz dengan Aleeya. Syed Emir menghantar rombongan merisik, manakala Nadz ditunangkan tanpa pengetahuannya.

 photo h_zps34b08a64.jpg
Apabila kedua ibubapa mereka meninggal dunia dalam suatu kemalangan, Nadz mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Tasneem.


 photo e_zpsdb435e42.jpg
Tidak perlu sha huraikan dengan lebih lanjut, kerna hilang sudah manisnya nanti.

Bab ibubapa mereka mengizinkan Nadz dan Tasneem tinggal bersama sewaktu mereka bercuti ke Jepun, buat sha terkejut. Nasib baik Nadz mengambil langkah bijak dengan mencari seorang pembantu. Adik-beradik tirikan boleh berkahwin.

Cerita ini sweet 'omputih' kata tapi ada disertakan dengan nasihat² yang baik. Siapa yang kata tiada pengisian dalam novel ini, mesti baca dengan cara menyelak aje ;-)



Kedatangan ibu Nadz membuatkan sha tertanya². Jika kak long itu kakak kepada Tasneem, kenapa sewaktu ibu Tasneem meninggal dia tidak pulang menjenguk? Ada cerita yang sha terlepas ke?


 photo m_zps214024c9.gif
Sedih pulak masa adegan jejak kasih, menitis airmata sha.


Apa jadi pada Adam setelah penipuan dia terbongkar? Cerita mengenai Adam habis begitu sahaja.

 photo i_zpsd9e508fd.jpg
I just hope next story will be about Syed Emir, Nadz's cousin. Watak Syed Emir menambat hati sha sebab dia seorang lelaki yang berjiwa halus, romantik.. cairnya hati.

I really enjoyed the book kecuali beberapa bab yang tergantung. The plot was ok. It didn't get boring and the ending was well done.


 photo s_zps24ccc360.gif
The best part that make me laugh

“ Encik penyelia yang baik hati lagi budiman, sudilah kiranya encik ambil saya jadi pelajar praktikal di bawah seliaan encik. Saya berazam dan berjanji akan menjalankan tanggungjawab saya sebagai pelajar tanpa berbelah bahagi. Taat dan setia saya hanya kepada encik. Janji itu pasti. Yang benar, Afnan Tasneem.”
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
April 1, 2016
Tak jemu baca novel ni..kesian sangat ngan Doktor Aleeya ni..terlalu obsess ngan Syed Nazhan sampai jadi pesakit mental pula..

Syed Amir..romantik betullah dia ni..suka ngan watak dia..tapi sayangnya plan tak menjadi kerana bunga yg di intai jadi milik orang.

Syed Nazhan walaupun a bit cold hearted..tapi kebaikan yg dilakukan tidak dia tonjolkan..Afnan sering salah faham akan tindak tanduk Nazhan yg dalam diam mencintainya.

Musibah yg menimpa ibu bapa mereka, membawa hubungan adik beradik tiri to a different level. Awalnya mmg kesian ngan Afnan ni sebab asyik tidak di pedulikan ngan Syed Nazhan (b4 marriage). But after that rasanya macam nak pelangkung je si Afnan ni..but after she accepted her fate things changed.

Both Syed ni are a protector and a keeper..takleh cerita lebih..nanti tak ummph!
Profile Image for Nisa.
116 reviews15 followers
May 22, 2014
Kisah seorang gadis polos Afnan Tasneem (Anim) yang praktikal di bawah seliaan seorang lelaki yang 'bajet bagus'.. Dr Nadzhan (Nadz).. Nadz ditinggalkan ibunya sejak kecil dan menganggap perempuan menyusahkan... tambahan pula duapupunya Aleesya terlalu obses untuk memilikinya.

Setiap hari Anim di marah dan di herdik, walau sekecil sebab..Anim sebenarnya hanya bahan ujikaji Nadz untuk memahami hati wanita. Tapi, yang sebenarnya Nadz sudah terpikat pada Anim. Anim diminati dua lelaki, Syed Emir dan Adam..membuatkan Nadz rasa tergugat.

Ayah Nadz mengahwini ibu Anim, membuatkan Nadz dan Anim terpaksa tinggal serumah... Ayah Nadz tahu, Nadz ada hati pada Anim.. terus meminang Aleesya tanpa pengetahuan Nadz dan cuba memadankan Anim dan Emir.
Hmm...cuma saya rasa, tak berapa gemar bila...ibu bapa Nadz dan Anim ke Jepun dan meninggalkan mereka berdua tinggal dirumah selama sebulan..Nasib baik, Nadz ambil orang gaji lepas itu.
Profile Image for Inn Auni.
1,092 reviews23 followers
August 22, 2017
Ada feel Tree of Heaven drama bersiri Korea yang memang saya minat sangat sebab heronya pun sejuk beku macam Doktor Syed.

Masa Anim buat spekulasi tentang Doktor Syed, saya dah mengeluh. Maybe sebab saya tak suka menilai orang membuta-tuli makanya saya tak feel dengan Anim. Tapi saya cuba lihat dari sudut Anim walaupun masa tu dia dah macam sikit mengjengkelkan. Nasib baik, persepsi saya pada Anim berubah bila makin mengenali.

Anim ni nak kata polos, tak la sangat. Cuma sedikit pelik tiba-tiba gadis yang kononnya tidak pernah dipandang lelaki boleh menjadi perhatian dalam tempoh yang singkat juga.

Sampai ke penghujung tu, saya nak ketawa pun ada. Saya akui penulis bijak dalam memadankan setiap pasangan. Tapi bak kata orang utara, pi mai pi mai tang tu juga.

Penggunaan English tu, saya tak nak komen sebab saya yakin penulis pun dah tahu akan kelemahan di situ.

Keseluruhannya, warm and fuzzy tapi agak meleret di sesetengah bahagian sampaikan dua tiga kali juga rasa nak give up.

Uik, baru tau dah diadaptasi. Terlepas ETS la pula.
Profile Image for Pink_femme.
48 reviews
June 18, 2022
I cant even finish the whole book...Yup...NOT EVEN A HALF...i am not a romance lover but still for ne this story is too slow...all reader will consume that "The book is better than the drama" but still I cannot...btw THIS IS ON ME..THIS IS ON ME
75 reviews6 followers
Read
August 19, 2015
Selesai..3*

resensi saya, 2 karektor yg mendukung watak hero dan heroin semacam jelmaan watak dari karya penulis terdahulu Kahwin Ganti (Mya Zarra & Luqman). Kebetulan mungkin.

Afnan Tasneem (ms sebut nama dia mesti igtkan Ainan Tasneem..hahahaha) mengikuti kursus praktikal dibawah selian Dr Syed Nadzhan. Dr Syed yg mmg dikenali sebgi anti perempuan, sgt prejudis pada Tasneem dari hari pertama lagi. So, you all boleh bayangkanlah apa yg terjadikan?

Kebetulan, ibu Tasneem berkahwin dgn papa Dr Syed menjadikan keadaan menjadi kelam kabut sedikit. apatah lagi, kerana ego, Dr Syed menidakkan perasaan yg bertandang. Ini semua krn dendam pada ibu kandungnya yg meninggalkan dia ketika dia masih kecil. So, rasa prejudis tu dibawanya hingga ke dewasa.

Tasneem dirisik oleh Syed Emir sepupu Dr. Syed dan Dr Syed pula ditunangkan dgn Dr. Aleesya (yg smpi x siuman kerana tergila2kan Dr Syed. Nasib baik sembuh..huhuhu), yang juga sepupu Dr Syed. Tapi, perancangan ini tidak menjadi bila kedua ibubapa mereka meninggal dunia diJepun dan Dr Syed berkahwin dgn Tasneem atas alasan mahu menjaganya. Egokan lelaki ni? susah sgt ke nak ckp terus terang. Bukannya matipun? hish..!

Apa yg saya suka pada naskah ini adalah bahasanya. Mencuit hati. Spt karya penulis yg terdahulu. Jalan cerita biasa saja dan adakalanya sedikit membosankan. Tapi, olahan bahasa tu yg membuatkan saya membacanya hingga ke akhir. tak sedar boleh senyum sendiri... hikhikhik...
Oh ya, ada juga diselitkan watak Dr Mya Zarra & Dr Luqman. Oh, dah ada anak yer... teringin juga nak tahu perkembangan Nuqman... hikhik...

apapun, good job! :)
5 reviews
October 19, 2016
Overall, saya boleh katakan naskhah ini sebenarnya enjoyable. Conflict tak berat, bahasa yang digunakan cik penulis juga santai - memang I like :)

SUKA:
* saya suka nasihat-nasihat dan hadis-hadis yang telah diselitkan oleh cik penulis - menunjukkan bahawa novel-novel cinta begini bukan sahaja untuk dibuat bahan hiburan semata tetapi ada pengajaran yang boleh diambil daripada cerita-cerita begini dan boleh diaplikasikan dalam hidup
* some good twists in the story, misalnya ibu Anim berkahwin dengan bapa Nadz etc. - menjadikan naskhah ini tidak monotonous/flat
* tak begitu cliche lah sebenarnya - ada konsep kahwin paksa tetapi bukan antara hero/heroine

TIDAK SUKA:
* kadangkala, saya agak annoyed dengan watak-watak perempuan dalam cerita ini, baik Anim, Aleesha mahupun Auntie Rosmah. contohnya, apabila Anim keluar tanpa izin suaminya, Nadz, saya rasa ianya agak keterlaluan jika alasannya ialah "Anim masih muda" - saya rasa karakter yang dilakarkan penulis terlalu extreme, tetapi tidak mengapa masih boleh dimaafkan
* watak-watak yang dimatikan begitu sahaja, contohnya Adam. Saya rasa ada di kalangan pembaca yang inginkan closure yang penuh (atau mungkin cik penulis ingin buat MSPA 2 kut?)
Profile Image for Suzyanna yap.
118 reviews9 followers
September 21, 2017
Orang tua2 cakap jangan benci sangat kat seseorg tue terutamanya yang berlainan jantina..takut nanti rasa benci tu jadi sayang....

Syed Nadzhan dan afnan tasneem dipertemukan sebagai seorang pensyarah dan pelajar praktikal.Bermula dengan rasa sebal di antara satu sama lain...alergic dengar nama syed nadzhan sehingga melabelkan pensyarah itu anti perempuan ..haha...

bagi Syed Nadzhan...afnan tasneem menyebalkan tapi dalam masa yang sama mencuit hati lelakinya yang tidak akan tergoda dengan perempuan...Perkahwinan antara ibu dan ayah mereka menjadi hbungan mereka bertambah rumit...

Dari pensyarah dan pelajar menjadi adik beradik tiri....ada satu rasa yang sedang menjalar di hati syed Nadzhan namun cuba untuk dinafikannya...Kehilangan ibu dan ayah mereka yang terkorban dalam bencana alam di Jepun membuatkan kehidupan mereka bertambah rumit...

Kali ni...dari adik beradik tiri menjadi suami isteri...perkahwinan yang menyebabkan penderitaan si pencinta setia sepupu Nadzhan...perkahwinan yang dibina tanpa sedar sebenarnya cinta itu sudah di dalam hati...

Bagaimana kesabaran seorang suami menunggu kemarahan isterinya reda....bagaimana percintaan selepas perkahwinan...baca novel ni memang tue cakap..."adakah lelaki seego dan sesabar syed Nadzhan"
Profile Image for Ken Noii.
51 reviews2 followers
March 8, 2017
Suka sweetness Afnan Tasneem ngan Syed Nadzhan bila dah jadi sah suami isteri. Eventhough Nadzhan ngan Tasneem ni hakikatnya adik beradik tiri kot sebab yelarh Nadzhan's dad kahwin dengan Tasneem's mum kot. Mula-mula dorang ni macam anjing dan kucing nasib jugak si Tasneem ni sejenis yang leh sabar sikit sometimes. Tapi bila dah masuk practical under company Syed Nadzhan lagi larh kecoh sikit. Dalam diam, Tasneem pulak suka kat Adam Naufal si anak didik Doktor Syed Nadzhan ni. Tapi malangnya, Tasneem dapat tahu Adam ada orang lain. So bila both parents kepada Afnan ngan Syed telah dijemput Illahi, Syed Nadzhan decided to marry Afnan Tasneem sebab dia dah sayang kot kat Afnan. Si sepupu Syed Nadzhan lagi larh bertambah meroyan sebab dah lama kot dia suka and tunggu Syed Nadzhan untuk jatuh cinta kat dia. Malas lerh nak cerita panjang apa-apapun jangan lupa lerh saksikan Meh Sandar Pada Aku dekat TV3 pada setiap Jumaat hingga Ahad pada jam 6.58petang. Lakonan Aliff Aziz sebagai Syed Nadzhan dan Mira Filzah sebagai Afnan Tasneem.
Profile Image for Nanadhoi.
438 reviews45 followers
July 23, 2013
Okaylah cerita ni.
Nama kemain Afnan Tasneem. Walaupun aku tak minat Ainan Tasneem,
masa dok baca tu aku terbayang Ainan Tasneem jadi heroin.

Apa pun cerita ni sweet jugak lah. Tak hambar.
Just naisss orang kata.
Profile Image for Mommy Farah.
362 reviews14 followers
May 21, 2016
baru dapat khatamkan novel ni...banyak kali tersadai kat atas meja sbb tuntutan tugas...cewah...
suka dengan watak afnan yang blur..doktor syed yang sedingin ais bila dengan perempuan tapi berubah 360° bila dah kahwin...
kisah cinta yang manis bak gula gula kapas..
tahniah penulis
Profile Image for Umi Kalsom.
16 reviews2 followers
February 17, 2013
simple and nice. kepada readers yang tak nak serabutkan otak dengan bermacam-macam konflik, boleh baca ni. kepala pun tak berat w/pun ada la sikit konfliknya...
Profile Image for Suhailah Iskandar.
347 reviews16 followers
October 11, 2014
Took me 3 hrs to finish the rest.. okilah.. puas jugalah membaca tentang Dr. Syed Nadzhan & Afnan Tasneem. Nice one ms. writer.
Profile Image for Pips.
220 reviews30 followers
February 20, 2013
*____________*

Senyum lebar ni tandanya suka.

p/s; Rebiu di lain waktu, mungkin?
December 23, 2022
GrumpyxSunshine/ Age Difference

Dapat tahu cerita ni pada mulanya from drama tv3. It took me years for me to finally read the book and all I have to say is, it's quite difference from the drama.

Firstly, jalan cerita dia mostly kelakar, because of Afnan Tasneem (22)& and our grumpy cat hero Syed Nadzhan (31). Tasneem ni seorang yang spontan, cakap main lepas je, kisah, even her penyelia. But lama-kelamaan, her character seems annoying at one point because she's 22. Character yang kebudak-budakkan sampai tak dengar penjelasan Nadzhan apabila melihat Dc Aleesya peluk suami dia(Jealous tak bertempat) ALEESYA TU DAH DIKATEGORIKAN ORANG GILA Kot! and she's legit in the psychiatric ward sebab Nadzhan memutuskan pertunangan, lepas tu kahwin dengan Tasneem ni. Like she was diagnosed with obsession FOR HIM!

And Tasneem's obliviousness, sometimes I can't really take it sebab SHE TAK FAHAM KATA. but overall cerita ni light, gaduh gaduh pon takdelah berat sangat which makes the reading fun.

One thing I don't really like is how at the very end of the story, the mom yang tinggalkan Nadzhan ni (the one who makes him have a hatred towards women), Di maafkan begitu saja, like I don't think it's fair because after 31 years of living baru dia datang nak minta maaf and then bagi penjelasan (in my opinion, I still wouldn't maafkan) yang irrelevant. Like dude, I know you are desperate for your mom, but the trauma she gave you is not worth it.

And lastly, the stigma about orang yang tak suka bergaul/berkawan ngan perempuan je dikategorikan gay is a no no from me

THE DRAMA RUINED THE BOOK FOR ME BECAUSE EVERYTIME IM IMAGINE SYED NADZHAN NI, OTAK AKU TERBAYANG ALIFF AZIZ like TAK SYOK! DAH LA CHARACTER NI HENSEM KOT BUT Haiz.. moral of the story kena baca novel baru tengok drama.

And btw the author's take on mental illness is kinda like you buat assignment last minute because this topic should be taken seriously.

Sincerely, I really do like this novel but as an adult reader who used to watch the drama first when she was baru masuk bangku sekolah Menengah WEYH, the expectations i created it my brain dwindled.

AGAIN! I would definitely read it again although jalan percintaan diorang slow
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Z E.
2 reviews
August 4, 2020
It was an exciting journey at first, then towards the end it started dragging and become boring.

Still can’t accept that the girl swallow all the insults that was thrown by the main male character and still be able to show her face and smile at him. Even duduk sebumbung.

I’d like for the writer to stop using “jakun” in her book. It can be considered offensive. Overall, it’s an ok story!

3/5
1 review
May 22, 2017
cerita yang romantic sekali....
This entire review has been hidden because of spoilers.
1 review
June 1, 2019
Buku ni menarik! Walaupun ada part yang tak ada dalam drama,tapi buku ni tetap menyeronokkan! Tak sia² baca berbulan²
Profile Image for Nur Xrasha.
9 reviews
December 15, 2022
Mula2 tu best, tapi tiba2 cam drama "My Girl" yg korea tuuuu sstgh scene. Dia tukar sikit2 jeee hingga buat saya terpaksa dnf this book 😪 citer pun agak meleret sikit, tk habis2 gaduh jer.
Profile Image for Teratai Nur.
11 reviews
July 5, 2023
sebijik macam dalam drama tu, cuma drama ada tambah sikit scenes yang tak ada dalam novel but masuk je jalan cerita dia
Profile Image for lisa mukti.
27 reviews7 followers
March 14, 2017
dah baca buku ni in 2013..congrats to the author sebab menghasilkan karya ni dan diadaptasikan ke drama..
Profile Image for Em.
285 reviews12 followers
June 1, 2014
Actual rating of 4.5 but I clicked 5 stars anyway cuz I was that generous. LOL.
Phew, finally finished reading another Malay Novel. *Banyak lagi kat rak buku tu* D; It had been a while since I read Malay book that I actually liked. Banyak yang DNF or stopped lepas 50 pages because I easily lost my interest.

But not this one. Not Meh, Sandar Pada Aku!.


This book was very cute and sweet (Baca tersengih-sengih). I thought it had a nice pace and storyline. Plus humour! There were moments where I couldn't stop laughing at the jokes in this book.



Initially, I bought MSPA after a salegirl at Popular recommended it but took me months before I finally decided to take a seat and started reading this. Synopsis behind the book didn't appeal me that much kot?

Anyway. I thought it was fun to read a book containing a character that I could really relate to. College life, practical, supervisor, research, etc2 (get it, get it?), those were Afnan Tasneem or Anim's life in general. Doctor Syed, Adam Naufal and Syed Emir were the guys that developed personal interests toward Anim. Amboi, dah macam 'reverse harem' genre dah.

I definitely felt in love with Aifa batrisya's style of writing. Sempoi, bersahaja, most of the dialogues and conversations almost like the one you would use in real life. Unsur-unsur nasihat pun tulis cara kreatif. Nice work! Tak sabar nak baca 'Kahwin Ganti' xD
Profile Image for Miss Ja.
39 reviews1 follower
June 1, 2018
3/5*

Sinopsis:- Afnan Tasneem seorang gadis yang ceria, jujur cuma kadangkala lurus bendul tak bertempat. Kehadirannya di institusi penyelidikan itu hanya sekadar memenuhi syarat kredit yang diperlukan untuk menyempurnakan pengajian peringkat ijazah pertamanya. Sangkanya, praktikal hanya sekadar bekerja sambil menimba pengalaman awal sebelum tempoh alam pekerjaan yang sebenar. Rupa-rupanya tidak.

Berdepan dengan spesies lelaki terancam yang macam bagus seperti penyelianya itu membuatkan hatinya sentiasa berasa panas. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Langsung tak ada gaya sedang menjalani praktikal. Asyik kena buli, adalah! Lelaki itu cuma pandai bagi arahan, tapi tunjuk ajar memang tak pernah ada. Matanya pula langsung tak beralih dari skrin komputer setiap kali berkata-kata. Macam bagus sangat!

Dalam marah, dalam herdik… tanpa sedar nama gadis itu sudah mula ada ruang dalam hati dan akal seorang lelaki bernama Syed Nadzhan yang selama ini dunianya kosong untuk kaum perempuan. Kehadiran Adam Naufal, anak didiknya yang selalu menjadi penyelamat gadis itu dengan senyuman dan bicara tenangnya membuatkan hati Syed Nadzhan yang mula terisi, rasa tergugat.
Profile Image for Ayda.
65 reviews
June 22, 2013
Haha. I just simply bought it on a whimp. Seems like an interesting novel was what I thought when I decided to buy it. It was nice... I like it. Yeah. Though sometimes I felt that the girl "whatever-her-name-was" is a bit annoying at times. I kept questioning her attitudes (perhaps). It's just that she keeps on going beyond on what that should have be left unmentioned. The guy, I hate him too. He's just exactly like her. The only guy that I like is Emir. Poor him! He's just like a puppy. Hah! Take that for a review. I don't even think that my review even makes sense and I know there's a lot of mistakes.
Displaying 1 - 30 of 43 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.