Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bila Blogger Jadi Maid

Rate this book
Boleh ke si blogger jadi maid? Bagi Risya, sikit pun tak menjadi masalah buatnya. Asalkan dia tidak goyang kaki di rumah itu, sudah cukup baik. Rutin hariannya sebagai maid, tak adalah sesusah mana. Tapi yang buat susahnya, bila dia jumpa mamat poyo, Ash.

Ash yang sering mengusik, membuatkan hubungannya dan Risya rapat. Bergurau dan bergelak ketawa sudah menjadi rencah dalam hidup mereka berdua. Tanpa diduga, Ash mahu Risya menjadi suri di hatinya saat Aimie, kekasih hatinya tidak hadir semasa majlis pernikahan mereka.

“Jadi, nak saya buat apa?”

“Awak kahwinlah dengan saya.”

Jodoh sudah tertulis buat mereka. Dalam keadaan terpaksa, mereka disatukan. Mulalah episod baru dalam hidup Risya. Memandangkan tiada rasa cinta dalam diri Risya, Risya dan Ash telah membuat satu perjanjian bodoh. Perjanjian yang menentukan sama ada status suami isteri itu masih kekal ataupun tidak.

Dalam Risya mengharap perjanjian yang dicipta menjadi nyata, ada satu rasa hadir dalam dirinya buat Ash. Saat bahagia mula menyulam rasa, hadir Wafiy yang mencintai Risya dan muncul Aimie, kembali menagih cinta Ash.

Akan bahagiakah hubungan yang Risya dan Ash jalinkan?

Perjanjian apa yang dimeterai Risya dan Ash?

Berjayakah Wafiy dan Aimie menarik perhatian insan yang disukai?

Mampukah Risya dan Ash mempertahankan rasa sayang yang mula berkembang dalam hati?

Atau, antara mereka akan ada yang berpaling tadah?

Bila blogger mampu jadi maid, adakah maid mampu menjadi seorang isteri?

474 pages, Paperback

First published January 1, 2013

9 people are currently reading
83 people want to read

About the author

Zati Mohd.

53 books62 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
26 (30%)
4 stars
22 (26%)
3 stars
28 (33%)
2 stars
4 (4%)
1 star
4 (4%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,069 reviews200 followers
January 29, 2013

 photo maid8_zps4f5ba1ce.jpg
Risya seorang gadis yang mempunyai kelulusan tinggi dan seorang blogger yang terkenal (dia pun tak sangka orang kenal dia). Setelah tamat belajar, Risya mencari pekerjaan suka². Tak sangka dia diterima sebagai maid di kawasan perumahan mewah kepunyaan Tan Sri.

 photo maid2_zpsff69db30.jpg
Bermulalah episode Rinsya sebagai seorang maid. Risya suka bekerja disitu kerna majikan dan anak²nya baik terhadap dia kecuali Ash.

 photo maid3_zpscd033c8d.jpg
Kelakuan Ash yang berlagak, suka mengacau dia memutarkan 360c kehidupan Risya. Tapikan Ash nie cute tau.. walaupun dia suka mengusik Risya, dalam hati dia ada taman.

 photo maid4_zpse90f0566.jpg
Ash akan berkahwin dengan Aimie, tetapi Aimie memutuskan untuk membatalkan perkahwinan mereka disaat akhir. Ash meminta tolong dari Risya. Risya taknak sebab hati sudah terpaut pada Aiman. Sebenarnya Aiman sudah meninggal dunia 2 tahun yang lalu tapi Risya tidak mahu mempercayainya.

 photo maid9_zps56f43d8a.jpg
Setelah mereka berkahwin, Aimie datang menagih semula cintanya pada Ash, manakala majikan Risya, Wafiy ada hati pada Risya.

 photo download_zpsfe89c4a6.jpg
Kehidupan mereka sangat indah, manis dan masing² cuba menjadi pasangan yang terbaik. Cerita ini biasa² saja tapi entahlah maybe sebab konflik tidak terlalu sangat pada permulaan.. manis saja yang ada membuatkan sha tertarik dengan cerita ini.

 photo maid5_zpsbeb8f70c.jpg
Kisah Aimie dan Wafiy yang suka pada Risya dan Ash tidak membangkitkan rasa meluat pada diri sha. Tetapi kisah Yaya datang bekerja dengan Risya, barulah ada thrill sedikit. Pendek kata, konflik yang sebenar ada pada Yaya, sepupu Risya yang cemburu serta mak ngah (mak Yaya) yang mempunyai mulut longkang.

 photo maid_zpsbd40e462.jpg
Selepas Ash kemalangan dan hilang ingatan, Ash suka melayan Yaya dan ingin berkahwin dengan Yaya. Risya kecewa.

 photo rau_zpseabbf941.gif
kusangkakan panas berpanjangan, rupanya hujan lebat di tengahari

 photo maid6_zpsc5d1d396.jpg
Risya cuba memikat hati Ash, tapi Ash buat endah tak endah. Ada masa Ash sangat prihatin pada Risya, ada masa Ash tidak peduli langsung.

 photo yu_zpsc5170ace.gif

Sha keliru masa ini. Berkobar² sha ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku.

 photo maid7_zps9cc8537f.jpg
Pada akhir cerita ini, barulah terbongkar rahsia. Cerita kalau tidak bahagia, haruslah kita memberontak or baling buku kan.. macam biasalah happy ending yang sangat sweet.

Hasil pertama novelis boleh tahan.. tidak terburu² cuma bab berkasih antara Ash & Risya terlalu lama sampai sha tertanya bila nak ada konflik yea.

Korang kalau baca buku ini, mesti suka kat Ash sebab dia seorang lelaki yang bertanggungjawab, romantik pun yea walaupun kadang² sha sendiri kurang faham sikap dia. Risya pula seorang yang pandai masak, happy go lucky, comel loteh orangnya. Jalan cerita yang sweet dan tidak memberatkan otak. Tahniah dik, sebab ksha suka baca :-)
 photo tq4_zps0701f7f9.gif
Profile Image for Rynna.
132 reviews
September 13, 2014
macam kebudak-budakan la sy rase cite ni... lagi satu macam tak logik, pengantin perempuan bertukar time nak nikah dengan senang... mungkin ni penulis baru... there always room for improvement... sy rase bagi penulis byk improvement die kena buat...
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
December 26, 2013
Pandangan saya cerita ni adalah sgt sweet..lepas tu ada je benda yg boleh buat kan kita gelak..sgt terhibur dgn lawak slamber diantara Ash dgn Risya..

kelemahan cerita kurang logik..lepas tu mcm ada sesuatu yang x sempurna dlm jalan cerita..penceritaan pun terlalu cepat..

tapi apa2 pun..karya ni mmg buat sy terhibur..ringankan kepala sy..walaupun ada konflik hilang ingatan..tp x buat kita sakit hati pun...cuma si Yaya tu je la sikit..:)
Profile Image for Miz_Yanie.
105 reviews2 followers
November 7, 2018
ExTremely AWESOME novel...Thumbs Up!!

Risya seorang gadis yang mempunyai kelulusan tinggi dan seorang blogger yang terkenal (dia pun tak sangka orang kenal dia...bout 30K followers). Bila abis belajar, Risya mencari kerja suka2.. Tak sangka dia diterima sebagai maid di kawasan perumahan mewah kepunyaan Tan Sri. Bermulalah episode Risya sebagai seorang maid. Risya suka bekerja disitu sebab majikan dan anak2nya baik terhadap dia kecuali Ash. Kelakuan Ash yang berlagak, suka mengacau dia memutarkan 360c kehidupan Risya. Tapikan Ash ni mmg cute...walaupun dia suka mengusik Risya, tapi actually dalam hati dia ada taman.Ash akan berkahwin dengan Aimie, tetapi Aimie memutuskan untuk membatalkan perkahwinan mereka disaat akhir. Ash meminta tolong dari Risya. Risya taknak sebab hati sudah terpaut pada Aiman. Sebenarnya Aiman sudah meninggal dunia 2 tahun yang lalu tapi Risya tidak mahu mempercayainya n tk mu terima kenyataan. Jadi,bila Bonda & Abah Risya setuju,berkahwinlah Ash & Risya.Setelah mereka berkahwin, Aimie datang menagih semula cintanya pada Ash, manakala majikan Risya, Wafiy ada hati pada Risya. Kehidupan mereka sangat indah, manis dan masing2 cuba menjadi pasangan yang terbaik. Cerita yg very sweet,conflict tak heavy...Kisah Wafiy suka Risya dlm diam & Ash jadi suami yg so Romantik mmg best Tapi kisah Yaya datang bekerja dengan Risya, ada thrill!! She lah duri dlm daging. Senang ckp kan, conflict yang sebenar ada pada Yaya, sepupu Risya yang cemburu serta mak ngah (mak Yaya) yang mempunyai mulut mcm longkang.Selepas Ash kemalangan dan hilang ingatan, Ash suka melayan Yaya dan ingin berkahwin dengan Yaya. Risya kecewa. Risya cuba memikat hati Ash, tapi Ash bo layan.Ada masa Ash sangat prihatin pada Risya, ada masa Ash tidak peduli langsung. Very dup dap..dup dap seh...Pada akhir cerita ini, barulah terbongkar rahsia bout wat actually happen!! Awesome k...Cerita kalau tk bahagia, mesti kita fed up,bingit or baling buku kan..ceh..ceh..mcm betul aje kan...so macam biasalah happy ending n kalau baca buku ini, mesti suka kat Tengku Yusri Ashraf (Ash) sebab dia seorang lelaki yang bertanggungjawab, romantik,sweet,kelakar pun ada...Hanis Arisya (Risya) pula seorang yang pandai masak, happy go lucky, comel loteh orangnya. Jalan cerita yang so sweet.. LOVE IT!!
Profile Image for Ummu.
194 reviews25 followers
May 29, 2014
Awww..... So sweet... Macam lori gula tumpah. Terlalu manis ye~

Saye rase babak sweet terlalu meleret. Panjang sangat.

Jalan cerita yang saye boleh katakan biase-biase. Tapi, yang paling best adalah gaya penulisan. Suka sangat sebab telah menyebabkan saye ketawe tergolek!

Ash dan Risya telah dijodohkan setelah teman wanita Ash tak muncul. Risya tak rela dengan perkahwinan itu tetapi teruskan juga sebab bonda dan abah dah beri restu. Ash layan kerenah Risya dan berjanji akan membuatkan Risya jatuh cinta padanya. Of course lah, Risya jatuh tahap tergolek punye kat Ash. Hehe. Cuma, sepupu Risya & makcik Risya - Yaya & Mak Ngah - sibuk nak enter frame. Nasib baik Ash pandai cari bukti. Terselamat Risya dari Mak Ngah & Yaya. Ape punye family dar~ Tak tahu malu betul!

Oh ye, lagi satu, saye rase tulisan macam kelam kabut. Macam jump from 1 plot to another in a blink of a sentence. Atau saye ni dah terbiase dengan novel yang menitik beratkan minute details? Mungkin.
Overall, best juga baca novel ni!

Profile Image for Zack.
56 reviews5 followers
December 12, 2014
sold-kombo bila blogger jadi maid+sha dan shah=rm35 termasuk pos.
Displaying 1 - 7 of 7 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.